aku dan bintang vol 1

16
BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR www.sarawak-astronomy.org Keluaran I Dwitahunan Januari - Jun 2007 ISSN PERTUNJUKAN PLANETARIUM YANG MESRA PELAWAT Kenali Bidang Astronomi Kisah Angkasa Di Sarawak Astronomi Amatur Melalui AstroInvention PLUTO: Bukan Lagi Sebuah Planet Astrophilia Kongsi Ilmu Astronomi Ahli SAS Sertai Jerayawara Betong

Upload: planetarium-sultan-iskandar

Post on 14-Mar-2016

269 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Buletin bulanan keluaran Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak

TRANSCRIPT

Page 1: Aku dan Bintang Vol 1

BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

www.sarawak-astronomy.org

Keluaran I Dwitahunan Januari - Jun 2007ISSN

PERTUNJUKAN PLANETARIUM YANG MESRA PELAWAT

Kenali Bidang AstronomiKisah Angkasa Di Sarawak

Astronomi Amatur Melalui AstroInvention

PLUTO: Bukan Lagi Sebuah Planet

Astrophilia Kongsi Ilmu Astronomi

Ahli SAS Sertai Jerayawara Betong

Page 2: Aku dan Bintang Vol 1

FOREMOST to the readers, wel-come to the Sarawak Astronomi-cal Society and Planetarium Sul-

tan Iskandar, Kuching first bulletin.The Sarawak Astronomical Society,

Sarawak was launched on 27th August, 1990 at Planetarium Sultan Iskandar, Kuching by YB Datuk Amar Stephen Yong, Federal Minister of Science, Technology and Environment, Malay-sia.

Since the historic date the Society has played an important and continu-ous role in concert with Pla-netarium Sultan Iskandar under the Ministry of Social Development and Urbanisation, Sarawak.

The main objective of this Society is to promote the interest in astronomy in Sarawak and the bulletin serves as a

media of communication on the related activities and objects of the society. Its also serves as a platform to provide in-formation and receiving feedbacks for and from its members and interested parties.

Therefore I wish to record my deepest appreciation to the Editor and members of the board for their hard work, creativity and commitment to produce the first astronomy bulletin in Sarawak. May the bulletin continue to grow and prosper through the years to come.

Congratulations and best wishes to all.

ROMIE DANIELPresidentSarawak Astronomical Society

Persatuan Astronomi Sarawak & Planetarium Sultan Iskandar

•2

Kandungan3 • Kenali bidang astronomi

Sky Events January 2007

4 • Kisah angkasa di Sarawak

5 • Sky Events February 2007

6 • The Deep ImpactAku dan Bintang

7 • Ahli SAS sertai jerayawara Betong

Sky Events March 2007

8 • Astronomi amatur melalui AstroInvention

10 • Astrophilia kongsi ilmu astronomi

11 • Sky Events April 2007

12 • Pluto: Bukan lagi sebuah planet

13 • Sky Events May 2007

15 • Logo Planetarium Sultan Iskandar

Sky Events June 2007Kalendar Perancangan Aktiviti 2007

16 • Persatuan Astronomi Sarawak

www.sarawak-astronomy.org

MUKA DEPAN Poster Aku Dan Bintang rekaan Alfean [email protected]

SAYA ingin menyampaikan uca-pan tahniah kepada Planetarium Sultan Iskandar dan juga kepada

Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) atas penerbitan buletin mereka yang pertama ini.

Kepada sesiapa sahaja yang per-nah melawat Planetarium ini semenjak 1989 dan pernah menyertai aktivitinya, semestinya dapat menceritakan semula pengalaman berada di angkasa lepas walaupun duduk di atas kerusi empuk berhawa dingin.

Planetarium Sultan Iskandar meru-pakan hasil cetusan idea YAB Pehin Seri Ketua Menteri Sarawak dan diras-mikan pada 19 Januari 1989, hampir dua darsawarsa yang lepas.

Semenjak itu, pihak Planetarium dengan kerjasama SAS dengan penat le-lah mendidik masyarakat Sarawak akan kepentingan ilmu saintifik.

Mendidik masyarakat akan kepen-tingan ilmu saintifik dalam menghasilk-

an generasi muda yang berdaya sa-ing merupakan modal utama da-lam pembentu-kan negara maju.

Tidak dapat tidak untuk di-nyatakan, dalam konteks ini, pe-ngetahuan ten-tang angkasa le-pas merupakan ikon untuk menyertai negara maju.

Kita berasa bangga bahawa dalam sedikit masa lagi, negara kita akan meng-hantar angkasawan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.

Saya percaya pihak Planetarium Sultan Iskandar yang merupakan salah satu daripada unit di bawah Kemen-terian Pembangunan Sosial Dan Ur-banisasi dan Persatuan Astronomi Sar-awak akan terus gigih mendedah dan

Perutusan Setiausaha Tetap

President’s Message

mempromosikan ilmu yang berhubung dengan astronomi dan sains angkasa kepada generasi muda.

Terima kasih.

IK PAHON JOYIKSetiausaha TetapKementerian Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi

Untuk maklumat lanjut hubungi:Planetarium Sultan Iskandar

Kementerian Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi

Dewan Suarah Negeri93000 Jalan BudayaKuching, MalaysiaTel: 082-415806

Faks: 082-258059http://www.planetarium-sarawak.org

e-mel: [email protected]

Page 3: Aku dan Bintang Vol 1

Kenali bidang astronomi

Aku Bintang&

•3

Sky EventsJanuary 2007

Quadrantid meteor shower.

Jupiter passes 5° north of an-tares, 9 am.

The Moon passes 1.2° north of Saturn 11 p.m.

Mercury is in superior conjunc-tion 11 p.m.

The Moon passs 6° south of Ju-piter midnight.

The Moon passes 2° south of Neptune 6 p.m.

3

4

5

6

15

19APABILA perkataan ‘as-tronomi’ atau ‘sains ang-kasa’ disebut, ia mungkin

agak teknikal bagi kebanyakan orang dan ada juga yang terba-yang akan formula-formula fizik yang memeningkan kepala, teles-kop yang besar dan tamadun purbakala seperti tamadun Me-sir. Malah ada yang menganggap subjek astronomi merupakan satu subjek yang agak berat dan susah untuk difahami.

Namun, dengan adanya kaedah dan teknologi terkini yang digu-nakan pakar astronomi serta golo-ngan profesional dalam bidang yang berkaitan, ia membolehkan bidang astronomi dan sains angkasa kini mudah untuk difahami dan dipela-jari. Ini termasuklah dengan peng-gunaan kaedah penyebaran mak-lumat dan pembelajaran menerusi internet, tayangan video, filem, ce-ramah, bengkel serta pertunjukan planetarium.

Dengan pengenalan kepada Pro-gram Angkasawan Malaysia yang dilancarkan pada tahun 2005 bagi mencari calon angkasawan negara, barulah bidang astronomi dan sains angkasa mendapat perhatian dalam masyarakat kita.

