amalan kemahiran belajar pelajar-pelajar tahun 4 … · amalan kemahiran belajar pelajar-pelajar...

22
AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 PROGRAM SPN, SPG, SPC DAN SPF DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA GURMIT KAUR A/P GURCHARAN SINGH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: ngoquynh

Post on 30-Jul-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 … · amalan kemahiran belajar pelajar-pelajar tahun 4 program spn, spg, spc dan spf di fakulti pendidikan, universiti teknologi

AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 PROGRAM

SPN, SPG, SPC DAN SPF DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA

GURMIT KAUR A/P GURCHARAN SINGH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 … · amalan kemahiran belajar pelajar-pelajar tahun 4 program spn, spg, spc dan spf di fakulti pendidikan, universiti teknologi

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 PROGRAM SPN, SPG, SPC DAN SPF DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya GURMIT KAUR A/P GURCHARAN SINGH

(HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________ ________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: NO. 28 A, BT 16 ½, P. M. DR. OTHMAN MD JOHAN 71250 PASIR PANJANG, (Nama Penyelia) PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN Tarikh: _______11 MAC 2004____________ Tarikh: _11 MAC 2004

Page 3: AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 … · amalan kemahiran belajar pelajar-pelajar tahun 4 program spn, spg, spc dan spf di fakulti pendidikan, universiti teknologi

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada

pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop

dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Sains).”

Tandatangan : ………………………………….

Nama Penyelia : P. M .DR. OTHMAN MD JOHAN

Tarikh : ……11 MAC 2004…………………

Page 4: AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 … · amalan kemahiran belajar pelajar-pelajar tahun 4 program spn, spg, spc dan spf di fakulti pendidikan, universiti teknologi

AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4

PROGRAM SPN, SPG, SPC DAN SPF DI FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GURMIT KAUR A/P GURCHARAN SINGH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 5: AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 … · amalan kemahiran belajar pelajar-pelajar tahun 4 program spn, spg, spc dan spf di fakulti pendidikan, universiti teknologi

ii

“Saya akui karya ini hasil karya saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………………….

Nama Penulis : Gurmit Kaur a/p Gurcharan Singh

Tarikh : ………11 MAC 2004………………...................

Page 6: AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 … · amalan kemahiran belajar pelajar-pelajar tahun 4 program spn, spg, spc dan spf di fakulti pendidikan, universiti teknologi

iii

DEDIKASI

Kepada,

ayahku Gurcharan Singh dan ibuku Mukhtiar Kaur yang tidak pernah penat memberi

dorongan dan semangat yang berterusan.

Abang-abangku Jagdev dan Hardave, kakakku Jasvinder dan adik-adikku Malkeet dan

Ranjeeta serta ahli-ahli keluargaku yang lain di atas segala sokongan dan pengorbanan

yang kalian sumbangkan.

Buat teman seperjuanganku Mohana, Jessica, Shareender, Jaishree dan Sukhvinder

segala bantuan yang kalian hulurkan tidak akan kulupakan.

Sesungguhnya kejayaan ini milik kita sekeluarga…..

Page 7: AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 … · amalan kemahiran belajar pelajar-pelajar tahun 4 program spn, spg, spc dan spf di fakulti pendidikan, universiti teknologi

iv

PENGHARGAAN

Saya bersyukur ke hadrat Tuhan kerana dengan limpah kurnianya saya telah

berjaya menyiapkan kertas projek penyelidikan ini yang merupakan sebahagian daripada

syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains). Saya ingin

mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

pensyarah pembimbing iaitu Prof. Madya.Dr. Othman Md Johan kerana sudi

meluangkan masa memberi nasihat untuk keseluruhan kertas projek ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar yang

telah menjadi responden kepada kajian ini. Ucapan terima kasih ditujukan kepada

kakitangan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia yang telah membantu

saya dalam mendapatkan maklumat bagi menyiapkan kertas projek ini.

Seterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan ini kepada semua pihak

yang terlibat secara tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan kertas projek

penyelidikan ini.

