aku dan bintang vol 7

Download Aku dan Bintang Vol 7

Post on 23-Mar-2016

240 views

Category:

Documents

10 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Buletin bulanan keluaran Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak

TRANSCRIPT

  • www.sarawak-astronomy.orgJanuari - Jun 2010

    BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

    ISSN 1985-0344Keluaran 7

    Ahli-ahli Persatuan Astronomi Sarawak dinasihatkan untuk mengemaskinikan nombor telefon bimbit mereka dengan menghantar kepada alfeanaziz@planetarium-sarawak.org bagi menerima aktiviti terkini secara SMS.

    www.planetarium-sarawak.org

    Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada

    Encik Romie Sigan Daniel, Presiden Persatuan Astronomi Sarawak atas penganugerahan Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran Datu

    dan Tuan Haji Mohamad Atei bin Abang Medaan, Naib Presiden II atas

    penganugerahan Johan Bintang Sarawak (JBS) oleh

    Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Mohammad Salahuddin pada 24 Oktober 2009

  • Januari - Jun 2010 2www.sarawak-astronomy.org

    Untuk maklumat lanjut hubungi:Planetarium Sultan Iskandar

    Kementerian Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi

    93000 Jalan BudayaKuching, MalaysiaTel: 082-251275

    Faks: 082-258059http://www.planetarium-sarawak.orghttp://www.sarawak-astronomy.org

    e-mel: curator@planetarium-sarawak.org

    Artikel sumbangan:

    Alfean AzizIsmandy Ali

    Zurwina SharkawiShaiful Nizam

    Khairuddin Azizi MohammadNadia Abdullah dan Tiara Abdullah

    Dicetak oleh Abadi Design & Services

    Kandungan

    Alfean AzizEditor Aku & Bintang

    Dua puluh tahun merupakan tempoh yang amat panjang bagi sebuah persatuan yang ditubuhkan untuk memberikan kesedaran sains dan astronomi kepada orang awam. Persatuan Astronomi Sarawak masih lagi di peringkat remaja dalam usaha-

    nya untuk menyebarkan minat astronomi namun pada usia ini, persatuan ini telah berjaya dalam menarik minat orang ramai, khasnya para pelajar bagi me-ngenali astronomi.

    Usaha Malaysia untuk bersama-sama terlibat sebagai warga astronomi de-ngan menghantar Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan negara ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 2008 telah membuka mata dan minda orang ramai tentang sumbangan astronomi dan sains kepada masyarakat.

    Boleh dikatakan masyarakat kita masih lagi di peringkat asas dalam men-genali sains angkasa serta astronomi kerana ramai yang sering menyalahertikan astronomi dengan astrologi.

    Tiadanya kaitan antara bulan dan planet dengan perhubungan cinta kita, tetapi adanya kaitan bulan, bintang serta angkasa dengan kehidupan kita. Ini kerana pada asasnya kita tinggal di atas bumi yang terapung-apung di angkasa lepas dan kewujudan bumi ini hasil daripada apa yang digelar sebagai Teori Big Bang.

    Persatuan Astronomi Sarawak dengan kerjasama Planetarium Sultan Iskan-dar telah mengadakan pelbagai aktiviti sejak ia mula ditubuhkan pada 1990 dari aktiviti kecil-kecilan seperti cerapan kepada aktiviti besar-besaran yang melibat-kan seminar, kuiz astronomi, hari astronomi dan sebagainya.

    Aspek yang penting adalah persatuan ini adalah mewujudkan konsep yang dikenali sebagai Sahabat Astronomi dengan ahli-ahli Persatuan Astronomi Sa-rawak dari pelbagai peringkat umur tidak kira lelaki ataupun perempuan dari sekolah yang berbeza, berkawan, berkongsi ilmu astronomi dan akhirnya bersa-ma-sama untuk menganjurkan aktiviti astronomi bagi menyebarkan minat serta kesedaran astronomi mereka.

    Sebagai ahli Persatuan Astronomi Sarawak, adalah menjadi kebanggaan un-tuk melihat ahli-ahli lain berusaha dengan gigih untuk menyebar astronomi dan mengembangkan lagi ilmu serta minat tidak kira di mana mereka berada.

    Selamat menyambut ulang tahun ke-20 Persatuan Astronomi Sarawak!

    Kongsi astronomi di pelbagai peringKat umur

    KongsiAstronomiDiPelbagaiPeringkatUmur-2

    BerinovasiMelaluiAstronomi-3 SASTerimaSumbanganDermaPUSAKA-4

    PameranMiniAstronomiMaalHijrah-4

    HariKo-KurikulumBersepadu2009TUNAZ-5

    AstroCampHasilKerjasamaPelajarTunaz-5

    IYA2009DanKaitannyaDenganKehidupanSeharian-6

    MenitiPengalamanBersamaSAS-PSI-8

    ImbasanAktiviti-AktivitiAstronomiSeparuhTahunKedua2009-9

    KenanganBersamaAstronomi-12 LangitMalamJan-Jun2010-13 AstronomiTanpaSempadan-14 10ThingsYouShouldKnowAboutEarth-15

    PersoalanKemusnahan2012-16 AmazingAstronomyFacts-18 HujanMeteor2010-18 PakejGalakanPromosiSainsAngkasa-19

    HobikuWarnaiHidupOrangLain-20

    Latar belakang muka depan menun-jukkan gambar kumpulan galaksi. Sumber: http://hubblesite.org/

  • Januari - Jun 20103

    Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan tahun 2010 sebagai tahun inovasi dan kreativiti atau Malaysia Inovatif 2010 dengan tema Meraikan Kreativiti pada 27 Januari 2010.

