aku dan bintang 11

Download Aku dan Bintang 11

Post on 28-Mar-2016

250 views

Category:

Documents

6 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Aku dan Bintang 11 keluaran Planetarium Sultan Iskandar, Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak dan Persatuan Astronomi Sarawak.

TRANSCRIPT

  • www.sarawak-astronomy.orgSeptember 2011 - Mac 2012

    BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

    ISSN 1985-0344Keluaran 11

    Untuk mendapatkan berita ataupun pengumuman terkini, anda boleh melawat laman web Planetarium Sultan Iskandar atau ke laman Pages Facebook dengan menaip Planetarium Sultan Iskandar di ruang Search.

    www.planetarium-sarawak.org

    Saksikan Transit Kejora 2012Planetarium Sultan Iskandar

    6 Jun 2012Planetarium Sultan

    Iskandar@SahabatPSI SahabatPSI

  • September 2011 - Mac 2012 2www.sarawak-astronomy.org

    Untuk maklumat lanjut hubungi:Planetarium Sultan Iskandar

    Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak

    93000 Jalan BudayaKuching, MalaysiaTel: 082-251275

    Faks: 082-258059http://www.planetarium-sarawak.orghttp://www.sarawak-astronomy.org

    e-mel: curator@planetarium-sarawak.org

    Kandungan

    Tahun ini kita bakal menyaksi aktiviti yang lebih giat lagi dijalankan oleh Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) dalam menyebarkan ilmu astronomi melalui program Jerayawara Sahabat Astronomi.

    Ramai yang tertanya-tanya apakan itu perkataan jerayawara. Sebenarnya je-rayawara ini merupakan istilah yang terdapat dalam kamus Dewan Bahasa yang bermaksud roadshow iaitu kita mewar-warkan apa yang kita ada kepada orang ramai.

    Apabila mengimbau kembali aktiviti jerayawara yang pertama kali diadakan oleh SAS pada 2006, ia diadakan atas jemputan Presiden SAS, merangkap Re-siden Betong, Datu Romie Daniel Sigan dengan tujuan yang asas untuk mem-perkenalkan ilmu astronomi kepada orang ramai.

    Mungkin para pelajar dari Semenanjung Malaysia beruntung dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh organisasi seperti Planetarium Negara dan juga Pu-sat Sains Negara dalam menyebarkan sains dan astronomi kepada pelajar dan masyarakat. Namun, kita tidak harus meminggirkan mereka yang berada jauh dari bandar raya Kuching kerana jerayawara ini diadakan untuk menimbulkan rasa minat para pelajar kepada dunia astronomi.

    Atas kepuasan dalam menyebarkan ilmu astronomi, aktiviti jerayawara ini telah berkembang kepada aktiviti tahunan dalam kalendar PSI-SAS dalam menyebarkan ilmu astronomi kepada mereka yang berada di luar bandar dan pedalaman.

    Ada juga yang bertanya, mengapakah program jerayawara ini tidak diadakan di sekitar bandar raya Kuching? Mudah sahaja jawapannya. Ia adalah sebagai program pendedahan ilmu astronomi di kawasan luar bandar dan pedalaman, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak berpeluang untuk berkunjung ke PSI.

    Dalam tempoh terdekat ini, nama program jerayawara telah ditukar kepada Jerayawara Sahabat Astronomi selaras dengan penyertaan rakan-rakan Sahabat Astronomi yang turut menyumbangkan tenaga dan berkongsi ilmu yang mere-ka perolehi semasa menyertai aktiviti anjuran PSI-SAS. Mereka boleh dianggap sebagai duta kepada PSI kerana golongan sasaran mereka adalah hampir sebaya dan ini mendekatkan lagi hubungan Sahabat Astronomi dengan para pelajar yang ingin berjinak-jinak dalam ilmu astronomi.