Page 8: AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 … · amalan kemahiran belajar pelajar-pelajar tahun 4 program spn, spg, spc dan spf di fakulti pendidikan, universiti teknologi

v

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk deskriptif yang bertujuan

mengkaji amalan kemahiran belajar pelajar-pelajar tahun 4 yang mengikuti program

SPN, SPG, SPC dan SPF di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Kajian

ini melibatkan 127 orang responden. Satu set soal selidik yang mengandungi bahagian

A dan bahagian B dengan jumlah 64 item berhubung dengan kemahiran belajar yang

diamalkan telah diedarkan kepada responden. Data-data yang dikumpul dianalisis

dengan menggunakan perisian SPSS (Statististical package for the Social Science Versi

10.0 ) untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan perbezaan

signifikan bagi menjawab setiap persoalan kajian yang dikemukakan di dalam kajian ini.

Kajian menunjukkan bahawa secara umum kemahiran belajar responden berada pada

tahap yang baik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang

signifikan dalam amalan kemahiran belajar yang diamalkan oleh responden mengikut

program yang diikuti. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan dalam amalan kemahiran belajar yang diamalkan oleh responden mengikut

jantina. Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan

yang signifikan dalam amalan kemahiran belajar yang diamalkan oleh responden

mengikut kaum. Berdasarkan ujian Post-Hoc ANOVA Tukey dan LSD, didapati

bahawa hanya responden Melayu dan Cina sahaja yang kelihatan mempunyai perbezaan

amalan kemahiran belajar yang signifikan di mana pelajar Melayu mempunyai amalan

kemahiran belajar yang lebih baik berbanding pelajar Cina. Beberapa cadangan telah

dikemukakan untuk membantu pihak-pihak yang berkenaan dalam meningkatkan

keberkesanan kemahiran belajar yang diamalkan.

Page 9: AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 … · amalan kemahiran belajar pelajar-pelajar tahun 4 program spn, spg, spc dan spf di fakulti pendidikan, universiti teknologi

vi

ABSTRACT

The purpose of this descriptive research is to observe the study skills of the final

year Bachelor of Science with Education (SPN, SPG, SPC and SPF) students from the

Faculty of Education in University Technology of Malaysia. A total of 127 respondents

participated in this research. A set of questionnaire with two sections A and B

comprised of 64 items regarding study skills were distributed to each of the respondents.

Data collected were analyzed using SPSS (Statistical Package for the Social Science

Version 10.0) to obtain the frequencies, percentages, means, standard deviation and

significant differences in order to achieve the objectives of this research. The results of

this research show that generally the respondents have good study skills. The results

also show that there is no any significant difference in the study skills applied by

respondents from the four courses chosen and no significant difference in the study skills

applied by female and male respondents. However, there is a significant difference in

the study skills applied by Malay and Chinese respondents. Results show that Malay

respondents have better study skills compared to the Chinese respondents. Some

suggestions were forwarded to improve the effectiveness of the study skills applied and

it is hoped that these suggestions will benefit readers.

Page 10: AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 … · amalan kemahiran belajar pelajar-pelajar tahun 4 program spn, spg, spc dan spf di fakulti pendidikan, universiti teknologi

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Pengesahan Status Tesis

Pengesahan Penyelia

Halaman Judul i

Halaman Pengakuan ii

Halaman Dedikasi iii

Halaman Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Halaman Kandungan vii

Halaman Senarai Jadual xi

Halaman Senarai Lampiran xii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Hipotesis Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 9

Page 11: AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 … · amalan kemahiran belajar pelajar-pelajar tahun 4 program spn, spg, spc dan spf di fakulti pendidikan, universiti teknologi

viii

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Definisi Istilah 10

1.9.1 Kemahiran Belajar 10

1.9.1.1 Pengurusan Masa 11

1.9.1.2 Kemahiran Mengingat 11

1.9.1.3 Kemahiran Mencatat Nota 12

1.9.1.4 Strategi Menghadapi

Peperiksaan 12

1.9.1.5 Kemahiran Memproses

Maklumat 13

1.9.1.6 Motivasi 13

1.9.1.7 Kemahiran Membaca 13

1.9.1.8 Kemahiran Menulis 14

1.9.2 Sikap Pelajar 14

1.9.3 Pencapaian Akademik 14

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Sikap Pelajar 16

2.3 Kemahiran Belajar 18

2.4 Hubungan di antara Sikap Pelajar

dengan Pencapaian Akademik 28

2.5 Hubungan di antara Kemahiran Belajar

dengan Pencapaian Akademik 29

2.6 Kesimpulan 31

Page 12: AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 … · amalan kemahiran belajar pelajar-pelajar tahun 4 program spn, spg, spc dan spf di fakulti pendidikan, universiti teknologi

