alat muzik dikir barat ppt

37
WAJ 3113 KURIKULUM PERSATUAN SENI BUDAYA ALAT MUZIK DIKIR BARAT MOHD ALIF MUHAMMAD FAIZAL SITI AMINAH WAN SYAZWANI WAN NURUL SYAHIDA

Upload: mellissa-perry

Post on 20-Dec-2015

212 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

alat muzik dikir barat

TRANSCRIPT

WAJ 3113 KURIKULUM PERSATUAN SENI BUDAYA

ALAT MUZIK DIKIR BARAT

MOHD ALIFMUHAMMAD FAIZAL

SITI AMINAHWAN SYAZWANI

WAN NURUL SYAHIDA

NAMA :

REBANA

Rebana ibu Rebana anak

REBANA IBURebana bersaiz besar dengan ukuran 18 inci diameter dan 1m tinggi

Mempunyai satu muka berbentuk bulat dengan menggunakan belulang kambing dipasang pada badan dengan siratan tali rotan kepada cincin rotan di bawah rebana

Belulang dikemaskan dengan menggunakan pancang kayu antara cincin dan bahagian bawah badannya.

Kulit kambing direndam di dalam air kapur sehingga kulit tersebut bersih sepenuhnya

Bahan yang

digunakan

Kayu pauh /

mangga

Kulit kambing pantai

Rotan

Kapur

Cara dimainkan

Rebana akan diletak di atas riba pemain dan dipalu dengan

tangan

Rebana AnakRebana Anak lebih kecil saiznya daripada Rebana Ibu

Diperbuat daripada kulit kambing

Cincin diperbuat daripada kayu pauh / kayu mangga

Kulit kambing perlu direndam di dalam air kapur untuk melembutkan kulit sehingga bersih

Kulit tersebut perlulah dijemur sehingga betul-betul kering

Bahan yang

digunakan

Kayu pauh

Kapur

Kulit kambing

Rotan

“Jangok “ untuk

membelah rotan

“Jangok” alat membelah rotan

Cara dimainkan

Secara meningkah rebana ibu dan

dimainkan dengan cepat.

Gong

Gong ini diperbuat daripada besi

Mukanya satu sahaja dan di tengah mukanya dilekukkan daripada dalam serta membonjol keluar

Dindingnya tebal, berbusut ditengah-tengah permukaannya.

Bahan yang

digunakan

Besi

Gangsa bercam

pur timah

Kayu untuk pemuk

ul

Cat emas

Cara digunakan

Dimainkan secara dipalu dengan kayu berbalut getah dihujungnya

Pemain akan memalu busut yang berada ti tengah-tengah bulatan

Alat-alat muzik tradisional yang digunakan dalam Dikir Barat

Tamborin

Bahan yang digunakan

• Beberapa ceper besi kecil• Kayu/ plastik

Cara diperbuat

• Kayu dipotong melengkung dan disambung menjadi bentuk bulatan.

• Pada permukaan kayu tersebut, ditebuk beberapa lubang.

• Ceper yang berbentuk bulat ditebuk dan dilekatkan pada lubang bulatan kayu.

• Permukaan kayu dilicinkan dan disapu syelek atau varnis.

Cara dimainkan

Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:

• Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke kanan.

• Pegang tamborin dengan tangan kiri @ kanan. Ketuk tepi tamborin atau kulit tamborin dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.

Fungsi tamborin

• Tamborin menghasilkan bunyi gemerincing dalam dikir barat.

Canang

Bahan diperbuat

• Besi dan gangsa (canang). • Tali (menampung canang)• Kayu (tempa letak canang)

Cara diperbuat

• Gangsa atau besi dilebur di bawah suhu yang tinggi.

• Apabila ia menjadi cair, ia akan dituang di dalam acuan canang yang disediakan.

• Selepas ianya sejuk, ia akan dicat dengan warna emas.

• Canang ini akan diletakkan di atas tali yang tegang pada bekas kayu khas yang menampung tali pemegang canang.

Cara dimainkan

• Biasanya canang dimainkan secara berpasangan.

• Canang akan diatur berbaris melengkung ke atas satu para dan dipalu pada busutnya dengan sepasang pemalu yang berbalut dihujungnya oleh seorang pemain secara berterusan.

Fungsi

• Memberikan rentak bunyi berterusan dalam dikir barat, memainkan bit yang berterusan.

Marakas

Bahan yang digunakan

• Tempurung kelapa/ pelampung tandas• kayu pemegang• Batu kecil

Cara diperbuat

• Dua permukaan luar tempurung kelapa kosong akan dilicinkan.

• Tempurung ini ditebuk dan dimasukkan batu kecil sebanyak 40 biji dan 60 biji batu.

• Kayu dipotong dan dilicinkan untuk dijadikan penutup tempurung kelapa berisi batu dan berfungsi sebagai pemegang marakas.

Cara dimainkan

• Ia dimainkan berpasangan menggunakan tangan kiri dan kanan.

• Ia dimainkan dengan mengoncangkan marakas yang berpasangan sama ada secara serentak atau berselang seli mengikut tempo yang diingini menghasilkan bunyi daripada batu kecil yang bergeser dengan permukaan marakas.

Fungsi

• Memainkan bit berterusan bersama canang dan juga boleh dimainkan untuk nilai not yang panjagn atau penghujung lagu.

Penyangkut gong

Bahan yang digunakan

• Kayu meranti• Besi penyangkut

Cara diperbuat

• Kayu meranti dipotong dan disambung membentuk kaki penyangkut gong.

• Setelah siap disambung, kayu tersebut akan diukir dengan ukiran tradisional pada bahagian atas penyangkut.

• Kemudian, permukaan kayu akan dilicinkan dan disapu dengan syelek atau varnis.

• Besi penyangkut dilekatkan untuk memudahkan menyangkut gong padanya.

Fungsi

• Menyangkut gong