    Apa yang pasti, Sarawak adalah sebuah negeri yang amat besar, dan mempu-nyai kawasan muka bumi yang amat mencabarkan, namun ini tidak melunturkan usaha PSI-SAS dan Sahabat Astronomi untuk terus berkongsi ilmu astronomi kepada pelajar di luar bandar dan pedalaman.

    Berkongsi ilmu melalui Jerayawara Sahabat Astronomi

    EditorAlfean Aziz

    Berkongsi ilmu melalui Jerayawara Sahabat Astronomi - 2

    Sistem Pengangkaan Mesir Purba - 4

    Fenomena Transit Kejora 2012 - 5

    Memburu planet extrasolar - 6

    Apa kata mereka di sebalik Sahabat Astronomi - 8

    Infografik - 9 - 10Big Bang 1400 tahun dahulu - 12Pengalaman bersama

    PSACS - 14Sekilas Pandang Aktiviti PSI - 16

    Cerap langit dengan komputer, telefon

    bimbit - 18Pusat Sains Mini terima bahan pameran - 19

    Pertunjukan terbaru Planetarium Sultan

    Iskandar - 20

    Gambar depan menunjukkan simulasi Transit Kejora yang bakal berlaku pada 6 Jun 2012 serta boleh disaksikan dari bandar raya Kuching. Planetarium Sultan Iskandar bakal mengadakan aktiviti mencerap Transit Kejora pada 6 Jun 2012 bermula 8 am.

    Fazrul Mustaqim SahmatIsmandy Ali

    Abang Muhamad Zulfadhli Bin Abang AriffinMohd Zul Hafiz bin Mohd FadzliMuhammad Nazirul bin Hamdan

    Mohd. Zul Haziq bin Mohd. FadzliFaliq Asyraf

    Aslina AsmaniahJenau Adam

    Noraizah Idris

  • September 2011 - Mac 20123

    Perutusan

    Syukur alhamdulillah kerana kita dipertemukan lagi di tahun 2012 dengan misi dan visi yang lebih men-cabar.Walaupun masih baru di Kementerian Pembangunan

    Sosial ini, namun saya melihat peranan Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dengan kerjasama Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) agak besar dan penting dalam pembangu-nan pendidikan astronomi dan sains angkasa terhadap ma-syarakat.

    Saya dimaklumkan bahawa pihak PSI-SAS turut me-ngadakan aktiviti di rumah-rumah panjang di kawasan pedalaman di Sarawak bersama pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI).

    Usaha penyebaran ilmu astronomi dan sains angkasa di rumah-rumah panjang di kawasan pedalaman ini akan giat diteruskan lagi pada tahun ini dan diharap lebih banyak pe-nyertaan terutamanya daripada pihak agensi kerajaan dan swasta serta badan-badan bukan kerajaan (NGO).

    Dalam pada itu, penglibatan Persatuan Astronomi Sa-rawak bersama Planetarium Sultan Iskandar dalam pengan-juran pelbagai aktiviti dan program astronomi sejak lebih 20 tahun lalu amat diperlukan.

    Keahliannya yang terdiri daripada pelbagai peringkat termasuk golongan pelajar, kakitangan awam dan pihak

    swasta banyak membantu kelancaran dan kejayaan pengan-juran aktiviti-aktiviti astronomi.

    Menerusi perkongsian ilmu, idea dan pengalaman serta kepakaran masing-masing mampu menjadikan Persatuan Astronomi Sarawak dan Planetarium Sultan Iskandar se-bagai satu gabungan yang mantap dalam usaha menyebar-kan ilmu sains angkasa kepada golongan sasaran teruta-manya pelajar.

    Penyertaan Persatuan Astronomi Sarawak di dalam Program Sejuta Impian TV3 turut membantu PSI-SAS mempromosikan astronomi serta melahirkan golongan belia yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan karya dan modul pengajaran astronomi dan sains angkasa yang ringkas.

    Bertepatan dengan dasar transformasi sosial kerajaan, usaha ini perlu diteruskan dan disokong sepenuhnya bagi menghasilkan kepakaran di dalam bidang berkaitan untuk generasi masa depan.

