amalan pengubatan dan perbomohan...

32
AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN MENURUT ISLAM Jabatan Mufti Negeri Melaka

Upload: dohuong

Post on 06-Feb-2018

285 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN

MENURUT ISLAM

Jabatan Mufti Negeri Melaka

Page 2: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

© JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA www.al-azim.com/jmm

Cetakan Pertama 2012

Diterbitkan oleh: JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA

Aras 2, Kompleks MAIM, Jalan Bukit Palah, 75150 Melaka.

Tel: 06-2847920/21 Fax: 06-2848144 E-mel: [email protected]

Page 3: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

Kandungan

Bahagian I : Pengenalan Tujuan.................................................................................................................................. Latar Belakang.................................................................................................................... Pendahuluan....................................................................................................................... Konsep Asas Dalam Pengubatan.................................................................................... Bahagian II : Pengubatan Islam Ciri-Ciri Pengamal Pengubatan Islam …........................................................................ Kaedah Rawatan Pengubatan Islam ……………………………………………...……. Etika Pengubatan Islam ……………………………………………………….... Larangan-Larangan Dalam Pengubatan Islam……………………...………….…….. Bahagian III : Perbomohan Syarat-Syarat Pengamal Perbomohan …………………….………………………….. Kaedah Rawatan Perbomohan………………………………..………………………... Pantang Larang Pengamalan Perbomohan …………………….……………… Ikrar Sumpah Dan Taat Setia Dalam Perbomohan ............................................ Larangan-Larangan Dalam Perbomohan ....................................................................... Adab-Adab Dalam Perbomohan ...................................................................................... Bayaran Perkhidmatan / Pengeras Dalam Perbomohan ............................................

1 1 2 4 4 5 7 10 12 13 15 15 16 17 17

Page 4: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

Bahagian IV : Penutup Tertakluk Kepada Undang-Undang Negara .................................................................. Penutup ................................................................................................................................ Glosari……………………………………………………………………………..……… Bibliografi ………………………………………………………………………………… Lampiran: Petikan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Melaka)……………………….…...

18 18 20 27 28

Page 5: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

1 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam

1

بسم هللا الرحمن الرحیم ، الحمد رب العالمین ، وبھ نستعین على أمور الدنیا والدین ، والصالة والسالم على أشرف األنبیاء والمرسلین ، سیدنا محمد وعلى آلھ وصحبھ أجمعین

BAHAGIAN I PENGENALAN

Tujuan 1. Garis panduan ini disusun bagi menjelaskan kepada masyarakat mengenai

ciri-ciri, kaedah dan bentuk pengubatan Islam dan perbomohan yang dibenarkan

oleh syarak supaya dapat mengenali dan menjauhi amalan pengubatan yang

bercanggah dari segi aqidah, syariah atau akhlak Islam. Penerbitan garis panduan

ini penting kerana wujudnya aktiviti perbomohan dan pengubatan yang didakwa

sebagai rawatan Islam tetapi hakikatnya menggunakan kaedah-kaedah yang

bercanggah dengan Islam sama ada dari segi aqidah, syariah ataupun akhlak.

Latarbelakang

2. Kandungan garis panduan ini telah disesuaikan untuk rujukan berdasarkan

kepada Buku Garis Panduan Amalan Pengubatan Islam yang dikeluarkan oleh

Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplimentari Kementerian Kesihatan

Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang

dikeluarkan oleh Bahagian Penyelidikan Jakim serta keputusan Muzakarah

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia. Garis Panduan ini telah disemak dan

diperhalusi oleh suatu Jawatankuasa dalam Bengkel Penyemakan yang telah

diadakan pada 29 Rejab 1433H / 19 Jun 2012M. Ia seterusnya telah disahkan dalam

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil.3/2012 pada 10 Julai 2012 dan

diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Melaka Bil.3/2012 pada 24 Julai

2012. Pelanggaran terhadap keputusan Majlis Agama Islam Melaka merupakan

suatu kesalahan kerana ia dianggap sebagai menghina Agama Islam dan Pihak

Berkuasa Agama serta boleh dikenakan takzir sebagaimana yang diperuntukan di

Page 6: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

2 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam

2

dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Melaka. Petikan seksyen

berkenaan seperti mana di Lampiran A.

3. Pada masa ini dipercayai terdapat berpuluh-puluh pengamal pengubatan

Islam dan perbomohan yang memberi khidmat rawatan pelbagai penyakit sama ada

zahir atau batin kepada masyarakat setempat di negeri ini. Oleh kerana tiada badan

yang bertanggungjawab mengawal dan memantau kegiatan tersebut maka jumlah

kewujudannya tidak dapat dipastikan.

4. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pengamal pengubatan Islam yang

menggunakan kaedah Islam sepenuhnya dalam mengubati pesakit, bagaimanapun

terdapat juga pengamal yang mencampuradukkan kaedah rawatan dengan perkara

yang bercanggah dengan Islam. Kebanyakan ahli masyarakat yang mendapatkan

khidmat pengubatan tersebut tidak mengetahui sama ada pengamal yang didatangi

itu benar-benar mematuhi syariat atau sebaliknya dalam rawatannya. Ia berpunca

daripada kurang kefahaman agama, keliru, terdesak atau terpengaruh dengan iklan

hebat dan cerita yang didengar, apatah lagi pengamal digelar ‘ustaz’ atau berstatus

‘haji’ serta berpenampilan sebagai seorang yang boleh dipercayai. Tambahan pula

pengamal rawatan tersebut tidak perlu memiliki ‘Sijil Patuh Syariah’ dalam

memberikan perkhidmatannya menyebabkan masyarakat tidak dapat mengenalpasti

statusnya, malah ada yang mengambil kesempatan menipu pelanggan dengan

pelbagai helah.

