aku dan bintang vol 4

Download aku dan bintang Vol 4

Post on 22-Mar-2016

246 views

Category:

Documents

6 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Buletin bulanan keluaran Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak

TRANSCRIPT

  • www.sarawak-astronomy.orgJulai - Disember 2008

    BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

    ISSN 1985-0344Keluaran 4

    INSPIRASI PROGRAM ASTRONOMI DAN SAINS ANGKASASMK Matang Hilir juara reka cipta astronomi

    Pembelajaran astronomi melalui Kem Astrophilia

    Kemas kini nombor telefon bimbit bagi memudahkan anda untuk menerima maklumat aktiviti terkini secara SMS (untuk ahli sahaja).

    International Year of Astronomy 2009

  • Julai - Disember 2008 2www.sarawak-astronomy.org

    Malah, apa yang lebih menarik adalah pertemuan itu diadakan di teater PSI dan ahli-ahli SAS telah diberikan peluang untuk bersemuka dengan idola mereka.

    Disebabkan itu, bagi keluaran A&B kali ini, wajah-wajah semasa sesi pertemuan Angkasawan Negara dengan ahli-ahli SAS telah menjadi muka hadapan buletin ini.

    Ini sebagai penghargaan kepada ahli-ahli persatuan yang sentiasa memberikan sokongan kepada ak-tiviti-aktiviti yang telah diadakan se-panjang tahun.

    Aktiviti awal tahun ini dimulakan dengan pertemuan antara agensi serta guru-guru bagi membincangkan pro-gram kerjasama yang boleh diadakan antara SAS dan PSI.

    Apa yang menarik adalah keha-diran wakil-wakil dari Planetarium Negara yang turut berkongsi idea serta aktiviti mereka semasa per-temuan yang diadakan di Kem Ala-pong, Lundu.

    Kem Astrophilia turut menjadi sambutan setiap ahli SAS yang ingin mendalamkan lagi pengetahuan me-reka dalam bidang sains angkasa de-ngan aktiviti ini telah disertai oleh ramai ahli-ahli persatuan yang turut

    diadakan di Lundu. Namun begitu, aktiviti yang

    boleh dikatakan terbesar pada separuh pertama tahun ini merupa-kan Hari Astronomi Sedunia 2008 yang diadakan di SMK Matang Hilir, Kuching yang merupakan tuan ru-mah kepada aktiviti tersebut.

    Banyak aktiviti yang diadakan dengan penglibatan ramai pihak ter-utama dari sekolah yang mempunyai ahli-ahli dari SAS.

    Penglibatan ramai pihak telah membolehkan aktiviti diadakan dengan jayanya lebih-lebih lagi ta-hun ini kita telah mengumumkan penerima anugerah Sekolah As-tronomi Kedua iaitu Sekolah Me-nengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Zaidi. Diharapkan banyak lagi penglibatan daripada Sekolah Astronomi Kedua ini.

    Tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada Pustaka Negeri Sarawak dan Yayasan Sarawak kerana menganjurkan pertemuan antara Angkasawan Negara dengan ahli-ahli SAS.

    EditorAlfean Aziz

    Tahun ini Persatuan Astronomi Sarawak dan Planetarium Sultan Iskandar berasa amat bertuah kerana kita telah berpeluang untuk bertemu dengan Angkasawan Negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor di bandar raya ini.

    Untuk maklumat lanjut hubungi:Planetarium Sultan Iskandar

    Kementerian Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi

    Dewan Suarah Negeri93000 Jalan BudayaKuching, MalaysiaTel: 082-415806Faks: 082-258059

    http://www.planetarium-sarawak.orge-mel: curator@planetarium-sarawak.org

    Artikel sumbangan:

    Alfean AzizIsmandy AliPaul Bourke

    Shaiful Nizam MalekZurwina Sharkawi

    Dicetak oleh Rotovision Enterprise

    Rekaan buletin Alfean AzizGambar muka depan

    sumbangan Jefri Bakeri

    Tanamkan minat astronomi di sekolah

    Kandungan

    Tanamkan minat astronomi di sekolah 2

    Perubahan persepsi terhadap astronomi 3

    SMK Tun Ahmad Zaidi: Sekolah Astronomi Kedua 4

    Hari Astronomi Sedunia 2008: Penyemai minat

    astronomi semasa 5Dr. Sheikh Muszaphar Shukor: Inspirasi Program Astronomi dan Sains Angkasa 6

    SMK Matang Hilir juara reka cipta astronomi 8

    Angkasawan Negara melawat Planetarium Pertama Malaysia 10 - 11

    PSI-SAS usaha lahirkan generasi pelapis 12

    Experience digital fulldome planetarium 13

    Pembelajaran astronomi melalui Kem Astrophilia 14

    Penjelajahan langit malam 16

    Buran: Kapal angkasa Ulang-Alik Sulung Russia 17

    Pakej galakan promosi sains angkasa 18

    Did you know? 19Kalendar aktiviti 19

    International Year of Astronomy 2009 20

  • Julai - Disember 20083

    Perubahan persepsi masyarakat terhadap as-tronomi ini yang secara mendadak dapat dirasai menerusi pelbagai pertanyaan dan kemusykilan yang diterima mengenai Dr. Syeikh Muszaphar Shukor serta Program Angkasawan Negara dalam beberapa siri program Jerayawara Astronomi (astronomy outreach) di luar bandar raya Kuching dan Siri Program Astronomi Cuti Sekolah (PACS) yang diadakan sejak dua tahun yang lalu.

    Menerusi Program Angkasawan ini jugalah kita dapat melihat serta menilai sejauh mana ce-liknya masyarakat terhadap astronomi dan sains angkasa sebelum ini berbanding sekarang.