    Syabas dan tahniah diucapkan kepada Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak di atas usaha gigih ini dan diharap akan lebih ramai pihak akan tampil untuk turut serta bagi sama-sama menjayakan pro-gram serta aktiviti astronomi dan sains angkasa ini.

    Syabas dan tahniah sekali lagi...!!!

    Perutusan

    Encik Affandi Bin KeliSetiausaha Tetap

    Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak

  • September 2011 - Mac 2012 4www.sarawak-astronomy.orgEksklusif

    Manusia mula menghitung dengan menggunakan jari, iaitu dengan padanan satu kepada satu.

    Kaedah ini kemudiannya berubah dari semasa ke semasa. Antara sistem pengangkaan purba yang terkenal ia-lah sistem pengangkaan Mesir Purba.

    Sistem ini merupakan satu sistem angka perpuluhan dan menggunakan asas 10.

    Nombor-nombor ini dibentuk dengan huruf Hieroglif, iaitu sistem tulisan yang digunakan oleh masyara-kat Mesir Purba.

    Nilai terbesar dalam sistem ini ialah satu juta (1,000,000). Namun, sistem ini mempunyai kelemahan berbanding sistem nombor yang kita gunakan sekarang (Sistem Hindu- Arab), iaitu sistem Mesir Purba ini ti-dak mempunya simbol untuk sifar.

    Dalam sistem pengangkaan Mesir Purba ini, angka satu hingga Sembi-lan adalah berasaskan tanda gunda-lan iaitu garis mencancang. Gambar di bawah menunjukkan simbol yang digunakan untuk mewakili angka satu

    Sistem Pengangkaan Mesir Purba

    Fazrul Mustaqim Sahmat,

    Kota Samarahan

    Hieroglif Mesir

    hingga sembilan :Seterusnya, selepas angka sembi-

    lan satu simbol yang berbeza diguna-kan iaitu yang mewakili angka 10. Satu simbol khusus akan digunakan

    bagi setiap nombor yang berkuasa sepuluh. Simbol-simbol yang digu-nakan di dalam angka Mesir ditunjuk-kan di bawah :

    Bersambung di muka 13

  • September 2011 - Mac 20125

    Eksklusif

    Pengenalan

    Kejora merupakan sebuah planet yang dikenali oleh tamadun manusia sejak beri-bu-ribu tahun lamanya.

    Rekod tentang pergerakan planet ini telah direkodkan oleh tamadun purba dunia seperti Mesir kuno, Ba-bylonia, China - malah turut juga di-rekodkan oleh tamadun Mesoamerica seperti Maya.

    Tamadun Maya sebagai contoh walaupun menganggap planet Kejora ini sebagai tuhan mereka sehinggakan memanggilnya sebagai Noh Ek dan telah membuat pencerapan yang teliti, tidak terdapat sebarang rekod berke-naan dengan transit planet Kejora ini dengan Matahari.

    DefinisiTransit Kejora adalah salah satu

    daripada fenomena astronomi yang amat dinanti-nantikan pada tahun 2012 ini.

    Planet Kejora atau turut juga dike-nali dengan nama Zuhrah ini akan bergerak melintas di antara Bumi dan Matahari.

    Pada masa ini kita akan melihat terdapat tompok hitam bergerak pada permukaan Matahari dari satu hujung ke satu hujung permukaan Matahari. Rujuk Gambar 1.0.

    Transit Kejora, berbeza dengan gerhana Matahari yang mampu me-nyebabkan bulatan Matahari nampak sumbing, transit pula hanya dapat dilihat dengan lebih jelas jika kita kita menggunakan filem gelap yang tebal seperti bekas x-ray atau cermin mata khas yang amat gelap. Ia akan keli-hatan seperti sebuah titik kecil yang bergerak di hadapan Matahari.

    Jika dilihat kembali, pihak Plane-tarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak pernah mengada-kan aktiviti ceramah