amalan penggunaan komputer dalam proses … fileamalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran...

25

Upload: others

Post on 04-Sep-2019

34 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES … fileamalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah kebangsaan daerah yan, kedah. muhamad
Page 2: AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES … fileamalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah kebangsaan daerah yan, kedah. muhamad
Page 3: AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES … fileamalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah kebangsaan daerah yan, kedah. muhamad

AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN SAINS DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH

YAN, KEDAH.

MUHAMAD RIDZUAN BIN ABU BAKAR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2006

Page 4: AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES … fileamalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah kebangsaan daerah yan, kedah. muhamad
Page 5: AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES … fileamalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah kebangsaan daerah yan, kedah. muhamad

iii

~Dedikasi~

Teristimewa buat ayah & mak yang tersayang.. Terima kasih diatas sokongan, galakan & kasih sayangmu yang tidak pernah luntur selama ini..

Terima kasih untuk segalanya..

Kepada akak-akak & abang-abang yang berbahagia.. Kepada pak long & mak long yang dihormati..

Kepada anak-anak buah yang manja.. Kepada putri yang tercinta..

Kehadiranmu sangat bermakna buatku..

Semoga kebahagian & kasih sayang yang terjalin di antara kita kekal abadi..

Semoga lebih banyak kejayaan sedia menanti.. Semoga hidup kita terus diberkati & dirahmati Allah..

Amin..

Page 6: AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES … fileamalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah kebangsaan daerah yan, kedah. muhamad

iv

PENGHARGAAN

“ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ”

Alhamdulillah, dengan rasa syukur ke hadrat Ilahi yang telah memberi rahmat sehingga

saya dapat menyempurnakan laporan projek penyelidikan ini dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga khas kepada En. Yusof Boon

selaku penyelia bagi projek ini di atas segala susah payah menunjuk ajar, menasihati,

menyemak, menyumbang idea serta bimbingan yang diberi sepanjang tempoh projek ini

dijalankan sehingga berjaya disiapkan juga.

Akhir sekali, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah-

pensyarah rakan-rakan di Universiti Teknologi Malaysia dan kepada sesiapa juga yang

telah banyak membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam

menjayakan projek ini. Kepada semua yang terlibat, sekali lagi saya ingin memanjatkan

doa ke hadrat Ilahi agar segala usaha yang telah disumbangkan diberkati oleh Allah

S.W.T.

Terima kasih.

Page 7: AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES … fileamalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah kebangsaan daerah yan, kedah. muhamad

v

ABSTRAK

Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan bagi mengkaji amalan penggunaan

komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains di Sekolah Menengah

Daerah Yan, Kedah. Responden kajian ini terdiri daripada 52 orang guru dari tujuh

buah sekolah. Instrumen kajian adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang

mengandungi maklumat diri responden dan soalan dengan jawapan berbentuk skala

Likert. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For

The Social Science (SPSS). Hasil dianalisis dipersembahkan dalam bentuk kekerapan,

peratusan, dan min. Bagi persoalan kajian terhadap amalan guru menggunakan

komputer hasil analisis memberikan nilai min 3.59 iaitu berada pada tahap sederhana.

Nilai min bagi persoalan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru-guru

berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran ialah 3.88 iaitu berada pada tahap

yang tinggi. Persoalan bagi bentuk galakan pihak pentadbir kepada guru untuk

menggunakan komputer di dalam proses pengajaran memberikan min 3.70 iaitu juga

berada pada tahap yang tinggi. Seterusnya hasil analisis ANOVA satu hala digunakan

dan menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara umur responden dengan

amalan penggunaan komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains.

Page 8: AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES … fileamalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah kebangsaan daerah yan, kedah. muhamad

vi

ABSTRACT

This descriptive study is conducted to determine the tendency of using computers

in the process of teaching and learning of Science among secondary schools in the

district of Yan, Kedah. The respondents for this research were 52 teachers from seven

schools in the district of Yan. The data were collected by using questionnaires and

analyze using the Statistical Package For The Social Science (SPSS) software. The

finding are presented by using mod, percentage and mean. For the tendency of teachers

in using computers during teaching, the mean is 3.59 and it is only at the average level.

