ajaran – ajaran islam dan kristian

Upload: dze-prinze

Post on 07-Oct-2015

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Free

TRANSCRIPT

Ajaran Ajaran Islam dan Kristian

Ajaran Ajaran Islam dan KristianDisediakan Oleh: Tan Kok Seng Chen Khing Phang Ng Shan Men Suraya Adnin Binti Johari Anith Kumar A/L Nantha Kumar Ong Ching Huat Nur Amira Binti Hashim Gabriel Chong Sing Leung Nur Ashiqin Maulad Azmiraan E Gin Leon

Ajaran IslamRukun Iman 1. Beriman Kepada AllahDengan Iman kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati hanya semata-mata kerana Allah. Secara positif kita menuju tauhid yang semurninya dan secara negatif menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah s.w.t.2. Beriman Kepada MalaikatDengan iman kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya menurut perintah Allah. Secara positif kita mempercayai kepada alam ghaib yang diberitakan oleh Allah dan secara negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak diberitakan oleh Allah.3. Beriman Kepada KitabDengan beriman kepada kita suci kita mempercayai adanya kitab-kitab yang Allah turunkan kepada umat manusia melalui utusanNya masing-masing bagi memimpin manusia ke jalan yang selamat dan kitab suci ini diakhiri dengan kitab suci al-Quran.4. Beriman Kepada Nabi Dan RasulDengan beriman kepada Nabi dan Rasul kita mempercayai adanya manusia polihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberikan petunjuk yang diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w.5. Beriman Kepada Hari KiamatDengan iman kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga atau neraka.6. Beriman Kepada Qada Dan QadarDengan beriman kepada Qada dan Qadar, kita mempercayai bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaanNya.Rukun Islam