5. Oleh yang demikian, adalah wajar suatu garis panduan yang jelas mengenai

amalan pengubatan Islam dan perbomohan menurut perspektif Islam dapat

diwujudkan supaya umat Islam yang berikhtiar mendapatkan rawatan mengetahui

tentang ciri-ciri dan kaedah yang dibenarkan oleh syarak serta menjauhi pengamal

rawatan dan pengubatan yang menyanggahi syarak.

Pendahuluan

6. Kaedah pengubatan Islam dan perbomohan merupakan satu cabang usaha

seorang pesakit dalam mencari kesembuhan penyakit serta permasalahan emosi

Page 7: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

3 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam

3

atau rohani yang sedang dihidapi. Walaubagaimanapun, ia bukanlah bertujuan untuk

mengambil alih peranan rawatan moden atau allopati, tetapi merupakan pelengkap

bagi rawatan yang diterima. Ia juga sebagai rawatan komplimentari untuk

meneruskan ikhtiar, sambil berusaha bagi pesakit yang masih juga belum sembuh

setelah berusaha melalui mana-mana kaedah rawatan perubatan.

7. Pengubatan Islam adalah satu usaha dalam merawat penyakit yang

berasaskan wahyu Ilahi yang diambil dari petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah, yang

juga dikenali sebagai Pengubatan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam.

Manakala perbomohan pula suatu kaedah ikhtiar mengubati penyakit secara

tradisional menggunakan tumbuh-tumbuhan herba dan jampi tertentu berdasarkan

pengalaman yang dipelajari secara turun temurun.

8. Allah Subhanahu Wata’ala menyuruh setiap hambaNya berusaha mencari

penawar bagi setiap penyakit yang dihidapi. Usaha tersebut merupakan satu ibadah

bagi seorang Muslim yang mencari keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala:

Maksudnya : “Dan Kami turunkan daripada Al-Quran sesuatu yang

dijadikan penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-

Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain

kerugian.” (Surah Al-Isra’ : 82)

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam :

) تداووا فإن هللا عز وجل لم یضع داء إال وضع لھ دواء ، غیر داء واحد الھرم )

Maksudnya : “Berubatlah wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak

menurunkan penyakit melainkan (bersamanya) diturunkan ubat kecuali

satu penyakit iaitu tua.”

Page 8: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

4 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam

4

(Sunan Abu Daud, Kitab Al-Tibb, Hadith Nombor:3857, Diriwayatkan

oleh: Osama Ibn-Shuraik)

9. Hukum mengamalkan pengubatan alternatif atau komplimentari adalah harus,

dengan syarat ianya tidak mengandungi perkara-perkara yang bertentangan dengan

syarak. Dalam sejarah Islam, memang wujud cara pengubatan tertentu sepertimana

yang dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat. Selain

daripada cara-cara biasa, mereka juga menggunakan doa-doa khusus bagi

mengubati penyakit-penyakit tertentu.

10. Setiap individu atau kumpulan tidak boleh mendakwa bahawa

perbomohannya bersumber daripada Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam,

para anbia’ atau diambil daripada al-Qur’an dan hadith atau berasal dari amalan

para sahabat Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam atau lain-lain jika tidak ada alasan

yang kukuh berdasarkan nas al-Qur’an atau al-Hadith.

Konsep Asas Dalam Pengubatan : 11. Penyembuhan penyakit adalah semata-mata daripada Allah Subhanahu Wa

Ta’ala.

BAHAGIAN II

PENGUBATAN ISLAM Ciri-Ciri Pengamal Pengubatan Islam

12. Seorang pengamal Pengubatan Islam perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:

(a) Beragama Islam, aqil dan baligh, serta memahami dan mengetahui ilmu

asas Islam merangkumi aspek aqidah, syariat dan akhlak, dan sentiasa

bertaqwa;

Page 9: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

5 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam

5

(b) Jelas bacaannya serta memahami dan mengetahui apa yang

diucapkannya;

(c) Tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kepada syirik;

(d) Tidak melakukan maksiat, jenayah dan apa sahaja yang bertentangan

dengan undang-undang negara;

(e) Ikhlas, iaitu mengerjakan sesuatu semata-mata kerana Allah

Subhanahu Wata’ala, bukan kerana untuk menunjuk-nunjuk, mendapat

ganjaran kebendaan dan sebagainya;

(f) Ketahanan jiwa dan rohani, iaitu mempunyai kepercayaan penuh dan

melakukan amalan-amalan tertentu mengikut kehendak dan tuntutan

Rukun Iman;

(g) Benteng pertahanan diri, iaitu amalan-amalan yang berupa bacaan-

bacaan dan doa untuk memperkuatkan ketahanan diri, mental dan

fizikal;

(h) Setiap pengalaman dan pengubatan yang dilakukan perlulah merujuk

kepada kitab Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias, iaitu pegangan Ahli

Sunnah Wal Jamaah;

(i) Pembayaran di atas perkhidmatan boleh diambil mengikut kos

pengubatan, tetapi tidak membebankan pesakit; dan

(j) Tidak mengambil kesempatan ke atas pesakit.