Menerusi tinjauan buletin Aku & Bintang tentang perkataan ‘as-tronomi’ dan subjek yang berkaitan astronomi, masih ramai yang tidak mengetahui tentang subjek berke-naan, khususnya murid-murid seko-lah rendah.

Dan hanya setelah dimaklumkan

bahawa astronomi itu merupakan bidang yang berkaitan dengan kajian bintang, bulan, matahari dan planet, barulah mereka mengetahuinya.

Bagi Mohd. Al-Bazli Jaffri, 12, murid Tahun Enam Sekolah Ren-dah Kebangsaan (SRK) Rakyat Tu-pong, dia pada mulanya tidak men-getahui maksud istilah ‘astronomi’.

Bagaimanapun, setelah diberi-tahu secara ringkas tentang astrono-mi, barulah dia faham dan menceri-takan pengetahuannya tentang sub-jek berkenaan.

“Kami ada belajar pasal bulan, bintang dan beberapa planet un-tuk subjek Sains di Tahun Lima. Bagaimanapun, kami tidak diajar secara menyeluruh mengenai astro-nomi.

“Malah kami juga telah dibawa mengunjungi planetarium oleh cik-gu bagi membolehkan kami mema-hami subjek itu dengan lebih men-dalam. Ia merupakan satu penga-laman yang menarik bagi saya dan rakan-rakan saya apabila memasuki planetarium, seolah-olah kami be-rada di angkasa lepas,” katanya.

Sementara itu, bagi Mohd. Fae-zar Hassan, 12, dari sekolah yang sama, dia turut tidak mengetahui maksud istilah ‘astronomi’ ketika di-tanya tentang perkara berkenaan.

“Saya tak tahu apa itu astrono-mi, tapi saya ada belajar di sekolah tentang bintang dan planet-planet yang ada dalam sistem suria kita. Ia merupakan satu subjek yang mena-rik,” katanya.

Selain itu, ada juga yang men-takrifkan atau mengaitkan ‘astrono-

mi’ dengan kisah-kisah makhluk asing atau alien seperti yang sering ditayangkan di dalam filem-filem Barat, di samping kajian tentang bu-lan bintang dan angkasa lepas.

“Biasanya orang akan kaitkan as-tronomi dengan makhluk asing atau alien yang berwarna hijau kerana ia berkait rapat dengan angkasa lepas.

“Bagi saya, astronomi merupa-kan satu bidang yang menarik kera-na selain mempelajari mengenai ke-wujudan makhluk asing, kita juga boleh mempelajari tentang bulan, bintang, planet dan angkasa lepas,” kata Abang Mohd. Halim Abang Abdillah, 29, seorang kakitangan kerajaan.

Bagi Abang Mohd. Halim, pe-nyebaran maklumat yang betul ber-kaitan subjek astronomi ini perlu dikembangkan menggunakan salu-ran yang sedia ada berikutan banyak maklumat terkini yang kurang dik-etahui atau disalah tafsir oleh ma-syarakat.

“Sebagai contoh, dulu di dalam buku Sains, pelajar sekolah mene-ngah diajar tentang kewujudan sem-bilan planet. “Namun, kini semuan-ya sudah berubah kerana baru-baru ini pakar dalam bidang astronomi telah bersetuju untuk mengisytihar-kan bahawa Pluto merupakan bukan planet dan menjadikannya hanya la-pan planet dalam sistem suria kita.

(Untuk lanjutan artikel ini sila ke www.sarawak-astronomy.org)

Mohd. Al-Bazli Jaffri, 12 Mohd. Faezar Hassan, 12

www.sarawak-astronomy.org

Page 4: Aku dan Bintang Vol 1

Aku Bintang&Persatuan Astronomi Sarawak

•4

Bagaimana pula jika kita mampu mendekati planet lain se-perti planet gergasi Musytari yang mempunyai lebih 60 buah bulan dan Zuhal yang bergelang?

Bagaimanakah rupa mataha-ri, ataupun rupa sistem Bumi-Bulan jika dilihat dari sana? Kemungkinan semua ini bukan-lah khayalan lagi. Realiti peman-dangan semua ini pernah dicapai oleh lensa kamera buatan manu-sia dengan penghantaran proba ke angkasa lepas.

Malah sehingga terdapat pro-ba yang sudah pun jauh mening-galkan sistem suria kita semenjak abad yang lepas. Proba-proba ini telah menghantar beribu-ribu gambar ke Bumi yang kemudian hasilnya dikongsi bersama de-ngan kita.

Kita dapat melihat gambar-gambar ini di dalam buku-buku malah juga terdapat dilihat dalam peti televisyen.

Di Malaysia, kerajaan negeri Sarawak di bawah Pehin Seri Ketua Menteri telah mengorak langkah pertama dalam memba-wa idea sedemikian rupa.

Kuching yang telah diisyti-harkan sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988 kemudian-nya mencetuskan tumpuan lagi di seluruh negara apabila lima bulan kemudiannya sebuah pla-netarium yang seolah-olah hanya layak dimiliki oleh sebuah negara maju telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu iaitu Almuttawakkil Alallah al-Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

Dirasmikan pada 19 Januari 1989, Planetarium Sultan Iskan-dar (PSI) merupakan kemuda-han pertama seumpamanya di Malaysia.

Ia dilengkapi dengan sebuah projektor buatan Jerman Zeiss M1015 dan mampu memaparkan

Kisah angkasa di SarawakPEMANDANGAN Bumi

dari angkasa semestinya akan membuatkan kita

terpegun. Dengan 3/4 daripada permukaan bumi yang diliputi laut-an memberi identiti dan imej bahawa Bumi berwarna biru.

Walaupun hakikatnya ter-dapat 1/4 adalah warna daratan dan warna keputihan daripada awan.

Di angkasa kita juga mampu melihat perkara yang tidak dapat dilihat dari Bumi. Sesungguhnya pemandangan angkasa dari per-mukaan Bumi dilindungi oleh ha-langan seperti awan tebal, malah cahaya matahari yang sungguh terang menenggelamkan keinda-han yang lain.

Namun begitu, pemanda-ngan langit malam yang indah dengan ribuan bintang serta ju-jukan galaksi Bima Sakti semes-tinya mampu memukau sesiapa sahaja. Kalau bernasib baik dan dengan keadaan langit malam yang cerah serta tidak berawan, kita juga mampu menikmati keindahan yang serupa.

Sekiranya kita mampu pergi jauh daripada Bumi dan meng-hampiri planet lain, contohnya, menghampiri planet Marikh, kita akan dapat melihat warna merah karatnya. Semestinya kita juga berkesempatan melihat dua buah bulannya yang seakan-akan seketul kentang raksasa.

Daripada sana, kita akan me-lihat sebuah bintang biru yang sungguh cerah. Di sebelah ‘bin-tang’ biru yang cerah pula adalah ‘bintang’ yang sentiasa mene-maninya ke mana juga ia pergi, itulah sistem Bumi-Bulan.