    Pengisytiharan ini adalah selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk melakukan inovasi secara menyeluruh untuk membawa ne-gara ke tahap yang lebih maju dalam semua bidang membabitkan semua lapisan masyarakat.

    Malaysia Inovatif 2010 adalah kaedah untuk membawa inovasi dan kreativiti ke dalam masyara-kat menerusi pemberian ruang dan peluang kepada masyarakat untuk memberi dan mengaplikasi idea-idea mereka untuk pembangunan negara.

    Bidang astronomi dan sains angkasa juga tidak terkecuali daripada perubahan dan pembaharuan untuk inovasi serta kreativiti ini.

    Malah, bidang astronomi dan sains angkasa neg-ara kini memerlukan lebih ramai pakar untuk mem-bangunkan bidang ini ke arah yang lebih berinovasi supaya Malaysia setanding dengan negara-negara maju lain.

    Dengan bermulanya Program Angkasawan Negara dan penghantaran Angkasawan Pertama ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada tahun 2007, ia telah membuka ruang dan peluang kepada masyarakat negara ini, khususnya golongan pelajar, untuk menceburkan diri di dalam astronomi dan sains angkasa.

    Keberkesanan dan impak Program Angkasawan Negara itu kini boleh dilihat dengan penubuhan be-berapa planetarium baru pusat-pusat sains, tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di dalam bi-dang astronomi dan sains angkasa, serta usaha Ke-menterian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dalam mempromosikan bidang berkaitan.

    Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) dan Pla-netarium Sultan Iskandar (PSI) juga tidak ketinggal-an untuk bergiat aktif dalam usaha memartabatkan astronomi di kalangan masyarakat tempatan.

    Menerusi pelbagai program dan aktiviti astrono-mi yang diadakan sepanjang tahun, SAS-PSI mem-beri peluang kepada golongan pelajar untuk berfikir secara kreatif bagi mendapatkan idea-idea yang ber-nas untuk memajukan bidang astronomi dan sains angkasa di Sarawak supaya lebih berdaya saing.

    Walaupun idea-idea yang dicetuskan mungkin agak kurang relevan dengan kemampuan yang ada, namun dengan usaha dan keyakinan yang tinggi, di-tambah dengan nilai inovatif dan kreatif, ia mampu dilaksanakan dan dicapai dengan jayanya.

    Saya yakin dan percaya, golongan ini mampu memberi sumbangan kepada pembangunan dan pembaharuan di dalam bidang astronomi dan sains angkasa di Malaysia, khususnya di Sarawak.

    Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 dan Se-lamat Menyambut Ulang Tahun ke-20 Persatuan Astronomi Sarawak, semoga tahun ini kita lebih kreatif dan berinovasi dalam memantapkan bidang astronomi dan sains angkasa negara...

    Datu Romie Sigan DanielPresiden

    Persatuan Astronomi Sarawak

    berinovasi melalui astronomi

    PERUTUSAN

    Perutusan

  • Januari - Jun 2010 4www.sarawak-astronomy.org

    Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) telah menerima sumbangan derma daripada Perbadanan Kema-juan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan anak-anak syarikatnya dalam satu majlis yang diadakan pada 11 September 2009 di Dewan Seminar PUSAKA, Wisma Sumber Alam, Petra Jaya, Kuching.

    Majlis penyampaian derma disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Men-teri Kemudahan Awam Sarawak, merangkap Pengerusi Lembaga Pengurusan PUSAKA dan SAS diwakili Pre-sidennya, Datu Romie Sigan Daniel. Turut hadir ialah Pengurus Besar PUSAKA, Datu Haji Len Talif Salleh dan Timbalan Pengurus Besar PUSAKA, Tuan Haji Hashim Haji Bojet.

    Pada tahun ini, PUSAKA dan anak-anak syarikatnya menderma sejumlah RM224,000.00 kepada 53 pertubuhan kebajikan dan sumbangan ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan sejak tahun 1982.

    Antara penerima sumbangan ialah pertubuhan kebaji-kan, badan-badan amal, sukan, agama dan pendidikan yang bertujuan untuk menyokong organisasi berkenaan dalam

    sas terima sumbangan derma pusaKa

    menjalankan aktiviti mereka, di samping membantu golo-ngan yang kurang bernasib baik.

    PRESIDEN Persatuan Astronomi Sarawak, Datu Romie Daniel (kanan) menerima cek sumbangan PUSAKA dari-pada Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak, merangkap Pengerusi Lembaga Pengurusan PUSAKA (tengah).

    Persatuan Astronomi Sarawak dan Planetarium Sul-tan Iskandar telah mengadakan pameran mini as-tronomi sempena dengan sambutan Maal Hijrah 1431H Peringkat Negeri Sarawak pada 17 hingga 19 Di-sember 2009.

    Pameran yang diadakan di Masjid Jamek, Petra Jaya adalah anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak dan merupakan pameran yang pertama kali diser-

    tai SAS-PSI sempena sambutan Maal Hijrah. Ia telah berlangsung selama tiga hari dan berjaya me-

    narik perhatian orang ramai untuk berkunjung ke booth pameran untuk mengenali dengan lebih dekat astronomi serta sains angkasa.

    Antara aktiviti yang diadakan demonstrasi roket air, carta bintang, planisfera, penggunaan teleskop dan perisian Stellarium serta Celestia.

    pameran mini astronomi maal Hijrah

    Berita

    ANTARA ahli-ahli SAS dan kakitangan PSI bergambar ke-nangan ketika pameran sambutan Maal Hijrah 1431H yang diadakan Masjid Jamek Kuch