Kaedah Rawatan Pengubatan Islam:

13. Rawatan pengubatan Islam perlu berdasarkan kaedah-kaedah seperti berikut:

Page 10: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

6 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam

6

(a) Penggunaan ayat-ayat Al-Quran, selawat, zikir dan doa-doa untuk

jenis-jenis penyakit hendaklah berlandaskan al-Quran, as-Sunnah,

amalan salaf al-soleh atau ulamak muktabar serta doa-doa dalam

bahasa yang difahami maksudnya.

(b) Pengamal perlulah memberi kekuatan psikologi/fikiran/mental serta

semangat kepada pesakit dengan menunjukkan rasa simpati,

kesungguhan dan keikhlasan ketika memberi rawatan serta layanan

yang sama rata antara pesakit-pesakit yang dirawat.

(c) Selain daripada doa-doa yang dibaca oleh pengamal, pesakit juga perlu

mengamalkan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa tertentu, serta beribadat

dalam usahanya untuk mengubati diri sendiri.

(d) Kaedah rawatan yang dibenarkan :

i) Minum;

ii) Sapu;

iii) Mandi;

iv) Renjis;

v) Tepuk;

vi) Kebas;

vii) Hembus; atau

viii) Kaedah lain yang tidak memudharatkan dan tidak menzalimi

pesakit, serta dilakukan secara berhikmah.

(e) Kaedah yang tidak dibenarkan :

i) Bedah batin;

ii) Perbuatan yang memudharatkan atau menzalimi pesakit; atau

iii) Mana-mana kaedah yang bercanggah dengan hukum syarak.

(f) Peralatan/bahan yang dibenarkan :

i) Air;

ii) Herba seperti limau, daun-daun, habbatussauda’, minyak zaitun;

Page 11: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

7 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam

7

iii) Madu;

iv) Bekam;

v) Garam; atau

vi) Bahan yang suci dan halal menurut syarak.

(g) Peralatan/bahan yang tidak dibenarkan untuk digunakan:

i) Peralatan tajam seperti keris; atau

ii) Peralatan yang memudharatkan seperti besi panas dan

sebagainya.

(h) Bagi rawatan khusus termasuk rawatan histeria, rawatan santau,

mengeluarkan atau mematikan susuk dan rawatan resdung yang

memerlukan ruang khas semasa sesi rawatan terutama yang

melibatkan batasan aurat pesakit perlu mengambil perhatian terhadap

perkara-perkara seperti mana di jadual 1 berkaitan Indikasi,

kontraindikasi, serta langkah berjaga-jaga bagi rawatan khusus.

(i) Rawatan bekam:

i) Rawatan perlulah dijalankan di dalam bilik khas atau tempat yang

sesuai;

ii) Prosedur perlu dilakukan dalam keadaan steril;

iii) Pengamal perlulah menggunakan peralatan yang telah

disucihama mengikut piawaian yang ditetapkan; dan

iv) Setiap pengamal perlu memastikan sisa klinikal dibuang mengikut

piawaian yang ditetapkan.

Etika Pengubatan Islam 14. Sebelum Merawat :

(a) Memastikan pesakit dirawat di ruang yang bersesuaian iaitu pengamal

perlu mempunyai premis khas untuk menjalankan rawatan;

Page 12: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

8 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam

8

(b) Memohon izin daripada pesakit sebelum menjalankan rawatan;

(c) Memohon izin daripada waris atau penjaga untuk merawat pesakit

sekiranya berlainan jantina atau pesakit tidak mampu dari segi mental

atau di bawah umur (kurang daripada 18 tahun);

(d) Memastikan waris pesakit berada bersama pengamal dan pesakit

sekiranya pesakit dan pengamal berlainan jantina;

(e) Tidak dibenarkan untuk menentukan dan mengumumkan makhluk

halus atau benda ghaib yang mempengaruhi kesihatan pesakit secara

terperinci seperti menyatakan bilangan jin yang menganggu dan

sebagainya;

(f) Tidak dibenarkan mendakwa mendapat ilmu daripada mimpi;

(g) Merekodkan daftar pesakit dan menjaga kerahsiaannya;

(h) Memberi penerangan yang jelas tentang punca, kaedah rawatan dan

kos; dan

(i) Memastikan pesakit dan juga pengamal mengenakan pakaian yang

menutup aurat.

15. Semasa Merawat:

(a) Memulakan sesi rawatan dengan bacaan doa atau ayat-ayat Al-Quran

yang jelas, serta mengikut tertib;

(b) Memastikan jenis penyakit yang hendak dirawat sama ada penyakit

fizikal, qalbu atau gangguan makhluk halus/sihir;

Page 13: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

9 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam

9

(c) Pengamal perlu berkomunikasi dengan berkesan semasa sesi

rawatan;

(d) Tidak dibenarkan menjalankan perkara yang di larang didalam

Pengubatan Islam;

(e) Perlu menjaga aurat pesakit semasa sesi rawatan dengan kadar yang

munasabah;

(f) Bagi rawatan bekam, hanya peralatan bekam yang telah disteril sahaja

dibenarkan;

(g) Peralatan yang telah digunakan untuk merawat pesakit HIV/AIDS tidak

boleh dikongsikan dengan pesakit lain; dan

(h) Tidak dibenarkan mengambil atau merakam gambar menggunakan

peralatan audio-visual semasa sesi rawatan dijalankan kecuali dengan

kebenaran pesakit

16. Selepas Merawat:

(a) Tidak dibenarkan membekalkan azimat, tangkal atau susuk, samada

daripada ayat Al-Quran atau bahan lain;

(b) Tidak dibenarkan mensyaratkan ‘pengeras’ untuk sesuatu rawatan;

dan

(c) Memberi nasihat kepada pesakit mengenai amalan, wirid atau doa

tertentu untuk diamalkan mengikut jenis rawatan yang diterima.

