akta kerajaan tempatan

71

Upload: ruzilman

Post on 23-Jun-2015

1.631 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Akta Kerajaan Tempatan
Page 2: Akta Kerajaan Tempatan

Proses Penilaian

Jabatan Penilaian Majlis Daerah Gerik memulakan kerja-kerja penilaian setelah menerima salinan sijil

layak menduduki dan pelan bangunan dari Unit Bangunan Jabatan Perancangan Bangunan dan

Lanskap. Buka fail dan daftar dalam Buku Daftar fail. Jika bangunan baru buka fail dan jika ada fail

teruskan tindakan untuk kerja-kerja lawat periksa. Temujanji akan dibuat dengan pemilik harta untuk

mengadakan lawat periksa ke atas harta tersebut. Data-data berhubung dengan harta dan pemilik

harta tersebut akan diambil. Bagi bangunan yang didapati tidak sama dengan pelan bangunan, kerja

ukuran keluasan dan lukisan pelan secara kasar perlu dibuat. Serahkan Borang Penyata Pemilik /

Penyata Penduduk kepada pemilik / penduduk bangunan. Lukis semula pelan bangunan dengan

menggunakan mikrosof visio. Kiraan keluasan bangunan dibuat dengan menggunakan Kertas Nilaian.

Bagi tanah kosong, lawat periksa dilakukan ( jika perlu ).

Bagi membuat nilaian bagi maksud mendapat nilaian tahunan, rujukan akan dibuat ke atas fail-fail

kawalan bagi mendapatkan aras nilaian (tone of the assesment list) dimana harta yang akan dinilai

berada. Aras nilaian ini adalah analisis sewa pada tahun 1985 dari Jabatan Penilaian dan

Perkhidmatan Harta, Taiping. Setelah nilaian dibuat, data pemilik, data harta dan nilaian akan diinput

dalam Sistem e-PBT Menu Penilaian.

Notis Pindaan Senarai Nilaian

Notis Pindaan Senarai Nilaian perlu mendapat tandatangan Yang Dipertua / Setiausaha Majlis. Notis

yang telah ditandatangani diserahkan kepada pemilik untuk memberi peluang kepada pemilik untuk

membuat bantahan. Notis Pindaan Senarai Nilaian akan dikeluarkan dalam tempoh 40 hari. Senarai

harta yang akan dikenakan cukai taksiran perlu disediakan untuk mendapatkan pengesahan

Mesyuarat Penuh sebelum cukai taksiran dikuatkuasakan.

Bantahan

Bantahan terhadap Notis Pindaan Senarai Nilaian bertujuan memberi peluang seseorang yang

terkilan dengan cadangan nilai tahunan di dalam Notis Pindaan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Bantahan bermula daripada terima permohonan bantahan daripada pemilik harta dan direkodkan di

dalam fail. Laksanakan kerja-kerja lawatperiksa (jika perlu) untuk memastikan alasan bantahan boleh

diterima atau ditolak untuk tujuan menyediakan laporan. Teliti laporan lawatperiksa, sekiranya tidak

memenuhi kehendak Akta sediakan surat penolakan bantahan. Sekiranya memenuhi kehendak

Akta/munasabah senaraikan nama pemilik harta untuk Mesyuarat Pendengaran Bantahan. Sekiranya

Page 3: Akta Kerajaan Tempatan

tarikh Pendengaran Bantahan telah ditetapkan sediakan surat panggilan kepada pembantah dan Ahli

Jawatankuasa Penilaian. Sebelum sesi Pendengaran Bantahan, satu taklimat ringkas diberikan

kepada Ahli Jawatankuasa berkenaan bantahan ini. Pendengaran bantahan perlu didengar dan

diminitkan. Mesyuarat akan memutuskan untuk menerima atau menolak bantahan ini. Maklum

kepada pembantah berhubung keputusan Mesyuarat Pendengaran Bantahan.

Pengeluaran Bil Cukai Taksiran

Cukai Taksiran Am ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar seperti rumah kediaman,

kedai, kilang, hotal, stesen minyak dan tanah kosong yang terdapat di kawasan Maslis Daerah Gerik.

Bil Cukai Taksiran akan dikeluarkan separuh tahun pertama dan separuh tahun kedua setiap tahun

ke atas pegangan berkadar mengikut Seksyen 147, Akta 171.

Jadual Pengeluaran Bil Cukai Taksiran

Dua kali setahun iaitu : -

½ tahun pertama diproses 1 Januari setiap tahun – bayar sebelum 28 Februari

½ tahun kedua diproses 1 Julai setiap tahun – bayar sebelum 31 ogos

Mengelakkan Notis Dan Tindakan Waran Tahanan/Tindakan Mahkamah

Bayar segera sebelum 28 Februari / 31 Ogos setiap tahun.

Apakah Yang Perlu Dilakukan Jika Bil-bil Tidak Diterima

Hanya perlu membawa maklumat seperti No.Rumah, No.Lot, Nama Pemunya atau Bil Lama ke

Jabatan Penilaian, Majlis Daerah Gerik.

 Tuntutan Tunggakan Cukai Taksiran

Notis E

Proses Notis E bermula dengan mendapatkan senarai pemilik yang akan dikenakan Notis E daripada

Sistem e-PBT Modul Taksiran. Bagi amaun yang kurang daripada RM400.00 pengeluaran Bil Notis E

akan dicetak oleh pihak swasta. Bagi amaun lebih daripada RM400.00 Bil Notis E akan dikeluarkan

oleh Jabatan Penilaian secara berperingkat-peringkat. Setelah didaftarkan di dalam Buku Daftar Notis

E bil tersebut akan diserahkan kepada Bailif / Penghantar Notis. Bagi Notis yang beralamat tempatan

akan diserahkan sendiri oleh Bailif / Penghantar Notis dan beralamat di luar kawasan akan dipos.

Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 :-

Page 4: Akta Kerajaan Tempatan

Jika ada tunggakan masih terhutang dan belum dibayar hingga akhir bulan Februari atau hingga akhir

bulan Ogos dalam tiap-tiap tahun mengikut mana yang berkenaan, maka Majlis boleh menuntut

bersama dengan bayaran notis yang ditetapkan. Kadar Bayaran Notis E adalah seperti berikut : -

Cukai Taksiran Semasa yang Bayaran Notis

belum dibayar (Seksyen 147) dikenakan

Tidak melebihi RM 100 = RM4.00

RM100.01 – RM200 = RM5.00

RM200.01 – RM300 = RM6.00

RM300.01 – RM400 = RM7.00

RM400.01 – RM500 = RM8.00

Melebihi RM500.00 = RM2.00 bagi setiap tambahan RM100 @ sebahagian daripadanya

Bayaran sepenuhnya hendaklah dijelaskan dalam tempoh 15 hari dari tarikh Notis E dikeluarkan. Jika

gagal berbuat demikian waran tahanan akan dikeluarkan, (kos tahanan akan dibiayai oleh pemilik

pegangan) dan boleh mensita harta alih kepunyaan pemunya atau penduduk yang bertanggungan

membayarnya ( Seksyen 148, Akta 171 ).

Surat Peringatan

Setelah tamat tempoh Notis E iaitu 15 hari, Surat Peringatan pula akan dikeluarkan. Melalui Surat

Peringatan pemilik diberi tempoh 14 hari untuk menjelaskan bayaran.

Waran F

Sekiranya pemilik gagal menjelaskan bayaran selepas tamat tempoh Surat Peringatan, Waran F

( Waran Tahanan ) akan dikeluarkan. Pemilik yang menerima Waran F akan diberi tempoh 7 hari

untuk menjelaskan bayaran di bawah Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976. Waran Tahanan

akan dikenakan seperti di bawah :-

Amaun tunggakan Seksyen 148 (4) Bayaran Waran Tahanan

Tidak melebihi RM50.00 = RM3.00

RM50.01 – RM100 = RM6.00

Melebihi RM100.00 = RM6.00 bagi setiap tambahan RM100 @ sebahagian daripadanya.

 Penetapan Kadar Cukai Taksiran

Kadar Cukai Taksiran ditetapkan setelah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri.

Page 5: Akta Kerajaan Tempatan

Kadar yang telah diluluskan untuk Majlis Daerah Gerik adalah seperti berikut : -

Jenis Kadar %

Bangunan 6.5%

Harta Khas 6.5%

Tanah Kosong 4.5%

 

GIIKG

1.

2.

3.

4. Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171)

Memberikan Perkhidmatan-perkhidmatan Bandar Yang Cekap Dan Berkesan:

- Pengurusan Sisa Pepejal - Pembersihan Dan Pengindahan Kawasan - Penyenggaraan Parit Dan Longkang - Pembinaan Dan Penyenggaraan Jalan - Penyenggaraan Bangunan-bangunan Awam - Penyenggaraan Tempat-tempat Awam - Perlindungan Dan Pengawalan Kesihatan Awam- Penyenggaraan Tanah-tanah Perkuburan

Mengurus dan Mengawal Segala Peruntukan Kewangan Yang Diterima:

- Cukai Taksiran - Bayaran-bayaran Lesen & Denda - Geran Pelancaran - Geran Tahunan Menggunakan Kaedah Keseimbangan

Page 6: Akta Kerajaan Tempatan

- Geran Untuk Projek-projek Pembangunan - Geran Penyenggaraan Jalan

Melaksanakan Projek-projek Pembangunan Di Peringkat Tempatan:

- Perumahan - Perindustrian & Perdagangan - Kemudahan-kemudahan Rekreasi - Infrastruktur Bandaran

5. Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 1976 (Aktan 172)

Memainkan Peranan Sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Bagi Kawasan Pentadbirannya

Mengatur, Mengawal dan Merancang Pemajuan dan Penggunaan Semula Tanah dan bangunan dalam kawasannya

Mengusaha, Membantu dan Menggalakkan Pemungutan, Penyelenggaraan Dan Penyiaran Perangkaan, Buletin dan Monograf dan Lain-lain Yang Berhubung Dengan Perancangan Bandar dan Desa, dan Methodologinya

Melaksanakan Apa-apa Tugas Lain Yang Dipertanggungjawabkan ke atasnya dari semasa ke semasa Oleh Pihak Berkuasa Negeri.

6. Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133) Meluluskan Pelan Bangunan

Meluluskan Pelan Bangunan

Mengawal Untuk Memastikan Kerja-kerja Tanah Yang Dilaksanakan Mengikut Kehendak-kehendak Yang Ditetapkan

Memastikan Pembinaan Sesuatu Bangunan Adalah Mengikut Pelan Yang Diluluskan

Memastikan Penggunaan Sesuatu Bangunan Adalah Seperti Yang Diluluskan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan

Mengawal Penggunaan Bahan-bahan Mudah Terbakar Dalam Pembinaan Sesuatu Bangunan

Penyediaan Infrastruktur Untuk Sesuatu Pemajuan

Kawalan Ke Atas Bangunan Yang Berada Di Dalam Keadaan Bahaya

Pemeriksaan Berjadual Ke Atas Bangunan-bangunan Yang Sudah Siap

Mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO)

Undang-Undang Kecil

Page 7: Akta Kerajaan Tempatan

Apakah Undang-Undang Kecil?Undang-Undang Kecil atau 'by-laws' dalam bahasa Inggeris adalah perundangan subsidiari kepada undang-undang ibu. Ia digubal oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Perundangan subsidiari ini dikenali juga dengan nama Perintah, Kaedah, Peraturan dan sebagainya  

Pindaan

Undang-Undang KecilPindaan kepada undang-undang kecil yang telah diwartakan boleh dibuat daripada masa ke semasa berdasarkan keperluan mengikut prosedur penggubalan yang sama  

Kadar KompaunBerdasarkan Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan MPKB (Pindaan) 2002, perlanggaran mana-mana undang-undang kecil boleh dikompaun dan tawaran bayaran kompaun adalah sehingga maksima RM 500.00. Manakala kadar maksima kompaun kesalahan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) ialah RM 1,000.00.  

Penalti/Denda

Page 8: Akta Kerajaan Tempatan

Sekiranya tawaran kompoun tidak dijelaskan, perlanggaran mana-mana undang-undang kecil boleh didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penalti/denda sehingga RM2,000.00 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan yang berterusan selepas sabitan, denda boleh dikenakan maksima RM200.00 sehari.

