amalan perniagaan beretika

Upload: omel-hatim

Post on 07-Apr-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 amalan perniagaan beretika

    1/24

    TATAETIKA

    PERNIAGAAN

    Ringkasan

  • 8/3/2019 amalan perniagaan beretika

    2/24

  • 8/3/2019 amalan perniagaan beretika

    3/24

    KANDUNGAN

    Perutusan Kepada Semua Kakitangan ....................................1

    Dasar Am Berkenaan Etika

    Undang-Undang dan Perniagaan .............................................2

    Etika Amalan Perniagaan .........................................................3

    Urus niaga Sensitif............................................................3

    Rasuah Perdagangan .......................................................4 Kawalan, Tatacara dan Rekod Perakaunan ......................5

    Penggunaan

    dan Pendedahan Maklumat Dalaman.............................6

    Maklumat Empunya (Hakmilik)..........................................7

    Konfik Kepentingan ..........................................................7

    Penipuan

    dan Tindakan Luar Aturan Seumpamanya........................8

    Urusan Eksport

    dan Perhubungan Perniagaan Antarabangsa .......................... 9

    Pentadbiran Eksport

    dan Sekatan Ekonomi Antarabangsa................................9

    Boikot................................................................................9 Perhubungan Perniagaan Antarabangsa ........................10

    Antitrust dan Persaingan ........................................................ 11

    Pekerjaan dan Tempat Kerja ..................................................12

    Peluang Pekerjaan Sama Rata .......................................12

    Gangguan .......................................................................12

    Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar ............................ 13

    Aktiviti Politik...........................................................................14

    Kontrak Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat...................15

    Laporan Sulit Tuduhan Pelanggaran Kod...............................16

    Hubungi Lembaga Pengarah..................................................17

    Nombor Telefon Penting .........................................................18

    Latihan ....................................................................................19

    Pengedaran ............................................................................19

  • 8/3/2019 amalan perniagaan beretika

    4/24

    1

    Kepada Semua Kakitangan Syarikat Halliburton dan

    Anak Syarikatnya:

    Tataetika Perniagaan Syarikat Halliburton, yang

    dihuraikan dan diringkaskan dalam buku kecil ini,merupakan panduan bagi setiap Pengarah

    Syarikat, pegawai, kakitangan dan ejen untuk menerapkan

    amalan perundangan dan etika dalam kerja

    seharian mereka. Tataetika ini bukan hanya

    memperincikan standard ketulusan kita tetapi juga

    sebahagian daripada prinsip khusus dan bidangundang-undang yang mungkin melibatkan kita.

    Tiada kualiti yang lebih penting daripada ketulusan.

    Ketulusan penting baik kepada perniagaan mahupun

    kepada individu. Ketulusan ialah nilai teras dalam

    Tataetika Perniagaan kita.

    Sesuatu keadaan yang tidak diliputi dalam Tataetika

    Perniagaan kita mungkin timbul. Jika anda ada

    kemusykilan mengenai kesahihan atau kesesuaian

    sesuatu tindakan, atau tafsiran Tataetika, anda harus

    menghubungi Jabatan Undang-Undang Syarikat.

    Kepatuhan terhadap undang-undang dan kejujuran

    serta ketulusan dalam urusan kita dengan orang

    lain juga tidak harus dikorbankan demi mengaut

    keuntungan. Pihak Pengurusan tidak dan tidak akan

    membiarkan tindakan sedemikian berlaku. Kejayaan kitaakan dicapai melalui kepatuhan terhadap undang-

    undang, urusan yang memperlihatkan tindakan saksama

    dan ketulusan serta iltizam kepada kualiti. Kami

    mengharapkan sokongan padu anda terhadap semua

    nilai dan prinsip Syarikat.

    Dave Lesar

    Pengerusi, Presiden danKetua Pegawai

    Eksekutif

    Syarikat Halliburton

  • 8/3/2019 amalan perniagaan beretika

    5/24

    2

    Dasar Am Berkenaan Undang-Undang

    dan Etika Perniagaan

    Tataetika Perniagaan Syarikat Halliburton (Syarikat) terdiri

    daripada dasar yang berkaitan dengan standard perilaku etikadan undang-undang yang mesti dipatuhi oleh semua Pengarah,

    kakitangan dan ejen Syarikat dalam urusan perniagaan.

    Tataetika Perniagaan mesti dipatuhi oleh semua Pengarah

    Syarikat, kakitangan dan ejen dan semua aktiviti Syarikat di

    seluruh dunia, kecuali di mana ia dinyatakan secara khusus.

    Dasar syarikat adalah untuk mematuhi undang-undang

    yang diterima pakai. Sesetengah dasar Syarikat berasaskan

    keperluan undang-undang yang diterima pakai dan yang

    lainnya merupakan etika dan naluri perniagaan yang baik.

    Syarikat dikendalikan mengikut undang-undang Amerika

    Syarikat dan saham sekuritinya didagang secara umum.

    Ini bermakna Syarikat ini tertakluk terutamanya olehundang-undang Amerika Syarikat, dan undang-undang Amerika

    Syarikat ini diterima pakai atas sebahagian daripada

    perniagaan Syarikat di luar Amerika Syarikat.

    Syarikat menjalankan perniagaan dengan banyak negara

    di seluruh dunia dan, sebagai ahli perniagaan yang baik, kita

    mesti mematuhi undang-undang yang diterima pakai di negaradi mana kita menjalankan urusan perniagaan. Kadang kala

    berlaku konik di antara undang-undang Amerika Syarikat

    dengan undang-undang salah sebuah negara di mana Syarikat

    beroperasi. Dalam keadaan sebegini, Syarikat akan

    menyelesaikan konik dengan nasihat dan saranan Jabatan

    Undang-Undang.

    Memang menjadi tanggung jawab peribadi Pengarah

    Syarikat, kakitangan dan ejen untuk mematuhi standard perilaku

    dan lain-lain syarat dalam Tataetika Perniagaan tanpa

    mengambil kira sama ada piawai atau syarat itu

    dikuatkuasakan oleh undang-undang atau tidak. Mana-mana

    Pengarah, kakitangan atau ejen yang tidak mematuhi piawai

    dan syarat ini dianggap bertindak di luar ruang lingkup

    pekerjaan, tanggung jawab atau agensi.

    Dasar rasmi yang melandasi tataetika ini mengandungi

    lebih perincian berbanding kandungan buku kecil ini. Menjadi

    tanggung jawab setiap Pengarah, kakitangan atau ejen untuk

    memahami perincian dasar Syarikat yang diliputi oleh tugasyang diberikan kepada mereka. Jika kakitangan ingin merujuk

    kepada dasar lengkap yang diringkaskan dalam buku kecil ini,

    ia boleh didapati dalam bentuk elektronik dan bertulis. Jika

    seseorang Pengarah, kakitangan atau ejen mempunyai

    pertanyaan mengenai dasar yang diringkaskan dalam buku

    kecil ini, mereka boleh menghubungi Jabatan

    Undang-Undang.