Page 14: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

10 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam

10

Larangan-Larangan Dalam Pengubatan Islam

17. Perawat Pengubatan Islam adalah ditegah sama sekali daripada

mengamalkan penggunaan bahan-bahan dan amalan-amalan yang bercanggah

dengan hukum-hukum Islam serta boleh membawa kepada syirik dan fitnah

(termasuklah penggunaan terma-terma yang boleh mengelirukan masyarakat

umum). Berikut adalah perkara-perkara yang dilarang sebagai perawat :

(a) Sumber Ambilan dan Bacaan:

(i) Menyalahgunakan ayat Al-Quran dalam perawatan, seperti

menambah, mengurang atau menterbalikkan susunan ayat Al-

Qur’an;

(ii) Menggunakan kitab Al-Quran dengan cara yang tidak wajar,

seperti menggantung Al-Quran dan menunggunya berpusing

atau tidak untuk dijadikan alasan tertentu bagi sesuatu (istihza’);

(iii) Menggunakan lafaz-lafaz, perkataan atau tulisan yang kurang

jelas ertinya, lucah atau tidak sahih sebutannya;

(iv) Menggunakan azimat, tangkal atau susuk, samada daripada

ayat Al-Quran atau bahan lain;

(v) Penggunaan wafak, kerana tanpa akidah yang sempurna, boleh

menjerumuskan pengguna kepada syirik; atau

(vi) Mendakwa mendapat ilmu daripada mimpi, ilham, bisikan-

bisikan dan kitab-kitab yang tidak sahih sumbernya.

(b) Perawat:

Page 15: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

11 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam

11

(i) Mendakwa dirinya kasyaf, dapat mengetahui dan melihat

perkara-perkara ghaib; atau

(ii) Pengijazahan hanya melalui cakera padat, buku, internet, atau

apa sahaja cara tanpa berguru

(c) Cara Merawat dan Kaedah Rawatan yang Digunakan:

(i) Sebarang kaedah rawatan yang meragukan seperti melakukan

rawatan di dalam bilik yang gelap;

(ii) Menjalankan pembedahan batin yang dilakukan secara ghaib

yang batil dan/atau dengan bantuan makhluk halus atau secara

makrifat;

(iii) Menggunakan perantara seperti asap kemenyan, tembakau,

colok dan sebagainya, serta mengamalkan perbuatan ‘menurun’

atau menyemah;

(iv) Mendakwa dapat menentukan jumlah jin atau makhluk halus

yang mengganggu dan menangkap serta membuang atau

memindahkan jin atau makhluk halus tersebut;

(v) Perbuatan atau kaedah yang mendatangkan keraguan atau

bersifat menghina agama Islam;

(vi) Menggunakan ilmu hitam atau sihir sebagai media perawatan;

(vii) Meminta pertolongan makhluk halus dalam rawatan; atau

(viii) Perbuatan merawat premis dengan menggunakan perkara-

perkara dan kaedah-kaedah yang dilarang Islam.

Page 16: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

12 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam

12

(d) Bahan-bahan Rawatan:

(i) Penggunaan bahan-bahan yang najis seperti khinzir, anjing,

darah, bangkai, arak dan sebagainya;

(ii) Bahan yang dikaitkan dengan sihir seperti minyak dagu, minyak

pengasih, minyak senyonyong, minyak cenuai, nasi tangas dan

sebagainya; atau

(iii) Bahan yang dikaitkan dengan pemujaan seperti kain kapan,

tanah kubur, senjata lama, tulang-belulang, rambut dan

sebagainya.

BAHAGIAN III PERBOMOHAN

Syarat-Syarat Pengamal Perbomohan 18. Seorang pengamal perbomohan perlulah memenuhi syarat-syarat berikut :

(a) Beragama Islam, aqil baligh serta mengetahui apa yang diucapkannya;

(b) Tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membawa syirik, sama

ada melalui iktikad, perkataan atau perbuatan;

(c) Tidak meninggalkan ibadat-ibadat wajib dalam Islam seperti

sembahyang fardhu, puasa dan zakat;

(d) Tidak melakukan maksiat, jenayah dan yang bertentangan dengan

undang-undang negara;

Page 17: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

13 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam

13

(e) Tidak memecahbelahkan masyarakat dan keluarga;

(f) Tidak mentafsir ajaran agama Islam mengikut hawa nafsu;

(g) Tidak memasukkan atau menggunakan unsur-unsur yang bercanggah

dengan Islam seperti sihir, ilmu hitam dan menurun kerana

pengamalnya termasuk dalam kategori penyeru iblis dan syaitan

dengan ucapan-ucapan yang tidak wajar atau boleh membawa kepada

kufur dan syirik;

(h) Tidak boleh melakukan ramalan tentang buruk atau baik pada masa

akan datang dan tidak harus menyatakan pada ramalan yang telah lalu

dengan cara tebakan, tenung dan lain-lain.