Senarai Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam

Sehingga 2008, undang-undang kecil yang digunapakai di Majlis Perbandaran Kota Bharu

Bandar Raya Islam adalah sebagaimana berikut:

1   Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran MPKB 1983

2  Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau MPKB 1983

3  Undang-Undang Kecil Pasar MPKB 1986

4  Undang-Undang Kecil Iklan MPKB 1990

5  Undang-Undang Kecil Taman MPKB 1986

6  Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut MPKB 1986

7  Undang-Undang Kecil Penjaja MPKB 1986

8  Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan MPKB 1986

9  Undang-Undang Kecil Pengawalan dan Penyeliaan Establisymen Makanan MPKB 1987

10  Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan MPKB 1985

11  Undang-Undang Kecil Kecil Tempat Letak Kereta Persendirian MPKB 1987

12  Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah MPKB 1985

13  Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPKB 1985

14  Undang-Undang Kecil Rumah Tumpangan MPKB 1989

15  Undang-Undang Kecil Tandas Awam MPKB 1990

16  Undang-Undang Kecil Iklan Pilihanraya MPKB 1989

17  Undang-Undang Kecil Kedai Dobi MPKB 1990

18  Undang-Undang Kecil Vandalisme  MPKB 1994

Page 9: Akta Kerajaan Tempatan

19  Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing MPKB 1995

20  Undang-Undang Kecil Kerja Tanah MPKB 1990

21  Kaedah-Kaedah Pegawai MPKB (Kelakuan Dan Tatatertib) 1983

22  Perintah (Tempat-Tempat Letak Kereta) (Kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu) 1985

23  Perintah Pengangkutan Jalan (Letak Kereta Bermeter) MPKB 2000

24  Perintah Lalulintas Jalan (Larangan Ke Atas Penggunaan Jalan ) MPKB 2002

25  Perintah Tetap MPKB 2001

26  Perintah Tetap Tatacara Kompaun MPKB-BRI 2006

27  Perintah Tetap Tatakelakuan Anggota Penguatkuasaan MPKB-BRI 2007

 Senarai Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu (Pindaan)

Sehingga 2004, undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu (Pindaan) adalah

sebagaimana berikut:-

1  Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran MPKB (Pindaan) 1987

2  Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau MPKB (Pindaan) 2003

3  Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut MPKB (Pindaan) 2003

4  Undang-Undang Kecil Penjaja MPKB (Pindaan) 2003

5  Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan MPKB (Pindaan) 1990

6  Undang-Undang Kecil Pengawalan dan Penyeliaan Establisymen Makanan MPKB (Pindaan)

1989

7  Undang-Undang Kecil Pengawalan dan Penyeliaan Establisymen Makanan MPKB (Pindaan)

2003

8  Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan MPKB (Pindaan) 2002

Page 10: Akta Kerajaan Tempatan

9  Undang-Undang Kecil Rumah Tumpangan MPKB (Pindaan) 2003

10  Undang-Undang Kecil Pasar MPKB (Pindaan) 2004

11  Undang-Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian MPKB (Pindaan) 2004

12  Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan & Perindustrian MPKB (Pindaan) 2002

13  Perintah Pengangkutan Jalan (Letak Kereta Bermeter) MPKB-BRI (Pindaan) 2007

(Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan jabatan undang – undang)

Latar Belakang Majlis Perbandaran Kota Bharu

Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) adalah organisasi Majlis Kerajaan Negeri yang

menjalankan operasi di sekitar bandar Kota Bharu yang meliputi 65 seksyen. Keluasan

kawasan pentadbirannya ialah 115.64 kilometer persegi yang merangkumi kawasan dari

Pantai Cahaya Bulan ke Pantai Sabak di sebelah utara, kawasan yang bersempadan dengan

kawasan Batu 5, Jalan Pasir Mas dan Jalan Kuala Krai ke jambatan Pasir Tumboh di

sebelah selatan, Sungai Pengkalan Datu dan Wakaf Stan di sebelah timur dan disebelah

barat Sungai Kelantan.

Page 11: Akta Kerajaan Tempatan

Kawasan MPKB adalah merupakan nodus pembangunan bagi Negeri Kelantan dengan

terletaknya bandar Kota Bharu sebagai pusat pentadbiran, perdagangan dan kewangan.

Manakala Pengkalan Chepa sebagai pusat perindustrian dan Kubang Kerian sebagai Pusat

Institusi.

Bandar Kota Bharu telah ditubuhkan pada tahun 1844 dan diisytiharkan sebagai pusat

pemerintahan Negeri Kelantan oleh Kebawah Duli Yang Mulia Al-Marhum Sultan

Muhammad Ke-II. Pada tahun 1936, bandar Kota Bharu dinaik tarafkan sebagai Majlis

Bandaran Kota Bharu (MBKB). MBKB telah dimansuhkan dan ditukarkan kepada Lembaga

Bandaran pada tahun 1971. Pada tahun 1978 Lembaga Bandaran Kota Bharu disusun semula

dan dinaik tarafkan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu pada tahun 1978.

OBJEKTIF

Memperkemaskan jentera pentadbiran Majlis supaya menjadi pihak Berkuasa Tempatan yang melaksanakan segala tindakan berasaskan perancangan yang teratur dan tersusun

Memperkukuhkan kewangan majlis dengan mempertingkatkan keupayaan jentera pungutan hasil dan mengenal pasti punca-punca hasil baru

Mempertingkatkan perkhidmatan perbandaran dengan memberi penekanan kepada aspek kebersihan dan keindahan bandar

Mempertingkat program pembangunan insan untuk melahirkan wargakota yang berwibawa seterusnya menyumbang ke arah pembangunan fizikal dan rohani selaras dengan Kota Bharu Bandar Raya Islam

Mengutamakan dan menggalakkan penglibatan masyarakat di dalam aktiviti dan program pembangunan majlis

Mempertingkatkan langkah-langkah pembasmian aktiviti maksiat dan kemungkaran dalam kawasan majlis

 

Page 12: Akta Kerajaan Tempatan

Visi

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam sebagai sebuah organisasi yang unggul akan membangun dan memajukan bandar Kota Bharu sebagai sebuah Bandaraya Islam yang bersih, indah dan berdikari berteraskan dasar Membangun Bersama Islam

 

Misi

Membawa kemakmuran dan kesejahteraan hidup kepada warga kota dan mempertingkatkan kemajuan sosio-ekonomi serta memberi sumbangan yang besar kepada pertumbuhan ekonomi bandar Kota Bharu khasnya dan negeri Kelantan amnya

FUNGSI

Menyediakan perkhidmatan perbandaran yang sempurna kepada warga kota supaya dapat mewujudkan persekitaran yang bersih, indah dan selesa

Merancang dan menyusun pembangunan dengan kemas dan teratur

Membangunkan projek-projek sosio ekonomi serta kemudahan-kemudahan riadah

Menguatkuasakan undang-undang bagi menjamin kesejahteraan warga kota

LOGO MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU

 

 

 

5K (KAF)melambangkan 5 teras kota bharu bandaraya islam iaitu keilmuan, kepatuhan, kebajikan, kebersihan dan kesejahteraan. 

Page 13: Akta Kerajaan Tempatan

 

Bilah sisipmelambangkan 6 rukun iman.

 

Bulan sabitmelambangkan kesyumulan islam dan bentuknya yang condong melambangkan islam dinamik dan futuristik.

 

Bunga kerak nasibunga rasmi kota bharu bandaraya islam mempunyai 5 kelopak melambangkan 5 rukun islam.

 

Warna hijauadalah warna islam, islam sebagai ad-deen mencakupi hubungan manusia dengan tuhan, manusia sesama manusia dan manusia bersama alam sekitar menepati konsep “rahmatan Lil’alamin” yang menjamin kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan. Warna hijau melambangkan kesejahteraan dimana kehidupan warganya sentiasa “segar bugar” (rohani dan  jasmani)

 

Mahkotalambang kedaulatan raja sebagai ketua agama negeri Kelantan

 

Warna merahadalah warna rasmi negeri Kelantan melambangkan jati diri rakyat Kelantan,kesepaduan tekad dan komitmen, keberanian dan kecekalan dalam menegakkan kebenaran dan menghadapi cabaran

 

Pintu gerbang istana balai besarlambang kota bharu kota budaya dan kesenian negeri Kelantan

 

Al-Quran dan Rehalsebagai ikon kota bharu bandaraya islam

Page 14: Akta Kerajaan Tempatan

 

Tianglambang pembangunan dan kemajuan kota bharu bandaraya islam

PIAGAM PELANGGAN

”Mewujudkan Bandar Raya Islam yang Berdikari dan sempurna”

Piagam Pelanggan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam  

1. Mempertingkatkan kualiti penghidupan bandar melalui perancangan dan perkhidmatan yang cekap, adil dan mesra. 

2. Memastikan segala projek pembangunan majlis dilaksanakan dengan baik, berkualiti dan tidak membazir.

3. Memastikan kesihatan awam terjamin melalui peningkatan aktiviti dan kawalan kebersihan di semua tempat. 

4. Memastikan semua pelanggan mendapat layanan sempurna dan memproses segala permohonan dengan kadar yang segera. 

5. Memastikan penyusunan dan pengawasan pembangunan yang berkesan dan terancang. 

6. Mewujudkan program keindahan bandar secara menyeluruh ke arah menjadikan Bandar Kota Bharu hijau dan berbunga. 

7. Memastikan setiap aduan yang diterima diambil tindakan segera.

8. Menjamin perlindunagn masyarakat melalui undang-undang dan memastikan tindakan undang-undang dijalankan dengan adil dan saksama. 

9. Berusaha mengekal dan memelihara imej bandar Kota Bharu sebagai Bandar Berbudaya.

MOTTO

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Yang Di Pertua

Foto Nama Telefon Pejabat / Email

 

 

Dato' Hj Ahmad Bin Mahmood

09 748 3333

[email protected]

Page 15: Akta Kerajaan Tempatan

 

Setiausaha

Foto Nama Telefon Pejabat / Email

En Nazran B Muhammad

09 748 3792

[email protected]

 

Jabatan Khidmat Pengurusan

Foto Nama Pegawai / Jawatan Telefon Pejabat / Email

En Mohd Fauzi b Abd Rahim  

Ketua Penolong Pengarah Pentadbiran

09 747 2009

[email protected]

Tn. Hj. Ramly Bin Che Hussin

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaansamb:2116

[email protected]

Khairulzani b Said

Ketua Penolong Pengarah Taknologi Maklumat

samb: 2263

[email protected]

Pn Pauziah bt Ismail

Penolong Pengarah Pentadbiran

samb: 2206

[email protected]

Page 16: Akta Kerajaan Tempatan

En Zulkarnaim B Hamzah

Penolong Pengarah Perkhidmatan

samb: 2171

[email protected]

Jabatan Undang-undang

Foto Nama Pegawai / Jawatan Telefon Pejabat / Email

Hjh Khairiah bt Mohamed

Penolong Pengarah Undang-undang

ext: 2169

[email protected]

 

Jawatan Kewangan

Foto Nama Pegawai / Jawatan Telefon Pejabat / Email

Tuan Hj Zulkifli B Ibrahim

Pengarah Kewangan

09 747 2001

[email protected]

Cik Maslinda Mahmood

Penolong Pengarah Perolehan

samb: 2223

[email protected]

Pn. Nur Shasni bt Mat Rusok

Penolong Pengarah Letak Kereta09 7444101

[email protected]

Page 17: Akta Kerajaan Tempatan

Pn Hjh Bibi Hazainab Haron

Penolong Pengarah Kewangan & Akaun

samb: 2119

[email protected]

Jabatan Kejuruteraan

Foto Nama/Bahagian Telefon Pejabat / Email

En Razak Ismail

Pengarah Kejuruteraan

09 747 2010

[email protected]

En. Ahmad Nassim Bin Dato' Ahmad Maher

Ketua Penolong Pengarah Kejuruteraan

samb: 2126

[email protected]

Tn. Hj. Baser Bin Yaacob

Pembantu Teknik Kanan Bangunan dan Elektrik

samb: 2192

[email protected]

En Wan Zulkiflee Wan Mustafar

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan

Bahagian Pembentongan

samb: 2165

Page 18: Akta Kerajaan Tempatan

En Fauzul B Awang Lah

Pembantu Teknik Mekanikal09 7747466

 

Jabatan Perlesenan

Foto Nama/Bahagian Telefon Pejabat / Email

Tn. Hj. Azhar Bin Abd. Sattar

Pengarah Pelesenan

09 747 2008

[email protected]

Pn Che Gayah bt Jaafar

Penolong Pengarah Pelesenan

samb: 2159

[email protected]

 Jabatan Kemasyarakatan

Foto Nama/Bahagian Telefon Pejabat / Email

Tn. Hj. Ropien Bin Hassan

Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Masyarakat

09 7444101

[email protected]

Wan Mohd Sharafi Bin Wan Mustaffa

Penolong Pengarah Pembangunan Insan

09 7444101

[email protected]

Page 19: Akta Kerajaan Tempatan

 

Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta

Foto Nama/Bahagian Telefon Pejabat / Email

Tuan Hj Che Abd Aziz Abd Rashid

Pengarah Penilaian

09 747 2000

[email protected]

En Helmi Bin Abdullah

Penolong Pengarah Penilaian

samb:2143

[email protected]

En Nazmi Mohamad

Penolong Pegawai Penilaian Bahagian Pengurusan

Harta

samb: 2167

HJ CHE ABD AZIZ BIN ABD. RASHIDPENGARAH PENILAIAN                  BAHAGIAN PENILAIAN              EN HELMI BIN ABDULLAHPENOLONG PENGARAH PENILAIAN       FUNGSI BAHAGIAN :

Mengekalkan dan mengemaskinikan Senarai Nilaian Majlis dengan membuat pindaan terhadap bangunan-bangunan yang baru dibina semula sebagaimana peruntukkan seksyan 141 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976

Megemaskinikan rekod maklumat harta yang dicukai, urusan ini meliputi tugas-tugas membuat semakan ke atas butiran maklumat harta sebagaimana yang terdapat di pejabat tanah

 Menilai dan menyediakan laporan penilaian lagi maksud pengambilan tanah

Menyediakan dan membuat penilaian semula setiap lima tahun atau dalam tempoh yang dilanjutkan sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak Berkuasa Negeri

Page 20: Akta Kerajaan Tempatan

Menguruskan tuntutan ulangan balik hasil terhadap bangunan-bangunan yang tidak diduduki seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 162 Akta Kerajaan Tempatan 1976

 Mmbuat pemeriksaan ke atas harat-harta yang dilaporkan runtuh/roboh/terbakar untuk maksud pengahapusan cukai

Menentukan kedudukan harta-harta di bawah caruman mmbantu kadar untuk harta-harta kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan-badan Berkanun.

