ajaran sesat

20
Hasan Anak Rimau dari Bukit Mas, Tanah Merah, Kelantan, AJARAN SESAT

Upload: mohd-izzunuddin-kassim

Post on 01-Jun-2015

882 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Hasan Anak Rimau dari Bukit Mas, Tanah

Merah, Kelantan,

AJARANSESAT

KEPUTUSAN

BIODATA

PERPECAHAN AJARAN

LATAR BELAKANG

CIRI-CIRI KESALAHAN

MAKLUMAT TAMBAHAN

Isi Kandungan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-6 yang bersidang pada 10 Oct 1983 telah membincangkan Ajaran Hasan Anak Rimau. Muzakarah telah memutuskan bahawa oleh kerana ajaran Tok Ayah Hasan ini hanya berlaku di negeri Kelantan dan Terengganu sahaja maka terserahlah kepada kedua-dua negeri itu untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung ajaran Tok Ayah Hasan. Sementara itu ianya hendaklah diawasi supaya tidak merebak ke negeri-negeri lain.

Keputusan

Hasan anak harimau dulunya seorang guru silat maka ramailah anak murid mereka dan antaranya ada di balok kuantan. Banyak keistemewaan beliau maklumkan beliau seorang guru silat.Apabila usia meningkat tergerak untuk mengabdi diri pada Allah dan beliau terus meningalkan alam persilatan.Kerja hariannya ialah menjual anak limau di pekan daerah beliau tinggal.Lama kelamaan orang kampong mengelar beliau "Hasan anak rimau". Dalam masa itu anak murid beliau semakin ramai.Asas utama ajaranya ialah berzikir dan beruzlah mengingati Allah.Zikir yang beliau bawa dinamakan "zikir kuat"

Biodata

Pengikut beliau masa itu seluruh negara & perusuk negeri .Lama kelamaan hilang nama 'Hasan Anak limau' sehinggalah digantikan dengan 'Hasan anak Harimau'.Banyak keistimewaan beliau antaranya

boleh mengetahui isi hati tetamu datang.Sekiranya dia ingin makan burung sebut saja

tak lama kemudian burung itu akan datang.

Pengikut setia beliau ialah anak sulung beliau dan ayah pin.Ayah pin ini ada anak perempuan yang bernama mok su. Tak lama kemudian hasan ini kawin dengan mok su...dengan ini ayah pin ada lah pok mertua hasan anak harimau.

Perecahan ajaran kepada 3 kumpulan

Hassan meninggal

Mok su (isteri)

Ayah pin(ayah

merua)

anak beliau

Kumpulan (ajaran)

1 .Nama sebenar Hasan bin Yaakob. Gelaran lain untuk beliau ialah Tok Yah Hasan, Pak Teh Hasan dan Pak Chu Hasan tetapi yang paling popular ialah Hasan Anak Rimau.

2. Dilahirkan di Kampung Bendang Pauh, Chetok, Pasir Mas, Kelantan pada tahun 1914. Disebarkan di Kampong Bukit Gading, Bukit Mas, Tanah Merah, Kelantan. Menetap di Batu 13, Kampong Tenang, Jalan Kerawak, Hulu Besut, Terengganu dan meninggal dunia di sana.

Latar Belakang

3. Pengganti beliau ialah Ayah Pin. Nama penuhnya ialah Ariffin bin Muhamad. Berusia 49 tahun. Beliau berasal dari Bukit Mas, Tanah Merah, Kelantan. Mempunyai empat orang isteri dan 21 orang anak.

4. Ayah Pin menetap di Batu 13, Kampong Tenang, Jalan Kerawak, Hulu Besut, Terengganu dan disitulah dijadikan markas kumpulan ajaran Ratip Kuat.

5. Dua orang guru lain sebagai penyambung ajaran ini ialah Mohamad bin Ya dan Kamariah bt Ali. Mohamad bin Ya dilahirkan pada 11.8.1950 di Kampong Beah, Redang, Bachok, Kelantan. Pernah belajar di Madrasah Tarbiah Kampung Lepah, Selising Bukit Jawa, Pasir Putih hingga darjah tujuh sebelum menyambung pelajaran ke Darululum, Deoband India dan Mesir. Manakala isterinya Kamariah bt Ali dilahirkan pada 1.1.1951. Berasal dari Pasir Putih, Kelantan dan berkelulusan Azhar. Kedua-duanya pernah menjadi guru agama di Sekolah Menengah Methodist Kampar, Perak (suami) dan Sekolah Menengah Kampar, Perak (Isteri).