The mean to identify problems faced by teacher in the use of computers is 3.88 and it is

in high level. The item for what kind of encouragement is given by the administrator to

teachers in the use of computers in the process of teaching, the mean is 3.70 and it is in

high level. Further, one way ANOVA is been used and shows that there is no significant

different between the age of the respondents with the tendency of teachers in using

computers during teaching Science.

Page 9: AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES … fileamalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah kebangsaan daerah yan, kedah. muhamad

BAB

PERKARA MUKASURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LANPIRAN xv

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop Kajian 10

1.8 Terminologi 10

1.9 Penutup 14

Page 10: AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES … fileamalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah kebangsaan daerah yan, kedah. muhamad

viii

II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Amalan Guru Menggunakan

Perkakasan Dan Perisian Komputer 16

2.3 Umur 18

2.4 Masalah Yang Dihadapi 19

2.5 Galakan Pihak Pentadbir 24

2.6 Penutup 26

III METADOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 27

3.2 Reka bentuk Kajian 27

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 28

3.3.1 Pensampelan 29

3.4 Tempat Kajian 29

3.5 Instrumen Kajian 30

3.5.1 Bahagian A 31

3.5.2 Bahagian B 31

3.6 Prosedur Kajian 33

3.7 Penganalisisan Data 33

3.8 Kajian Rintis 34

3.9 Penutup 35

Page 11: AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES … fileamalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah kebangsaan daerah yan, kedah. muhamad

ix

IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 36

4.2 Latar Belakang Responden 37

4.2.1 Taburan Responden Mengikut

Jantina 37

4.2.2 Taburan Responden Mengikut

Bangsa 38

4.2.3 Taburan Responden Mengikut

Umur 39

4.2.4 Taburan Responden Mengikut

Pengalaman Menggunakan

Komputer 39

4.2.5 Taburan Responden Mengikut

Status Pemilikan Komputer

Di Rumah 40

4.2.6 Taburan Responden Mengikut

Kelayakan Ikhtisas 41

4.2.7 Taburan Responden Mengikut

Pengalaman Mengajar 41

4.2.8 Taburan Responden Mengikut

Status Menghadiri Kursus Atau

Latihan Yang Dibiayai Oleh

Sekolah 42

4.2.9 Taburan Responden Mengikut

Kekerapan Menghadiri Kursus

Komputer 43

4.2.10 Taburan Responden Mengikut

Kekerapan Menghadiri Jenis

Kursus Komputer 44

4.3 Rumusan Latar Belakang Responden 45

Page 12: AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES … fileamalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah kebangsaan daerah yan, kedah. muhamad

x

4.4 Bahagian B 46

4.4.1 Tahap Amalan Guru

Menggunakan Komputer. 47

4.4.2 Pengaruh Faktor Umur Guru

Terhadap Amalan Penggunaan

Dalam Pengajaran 51

4.4.3 Masalah Guru Untuk

Menggunakan Komputer Dalam

Pengajaran 52

4.4.4 Bentuk-Bentuk Galakan Daripada

Pentadbir Sekolah 55

4.4.5 Rumusan Bahagian B 59

V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 62

5.2 Perbincangan 63

5.2.1 Persoalan pertama: Mengetahui

Tahap Kemahiran Guru

Menggunakan Komputer 63

5.2.2 Persoalan Kedua: Mengenal

Pasti Sama Ada Faktor Kumpulan

Umur Guru Membezakan Amalan

Penggunaan Komputer Dalam

Pengajaran. 64

Page 13: AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES … fileamalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah kebangsaan daerah yan, kedah. muhamad

xi

5.2.3 Persoalan Ketiga: Mengenal

Pasti Masalah Yang Dihadapi Oleh

Guru-Guru Berkaitan Penggunaan

Komputer Dalam Pengajaran. 65

5.2.4 Persoalan keempat : Mengenal

Pasti Bentuk Galakan Pihak

Pentadbir Kepada Guru Untuk

Menggunakan Komputer Dalam

Proses Pengajaran 66

5.3 Rumusan 69

5.4 Cadangan 69

5.4.1 Cadangan Kepada Guru 69

5.4.2 Cadangan Kepada Pihak

Pentadbir Sekolah 70

5.4.3 Cadangan Kepada Pejabat

Pelajaran Daerah Yan 71

5.4.4 Cadangan Kepada Jabatan

Pelajaran Negeri Kedah 71

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 72

5.6 Penutup 68

RUJUKAN DAN LAMPIRAN

Rujukan 74

Lampiran 79

Page 14: AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES … fileamalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah kebangsaan daerah yan, kedah. muhamad