 Memproses harta-harta untuk penukaran hakmilik serta memproses surat-surat rayuan yang diterima dan surat-surat yang berkaitan dengan permohonan penyewaan daripada orang ramai

                   No. Telefon/sambungan : 2143, 2109, 2183, 2107                   BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA             EN NAZMI BIN MOHAMADPENOLONG PENGARAH PENGURUSAN HARTA       FUNGSI BAHAGIAN :

    Menguruskan penyewaan harta –harta milik Majlis kepada orang ramai     Menyediakan perjanjian penyewaan antara Majlis dengan penyewa

    Menguruskan kerja – kerja pencucian, pembersihan bangunan pejabat

    Menguruskan Dewan Jubli Perak serta Kompleks sukan MPKB dipadang Perdana

    Mengawalselia penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama di bawah akta  663                  No. Telefon/sambungan : 2167, 2189, 2191   

HJ CHE ABD AZIZ BIN ABD. RASHIDPENGARAH PENILAIAN                  BAHAGIAN PENILAIAN              EN HELMI BIN ABDULLAHPENOLONG PENGARAH PENILAIAN       FUNGSI BAHAGIAN :

Mengekalkan dan mengemaskinikan Senarai Nilaian Majlis dengan membuat pindaan terhadap bangunan-bangunan yang baru dibina semula sebagaimana peruntukkan seksyan 141 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976

Megemaskinikan rekod maklumat harta yang dicukai, urusan ini meliputi tugas-tugas membuat semakan ke atas butiran maklumat harta sebagaimana yang terdapat di pejabat tanah

 Menilai dan menyediakan laporan penilaian lagi maksud pengambilan tanah

Menyediakan dan membuat penilaian semula setiap lima tahun atau dalam tempoh yang dilanjutkan sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak Berkuasa Negeri

Menguruskan tuntutan ulangan balik hasil terhadap bangunan-bangunan yang tidak diduduki seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 162 Akta Kerajaan Tempatan 1976

Page 21: Akta Kerajaan Tempatan

 Mmbuat pemeriksaan ke atas harat-harta yang dilaporkan runtuh/roboh/terbakar untuk maksud pengahapusan cukai

Menentukan kedudukan harta-harta di bawah caruman mmbantu kadar untuk harta-harta kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan-badan Berkanun.

 Memproses harta-harta untuk penukaran hakmilik serta memproses surat-surat rayuan yang diterima dan surat-surat yang berkaitan dengan permohonan penyewaan daripada orang ramai

                   No. Telefon/sambungan : 2143, 2109, 2183, 2107                   BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA             EN NAZMI BIN MOHAMADPENOLONG PENGARAH PENGURUSAN HARTA       FUNGSI BAHAGIAN :

    Menguruskan penyewaan harta –harta milik Majlis kepada orang ramai     Menyediakan perjanjian penyewaan antara Majlis dengan penyewa

    Menguruskan kerja – kerja pencucian, pembersihan bangunan pejabat

    Menguruskan Dewan Jubli Perak serta Kompleks sukan MPKB dipadang Perdana

    Mengawalselia penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama di bawah akta  663                  No. Telefon/sambungan : 2167, 2189, 2191   

HJ CHE ABD AZIZ BIN ABD. RASHIDPENGARAH PENILAIAN                  BAHAGIAN PENILAIAN              EN HELMI BIN ABDULLAHPENOLONG PENGARAH PENILAIAN       FUNGSI BAHAGIAN :

Mengekalkan dan mengemaskinikan Senarai Nilaian Majlis dengan membuat pindaan terhadap bangunan-bangunan yang baru dibina semula sebagaimana peruntukkan seksyan 141 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976

Megemaskinikan rekod maklumat harta yang dicukai, urusan ini meliputi tugas-tugas membuat semakan ke atas butiran maklumat harta sebagaimana yang terdapat di pejabat tanah

 Menilai dan menyediakan laporan penilaian lagi maksud pengambilan tanah

Menyediakan dan membuat penilaian semula setiap lima tahun atau dalam tempoh yang dilanjutkan sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak Berkuasa Negeri

Menguruskan tuntutan ulangan balik hasil terhadap bangunan-bangunan yang tidak diduduki seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 162 Akta Kerajaan Tempatan 1976

 Mmbuat pemeriksaan ke atas harat-harta yang dilaporkan runtuh/roboh/terbakar untuk maksud pengahapusan cukai

Page 22: Akta Kerajaan Tempatan

Menentukan kedudukan harta-harta di bawah caruman mmbantu kadar untuk harta-harta kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan-badan Berkanun.

 Memproses harta-harta untuk penukaran hakmilik serta memproses surat-surat rayuan yang diterima dan surat-surat yang berkaitan dengan permohonan penyewaan daripada orang ramai

                   No. Telefon/sambungan : 2143, 2109, 2183, 2107                   BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA             EN NAZMI BIN MOHAMADPENOLONG PENGARAH PENGURUSAN HARTA       FUNGSI BAHAGIAN :

    Menguruskan penyewaan harta –harta milik Majlis kepada orang ramai     Menyediakan perjanjian penyewaan antara Majlis dengan penyewa

    Menguruskan kerja – kerja pencucian, pembersihan bangunan pejabat

    Menguruskan Dewan Jubli Perak serta Kompleks sukan MPKB dipadang Perdana

    Mengawalselia penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama di bawah akta  663           

      No. Telefon/sambungan : 2167, 2189, 2191    

You have reached the cached page for http://www.efka.utm.my/thesis/images/3PSM/2004/3JGP/Part1/NORASIMAHF.docBelow is a snapshot of the Web page as it appeared on 8/20/2010. This is the version of the page that was used for ranking your search results. The page may have changed since it was last cached. To see what might have changed (without the highlights), go to the current page.You searched for: JABATAN PENILAIAN MPKB We have highlighted matching words that appear in the page below.Yahoo! is not responsible for the content of this page.

   

BAB I    

PENGENALAN    

1.0 PENGENALAN  

Page 23: Akta Kerajaan Tempatan

      Sistem letak kereta adalah salah satu cabang dalam bidang kejuruteraan dan ianya adalah salah satu daripada tugas-tugas Jurutera Lalulintas. Tempat letak kereta adalah penting untuk dibuat kajian bagi mengetahui samada ianya mencukupi keperluan semasa atau sebaliknya.Tempat letak kereta boleh di definasikan sebagai satu kawasan perletakan atau penyimpanan bagi kenderaan yang tidak bergerak dan dimatikan enjinnya di sesuatu kawasan. Ianya merupakan satu kemudahan kepada pemandu-pemandu meletak atau menyimpan kenderaan untuk menjalankan urusan masing-masing. Kepadatan tempat meletak kereta dapat diukur dalam kenderaan perluas kawasan atau kenderaan per panjang jalan.   

      Kemudahan tempat meletak kereta merupakan kunci utama dalam menyediakan sesuatu perancangan dan pengawalan lalu lintas dan merupakan satu asas dalam menyediakan dasar pengangkutan yang sempurna dalam sesuatu kawasan. 

      Perkembangan dan kemajuan pesat di sesebuah kawasan akan mengakibatkan sistem lalu lintas juga akan meningkat dan dengan secara tidak langsung akan menyebabkan permintaan terhadap keperluan tempat meletak kereta juga bertamabah.  

      Dalam kajian tempat meletak kereta, kita perlu tahu masalah yang sebenarnya, kemudahan yang sediada bersesuaian atau tidak, kesan terhadap lalu lintas dan juga kesan pada persekitaran perlu dipertimbangkan dalam penilaian masalah perletakan kereta. Disamping membuat kajian terhadap pergerakan kenderaan, kajian terhadap kenderaan berhenti juga adalah sangat penting. Setelah kenderaan sampai ke distinasi masing-masing, pemandu akan memandu secara perlahan-lahan untuk mencari tempat meletak kenderaan.   

      Beberapa kaedah bancian tempat meletak kereta yang boleh dijalankan mengikut jenis dan saiz kawasan kajian. Daripada kaedah kajian ini dapat mengambarkan keadaan sebenar sistem letak kereta yang sediada ataupun untuk penyediaan tempat meletak kereta yang baru. Daripada data-data yang diperolehi dapat menyediakan polisi-polisi perletakan kereta disamping ciri-ciri dan kawalan tempat perletakan kereta yang diperlukan.    

1.1 SEJARAH TEMPAT MELETAK KERETA  

      Jika dilihat daripada segi sejarah, kemudahan tempat meletak kereta telah diadakan sejak zaman pemerintahan Kaiser Juleus di Rom lagi dan beliau juga telah mengadakan undang-undang melarang kenderaan yang berlebihan daripada memasuki Bandaraya Rom pada masa yang tertentu yang boleh mengakibatkan kesesakan lalulintas. Ini bermakna tempat letak kereta bukanlah merupakan satu fenomena yang baru wujud masa kini. Ianya telah wujud sejak zaman dahulu lagi.  

      Pada abad ke-18 dan ke-19 di England telah berlakunya Revolusi Perindustrian yangmenyebabkan pembangunan terhadap kemudahan pengangkutan seperti keretapi dan juga sistem pengangkutan jalanraya yang bermula pada tahun 1825. Pertambahan penduduk

Page 24: Akta Kerajaan Tempatan

dan juga perkembangan perindustrian yang berpusat di kawasan bandar juga menyebabkan penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta juga bertambah. Oleh kerana di bandar yang telah pesat membangun, perancangan yang baru merangkumi rangkaian jalanraya, sistem pengangkutan keretapi dan penempatan penduduk telah dibuat. Di negara-negara Eropah seperti Belgium, Perancis dan German juga berlaku keadaan seperti ini.  

      Pengguna kenderaan bermotor terus bertambah menjelang abad ke-20. Kepentingannya sebagai kemudahan pengangkutan serta kemajuan rekabentuk kenderaan itu sendiri telah menarik minat orang ramai untuk memiliki kenderaan sendiri. Dengan bertambahnya bilangan kenderaan sudah pastinya permintaan terhadap kemudahan meletak kenderaan juga bertambah.    

1.2 KEPENTINGAN TEMPAT MELETAK KERETA  

      Tempat meletak kereta perlu disediakan untuk kemudahan orang ramai meletak kereta mereka dengan mudah dan selamat untuk mereka mereka menjalankan sesuatu urusan. Kemudahan tempat meletak kereta yang disediakan mestilah mempunyai kawalan keselamatan supaya pemandu tidak perlu bimbang terhadap kereta mereka yang ditinggalkan. 

      Memang tidak dapat dinafikan tentang kepentingan tempat meletak kereta selaras dengan peningkatan penggunaan kereta pada masa kini. Pihak berkuasa perlu menyediakan tempat meletak kereta disetiap kawasan atau bangunan yang menjadi tumpuan orang ramai atau kelompok-kelompok tertentu tidak kira samada ia terletak di kawasan bandar atau pun di luar bandar. Contohnya seperti dikawasan kolej dan universiti, hospital, stadium, kompleks membeli belah, pejabat dan lain-lain lagi.  

      Kekurangan tempat meletak kereta akan menyebabkan kesesakan serta memberi pemandangan yang tidak elok disamping pencemaran lain seperti bunyi bising dan udara. Dari segi ekonomi juga berlakunya pembaziran kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih dari segi penggunaan minyak.  

      Penyediaan tempatmeletak kereta yang cukup dapat memenuhi permintaan yang datang daripada para pemandu terutamanya pada masa puncak. Ini akan dapat mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas di jalanraya. Tempat meletak kereta yang tidak dapat memenuhi keperluan dan permintaan pemandu akan menyebabkan pergerakan kereta di jalanraya akan menjadi semakin lambat dan sesak akibat jumlah kereta yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan kurangnya aliran tepu di kawasan jalan tersebut.  

      Untuk mengelakkan daripada berlakunya kesesakan lalulintas di jalanraya, penyediaan tempat meletak kereta yang cukup adalah diperlukan. Orang ramai akan berpuashati untuk meletak kereta mereka apabila berkunjung ke sesuatu tempat. 

Page 25: Akta Kerajaan Tempatan

   

1.3 KAEDAH-KAEDAH KAJIAN RUANG LETAK KERETA  

      Kaedah-kaedah yang dijalankan ke atas ruang meletak kereta adalah bertujuan untuk memastikan keberkesanan sistem ruang letak kereta dan juga untuk mendapatkan bilangan ruang letak kereta yang diperlukan. Penyediaan ruang letak kereta bergantung kepada faktor ekonomi dan sosial. Kebanyakan permintaan ruang letak kereta di bandar besar dan sederhana memerlukan permintaan yang tinggi dan biasanya pihak pengurusan tidak dapat memenuhi permintaan tersebut. Antara masalah yang menghalang kelancaran perancangan ruang meletak kereta secara tepat dan berkesan adalah :-  

a. Pertambahan bilangan penduduk pada masa hadapan bagi kawasan kajian. b. Aras pemilikan kereta pada tahun rekabentuk.

c. Bilangan dan kadar perjalanan perseorangan.

d. Kadar perjalanan harian yang wujud semasa waktu perjalanan harian biasa dan waktu perjalanan puncak.

e. Muatan jalan yang menuju kekawasan kajian.

f. Hubungan antara jumlah tumpuan pengguna ruang letak kereta tempoh puncak dengan jumlah ruang letak kereta keseluruhan.

g. Tempoh letak kereta bagi pelbagai kategori pengguna ruang letak kereta.

h. Masa yang dipertimbangkan bagi tujuan perancangan.

i. Pertambahan luas lantai bagi kawasan kajian yang sedang dalam pembinaan.

j. Perubahan tarikan terhadap kawasan yang berkenaan selepas pembangunan.