6.Bapa Muhamad ialah Haji Ya bin Haji Ali dan merupakan ketua ajaran berkenaan di Kampung Beah, Redang, Bachok, Kelantan.

7.Ajaran ini dikesan pada tahun 1970an di tempat-tempat berikut:

a. Bukit Mas, Tanah Merah )b. Gong Datok, Pasir Putih )c. Dalam Rhu, Pasir Putih ) Kelantand. Kampong Beah, Redang, Bachok )e. Pasir Panjang ) f. Merchang )g. Felda Sungai Tong )h. Kampung Langkat ) Terengganui. Pulau Rusa ) J. Felda Jerangau ) k. Kemaman )l. Marang ) m. Kampong Tok Kah, Dungun ) n. Taman Kapar Jaya, Malim Nawar )o. Taman Lela, Kemunting, Taiping )Perakp. Kongsi Baru, Setiawan )q. Endau Rompin ) Pahang

8.Jumlah Pengikut keseluruhan dianggarkan mencapai 2,000 orang.

9. Antara murid kanan ajaran ini ialah:I. Haji Ya bin Hj. Ali, Bachok.II. Nik Halim, Gong Datok, Pasir PutihIII. Yusof bin Awang, Kg. Tok Kah Dungun.IV. Sulaiman bin Takrib, Malim Nawar,.

Perak

Hasan Anak Rimau dan Ayah Pin membawa ajaran berikut:

1. Gurunya berada di mana-mana sahaja makhluk berada.

2.Guru adalah pemegang anak kunci syurga.

3.Manusia adalah tuhan dan tuhan adalah manusia.

4.Tidak perlu percaya kepada Nabi Muahmmad S.A.W.

5.Mendakwa dirinya tuhan.

6.Berkuasa melantik di kalangan muridnya sebagai Wali Allah dan menentukan darjat.

Ciri-Ciri Kesalahan

7.Di waktu solat dikehendaki mengingati guru terlebih dahulu sebelum mengingati Allah.

8.Mendakwa diri diresapi roh Nabi Muhammad S.A.W. dan di suatu masa nanti akan bertukar menjadi Imam Mahadi.

9.Ratib dan Zikir selepas Maghrib, Isyak dan Subuh.Ayah Pin mengajar zikir kepada ahli-ahlinya dan seruan seperti berikut:"WAHAI AYAH PIN MEMBERI KEPADA AKU, DISITULAH AKU, BERGURULAH AKU DI HADAPAN AYAH PINKU, SEBENAR-BENARNYA GURULAH AKU DUNIA SAMPAI AKHIRAT, WAHAI AYAH PINKU, WAHAI TUHANKU APALAH DOSAKU, MOHONNYA KEPADAMU YA ALLAH".Mohamad Ya dan isteri mendakwa:

a. Hari Jumaat sebenarnya ialah hari Sabtu iaitu berhimpun segala hari dari hari Ahad hingga hari Sabtu. Alasannya berdasarkan surah Al Hadid dimana dikatakan Allah mencipta dan menyempurnakan alam ini dalam masa enam hari, sedang hari Jumaat penghulu segala hari sudah tentu duduknya hari ketujuh. Susunan harinya menjadi Ahad, Isnin, Selasa, Rabu Khamis, Sabtu dan Jumaat dihari Ketujuh.

b. Solah Jumaat hendaklah diamalkan pada hari yang ketujuh iaitu Sabtu,

C .Mentafsir perkataan Aamanu di ayat 9, surah Jumaat sebagai wajib sembahyang bagi laki-laki dan perempuan kerana mereka adalah orang beriman.

d. Maksud solat Jumaat ialah berhimpun beramai-ramai melakukan amalan zikir/ratib iaitu dimulai dengan solat maghrib, berselawat, berdoa dan disusuli dengan ratip maghrib. Kemudian solat Isyak, berselawat, berdoa dan mengamalkan zikir Isyak. Selepas ini mengadakan perbincangan mengenai hal ehwal amalan mereka.

perbincangan mengenai hal ehwal amalan mereka.

SEKIANSELAMAT MENUJU KE JALAN YANG BENAR LAGI LURUS

DISEDIAKAN OLEH:MOHD IZZUNUDDIN BIN KASSIM