(i) Hendaklah mengikhlaskan hati dengan amalan semata-mata mencari

keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala; dan

(j) Hendaklah sentiasa bertakwa kepada Allah kerana Allah sahaja yang

memberi kebaikan dan pertolongan.

Kaedah Rawatan Perbomohan 19. Kaedah rawatan yang dijalankan oleh pengamal perbomohan hendaklah

mematuhi syarat-syarat seperti berikut :

(a) Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah dan sifat-sifat-Nya

atau merupakan maksud di sebalik kalimah atau nama-nama Allah

atau sifat-sifat-Nya seperti mengatakan ilmu bomoh itu diterima terus

dari Allah atau kudratnya adalah kudrat Allah atau melalui mimpi

berjumpa wali, malaikat atau lainnya;

(b) Pengamalan bomoh tidak boleh diertikan sebagai maksud yang tersirat

daripada diri atau jasad dan roh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam,

Page 18: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

14 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam

14

para malaikat, nabi-nabi dan orang soleh seperti Nur Muhammad

menjelma ke dalam diri dan sebagainya;

(c) Tidak boleh memuja dan memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa

atau peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau

buruk kepada seseorang seperti wali syeikh, rijalul ghaib, roh datuk

nenek, sahabat, hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busur, batu, kayu,

cincin, kain kuning atau putih dan lain-lain;

(d) Tidak boleh mengamalkan bacaan-bacaan tertentu yang tidak difahami

maknanya dikhuatiri mengandungi kata-kata pemujaan kepada

berhala, iblis, syaitan atau nama berhala orang kafir serta bercampur

aduk dengan ayat al-Quran;

(e) Tidak boleh membaca mana-mana ayat al-Quran secara songsang;

(f) Tidak boleh menggunakan Kitab al-Quran secara tidak wajar menurut

syarat seperti menggantung al-Quran dan tunggu berpusing atau tidak

untuk dijadikan alasan tertentu jika berpusing begini dan jika tidak,

begini pula maksudnya. Semuanya ini termasuk menghina al-Quran

(Istihza’).

(g) Tidak boleh meninggalkan ibadat-ibadat wajib yang dituntut di dalam

Islam seperti sembahyang lima waktu dan puasa di bulan Ramadan

ketika melakukan amalan perbomohan; dan

(h) Tidak boleh mengguna perbuatan ‘menurun’, memanggil roh orang

mati atau sebagainya dalam kaedah perbomohan.

Pantang Larang Pengamalan Perbomohan

20. Pantang larang dalam pengamalan perbomohan hendaklah mematuhi

perkara-perkara berikut :

Page 19: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

15 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam

15

(a) Tidak boleh dikaitkan dengan pantang larang sesuatu unsur pemujaan,

meminta izin, perlindungan atau bantuan daripada makhluk-makhluk

ghaib seperti hantu, jin, penunggu, khadam, orang halus dan

sebagainya;

(b) Tidak boleh memenuhi kehendak pantang larang bomoh sehingga

melakukan perkara-perkara yang ditegah di dalam Islam seperti

meninggalkan tanggungjawab sebagai suami atau isteri, membuka

aurat, bersunyian antara pesakit yang lain jantina dengan bomoh

sahaja dan sebagainya;

(c) Perkara-perkara yang harus dan halal dalam syariat Islam tidak boleh

dihukumkan haram atau sebaliknya; dan

(d) Tidak menurut apa-apa pendapat bomoh yang bertentangan dengan

apa juga perkara berhubung dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.

Ikrar Sumpah Dan Taat Setia Dalam Perbomohan

21. Terdapat sesetengah pengamal perbomohan yang mensyaratkan pesakit

melakukan ikrar sumpah untuk taat setia dalam perkara-perkara tertentu. Ikrar

sumpah yang dibenarkan hendaklah berdasarkan syarat-syarat berikut :

(a) Sumpah tidak dibolehkan semasa perbomohan, hanya ikrar saja boleh

digunakan mengikut kesesuaian.

(b) Pengamal perbomohan tidak boleh taat secara membuta tuli kepada

bomoh. Mereka boleh mengikut suruhan bomoh tertentu selama tidak

bercanggah dengan hukum syarak.

(c) Bacaan-bacaan, amalan dan ikrar yang terdapat di dalam pengakuan

ikrar hendaklah tidak mengandungi perkara-perkara yang bercanggah

Page 20: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

16 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam

16

dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam seperti memuja dewa,

bintang-bintang atau nama berhala; dan

(d) Di dalam upacara ikrar sama ada dari segi fizikal atau mental

hendaklah tidak mempunyai unsur-unsur yang mensyirikkan Allah dan

menjatuhkan maruah seseorang sebagai orang Islam.

Larangan-Larangan Dalam Perbomohan :

22. Seseorang yang ingin mendapatkan rawatan secara perbomohan dilarang

(haram) melakukan perkara-perkara berikut :

(a) Menggunakan bentuk amalan sihir, ilmu hitam, tilik tenung, tukang

nujum, ramalan tapak tangan dan silap mata;

(b) Mengaitkan sesuatu pengeras dengan suatu akibat;

(c) Percaya kepada sial dan mudarat yang menimpa seseorang atau diri;

(d) Melakukan perkara-perkara yang berunsur syirik seperti semah pantai,

buang ancak dan lain-lain;

(e) Menyembelih binatang untuk sesuatu tujuan yang bukan syar’I;

(f) Melakukan perbomohan atau bacaan tertentu yang menggunakan

unsur-unsur meminta izin atau bantuan dari kuasa-kuasa makhluk

“ghaib” dalam acara perbomohan;

(g) Menyajikan makanan untuk menjamu penunggu;

(h) Mentaati bomoh atau seseorang pada perkara-perkara yang jelas

bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam; atau

Page 21: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

17 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam

17

(i) Menyetujui sebarang syarat yang diberikan oleh bomoh yang

bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.