    Rujukan: Dasar Korporat 3-0001

  • 8/3/2019 amalan perniagaan beretika

    6/24

    3

    Amalan Perniagaan Beretika

    Dasar Syarikat mewajibkan semua Pengarah, kakitan-

    gan dan ejen mematuhi piawai etika perniagaan dan peribadi

    yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab

    mereka. Pengarah dan kakitangan mesti mengamalkan urusansaksama, kejujuran dan ketulusan dalam setiap aspek urusan

    dengan kakitangan Syarikat lain, orang awam, komuniti

    perniagaan, pemegang saham, pelanggan, pembekal,

    pesaing dan pihak berkuasa. Semasa bertindak bagi pihak

    Syarikat, Pengarah dan kakitangan tidak boleh mengambil

    kesempatan melalui manipulasi, penyembunyian,

    penyalahgunaan maklumat dalaman, salah beri gambaran

    fakta material atau lain-lain amalan yang tidak saksama.

    Dasar Syarikat melarang diskriminasi yang menyalahi

    undang-undang terhadap kakitangan, pemegang saham,

    Pengarah, pegawai, pelanggan atau pembekal atas dasar kaum,

    warna kulit, usia, jantina, orientasi seksual, agama atau negaraasal. Setiap orang akan diperlakukan dengan penuh mulia dan

    hormat dan mereka tidak akan diganggu tanpa sebab dalam

    menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka.

    Pengarah atau kakitangan tidak boleh terpedaya dengan

    sikap kesetiaan kepada Syarikat atau keinginan mendapatkan

    keuntungan yang boleh menyebabkannya melanggar undang-undang yang diterima pakai atau dasar Syarikat. Pelanggaran

    dasar Syarikat merupakan alasan bagi tindakan disiplin,

    termasuk, bila sesuai, penamatan pekerjaan.

    Rujukan: Dasar Korporat 3-0001

    Urus niaga Sensitif

    Dasar Syarikat melarang Pengarah, kakitangan dan ejen

    daripada menjalankan urus niaga sensitif. Jika urus niaga

    sedemikian berlaku, Syarikat dan pegawainya, Pengarah dan

    kakitangan yang terlibat secara langsung akan dikenakan

    hukuman denda, penjara dan dakwaan sivil.

    Istilah urus niaga sensitif lazim digunakan untuk

    menghuraikan pelbagai jenis urusan perniagaan yang

    biasanya dianggap menyalahi undang-undang, tidak beretika,

    tidak bermoral atau memberikan gambaran negatif kepada

    ketulusan Syarikat. Urus niaga ini biasanya berbentuk sogokan,

    hadiah yang bernilai tinggi, rasuah atau ganjaran yang dibuat

    untuk mempengaruhi keputusan berhubung perniagaan

    syarikat atau untuk faedah peribadi seorang individu. Urus

    niaga ini mungkin menyebabkan pelanggaran pelbagai

    peraturan, termasuk Akta Amalan Rasuah Negara Luar Amerika

    Syarikat (FCPA) dan undang-undang seumpamanya di negara

    lain.

  • 8/3/2019 amalan perniagaan beretika

    7/24

    4

    Dasar Syarikat dan FCPA melarang Syarikat dan pegawai,

    Pengarah, kakitangan dan ejen daripada menawarkan atau

    memberi apa-apa barangan yang mempunyai nilai kepada:

    Pegawai,termasukmerekayangmenjalankantugasrasmi

    bagi pihak kerajaan di luar Amerika Syarikat atau pegawaibagi organisasi antarabangsa awam;

    PegawaipartipolitikataupartipolitikdiluarAmerika

    Syarikat; atau

    CalonjawatanpolitikdiluarAmerikaSyarikat

    secara langsung atau tidak langsung, bagi tujuan

    mempengaruhi mana-mana tindakan atau keputusan

    pegawai-pegawai ini dalam menjalankan tugas rasmi atau

    dalam pelanggaran tugas sah mereka atau untuk mendapat

    kelebihan tidak wajar dalam usaha membantu Syarikat

    mendapatkan atau mengekalkan perniagaan atau menghalakan

    perniagaan kepada sesiapa.

    Kakitangan syarikat milik kerajaan, seperti syarikat minyak

    negara, dianggap sebagai pegawai kerajaan.

    Dasar Syarikat melarang mana-mana Pengarah,

    kakitangan atau ejen daripada membuat pembayaran atau

    terlibat dalam urus niaga yang dilarang oleh FCPA.

    Dasar ini tidak melarang bayaran pemudahan yang dibuat

    dengan wajar dan direkodkan. Ada kalanya Syarikat perlu

    membuat bayaran pemudahan atau penyegeraan kepada

    pegawai rendah kerajaan atau kakitangan di negara luar Amerika

    Syarikat untuk menyegerakan atau mendapatkan pelaksanaan

    tindakan lazim kerajaan oleh pegawai atau kakitangan kerajaan.

    Bayaran pemudahan sedemikian mungkin tidak diharamkan dibawah FCPA dan undang-undang seumpamanya di negara lain.

    Meskipun begitu, memang sukar untuk membezakan bayaran

    pemudahan dan rasuah, sogokan atau ganjaran haram. Oleh

    itu, bayaran pemudahan mesti dikawal ketat dan langkah mesti

    diambil untuk menghapuskan atau mengurangkan bayaran

    sedemikian. Bayaran pemudahan, jika diperlukan, akan hanya

    dibuat mengikut garis panduan awal Jabatan Undang-Undang.

    Semua bayaran pemudahan mesti direkodkan dengan tepat

    sebagai bayaran pemudahan dalam rekod perakaunan

    Syarikat.

    Rujukan: Dasar Korporat 3-0005

    Rasuah Perdagangan

    Dasar Syarikat melarang rasuah perdagangan, sogokan

    dan ganjaran dan manfaat lain seumpamanya dan ganjaran

    yang dibayar kepada mana-mana pembekal dan pelanggan.

  • 8/3/2019 amalan perniagaan beretika

    8/24

    5

    Pengarah, kakitangan dan ejen juga dilarang daripada

    menerima, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa

    barangan yang bernilai tinggi (selain gaji, upah atau pampasan

    lain yang biasa daripada Syarikat) berhubung dengan urus

    niaga yang dibuat oleh Syarikat.