Pemandangan bahagian dalam Planetarium Sultan Iskandar dan

projektor Zeiss M1015.

www.sarawak-astronomy.org

Page 5: Aku dan Bintang Vol 1

Aku Bintang&Persatuan Astronomi Sarawak

www.sarawak-astronomy.org•5

Sky EventsFebruary 2007

The Moon passes 0.9° north of Saturn 7 p.m.

The Moon passes 0.9° north of Saturn, 4 a.m.

Mercury is at greatest eastern elongation 18°, 10 p.m.

Saturn is at opposition with the Sun 12 a.m.

The Moon passes 6° south of Jupiter 3 a.m..The Moon passes 1.0° north of the Pleaides, 4 a.m.

1

2

6

10

11

23

keupayaan asas planetarium iaitu 5000 bintang tetap, bulan dan bintang serta beberapa efek khas yang semestinya mengagumkan.

Dengan diameter kubah 13 meter dan mampu menempat-kan 170 orang penonton pada satu-satu masa.

Pertunjukan pertama adalah berkenaan bulan dan ia adalah hasil arahan Dr. Mazlan Othman dari Universiti Kebangsaan Ma-laya ketika itu.

Dengan pertunjukan pertama itu, planetarium telah menerima pengunjung yang tidak putus-pu-tus. Sebahagian besar yang me-ngunjungi planetarium ketika itu adalah untuk membetulkan tang-gapan berkenaan planetarium. Ada yang menganggap bahawa ia hanya sebuah wayang filem, malah ada pula yang menganggap bahawa ia sebuah teleskop besar yang terbuka kubahnya apabila pertunjukan dilangsungkan!

Kurator pertama adalah se-orang rakyat Jerman Adolph Kunert dan dia memegang jawa-tan tersebut selama setahun se-belum kembali ke negaranya.

Penolong kurator ketika itu, Cik Zalia Morshidi telah dilantik menjadi kurator sehingga tahun 1994. Sepanjang dia memegang jawatan, planetarium telah me-letakkan dirinya sebagai sebuah pusat rujukan pembelajaran sains angkasa yang tersohor di Sarawak.

Pertunjukan PSI telah kerap kali berubah dan malah ia turut memainkan beberapa pertunju-

Dirasmikan pada 19 Januari 1989, Planetarium Sultan Iskandar (PSI) merupakan

kemudahan pertama seumpamanya di Malaysia.

kan pada satu-satu tempoh ma-sa.

Ia juga turut mengadakan program cuti sekolah, romb-ngan mencerap gerhana mataha-ri ke Sabah, penyertaan pameran dan banyak lagi. Malah melalui pelbagai program untuk orang awam serta program jerayawara sehingga jauh ke kawasan luar bandar, PSI telah memberi kesan di dalam membuka mata akan kepentingan ilmu saintifik ke-pada seluruh rakyat dalam mem-bangunkan negara.

Bagi planetarium di Kuching pula, setiap kali efek ditunjukkan, setiap kali itu juga kita terdengar pelawat terutama sekali pelajar sekolah menyebut “wowww”. Bagi mereka yang baru pertama sekali melawat planetarium, mereka akan terasa mereka seolah-olah seperti menaiki sebuah kapal angkasa dan dibawa menjelajah ke alam semesta. Pertunjukan ‘Aku & Bintang’ yang mula-

mula ke udara September 2006 yang lepas acapkali mendapat sambutan hangat. Teriakan dan tepukan gamat pengunjung ter-utama sekali rombongan pelajar sekolah menunjukkan bahawa pertunjukan tersebut memang benar-benar mendapat tempat di hati mereka.

Mana tidaknya, mereka ber-peluang untuk merasakan pe-ngalaman di angkasa lepas tanpa menaiki kapal angkasa Rusia atau Amerika. Malah ia tetap men-janjikan pengalaman dan kese-lesaan serta mampu dinikmati bersama keluarga walaupun di atas keselesaan kerusi empuk!

Kisah angkasa di Sarawak

Pemandangan kubah Planetarium Sultan Iskandar.

Page 6: Aku dan Bintang Vol 1

•6

PERTUNJUKAN “The Deep Impact” ini meru-pakan pertunjukan Pla-

netarium Sultan Iskandar yang pertama semenjak ‘Rendezvous With The Giant Planets’ yang telah ditayangkan semenjak ta-hun 1991.

Hanya selepas 15 tahun, ba-rulah pertunjukan Planetarium diperbaharui. Pertunjukan Pla-netarium selama 25 minit ini dibuat khas untuk memberikan kesedaran kepada pengunjung bahawa selain ancaman semula jadi di Bumi seperti gempa bumi, letusan gunung berapi dan se-bagainya, terdapat ancaman pa-ling besar yang boleh menyebab-kan kepupusan spesies manusia.

Ancaman ini adalah batu-

batan atau lebih dikenali sebagai asteroid dan komet dari angkasa lepas yang menghentam Bumi.

Ancaman terakhir yang serupa pernah berlaku di Bumi kira-kira 65 juta tahun yang silam dengan ia telah menyebabkan kepupu-san spesies yang paling dominan pada masa itu iaitu dinosaur.

Namun begitu, walaupun ma-nusia menyedari tentang anca-man besar ini, tidak banyak usaha yang telah dilakukan untuk me-ngelakkannya daripada berlaku.

Akhir sekali, pertunjukan ini menggesa pengunjung untuk bersama-sama menyokong pro-gram sekiranya ada pada masa hadapan untuk mengelakkan ba-haya global ini mengancam ke-sinambungan spesies manusia.

AKU DAN BINTANG adalah pertunjukan ked-ua yang disasarkan untuk

mereka yang ingin tahu tentang angkasa di langit malam.

Tujuan utama pertunjukan ini untuk mengajak pelawat me-nikmati keindahan langit malam yang penuh dengan bintang dalam keadaan santai.

Unsur-unsur ceria diselitkan melalui muzik latar belakang yang menjemput dengan suara latar yang diketengahkan dalam penyampaian.

Persembahan dimulakan de-ngan terbenamnya matahari dan kemunculan bintang-bintang, kedudukan buruj-buruj di langit dan bagaimana menggunakan-nya turut dipelbagaikan.

Mitos mengenainya juga turut diketengahkan sebelum pelawat dibawa mengembara jauh mela-

wat semua planet yang terdapat dalam sistem suria.

Pertunjukan kemudiannya diakhiri dengan pemandangan sistem suria dari pinggir.

Akhir sekali, dengan kepel-bagaian objek angkasa ini dan kewujudan manusia di bumi, ia membawa maksud bahawa kewujudan manusia ini adalah bukan penyebab penciptaan alam semesta.

Pertunjukan ini walaupun di-tulis atas landasan pengembara-an perasaan ceria, ia diselitkan dengan elemen maklumat sain-tifik dan keagungan kewujudan pencipta.

Ia mengajak pelawat untuk terus bersama-sama menuntut ilmu dengan menyertai pelbagai program, dalam kes ini adalah ilmu yang berkaitan dengan sains angkasa.