    Ingin saya simpulkan tahap pendedahan masyarakat kita kepada dua kategori iaitu mereka yang mengetahui serta memahami astronomi serta sains teknlogi dan mereka yang tidak terdedah secara langsung terhadap bidang berkenaan.

    Bagi kategori pertama yang memahami program tersebut, mereka tahu bahawa Ang-kasawan kita pergi ke ISS yang mengorbit Bumi dan melakukan penyelidikan dalam keadaan graviti mikro di sana. Umumnya mereka juga mengetahuinya menerusi siaran langsung yang disiarkan oleh media massa, selain video streaming internet.

    Golongan ini yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi harus diberi lebih banyak pendedahan untuk menganjakkan minat mereka ke arah bidang tersebut dengan lebih serius, seterusnya melibatkan diri dalam sains dan teknologi ke peringkat yang lebih tinggi.

    Bagi kategori kedua pula, golongan ini sering menggunakan istilah-istilah yang agak kuno untuk menggambarkan atau menjelaskan maksud program tersebut. Antara istilah kuno tersebut ialah pergi ke langit, tinggal dan bertemu dengan manusia di langit, malah ada juga yang mengatakan bahawa Angkasawan kita telah pergi ke bulan!

    Sekiranya Program Angkasawan ini tidak diwujudkan, pastinya masyarakat kita masih jauh ketinggalan dalam kemajuan bidang astronomi dan sains angkasa, walaupun secara umumnya mereka tahu mengenai pelbagai program seperti pelancaran satelit, roket dan kapal angkasa Apollo yang telah menghantar manusia ke bulan.

    Pada masa yang sama, program berkenaan telah menjanakan stigma bahawa masyarakat Barat adalah jauh amat maju dan baik berbanding dengan kita!.

    Walaupun kita hanya menumpang dan menggunakan teknologi negara lain untuk ke angkasa, namun yang paling penting ne-gara kita telah berjaya mengukir nama di pe-ringkat antarabangsa sebagai sebuah negara yang rakyatnya pernah pergi ke angkasa lepas, seterusnya mengorak langkah untuk maju dalam astronomi dan sains angkasa di peringkat yang lebih tinggi. Dalam erti kata lain, kita sebagai rakyat Malaysia sudah boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju dalam perlumbaan ke angkasa lepas.

    Syabas kepada kerajaan Malaysia kerana ber-jaya merealisasikan Program Angkasawan Negara yang kini telah menjadi kenyataan.

    Akhir sekali, sebagai wakil kepada peminat-peminat astronomi yang berpusat di Planetarium Sultan Iskandar Kuching, kami mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak pe-ngurusan Pustaka Negeri Sarawak (Pustaka) dan Yayasan Sarawak kerana telah mengatur sesi pertemuan antara Angkasawan Pertama Negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bersama ahli-ahli Persatuan Astronomi Sarawak dan peminat-peminat astronomi di Planetarium Pertama Malaysia - Planetarium Sultan Iskandar.

    KURATORPlanetarium Sultan Iskandar

    Sejak Program Angkasawan Negara diperkenalkan pada tahun 2004 dan misi Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dilaksanakan pada bulan Oktober 2007, saya dapat rasakan terdapat perubahan kepada persepsi dan orientasi masyarakat terhadap bidang astronomi.

    Perubahan persepsi terhadap astronomi

    Perutusan

  • Julai - Disember 2008 4www.sarawak-astronomy.org

    Setelah memperkenalkan Anu-gerah Sekolah Astronomi pada tahun 2006 dengan penganugerahan pertamanya disan-dang oleh SMK Matang Hilir, Kuching, Planetarium Sultan Is-kandar dan Persatuan Astronomi Sarawak telah mengumumkan pe-nerima kedua Anugerah Sekolah Astronomi 2008 yang disandang oleh SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, Kuching.

    Anugerah Sekolah Astronomi Kedua ini telah diumumkan dan disampaikan oleh Presiden Persatuan Astronomi Sarawak, Romie Sigan Daniel. Turut hadir ialah Pegawai Pelajaran Gabungan Kuching, Bedui Une; Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sarawak, Winston Bale dan Pengetua SMK Matang Hilir, Hajjah Dayang

    SMKA Tun Ahmad ZaidiSekolah Astronomi Kedua

    PRESIDEN SAS, Romie Sigan Daniel menyampaikan plak kepa-da wakil sekolah Tunaz, Lee Hong Leng.

    Ahli jawatankuasa tertinggi Persatuan Astronomi Sarawak

    sesi 2008/2010

    Mastura.Penganugerahan ini dibuat

    berdasarkan kepada beberapa kategori serta kriteria yang telah ditentukan oleh pihak PSI dan SAS termasuk komitmen pelajar dan guru sekolah berkenaan yang secara aktif menyertai serta menganjurkan aktiviti berkaitan dengan astronomi.

    Penerima anugerah ini akan menerima bantuan serta subsidi daripada Planetarium Sultan Iskandar dari segi penganjuran aktiviti astro-nomi.

    Ia juga secara tidak langsung dapat menggalakkan lagi penglibatan aktif pelajar dan guru dalam bidang astronomi yang sebelum ini kurang diberi perhatian berikutan ia meru-pakan bidang baru di negara ini.

    Anugerah Sekolah Astronomi ini merupakan program yang bertujuan menggalakkan sekolah-sekolah untuk

    menubuhkan Kelab Astronomi agar para pelajar mereka berpeluang untuk mendalami ilmu astronomi secara aktif.

    Peserta kenali astronomi melalui perkhemahan ilmu

    Berita

    Presiden: Romie Sigan DanielNaib Presiden: William NyigorNaib Presiden: Haji Abang

    Atei MedaanSetiausaha: Zurwina SharkawiTimb. Setiausaha: Aimy Shyariza Bendahari: Bern