    Rasuah kepada pembekal atau pelanggan termasuk

    apa-apa bayaran untuk faedah mana-mana wakil pembekal

    atau pelanggan. Ini termasuk:

    Hadiahyangbukanbernilainominal;

    BayarantunaiolehPengarah,kakitanganatauorangketiga

    seperti ejen atau perunding, yang dibayar balik oleh

    Syarikat;

    Penggunaantanpapampasanperkhidmatan,kemudahan

    atau harta Syarikat, kecuali sebagaimana yang dibenarkan

    oleh Syarikat; dan

    Pinjaman,jaminanpinjamanataupelanjutankredityang

    lain.

    Dasar ini tidak melarang perbelanjaan dalam jumlah yang

    berpatutan untuk jamuan dan hiburan pembekal atau

    pelanggan yang dianggap belanja perniagaan yang biasa dan

    lazim, jika perbelanjaan sedemikian adalah sah. Perbelanjaan

    sebegini mesti dimasukkan dalam laporan perbelanjaan dan

    diluluskan di bawah tatacara piawai Syarikat.

    Rujukan: Dasar Korporat 3-0006

    Kawalan, Tatacara dan Rekod Perakaunan

    Undang-Undang yang berkuat kuasa dan dasar Syarikat

    mewajibkan Syarikat menyimpan buku dan rekod yangmenunjukkan secara tepat dan saksama semua urus niaga dan

    pelupusan aset. Di samping itu, Syarikat mesti mempunyai

    serta melaksanakan satu sistem kawalan perakaunan dalaman

    yang akan memastikan kebolehpercayaan dan kecukupan buku

    dan rekod. Kegagalan memenuhi syarat ini dianggap sebagai

    pencabulan undang-undang.

    Bagi memenuhi tuntutan ini, Syarikat telah menerima pakai

    dasar untuk memastikan bahawa hanya urus niaga yang

    wajar saja dijalinkan oleh Syarikat, bahawa urus niaga tersebut

    mempunyai kelulusan pengurusan yang sewajarnya, bahawa

    urus niaga tersebut direkodkan sewajarnya dalam buku dan

    rekod Syarikat, dan bahawa laporan dan penyata kewangan

    Syarikat disediakan tepat pada masanya, boleh difahami dan

    menyatakan urus niaga tersebut dengan penuh, munasabah

    dan tepat. Semua Pengarah dan kakitangan yang bertanggung

    jawab dengan tugas ini mestilah arif dengan dasar Syarikat,

    kawalan, tatacara dan rekod perakaunan, dan mesti mematuhi

    semua syarat yang ditetapkan.

    Rujukan: Dasar Korporat 3-0004

  • 8/3/2019 amalan perniagaan beretika

    9/24

    6

    Penggunaan dan Pendedahan Maklumat Dalaman

    Undang-Undang Amerika Syarikat dan banyak negara

    lain mengawal penggunaan dan pendedahan maklumat bukan

    awam berkaitan dengan Syarikat kerana sahamnya didagang

    awam. Maklumat ini sering dirujuk sebagai maklumat dalamankerana ia tidak didedah kepada umum. Syarikat mempunyai

    dasar (sebahagiannya, berdasarkan undang-undang

    sedemikian) mengenai penggunaan dan pendedahan

    maklumat dalaman.

    Dasar Syarikat melarang pendedahan maklumat dalaman

    kepada sesiapa melainkan mereka yang bekerja dalam

    syarikat, di mana kedudukan mereka memerlukan pengetahuan

    berkenaan maklumat tersebut.

    Dasar Syarikat juga melarang dagangan sekuriti Syarikat,

    termasuk opsyen saham, oleh mana-mana kakitangan semasa

    memiliki maklumat dalaman penting. Maklumat dianggappenting jika ia boleh mempengaruhi keputusan seseorang

    untuk membeli atau menjual sekuriti. Ia juga bertentangan

    dengan dasar Syarikat bagi seseorang yang mempunyai

    maklumat dalaman untuk menganjurkan orang lain membeli

    atau menjual sekuriti Syarikat berdasarkan maklumat tersebut.

    Jika seseorang kakitangan atau ejen Syarikat mempunyaimaklumat dalaman tentang Syarikat, dia mestilah menunggu

    sehingga berakhir perniagaan pada hari kedua perniagaan

    setelah maklumat didedahkan sewajarnya kepada umum

    sebelum membeli atau menjual sekuriti Syarikat. Peraturan

    yang lebih ketat dikenakan kepada kakitangan penting, pegawai

    dan Pengarah yang tertentu.

    Pengarah, kakitangan atau ejen tidak boleh berdagang

    dalam sekuriti syarikat lain, jika semasa dia bekerja atau

    disebabkan oleh jawatannya dalam Syarikat, maklumat bukan

    awam diketahui mengenai syarikat tersebut yang akan

    mempengaruhi harga sekuriti itu.

    Pengarah, kakitangan dan ejen Syarikat tidak digalakkanmembuat spekulasi jangka pendek ke atas sekuriti (saham)

    Syarikat.

    Dasar Syarikat tidak membenarkan layanan keutamaan

    berkenaan pendedahan maklumat dalaman. Syarikat telah

    melaksanakan tatacara untuk mengelak pendedahan pilih

    kasih yang tidak wajar.

    Rujukan: Dasar Korporat 3-0008

    Maklumat Sulit atau Proprietari

    Pengarah, kakitangan dan ejen Syarikat kerap

    mengetahui maklumat sulit atau maklumat proprietari (empu

    ya) tentang Syarikat atau pelanggannya. Dasar Syarikat

  • 8/3/2019 amalan perniagaan beretika

    10/24

    7

    melarang Pengarah, kakitangan dan ejen daripada

    mendedahkan atau mengguna maklumat sulit atau hakmilik di

    luar Syarikat atau untuk keuntungan peribadi, sama ada

    semasa atau selepas perjawatannya, tanpa kebenaran

    bertulis yang sewajarnya daripada Syarikat yang

    mengizinkannya berbuat sedemikian. Pendedahan yang tidak

    dibenarkan boleh membawa mudarat kepada Syarikat atau

    pelanggan atau berguna kepada pesaing.

    Syarikat juga mengendalikan data hakmilik pelanggan,

    pembekal dan rakan kongsi usaha sama. Ini amanah yang amat

    penting dan mesti ditangani dengan berhati-hati supaya

    Syarikat berjaya mendapat keyakinan berterusan pelanggan,

    pembekal dan rakan kongsi usaha sama. Tiada Pengarah,

    kakitangan atau ejen dibenarkan mendedahkan, atau

    menggunakan maklumat dalaman atau hakmilik di luar

    Syarikat tanpa kebenaran Syarikat, dan tiada seorang pun

    Pengarah, kakitangan atau ejen dibenarkan mendedahkan

    maklumat tersebut kepada kakitangan lain kecuali jikadiperlukan sahaja.