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 33

3.2 Reka Bentuk Kajian 33

3.3 Prosedur Mengumpul Maklumat 34

3.4 Populasi dan Persampelan Kajian 34

3.5 Tempat Kajian 35

3.6 Instrumen Kajian 35

3.6.1 Bahagian A 36

3.6.2 Bahagian B 36

3.7 Kajian Rintis 37

3.8 Analisis Data 37

3.9 Kesimpulan 39

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 40

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 40

4.3 Dapatan Kajian Berasaskan Persoalan Kajian 42

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 42

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 59

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 60

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 61

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 63

5.2 Rumusan Dapatan Kajian 63

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 64

Page 13: AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 … · amalan kemahiran belajar pelajar-pelajar tahun 4 program spn, spg, spc dan spf di fakulti pendidikan, universiti teknologi

x

5.3.1 Tahap Kemahiran Belajar Responden 64

5.3.2 Perbezaan Dalam Amalan Kemahiran

Belajar Responden Mengikut Program 70

5.3.3 Perbezaan Dalam Amalan Kemahiran

Belajar Responden Mengikut Jantina 71

5.3.4 Perbezaan Dalam Amalan Kemahiran

Belajar Responden Mengikut Kaum 72

5.4 Implikasi Dan Cadangan 73

5.5 Saranan Kajian Lanjutan 76

5.6 Penutup 77

RUJUKAN 78

LAMPIRAN A DAN B 86 - 95

Page 14: AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 … · amalan kemahiran belajar pelajar-pelajar tahun 4 program spn, spg, spc dan spf di fakulti pendidikan, universiti teknologi

xi

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Bilangan Responden Mengikut Program 35

3.2 Skala Ala Likert 37

3.3 Skala Tahap Kemahiran Belajar Responden 38

4.1 Latar Belakang Responden 41

4.2 Kemahiran Pengurusan Masa 43

4.3 Kemahiran Mengingat 45

4.4 Kemahiran Mencatat Nota 47

4.5 Strategi Menghadapi Peperiksaan 49

4.6 Kemahiran Memproses Maklumat 51

4.7 Motivasi 53

4.8 Kemahiran Membaca 55

4.9 Kemahiran Menulis 57

4.10 Tahap Kemahiran Belajar Responden 58

4.11 Perbezaan Amalan Kemahiran Belajar

Responden Mengikut Program 59

4.12 Perbezaan Amalan Kemahiran Belajar

Responden Mengikut Jantina 60

4.13 Perbezaan Amalan Kemahiran Belajar

Responden Mengikut Kaum 61

Page 15: AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 … · amalan kemahiran belajar pelajar-pelajar tahun 4 program spn, spg, spc dan spf di fakulti pendidikan, universiti teknologi

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

Lampiran A Borang Soal Selidik 86

Lampiran B Surat pengenalan diri daripada

Fakulti Pendidikan 95

Page 16: AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 … · amalan kemahiran belajar pelajar-pelajar tahun 4 program spn, spg, spc dan spf di fakulti pendidikan, universiti teknologi

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pembelajaran merupakan satu bidang penting di dalam perkembangan psikologi

setiap pelajar. Menurut Kimble (1961), “learning is a relatively permanent change in

behavioral potentiality that occurs as a result of reinforced practice”. Kimble

berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan potensi tingkah laku yang agak kekal

dan berlaku akibat daripada latihan yang diteguhkan. Perubahan tingkah laku akan

berlaku dengan adanya penambahan pengetahuan sama ada secara terus ataupun melalui

latihan yang dilakukan secara berulang.

Selain daripada pembelajaran, kemahiran juga boleh dikatakan adalah hasil

daripada latihan yang diteguhkan. Linskie (1977), mendefinisikan kemahiran sebagai

kualiti kepada sesuatu persembahan yang dikembangkan melalui pengalaman dan

latihan yang berulang-ulang. Sesuatu kemahiran tidak diperolehi secara tiba-tiba tetapi

ianya diperolehi dengan melakukan sesuatu aktiviti yang melibatkan pengalaman dan

pengetahuan sedia ada secara berulang kali. Kemahiran boleh dikatakan bersifat sensitif

terhadap latihan dan strategi kerana sesuatu kemahiran itu bertambah baik apabila ianya

dilakukan berulang kali atau dalam erti kata lain, latihan yang menggunakan sesuatu

kemahiran itu diperbanyakkan.