The Deep Impact

MAKLUMAT TAYANGAN

Masa : 3.00 – 3.20 pmHari : Setiap hariLokasi : Planetarium Sultan IskandarSasaran : DewasaKapasiti : 160 orang

Aku dan Bintang

MAKLUMAT TAYANGAN

Masa : 3.00 – 3.30pm/tempahanHari : Setiap hari (bergantung kepada sasaran)Lokasi : Planetarium Sultan IskandarSasaran : Mereka yang baru berkenalan dengan dunia astronomiKapasit : 160 orang

www.sarawak-astronomy.org

Page 7: Aku dan Bintang Vol 1

Aku Bintang&

• 7

ASTRONOMI semema-ngnya sains yang tertua di muka bumi ini, namun

pendedahan kita terhadap sains ini amatlah kurang seperti yang dikatakan oleh Kurator Plane-tarium Sultan Iskandar ketika mengadakan Jerayawara Pende-dahan Astronomi yang diadakan di beberapa sekolah terpilih di Betong.

Dalam program pendedahan bidang astronomi, Persatuan Astronomi Sarawak dengan ker-jasama Planetarium Sultan Is-kandar telah mengadakan beber-apa siri program bertujuan untuk memberikan pendedahan awal tentang dunia astronomi kepada kumpulan pelajar sekolah rendah dan menengah di daerah itu.

Tiga buah sekolah telah dipi-lih menjadi tumpuan kepada pro-gram awal astronomi iaitu SMK Datuk Patinggi Kedit, SMK Teknik dan SK St Augustine un-tuk menguji tentang pandangan serta minat pelajar berkenaan bi-dang astronomi.

Ceramah Aku dan Bintang telah dipilih oleh Ismandy Ali, Kurator Planetarium Sultan Is-kandar sebagai salah satu cara pengenalan kepada dunia astro-nomi kerana menurutnya berda-sarkan ceramah yang diadakan sebelum ini, ceramah berjudul Aku dan Bintang selalunya dipilih sebagai pengenalan dalam bidang astronomi.

Namun, baginya penglibatan proaktif pelajar amat penting un-tuk menjadikan program jeraya-wara itu berjaya dengan pengli-batan ini akan menentukan sama ada program tersebut berjaya menyalurkan minat astronomi

Ahli SAS sertai jerayawara Betong

kepada mereka atau sebaliknya. Sesi ceramah telah dibahagi-

kan kepada dua, pertama cera-mah Aku dan Bintang dan kedua sesi membuat carta bintang (plan-etsphere) iaitu carta bagi membole-hkan pengguna untuk melihat ke-adaan bintang pada waktu-waktu tertentu berdasarkan tarikh dan masa yang ada.

Sesi interaktif ini mengajar para pelajar untuk ‘berinteraksi’ dengan persekitaran mereka, le-bih-lebih lagi cara untuk menge-nal pasti buruj-buruj yang terke-

Sky EventsMarch 2007

The Moon passes 1.1° north of Saturn 7 a.m.

Total Lunar eclipse for some part of the world.

Uranus is in conjunction with the Sun 9 p.m. The Moon passes 6° south of Jupiter, 8 a.m.

Equinox 6a.m (northern springs, southern autumn begins).The Moon passes 4° north of Venus 9 p.m.

Mars passes 1.0° south of Nep-tune, 1 p.m.

1

3

4

11

20

24

Salah seorang pelajar dari SMK Datuk Patinggi Kedit, Betong menunjukkan carta bintang yang telah dihasilkannya.

nal di langit. Sesi membuat carta bintang ini telah dibantu oleh tiga anggota Persatuan Astronomi Sarawak yang turut serta dalam program jerayawara ini.

Menurut Ismandy lagi, dengan sedikit maklumat yang dibekal-kan, mereka dapat menganalisis dan mengenal pasti buruj-buruj yang ada berbantukan carta bin-tang yang telah mereka buat itu.

Di setiap sekolah, kira-kira 40 pelajar telah terlibat secara aktif dalam sesi pengenalan kepada

dunia astronomi. Malah, menu-rut Ismandy mereka mempu-nyai pengetahuan asas dalam as-tronomi, cuma tidak mempunyai rujukan bagi menjernihkan keka-buran di kalangan mereka.

Oleh itu, menurut Setiausaha Persatuan Astronomi Sarawak Marina Mardzuki, jerayawara ini penting kerana ia sebagai pro-gram jangkauan luar pertama pihak persatuan dan Planetarium kepada sekolah-sekolah di luar Kuching.

www.sarawak-astronomy.org

Page 8: Aku dan Bintang Vol 1

•8

MENANAMKAN mi-nat dalam bidang as-tronomi amatur di

kalangan pelajar kita bukanlah perkara mudah, lebih-lebih lagi media perdana kita masa kini menyediakan pelbagai bentuk hiburan yang mampu untuk me-lekakan golongan ini untuk ter-us duduk di hadapan televisyen tanpa menghiraukan kewujudan dunia luar.

Namun, bagi mereka yang meminati dunia astronomi ama-tur, peluang untuk menyertai aktiviti berkaitan dengan reka cipta astronomi amatur pastinya tidak akan dilepaskan begitu sa-haja kerana ia bukan sahaja dapat mengembangkan pengetahuan individu dalam ilmu sains astro-nomi, pada masa yang sama tu-rut dijadikan pemangkin kepada pelajar-pelajar lain untuk turut sama memperkembang minat mereka dalam bidang yang di-anggap sebagai tiada batasannya ini.

Ini dapat dilihat melalui de-dikasi guru dan pelajar yang me-

Astronomi amatur melalui ASTROINVENTION

nyertai aktiviti AstroInvention 2006 anjuran Persatuan Astrono-mi Sarawak dengan kerjasama Planetarium Sultan Iskandar dan Universiti Tunku Abdul Razak (Unitar), cawangan Kuching yang diadakan di kompleks Pla-netarium tahun lalu.

Dalam program selama sehari itu, kira-kira 160 pelajar sekolah menengah dan rendah telah me-nyertai aktiviti yang dibahagikan kepada beberapa kategori ter-masuk AstroInvention, Astro-Hunt, AstroPaint, AstroDraw dan terbuka kepada orang ramai adalah Astro-Show yang menampilkan r a n c a n g a n tentang angka-sa lepas.

A n t a r a sekolah yang menyertai ak-tiviti ini adalah SMK Matang

Program tahunan yang dijalankan sejak 2003 ini

bertujuan memupuk minat terhadap sains dan

teknologi melalui astronomi amatur dan juga membina

golongan pelapis yang bertanggungjawab dan

mahir dalam bidang sains dan matematik.

Hilir, SMK Agama Tun Ahmad Zaidi Adruce, SMK Batu Lin-tang, SMK St. Joseph dan SMK DPHA Gapor, Stampin.

AstroInvention 2006 ini me-nampilkan beberapa program yang dijalankan secara serentak di kompleks Planetarium Sultan Iskandar dan kawasan sekitar Dewan Suarah Kuching. Acara utama program ini adalah As-troInvention iaitu para pelajar diminta untuk mencipta pesawat yang akan dibaling dari tempat tinggi untuk menguji ketahanan pesawat itu menahan kandungan

Antara penyertaan bagi AstroInvention daripada pelajar SMK Matang Hilir.

