all about french

15
Jika bercakap mengenai tempat pelancongan di dunia, Perancis antara sebuah negara yang pasti tidak akan dilupakan. Di Perancis, kebanyakan tempat menarik untuk dilawati tertumpu di Paris. Paris yang terkenal dengan jolokan Kota Cinta ini menempatkan pelbagai tempat menarik yang harus lawati. Kebudayaan Perancis dibentuk oleh geografinya , melalui peristiwa- peristiwa bersejarah yang mendalam, serta kuasa-kuasa dalam dan luar negara. Negara Perancis, khususnya ibu kota Paris , memainkan peranan penting sebagai pusat kebudayaan tinggi dan seni perhiasan seluruh Eropah sejak abad ke-17, dan seluruh dunia sejak abad ke-19. Sejak akhir abad ke-19, Perancis juga memainkan peranan penting dalam seni moden , wayang gambar , fesyen dan masakan . Kepentingan budaya Perancis turun naik mengikut peredaran zaman, bergantung pada kepentingan ekonomi, politik dan tenteranya. Budaya Perancis masa kini diketengahkan oleh perbezaan sosioekonomi dan serantau yang besar serta kencenderungan kesatuan yang teguh. Terdapat begitu banyak tempat-tempat yang menarik di Perancis yang mana mustahil untuk pergi kesemuanya hanya dalam sekali lawatan. Jika ini merupakan kali pertama anda melawat Perancis, pilihan-pilihan yang ada sangat mengujakan.. ke mana seharusnya anda pergi? Apakah tempat-tempat yang paling menarik untuk dilihat? Di sini disediakan gambaran mengenai tempat-tempat yang paling terkenal di Perancis yang mana anda, keluarga mahupun rakan-rakan berminat untuk kunjungi.

Upload: noura

Post on 02-Sep-2015

227 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Assignment

TRANSCRIPT

Jika bercakap mengenai tempat pelancongan di dunia, Perancis antara sebuah negara yang pasti tidak akan dilupakan. Di Perancis, kebanyakan tempat menarik untuk dilawati tertumpu di Paris. Paris yang terkenal dengan jolokan Kota Cinta ini menempatkan pelbagai tempat menarik yang harus lawati.Kebudayaan Perancisdibentuk olehgeografinya, melaluiperistiwa-peristiwa bersejarahyang mendalam, serta kuasa-kuasa dalam dan luar negara. Negara Perancis, khususnya ibu kotaParis, memainkan peranan penting sebagai pusatkebudayaan tinggidanseni perhiasanseluruh Eropah sejak abad ke-17, dan seluruh dunia sejak abad ke-19. Sejak akhir abad ke-19, Perancis juga memainkan peranan penting dalamseni moden,wayang gambar,fesyendanmasakan. Kepentingan budaya Perancis turun naik mengikut peredaran zaman, bergantung pada kepentingan ekonomi, politik dan tenteranya. Budaya Perancis masa kini diketengahkan oleh perbezaan sosioekonomi dan serantau yang besar serta kencenderungan kesatuan yang teguh. Terdapat begitu banyak tempat-tempat yang menarik di Perancis yang mana mustahil untuk pergi kesemuanya hanya dalam sekali lawatan. Jika ini merupakan kali pertama anda melawat Perancis, pilihan-pilihan yang ada sangat mengujakan.. ke mana seharusnya anda pergi? Apakah tempat-tempat yang paling menarik untuk dilihat?

Di sini disediakan gambaran mengenai tempat-tempat yang paling terkenal di Perancis yang mana anda, keluarga mahupun rakan-rakan berminat untuk kunjungi.