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK MUKA SURAT

3.1 Sampel Kajian 28 3.2 Pembahagian Item Mengikut Bahagian

Soal Selidik

30

3.3 Skala Likert 32 3.4 Nilai Alpha Cronbach Mengikut

Bahagian Soal Selidik

35

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 38 4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 38 4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 39 4.4 Taburan Responden Mengikut

Pengalaman Menggunakan Komputer

40

4.5 Taburan Responden Mengikut Status

Pemilikan Komputer Di Rumah

40

4.6 Taburan Responden Mengikut

Kelayakan Ikhtisas

41

4.7 Taburan Responden Mengikut

Pengalaman Mengajar

42

4.8 Taburan Responden Mengikut

Kehadiran Dalam Kursus Atau Latihan

Yang Dibiayai Oleh Sekolah

43

Page 15: AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES … fileamalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah kebangsaan daerah yan, kedah. muhamad

xiii

4.9 Taburan Responden Mengikut Kekerapan

Menghadiri Kursus Komputer

44

4.10 Frekuensi dan Peratusan Kekerapan

Menghadiri Kursus Komputer

45

4.11 Skala Penilaian Skala Likert 47 4.12 Tahap Kemahiran Guru Menggunakan

Perisian Komputer

48

4.13 Perbezaan Di antara Umur Responden

Dengan Penggunaan Komputer Dalam

Pengajaran

51

4.14 Penjelasan Taburan Responden Mengikut

Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran

52

4.15 Penjelasan Bentuk Galakan Pihak

Pentadbir Kepada Guru Untuk

Menggunakan Komputer Di Dalam Proses

Pengajaran Dan Pembelajaran

55

4.16 Analisis Skor Min Subskala 59 4.17 Nilai Min Bagi Setiap Konstruk 60

Page 16: AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES … fileamalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah kebangsaan daerah yan, kedah. muhamad

xiv

SENARAI SINGKATAN

ABM - Alat Bantu Mengajar

EPRD - Education Planning Research Development

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

LCD - Projektor Paparan Kristal Cecair

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

P & P - Pengajaran dan Pembelajaran

SPSS - Statistical Package For The Social Science

Page 17: AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES … fileamalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah kebangsaan daerah yan, kedah. muhamad

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 78

B Keputusan Analisis Kebolehpercayaan Alpha

Cronbach Bagi Kajian Rintis

85

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari

Kementerian Pelajaran Malaysia

86

D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari

Jabatan Pelajaran Negeri Kedah

88

E Surat Akuan Pelajar 89

Page 18: AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES … fileamalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah kebangsaan daerah yan, kedah. muhamad

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Setiap kali suatu teknologi baru diperkenalkan dalam bilik darjah, ada pihak

yang akan menyokong dan mendakwa teknologi ini akan merevolusikan cara guru

mengajar, cara murid belajar dan secara amnya keseluruhan cara pendidikan yang

dikendalikan. Satu agenda dalam program pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-

21, ialah Sekolah Bestari. Pelaksanaan Sekolah Bestari turut mewujudkan transformasi

dalam sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran,

pengurusan pembelajaran. Implikasi kepada reformasi ini, memerlukan persediaan guru.

Media dan teknologi pembelajaran memainkan peranan yang sangat penting

dalam pembentukan corak pendidikan di seluruh dunia. Kini, perkembangan dan

program komputer telah mula digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik

darjah. Menurut Wyatt (1984, dalam : Aznita, 2004, halaman 17) komputer telah banyak

membantu pengajaran dan pembelajaran dan kini telah menjadikannya amat sesuai

digunakan di sekolah-sekolah. Salah satu kejayaan kaedah pengajaran berasaskan

komputer ialah dalam bidang sains asas iaitu kaedahnya yang tersusun dan berunsur

praktikal serta berbentuk tutorial telah memberi sumbangan yang amat besar jika

dikendalikan di dalam bilik darjah.