Pelajar yang terlibat dalam

AstroDraw.www.sarawak-astronomy.org

Page 9: Aku dan Bintang Vol 1

Aku Bintang&

• 9

objek iaitu telur. Namun, ia bukan sekadar

dapat menahan agar telur ti-dak pecah, tetapi ia turut juga merangkumi faktor jarak dan juga rekaan pesawat itu.

Pelbagai pesawat dapat dilihat menjadi rekaan para pelajar un-tuk memastikan telur yang men-jadi objek utama mereka tidak pecah apabila dibaling dari jarak tinggi.

Di samping itu, terdapat juga aktiviti lain yang diadakan seperti AstroHunt yang disertai oleh pe-lajar dengan mereka dikehendaki menyelesaikan beberapa soalan yang berkaitan dengan astrono-mi.

Soalan-soalan yang dikemu-kakan itu cuba menguji pemaha-man para pelajar tentang bidang astronomi selain tentang kewuju-dan institusi Planetarium Sultan Iskandar.

AstroDraw pula dikhususkan kepada pelajar sekolah mene-ngah dengan mereka diminta un-tuk melukis makhluk asing ber-dasarkan faktor-faktor persekita-ran yang telah diberikan semasa pertandingan.

AstroPaint adalah bagi kate-gori pelajar sekolah rendah de-ngan mereka dikehendaki me-

warna sistem angkasa lepas. Orang ramai juga tertarik de-

ngan persembahan video yang ditayangkan di dalam teater Pla-netarium Sultan Iskandar de-ngan setiap tayangan merangku-mi subjek sains angkasa, diang-gap sebagai sesuatu yang baru bagi mereka.

Kemeriahan para pelajar un-tuk menyertai aktiviti tahunan ini dapat dilihat apabila sekumpulan pelajar dari SMK Matang Hilir datang dengan pakaian seragam tersendiri direka bagi pencetus semangat, lebih-lebih lagi seko-lah ini tidak gagal untuk menyer-tai aktiviti ini setiap kali ia diada-kan.

Untuk kategori AstroInven-tion, tiga pemenang utama bagi kategori ini adalah tempat per-tama dari SMK Batu Lintang (Kumpulan 1), kedua jatuh ke-pada SMK Agama Tun Ahmad Zaidi Adruce (Kumpulan 1) dan ketiga kepada SMK Matang Hilir (Kumpulan 5)

Penerima hadiah saguhati adalah dari SMK St. Joseph (Kumpulan 2 dan 1) dan SMK Matang Hilir (Kumpulan 3).

Bagi acara AstroHunt pula, lima kumpulan yang memenangi acara ini adalah SMK Batu Lin-

tang (Kumpulan 4), SMK Aga-ma Tun Ahmad Zaidi Adruce (Kumpulan 15), SMK DPHA Gapor, Stampin (Kumpulan 13) dan SMK St Joseph Kuch-ing (Kumpulan 5 dan 3). Setiap kumpulan bagi kedua-dua kate-gori menerima hamper dan juga sijil penyertaan.

AstroDraw pula menampil-kan lima pemenang iaitu Beverly Jong dari SMK Batu Lintang, Deswanti Abdullah dan Rosdi-ana Ak. Sua dari SMK. Matang Hilir, Bernadine Jong dari SMK DPHA Gapor, Stampin dan Kho Han Yung dari SMK Batu Lintang.

Pemenang bagi AstroDraw juga menerima hamper sumba-ngan pihak penganjur. Penyerta-an pelajar sekolah dalam jumlah yang tidak dijangka ini menun-jukkan wujudnya minat di ka-langan mereka untuk mendalami bidang astronomi amatur.

Melalui peranan yang dimain-kan oleh Persatuan Astronomi Sarawak dan Planetarium Sultan Iskandar, kedua-dua organisasi ini cuba menyemai minat terse-but melalui penglibatan aktiviti selain menghiburkan ia turut me-nambahkan pengetahuan mereka dalam bidang astronomi amatur.

ASTROINVENTION!... Para pelajar yang menyertai AstroInvention 2006 bergambar

setelah selesai menyertai aktiviti.

www.sarawak-astronomy.org

Page 10: Aku dan Bintang Vol 1

Persatuan Astronomi Sarawak

•10

PENGLIBATAN secara aktif dalam setiap aktiviti astronomi anjuran Per-

satuan Astronomi Sarawak dan Planetarium Sultan Iskandar bagi pelajar dari SMK Matang Hilir telah membuahkan hasil apa-bila mereka telah berjaya terlibat sama dalam menganjurkan As-trophilia 2006 di Kem Alapong, Lundu baru-baru ini.

Aktiviti tahunan Persatuan Astronomi Sarawak dengan kerjasama Planetarium Sultan Iskandar, Kuching telah berjaya membawa kira-kira 30 pelajar bersama-sama dua guru pengiri-ng ke salah sebuah kem rekreasi bagi menyemai dan mengukuh-kan minat pelajar dalam bidang astronomi dan angkasa serta mampu untuk berkongsi penge-tahuan itu dengan orang lain.

Astrophilia berasal daripada dua perkataan iaitu astro dan ‘philia’.

Astro adalah singkatan kepa-da astronomi dan ‘philia’ pula di-ambil dalam bahasa Yunani ber-maksud kepada persahabatan.

ASTROPHILIAKongsi ilmu astronomi

Dengan itu, menurut salah seorang fasilitator program, Ismandy Ali yang juga kura-tor Planetarium, Astrophilia ini merupakan program tahunan yang diubah daripada Kem As-tro dengan tujuan menyemai persahabatan pelajar dengan du-nia astronomi.

Menurutnya lagi, para pelajar dijemput untuk menghadiri kem

ini kerana mereka bakal bertindak sebagai penyemai minat dalam bidang astronomi kepada pelajar-pelajar lain serta sebagai generasi pelapis dalam mengembangkan serta menyerapkan pengetahuan astronomi dalam masyarakat.

Setibanya pelajar-pelajar ini di Kem Alapong, mereka telah dibahagikan kepada tiga kum-pulan dengan mereka ditugaskan

Astro adalah singkatan kepada

astronomi dan ‘philia’ pula

diambil dalam bahasa Yunani

bermaksud kepada

persahabatan.

Pelajar dari SMK Matang Hilir sedang mendengar taklimat di Kem Alapong.

Aktiviti mengukur jarak antara planet di sistem suria.

www.sarawak-astronomy.org

Page 11: Aku dan Bintang Vol 1

Aku Bintang&

• 11

untuk menamakan kumpulan masing-masing iaitu mereka telah memilih nama kumpulan Xenas, Zeus dan Zathura.

Dalam pembahagian kepada kumpulan dengan satu kumpulan terdiri daripada dua orang, para pelajar ini juga telah diberi sebiji telur ayam untuk dijaga sehingga akhir program dan mereka akan dinilai sekiranya telur ayam itu ti-dak pecah atau rosak.