    Rujukan: Dasar Korporat 3-0009

    Konfik Kepentingan

    Dasar Syarikat melarang konik di antara kepentinganPengarah atau kakitangan dengan Syarikat. Takrifan lengkap

    mengenaiapayangdianggapkonikkepentinganamatsukar.

    Meskipun begitu, ada beberapa keadaan yang pasti akan

    dianggapkonikkepentinganyangditegah.Keadaaniniberlaku

    apabila seorang Pengarah atau kakitangan atau mereka yang

    mempunyai hubungan peribadi yang rapat dengan Pengarah

    atau kakitangan:

    Memperolehkepentingankewanganataukepentinganlain

    yang bermanfaat dengan pembekal, pelanggan atau

    pesaing Syarikat tanpa terlebih dahulu memberitahu

    Syarikat dan mendapatkan kelulusan bertulis daripada

    Ketua Pegawai Eksekutif atau wakilnya;

    Terlibatdalamurusniagaperniagaanperibadiyang

    melibatkan Syarikat untuk mendapatkan keuntungan atau

    laba, melainkan urus niaga sedemikian telah diluluskan

    terlebih dahulu secara bertulis oleh Ketua Pegawai

    Eksekutif atau wakilnya;

    Menerimawang,hadiahyangbukanbernilainominal,

    layanan berlebihan, pinjaman, jaminan obligasi ataulayanan istimewa lain daripada mana-mana pembekal,

    pelanggan atau pesaing Syarikat (pinjaman daripada

    institusi peminjaman pada kadar faedah lazim dikecualikan);

    Menyertaimana-manajualan,pinjamanataupemberian

    harta Syarikat tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada

    Ketua Pegawai Eksekutif atau wakilnya;

  • 8/3/2019 amalan perniagaan beretika

    11/24

    8

    Mengetahuitentangpeluangperniagaanmelalui

    hubungan dengan Syarikat dan mendedahkannya kepada

    pihak ketiga atau pelabur dalam atau mengambil peluang

    secara peribadi tanpa menawarkannya terlebih dahulu

    kepada Syarikat;

    Menggunakanhartakorporat,maklumat,ataukedudukan

    untuk kepentingan peribadi; atau

    BersaingdenganSyarikat.

    Konik kepentingan mungkin timbul akibat kepengarahan

    luar, penggunaan harta Syarikat secara peribadi atau

    mendapatkan khidmat Syarikat bagi kepentingan peribadi.

    Orang yang mempunyai hubungan peribadi yang rapat

    dengan Pengarah atau kakitangan merujuk kepada suami/

    isteri, ibu bapa, anak-anak, adik beradik, ibu dan bapa mertua,

    anak menantu, abang dan kakak ipar kepada Pengarah atau

    kakitangan, sesiapa yang tinggal serumah dengan Pengarah

    atau kakitangan atau rakan perniagaan kepada Pengarah ataukakitangan.

    Secara berkala, Syarikat memerlukan kakitangan

    tertentu untuk mengesahkan kepada Syarikat yang mereka

    telah mematuhi semua syarat Tataetika Perniagaan.

    Pendedahan situasi tertentu yang mungkin dianggap konik

    kepentingan tidak bermakna bahawa Syarikat akanmenganggapnya cukup penting untuk dilarang. Setiap situasi

    akan dipertimbangkan secara individu.

    Rujukan: Dasar Korporat 3-0003

    Penipuan dan Tindakan Luar Aturan Seumpamanya

    Dasar Syarikat melarang penipuan dan menyediakan

    tatacara untuk dipatuhi mengenai pengenalan, pelaporan dan

    penyiasatan penipuan yang disyaki. Penipuan termasuk, tetapi

    tidak terhad kepada:

    Tindakanyangtidakjujurataumenipu;

    Penggelapan; Pemalsuanataupengubahaninstrumenbolehniagaseperti

    cek atau draf Syarikat;

    SalahgunaasetSyarikat,kakitangan,pelanggan,rakan

    kongsi atau pembekal;

    Pengubahanwangtunai,sekuriti,bekalanatauaset

    Syarikat yang lain untuk kegunaan peribadi;

    Pengurusanataupelaporanyangtidakdibenarkan

    mengenai urus niaga Syarikat; dan

    PemalsuanrekodSyarikatataupenyatakewanganatas

    sebab peribadi.

    Pengarah dan kakitangan bertanggung jawab melindungi

    asetSyarikatdanmemastikanpenggunaannyasecaraesien.

  • 8/3/2019 amalan perniagaan beretika

    12/24

    9

    Pencurian, kecuaian dan pembaziran aset Syarikat oleh

    Pengarah dan kakitangan adalah dilarang kerana tindakan dan

    amalan tersebut mempunyai kesan langsung dan negatif ke

    atas keuntungan Syarikat. Semua aset Syarikat hanya boleh

    digunakan bagi tujuan perniagaan sah Syarikat.

    Mana-mana Pengarah, kakitangan atau ejen yang

    mengesyaki aktiviti penipuan telah berlaku dikehendaki

    melaporkan perkara tersebut kepada Jabatan Undang-Undang,

    Perkhidmatan Audit, Jabatan Keselamatan, atau Ketua Pegawai

    Kewangan Syarikat. Semua siasatan penipuan akan dijalankan

    di bawah pengarahan Jabatan Undang-Undang.

    Rujukan: Dasar Korporat 3-0015

    Urusan Eksport dan Hubungan

    Perniagaan Antarabangsa

    Pentadbiran Eksport dan Sekatan Ekonomi antarabangsa

    Meskipun Syarikat beroperasi di banyak negara di

    seluruh dunia, sebagai sebuah syarikat Amerika Syarikat,

    Syarikat mesti mematuhi pentadbiran eksport dan

    undang-undang sekatan ekonomi antarabangsa Amerika

    Syarikat. Dasar Syarikat menghendaki Syarikat menjalankan

    semua perniagaannya dan mengeksport perkhidmatan, produkdan teknologinya menurut undang-undang tersebut. Tiada

    pengecualian dalam dasar ini.

    Syarikat telah mewujudkan satu program pengawasan

    dalaman yang komprehensif untuk memastikan undang-udang

    tersebut dipatuhi. Keperluan undang-undang ini amat rumit

    dan ada kalanya sukar difahami. Sebarang pertanyaanmengenai keperluan dasar ini atau undang-undang yang

    berkaitan harus dikemukakan kepada pengurus kawalan eksport

    atau Jabatan Undang-Undang. Semua Pengarah, kakitangan

    dan ejen Syarikat mesti mematuhi semua keperluan program

    kawalan dalaman dan bertindak mematuhi undang-undang ini.