Page 19: AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES … fileamalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah kebangsaan daerah yan, kedah. muhamad

2

Mengenai penggunaan komputer dalam pendidikan di Malaysia, beberapa

program telah dilancarkan bagi mendedahkan pelajar kepada pengetahuan asas

komputer. Pada tahun 1992, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan program

pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer yang dilaksanakan sebagai projek

perintis di 15 buah sekolah rendah. Program ini menggunakan perisian komputer untuk

mata pelajaran Matematik dan bahasa Inggeris yang telah direka cipta oleh Makmal

Teknologi Komputer, Kementerian Pendidikan.

Di peringkat sekolah menengah, satu projek perintis literasi komputer telah

dilancarkan melibatkan 60 sekolah di luar bandar. Di bawah program ini, pelajar telah

diperkenalkan kepada aplikasi komputer seperti pangkalan data, dan pemprosesan

perkataan. Pelajar di sekolah menengah teknik juga diajar mengenai reka bentuk dan

menggunakan perisian seperti CAD/CAM. (Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000).

Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia bekerja. Hjetland (1995,

dalam : Zarina, 2004, halaman tidak dinyatakan) menyatakan bahawa "Technology can

make our lives easier. Everyday tasks are simplified". Beliau juga menyatakan

bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru

seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran

pembelajaran. Winston Churcil (1995, dalam : Zarina, 2004, halaman tidak dinyatakan)

menyatakan "empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda". Untuk

mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya , pendekatan pengajaran dan

pembelajaran teknologi maklumat di sekolah perlu diubah kepada pemikiran

penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti

dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-

nota seharusnya di kikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan

pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.

Page 20: AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES … fileamalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah kebangsaan daerah yan, kedah. muhamad

3

Menurut Lestiana, (2005) Sains merupakan suatu bidang ilmu pengetahuan yang

menekankan kepada pembinaan konsep bagi membolehkan pelajar-pelajar memahami

alam sekeliling mereka. Justeru, satu daripada matlamat pendidikan Sains adalah untuk

mempertingkatkan kefahaman pelajar terhadap konsep-konsep dalam kemahiran

saintifik. Dengan itu, pelajar dapat memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya.

Dengan pemahaman yang betul tentang Sains serta kemahiran yang dipelajari dalam

bilik darjah, pelajar dapat menggunakan pengetahuan yang diperoleh untuk

menyelesaikan masalah sebenar dalam kehidupan seharian.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sistem pendidikan negara kita pada masa kini telah mengalami satu anjakan

paradigma daripada pendidikan bercorak tradisional kepada penggunaan teknologi

pengkomputeran yang lebih canggih. Dalam era teknologi maklumat kini, penggunaan

komputer dalam segenap bidang kehidupan bukanlah sesuatu yang asing lagi. Cabaran

abad ke-21 terhadap kehidupan masyarakat di Malaysia tidak hanya terhad kepada

ekonomi sahaja, malah ia merangkumi peringkat yang lebih asas iaitu sistem pendidikan.

Sistem pendidikan merupakan perkara yang paling asas kepada semua faktor yang lain.

Di Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha mengubahsuai sistem

pendidikan untuk menyahut cabaran ini, terutama untuk mencapai matlamat Wawasan

2020 yang menuntut tenaga kerja yang mempunyai kepakaran teknologi dan berfikiran

kritis.

Menurut Cyhthia dan Susan (1994), dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Sains, salah satu masalah yang sering timbul adalah kesukaran guru untuk menerangkan

konsep-konsep yang abstrak dan kesukaran pelajar untuk memahami penerangan

tersebut. Keadaan ini mengakibatkan pelajar menjadi kurang berminat untuk

mempelajari mata pelajaran Sains kerana beranggapan mata pelajaran ini adalah sangat

sukar dan tidak menarik. Oleh itu, bagi merangsang kembali minat pelajar terhadap

Page 21: AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES … fileamalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah kebangsaan daerah yan, kedah. muhamad

4

mata pelajaran Sains, guru haruslah mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik di

samping dapat meningkatkan tahap penguasaan pelajar. Menurut Subaidah, (2001) jika

seseorang guru dapat menyampaikan pengajaran dengan cara yang menarik, maka

pelajar akan lebih cenderung untuk mengikuti sesuatu pelajaran. Lantaran itu,

pembelajaran berbantukan komputer (PBK) yang menerapkan elemen-elemen

multimedia haruslah digunakan bagi mengatasi masalah ini.