Page 17: AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 … · amalan kemahiran belajar pelajar-pelajar tahun 4 program spn, spg, spc dan spf di fakulti pendidikan, universiti teknologi

2

Dalam proses pembelajaran, kemahiran yang diperlukan ialah kemahiran

belajar. Kemahiran belajar boleh ditakrifkan sebagai keupayan atau kecekapan yang

perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses

dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran

seumur hidup. Selmes (1987), mentakrifkan kemahiran belajar sebagai kemahiran

yang membolehkan pelajar-pelajar mencari, menilai, memilih, menyusun,

menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan.

Dalam usaha mengecapi kejayaan di peringkat universiti, seseorang pelajar

itu perlu menitikberatkan kemahiran belajar yang diamalkan. Kejayaan di peringkat

universiti adalah bergantung kepada kebolehan seseorang pelajar itu dalam

mengamalkan kemahiran belajar yang efektif.

Kemahiran belajar yang efektif meliputi aspek pengurusan masa yang baik,

penggunaan tumpuan dan ingatan semasa pembelajaran, kemahiran mencatat nota

yang disampaikan oleh pensyarah, kemahiran memproses maklumat, kemahiran

mebaca dan menulis, persediaan yang dilakukan dalam menghadapi peperiksaan dan

motivasi. Semua kemahiran ini perlu dititikberatkan oleh pelajar dalam usaha

mencapai kejayaan di universiti.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kemajuan sesebuah negara amat bergantung kepada kualiti graduan yang

dihasilkan oleh negara itu. Seseorang graduan itu perlulah cemerlang dari pelbagai

aspek agar dapat digelar sebagai tunggak kepada kemajuan negara. Ini adalah

kerana, kecemerlangan yang dimiliki oleh graduan itu akan membantunya mencari

idea-idea baru atau menggunakan daya fikir secara kreatif dan inovatif untuk

membawa negara ke puncak kejayaan. Ini bermaksud, kecemerlangan seseorang

Page 18: AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 … · amalan kemahiran belajar pelajar-pelajar tahun 4 program spn, spg, spc dan spf di fakulti pendidikan, universiti teknologi

3

graduan memainkan peranan yang amat penting dalam kemajuan negara. Walau

bagaimanapun, secara hakikatnya bukan semua graduan yang dihasilkan oleh

sesebuah Institut Pengajian Tinggi itu cemerlang. Persoalan yang timbul di sini

ialah, “Apakah yang menyebabkan fenomena seperti ini berlaku dan mengapakah

wujudnya perbezaan di antara tahap kecemerlangan akademik pelajar yang

dihasilkan oleh sesebuah Institut Pengajian Tinggi itu walaupun kemudahan yang

digunakan oleh setiap pelajar itu sama?”.

Melalui beberapa kajian yang telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang

menuntut di IPT, didapati terdapat hubungan yang positif di antara kemahiran

belajar yang diamalkan oleh pelajar dengan kecemerlangan akademik atau

pencapaian akademik mereka (Agnew et al., 1993; Elliot et al., 1990; Jones et al.,

1993; Jones, Slate dan Kyle, 1992; Jones, Slate dan Marini, 1995; Kleijn, van der

Ploeg dan Topman, 1994). Kajian ini jelas menunjukkan bahawa salah satu sebab

yang menyebabkan perbezaan kecemerlangan akademik atau pencapaian akademik

di antara pelajar di IPT adalah kemahiran belajar yang diamalkan oleh pelajar itu

sendiri. Menurut Weinstein (1987), pelajar sebenarnya sedar bahawa kemahiran

belajar yang efektif mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Oleh itu, mereka

akan cuba memperbaiki kemahiran belajar yang diamalkan agar lebih efektif untuk

mengoptimumkan pencapaian akademik mereka. Kajian juga menunjukkan bahawa

para pelajar adalah lebih berdikari, bertanggungjawab dan berkeyakinan sekiranya

mereka memahami cara belajar yang diamalkan oleh mereka (Sims dan Ehrhardt,

1978; Myers, 1992).