  

      Butiran yang di atas perlu diberi perhatian yang serius bagi mendapatkan penilaian yang lebih realistik dan keputusan yang dibuat lebih tepat. Dengan keputusan yang tepat keperluan permintaan ruang letak kereta pada masa hadapan dapat dikurangkan. Jumlah ruang meletak kereta yang diperlukan adalah berkadar terus dengan pertambahan bilangan penduduk dan perkembangan kawasan kajian.    

1.4 LATARBELAKANG KAJIAN  

Page 26: Akta Kerajaan Tempatan

      Di Malaysia, sehingga ke akhir tahun 1970-an, Pihak Berkuasa Tempatan tidak begitu mengambil berat tentang menyediakan tempat letak kereta di pusat bandar. Bahkan banyak perhatian diberi bagi mengurangkan bilangan tempat letak kereta dilorong dan mengimbangi tempat letak kereta ini yang dikendalikan oleh orang awam (dalam lorong dan sisi lorong) dengan berbagai-bagai bentuk pengawalan. Tetapi penguasaha tempat letak kereta ini biasanya hanya memikirkan tentang pulangan ekonomi yang baik sahaja tanpa memikirkan dan tanpa memberi banyak perhatian tentang tempat letak kereta yang strategi di pusat bandar.  

      Kepincangan pengawalan atau pengurusan tempat letak kereta ini mula diatasi pada akhir tahun 1980-an dimana apabila Pihak Berkuasa Tempatan diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen kepada pengusaha-pengusaha persendirian tempat letak kereta di sisi lorong dalam kawasan bandar. Pengusaha-pengusaha tempat letak kereta ini diberi syarat-syarat berikut :-  

a. Had bilangan tempat letak kereta. b. Nisbah petak yang perlu disediakan untuk berlainan kategori kenderaan.

c. Kadar bayaran bagi berbagai-bagai jenis kenderaan.

d. Masa dibuka dan ditutup.

      Peranan dasar dan strategi tempat letak kereta ini perlulah difikirkan dari semasa ke semasa kerana semakin maju sesebuah negara maka akan bertambahlah jumlah kenderaan di atas jalanraya dan secara tidak langsung maka tempat letak kereta perlulah ditambah dari masa ke semasa dan untuk tidak mendatangkan banyak masalah di kemudian hari, maka sistem pengurusan hendaklah diambil berat oleh semua golongan.    

1.5 OBJEKTIF KAJIAN  

      Kajian tempat letak kereta dijalankan bertujuan untuk mengetahui samada ianya mencukupi ataupun tidak bagi kawasan Medan Letak Kereta Pantai Jaya, Jalan Pintu Pong, Kota Bharu, Kelantan. Ini adalah kerana kawasan ini sering berlaku kesesakan lalulintas akibat pemandu yang memandu dengan perlahan untuk mencari tempat letak kereta pada satu-satu masa tertentu. Disamping itu, kawasan ini adalah kawasan pusat bandar dan ianya berhampiran dengan pasaraya, pasar, bank, farmasi, kedai makan dan sebagainya.  

      Tempat letak kereta merupakan asas kepada pengawalan sistem lalulintas di kawasan pusat bandar ataupun tempat-tempat tumpuan orang ramai menjalankan urusan harian. Oleh kerana itu, saya akan cuba untuk mengatasi serta memperbaiki sistem yang sediada agar dapat mempertingkatkan lagi keberkesanan pengurusan dan pengawalan tempat letak kereta. Satu kajian perlu dilakukan sehinggalah siap agar ia dapat membantu sistem yang telah dilaksanakan.  

Page 27: Akta Kerajaan Tempatan

      Dalam keadaan negara yang sedang pesat membangun, kenderaan dijalan raya semakin banyak dan ianya memerlukan tempat letak kereta yang selamat dan sesuai dengan tempat urusan masing-masing. Tempat-tempat yang biasa menjadi tumpuan orang ramai dan sering berlaku kekurangan tempat letak kereta ialah seperti di bank, pasar raya, jabatan kerajaan yang berurusan dengan orang ramai dan lain-lain lagi. Dengan ini, diharap kajian yang akan saya laksanakan nanti akan dapat membantu mengatasi masalah kekurangan dan pengurusan tempat letak kereta.    

1.6 SKOP KAJIAN  

      Oleh kerana peruntukkan masa yang terhad untuk menyiapkan Projek Sarjana Muda ini, maka hanya skop-skop kerja yang tertentu sahaja digariskan untuk mencapai objektif kajian. Kerja-kerja yang dikaji hanyalah melibatkan tentang pengurusan tempat letak kereta yang terlibat sahaja. Dalam hal ini hanyalah dua (2) perkara sahaja yang ditumpukan iaitu :-  

a. Kajian ditumpukan di Medan Letak Kereta Pantai Jaya, Jalan Pintu Pong, Kota Bharu, Kelantan.

b. Kajian hanyalah tentang pengurusan tempat letak kereta yang terlibat sahaja.

  

      Beberapa kaedah bancian tempat letak kereta perlu dijalankan. Melalui bancian yang dibuat, maka keputusan tentang keperluan tempat letak kereta akan diketahui dan digambarkan dengan jelas. Analisa juga akan dapat dijalankan samada perlu penyediaan tempat letak kereta yang baru ataupun sebaliknya.  

Dalam kajian yang dibuat dikawasan Medan Letak Kereta Pantai Jaya, kaedah bancian kandang atau bancian keliling dijalankan. Melalui kaedah ini, jumlah kereta yang masuk dan keluar dalam sesuatu tempoh masa yang ditetapkan akan dicatat. Perbezaan di antara kereta yang masuk dan keluar akan memberikan jumlah kereta yang terkumpul dalam kawasan tersebut mengikut tempoh yang ditetapkan.  

      Selain daripada itu, penilaian permintaan meletak kereta juga dilakukan. Untuk membuat anggaran berkenaan permintaan tempat letak kereta ini memerlukan teknik kajian mengikut perkembangan semasa yang mana soal selidik atau temuramah pemandu-pemandu kereta di kawasan kajian atau pihak yang bertanggungjawab dalam penyediaan tempat letak kereta di Medan Letak Kereta Pantai Jaya dilakukan. Melalui kaedah ini, gambaran tentang permintaan yang berlebihan atau berkurangan diperolehi. Perbezaan di antara permintaan dan penyediaan tempat letak kereta membolehkan pernilaian dibuat bagi menentukan keluasan tempat letak kereta yang diperlukan.  

Page 28: Akta Kerajaan Tempatan

      Daripada hasil kajian yang dijalankan, didapati bahawa jangkaan menunjukkan keperluan tempat letak kereta di kawasan ini adalah tidak mencukupi kerana permintaan yang terlalu tinggi terutamanya dalam satu-satu masa tertentu. Ini adalah kerana kawasan ini adalah kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai untuk menjalankan pelbagai urusan semasa.            

BAB II    

HUBUNGAN MEDAN LETAK KERETA PANTAI JAYA DENGAN KEPERLUAN TEMPAT LETAK KERETA

DI BANDAR KOTA BHARU    

2.1 LATARBELANG KEPERLUAN MEDAN LETAK KERETA PANTAI JAYA.  

      Perancangan pembangunan sesuatu kawasan memerlukan satu penilaian yang mendalam dan teliti bagi keselesaan penduduk kawasan tersebut dan memastikan keadaan persekitaran tidak terjejas akibat kesesakan lalulintas di jalanraya. Sesuatu perancangan yang dibuat seharusnya akan dapat menampung pertambahan penduduk dan kemajuan lain dimasa akan datang.  

      Salah satu kemajuan yang telah pun dilihat ialah bertambahnya kenderaan di jalanraya – jalanraya dan dengan secara tidak langsung bertambahlah juga tempat letak kereta. Keadaan ini adalah disebabkan oleh pertambahan keperluan individu disamping itu juga ia adalah disebabkan oleh kemajuan dan pembahuruan terhadap rekabentuk kenderaan.  

      Setip kawasan mempunyai ciri – ciri dan persekitaranya yang tersendiri. Oleh itu, sesuatu perancangan pembinaan dan kemudahan di sekitar Jalan Pintu Pong perlu dilaksanakan. Maka, penilaian yang teliti perlu dilakuakn agar memenuhi keselesaan semua pengguna jalan raya. Keperluan kepada tempat letak kereta adalah disebabkan oleh faktor sosio ekonomi

Page 29: Akta Kerajaan Tempatan

yang semakin bertambah. Ini secara tidak langsung menyebabkan semakin ramai yang menggunakan kereta dalam sebarang urusan harian. Oleh yang demikian, perancangan yang dibuat hendaklah mengambil kira dalam semua aspek terutamanya dalam keselesaan tempat meletak kereta.  

      Dua aspek penting dalam perancangan tempat meletak kereta ialah :   

a. Kemudahan bagi kenderaan adalah merangkumi perkara – perkara seperti rangkaian jalanraya yang baik bagi memudahkan kenderaan tersebut menuju ke destinasi yang dituju dan juga kemudahan untuk meletak kereta.

b. Masalah persekitaran ialah proses penyelenggaraan kenderaan seperti bunyi bising, asap kenderaan dan bahaya kemalangan.

  

      Sebelum membuat sesuatu perancangan untuk penempatan tempat letak kereta di sesuatu kawasan, kod bangunan dan zon bolehlah digunakan sebagai panduan. Ia berguna kerana didalam kod ini telah dinyatakan tempat letak kenderaan yang minimum dan juga yang maksimum.  

      Sebagai kesimpulan, sebelum membuat sesuatu perancangan lalulintas, perkara penting yang perlu diketahui adalah sistem jalanraya di kawasan tersebut berupaya menampung bilangan kenderaan, tempat letak kereta yang sedia ada dan masalah – masalah yang terdapat di kawasan tersebut. Perkara – perkara yang perlu ada di dalam setiap keputusan dan cadanagn yang dibuat ialah :

a. Perancanagn untuk memperbaiki simpang jalan b. Penyediaan kawalan ke atas zon meletak kereta

c. Spesifikasi kajian untuk memperbaiki keadaan jalan dan persekitaran

d. Perancangan untuk jalanraya

e. Tempat letak kereta di luar dan di dalam kawasan jalan

    

2. KAJIAN KENDERAAN LALULINTAS DAN PENGGUNAAN TANAH

  

      Kajian kenderaan lalulintas adalah merupakan satu bahagian yang penting dalam proses perancangan di sesebuah bandar. Ia akan menyediakan faktor asas yang penting dalam penilaian dan perancanagan pembangunan. Ini adalah kerana ia melibatkan penggunaan

Page 30: Akta Kerajaan Tempatan

tanah di sesuatu kawasan dan satu kajian yang menyeluruh perlu dijalankan.  

      Cara kajian kenderaan lalulintas dan penggunaan tanah di buat dengan menentukan kawasan kaijan. Kawasan tersebut pula dibahagikan kepada beberapa zon tertentu iaitu zon zon luaran dan zon dalaman. Kajian yang dijalankan biasanya meliputi kajian temuramah di jalanraya, kajian tempat letak kereta, kajian bilangan jumlah kenderaan dan jenis serta kegunaan kenderaan tersebut.  

      Data – data yang diperolehi dianalisa untuk membuat perancangan dan seterusnya meramalkan pertambahan aliran kenderaan untuk masa hadapan dengan menggunakan faktor pertumbuhan yang sesuai. Kajian ini dapat memberi garis panduan yang sesuai bagi mencadangkan penggunaan tanah dan dengan ini juga dapatlah menafsirkan permintaan terhadap sisitem pengangkutan di masa akan hadapan.

3. PENEMPATAN TEMPAT LETAK KERETA

  

      Penempatan tempat letak kereta juga merupakan satu perkara penting dalam membuat perancangan pembangunan di sesuatu kawasan. Proses kajian lalulintas dan penggunaan tanah serta kajian tempat letak kereta dapat memberi garis panduan kepada kita untuk menyediakan tempat letak kereta yang diperlukan sama ada untuk kegunaan jangka pendek atau pun  jagkamasa panjang.  

      Penyediaan tempat letak kereta dalah bedasarkan kepada masa puncak jumlah kereta dan juga jumlah kereta keseluruhan di jalanraya.Penyedian tempat letak kereta yang mencukupi akan menggelakkan daripada berlakunya kesesakan di tempat letak kereta dan juga dapat meggelakan pemandu-pemandu kereta meletak kereta mereka di tempat-tempat larangan.  

      Kesesakan lalulintas di Bandar Kota Bharu adalah semakin meningkat memandangkan pembangunan yang semakin pesat di bandar ini. Oleh sebab itu, langkah-langkah kawalan diperlukan untuk memastikan kawasan tempat letak kereta adalah mencukupi untuk menampung jumlah kenderaan yang banyak.  