Menurut Najwa (2004) dalam sistem pendidikan tradisional, guru lebih gemar

menggunakan kaedah “chalk and talk” tanpa menggunakan sebarang alat bantu

mengajar semasa pengajaran sedang dijalankan olehnya. Keadaan ini akan

mengakibatkan suasana pembelajaran yang tidak menarik dan hanya bersifat satu hala

sahaja. Oleh yang demikian, untuk mengatasi masalah ini guru haruslah mencari satu

alternatif lain supaya pengajarannya diminati oleh pelajar di samping membolehkan

pelajar menguasai pengajaran yang disampaikan olehnya.

Menurut Jamalludin dan Zaidatun (2002), melalui penggunaan komputer,

persembahan pembelajaran yang lebih menarik dapat dihasilkan jika dibandingkan

dengan kaedah pembelajaran tradisional di dalam bilik darjah. Ini kerana dengan

menggunakan komputer, elemen-elemen seperti teks, grafik, animasi, audio dan video

dapat digabung jalinkan sebagai satu rangsangan untuk menarik minat dan perhatian

pelajar terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Hasilnya tahap penguasaan dan

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains akan dapat ditingkatkan tanpa

membebankan lagi tugas guru malahan hanya bertindak sebagai pemudah cara yang

bertindak menyalurkan maklumat.

Isu pengintegrasian komputer dalam mata pelajaran Sains dan Matematik adalah

merupakan isu yang hangat diperbualkan sekarang dan diselubungi dengan pelbagai

masalah. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan

Matematik dianggap sebagai satu inovasi dalam pendidikan di mana inovasi ini

merupakan satu perkara baru kepada pendidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

Page 22: AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES … fileamalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah kebangsaan daerah yan, kedah. muhamad

5

antara kekangan yang mempengaruhi guru-guru dalam melaksanakan P&P bestari ialah

beban tugas (84.9 peratus), peruntukan kewangan (80.9 peratus), desakan peperiksaan

(87.6 peratus, faktor masa (84.8 peratus), tuntutan sukatan pelajaran (84.3 peratus),

aspek penguasaan (76.1 peratus), aspek faktor sokongan pihak pengurusan sekolah (71.8

peratus), kemudahan dan peralatan sekolah (79.2 peratus), aspek pelbagai arahan

daripada pihak atasan (77.6 peratus), aspek faktor murid (68.8 peratus), aspek kerjasama

rakan sejawat (66.3 peratus) dan aspek sokongan daripada Pegawai Pendidikan Daerah

(54.5 peratus).( Utusan Malaysia, 10 Jun 2005)

Dapatan dari pemantauan kolaboratif Sekolah Bestari yang dijalankan pada tahun

2001 di semua Sekolah Bestari seluruh negara mendapati walaupun guru bersedia

membuat perubahan dengan mengintegrasikan teknologi maklumat tetapi ada juga yang

tidak bersedia membuat perubahan kerana yakin P&P konvensional relevan dengan

sistem peperiksaan. Sekolah-sekolah lebih mementingkan pencapaian keputusan

peperiksaan yang cemerlang. Pada dasarnya jika keputusan peperiksaan yang diperoleh

setiap tahun cukup baik dan cemerlang pada tanggapan guru mengapa harus kita

mengubah apa yang telah sedia baik untuk pelajar. Dengan sikap sebegini adalah sukar

bagi perubahan dilakukan dengan berkesan. Selain daripada sikap yang tidak

menganggap ICT itu penting terdapat juga guru-guru yang risau untuk mengguna

peralatan ICT itu sendiri. (Utusan Malaysia, 10 Jun 2005)

Ramli (2002) mendapati guru teknikal menggunakan kemudahan komputer

untuk membuat persediaan pengajaran yang kebanyakannya menggunakan komputer

untuk menghasilkan bahan pengajaran berasaskan pemprosesan perkataan. Walau

bagaimanapun penggunaannya dalam bentuk lain seperti alat bantu mengajar adalah

masih rendah. Keadaan ini disebabkan oleh terdapatnya kekurangan kelengkapan

pembelajaran berbantukan multimedia dan memperoleh bahan rujukan.