Kemahiran belajar berfungsi sebagai suatu alat yang amat penting dalam

mengoptimumkan proses pembelajaran seseorang pelajar. Menurut Hoover dan

Patton (1995), kemahiran belajar melibatkan kebolehan seseorang pelajar itu untuk

memperoleh, merekod, menyusun, mensintesis, mengingat dan mengguna sesuatu

maklumat. Novak dan Gowin (1984), pula mengatakan bahawa proses pembelajaran

merupakan satu proses yang melibatkan pelbagai jenis kemahiran. Ia memerlukan

Page 19: AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 … · amalan kemahiran belajar pelajar-pelajar tahun 4 program spn, spg, spc dan spf di fakulti pendidikan, universiti teknologi

4

latihan dengan menggunakan teknik-teknik yang spesifik untuk membantu seseorang

pelajar dalam memperoleh, menyusun, mengekalkan dan menggunakan sesuatu

maklumat.

Menurut Gersten (1998), pelajar yang mempunyai pencapaian akademik

yang rendah sebenarnya kurang arif tentang cara belajar yang diamalkan oleh

pelajar-pelajar yang cemerlang. Kebiasaannya, pelajar-pelajar yang mempunyai

pencapaian akademik yang rendah ini didapati mengamalkan kemahiran belajar

yang kurang efektif. Mereka boleh dikatakan memainkan peranan yang pasif dalam

proses pembelajaran dan amat bergantung kepada orang lain, contohnya pensyarah

untuk mengawasi pembelajaran mereka. Decker, Spector dan Shaw (1992),

berpendapat bahawa pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang

rendah tidak mampu mempelbagaikan kemahiran belajar yang diamalkan semasa

proses pembelajaran. Pelajar-pelajar ini juga cenderung menggunakan kemahiran

belajar yang sama yang sememangnya kurang efektif bagi setiap tugasan

pembelajaran tanpa mempertimbangkan isi kandungan, struktur dan tahap kesukaran

tugasan tersebut.

Universiti Teknologi Malaysia juga merupakan salah satu daripada Institut

Pengajian Tinggi di Malaysia yang menghasilkan graduan berijazah setiap tahun.

Graduan yang dihasilkan ini, sebahagiannya dihasilkan oleh Fakulti Pendidikan dan

golongan ini merupakan golongan yang bakal menjadi pendidik pada masa akan

datang. Mereka adalah individu-individu yang akan mendidik anak bangsa yang juga

bakal menjadi harapan negara. Salah satu objektif yang ingin dicapai oleh Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ialah melahirkan pendidik dalam pelbagai

bidang pengajian bagi memenuhi keperluan pendidikan negara. Siapakah pendidik

yang dimaksudkan? Pendidik yang dimaksudkan di sini adalah pelajar-pelajar yang

sedang mengikuti program pedidikan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia yang akan menjadi guru atau pendidik suatu hari nanti. Oleh itu, pelajar-

pelajar ini perlulah melengkapkan diri mereka dengan pelbagai pengetahuan dan

Page 20: AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 … · amalan kemahiran belajar pelajar-pelajar tahun 4 program spn, spg, spc dan spf di fakulti pendidikan, universiti teknologi

5

kemahiran agar dapat membentuk peribadi guru yang unggul pada masa akan

datang. Pelajar-pelajar ini juga perlulah memastikan mereka cemerlang dalam

segala aspek, tidak kira akademik atau ko-kurikulum. Ini adalah kerana, hanya guru

yang cemerlang dalam kedua-dua aspek ini sahajalah yang mampu membimbing

pelajar-pelajar di sekolah dalam menjadi pelajar-pelajar cemerlang.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, kemahiran belajar yang diamalkan

dalam proses pembelajaran mempengaruhi kecemerlangan seseorang pelajar. Bagi

pelajar-pelajar yang bakal menjadi pendidik, kesedaran tentang kemahiran belajar

yang efektif adalah amat penting. Ia bukan sahaja penting untuk menjanjikan

kecemerlangan semasa tempoh pengajian, ia juga amat berguna untuk membimbing

pelajar-pelajar di sekolah tentang teknik pembelajaran yang efektif yang perlu

diamalkan oleh mereka dan sekaligus menghasilkan pelajar yang cemerlang. Oleh

itu, para pelajar yang sedang mengikuti program pendidikan di Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia perlu memastikan bahawa kemahiran belajar yang

diamalkan oleh mereka adalah efektif agar mereka dapat menyumbang kepada

kecemerlangan diri dan kecemerlangan anak didik pada masa akan datang.