      Oleh sebab itu, penempatan tempat letak kereta mestilah dibuat dengan melihat perkara-perkara yang mempengaruhi tumpuan kenderaan ke sesuatu kawasan tersebut bagi memastikan kemudahan tersebut berfungsi dan berkesan kepada orang ramai, seterusnya ia akan dapat mengelakkan kesesakan lalulintas dan pencemaran persekitaran.    

4. KESAN TEMPAT LETAK KERETA KE ATAS LALULINTAS

Page 31: Akta Kerajaan Tempatan

  

      Kawasan tempat letak kereta sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kenderaan yang terdapat di jalanraya. Ini dapat dilihat di mana penempatan tempat letak kereta pada kawasan jalan “on-stereet parking” akan mengurangkan muatan kenderaan di jalan tersebut. Selain dari itu, jumlah, jenis dan keluasan ruang di jalan atau sisi jalan akan mempengaruhi jumlah kenderaan. Seterusnya penempatan kawasan tempat letak kereta tersebut akan memberi kesan terhadap perjalanan dan pergerakan kenderaan.  

      Tanpa pengawalan yang sewajarnya,penempatan tempat letak kereta di kawasan jalan akan menimbulkan kesan yang merbahaya pada kenderaan yang bergerak berikutan kekurangan lebar jalan tersebut.  

      Cara meletak kereta yang berdekatan antara satu sama lain akan mengakibatkan kesukaran kepada kereta lain yang keluar masuk ke kawasan tempat letak kereta. Keadaan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalanraya yang lain dan juga kepada pejalan kaki.  

      Mana-mana kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai hendaklah di buat pengawalan yang sempurna terhadap tempat letak kereta. Dengan cara ini, ianya akan dapat memberi keselesaan kepada para pemandu dan ianya juga dapat menjimatkan masa. Jika pengawalan yang sempurna dapat di buat, tempat letak kereta di kawasan yang terlibat dapat menampung bilangan kereta yang banyak dalam masa yang singkat.  

      Oleh itu, prinsip utama dalam polisi tempat letak kereta adalah menyediakan kawasan tempat letak kereta yang mencukupi bagi kereta yang menuju ke sesuatu kawasan.

5. KESAN TEMPAT LETAK KERETA TERHADAP PERSEKITARAN.

  

      Kenderaan-kenderaan yang berhenti di kawasan tempat letak kereta akan memberi kesan besar terhadap persekitaran di kawasan sekitarnya. Di mana kita akan dapati bunyi bising dan asap yang keluar dari kenderaan akan bergerak bebas di kawasan sekitar tempat letak kereta.  

      Cara yang lebih baik dan yang lebih sesuai untuk kawasan tempat letak kereta ialah mengadakan tempat letak kereta di luar kawasan jalan “off-street parking”. Di mana,ianya dapat mengurangkan masalah gangguan terhadap persekitaran. Sebagai kesimpulannya, dapatlah di rumuskan bahawa polisi tempat letak kereta perlu diambil berat dengan mengambilkira kesan terhadap kenderaan dan juga kawasan persekitaran.    

Page 32: Akta Kerajaan Tempatan

6. KESAN TEMPAT LETAK KERETA TERHADAP KEINDAHAN

  

      Kesan tempat letak kereta yang tidak begitu di ambil berat adalah kesan terhadap keindahan kawasan persekitarannya. Di mana, kebanyakkan cadangan membina kawasan tempat letak kereta yang baru, perkara ini tidak begitu diambil berat.  

      Kesan kerosakkan yang paling nyata adalah kerosakan dari segi pemandangan, dimana kita hanya dapat melihat deretan kenderaan yang panjang sahaja walhal sebelum ini kita mungkin dapat melihat tumbuhan yang hidup menghijau dan pemandangan yang lebih menarik.

      Jadi, untuk mengatasi keadaan ini kawasan tempat letak kereta yang menarik hendaklah direka dan dibina dengan begitu teliti agar kesan dari segi keindahan pemandangan dapat di kekalkan.    

7. JENIS-JENIS TEMPAT LETAK KERETA

  

      Terdapat berbagai jenis tempat letak kereta yang dapat diperolehi dalam sistem lalulintas. Jenis tempat letak kereta boleh di kelaskan kepada dua iaitu :-  

1. Tempat letak kereta di atas kawasan jalan 2. Tempat letak kereta di luar kawasan jalan.

    

1. Tempat Letak Kereta Di Atas Kawasan Jalan

  

      Penyediaan tempat letak kereta di atas kawasan jalan boleh dibina samada pada satu sisi atau kedua-dua sisi jalan mengikut kesesuaian jalan tersebut. Penyediaan tempat letak kereta jenis ini biasanya dilakukan di kawasan jalan yang mengandungi kenderaan yang sedikit dan permintaan terhadapnya rendah.  

Page 33: Akta Kerajaan Tempatan

      Tempat letak kereta jenis ini boleh dikawal dengan menghadkan jangkamasa perletakan kereta. Ia boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti berikut :-

a. Menggunakan meter letak kereta

b. Menetapkan masa yang tertentu untuk meletak kereta di sesuatu kawasan yang kritikal

c. Menetapkan keluasan tempat letak kereta

  

2.7.1.1.Tempat Letak Kereta Bermeter  

      Terdapat letak kereta jenis ini banyak terdapat di bandar-bandar yang peratus lalulintasnya tinggi. Kaedah ini diperkenalkan oleh Well pada tahun 1969. Sesuatu kawasan bandar boleh direkabentuk sebagai zon meter iaitu semua dilarang meletak kecuali di lot kereta yang telah ditandakan.  

      Di dalam kaedah ini terdapat beberapa kebaikan diantaranya ialah :-  

a. Perletakan kereta mudah diselaraskan. b. Tempoh perletakan kereta akan berkurangan.

a. Kawasan letak kereta ditandakan dengan terang dan pemandu akan sentiasa mengawasi yang ia tidak meletak di tempat lain.

b. Pembayaran yang dikenakan menggalakkan perusahan persendirian menyediakan tempat letak kereta luar jalan dengan itu menjimatkan peruntukan awam.

  

2.7.1.2 Pita Letak Kereta  

      Merupakan alternatif utam kepada kaedah letak kereta bermeter.Skim ini menawarkan pemanduan meletak kereta percuma di sepanjang bebendul yang tidak bertanda pada masa-masa yang ditetapkan. Apabila pemandu memasuki zon skim ini dia akan mencari tempat meletak kereta dan mempamerkan pita tersebut di cermin keretanya.  

      Kebaikan kaedah ini ialah tiada kos modal pemasangan tetapi kaedah ini terdapat beberapa keburukan iaitu:  

Page 34: Akta Kerajaan Tempatan

a. Tiada hasil yang dikeluarkan. b. Memerlukan ramai pegawai lalulintas

c. Pemandu-pemandu dalam  lawatan sukar untuk mendapatkan pita berkenaan.

    

2. Tempat Letak Kereta Di Luar Kawasan Jalan.

  

      Penyediaan tempat letak kereta di luar jalan dapat mengurangkan tumpuan pemandu untuk meletak kereta di atas kawasan jalan sahaja. Dengan cara ini ianya dapat mengurangkan kesesakan lalulintas di jalan tersebut. Penempatannya mesatilah bersesuaian dan strategik untuk memudahkan orang ramai menjalankan urusan mereka.  

      Untuk memudahkan kenderaan keluar masuk, lorong masuk dan lorong keluar hendaklah direka dengan baik supaya ianya dapat memberi keselesaan pada para pengguna tempat letak kereta tersebut. Penyelenggaraan dan pengursannya pula biasanya dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan ataupun syarikat-syarikat persendirian.    

1. Letak Kereta Di Permukaan

  

      Jenis ini merupakan yang paling terkenal di kalangan jenis letak kereta luar jalan. Ianya banyak menggunakan keluasan tanah. Jadi ianya memerlukan rekabentuk yang sempurna, sentiasa dikawal dan dibersihkan.   

2. Letak Kereta Bangunan Bertingkat

  

      Jenis ini pula popular di kawasan-kawasan bandar. Letak kereta jenis ini dapat mengurangkan penggunaan tanah. Kebiasaannya tempat letak kereta jenis ini disediakan berhampiran kawasan pejabat, hotel-hotel dan pusat membeli belah yang tertumpu di pusat bandar dan biasanya dijalankan oleh syarikat-syarikat persendirian yang mempunyai bangunan tersebut. Bayaran akan dikenakan kepada pemandu yang meletak kenderaan  berdasarkan jangkamasa mereka meletak kenderaan.   

Page 35: Akta Kerajaan Tempatan

      Letak kereta bangunan bertingkat dapat dikelaskan kepada 3 kumpulan :  

a. Letak kereta beratendan b. Letak kereta pengguna

c. Kombinasi letak kereta pengguna dan beratendan

  

3. Letak Kereta Bawah Tanah

  

      Kebanyakan tempat letak kereta jenis ini biasanya disediakan di bahagian bawah bangunan hotel, pejabat, pusat membeli belah, di bawah jalan raya, taman awam ataupun pusat kominiti. Pembinaannya adalah mahal dan mungkin jenis ini adalah tempat letak kereta yang termahal. Oleh itu, dikebanyakkan tempat meletak kereta bawah tanah sebahagian daripada kos awal akan dioffsetkan oleh kerana ia mewakili kos-kos yang sepatutnya akan wujud meskipun tempat letak kereta tidak dibina.  

      Pemandu yang meletak kereta di kawasan ini biasanya akan dikenakan bayaran dan ini mengingatkan mereka agar tidak meletak kereta terlalu lama. Cara ini adalah merupakan satu cara pengawalan tempat letak kereta bagi mengurangkan kesesakan di dalam kawasan yang terlibat.  

4. Letak Kereta Atas Bumbung

  

      Letak kereta atas bumbung menyediakan tempat letak kereta pada kadar kos yang berpatutan. Perjalanan utama ialah untuk ram yang perbelanjaannya meningkat seimbang dengan ketinggian bangunan. Di dalam setengah kes adalah boleh menghubungkan dua atau lebih bagi membolehkan satu ram keluar masuk untuk seluruh kawasan.  

5. Letak Kereta Sistem Ram

  

      Letak kereta jenis ini adalah salah satu dari jenis tempat letak kereta di luar jalan. Ia biasanya dibina di kawasan pusat membeli belah, pasar dan bangunan hotel.   

Page 36: Akta Kerajaan Tempatan

  

8. PIAWAIAN TEMPAT LETAK KERETA

  

      Penyediaan tempat letak kereta dalam perancangan pembangunan yang dijalankan oleh pihak berkuasa mestilah berdasarkan kepada piawaian yang tertentu mengikut kepentingan di sesebuah kawasan. Ini bermakna mereka mestilah menyediakan tempat letak kereta yang boleh beroperasi kepada pemandu tanpa kawalan ke atas mereka.  

      Di kawasan-kawasan perumahan dan luar bandar, polisi tersebut perlu dilaksanakan agar pemandu-pemandu mendapat kemudahan yang tempat letak kereta yang selesa. Ini bermakna, perancangan yang teratur perlu dibuat untuk menyelaraskan kawasan letak kereta dan jumlah bilangan kereta pada masa puncak. Oleh yang demikian pengawalan terhadap tempat letak kereta perlu dibuat oleh pihak berkuasa yang menguruskan kawasan yang terlibat.  

      Tempat letak kereta seharusnya boleh digunakan oleh orang ramai jika terdapat permintaan terhadapnya. Polisi tersebut adalah untuk membenarkan orang ramai meletak kereta mereka terutama di kawasan-kawasan yang tertentu.    

1. Tujuan Piawaian Tempat Letak Kereta

  

      Kepentingan bagi menyediakan piawaian terhadap tempat letak kereta adalah bertujuan :-  

a. Untuk memastikan bahawa kawasan tempat letak kereta yang disediakan adalah  mencukupi bagi menampung jumlah perletakan kereta yang terdapat disesuatu kawasan.

b. Untuk mengelakan kesesakan lalulintas jalan raya akibat jumlah kereta yang berlebihan dengan menyediakan kemudahan tempat letak kereta yang lebih teratur. Ini akan dapat mengekalkan keadaan persekitaran.

  

      Piawaian tempat letak kereta yang dibuat adalah berbeza dan berlainan antara satu tempat dengan tempat yang lain. Ini disebabkan oleh permintaan yang berbeza terhadap tempat letak kereta di antara kawasan yang terlibat.  

Page 37: Akta Kerajaan Tempatan

      Selain daripada itu, piawaian tersebut dibuat berdasarkan kepada jumlah bilangan kereta yang terdapat di kawasan tersebut. Kawasan yang mempunyai taraf kemajuan dan kepentingan yang berbeza menyebabkan bilangan kereta di sesuatu kawasan adalah berbeza. Perbezaan ini dilihat pada permintaan keperluan tempat letak kereta untuk operasi dan bukan operasi.    

2. Spesifikasi Tempat Letak Kereta

  

      Spesifikasi untuk tempat letak kereta adalah perlu bagi menentukan bilangan tempat letak kereta untuk sesuatu kawasan. Ia perlu dibuat untuk memastikan tempat letak kereta yang disediakan akan beroperasi pada tahap yang paling optima bagi setiap kereta. Kawasan yang diperlukan untuk tempat letak kereta boleh di lihat pada jadual di sebelah.  