Selain diberi pembentangan tentang manusia, alam semesta dan Rukun Negara yang perta-ma oleh Ismandy Ali, kumpulan ini juga telah ditugaskan untuk

membuat jam matahari yang dikendalikan oleh salah seorang fasilitator Zuwrina Sharkawi.

Dalam menghasilkan jam matahari ini, para pelajar dalam kumpulan dua orang akan cuba sedaya-upaya untuk menghasil-kan jam matahari tersebut de-ngan bimbingan fasilitator yang ada. Masa yang diambil untuk menghasilkan jam matahari itu amat panjang dengan beberapa segmen diperlukan memandang-kan para pelajar perlu membuat pengiraan dan ukuran yang betul bagi menghasilkan jam itu.

Malah, pelajar juga dinilai

Sky EventsApril 2007The Moon passes 0.6° south of Antares, 7 p.m.

The Moon passes 6° south of Ju-piter 3 p.m.

The Moon passes 0.5° north of Mars 8 a.m.

The Moon passes 3° North of Venus 2 p.m.

Lyrid meteor show peak.

The Moon passes 1.1° north of Saturn 4 p.m.

6

7

12

19

22

24

Pelajar yang berjaya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh fasilitator berpeluang

untuk mendapat beberapa hadiah menarik tajaan Persatuan Astronomi Sarawak,

Planetarium Sultan Iskandar dan juga FAMA.

berdasarkan jam matahari yang mereka buat dengan ketepatan dan nilai estetika hasil daripada kreativiti pelajar.

Namun begitu, aktiviti mem-buat jam matahari ini juga dise-langselikan dengan beberapa aktiviti lain seperti beberapa kuiz ringkas yang diberikan oleh fasi-litator Marina Mardzuki.

Pelajar yang berjaya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh fasilitator berpeluang untuk mendapat beberapa hadiah me-narik tajaan Persatuan Astrono-mi Sarawak, Planetarium Sultan Iskandar dan juga FAMA.

Daripada soalan-soalan yang dikemukakan, pihak penganjur telah dapat mengenal pasti baha-wa pelajar-pelajar ini mempunyai minat yang mendalami dalam bidang astronomi. Malah, para fasilitator juga berpeluang untuk menjawab beberapa kemusykilan yang dikemukan oleh para pela-jar tentang dunia astronomi.

Menurut salah seorang guru pengiring Cikgu Senah, “Sebe-narnya bilangan yang ingin me-ngikuti perkhemahan ini ramai, semuanya yang menganggotai kelab astronomi sekolah.

(Bersambung ke muka 14)

Salah satu aktiviti yang santai selain menghadiri bengkel yang diadakan di pantai Kem Alapong.

www.sarawak-astronomy.org

Page 12: Aku dan Bintang Vol 1

Persatuan Astronomi Sarawak

www.sarawak-astronomy.org•12

“PLUTO bukan lagi sebuah planet. Seka-rang hanya terdapat

lapan buah planet dalam sistem suria kita.”

Itulah antara kata-kata yang sering didengar kalau topik ten-tang planet menjadi perbualan. Sehinggakan kanak-kanak seko-lah rendah pun berasa sedikit kecewa.

“Tapi cikgu, dalam buku teks sekolah saya terdapat sembilan buah planet, kenapa ayah saya cakap ada lapan buah planet?” Pandangan murid-murid ini tidak berakhir begitu sahaja. Komen demi komen sering kita dengar.

Terdapat satu komen yang saya dengar daripada seorang guru yang bertandang ke Plane-tarium Sultan Iskandar yang agak cukup menarik perhatian.

“Semenjak Pluto dijumpai kira-kira 76 tahun yang lepas, kita telah menerima bahawa terdapat sembilan buah planet dalam sistem suria dan kita telah hidup dengan penerimaan tersebut se-menjak itu.

Kenapakah ia tidak dikekal-kan begitu sahaja dan diambil kira selebihnya sebagai planet kerdil?”

Ia mampu membuat saya ber-henti sekejap dan berfikir.

Secara mudah saya menya-takan bahawa ahli astronomi seluruh dunia telah bersetuju bahawa ia telah diresolusikan se-cara saintifik dan mereka mem-buat keputusan secara kolektif bahawa Pluto bukan lagi sebuah planet.

Ini kerana terdapat banyak lagi objek lain yang serupa malah lebih besar berbanding saiz Pluto. Dengan kata lain, status Pluto bukan lagi sebagai planet telah diturun taraf kepada planet kerdil ini adalah hasil daripada undian semasa persidangan IAU di Prague, Republik Czech.

Tapi apakah IAU yang mem-punyai kuasa ataupun diberikan kuasa sedemikian rupa?

LATAR BELAKANG IAUIAU (International Astro-

nomical Union) yang telah ditu-

buhkan pada 1919 adalah sebuah organisasi astronomi antara-bangsa yang merupakan penjaga kepada perkembangan ilmu sain-tifik astronomi di seluruh dunia.

Kaedah utama organisasi organisasi itu untuk mencapai persefahaman dan kerjasama an-tarabangsa.

Ahli-ahlinya adalah terdiri daripada ahli astronomi profe-sional, mempunyai pencapaian akademik peringkat Ph.D dan terlibat dalam penyelidikan dan pendidikan astronomi.

Bagaimanapun, IAU mempu-nyai hubungan yang baik dengan organisasi yang mempunyai ahli astronomi amatur.

Sehingga hari ini, IAU mem-punyai 8,858 ahli profesional yang berdaftar dari seluruh du-nia – tidak termasuk ahli amatur yang terlibat melalui organisasi astronomi.

IAU juga merupakan badan berkuasa yang memberi penge-nalan/nama kepada objek-objek angkasa dan bentuk pada permu-kaannya.

Pluto: Bukan lagi sebuah planet

Page 13: Aku dan Bintang Vol 1

Aku Bintang&

•13

Sky EventsMay 2007

Kebanyakannya dilakukan melalui seminar, penerbitan ber-kala dan perhimpunan agung. Perhimpunan agung yang diada-kan tiga tahun sekali dan perhim-punan agung yang paling kontro-versi adalah yang telah diadakan selama 10 hari pada bulan Ogos 2006 – perhimpunan Agung IAU yang ke-26.

Ini kerana semasa perhimpu-nan agung yang bersejarah terse-but, pemahamam umum yang dan telah diterima pakai sekian lama telah menggariskan semula perkataan planet yang membawa maksud ‘pengembara’ di angkasa lepas perlu didefinisikan secara saintifik dan harus diterima pakai di seluruh dunia.

RESOLUSI IAURamai yang ingin mengetahui

apa yang telah berlaku pada 24 Ogos 2006 yang telah membuat-kan Pluto digugurkan haknya hanya selepas 76 tahun sebagai sebuah planet?

