aku dan bintang vol 2

Download Aku dan Bintang Vol 2

Post on 23-Mar-2016

243 views

Category:

Documents

8 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Buletin bulanan keluaran Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak

TRANSCRIPT

  • BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

    www.sarawak-astronomy.org

    ISSN 1985-0344 Keluaran 2 Dwitahunan Julai - Disember 2007

    HARI ASTRONOMIDI PLANETARIUM

    Jana Ilmu Sains Angkasa Melalui Kerjasama Serantau

    Program Astronomi Cuti Sekolah

    Jerayawara

    PUSAKAPhilia

    Around The Universe In 30 Minutes

  • Kandungan PERUTUSAN

    SETIAUSAHA TETAP

    Untuk maklumat lanjut hubungi:Planetarium Sultan Iskandar

    Kementerian Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi

    Dewan Suarah Negeri93000 Jalan BudayaKuching, MalaysiaTel: 082-415806

    Faks: 082-258059http://www.planetarium-sarawak.org

    e-mel: curator@planetarium-sarawak.org

    Artikel sumbangan:

    Alfean AzizAhmad Zaiwin

    Ismandy AliZurwina Sharkawi

    Dicetak oleh Heng Sing Brothers Press

    Rekaan buletin oleh Alfean Aziz

    Planetarium Sultan Iskandar (PSI) telah menyusun pelbagai program bagi membolehkan orang awam meluangkan masa menghayati dan berseronok dengan astronomi. Konsep utama yang diketengahkan dan dipraktikkan bagi setiap program yang diadakan adalah keseronokan sambil belajar. Pendeka-tan yang digunakan menerusi konsep tersebut adalah berbentuk kem, program cuti sekolah, aktiviti praktikal, pertandingan dan acara hari terbuka.

    Pada tahun ini, PSI dengan kerjasama Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) menerusi SUPER telah mengadakan Hari Astronomi Sedunia 2007 buat pertama kalinya di peringkat negeri pada 21 April lalu, bertempat di kompleks PSI, Kuching.

    Sambutan Hari Astronomi Sedunia tahun ini yang bertemakan Bringing Astrono-my to the People turut diadakan di seluruh dunia mulai 21 sehingga 28 April 2007.

    Selaras dengan gesaan kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang celik ilmu sains, program-program yang telah dirancang adalah lebih menjurus kepada pen-didikan astronomi dengan tujuan untuk menarik minat dan memberi pendedahan kepada orang awam bahawa astronomi merupakan satu bidang yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja, sama ada golongan muda ataupun dewasa, mahupun mereka daripada golongan profesional atau bukan profesional.

    Dengan sambutan dan sokongan yang begitu menggalakkan daripada masyara-kat serta peluang yang ada, kami telah menyediakan pelbagai aktiviti untuk disertai oleh orang ramai bagi membolehkan mereka menghayati dan mendekati astronomi secara praktikal serta santai.

    Antaranya pameran teleskop untuk dicuba oleh orang ramai, pertunjukan pla-netarium dan video secara percuma serta permainan astronomi. Tujuan utamanya adalah supaya astronomi boleh diterokai dan dihayati oleh sesiapa sahaja

    Selain itu, Hari Astronomi Sedunia dan juga program-program astronomi yang bakal diadakan pada masa hadapan diharap dapat dijadikan sebagai batu loncatan kepada mereka yang baru menunjukkan minat atau yang ingin menjadikan bidang astronomi sebagai karier mereka.

    Terima kasih kepada mereka yang telah menyertai program ini serta selamat melangkah ke dalam pemikiran saintik astronomi yang menakjubkan dan penuh misteri!

    IK PAHON JOYIKSetiausaha TetapKementerian Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi

    Jana idea luar biasa untuk astronomi

    Mesyuarat Agung Tahunan

    Persatuan Astronomi Sarawak 2007

    HARI ASTRONOMITanam minat astronomi di

    kalangan pelajar

    Berkongsi ilmu astronomi melalui jerayawara ke SK

    Sampadi

    ASTRONOMITak kenal maka tak

    cinta

    Jana ilmu sains angkasa melalui kerjasama serantau

    PSI dan SAS sertai program Pusakaphilia

    Dalami ilmu astronomi melalui program cuti sekolah

    Jam matahari sasaran program

    astronomi cuti sekolah II

    Trivia!

    Around the universe in 30

    minutes

    3

    4

    6

    7

    8 12

    13

    14 15

    16

    2

    Persatuan Astronomi Sarawak & Planetarium Sultan Iskandar

  • Aku Bintang&

    PADA 17 Mei 2007, Persatuan Astronomi Sarawak telah meng-adakan Mesyuarat Agung Ta-hunan di Blok Menara Dewan Suarah Kuching.

    Mesyuarat yang dihadiri oleh Pres-idennya, Romie Sigan Daniel serta ahli-ahli Persatuan telah membincangkan tentang aktiviti yang dijalankan pada ta-hun sebelumnya dan aktiviti yang bakal

    dijalankan pada tahun ini. Pada tahun ini, pihak Persatuan dan

    Planetarium telah merangka banyak aktiviti yang akan dijalankan secara ber-peringkat-peringkat terutama dari segi menambahkan ilmu sains angkasa di kalangan pelajar sekolah.

    Selain program ceramah yang di-jalankan di sekolah, pada tahun ini pi-hak persatuan dan Planetarium bakal

    terlibat dalam program jerayawara di Betong sempena dengan perasmian pe-jabat pentadbiran baru di Betong.

    Bagaimanapun, banyak aktiviti yang telah sedia dirancang dalam usaha un-tuk menonjolkan lagi sains astronomi dalam minda masyarakat serta mendidik masyarakat untuk mengenali bidang as-tronomi serta peranannya dalam hidup.