Jadual 2.8.1 : Spesifikasi Tempat Letak Kereta 

Jenis Bangunan Tempat letak kereta

Kawasan Perumahan Penghuni : 1 Pelawat : 1

Kawasan Kedai Pekerja : 1 Pelanggan : 1 untuk setiap 25 m2 kawasan kedai

Kawasan Pejabat Pekerja : 1 untuk setiap pegawai dan 4 untuk pekerja lain Pelawat : 10 % dari ruang letak kereta untuk pekerja

Kawasan Bank Pekerja : 1 untuk setiap pegawai dan 4 untuk pekerja lain

Kawasan Perindustrian Pekerja : 1 untuk setiap 25 m2 kawasan perindustrian Pelawat : 10 % dari tempat letak kereta untuk pekerja

Perpustakaan Awam Pekerja : 1 untuk setiap 3 pekerja yang bertugas Pengunjung : 3 untuk setiap 500 ahli dan 1 tambahan untuk setiap 10 kerusi

Hospital Pekerja : 1 untuk setiap doktor dan 1 unit setiap pekerja lain Pesakit dan pelawat : 1 untuk setiap 3 katil

Sekolah Pekerja : 1 untuk setiap 2 pekerja Pelawat : 4 untuk setiap 1000 orang murid

Institut Pengajian Tinggi Pekerja : 1 untuk setiap 2 pekerja yang bertugas Pelawat : 5 untuk setiap 1000 orang pelajar

Muzium Dan Pusat Galeri Seni

Pekerja : 1 untuk setiap 2 pekerja yang bertugas Pengunjung : 1 untuk setiap 30 m2 keluasan kawasan

Panggung Wayang Pekerja : 1 untuk setiap 3 pekerja yang bertugas Pengunjung : 1 untuk setiap 5 tempat duduk

Page 38: Akta Kerajaan Tempatan

           

BAB III    

KAEDAH-KAEDAH BANCIAN, CIRI-CIRI DAN KAWALAN DALAM KONTEKS PERANCANGAN LALULINTAS 

   

3.1 KEPENTINGAN BANCIAN TEMPAT LETAK KERETA DI DALAM KONTEKS PERANCANGAN LALULINTAS  

      Bancian tempat letak kereta merupakan satu kriteria penting dalam perancangan lalulintas. Melalui bancian meletak kereta adalah lebih mudah bagi perancang-perancang lalulintas meramal  kaedah sebenar yang dibawa oleh kereta terutama tentang kesan-kesan seperti pencemaran dan kesesakan.  

      Daripada bancian tempat letak kereta dapat diketahui tentang permintaan dan keperluan tempat letak kereta sesuatu kawasan tersebut mencukupi atau sebaliknya. Keamatan tempoh meletak kereta juga boleh didapati daripada bancian ini.  

      Konsep rangka masa perlu diambil kira dalam membuat sesuatu penilaian permintaan meletak kereta.Sebagai contohnya, permintaan meletak kereta di kawasan sekitar Jalan Pintu Pong perlu dinilai terlebih dahulu. Waktu-waktu yang dipilih hendaklah waktu puncak di tempat tersebut.

      Definasi tentang permintaan meletak kereta tidak akan didapati dengan betul tanpa memasukkan konsep rangka masa. Perjalanan  seseorang itu selalunya diianggarkan didalam jangka masa 24 jam, dengan ini permintaan tempat letak kereta juga adalah di dalam satu hari.Tetapi bilangan jumlah tempat letak kereta yang di perlukan mestilah menggambarka keperluan waktu puncak didalam sehari.  

Page 39: Akta Kerajaan Tempatan

      Sebagai tambahan perlulah diperhatikan bahawa permintaan meletak kereta berbeza-beza mengikut satu corak yang bermusim. Dengan ini konsep rangka masa akan memberikan satu puncak atau kadar maksimun permintaan untuk satu musim puncak. Ini memberikan satu gambaran yang wajar tentang satu deskripsi tentang permintaan tempat letak kereta untuk sesuatu penggunaan tanah.  

      Analisis daripada kajian yang dijalankan, dapatlah pihak yang berkenaan mengadakan langkah-langkah kawalan untuk mengatasi atau mengurangkan segala isu dan faktor penting tentang ciri-ciri meletak kereta di sesuatu kawasan tersebut. Hanya dari sinilah segala bentuk kemudahan yng sesuai dan di sukai oleh pemandu dapat disediakan.    

1. KAEDAH-KAEDAH BANCIAN

  

      Di dalam menjalankan bancian meletak kereta,beberapa kaedah boleh diikuti. Kesesuaian penggunaan sesuatu kaedah itu adalah terletak kepada kawasan yang dipilih, sumber kewangan yang sedia ada, saiz kawasan bancian, tenaga dan peralatan.  

Kaedah-kaedah bancian meletak kereta adalah seperti berikut:  

1. Perhintungan kadang atau keliling. 2. Temuduga atau soal selidik.

3. Bancian rondaan.

4. Bancian keatas kemudahan yang sedia ada.

5. Penilaian permintaan meletak kereta.

    

2. Perhitungan Kandang Atau Keliling

  

      Penggunaan kaedah ini adalah bagi kawasan kajian yang dikelilingi oleh satu kandang(cordon) dan stesyen-stesyen pengiraan dibuat pada setiap persimpangan jalan. Di setiap stesyen-stesyen tersebut, pengiraan terhadap kenderaan yang keluar dan masuk ke kawasan tersebut akan dibuat dan dicatatkan secara berasingan pada setiap sela masa satu jam

Page 40: Akta Kerajaan Tempatan

atau pada sela masa yang singkat.  

      Dengan cara campuran algebra bagi kenderaan yang keluar masuk akan memberikan jumlah kumulatif kenderaan yang terdapat dalam kawasan tersebut dan seterusnya bilangan kenderaan yang bergerak dapat ditentukan bagi menganggarkan jumlah tempat letak kereta bagi kawasan tersebut.  

      Satu rangka pengawalan terhadap permintaan tempat letak kereta dapat dihasilkan dengan menggunakan pengiraan ini. Kajian tempat letak kereta yang terperinci memerlukan masa yang panjang sehingga melebihi seminggu dan dalam jangka masa tersebut terdapat perbezaan di dalam jumlah perletakan kereta di kawasan tersebut. Data-data yang diperolehi boleh dibandingkan dengan rangka yang digambarkan oleh purata jumlah kumulatif.  

      Pengiraan yang dijalankan menggunakan kaedah ini biasanya memerlukan kakitangan pembanci atau dengan menggunakan alat automatik. Kakitangan pembanci diperlukan untuk menyemak rekod-rekod pengiraan dan untuk membuat klasifikasi yang akan memberikan perbezaan terhadap tempat letak kereta.  

      Stesyen yang mempunyai perbezaan aliran yang ketara boleh dijadikan sebagai stesyen kawalan dan jerja-kerja pengiraan dibuat untuk jangkamasa 24 jam dibuat berdasarkan data daripada stesyen kawalan.  

      Perbezaan kereta yang masuk dan keluar di kawasan tersebut untuk jangkamasa yang tertentu akan memberikan pertambahan atau pengurangan jumlah kereta dan seterusnya memberikan perhubungan penggunaan tempat letak kereta di kawasan tersebut.    

3. Temuduga Atau Soal Selidik

  

      Dalam kaedah ini,pemandu yang meletak kenderaan mereka di kawasan yang akan di soal selidik tentang asal dan destinasi perjalanan mereka serta tujuan mereka meletak kereta. Maklumat ini beserta jangkamasa meletak kereta akan membolehkan penentuan terhadap ciri-ciri tempat letak kereta dibuat.  

      Dalam menjalankan kajian tempat letak kereta menggunakan kaedah ini, kawasan kajian akan dibahagikan kepada beberapa kawasan yang lebih kecil bagi memudahkankumpulan pembaci menyiapkan kerja dalam masa sehari. Jarak perjalanan bagi seseorang pembanci ditentukan bedasarkan kepada keluasan tempat letak kereta, biasanya tidak melebihi 100

Page 41: Akta Kerajaan Tempatan

meter.  

      Kajian soal selidik yang dijalankan untuk kawasan tempat letak kereta di luar jalan dibuat pada susur masuk dan susur keluar kawasan tersebut. Pembanci yang ramai diperlukan pada masa puncak pada sebelah pagi dan petang di mana ia perlu dipertimbangkan melalui kajian awal.  

      Pembanci akan merekodkan maklumat – meklumat seperti berikut :-  

1. Nombor pendaftaran kenderaan bagi tujuan pengenalan. 2. Klasifikasi kenderaan seperti kereta, lori, teksi dan sebagainya.

3. Jenis tempat letak kereta.

4. Masa kenderaan berhenti.

5. Masa kenderaan bergerak.

6. Destinasi yang dituju selepas meninggalkan kenderaan.

7. Tujuan berhenti dan meletak kenderaan seperti urusan perniagaan, membeli belah dan sebagainya.

  

      Kajian soal selidik yang dijalankan akan dapat memberikan maklumat mengenai permintaan tempat letak kereta disesuatu kawasan tersebut.      

4. Bancian Rondaan

  

      Dalam kaedah ini, kawasan kajian akan dibahagikan kepada keluasan yang dapat diliputi tiap – tiap satu kali dalam masa satu jam, setengah jam atau pun dalam jarak waktu yang sesuai.  

      Pada setiap kali rondaan dibuat, setiap nombor pendaftaran kenderaan yang diletakkan dalam kawasan kajian dicatat dan dikira. Dari sini akan memberikan jumlah kenderaan yang terkumpul pada jarak waktu bancian dijalankan. Tempoh perletakkan sesebuah kenderaan

Page 42: Akta Kerajaan Tempatan

juga dapat diperolehi.  

      Rondaan – rondaan boleh dilakukan dengan berjalan kaki ataupun berkereta bagi tempat letak kereta tepi jalan. Kawasan yang dibahagikan mestilah pada satu saiz yang sesuai, supaya pembanci dapat meliputi jarak yang ditetapkan kepadanya dan kembali semula pada tempat asal dalam jangka masa yang ditetapkan. Untuk memudahkan bancian, kawasan dibahagikan kepada seksyen – seksyen dan tidak disambung akan melengkapkan satu sirkit. Oleh itu masa untuk pulang ke tempat asal dapat diselamatkan.    

5. Bancian Keatas Kemudahan Sedia Ada

  

      Setiap bancian meletak kereta mestilah mempunyai satu senarai tempat letak kereta yang didapati dalam sesuatu kawasan yang dikaji dan boleh digunakkan sebagai tempat letak kereta pada masa sekarang atau pun apabila pembangunan yang sesuia dijalankan.  

      Senarai tersebut mestilah mengandungi butir – butir teperinci tentang tempat letak kereta , samaada di tepi jalan atau di luar jalan, dengan menggunakan segala atau sebahagian daripada butir – butir lanjut yang di senaraikan di sebelah :  

1) Lokasi dan kawalan

a. Tempat letak kereta atas jalan – tepi jalan, sebelah,dua belah,selari dan menyerong.

b. Tempat letak kereta di luar jalan-ruang lapang, tempat letak kereta berbumbung, jenis ram, susun atur tempat masuk dan tempat keluar.

c. Persendirian atau hak awam.

  

2. Had masa

a. Jangka waktu dan had-had masa harian.

b. Percuma dan bayaran.

c. Kadar bayaran yang di kenakan.

    

Page 43: Akta Kerajaan Tempatan

6. Penilaian Permintaan Tempat Letak Kereta

  

      Dalam kajian yang telah di bincangkan, kesemua adalah berhubungan dengan kenderaan di sesebuah kawasan. Penilaian di buat bagi menetukan kemudahan tempat letak kereta yang perlu di sediakan di sesebuah kawasan berdasarkan data-data yang diperolehi daripada kajian yang di jalankan.  

      Permintaan tempat letak kereta adalah berbeza bagi setiap kawasan yang berlainan terutamanya jika di lihat pada masa keperluan. Di kawasan pejabat misalnya, permintaan yang tinggi adalah pada hari-hari bekerja manakala di kawasan pusat membeli belah adalah pada hari cuti.    

2. CIRI-CIRI DAN KAWALAN TEMPAT MELETAK KERETA

  

      Oleh kerana hingga sampai ketika ini, negara kita Malaysia masih belum lagi mempunyai satu bancian tempat letak kereta yang menyeluruh. Oleh itu adalah amat susah untuk menilai ciri tempat letak kereta di negara ini sepertimana yang telah di jalankan oleh negara-negara maju seperti di Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat.  

      Apa yang perlu kita perhatikan di sini ialah ciri-ciri kawalan meletak kereta di negara kita adalah berbeza daripada yang terdapat di negara-negara yang di sebutkan tadi, terutamanya dari segi magnitud dan sedikit sebanyak daripada bentuk.  

      Dari sini bukanlah kita yang kita tidak boleh langsung mengambil bancian-bancian di sana sebagai contoh, tetapi janganlah mengambil data-data dan ciri –ciri kawalan yang telah mereka buat sebagai asas dan andaian untuk kita gunakan dalam penyediaan tempat letak kereta. Kadangkala andaian yang mereka dapati dari kajian dan bancian yang dijalankan adalah berguna untuk kita gunakan sebagai asas dalam perancangan tempat letak kereta dan ciri-ciri kawalannya di Malaysia.  