Antara tempat-tempat yang menarik di Perancis adalah terletak di Paris!1. La Tour Eiffel

Menara Eiffel yang dibina pada 1889 oleh Gustave Eiffel untuk Pameran Dunia, tanpa ragu lagi merupakan antara salah satu tarikan pelancong yang paling terkenal yang terdapat di Perancis.Menara Eiffel (bahasa Perancis: La Tour Eiffel, /tu fl/) ialah menara besi yang dibina di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine di Paris, Perancis. Menara Eiffel adalah bangunan yang tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis. Dinamakan bersempena nama perancangnya, Gustave Eiffel, menara ini merupakan monumen yang paling kerap dilawati di dunia; 6,428,441 orang melawatnya pada 2005 [2] dan lebih 200 juta orang sejak ia dibina. Menara ini memiliki ketinggian 300 meter dan di atasnya terdapat antena televisyen setinggi 24 m.Ia sangat menakjubkan untuk mengetahui bahawa pada tahun 1909 Menara Eiffel hampir diruntuhkan kerana dilihat sangat buruk dan menyakitkan mata pada masa itu.

2. Muse Du Louvre

Muzium Louvre yang dulu pernah menjadi istana diraja, kini merupakan salah satu muzium kesenian yang terkenal di dunia. Muzium Louvre(Perancis:Muse du Louvre) merupakan salah satumuziumdan tugu bersejarahPerancisterbesar dan paling dilawati di dunia. Hampir 35,000objek dari zaman prasejarah sehingga era abad ke-19 dipamerkan dalam sebuah kawasan 60,600 meter persegi (652,300 kaki persegi).Muzium berada dalam kawasanIstana Louvre(Palais du Louvre), yang pada mulanya adalah sebuah kubu yang dibina ketika lewat abad ke-12 di bawah pemerintahan RajaPhilippe II. Peninggalan kubu tersebut masih lagi dapat dilihat di bahagian bawah tanah muzium. Bangunan ini telah diluaskan banyak kali untuk membentuk Istana Louvre yang seperti hari ini. Pada 1672, RajaLouis XIVmemilihIstana Versaillessebagai kediamannya, meninggalkan Louvre sebagai sebuah tempat untuk memaparkan koleksi diraja termasuklah koleksi dari tahun 1692 iaitu arca Rom dan Yunani purba.[4]Pada 1692, bangunan ini telah diduduki oleh Akademi Inskripsi dan Bahasa Purba (Acadmie des Inscriptions et Belles Lettres)dan Akademi Akademi Lukisan dan Arca Diraja (Acadmie Royale de Peinture et de Sculpture). Acadmie kekal berada di Louvre selama 100 tahun.[5]SewaktuRevolusi Perancis,Perhimpunan Perlembagaan Kebangsaanmenetapkan bahawa Louvre seharusnya digunakan sebagai sebuah muzium, untuk mempamerkan karya agung negara Perancis. Di dalam muzium ini juga turut dipamerkan hasil-hasil seni dari negara-negara lain. Apa yang menarik, muzium ini mempamerkan lukisan Mona Lisa oleh Leonardo da Vinci dan juga hasil karya yang mengagumkan dari Michelangelo, Raphael and, Botticelli. Muzium ini menjadi antara tempat yang wajib untuk dilawati oleh penggemar karya seni setiap kali melancong ke Perancis. Muzium ini pernah menjadi lokasi pembikinan bagi filem Da Vinci Code.3. Cathdrale Notre Dame de Paris

Seterusnya ialah gereja Gothic yang cantik, Notre Dame yang dibina dari tahun 1163 hingga 1345 yang dilawati oleh lebih daripada 12 juta orang setahun dan merupakan salah satu monumen yang terkenal di Perancis. Gereja ini terletak di Ile de la Cite, sebuah pulau kecil di tengah Sungai Seine. Notre Dame dalam bahasa Perancis adalah Ibu Kita yang merujuk kepada Bonda Maria. Sebab itulah banyak gereja yang bernama Notre Dame di Perancis dan di negara bekas jajahannya.Menjadi katedral pertama yang dibangun dengan skala besar di Perancis, Notre Dame menjadi prototaip untuk katedral-katedral lain yang dibina setelah Notre Dame seperti Cathedral of Amiens, Chartres dan Rheims Cathedral. Notre Dame mula dibina pada tahun hasil cetusan idea Maurice de Sully. Namu begitu, sejak pembinaannya, Notre Dame telah menerima pelbagai pembaharuan yang dicetuskan oleh individu-individu yang berbeza. Menjadi keharusan bagi sesiapa yang bercuti ke Perancis untuk melawat Notre Dame.

