alat pentaksiran laporan bertulis dan penulisan kreatif

Upload: imelda-joseff

Post on 12-Oct-2015

161 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

penulisan kreatif dan laporan bertulis dalam sains

TRANSCRIPT

Alat

Alat Pentaksiran

Laporan bertulis & Penulisan kreatifOleh:Imelda JosephApa itu Laporan bertulis?Laporan bertulis Merupakan pemerian bertulis tentang kejadian, perkara atau pendapat yang disampaikan dalam format tertentu dan laras bahasa formal.

Suatu kenyataan formal hasil daripada sesuatu penyelidikan atau penyiasatan yang dijalankan oleh individu atau kumpulan tertentu. Laporan BertulisTerdapat 2 jenis laporan bertulis iaitu;i) Laporan rutin seperti kemajuan projek sendiri. ii)Laporan tak rutin yang disediakan untuk tujuan khusus seperti laporan penyiasatan, laporan penyelidikan parti politik, laporan produk dan laporan kebakaran.Laporan bertulis dalam pengajaran sainsLaporan amali Laporan amali adalah satu laporan berformat yang dibuat selepas selesai sesuatu sesi amali atau penyiasatan sains.Terdiri dari tujuan eksperimen, prosedur, keputusan dan perbincangan.Berfungsi sebagai alat yang efektif dalam usaha memberi makna kepada apa yang telah dilakukan oleh pelajar semasa sesi amali.Laporan penyiasatan,projek dan aktiviti lawatan sains Melaporkan hasil keputusan aktiviti penyiasatan. Contohnya aktiviti membina reka bentuk bangunan yang paling stabil.Melaporkan hasil pemerhatian dalam projek memerhati perubahan fasa bulan.Melaporkan pengetahuan baru yang didapati selepas mengikuti lawatan ke hutan simpan negara. Penulisan KreatifApa itu penulisan kreatif?Merupakan satu bentuk penulisan gambaran buah fikiran, daya imaginasi dan daya kreativiti yang diolah secara unik dan menarik.Contoh penulisan kreatif:NovelPuisi Cerpen Pantun Contoh penggunaan Penulisan kreatif dalam sainsPenulisan karangan pendekBoleh dilaksanakan sebagai tugasan murid bagi menggalakkan serta meningkatkan daya pemikiran kritis, kreatif dan imaginatif murid.Contoh:Topik mesin ringkas:Murid diminta membuat satu penulisan mengenai mesin ringkas yang ingin mereka cipta bagi memudahkan kerja seharian mereka.Penulisan pantun Boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran sains bagi meningkatkan kemahiran penulisan kreatif di samping mengaplikasikan pengetahuan sains dalam isi kandungan penulisan kreatif tersebut.Contoh:Topik keperluan asas haiwanMurid diminta menulis pantun ringkas mengenai apa yang kucing saya perlukan?Cara pelaksanaan pentaksiran Sains Tahun 4Tema: sains hayatTajuk: Proses Hidup TumbuhanStandard kandungan:Tumbuhan bergerak balas terhadap ransanganPendekatan: ikuiri-penemuanKaedah: projek Prosedur pelaksanaan1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.2. Setiap kumpulan akan membuat aktiviti penyiasatan berdasarkan lembaran prosedur amali yang diedarkan dan diterangkan oleh guru.3. Setiap murid akan melengkapkan laporan amali masing-masing sepanjang tempoh pelaksanaan ujikaji sehinggalah pemerhatian akhir selesai diperoleh.

4. Setelah menyelesaikan tugasan laporan amali, murid akan diberikan tugasan kedua iaitu tugasan menulis karangan bertajuk aku si pekebun sayur5. Tugasan ini mengkehendaki murid memindahkan pengetahuan yang mereka perolehi daripada aktiviti penyiasatan tersebut ke dalam bentuk penulisan cerita. (penulisan kreatif)6. Tugasan akan dinilai berdasarkan rubrik yang telah disediakan.Rubrik AnalitikRubrik Holistik18RujukanAzman Aris. (2010). Format Laporan Bertulis. Dimuat turun dari www.scrib.comMcmillan. J.H. (2014). Classroom assessment Sixth Edition. United States of America: Pearson Education Inc.Mohamad Najib Abdul Ghafar. (2011). Pembinaan & Analisis Ujian Bilik Darjah. Johor Darul Tazim: Penerbit UTM Press Nor Raudah Hj Sirem. (2009).Bentuk-bentuk Penulisan. Dimuat turun daripada http://penulisdaie.blogspot.com/2009/03/kuliah-3-bentuk-bentuk-penulisan.htmlRussel. M.K., Airasian. P. W. (2012). Classroom Assessment, Concept and Applications. America:McGraw-Hill Companies, IncUni.edu.com. (2014). Holistic and Analytic Rubric. Dimuat turun daripada https://www.uni.edu/chfasoa/ analyticholisticrubrics.pdfWahba. (2013). Penulisan Kreatif Dalam Sastera Moden. Dimuat turun daripada www.utusan.com.my