Page 23: AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES … fileamalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah kebangsaan daerah yan, kedah. muhamad

6

Menurut Supyan (1996) beliau menekankan bahawa apabila kita memasuki abad

ke-21, mutu pelajar dan rakyat yang dikehendaki ialah mereka yang dapat menghasilkan

pemikiran, penemuan, dan ciptaan yang terbaru dan tulen untuk disumbangkan kepada

dunia. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan kepada para pendidik untuk melengkapkan

diri dengan pelbagai kemahiran aplikasi komputer yang bukan hanya tertumpu kepada

pemprosesan perkataan (Word), pangkalan data (Access), paparan elektronik (Excel),

dan persembahan grafik (Power Point). Setiap kemahiran yang diperoleh ini seharusnya

diamalkan dalam proses P&P yang dijalankan. Pendidik juga tidak seharusnya menjadi

pengguna (end-user atau consumer) semata-mata, tetapi pendidik seharusnya melibatkan

diri secara langsung dalam penciptaan atau pun pereka (producer atau designer) perisian

komputer serta mampu menilai perisian yang sesuai bagi tujuan pengajaran dan

pembelajaran.

Dapatan kajian Robiah & Juhana (2002, dalam : Utusan Malaysia, 10 Jun 2005)

menunjukkan amalan penggunaan komputer oleh guru adalah pada tahap yang minimum

iaitu sekali sekala dalam masa sebulan. Dapatan juga menunjukkan guru-guru kerap

menggunakan hanya tiga jenis program iaitu pemprosesan perkataan, mengintegrasikan

pemprosesan perkataan dalam pengajaran dan pengurusan fail. Guru-guru jarang

menggunakan pangkalan data, persembahan multimedia, persembahan grafik, mel

elektronik dan laman web dalam pengajaran. Menurut kajian yang dijalankan oleh

Aznita (2004), beliau menyatakan bahawa masalah utama mengapa guru-guru tidak

menjadikan komputer sebagai amalan dalam proses P&P adalah kerana mereka tidak

faham dengan cara penggunaan perisian komputer.

Melalui permasalahan yang timbul dan isu-isu komputer dalam pendidikan di

dalam aspek pengajaran dan pembelajaran di sekolah seperti yang dinyatakan di atas

inilah yang mendorong pengkaji ingin melihat sejauh mana amalan penggunaan

komputer oleh guru-guru di sekolah menengah kebangsaan tempat kajian ini dijalankan.

Page 24: AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES … fileamalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah kebangsaan daerah yan, kedah. muhamad

7

1.3 Pernyataan Masalah

Secara umumnya, kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti amalan

penggunaan komputer di kalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan daerah Yan

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kajian ini juga adalah untuk

menjawab beberapa persoalan seperti, “Apakah masalah yang dihadapi oleh guru-guru

untuk menggunakan komputer dalam pengajaran?”, “ Apakah bentuk-bentuk galakan

daripada pentadbir sekolah untuk mendorong guru menggunakan komputer dalam

pengajaran?” dan sebagainya yang akan dibincangkan secara teliti pada bahagian

persoalan kajian.

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan pernyataan masalah yang dikemukakan, kajian ini bertujuan untuk:-

i. Mengenal pasti tahap amalan guru menggunakan komputer.

ii. Mengenal pasti sama ada faktor kumpulan umur guru membezakan

amalan penggunaan komputer dalam pengajaran.

iii. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru-guru untuk

menggunakan komputer dalam pengajaran.

iv. Mengenal pasti bentuk galakan pihak pentadbir kepada guru untuk

menggunakan komputer dalam proses pengajaran.

Page 25: AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PROSES … fileamalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah kebangsaan daerah yan, kedah. muhamad

8

1.5 Persoalan Kajian

Secara ringkas, kajian ini adalah untuk menjawab soalan-soalan berikut:-

i. Apakah tahap amalan penggunaan komputer di kalangan guru?

ii. Adakah faktor umur guru membezakan amalan penggunaan komputer

dalam pengajaran?

iii. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru-guru untuk menggunakan

komputer dalam pengajaran?

iv. Apakah bentuk-bentuk galakan daripada pentadbir sekolah untuk

mendorong guru menggunakan komputer dalam pengajaran?