    Rujukan: Dasar Korporat 3-0010

    Boikot

    Undang-Undang berkaitan dan dasar Syarikat melarang

    kerjasama dengan boikot tertentu yang ditetapkan oleh

    undang-undang negara lain. Undang-Undang Amerika Syarikat

    yang berkaitan juga memerlukan Syarikat tidak menyalurkanmaklumat tertentu berkenaan identiti dan kewarganegaraan

    kakitangan, Pengarah, pemegang saham, subkontraktor dan

    pembekal, atau maklumat tentang lokasi Syarikat menjalankan

  • 8/3/2019 amalan perniagaan beretika

    13/24

    10

    perniagaan apabila maklumat tersebut diminta untuk menyokong

    boikot yang dilarang. Syarikat juga dikehendaki melaporkan

    permintaan yang diterima untuk menyokong boikot sedemikian

    walaupun ia tidak memenuhi permintaan tersebut.

    Ada kalanya permintaan untuk menyokong boikot yangdilarang amat sukar dikenal pasti. Semua kakitangan dan ejen

    yang mungkin dihubungi untuk permintaan sedemikian mesti

    mengetahui sepenuhnya perincian dasar ini.

    Rujukan: Dasar Korporat 3-0011

    Hubungan Perniagaan Antarabangsa

    Syarikat sering menjalin hubungan perniagaan dengan

    orang perseorangan atau syarikat di luar Amerika Syarikat.

    Hubungan Perniagaan Antarabangsa ini berbentuk perjanjian

    agensi, usaha sama dan bentuk kombinasi perniagaan yang

    lain. Dasar Syarikat mengawal cara bagaimana ia akan

    menjalin dan mengurus hubungan perniagaan ini.

    Istilah Hubungan Perniagaan Antarabangsa merangkumi

    yang berikut:

    Penggajianejen,wakilpenjual,penajaataupihakyang

    lain untuk membantu Syarikat mendapatkan perniagaanatau mempromosi pengedaran, pemasaran atau penjualan

    produk dan perkhidmatan, termasuk perjanjian perlesenan

    di mana pihak lain mengedar, memasarkan atau menjual

    produk, perkhidmatan atau teknologi Syarikat;

    Melibatkandiridalamusahasama,konsortium,

    perkongsian, perjanjian Pemegang amanah atau

    mana-mana perjanjian lain di mana pihak lain memperolehkepentingan ekuiti dalam sebuah entiti yang dimiliki oleh

    Syarikat, atau sebahagian keuntungan daripada peniagaan

    usaha sama, konsortium, perkongsian atau entiti milik

    Syarikat;

    Memeteraikontrakatausubkontrakdimanapihaklainakan

    melaksanakan kebanyakan kerja yang akan dilaksanakan di

    dalam kontrak Syarikat.

    Walaupun Hubungan Perniagaan Antarabangsa amat

    berguna dalam menjalankan perniagaan Syarikat, ia mestilah

    tertakluk secukupnya kepada sistem kawalan Syarikat untuk

    melindungi aset Syarikat daripada penggunaan yang tidak

    dibenarkan. Dan, Syarikat juga mungkin

    dipertanggungjawabkan ke atas tindakan yang diambil oleh

    ejen atau orang lain bagi pihaknya. Maka, dasar Syarikat

    mensyaratkan pemilihan pihak lain yang akan bekerjasama

    dengan Syarikat dalam Hubungan Perniagaan Antarabangsa

    tertakluk kepada kawalan pengurusan dan penyiasatan yang

    sewajarnya.

  • 8/3/2019 amalan perniagaan beretika

    14/24

    11

    Semua cadangan perjanjian untuk menjalin atau

    meminda hubungan seumpamanya mestilah disemak dengan

    teliti oleh kakitangan kewangan dan perundangan sebelum

    menandatangani perjanjian.

    Selanjutnya, perjanjian ini mesti memastikan pihak yanglain setuju untuk mematuhi Tataetika Perniagaan Syarikat dalam

    Hubungan Perniagaan Antarabangsa. Tatakelakuan berasingan

    ini berkaitan dengan Hubungan Perniagaan Antarabangsa. Ia

    terdiri daripada kebanyakan syarat-syarat yang serupa dengan

    Tataetika Perniagaan Syarikat. Mana-mana kakitangan yang

    mempunyai tanggungjawab berkaitan dengan Hubungan

    Perniagaan Antarabangsa mestilah arif dengan perincian dasar

    Syarikat yang berkaitan.

    Rujukan: Dasar Korporat 3-0007

    Antitrust dan Persaingan

    Undang-Undang antitrust Amerika Syarikat dan negara

    lain melarang perjanjian atau tindakan yang mungkin

    menghapuskan atau menyekat persaingan, mewujudkan

    monopoli, menyalah guna kedudukan pasaran dominan,

    menetapkan harga secara tidak jujur atau menyekat atau

    menyelewengkan perdagangan secara haram.

    Di samping denda jenayah dan hukuman penjara,

    pencabulan undang-undang antitrust Amerika Syarikat sering

    membenarkan pihak persendirian memperoleh ganti rugi

    berjumlah tiga kali ganda nilai sebenar. Saman antitrust sering

    menghasilkan keputusan mahkamah terhadap syarikat yang

    berjumlah berpuluh juta dan, ada kalanya, beratus juta dolar

    Amerika.

    Syarikat tidak akan bertolak ansur dengan sebarang

    aktiviti perniagaan yang melanggar undang-undang antitrust

    yang melibatkan perniagaan Syarikat. Dasar Syarikat

    menghendaki tiada Pengarah, kakitangan atau ejen Syarikat

    mengikat sebarang persefahaman, perjanjian, rancangan atau

    skim, tersurat atau tersirat, rasmi atau tidak rasmi, denganmana-mana pesaing berkaitan dengan harga, terma atau syarat

    jualan atau perkhidmatan, pengeluaran, pengedaran, wilayah

    atau pelanggan; atau bertukar atau berbincang dengan pesaing

    mengenai harga, terma atau syarat jualan atau perkhidmatan,

    atau sebarang maklumat persaingan yang lain; atau melibatkan

    diri dengan perlakuan yang melanggar mana-manaundang-undang antitrust. Walau bagaimanapun, perjanjian

    subkontrak atau cadangan bersama dengan pesaing yang tidak

    dilarang oleh undang-undang antitrust yang berkaitan dan yang

    telah diluluskan oleh Jabatan Undang-Undang tidak dilarang.

    Sebarang perbincangan dengan pesaing berhubung dengan

    projek di mana pesaing adalah rakan kongsi perikatan,

    pengusaha sama, atau subkontraktor mesti mendapatkebenaran terlebih dahulu dan diatur dengan Jabatan

    Undang-Undang.