Adab-Adab Dalam Perbomohan : 23. Pengamal perbomohan hendaklah mematuhi adab-adab Islam semasa

menjalankan rawatan seperti berikut:

(a) Tidak mendakwa perkara-perkara yang ghaib;

(b) Tidak boleh takbur dan tidak boleh menganggap orang lain lemah dan

lekeh;

(c) Melarang pesakitnya memuja, mengagung dan taasub kepadanya;

(d) Mengikut adab sopan dan tatatertib Islam ketika menolong seseorang

sama ada bersendirian atau bersama pesakit; dan

(e) Menjaga kesopanan dan adab susila sebagai orang Islam

Bayaran Perkhidmatan / Pengeras Dalam Perbomohan 24. Sebarang pengeras tidak boleh digunakan dalam perbomohan jika ia

dikaitkan dengan untung nasib, buruk atau baik.

25. Bayaran perkhidmatan hanya dibolehkan mengikut kesesuaian perubatan

dengan tidak terlampau tinggi hingga boleh memberatkan atau menindas dan tidak

membawa maksud tolong-menolong

Page 22: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

18 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam

18

BAHAGIAN IV PENUTUP

Tertakluk Kepada Undang-Undang Negara 26. Semua pengamal pengubatan Islam dan ilmu perbomohan hendaklah patuh

kepada undang-undang negara yang sedang berkuatkuasa.

Penutup

27. Semoga garis panduan ini dapat memberi kefahaman dan penjelasan kepada

umat Islam di negeri ini mengenai aspek-aspek pengubatan Islam dan perbomohan

yang dibenarkan oleh hukum syarak dan seterusnya menjauhi pengamal rawatan

dan pengubatan yang menyanggahi syarak.

Page 23: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

19 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam

19

Kaedah Rawatan

Peralatan Yang

Digunakan

Indikasi

Kontraindikasi

Langkah Berjaga-jaga

Tepuk

Menggunakan telapak tangan

a. Santau

b. Mengurangkan

kesakitan akibat batu karang

c. Akibat sihir/dipukau

a. Tidak digalakkan dilakukan

kepada pesakit yang mempunyai penyakit senang berdarah seperti Hemofilia.

b. Tidak digalakkan bagi

perempuan mengandung (yang terkena santau)

c. Tidak digalakkan bagi

pesakit yang mempunyai penyakit tulang rapuh seperti penyakit osteoporosis.

a. Sebelum rawatan

dijalankan, pastikan pesakit tidak mempunyai penyakit senang berdarah atau tulang rapuh.

b. Tidak menjalankan kaedah tepuk di bahagian yang boleh menyebabkan pendarahan dalaman seperti dibahagian lutut bagi pesakit Hemofilia.

c. Tidak dibenarkan menepuk

di bahagian sulit pesakit. d. Rawatan ini tidak

digalakkan bagi pesakit yang mmepunyai penyakit kulit sensitif atau mudah luka.

Pukul / Ketuk / Kebas

Ranting pokok nona (Annona squamosa) dan sebagainya

a. Gangguan makhluk

halus

b. Akibat sihir/dipukau

Jadual 1 : Indikasi, kontraindikasi, serta langkah berjaga-jaga bagi rawatan khusus

Page 24: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

20 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam

20

GLOSARI Al-Ain Sejenis gangguan syaitan yang berpunca daripada pandangan mata yang dengki

dan sebagainya.

Arraf Mendakwa mengetahui perkara-perkara tertentu dengan beberapa pendahuluan

atau petanda seperti mengetahui kecurian, tempat kehilangan dan tempat sesuatu

benda.

Azimat/tangkal/wafa objek yang ditulis dengan ayat-ayat atau huruf-huruf tertentu atau objek tertentu

yang dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa ghaib yang melampaui kekuatan

semula jadi yang dipakai atau disimpan dengan berkeyakinan dapat memberi kesan

kepada penggunanya apabila dijampi atau dipuja.

Bedah batin Prosedur atau amalan pembedahan yang berlawanan dengan prosedur

pembedahan dalam Perubatan Allopati

Bomoh Bomoh menurut Kamus Dewan ialah tabib kampung yang mengubati orang sakit

dengan menggunakan cara tradisional atau cara kampung dan jampi-jampi.

Diagnosa (diagnosis) Proses menentukan jenis penyakit.

Disinfeksi (nyahkuman) Prosedur pembersihan peralatan menggunakan bahan nyahkuman (antiseptik).

Page 25: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

21 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam

21

Dukun Orang yang mengubat orang sakit atau memberi ubat cara kampung atau tradisional

(dengan membaca jampi serapah dan sebagainya).

Gangguan makhluk halus Satu bentuk gangguan terhadap pesakit dari segi perasaan, kesihatan, dan tingkah

lakunya dengan gejala dan tanda yang mana puncanya tidak dapat dikesan oleh

Perubatan Allopati.