1.3 Pernyataan Masalah

Kejayaan para pelajar yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi amat

dipengaruhi oleh kemahiran belajar yang diamalkan oleh pelajar itu sendiri.

Sekiranya kemahiran belajar yang diamalkan kurang efektif, para pelajar tidak

mungkin berpeluang mengecapi kejayaan yang cemerlang.

Kemahiran belajar adalah kunci kepada kecemerlangan akademik.

Kemahiran belajar yang efektif meminimumkan peluang menghadapi kegagalan dan

mengoptimumkan peluang untuk mengecapi kecemerlangan. Ini adalah kerana

Page 21: AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 … · amalan kemahiran belajar pelajar-pelajar tahun 4 program spn, spg, spc dan spf di fakulti pendidikan, universiti teknologi

6

pengamalan kemahiran belajar yang efektif memudahkan pelajar mengetahui

kehendak isi kandungan yang dipelajari dan melicinkan proses pemprosesan

maklumat.

Oleh itu, penyelidik ingin menyelidik tentang amalan kemahiran belajar

pelajar-pelajar tahun 4 yang mengikuti program Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan Sains (SPN), Biologi (SPG), Kimia (SPC) dan Fizik (SPF) di Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan kemahiran belajar pelajar-

pelajar tahun 4 yang mengikuti program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Sains

(SPN), Biologi (SPG), Kimia (SPC) dan Fizik (SPF) di Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia. Berikut merupakan objektif kajian ini:

1.4.1 Mengenalpasti tahap kemahiran belajar yang diamalkan oleh pelajar-pelajar

tahun 4 yang mengambil program SPN, SPG, SPC dan SPF di Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dari aspek kemahiran pengurusan

masa, kemahiran mengingat, kemahiran mencatat nota, strategi menghadapi

peperiksaan, kemahiran memproses maklumat, motivasi, kemahiran

membaca dan kemahiran menulis.

1.4.2 Mengenalpasti perbezaan kemahiran belajar yang diamalkan oleh pelajar-

pelajar tahun 4 yang mengambil program SPN, SPG, SPC dan SPF di

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

1.4.3 Mengenalpasti perbezaan kemahiran belajar yang diamalkan oleh pelajar-

pelajar tahun 4 yang mengambil program SPN, SPG, SPC dan SPF di Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia mengikut jantina.

Page 22: AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 … · amalan kemahiran belajar pelajar-pelajar tahun 4 program spn, spg, spc dan spf di fakulti pendidikan, universiti teknologi

7

1.4.4 Mengenalpasti perbezaan kemahiran belajar yang diamalkan oleh pelajar-

pelajar tahun 4 yang mengambil program SPN, SPG, SPC dan SPF di Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia mengikut kaum.

1.5 Persoalan Kajian

Berikut merupakan persoalan kajian yang telah dibentuk di dalam kajian ini:

1.5.1 Apakah tahap kemahiran belajar yang diamalkan oleh pelajar-pelajar tahun

4 yang mengambil program SPN, SPG, SPC dan SPF di Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia dari aspek kemahiran pengurusan masa,

kemahiran mengingat, kemahiran mencatat nota, strategi menghadapi

peperiksaan, kemahiran memproses maklumat, motivasi, kemahiran

membaca dan kemahiran menulis?

1.5.2 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemahiran belajar yang

diamalkan oleh pelajar-pelajar tahun 4 yang mengambil program SPN, SPG,

SPC dan SPF di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia?

1.5.3 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemahiran belajar yang

diamalkan oleh pelajar-pelajar tahun 4 yang mengambil program SPN, SPG,

SPC dan SPF di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

mengikut jantina?

1.5.4 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemahiran belajar yang

diamalkan oleh pelajar-pelajar tahun 4 yang mengambil program SPN, SPG,

SPC dan SPF di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

mengikut kaum?