  • 8/3/2019 amalan perniagaan beretika

    15/24

    12

    Undang-Undang antitrust sangat rumit dan ada kalanya

    sukar untuk difahami. Mana-mana Pengarah, kakitangan atau

    ejen Syarikat yang bertanggungjawab untuk amalan perniagaan

    yang tertakluk kepada undang-undang antitrust mesti berpandu

    kepada nasihat Jabatan Undang-Undang. Sebarang

    pertanyaan mengenai implikasi antitrust mesti dirujuk kepada

    Jabatan Undang-Undang sebelum sebarang tindakan diambil.

    Tiada pengecualian dalam dasar ini dan tiada siapa diberi

    kuasa untuk meluluskan sebarang tindakan yang melanggar

    dasar ini.

    Rujukan: Dasar Korporat 3-0013

    Pekerjaan dan Tempat Kerja

    Peluang Pekerjaan Sama Rata

    Dasar Syarikat melarang diskriminasi yang menyalahi

    undang-undang terhadap mana-mana pekerja atau orang yang

    memohon pekerjaan. Syarikat komited kepada dasar

    menyediakan peluang sama rata kepada individu yang layak

    dalam dasar penggajian dan kenaikan pangkat. Syarikat akan

    berusaha untuk menyediakan tenaga kerja yang mencerminkan

    kepelbagaian penduduk dalam komuniti di mana ia beroperasi.

    Merujuk kepada operasi yang ditadbir oleh undang-undangAmerika Syarikat, dasar ini berkaitan dengan semua fasa

    penggajian, termasuk program perekrutan, penggajian,

    penempatan, kenaikan pangkat, perpindahan, pampasan,

    faedah, latihan, pendidikan, sosial dan rekreasi, dan kegunaan

    kemudahan Syarikat. Ia meliputi tindakan semua kakitangan

    lain dalam semua kategori dan pada semua tahap, termasuk

    penggajian individu kurang upaya yang layak, veteran kurangupaya dan veteran dari era Vietnam. Ia bertujuan untuk

    memberikan suasana kerja yang bebas daripada diskriminasi,

    gangguan, intimidasi atau pemaksaan yang berkait secara

    langsung atau tidak langsung dengan ras, warna kulit, agama,

    jantina, orientasi seksual, umur, kecacatan atau negara asal.

    Semua Pengarah, ahli pengurusan dan kakitangan lainharuslah menyokong secara aktif dasar ini.

    Rujukan: Dasar Korporat 3-0002

    Gangguan

    Syarikat percaya semua kakitangan haruslah dilayandengan bermaruah dan rasa hormat. Dasar Syarikat

    adalah untuk menyediakan suasana kerja yang bebas

    daripada gangguan.

    Sepertimana yang diguna pakai dalam dasar ini, gangguan

    termasuk gangguan seksual, ras, etnik, dan bentuk gangguan

    yang lain, termasuk gangguan berdasarkan kehilangan upaya.

    Beberapa contoh, bergantung kepada fakta dan keadaan,

    termasuk:

  • 8/3/2019 amalan perniagaan beretika

    16/24

    13

    GangguanLisanatauBertuliskomenyangtidakdisenangi

    atau menghina mengenai ras, warna kulit, jantina,

    orientasi seksual, agama, keturunan, warisan etnik,

    kecacatanmentalatauzikal,umurataupenampilan

    seseorang;ancamankecederaanzikal;ataupengedaran

    bahan yang mempunyai kesan yang seumpamanya,

    termasuk melalui mel elektronik atau paparan di

    mana-mana kawasan kerja Syarikat.

    GangguanFizikal-memukul,menolakatausentuhanzikal

    agresif yang lain atau ugutan untuk melakukan tindakan

    sedemikian, atau gerak isyarat yang tidak wajar.

    GangguanSeksualperlakuanseksualyangtidakdisenangi,samaadasecaralisanatauzikal,

    termasuk cubaan bermesra secara seksual, meminta

    layananseksual,atauperlakuanlisanatauzikallainyang

    bersifat seksual, sama ada ia dirancang atau bertujuan

    untuk menggalakkan hubungan mesra.

    Tidak dianggap gangguan jika penyelia dan anggotapengurusan yang lain menguatkuasakan pelaksanaan kerja dan

    tata kelakuan dengan cara yang wajar dan konsisten.

    Mana-mana kakitangan yang percaya dia diganggu patut

    mempertimbangkan untuk memberitahu kepada pihak yang

    bersalah bahawa dia membantah perlakuan tersebut. Ini

    selalunya akan menyelesaikan masalah. Walaupun begitu, jikakakitangan itu tidak berasa selesa berhadapan dengan pihak

    yang bersalah (atau jika perlakuan pihak yang bersalah yang

    tidak disenangi terus berlaku), kakitangan harus memaklumkan

    penyelia terdekat tentang perlakuan yang salah. Jika

    kakitangan lebih selesa berbincang tentang isu itu dengan

    seseorang yang selain penyelia terdekatnya, atau sekiranya

    penyelia terdekatnya tidak mengambil tindakan yang dianggap

    wajar oleh kakitangan untuk menyelesaikan masalah tersebut,

    kakitangan harus menghubungi wakil Jabatan Sumber Manusia

    atau Jabatan Undang-Undang.

    Laporan mengenai gangguan akan disiasat dengan segera

    dan berhati-hati.

    Mana-mana kakitangan yang melaporkan tindakan

    gangguan dengan seikhlas hati, termasuk gangguan seksual,

    tidak akan menerima tindakan balas akibat laporan tersebut.

    Rujukan: Dasar Korporat 3-0016

    Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar

    Perlindungan kesihatan, keselamatan dan pencegahan

    pencemaran terhadap alam sekitar merupakan matlamat utama

    Syarikat. Syarikat akan berusaha untuk membangun dan

    menyediakan produk dan perkhidmatan yang tidak

  • 8/3/2019 amalan perniagaan beretika

    17/24

    14

    memberi kesan buruk terhadap alam sekitar dan selamat untuk

    kegunaan mengikut fungsinya, esien dari segi penggunaan

    tenaga dan sumber semula jadi dan boleh dikitarkan semula,

    diguna semula atau dibuang dengan selamat. Semua

    kakitangan mesti melaksanakan tugas dan tanggungjawab

    mereka dengan mematuhi undang-undang yang berkaitan dan

    piawai industri berhubung kesihatan dan keselamatan di tempat

    kerja dan pencegahan pencemaran kepada alam sekitar.

    Ketua Pegawai Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar

    Syarikat akan menyelia perlaksanaan dasar ini. Perlaksanaan

    tertakluk kepada pengawasan Jawatankuasa Kesihatan,

    Keselamatan dan Alam Sekitar, Lembaga Pengarah Syarikat.