4. Arc du Triomphe

Arc de Triomphe dan Ave des Champs-Elyses merupakan tempat yang sangat menarik untuk dilihat. Ia dibina oleh Napoleon untuk memperingati kemenangan bersejarah askar-askarnya. Makam Askar Perancis yang Tidak Diketahui juga terletak di sini dan setiap petang nyalaan peringatan akan dinyalakan. Tugu ini berdiri setinggi 49.5m (162 ka), lebar 45m (148 ka) dan tebal 22m (72 ka). Kekubah besarnya setinggi 29.19m (95.8 ka) dan lebar 14.62m (48.0 ka). Kekubah kecilnya pula setinggi 18.68m (61.3 ka) dan lebar 8.44m (27.7 ka). Ia merupakangerbang kemenangankedua terbesar wujud.Reka bentuknya diilhamkan daripadaGerbang TitusRom.Arc de Triompheini sangat besar sehingga tiga minggu selepas perarakan kemenangan Paris pada 1919, menandakan tamatnya permusuhan dalam Perang Dunia I, Charles Godefroymenerbangkan kapal terbang bersayap kembarNieuportmelaluinya

4. Versailles

Chteau de Versailles adalah salah satu tempat yang paling penting dalam semua Perancis dan pastinya istana termegah di seluruh negara. Walaupun sejarah tempat ini agak rumit dan menarik, ada satu perkara yang jelas berdiri sebagai ciri yang paling menonjol istana. Dan ia adalah hakikat bahawa ia telah jelas dibina untuk meninggalkan tanda kekal pada sejarah seni bina istana di sekitar seluruh dunia. Selain itu, Istana Versailles ini merupakan kediaman keluarga raja-raja Perancis. Istana ini didirikan di atas kawasan seluas 67000 m. ia menjadi terkenal kerana kemegahan dan keindahannya serta peranannya yang sangat penting dalam sejarah Perancis bahkan Perang Dunia. Di dalam istana tersebut, terdapat sebuah Galeri yang dipanggil HHall of Mirror. Galeri ini diakui antara galeri yang paling megah di dunia. Di galeri ini la Perjanjian Versailles ditandatangani yang menandakan Perang Dunia 1 tamat pada 28 Jun 1919. Secara keseluruhannya, Istana Versailles memiliki lebih 700 buah bilik, 2153 buah tingkap, 1250 unggun api, 67 buah tangga, 6123 lukisan, 15034 ukiran dan lebih 5000 buah perabot klasik dan hasil karya seni lainnya.

6. Mont St Michel

Gunung St Michael merupakan kawasan muka bumi Perancis yang terkenal dan terletak berhampiran pesisiran pantai Normandy. Sebenarnya, ia merupakan tempat yang paling kerap dilawati selepas Paris! Pasti sukar untuk tidak terpegun dengan keindahan pemandangan Gunung St Michael dengan gereja Benedictine yang bercorak seni bina Gothic terletak di puncaknya. Pada tahun 2009, populasi di pulau ini ialah seramai 44 orang. Sebenarnya, Mont Saint-Michel serta teluk-teluk di sekelilingnya adalah sebahagian daripada senarai UNESCO untuk World Heritage Site. Dianggarkan lebih 3,000,000 orang akan melawat ke pulau ini pada setiap tahun. Pada masa dahulu, ianya dihubungkan dengan tanah besar menggunakan tambak tetapi kini menggunakan jambatan elevasi ringan yang baru saja dibina beberapa tahun lepas.