      Daripada data-data bancian yang diperolehi dapatlah diketahui ciri-ciri dan kawalan tempat meletak kereta bagi kawasan tersebut. Ciri-ciri dan kawalan tempat meletak kereta boleh dinilai melalui perkara-perkara berikut :  

1. Pengukuran perletakan kereta. 2. Penambahan perletakan kereta.

Page 44: Akta Kerajaan Tempatan

3. Tempoh perletakan kereta.

    

1. Pengukuran Perletakan Kereta

  

      Perkara-perkara utama yang digunakan untuk mengukur perletakan kereta ialah :  

a. Jumlah perletakan kereta – iaitu bilangan kenderaan yang diletakkan di sesuatu kawasan pada masa-masa tertentu dan boleh dibahagikan kepada kategori-kategori mengikut tujuan perjalanan.

b. Isipadu letak kereta – ini ialah bilangan kereta di dalam “parking load” iaitu jumlah kenderaan pada jangkamasa tertentu, biasanya per hari. Masa yang diambil oleh kenderaan diletakkan dalam minit atau jam adalah merupakan tempoh perletakan kereta.

c. “Parking Turn Over” adalah kadar penggunaan tempat letak kereta dan ianya diperolehi dengan membahagikan isipadu perletakan kereta dengan tempat meletak kereta untuk suatu jangkamasa tertentu.

d. Penunjuk meletak kereta – ini adalah satu ukuran untuk menentukan penggunaan panjang jalan yang selalunya diambil sebagai peratus panjang ruang tepi jalan yang secara teorinya adalah 6m yang dipenuhi oleh kereta yang diletakkan.

    

      BAB IV    

      KAJIAN KES    

4.0 PENGENALAN KAWASAN MEDAN LETAK KERETA PANTAI JAYA  

Page 45: Akta Kerajaan Tempatan

      Medan Letak Kereta Pantai Jaya adalah salah satu tempat letak kereta yang terdapat di bandar Kota Bharu. Ianya diusahakan oleh orang perseorangan dengan menggunakan lesen yang diluluskan oleh pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB). Pantai Timur Parking Sdn. Bhd. ini terletak di Jalan Pintu Pong, Kota Bharu, Kelantan. Ianya adalah kawasan yang sering berlaku kesesakan lalulintas yang teruk kerana di kawasan ini terdapat pelbagai tempat urusan orang ramai seperti pasaraya, bank, pasar dan sebagainya. Kawasan ini kekurangan tempat letak kereta kerana ianya adalah kawasan jalan sehala dan tempat letak kereta bermeter yang disediakan oleh pihak MPKB tidak mencukupi.  

      Medan Letak Kereta Pantai Jaya ini akan mula dibuka kepada pengunjung pada pukul 10.00 pagi. Ini adalah kerana pada sebelah pagi ianya dijadikan kawasan pasar borong untuk ikan. Operasinya akan berakhir pada pukul 10.00 malam. Tempat letak kereta ini mengandungi 98 petak sahaja. Bersebelahan dengan tempat letak kereta ini, terletak Pasaraya Maidin dan Pasaraya Pantai Timur disamping kedai-kedai makan dan sebagainya. Ini adalah faktor utama yang menyebabkan kawasan ini mengalami kekurang tempat letak kereta terutamanya pada waktu tengahari dan petang.   

      Bedasarkan kepada perkembangan sekarang kemungkinan akan wujud lain bangunan yang baru sekitar kawasan ini. Dari pemerhatian yang dibuat jika bangunan Pasar Besar Siti Khadijah yang dalam proses pembinaan bangunan tambahan siap, kemungkinan akan mendatangkan lebih banyak masalah dalam pengurusan lalulintas dan juga pengurusan tempat letak kereta di kawasan ini. Bilangan pelancong dari luar juga semakin ramai datang ke Kota Bharu dan ini sudah semestinya kawasan ini menjadi tumpuan ramai. Dengan secara tidak langsung akan berlaku pertambahan bilangan kereta di sekitar Jalan Pintu Pong. Ini akan menimbulkan masalah dalam segi untuk meletak kereta.  

      Dengan pertambahan kenderaan seperti kereta, akan menimbulkan kesan lain seperti kesesakkan lalulintas dan juga berbagai kesalahan traffik lagi dan juga menyebabkan permintaan yang bertambah tinggi lagi dari segi tempat  meletak kereta. Jika keadaan ini berterusan, maka timbullah kesesakan kerana banyak kereta akan diletakkan ditempat yang tidak sepatutnya.      

1. PERTAMBAHAN BILANGAN KERETA

  

      Sekarang ini kebanyakkan pekerja sudah mampu memiliki kenderaan sendiri terutamnya kereta.Jadi dengan bertambahnya kereta maka permintaan untuk meletak kereta menjadi semakin tinggi. Dari pemerhatian, didapati banyak kawasan letak kereta di sekitar Jalan Pintu Pong dan Medan Letak Kereta Pantai Jaya sentiasa penuh. Jadi, mungkin dari masa kesemasa keadaan ini akan menjadi bertambah teruk jika pengurusan tidak dijalankan dengan sempurna. Disamping itu juga kesesakkan seringkali berlaku di sekitar kawasan ini. Ini adalah disebabkan ramai pemandu-pemandu kereta meletak kereta secara tidak mengikut

Page 46: Akta Kerajaan Tempatan

peraturan. Ini menimbulkan kesulitan kepada orang ramai yang memerlukan kepada tempat letak kereta untuk menjalankan urusan masing – masing.  

      Dengan kekurangan kawasan tempat letak kereta ini , menyebabkan pemandu–pemandu kereta menagambil jalan mudah iaitu meletakkan kereta mereka di kawasan-kawasan yang dilarang. Ini menimbulkan kesesakkan di kawasan tersebut. Keadaan ini menyebabkan Pegawai-Pegawai Polis Trafik dan juga pihak Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu mengeluarkan saman untuk mengatasi masalah tersebut.    

4.2  PENENTUAN KAWASAN KAJIAN    

      Dalam kajian tempat letak kereta yang dijalankan,penetapan kawasan kajian telah di buat di mana kawasan yang di pilih ialah kawasan Medan Letak Kereta Pantai Jaya, Jalan Pintu Pong, Kota Bharu, Kelantan. Kawasan ini terletak dibelakang Pasaraya Pantai Timur dan berhampiran dengan Pasaraya Maidin, Bank Simpanan Nasional Dan Juga Pasar Besar Siti Khatijah. Medan Letak Kereta Pantai Jaya mengandungi 98 petak tempat letak kereta.        

Rajah 4.1 : Gambar di atas menunjukkan lokasi kawasan kajian.    

Rajah 4.2 : Kereta masuk ke kawasan kajian.  

Rajah 4.3 : kereta kaluar dari kawasan kajian.    

4.2.1 Kepentingan Kawasan Kajian  

      Keadaan geografi sesuatu kawasan adalah merupakan salah satu aspek penting yang mempengaruhi penumpuan orang ramai ke kawasan tersebut.Di kawasan yang di pilih ini, terdapatnya bank-bank, pasar, kedai makan, kedai menjual pelbagai keperluan, farmasi dan juga berhampiran dengan pusat membeli belah. Kesemua tempat yang di sebutkan adalah mempunyai kepentingan tertentu kepada orang ramai. Orang ramai meletak kereta mereka di kawasan kajian untuk menjalankan tugas masing-masing. Dengan ini kepentingan kereta

Page 47: Akta Kerajaan Tempatan

yang di pilih sememengnya tidak dapat dinafikan lagi. Penyediaan tempat kereta yang tidak memenuhi permintaan akan menyebabkan perkara-perkara seperti kesesakan lalu lintas dan pencemaran ameniti kawasan akan berlaku. 

4.2.2 Sebab-sebab pemilihan Kawasan Kajian.  

      Pemilihan kawasan kajian dibuat berdasarkan kepada beberapa faktor iaitu :   

1. Kawasan ini mempunya tempat letak kereta yang banyak tetapi masih tidak mencukupi.

2. Kawasan ini merupakan kawasan yang selamat untuk meletak kereta dan dapat mengurangkan risiko daripada berlakunya kemalangan.

3. Kawasan tersebut mempunyai kepentingan kepada orang ramai yang merupakan satu faktor yang mempunyai penumpuan mereka ke kawasan itu.

  

      Berdasarkan kepada faktor-faktor diatas maka kawasan kajian yang telah dinyatakan telah dipilih.     

3. KAEDAH-KAEDAH KAJIAN DAN PENGAMBILAN DATA

  

      Dalam menjalankan kajian ini saya menggunakan kaedah kajian kandang atau kaedah keliling untuk mendapatkan data-data yang diperlukan.

       

1. Kaedah kandang atau keliling

  

      Dalam kaedah ini, perhitungan yang berasingan dijalankan untuk kereta masuk dan kereta keluar dari kawasan kajian dalam sela masa yang tertentu. Dari sini akan memberikan jumlah

Page 48: Akta Kerajaan Tempatan

kereta yang terkumpul dalam sesuatu masa.  

      Pengambilan data dilakukan selama 7 hari iaitu bermula hari Ahad dan berakhir pada hari Sabtu. Data mula diambil pada waktu pagi bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada waktu petang iaitu pada pukul 6.00 petang. Ini adalah kerana kawasan Medan Letak Kereta Pantai Jaya mula dibuka pada pukul 10.00 pagi disebabkan pada sebelum waktu itu, ianya dijadikan Pasar Borong Ikan. Waktu yang diambil ini merupakan waktu yang paling tinggi permintaan untuk meletakkan kereta bagi kawasan kajian.  

      Jumlah kereta yang masuk dan juga yang keluar akan dihitung, dimana pembanci diletakkan dipintu masuk dan juga dipintu keluar. Di kawasan kajian ini terdapat satu pintu masuk dan satu pintu keluar.  

      Daripada kaedah ini maka dapat memberikan gambaran tentang jumlah kereta yang terkumpul dalam sesuatu masa, kepentingan masa tersebut, kepentingan jalan disekitarnya serta pertambahan dan pengurangan kereta dalam kawasan tersebut.       

2. Penilaian permintaan meletak kereta

  

      Penilaian permintaan meletak kereta merupakan satu teknik yang digunakan dimana ia tidak mempunyai kaitan secara lansung dengan kenderaan. Untuk menganggarkan permintaan tempat letak kereta yang semakin meningkat, temuramah atau soal selidik pihak-pihak tertentu perlu dijalankan. Penilaian ini dibuat berdasarkan keadaan perkembangan semasa. Dalam kaedah ini, temuramah dengan pihak yang bertugas di bahagian perancangan bandar dan juga pihak Majlis Bandaran Kota Bharu telah dilakukan.  

      Melalui penilaian ini, perbezaan diantara penggunaan yang sedia ada dengan keperluan yang dikehendaki dapat ditentukan. Gambaran permintaan yang berlebihan ataupun yang tidak mencukupi juga dapat diketahui. Perbezaan antara permintaan meletak kereta dan penyedian tempat letak kereta akan membolehkan penilaian dibuat bagi menentukan keluasan tempat letak kereta yang diperlukan.       

Page 49: Akta Kerajaan Tempatan

           

      BAB V    

      PENGANALISAAN DATA DAN KEPUTUSAN    

1. LANGKAH-LANGKAH PENGANALISAAN DATA

  

      Data-data yang telah diambil dalam jangka masa 7 hari bermula dari hari Ahad (1 Ogos 2004) hinggalah pada hari Sabtu ( 7 Ogos 2004 ) telah dibuat analisa. Semua data-data yang telah diambil semasa kajian ditunjukan dalam lampiran iaitu bermula dari lampiran 1 hinggalah lampiran 7. Setelah itu graf-graf dibuat untuk menunjukkan hubungan antara kereta masuk dan kereta keluar dan disertakan juga graf bilangan kereta terkumpul. Semua graf-graf yang dibuat adalah dalam bentuk histogram.   

      Dalam menganalisa data langkah pertama yang diambil kira adalah membina graf-graf yang berbentuk histogram berpandukan dari data-data yang ditunjukan dalam lampiran B1 hingga B7. Dari graf-graf inilah dapat menunjukkan dengan jelas perbezaan antara kereta yang masuk dan kereta yang keluar dari kawasan kajian dalam satu-satu masa yang telah ditetapkan. Begitu juga bagi jumlah kereta yang terkumpul, graf dapat dibuat berpandukan dari data-data yang telah diambil. Graf-graf ini, boleh didapati di lampiran bermula dari lampiran C1 hinggalah lampiran C14 

2. PENGANALISAAN DATA

  

      Dari data-data yang telah dibuat, maka kita boleh dapati bahawa data-data yang telah diambil adalah bermula dari hari Ahad hinggalah hari Sabtu. Semua cerapan data dibuat

Page 50: Akta Kerajaan Tempatan

bermula pukul 10.00 pagi sehinggalah pada pukul 6.00 petang. Jangka masa cerapan dibuat adalah selama satu jam sekali, ini adalah disebabkan di kawasan kajian ini, kekerapan kereta keluar masuk adalah kerap. Jadi, untuk tujuan penganalisaan data masa yang sesuai adalah selama satu jam sekali.  