Histeria

Satu bentuk gangguan makhluk halus yang mengakibatkan gangguan emosi dan

kelakuan yang tidak dapat dikawal.

Ilmu hitam

Ilmu hitam adalah satu satu daripada ilmu sihir

Istidraj Suatu perkara luar biasa yang dikurniakan Allah dalam keadaan murka kepada

orang fasik atau orang yang selalu membuat maksiat, yang bersifat hakiki dan betul-

betul terjadi dan boleh berterusan, dengan tujuan untuk menambahkan lagi

kesesatannya.

Jampi Kata-kata seruan, mentera dan serapah yang diucapkan dan bercanggah dengan

syarak untuk tujuan penyembuhan penyakit atau lain-lain (contohnya dengan

memuja jin dan roh-roh jahat).

Jin Makhluk Allah yang diciptakan daripada api yang juga dikenali sebagai khadam,

qarin, syaitan, iblis, hantu, rijalul ghaib dan lain-lain.

Page 26: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

22 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam

22

Kahana Orang yang boleh meramal perkara yang akan berlaku atau mengkhabarkan

perkara-perkara ghaib dan apa yang tersirat dalam hati dengan pertolongan makhlus

halus.

Karamah

Suatu perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada orang yang soleh yang

dikasihi Allah, yang bersifat hakiki dan betul-betul terjadi pada waktu tertentu secara

mendadak semasa hidupnya, tetapi tidak boleh diprogramkan atau dipertontonkan

kepada orang lain dan ianya khusus sebagai tanda kemuliaan yang diberikan

kepada golongan yang taat kepadaNya.

Kasyaf/Ilham/Laduni Penyingkapan rahsia-rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati. Ia termasuk

karamah yang mencarik adat yang dikurniakan kepada wali Allah dan mestilah tidak

bercanggah dengan kaedah agama dan hukum syarak yang telah disepakati.

Makhluk halus

Sebahagian daripada makhluk Allah Subhanahu Wata’ala seperti jin dan syaitan

yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Maunah

Suatu perkara luar biasa yang berupa pertolongan yang dikurniakan oleh Allah

kepada orang-orang tertentu, yang bersifat hakiki dan betul-betul terjadi pada waktu

itu dengan tujuan untuk menambahkan lagi keyakinannya kepada Allah dan tidak

wajar diperhebahkan.

Menurun Satu upacara pemujaan yang melibatkan penyerapan makhluk halus ke dalam

tubuh bagi sebarang tujuan.

Page 27: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

23 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam

23

Mukjizat Suatu perkara luar biasa (yang mencarik atau berlawanan adat) yang dikurniakan

oleh Allah Subhanahu Wata’ala hanya kepada para Nabi dan RasulNya, yang

bersifat hakiki dan betul-betul terjadi pada waktu yang tertentu yang mesti

ditunjukkan kepada umatnya sebagai bukti kenabian dan kerasulan mereka.

Pawang Orang yang mempunyai kebolehan yang istimewa untuk melakukan sesuatu

(biasanya dengan menggunakan kuasa ghaib). Orang yang pandai mengubati orang

sakit dan lain-lain (dengan menggunakan jampi mentera dan sebagainya)

Pengeras Sesuatu bahan atau bayaran yang ditetapkan sebagai syarat untuk rawatan

Pengijazahan Satu pengiktirafan kepada perawat untuk mengamalkan ilmu yang diterima daripada

guru.

Pengubatan Islam Satu ikhtiar penyembuhan penyakit jasmani dan rohani, oleh seorang Islam yang

mahir dalam kaedah rawatan dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran atau hadis,

atau amalan salaf al-soleh, dan ulamak muktabar, atau kesemuanya sekali serta

menggunakan kaedah-kaedah atau bahan-bahan yang dibenarkan syarak.

Penunggu Makhluk halus yang menjaga sesuatu.

Penyakit jasmani atau fizikal Penyakit jasmani atau fizikal ialah jenis penyakit yang telah di kenalpasti oleh

pengamal Perubatan Allopati.

Page 28: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

24 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam

24

Penyakit qolbu Penyakit-penyakit atau sifat-sifat mazmumah yang ada dalam hati manusia seperti

takabbur, hasad, dengki, riak dan sebagainya.

Penyakit rohani Penyakit yang tidak dapat dipastikan penyebabnya walaupun telah berjumpa dengan

pengamal Perubatan Allopati seperti kemurungan yang melampau, was-was, baran

yang melampau, resah, anxiety dan lain-lain.

Peralatan perubatan allopati

Peralatan yang didaftarkan sebagai alat perubatan, digunakan semasa prosedur

diagnostic, klinikal atau pembedahan dan dilakukan oleh Pengamal Perubatan

Allopati.

Perbomohan Sebarang aktiviti berkaitan dengan pengubatan yang dilakukan oleh seseorang

dengan menggunakan cara tradisional.

Ruqyah Doa yang berasaskan ayat-ayat Al-Quran dan hadis, yang bertepatan dengan

syarak bagi tujuan pengubatan dan kesejahteraan atau kebaikan.

Saka Makhluk halus yang diwarisi dari keturunan secara rela atau tidak.

Salaf al Soleh

Golongan ulama di kalangan para sahabat, tabi’in, dan tabi’ tabi’in yang meliputi

kata-kata, perbuatan dan hukum hakam yang lahir pada zaman-zaman tersebut.

Sampuk Gangguan kesihatan akibat rasukan makhluk halus.