    Rujukan: Dasar Korporat 3-0014

    Aktiviti Politik

    Syarikat memegang kepercayaan kuat kepada proses

    demokrasi. Pengarah dan kakitangannya haruslah melibatkan

    diri secara aktif dalam memupuk prinsip pemerintahan yang baik

    di negara dan komuniti di mana mereka tinggal. Pengarah dan

    kakitangan boleh menggunakan masa dan dana mereka sendiri

    untuk menyokong calon dan isu politik, tetapi mereka tidak akan

    diberi pampasan oleh Syarikat. Pengarah dan kakitangan mesti

    memastikan bahawa sumbangan dan aktiviti politik merekamematuhi undang-undang yang diguna pakai.

    Selanjutnya, sesetengah perlakuan politik yang

    dibenarkan dan digalakkan kepada individu adalah menyalahi

    undang-undang bagi syarikat.

    Dasar Syarikat menghendaki Pengarah, kakitangan danejen yang mewakili Syarikat dalam hal-hal politik dan

    kerajaan untuk mematuhi semua undang-undang yang

    mengawal pembabitan korporat dalam hal ehwal awam. Untuk

    memastikan keperluan ini dipenuhi dan sebagai panduan

    kepada mereka, dasar yang berikut telah diterima pakai:

    Pengarah,kakitanganatauejentidakdibenarkanmemberitekanan ke atas kakitangan lain sehingga melanggar hak

    individu itu untuk memutuskan sama ada, kepada siapa dan

    berapa jumlah sumbangan politik peribadi, harus dibuat;

    Sumbangandana,hartaatauperkhidmatanSyarikattidak

    akan dibuat untuk menyokong calon politik untuk jawatan

    persekutuan di Amerika Syarikat atau negeri tertentu atau

    di negara lain di mana sumbangan tersebut diharamkan.

    Perbelanjaan tidak langsung bagi pihak seorang calon,

    seperti perjalanan menggunakan kapal terbang Syarikat,

    boleh dianggap sebagai sumbangan sedemikian;

  • 8/3/2019 amalan perniagaan beretika

    18/24

    15

    Tiadasumbanganpolitikdaripadadana,hartaatau

    perkhidmatan Syarikat boleh dibuat oleh Syarikat, kecuali

    yang sejajar dengan rancangan yang diluluskan oleh Ketua

    Pegawai Eksekutif;

    Sekiranyadibenarkanolehundang-undangdandiizinkan

    oleh Ketua Pegawai Eksekutif, dana dan kemudahan

    Syarikat boleh digunakan untuk memberikan sokongan

    pentadbiran bagi operasi jawatan kuasa bertindak atau

    rancangan politik, yang antara tujuannya ialah pembayaran

    sumbangan kewangan oleh kakitangan tertentu, pemegang

    saham dan/atau orang lain kepada parti atau calon parti

    politik. Tiada dana, kemudahan atau harta lain Syarikatboleh digunakan untuk selain daripada sokongan

    pentadbiran untuk jawatan kuasa sedemikian;

    Sekiranyadiizinkanolehundang-undangdandibenarkan

    oleh Ketua Pegawai Eksekutif, perbelanjaan dana

    Syarikat boleh dilakukan untuk mendidik atau

    mempengaruhi masyarakat pengundi mengenai isu yang

    penting kepada perniagaan Syarikat dan pemegang saham.

    Sekiranya seorang kakitangan atau Pengarah diminta

    membuat sumbangan politik atau memberi bantuan bagi

    pihak Syarikat, sama ada peribadi atau korporat, dan kakitangan

    atau Pengarah tersebut mempunyai kemusykilan tentang dasar

    Syarikat ini atau undang-undang yang berkaitan, kakitangan

    atau Pengarah tersebut hendaklah menghubungi Naib PresidenHubungan Kerajaan Syarikat atau Jabatan Undang-Undang.

    Rujukan: Dasar Korporat 3-0012

    Kontrak Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat

    Untuk memastikan Syarikat mematuhi peraturanpersekutuan berkaitan kontrak kerajaan Amerika Syarikat,

    semua kakitangan yang terlibat dalam pelaksanaan kerja di

    bawah kontrak kerajaan hendaklah dimaklumkan dan dilatih

    secukupnya mengenai dasar dan amalan yang terkandung

    dalam Kod Etika Perniagaan dan dasar lain Syarikat yang

    khusus berkaitan dengan kontrak kerajaan. Setiap pengurus

    unit perniagaan yang mempunyai kontrak dengan kerajaan

    Amerika Syarikat bertanggung jawab untuk memastikan yang

    sesi latihan dalam dasar ini dijalankan dan bahawa sesi latihan

    ini didokumenkan sewajarnya.

    Syarikat mengambil tindakan yang wajar dan tepat pada

    masanya untuk membetulkan pencabulan piawai kerajaanAmerika Syarikat. Jika mana-mana kakitangan mempunyai

    persoalan tentang kesesuaian sesuatu urus niaga, kakitangan

    tersebut mesti melaporkan urus niaga itu kepada penyelia

    terdekat. Jika penyelia itu mendapati persoalan itu mempunyai

    kebenaran, penyelia tersebut mesti melaporkan urus niaga

    kepada Ketua Peguam atau wakilnya. Penyelia mesti

  • 8/3/2019 amalan perniagaan beretika

    19/24

    16

    memaklumkan kepada kakitangan tentang tindakan yang telah

    diambilnya. Sekiranya kakitangan itu tidak bersetuju dengan

    penyelia atau sekiranya kakitangan tidak berasa selesa

    melaporkan urus niaga itu kepada penyelia, kakitangan boleh

    menghubungi terus Ketua Peguam atau wakilnya.

    Apabila data kos dan penentuan harga diperlukan untuk

    menjawab permintaan kerajaan, data kos dan penentuan

    harga mestilah terkini, tepat, dan lengkap semasa ia diserahkan.

    Semua kos mestilah direkodkan, didokumenkan, dan disimpan

    dengan baik sejajar dengan peraturan pemerolehan

    persekutuan Amerika Syarikat. Setiap unit perniagaan yang

    menjalankan perniagaan dengan kerajaan Amerika Syarikat

    mestilah menghantar invois kepada kerajaan dengan

    mematuhi ketat prinsip kos kerajaan Amerika Syarikat dan

    peraturan persekutuan Amerika Syarikat yang lain.

    Banyak projek kerajaan Amerika Syarikat di mana Syarikat

    terbabit mungkin melibatkan bahan atau maklumat sulit atauempunya. Dalam kes ini, Syarikat terikat dengan semua

    peraturan keselamatan kerajaan Amerika Syarikat untuk

    menghalang akses, pengedaran, atau penggunaan mana-mana

    maklumat sulit tanpa kebenaran.

    Syarikat mematuhi statut dan peraturan persekutuan

    Amerika Syarikat yang berkenaan berhubung denganpenggajian bekas tentera Amerika Syarikat, Jabatan

    Pertahanan, atau kakitangan persekutuan yang lain.