      Daripada graf yang telah dibuat iaitu graf 1a dilampiran C1 menunjukkan hubungan bilangan kereta masuk dan keluar ke kawasan kajian. Graf ini adalah untuk hari Ahad ( 1 Ogos 2004 ) bermula dari pukul 10.00 pagi hinggalah pukul 6.00 petang. Graf ini diplot berdasarkan dari dasar yang terdapat dalam lampiran B1 jadual 1. Dari graf tersebut boleh dilihat dengan jelas perbezaan kereta yang masuk dan juga yang keluar dari kawasan kajian dan dari sinilah juga akan memberikan jumlah bilangan kereta yang terkumpul dalam kawasan kajian untuk setiap sela masa 1 jam sekali. Setelah itu barulah jumlah kereta yang terkumpul dalam sela masa tersebut dapat diplot.  

      Dari graf 1b iaitu graf jumlah kereta terkumpul dalam satu masa yang telah diplot. Graf tersebut menunjukkan jumlah bilangan kereta dengan masa. Dimana dapat dilihat dengan jelas bahawa kawasan kajian ini adalah kawasan tempat letak kereta yang tinggi permintaannya.  

      Data-data hari Isnin hinggalah hari Sabtu juga di buat analisa, ia boleh dilihat dilampiran-lampiran yang telah disertakan. Dari data-data inilah penilaian dan keputusan dapat dibuat dan dicapai. 

3. KEPUTUSAN

  

      Setelah data dari kajian dan juga graf yang telah diplot diperolehi maka dari hasil analisis yang telah dibuat didapati bilangan tempat letak kereta di kawasan kajian berkurangan daripada bilangan kereta. Dari sinilah didapati kawasan kajian ini adalah popular dikalangan para pemandu kereta. Di mana pemandu-pemandu kereta lebih suka meletak kereta mereka di kawasan ini kerana ianya berhampiran dengan tempat yang akan dituju disamping ianya juga selamat.  

      Daripada graf 1a didapati kereta yang masuk ke kawasan kajian dalam masa 1 jam yang pertama ialah sebanyak 34 buah kereta dan kereta yang keluar sebanyak 5 buah kereta. Pada pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari, jumlah kereta yang masuk ke kawasan kajian adalah meningkat sebanyak 36 buah kereta sahaja. Manakala kereta yang keluar pula adalah sebanyak 8 buah kereta. Pada pukul 12.00 tengahari sehinggalah pukul 1.00 tengahari didapati 41 buah kereta yang masuk dan yang keluar pula sebanyak 12 buah kereta.  

       Manakala pada sebelah petangnya bermula pukul 1.00 petang hingga pukul 2.00 petang, bilangan kereta yang masuk ialah 46 buah kereta dan yang keluar pula sebanyak 34 buah kereta. Waktu ini adalah waktu puncak bagi permintaan terhadap tempat letak kereta bagi

Page 51: Akta Kerajaan Tempatan

kawasan ini dan ianya terpaksa diletak papan tanda penuh bagi mengelakkan orang ramai memasuki kawasan tempat letak kereta.Pada pukul 2.00 petang hingga 3.00 petang didapati kereta yang masuk sebanyak 37 buah kereta sahaja manakala yang keluar pula ialah 41 buah kereta. Pada pukul 3.00 petang sehingga 4.00 petang bilangan kereta yang masuk ialah 20 buah sahaja dan yang keluar ialah 32 buah kereta. Pada pukul 4.00 petang sehingga 5.00 petang pula kereta yang masuk adalah sebanyak 18 buah kereta dan kereta yang keluar ialah 26 buah sahaja. Sejam yang terakhir iaitu pada pukul 5.00 petang hingga 6.00 petang ada 61 buah kereta yang masuk manakala yang keluar pula sebanyak 37 buah kereta. Waktu ini juga adalah waktu puncak bagi permintaan untuk tempat letak kereta.  

      Daripada analisis yang dibuat kereta yang masuk ke kawasan kajian pada waktu pagi agar kurang iaitu pada pukul 10.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengahari. Manakala disebelah petang pula pada pukul 1.00 tengahari sehingga pukul 6.00 petang, keperluan tempat letak kereta meningkat dan tidak mencukupi. Ini adalah kerana pada masa ini ramai orang keluar untuk menjalankan urusan yang berkaitan seperti membeli-belah, makan dan sebagainya.  

      Bagi graf-graf yang lain setelah dibuat analisis didapati ada persamaan dengan graf 1a iaitu persamaan dari segi aliran kereta yang masuk dan kereta yang keluar. Dan juga pada masa-masa tertentu boleh didapati kereta yang masuk dan keluar begitu banyak.  

      Daripada graf 1b pula iaitu graf jumlah kereta yang terkumpul dalam satu masa didapati pada pukul 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi, jumlah kereta ialah sebanyak 29 buah kereta sahaja. Manakala pukul 11.00 pagi sehingga 12.00 tengahari, didapati kereta mula bertambah iaitu sebanyak 57 buah kereta. Pada pukul 12.00 tengahari sehingga 1.00 tengahari, jumlah kereta ialah sebanyak 86 buah kereta. Kemudiannya pada pukul 1.00 tengahari sehingga pukul 2.00 petang pula jumlah kereta yang terkumpul ialah sebanyak 98 buah kereta. Manakala pada pukul 2.00 petang sehingga 3.00 petang pula sebanyak 94 buah kereta yang terkumpul dan pada pukul 3.00 petang sehingga 4.00 petang hanya terdapat 82 buah kereta sahaja. Kemudiannya 74 buah kereta yang terkumpul dalam pukul 4.00 petang sehingga 5.00 petang. Pada pukul 5.00 petang sehingga 6.00 petang terdapat 74 buah kereta yang terkumpul. Merujuk kepada graf 1b juga, didapati bahawa kawasan kajian ini telah mengalami masalah kekurangan tempat letak kereta daripada permintaan.

      Semasa kajian ini dijalankan saya dapati pemandu-pemandu kereta terpaksa meletak kenderaan mereka merata-rata di kawasan yang berhampiran dengan tempat letak kereta ini. Ini adalah kerana Medan Letak Kereta Pantai Jaya telah penuh dan tidak dapat menampung keperluan yang meningkat. Walaupun saman-saman telah dikeluarkan oleh pihak Polis dan juga pihak Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu tetapi pemandu-pemandu ini masih terpaksa berbuat demikian akibat ketiadaan tempat letak kereta. Keadaan ini menimbulkan kesesakan lalulintas di Jalan Pintu Pong. Ini juga boleh mengakibatkan kemalangan berlaku.  

      Daripada pemerhatian yang dibuat didapati pertambahan bilangan kereta menyebabkan tempat letak kereta yang disediakan di kawasan ini tidak mencukupi. Walaupun di bangunan-bangunan tertentu telah disediakan tempat letak kereta di dalam bangunan tetapi bilangan kakitangan yang berkereta adalah melebihi daripada tempat yang telah disediakan. Ini menyebabkan sebahagian kakitangan terpaksa meletak kereta mereka di kawasan yang

Page 52: Akta Kerajaan Tempatan

disediakan untuk orang awam.  

      Dengan secara tidak langsung menimbulkan kesan kepada orang awam yang mana tempat letak kereta bagi mereka telah dipenuhi oleh pekerja-pekerja di sekitar kawasan tersebut. Keadaan ini menyebabkan orang ramai meletak kereta mereka di kawasan-kawasan larangan dan kerana ini ianya mendatangkan kesesakan lalulintas. Di kawasan ini juga didapati banyak kereta yang menunggu untuk mendapatkan tempat letak kereta untuk menjalankan urusan masing-masing.  

      Bagi pendapat saya kawasan ini mengalami masalah meletak kereta yang kritikal di mana jumlah kereta yang masuk melebihi daripada jumlah tempat letak kereta yang disediakan. Dengan ini didapati bahawa tempat letak kereta ini amat penting dalam semua bandar-bandar mahupun pekan-pekan. Ianya juga adalah salah satu punca yang mendatangkan kesesakan lalulintas dalam bandar.                                   

Page 53: Akta Kerajaan Tempatan

      BAB VI    

      KESIMPULAN DAN CADANGAN    

6.1  KESIMPULAN   

      Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan maka dapatlah dibuat kesimpulan bahawa di kawasan kajian yang telah dipilih didapati tempat letak kereta yang disediakan adalah berkurangan daripada permintaan. Ini menyebabkan kawasan tempat letak kereta ini sentiasa tidak mencukupi dan pada waktu-waktu puncak, sesiapa yang ingin meletak kereta mereka di sini terpaksa menunggu. Ini telah mengakibatkan kesesakan lalulintas lebih-lebih lagi terdapat pemandu yang meletak kereta mereka ditempat yang salah.  

      Bagi kawasan ini, tempat letak kereta perlu diperbaiki memandangkan permintaan semakin meningkat dan ini melibatkan kepentingan kepada orang ramai. Ada sesetengah pemandu sanggup menanggung risiko dengan meletak kereta mereka di kawasan-kawasan larangan tanpa menghiraukan keselesaan orang lain dan juga mereka masih berdegil walaupun dikenakan saman oleh pihak-pihak yang  berkenaan. Dan dari pemerhatian yang di buat juga, didapati orang ramai tidak suka meletak kereta mereka di kawasan yang jauh daripada tempat yang hendak dituju kerana pembaziran dari segi masa dan juga malas untuk berjalan kaki.

      Tempat letak kereta yang sempurna dan memenuhi permintaan ramai hendaklah disediakan berhampiran dengan kawasan tumpuan orang ramai. Walaubagaimanapun tempat letak kereta yang hendak disediakan biasanya akan melibatkan penggunaan tanah dan ruang yang luas dan ini akan berlakunya pembaziran jika tempat letak kereta itu tidak digunakan dengan sepenuhnya. Jadi, sebelum sesuatu tempet letak kereta itu dibuat, kita hendaklah membuat kajian dan perancangan yang teliti. Ini adalah supaya tidak menjadi masalah apabila tempat letak kereta siap dibina.    

2. CADANGAN

  

      Masalah kekurangan tempat letak kereta perlulah diatasi dengan segera bagi mengelakkan kesesakan lalulintas bagi sesuatu kawasan. Ini adalah kerana ia boleh mendatangkan banyak keburukkan kepada orang ramai seperti bunyi bising dari kenderaan, juga pencemaran alam

Page 54: Akta Kerajaan Tempatan

sekitar akibat dari asap kenderaan dan juga boleh mendatangkan kemalangan.  

      Berikut adalah beberapa langkah yang dicadangkan agar dapat mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta di sekitar kawasan Jalan Pintu Pong dan Medan Letak Kereta Pantai Jaya khususnya iaitu :-  

1. Lokasi tempat letak kereta yang hendak dibuat mestilah sesuai dan strategik dimana ianya  hendaklah dibuat di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai supaya mereka tidak perlu berjalan jauh ke kawasan yang hendak dituju.

2. Bagi kawasan yang mengalami kekurangan tempat letak kereta, cara yang paling sesuai ialah menyediakan tempat letak kereta bertingkat dengan ini dapat menjimatkan penggunaan tanah di samping dapat menyediakan banyak tempat letak kereta.

3. Menggalakkan pekerja supaya mengamalkan sikap berkongsi kereta. Dimana ianya dapat menagtasi masalah kekurangan tempat letak kereta dan juga masalah kesesakan lalulintas.

4. Tindakan yang lebih tegas hendaklah dilakukan oleh pihak berkuasa agar pemandu-pemandu kereta tidak meletak kereta mereka dimerata-rata tempat yang bukan disediakan kerana ini akan menyebabkan berlakunya kesesakan lalulintas dan kemalangan.

  

      Pemilihan langkah-langkah dan strategi bagi mengatasi masalah tersebut adalah bergantung kepada pihak berkuasa atau pihak yang menguruskan kawasan tersebut dan kajian yang lebih terperinci lagi diperlukan kerana ianya melibatkan kos dan peruntukkan yang banyak untuk menyempurnakan saranan yang telah diberikan itu.  

      Dalam menyediakan perancangan tempat letak kereta, pihak-pihak yang berkenaan hendaklah mengambil kira beberapa kriteria dan ianya hendaklah dibuat dengan sempurna supaya dapat menampung pertambahan jumlah kereta dari semasa kesemasa.            

Page 55: Akta Kerajaan Tempatan

   RUJUKAN   

1. Geoffrey Baker & Bruno Funaro ( 1958 ). “ Parking” New York : Reinhold Publishing Corporation.

 2. Buchanan CD ( 1963 ). “Traffic In Town”. London : HMSO.

 3. John Brierley ( 1972 ). “ Parking Of Motor Vehicles ( Second Edition ).” London :

Applied Science Publisher Ltd.

 4. Edward M. Whitlock, P.E. (1982). “Parking For Institutions And Special Event”.

ENO Foundation For Transportation, INC. Westport Connecticut.

 5. Jim Mc Cluskey ( 1987 ). “ Parking A Handbook Of Environmental Design”.

London : E & F.N Spon Ltd.

 6. Jason C.Yu ( 1982 ). “Transportation Engineering Introduction To Planning, Design

And Operation’. Holland : Elsevier North Holland. Inc.

 7. Jeffrey Rowbotham (1976). “ The Need For Standards, Lancashire Country Planning

Department”.

 8. Paul H Wright & Radnor J. Paquette (1987). “Highway Engineering” Second Edition.

 9. Alexander LA (1969). “The Downtown Parking System; Traffic Quarterly”.

 10. C A O’Flaherty (1993). “Jalan Raya : Perancangan dan Kejuruteraan Lalulintas”.

Terjemahan Abd. Rahman Mahmood Terbitan DBP.