Page 29: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

25 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam

25

Semah Perbuatan yang dilakukan untuk menjamu makhluk halus dengan cara-cara tertentu. Scan / imbasan penyakit / bahth atau fahs Satu kaedah mengenalpasti punca penyakit dengan kaedah-kaedah yang tidak

menyalahi syarak. Contoh kaedah yang menyalahi syarak adalah seperti menilik,

meramal dan yang seumpama dengannya.

Sihir/santau Satu ilmu yang menghasilkan kesan luar biasa yang tidak dapat diterangkan

puncanya secara logik, yang terhasil melalui penglibatan jin, syaitan dan iblis

dengan menggunakan peralatan dan kaedah yang tertentu.

Silap mata

Perkara luar biasa yang boleh dipelajari tetapi tidak dituntut oleh syarak, berlaku

sama ada secara helah, tipu daya atau sihir dengan tujuan/niat memperdayakan

orang lain.

Steril (sucihama) Keadaan peralatan yang dibersihkan mengikut piawaian.

Sumpah/ikrar/taat setia/bai’ah

Kata-kata, lafaz, pengakuan, jaminan yang bertujuan untuk kebaikan atau

keburukan.

Tanasukh al-Arwah

Proses berkomunikasi dengan roh-roh si mati yang didakwa para wali bagi tujuan

pengubatan. Tawassul Bermohon pertolongan dari Allah Subhanahu Wata’ala dengan syafaat Nabi

Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam dan keberkatan orang-orang yang soleh

Page 30: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

26 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam

26

Ulamak Muktabar

Ulama yang pendapatnya diterima oleh arus perdana Islam, pandangan yang tidak

terpencil dan bersumberkan Al-Quran, sunnah, ijmak, qiyas, dan sumber-sumber

Islam yang lain pada sesuatu zaman.

Page 31: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

27 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam

27

BIBLIOGRAFI

Al-Qur’an al-Karim.

Abdul Basir Mohammed, Amalan Sihir dan Ayat-Ayat Al-Qur’an, 1999, Kuala Lumpur:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Abu Daud As-Sajastani, Sunan Abi Daud, 1416H/1996, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah

Abu Ja’far Muhammad bin Jarir al-Tabari, Tafsir al-Tabari Jami’u al-Bayan ‘An Ta’wil Ayi al-

Qur’an, t.t., Mesir: Dar al-Maarif.

Amalan ilmu hitam/sihir, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/amalan-ilmu-

hitamsihir-0

Amran Kasimin, Fadilat Ayat al-Kursi Untuk Mengatasi Sihir, 1995, Kuala Lumpur:

Percetakan Watan Sdn. Bhd.

Amran Kasimin, Sihir Suatu Amalan Kebatinan, 2009, Bangi: Penerbit Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Asas Pengubatan Islam, http://www.darussyifa.org/AsasPengubatanDS_Iss1%285-May-

2006%29.php

Bersahabat dengan jin, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/bersahabat-dengan-jin

Fatwa Mufti Kerajaan : Rawatan Dan Kesihatan, 2002, Kuala Lumpur: Jabatan Mufti

Kerajaan Negara Brunei Darussalam

Garis Panduan Amalan Pengubatan Islam, 2011: Kuala Lumpur: Bahagian Perubatan

Tradisional & Komplimentari.

Garis Panduan Hukum Mengenai Khurafat dan Azimat, 2012, Melaka: Jabatan Mufti Melaka.

Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam, 1999, Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia.

Jahid Sidek, Berpawang dan Bersahabat Dengan Jin Daripada Perspektif Islam, 2004,

Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kamus Dewan, 1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khurafat dan azimat menurut perspektif Islam, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-

kebangsaan/khurafat-dan-azimat-menurut-perspektif-islam

Mahyuddin Ismail Ph.D., Ahli Sihir Ke Tali Gantung, 2011, Selangor: PTS Milllenia Sdn. Bhd.

Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an, 2000, Kuala Lumpur: Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia.

Page 32: AMALAN PENGUBATAN DAN PERBOMOHAN …muftimelaka.gov.my/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.… · Malaysia dan juga Buku Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang ... Memberi

28 Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam

28

Lampiran A

ENAKMEN 6 TAHUN 1991

ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN

Seksyen 63. Menghina agama Islam. (1) Sesiapa dengan secara lisan atau tulisan atau kelakuan yang nyata atau sebarang cara yang membawa kepada mencerca atau disifatkan sebagai menghina atau cuba mencerca atau menghina Agama Islam, perjalanan mana-mana mazhab yang muktabar, pegawai Agama, Guru Agama dan Imam yang dilantik dengan sahnya menurut undang-undang, mana-mana fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis atau Mufti di bawah peruntukan Enakmen ini, adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara tidak melebihi tiga puluh enam bulan atau kedua-duanya sekali. (2) Seseorang Islam yang mendakwa dirinya sebagai seorang bukan Islam adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan mengikut subseksyen (1) seksyen ini kerana mempersendakan Agama Islam dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman yang diperuntukkan dalamnya.

Seksyen 65. Menghina pihak berkuasa agama. Sesiapa yang mengingkari, melanggar, membantah atau mengeji (selain dari menjalankan hak membuat rayuan) kewibawaan dan titah perintah yang sah daripada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, perintah Majlis, mana-mana Jawatankuasa Majlis pegawai mana-mana Mahkamah Syariah atau mana-mana pegawai agama, adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya sekali.