aku dan bintang 12

Download Aku dan Bintang 12

Post on 10-Mar-2016

237 views

Category:

Documents

4 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Aku dan Bintang 12 keluaran Planetarium Sultan Iskandar, Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak dan Persatuan Astronomi Sarawak.

TRANSCRIPT

  • April 2012 - September 2012

    BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

    ISSN 1985-0344Keluaran 12

    Untuk mendapatkan berita ataupun pengumuman terkini, anda boleh melawat laman web Planetarium Sultan Iskandar atau ke laman Pages Facebook dengan menaip Planetarium Sultan Iskandar di ruang Search.

    www.planetarium-sarawak.org

    Planetarium Sultan Iskandar

    @SahabatPSI SahabatPSI

    Jerayawara BersamaMini Planetarium

  • April 2012 - September 2012 2www.planetarium-sarawak.org

    Untuk maklumat lanjut hubungi:Planetarium Sultan Iskandar

    Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak

    93000 Jalan BudayaKuching, MalaysiaTel: 082-251275

    Faks: 082-258059http://www.planetarium-sarawak.org

    e-mel: curator@planetarium-sarawak.org

    Kandungan

    EditorAlfean Aziz

    Sumbangan

    Ismandy AliFaliq Asyraf

    Noraizah IdrisAzzryn Zainurin

    Muhammad Athari Bin IsmailAlfean Aziz

    Muhd Zulfadhli UsopZurwina Sharkawi

    Muka depan Buletin Aku dan Bintang keluaran ke-12 menunjukkan kolaj gambar Mini Planetarium yang telah dibawa dan digunakan semasa Jerayawara Sahabat Astronomi di Baram. Pembaca dapat melihat wajah-wajah kegembiraan para pelajar yang pertama

    kali melihat pertunjukan yang dibawa khas dari Planetarium Sultan Iskandar (PSI).

    PSI dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) membawa suasana menonton pertunjukan yang selalunya akan dinikmati oleh mereka yang berada di sekitar bandar raya Kuching dan mereka yang sanggup berkunjung jauh untuk ke pla-netarium.

    Planetarium di Sarawak ini bukan organisasi yang terbaru ataupun terkini di Malaysia, namun tujuan asalnya untuk membawa ilmu sains dan astronomi kepada masyarakat. Dengan tenaga kerja yang minimum, usaha juga dijalankan agar suasana pengajaran dan ilmu yang terdapat di planetarium ini dibawa ke-pada pelajar dan orang awam yang berada jauh di luar bandar.

    Namun, ia masih lagi tidak mencukupi sekiranya kita membandingkan apa yang terdapat di Sarawak ini berbanding di tempat-tempat lain di Malaysia se-perti di Kuala Lumpur dan juga Kedah.

    Keperluan untuk memiliki pusat sains sebagai tempat tumpuan ilmu sains adalah amat tinggi memandangkan bukan semua yang mampu untuk membeli tiket dan berkunjung ke Semenanjung Malaysia.

    Minat terhadap sains dan teknologi di negara kita perlu ditingkatkan melalui adanya pusat-pusat sains yang mampu untuk memberikan pengajaran secara praktikal.

    Sifat manusia yang sentiasa ingin tahu akan membantu menyemarakkan lagi semangat terhadap sains dan astronomi ini, lebih-lebih lagi jika adanya tempat yang dapat memberikan aspek pengajaran ini.

    Kanak-kanak di negara Barat misalnya telah didedahkan dengan aspek-as-pek sains dan astronomi yang dianggap amat rumit melalui permainan secara praktikal di muzium-muzium sains mereka.

    Secara tidak langsung wujudnya kaedah pembelajaran mereka ketika kanak-kanak ini sibuk bermain permainan yang disediakan di muzium sains tersebut.

    Inilah yang diperlukan di tempat kita dengan kita perlu mendedahkan golo-ngan kanak-kanak dan remaja terhadap aspek sains dan astronomi agar wujud-nya minat mereka supaya ia terus menjurus kepada sains dan teknologi.