Semasa hari tersebut, sera-mai 424 orang ahli astronomi profesional telah mengundi ba-hawa resolusi yang dinyatakan di bawah diterima pakai:

1. Planet adalah objek yanga) mengorbit mengelilingi

mataharib) mempunyai jisim yang

mencukupi untuk mempunyai graviti tersendiri yang membo-lehkan ia mencapai keseimban-gan untuk menghasilkan bentuk hampir sfera

c) mempunyai persekitaran berdekatan dan tidak dengan ob-jek yang lain (secara semula jadi)

2. Planet kerdil adalaha) mengorbit mengelilingi

mataharib) mempunyai jisim yang

mencukupi untuk mempunyai graviti tersendiri yang membo-lehkan ia mencapai keseimban-

gan untuk menghasilkan bentuk hampir sfera

c) mempunyai persekitaran berdekatan dengan TERDAPAT objek yang lain (secara semula jadi)

d) bukan sebuah satelit

3. Semua objek, kecuali satelit, mengorbit mengelilingi matahari akan dikenali secara kolektif se-bagai objek sistem solar kecil.

Kenyataan (1) telah secara automatik menggugurkan status Pluto sebagai sebuah planet.

Pluto sebagai sebuah planet adalah ditemani satelitnya Char-on, yang mempunyai saiz sepa-ruh daripadanya.

Status ini seolah-olah men-jadikan sistem Pluto-Charon ini sebagai sebuah sistem planet kembar, dengan tidak wujud planet sedemikian dalam sistem suria kita.

Oleh kerana kegagalan Pluto-Charon dalam fasal (1), ia secara automatik mendapat status (2), iaitu sebuah planet kerdil.

Dengan definisi terbaru ini jugalah dua lagi objek lain yang cukup besar iaitu Ceres dan UB2003313 telah diterima se-bagai planet kerdil, seolah-olah diterima untuk menemankan Pluto membawa gelaran sebagai planet kerdil.

Dengan kata lain sekiranya resolusi tersebut tidak diper-setujui, akan terdapat 11 buah planet dalam sistem suria buat

masa kini, dan semestinya de-ngan penemuan demi penemuan pada masa akan datang, ia bakal menambahkan bilangan planet daripada 11 dan seterusnya ke-pada 20 dan sehingga kita lupa nama-nama planet dalam sistem suria kita.

PENEMUAN OBJEK-OBJEK SELEPAS NEPTUNE

Semasa Pluto telah diterima pakai sebagai planet kesembilan pada tahun 1930 dan penemuan tersebut telah dilakukan oleh Clyde Tombaugh, terdapat teori-teori yang wujud pada masa itu menyatakan bahawa Pluto adalah satelit kepada planet Neptune yang terlepas daripada pegangan graviti Neptune.

(Bersambung ke muka 14)

Ramai yang ingin mengetahui apa yang telah berlaku pada 24 Ogos

2006 yang telah membuatkan Pluto digugurkan haknya hanya selepas 76

tahun sebagai sebuah planet?

Eta Aquarid meteor shower peaks.

The Moon passes 6° south of Ju-piter, 6 p.m.

The Moon passes 1.3° noth of Mars 7 p.m.

Mercury passes 7° north of Al-debaran 3 a.m.

The Moon passes 3° north Venus 6 a.m.

Venus passes 4° south of Pollux 1 a.m.

5

4

12

16

19

30

www.sarawak-astronomy.org

Page 14: Aku dan Bintang Vol 1

Persatuan Astronomi Sarawak & Planetarium Sultan Iskandar

•14

(Sambungan muka 13)Ceres, asteroid yang terbesar

yang terletak di antara planet Marikh dan Musytari pernah diklasifikasikan sebagai planet hampir separuh abad sebelum ia kemudiannya diterima sebagai asteroid. Semenjak objek-ob-jek Kuiper mula dijumpai pada tahun 1992, memang dijangka terdapat lebih banyak lagi planet lain akan ditemui.

Walaupun pada mulanya pe-nemuan-penemuan ini tidak be-gitu signifikan kerana ia semua mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding Pluto.

Tetapi akhirnya semua ini berubah apabila pakar astronomi dari Universiti Caltech, Michael Broawn telah menemui sebuah objek yang mempunyai saiz 5 peratus lebih besar daripada Plu-to. Objek tersebut diberi nama

UB2003313 yang lebih dikenali dengan nama panggilan sempena dengan siri televisyen yang popu-lar Xena.

Semenjak penemuan itu, per-debatan demi perdebatan telah dilakukan selama dua tahun dan akhirnya Perhimpuan Agung IAU yang ke-26, organisasi itu telah mengundi bahawa fasal (I) sehingga (III) di atas secara tidak langsung telah menafikan taraf Pluto.

Walaupun dengan hasil undi-an majoriti oleh ahli profesional, masih terdapat bantahan daripa-da orang awam yang mengatakan undian demikian merupakan satu langkah yang tidak popular, tidak membina dan merupakan satu langkah ke belakang khususnya dalam dunia pendidikan.

KESIMPULANWalaupun apa sahaja pen-

dapat IAU dalam mengklasifi-kasi planet Pluto dan pendapat awam semenjak hari pengundian tersebut, ia akan kekal sebagai sebuah objek dalam sistem suria yang pernah telah diterima pakai sebagai sebuah planet selama 76 tahun.

Ia merupakan nostalgia yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Sebuah kapal angkasa ‘New Horizons’ yang telah dilancarkan oleh NASA pada 19 Januari 2006 dijangka sampai ke planet kerdil tersebut pada tahun 2015 dalam misi untuk mengenalinya dengan lebih dekat.

Mungkinkah definisi ‘Planet’ akan didebatkan semula sekiran-ya terdapat penemuan terbaru yang akan dihidangkan oleh ka-pal angkasa ‘New Horizon’ pada sembilan tahun akan datang. Kita tunggu dan lihat.

Pluto: Bukan lagi sebuah planet

(Sambungan muka 11)Namun, saya hanya dapat

memilih sebilangan kecil pelajar yang benar-benar berminat un-tuk mengikuti perkhemahan ini berdasarkan rekod mereka.”

Untuk merehatkan minda pe-lajar, mereka telah dibawa untuk melakukan aktiviti bersukan yang digelar Astronomy Impact.

Dalam aktiviti ini, tiga kum-pulan telah bersaing antara satu sama lain untuk bergelar juara dan kumpulan Xenas telah berja-ya mengalahkan kedua-dua kum-pulan lain.

Di samping aktiviti-aktiviti praktikal, para pelajar juga telah mendengar sesi Astronomi dan Karier Masa Depan dengan mer-eka telah didedahkan dengan pe-luang-peluang yang boleh dicapai

dalam bidang astronomi. Perkhemahan selama dua hari

ini memberikan peluang kepada para pelajar yang berminat dalam bidang astronomi untuk men-dalami pengetahuan mereka dan pada masa yang sama menyemai minat ini kepada rakan-rakan mereka yang lain apabila mereka kembali ke sekolah kelak.

Sebelum berakhirnya pe-khemahan, kumpulan Zathura telah diumumkan sebagai kum-pulan terbaik pada tahun ini sementara kumpulan terbaik bagi menghasilkan jam matahari adalah Fressellia dan Grace Tan dari kumpulan Zathura.