    Apabila Syarikat bercadang menggaji bekas kakitangan

    kerajaan Amerika Syarikat atau mengambil kakitangan tersebut

    sebagai perunding, pengurus unit perniagaan yang

    bertanggung jawab akan berunding dengan Jabatan

    Undang-Undang untuk mendapatkan panduan.

    Rujukan: Dasar Korporat 3-0017

    Pelaporan Sulit Tuduhan Perlanggaran Kod

    Sekiranya anda memerlukan nasihat atau bantuan atau

    mengetahui mengenai pencabulan Kod Etika Perniagaan, andahendaklah menghubungi pihak pengurusan atau Jabatan

    Undang-Undang secara peribadi atau melalui telefon. Anda

    juga boleh menghantar e-mel kepada FHOUCODE atau surat

    kepada Peti Surat khas yang tertera di bawah, atau anda boleh

    menelefon Talian Bantuan Etika Syarikat.

    Sekiranya anda menggunakan Talian Bantuan Etika, Peti

    Surat atau alamat e-mel Kod:

    1. Anda boleh mengekang daripada mengenalkan diri sendiri

    (walaupun, tanpa pengenalan diri tersebut Syarikat tidak

    mempunyai cukup maklumat untuk menyiasat tuduhan

    tersebut).

  • 8/3/2019 amalan perniagaan beretika

    20/24

    17

    2. Tiada tindakan balas akan dikenakan ke atas anda kerana

    membuat laporan dengan seikhlas hati melainkan sekiranya

    anda salah seorang daripada orang yang bersalah.

    3. Kerahsiaan anda akan dikekalkan melainkan pendedahan

    adalah:

    Diperlukanataudisarankanberhubungdenganmana-mana

    penyiasatan atau laporan kerajaan;

    UntukkepentinganSyarikat,sejajardenganmatlamat

    Tataetika; atau

    Diperlukanataudisarankandalampembelaan

    undang-undang Syarikat dalam hal tersebut.

    Talian Bantuan Etika, Peti Surat dan alamat e-mel Kod

    bukan disasarkan untuk digunakan bagi sungutan peribadi. Semua

    perkara yang bukan merupakan pencabulan Tataetika

    Perniagaan akan dirujuk kepada jabatan yang sewajarnya;

    contohnya, laporan berkenaan sungutan kakitangan akan

    dihantar kepada Jabatan Sumber Manusia.

    Talian Bantuan Etika dikendalikan oleh syarikat swasta yang

    beroperasi setiap hari, 24 jam sehari. Penterjemah akan

    disediakan atas permintaan. Jika anda memanggil daripada

    Amerika Syarikat atau Kanada, anda boleh menggunakan Talian

    Bantuan Etika bebas tol dengan mendail:

    1-888-414-8112

    Jika anda di United Kingdom, anda boleh mendail bebas tol:

    0800-169-3116

    Jika anda di Indonesia, anda boleh mendail bebas tol:

    001-803-1-009-1244

    Jika anda menelefon dari negara-negara lain, anda boleh

    membuat panggilan caj balikkan di:

    770-613-6714

    Alamat Peti Surat untuk membuat laporan Kod ialah:

    Pengarah Etika Perniagaan

    Halliburton Company

    P.O. Box 2625

    Houston, Texas 77252-2625

    U.S.A.

    Hubungi Lembaga Pengarah

    Anda boleh melaporkan hal-hal tentang perakaunan,

    kawalan perakaunan dalaman atau hal-hal audit Syarikat

    kepada Jawatankuasa Audit Syarikat, atau hal-hal lain kepada

    Lembaga Pengarah, dengan memilih salah satu daripada

    pilihan berikut.

  • 8/3/2019 amalan perniagaan beretika

    21/24

    18

    Dengan menulis kepada: Board of Directors

    c/o Director of Business Conduct

    Halliburton Company

    P.O. Box 42806

    Houston, TX 77242-2806

    USA

    Dengan menghantar e-mel kepada:

    [email protected]

    Dengan menelefon: 1-888-312-2692 (bebas tol daripada

    AS atau Kanada) atau 770-613-6348 (panggilan caj balikan

    daripada negara-negara lain)

    Anda juga boleh membuat laporan tanpa menyatakan nama

    dan secara sulit. Kerahsiaan anda akan dikekalkan kecuali

    pendedahan itu:

    DiperlukanataudisarankanberhubungdenganPenyiasatan

    atau laporan kerajaan;

    UntukkepentinganSyarikat,sejajardenganmatlamatKod;

    atau

    Diperlukanataudisarankandalampembelaan

    undang-undang Syarikat dalam hal tersebut.

    Nombor Telefon BergunaNaib Presiden Eksekutif

    Dan Ketua Peguam ..............................................713.759.2620

    Jabatan Undang-Undang - Houston, TX ..............281.575.4434

    Jabatan Undang-Undang - Aberdeen ...............44.1224.776718

    Jabatan Undang-Undang - Kaherah.....................202.759.1000

    Jabatan Undang-Undang - Dubai .....................971.4.303.6627

    Jabatan Undang-Undang - Perth.......................61.8.6424.4680

    Jabatan Undang-Undang - Kuala Lumpur .........603.920.66929

    Ketua Pegawai Kewangan ...................................713.759.2636

    Naib Presiden Sumber Manusia ........................713.759.2641

    Perkhidmatan Audit ..............................................713.839.4755Jabatan Keselamatan ...........................................713.839.4704

    Pengarah Etika Perniagaan..................................713.759.2673

  • 8/3/2019 amalan perniagaan beretika

    22/24

    19

    Latihan

    Latihan Tataetika Perniagaan boleh didapati dalam intranet

    Syarikat. Selain itu, pelbagai jabatan menawarkan banyak

    kursus latihan dalam pelbagai bidang Tataetika Perniagaan

    termasuk, di antaranya, kepatuhan alam sekitar, keselamatan,kepatuhan undang-undang dan peluang sama rata. Untuk

    mengatur latihan untuk Tataetika Perniagaan atau bidang lain,

    hubungi Pengarah Etika Perniagaan.

    Pengedaran

    Tataetika Perniagaan Syarikat adalah satu bahagian pentingdalam urus tadbir Syarikat. Ringkasan Tataetika diterbitkan

    dalam pelbagai bahasa dan diedarkan kepada kakitangan

    dalam bentuk salinan cetak atau dalam intranet Syarikat.

    Tataetika Perniagaan juga diterbitkan dalam laman web

    Syarikat di alamat http://www.halliburton.com. Untuk

    mendapatkan salinan lengkap Tataetika PerniagaanSyarikat, hubungi Pengarah Etika Perniagaan.

  • 8/3/2019 amalan perniagaan beretika

    23/24

  • 8/3/2019 amalan perniagaan beretika

    24/24