    Muzium sains pemangkin pembelajaran sains dan astronomi

    Mini Planetarium tarikan utama Jerayawara Sahabat Astronomi 2012 - 4

    Kerjasasama Planeta-rium Negara, PSI dalam Perkhemahan Sahabat Astronomi 2012 - 5

    Kiosk The Planisphere di PSI - 5

    AMNH pusat sains dunia - 6

    Zooniverse - Projek Bima Sakti - 8

    Tujuh sebab mengapa belajar astronomi di planetarium - 9

    Mengenali ilmu di muzium sains dunia - 10

    Pengisian ilmu dengan kunjungan ke Bibliotheca Alexandria - 12

    Bumi akan diserang? - 14

    New York Hall of Science uji minda pengunjung - 16

    Lima sebab mengapa kita harus mengenali astrono-mi - 17

    Koleksi pesawat terbesar muzium Smithsonian - 18

    Pertunjukan sains isi ilmu pengunjung PSI - 19

    Cerapan terakhir transit Zuhrah tarik 400 pengun-jung - 20

  • April 2012 - September 20123

    Perutusan

    Datu Romie Sigan DanielPresiden

    Persatuan Astronomi Sarawak

    Salam Kemerdekaan yang ke-55 dan Selamat Me-nyambut Hari Malaysia kepada pembaca Buletin Aku dan Bintang. Semoga dengan kemerdekaan yang dikecapi hari ini akan terus membangunkan Malay-sia ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

    Dengan adanya status kemerdekaan ini jugalah kita berpeluang untuk meningkatkan kreativiti dan inovasi di dalam pelbagai bidang, termasuklah bidang sains angkasa dan astronomi.

    Pada tahun ini, kerajaan telah mengisytiharkan tahun 2012 sebagai Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012) yang bertujuan untuk menggerakkan agenda pembangunan negara menerusi pembudayaan sains dan inovasi di kalangan rakyat Malaysia.

    Dengan bertemakan Sains dan Inovasi Pemacu Trans-formasi, tahun SGI2012 ini merupakan kesinambungan kepada Tahun Kreativiti dan Inovasi Malaysia (Malaysia Inovatif 2010) dan Tahun Penggalakan Sains dan Matema-tik 2011 yang secara berterusan untuk membudayakan serta mengamalkan sains, kreativiti dan inovasi di semua peringkat.

    Pelbagai program dan aktiviti telah dan akan dilak-sanakan bagi menyokong usaha kerajaan di dalam memar-tabatkan sains dan teknologi serta mencetus minda untuk meningkatkan kesedaran terhadap aplikasi sains, kreativiti

    dan inovasi terhadap kehidupan seharian.Ini termasuklah dengan usaha Planetarium Sultan Is-

    kandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) dengan penganjuran pelbagai program dan aktiviti seperti mengadakan jerayawara ke kawasan pedalaman dan luar bandar dengan menggunakan Dana Belia 1Malaysia bagi memperkenalkan bidang sains angkasa dan astronomi ke-pada golongan sasar.

    Selain itu, aktiviti lain seperti perkhemahan astronomi dan Program Sains Angkasa Cuti Sekolah (PSACS) turut diadakan secara berterusan bagi memastikan golongan sa-sar, khususnya pelajar-pelajar sekolah sentiasa peka dengan perkembangan terkini dunia sains angkasa dan astronomi.

    Dalam masa yang sama, mereka turut didedahkan de- ngan konsep kreativiti dan inovasi untuk diaplikasi di dalam bidang berkaitan bagi anjakan paradigma minda dan berdaya saing dengan perubahan semasa.

    Sokongan daripada semua pihak termasuk agensi ke-rajaan dan swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan ko-muniti amat diperlukan bagi memastikan usaha ini berjaya dilaksanakan dan mencapai sasarannya.

    Terima kasih diucapkan kepada anda yang sentiasa me-nyokong usaha dan memberi kerjasama kepada PSI-SAS selama ini di dalam memartabatkan dan membudayakan sains angkasa dan astronomi di kalangan masyarakat!