    SESI PERCAMBAHAN IDEA (brainstorming) merupakan antara aktiviti terawal di-adakan oleh Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) dan juga Planetarium Sultan Iskandar (PSI) bertujuan untuk mendapatkan maklum balas serta idea-idea baru yang boleh membantu untuk menambahkan lagi aktiviti yang bakal diadakan pada masa-masa akan datang.

    Aktiviti yang diadakan di Kem Alapong, Lundu ini telah disertai oleh pel-bagai pihak termasuk ahli persatuan daripada SMK Matang Hilir yang turut

    berkongsi idea dalam memikirkan ker-jasama yang dapat dilakukan oleh SAS dan PSI dalam memantapkan aktiv-itinya.

    Sesi brainstorming dimulakan dengan pembahagian ahli-ahli kumpulan oleh fasilatator. Kemudian setiap kumpulan diberikan masa selama 15 minit untuk berbincang mengenai aktiviti 2007.

    Dalam sesi brainstorming tersebut, beberapa idea bernas telah berjaya men-arik perhatian beberapa pihak terutama apabila dalam sesi yang dijalankan, tiada pihak boleh membantah atau mengkri-

    Jana idea luar biasa untuk astronomi

    Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Astronomi Sarawak 2007

    tik idea yang dikeluarkan. Jadi dalam sesi yang dijalankan, idea

    yang dikeluarkan itu dicatat serta dibi-ncangkan dan relevannya dengan PSI serta SAS bergantung kepada perbin-cangan yang diadakan pada masa hada-pan. Sesi brainstorming yang dijalankan jauh dari tempat kerja ini sememangnya sebagai satu langkah untuk menjana pemikiran luar dari biasa atau apa yang digelar sebagai thinking outside the box.

    Penjanaan idea tersebut tidak ingin mengongkong pemikiran yang sepatut-nya berada pada piawai-piawai tertentu kerana ia akan membantutkan dari segi penjanaan idea yang bernas.

    Diharapkan idea-idea yang diutara-kan semasa sesi brainstorming ini mampu untuk mengubah serta menambah-kan lagi jumlah tarikan ke PSI serta mengembangkan idea serta ilmu as-tronomi di Sarawak.

    CIKGU SENAH JAN turut memberikan pendapat semasa sesi Brainstorming.

    AHLI-AHLI Persatuan Astronomi Sarawak sedang berbincang semasa sesi Brainstorming di Lundu.

    3

  • MEMANG tidak disangkakan aktiviti yang pada awalnya diadakan secara kecil-kecilan berjaya menarik minat bilangan pela-wat yang ramai ke Planetarium Sultan Iskandar, ujar Ismandy Ali, selaku Ku-rator sempena Hari Astronomi yang berlangsung pada 21 April 2007.

    Hari Astronomi yang diadakan buat pertama kalinya pada tahun ini

    di Planetarium Sultan Iskandar adalah bersempena dengan Minggu Astronomi Sedunia merupakan aktiviti yang dian-jurkan untuk berkongsi keseronokan astronomi di kalangan orang awam dengan temanya Membawa Astronomi Ke-pada Orang Ramai.

    Pada Hari Astronomi, mereka yang tidak berpeluang untuk melihat bintang melalui teleskop akan berpeluang untuk berbuat demikian seperti yang telah dilakukan oleh ahli astronomi amatur dan profesional sebelum ini, tam-bah Ismandy lagi.

    Sempena hari yang bersejarah ini, pihak Planetarium dengan kerjasama Persatuan Astronomi Sarawak dan SU-PER telah mengadakan hari terbuka di kompleks Plane-tarium dengan orang ramai berpeluang untuk melakukan banyak aktiviti yang berkaitan dengan astronomi, kata Is-mandy.

    Pada hari tersebut, ratusan pelajar pelbagai tahap di seki-tar bandar raya Kuching telah tiba di kompleks seawal jam 8 pagi untuk menunggu aktiviti pertama yang dilakukan.

    Ramai yang berpusu-pusu untuk menonton tayangan yang diadakan seawal 9 pagi di Planetarium dengan pertun-jukan kegemaran ramai pastinya, Aku dan Bintang. Aku dan Bintang merupakan pertunjukan ketiga Planetarium selain Pertemuan Planet Gergasi dan Deep Impact.

    Biarpun Planetarium Sultan Iskandar merupakan plane-tarium pertama di Malaysia, ramai yang tidak pernah menje-jakkan kaki ke tempat itu dan masuk untuk menonton per-tunjukan-pertunjukan yang diadakan pada hari tersebut.

    Ini memberikan peluang kepada orang ramai, terutama bagi mereka yang pertama kali ke kompleks Planetarium untuk mengalami suasana sebenar ke ketika berada di ang-kasa lepas melalui pertunjukan yang ditayangkan.

    Di sam-ping pertunjukan percuma yang diadakan se-hingga tengah hari itu, pihak Planetarium dan Persatuan Astronomi Sarawak turut mengadakan aktiviti mencerap

    Tanam minat astronomi

    di kalangan pelajar

    HAR

    I ASTR

    ON

    OM

    I

  • Tanam minat astronomi

    di kalangan pelajar

    matahari dengan beberapa teleskop yang dipamerkan serta digunakan un-tuk melihat tompokan matahari pada hari tersebut.

    Sesi membuat carta bintang atau planisfera turut diadakan dengan ban-tuan ahli-ahli Kelab Astronomi SMK Matang Hilir. Biarpun merupakan ak-tiviti mudah, namun ramai tidak me-lepaskan peluang untuk membuat carta bintang yang membolehkan pemerhati untuk menjejak dan mengenal pasti kedudukan bintang di langit.

    Malah, apa yang menarik carta bin-tang itu juga digunak