Para pelajar telah menerima hadiah sumbangan Persatuan Astronomi Sarawak, Plantarium Sultan Iskandar dan FAMA.

ASTROPHILIAKongsi ilmu astronomi

Penerima hadiah membuat jam matahari yang disampaikan

oleh Zuwrina Sharkawi.

www.sarawak-astronomy.org

Page 15: Aku dan Bintang Vol 1

JANUARI • Buletin Aku & Bintang diterbitkan.

FEBRUARI• Sesi brainstorming PSI dan SAS di Kem Alapong, Lundu. • Bengkel praktikal as-tronomi untuk guru di Planetarium Sultan Iskandar.

MAC • Pertunjukan baru ‘Uni-verse in 30 minutes’.• Jerayawara astronomi I.

APRIL • Jerayawara astronomi II.

MEI • Karnival Astronomi di Planetarium Sultan Iskandar.

JUN • Program cuti sekolah.• Cerapan planet awam di tempat letak kereta Dewan Suarah, Kuching.

Logo Planetarium Sultan Iskandar

Aku Bintang&

• 15

Sky EventsJune 2007

Mercury is at greatest elongation 23° 4 p.m.

Jupiter is at opposition 5 a.m.

Venus is at greatest elongation 45°, 9 a.m.The Moon passes 5° north of Mars, 4 a.m.

Solstice (northern summer, southern winter begins).

Mercury is at inferior conjunc-tion 1 a.m.

1

5

8

21

28

KALENDAR PERANCANGAN AKTIVITI 2007

(Perancangan program ini akan berubah dari semasa ke semasa.)

LOGO ini telah direka oleh Mohd. Syukri Atta dan tedigunakan secara rasmi-

nya semenjak Mei 2006 semasa berlangsungnya aktiviti Astro-Invention di Planetarium Sultan Iskandar.

Logo ini dipilih dengan tujuan untuk mencetuskan idea dan rasa ingin tahu mana-mana individu yang melihatnya.

Ia menggambarkan gugusan buruj yang merupakan paling senang dilihat di langit.

Dalam pengenalan astronomi, buruj URSA major atau beruang besar merupakan buruj yang mula-mula sekali digunakan di dalam pembelajaran.

Buruj itu juga wujud dalam banyak tamadun dan kebudaya-an dari seluruh dunia.

Ia juga dipilih dengan tujuan untuk menonjolkan peranan Pla-netarium sebagi satu institusi pendidikan astronomi untuk ma-syarakat.

Ia merupakan satu logo yang di luar daripada kebiasaan de-

ngan organisasi astronomi sering sahaja dikaitkan dengan teleskop atau pun kubah planetarium.

URSA MAJORUrsa major membawa mak-

sud beruang besar dan wujud dalam banyak tamadun, budaya malah mempunyai banyak nama lain.

Ia juga dikenali sebagai big dip-per, senduk besar, jula-juli bintang tujuh dan macam-macam lagi.

Jika dilihat dari kawasan kha-tulistiwa, ursa major merupa-kan petunjuk yang baik ke arah utara.

Dua buah bintangnya, merak dan dubhe jika ‘disambungkan’ betul-betul akan menunjukkan ke arah polaris, bintang kutub utara.

Dan jika dilihat dari kawasan latitud tinggi pula seperti Jepun dan Amerika Utara, buruj ini akan dilihat sentiasa menunjuk-kan ke arah bintang kutub sambil sentiasa mengelilinginya sepan-jang tahun.

www.sarawak-astronomy.org

Page 16: Aku dan Bintang Vol 1

KEWUJUDAN Persatu-an Astronomi Sarawak atas sebab ingin menye-

barkan maklumat tentang sains astronomi kepada masyarakat, lebih-lebih lagi kepada para pela-jar sekolah.

Persatuan ini berkembang me-lalui aktiviti-aktiviti yang dilaku-kan seperti mengadakan aktiviti cerapan bintang, kem astronomi yang digelar AstroCamp (kemu-dian digelar Astrophilia), aktiviti tahunan seperti AstroInvention, AstroKuiz, Karnival Astronomi dan aktiviti jangkauan luar iaitu aktiviti jerayawara.

Sambutan terhadap aktiviti yang diadakan oleh Persatuan Astronomi Sarawak amat meng-galakkan terutama di kalangan para pelajar sekolah yang setiap tahun mengikuti aktiviti Astro-philia, AstroInvention.

Malah, dengan kerjasama de-ngan Planetarium Sultan Iskan-dar, pihak Persatuan ingin me-mantapkan lagi aktiviti-aktiviti yang dirancangkan agar ia dapat dijalankan dengan lebih baik dan juga mendapat sambutan yang lebih besar.

Melalui Persatuan Astrono-mi Sarawak juga, kita berharap bidang sains astronomi tidak menjadi bidang yang terpencil, lebih-lebih lagi negara kita bakal menghantar angkasawan ke ang-kasa lepas.

Pendidikan dan maklumat terhadap bidang sains astronomi juga amat penting di kalangan masyarakat agar mereka bukan hanya dikenali sebagai warga yang pernah menghantar ang-kasawan ke angkasa lepas tetapi turut digelar sebagai warga ber-maklumat astronomi.

SEJARAH

Persatuan ini telah dirasmikan

Persatuan Astronomi Sarawakoleh mendiang Tan Sri Stephen Yong pada 27 Ogos 1990, yang pada waktu itu adalah Datuk Amar Stephen Yong, merang-kap Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Planetarium Sultan Iskandar adalah alamat yang didaftarkan bagi Persatuan Astronomi Sarawak (SAS). De-ngan geran yang diberikan oleh Kementerian Pembangunan So-sial telah membantu ‘melahirkan’ persatuan ini.

Datuk Adenan Satem, yang juga seorang peminat bidang as-tronomi, pada waktu itu Menteri Pembangunan Sosial, dan Da-tuk Haji Taha Arifin, Setiausaha Tetap telah memberikan soko-ngan penuh kepada persatuan.

Romie Sigan Daniel, telah di-lantik menjadi presiden protem dan Jacob Sebastian telah dimin-ta untuk menjadi setiausaha per-tama bagi memberikan seman-gat, organisasi dan arah kepada persatuan.

Penubuhan Persatuan As-tronomi sejajar dengan majlis perasmian Kompleks Dewan Suarah oleh Ketua Menteri Sar-

awak pada 4 September 1998, dengan Astronomi Amatur Jer-man Adolf Kunert telah dilantik menjadi Kurator pertama.

AJK TERTINGGI 2006

PRESIDENRomie Sigan Daniel

NAIB PRESIDENJacob Sebastian

Mohd Syukri Atta

SETIAUSAHAMarian Mardzuki

PENOLONG SETIAUSAHAMdm Chua Chai Fong

BENDAHARIBernard Sim

AUDITORWilliam Kon

Mohd Ismuain Rabuan

AHLI EXCOAlfean Aziz

Fareiny MorniHermawati Tambeng