  • April 2012 - September 2012 4www.planetarium-sarawak.org

    Mini Planetarium tarikan utama Jerayawara Sahabat Astronomi 2012

    Buat pertama kali, rombongan Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astrono-mi Sarawak (SAS) telah membawa Mini Planetarium dalam program Jerayawara Sahabat Astronomi 2012.

    Mini Planetarium ini sebagai me-nampilkan sedutan pertunjukan yang terdapat di PSI dan rombongan je-rayawara cuba membawa planetarium kepada mereka yang berada jauh dari Kuching.

    Bagaimanapun para pelajar dari Baram, Marudi sahaja yang berpe-luang untuk mencuba mini planeta-rium ini dengan rombongan Sahabat Astronomi telah berkunjung ke SK Rumah Gudang, SK Sungai Setapang, SK Good Shepherd dan SMK Telang Usan pada 14 hingga 21 Julai 2012.

    Reaksi pelajar apabila pertama kali menonton sedutan pertunjukan dalam Mini Planetarium adalah penuh de-ngan rasa kagum dan seronok.

    Di samping itu, mereka turut ber-peluang untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti semasa program jerayawara se-perti aktiviti mencari buruj, membuat carta bintang, mencerap bintang dan matahari dan mencuba roket air.

    Bagi jerayawara ini, seramai 800 orang telah mendapat manfaat dari-pada ilmu yang disampaikan.

    Jerayawara Sahabat Astronomi tu-rut diadakan di Bahagian Betong meli-batkan SK Nanga Ajau dan SK Issu Bangat pada 21 dan 22 Mac 2012.

    Di Kapit pula melibatkan SK Sg. Amang, SK Sg. Kapit dan SMK Kapit pada 16 hingga 20 April 2012.

    Namun, di kedua-dua tempat ini, hanya aktiviti-aktiviti seperti mem-buat carta bintang, melancarkan roket air, mencari buruj, mencerap bintang

    dan matahari serta Augmented Reality (AR) diadakan.

    Mini Planetarium belum lagi di-peroleh pada ketika jerayawara di-adakan di Bahagian Betong dan juga Kapit.

    Ahli-ahli Persatuan Astronomi Sarawak turut menjadi tenaga penga-jar ketika jerayawa ini termasuk Muhd Zulfadhli Usop, Mohd Asyraf Affen-di, Abdul Rahman Hisham, Mohamad Aiman Jamel dan Mohd. Lufti Mohd. Mortaza.

    Sesi interaktif antara pelajar ketika jerayawara yang diadakan di Limbang.

    Mencari buruj di SK Nanga Ajau, Be-tong.

    Membuat carta bintang di SK Sg Amang, Kapit.

    Membuat latihan kajian mental bumi di SK Issu Bangat, Betong.

    Seorang pelajar sedang bersedia untuk melancarkan roket air di SK Rumah Gudang, Baram.

    Melihat matahari dengan menggu-nakan teleskop Coronado di SK Good Shepherd, Baram.

    Kagum dengan teknologi Augmen-ted Reality (AR) di SK Sg. Setapang, Baram.

  • April 2012 - September 20125

    Kerjasama Planetarium Negara, PSI dalam Perkhemahan Sahabat Astronomi 2012

    Perkhemahan Sahabat Astrono-mi 2012 telah diadakan pada 5 hingga 7 Julai 2012 di Pla-netarium Sultan Iskandar dan Kom-pleks Yayasan Sarawak, Jalan Sultan Tengah.

    Perkhemahan ini telah membawa kira-kira 110 pelajar dari tingkatan 1, 2 dan 4 dari sekolah-sekolah di Sadong Jaya, Simunjan, Betong, Saratok, Ro-ban dan Sematan, selain pelajar jem-putan dari SMK Agama Tun Ahmad Zaidi dan SMK Tunku Abdul Rah-man.

    Perkhemahan kali ini turut me-nampilkan jemputan tenaga pen