7. Mont Blanc

Mont Blanc (bermaksud gunung putih di dalam bahasa Perancis) merupakan gunung yang paling tinggi di Alps, terletak antara Itali dan Perancis. Di sini terletak Chamonix, tapak pertama Olimpik Musim Sejuk dan merupakan tempat paling popular untuk aktiviti ski. Walaupun anda tidak meminati sukan ski, ia masih lagi merupakan tempat yang menarik untuk dilawati.Anda boleh menaiki kereta kabel Aiguille de Midi untuk melihat pemandangan pergunungan yang mengagumkan. Ia merupakan salah satu perjalanan kereta kabel yang paling tinggi anda pernah naik ( dan juga mungkin yang paling mengujakan atau menakutkan, bergantung kepada anda).Bagi sesiapa yang meminati aktiviti berbasikal, meluncur salji, serta berhajat untuk meniamti udara sejuk dari pergunungan Alps, sesungguhnya, Mont Blanc adalah tempat yang terbaik dan tepat untuk dilawati. Jangan lupa, Mont Blanc!

8. Chateaux de la Loire

Lembah Voire, merupakan taman permainan untuk kerabat diraja dari kurun ke 15 hingga 18, mempamerkan keindahan kediaman kerabat pada zaman itu.Terdapat beberapa ratus istana di Loire; sesetengahnya amat terkenal seperti Chteau dAmboise, Chambord, Chenonceau, Blois dan Cheverny. Loire juga terkenal dengan kesedapan wainnya dan anda boleh mencuba Muscadet, Sauvignon dan banyak lagi.

9.Carcassonne

Carcassonne merupakan salah satu kota di Perancis yang terletak di bagian selatan. Tepatnya di kawasan Languedoc-Roussillon dan merupakan kota bertembok yang terbesar di Eropah dan yang contoh terbaik bagi seni bina zaman pertengahan. Pada tahun 2006, kota ini memiliki jumlah penduduk sebanyak 46.216 orang dengan memiliki luas wilayah 65,08 km. Kota ini memiliki kepadatan penduduk sebanyak 675 orang/km. Carcassonneterletak di persimpanganstrategikdua jalanperdaganganbersejarah,dari Atlantikke Mediterania dandari Sepanyolke pusat Perancis.Di Carcassonne, pengunjung berjalandi sepanjangjalan berbatu. Disini juga terdapatkedai yang menjual barang-barangAbad Pertengahan.10. Lascaux

Apa yang menarik di sini ialah di dinding dan langit gua terdapat lukisan haiwan dari zaman Paleolitik. Lukisan-lukisan ini di anggarkan berusia 20,000 tahun. Gua ini telah di jumpai oleh Marcel Ravidat pada 12 September 1940. Namun begitu, gua ini telah ditutup bagi tujuan pemeliharaan khazanah pada tahun 1963. Mengapa ia ditutup? Gas karbon dioksida yag kita hembus telah bertindak balas dan menyebabkan lukisan di dinding gua rosak. Lascaux terletak di Vzre Valley. Di Lembah Vzre ini pernah di jumpai beberapa buah gua yang di penuhi lukisan. Lascaux merupakan sebuah gua yang besar yang mempunyai beberapa bahagian antaranya Hall of the Bulls dan Passage gallery. Lascaux Cave juga merupakan salah satu yang tersenarai dalam UNESCOWorld Heritage Site.Oleh sebab gua telah di tutup untuk lawatan umum, Kementerian Kebudayaan Perancis telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah replika yang menyerupai Lascaux Cave. Replika ini di namakan Lascaux II dan di buka kepada umum pada tahun 1983. Lascaux II terletak kira-kira 200 meter dari tapak asal gua dan mempunyai Hall of the Bulls dan Passage gallery.

PENUTUPSelain terkenal dengan tempat-tempat menarik untuk dilawati, Perancis juga terkenal kerana makanannya. Jika kita melawat perancis, seharusnya kita mencuba keenakan makanan dan pastrinya. Perancis merupakan antara tempat yang berbaloi untuk dilawati, selain bangunan-bangunannya yang menarik, kita juga akan kagum dengan sejarah disebalik penubuhan bangunan tersebut.

RUJUKANhttp://society50.com/article/207/Tempattempat_Menarik_di_Perancis__10_yang_Terbaik dilayari pada 11 Nov 2014, 12.17 amhttp://www.craftsy.com/blog/2014/01/top-ten-best-french-pastries/ dilayari pada 11 Nov 2014, 12.41 amGoogle Imageshttp://www2.bharian.com.my/bharian/articles/KotaCinta/Article