aidil adha dan aidil fitri

5
Aidil Adha dan Aidil Fitri Benarkah Aidil Adha itu lebih mulia daripada Aidil Fitri? Jawab: Dari segi syara': Hari raya Idil fitri dan Idil Adha adalah dua hari yang di syari'atkan. Tidak ada nas mahupun dari al Qur'an atau Sunnah yang menunjukkan salah satu lebih afdhal dan mulia dari yang lain. Ini menunjukkan kedua-duanya adalah special dan ia menjadi rahsia ibadah yang tidak dituntut untuk kita mendalaminya kerana dasar ibadah ialah ta'abbudi (kita hanya melaksanakan) dan kita disuruh utk menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Hari Raya Idil fitri ialah Hari kita keluar daripada bulan Ramadhan dengan fitrah yang suci bersih; manakala Hari Raya Korban, juga kita kembali kepada fitrah, fitrah Islam dan umat yang satu yang bertuhankan hanya Allah. Serta mengikatkan diri kita dengan bapa Umat manusia iaitu Ibrahim AS yang menjadi induk kepada tiga agama samawi (Judaisma, Kristianiti dan Islam) Dari kaca mata amalan masyarakat: Hari Raya Puasa lebih meriah ini kerana kesemua lapisan masyarakat terlibat dengan ibadat puasa selama sebulan dan hari Raya puasa adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu. Kemeriahan ini bukan bermakna mengurangkan kemuliaan hari raya haji. Hari raya Korban pula ialah kita merayakan satu muktamar sedunia yang berlangsung di Kota Mekah. Kita hanya tumpang gembira dan mera'ikan serta melakukan korban sunnat yaitu mengorbankan udh'iyah dan mengembirakan fakir miskin. Maka kemeriahan dan keseronokannya sudah pasti tidak sama dengan hari Raya Fitrah. Rumusan:

Upload: fahmi2010

Post on 27-Sep-2015

8 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

rujukan

TRANSCRIPT

Aidil Adha dan Aidil Fitri

Aidil Adha dan Aidil Fitri

Benarkah Aidil Adha itu lebih mulia daripada Aidil Fitri?

Jawab:

Dari segi syara': Hari raya Idil fitri dan Idil Adha adalah dua hari yang di syari'atkan. Tidak ada nas mahupun dari al Qur'an atau Sunnah yang menunjukkan salah satu lebih afdhal dan mulia dari yang lain. Ini menunjukkan kedua-duanya adalah special dan ia menjadi rahsia ibadah yang tidak dituntut untuk kita mendalaminya kerana dasar ibadah ialah ta'abbudi (kita hanya melaksanakan) dan kita disuruh utk menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

Hari Raya Idil fitri ialah Hari kita keluar daripada bulan Ramadhan dengan fitrah yang suci bersih; manakala Hari Raya Korban, juga kita kembali kepada fitrah, fitrah Islam dan umat yang satu yang bertuhankan hanya Allah. Serta mengikatkan diri kita dengan bapa Umat manusia iaitu Ibrahim AS yang menjadi induk kepada tiga agama samawi (Judaisma, Kristianiti dan Islam)

Dari kaca mata amalan masyarakat: Hari Raya Puasa lebih meriah ini kerana kesemua lapisan masyarakat terlibat dengan ibadat puasa selama sebulan dan hari Raya puasa adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu. Kemeriahan ini bukan bermakna mengurangkan kemuliaan hari raya haji.

Hari raya Korban pula ialah kita merayakan satu muktamar sedunia yang berlangsung di Kota Mekah. Kita hanya tumpang gembira dan mera'ikan serta melakukan korban sunnat yaitu mengorbankan udh'iyah dan mengembirakan fakir miskin. Maka kemeriahan dan keseronokannya sudah pasti tidak sama dengan hari Raya Fitrah.

Rumusan:

Hari Raya Haji dan Hari Raya Fitrah adalah sama-sama mulia di sisi Allah. Ia di syari'atkan dan tidak dijelaskan salah satu lebih mulia daripada yang lain.

Hari Raya Haji dan Puasa membawa signifikan yang tersendiri dan unik serta membawa pengajaran yang berbedza, walaupun keduanya membawa kepada umat Islam kembali kepada fitrah.

Kemeriahannya agak berbedza: hari raya puasa lebih meriah kerana ia adalah hari raya yang melibatkan semua lapisan umat Islam; manakala Hari raya Haji, kita merayakan satu event yang sedang berlangsung di Kiblat umat Islam. Kanak-kanak yang merupakan komponen utama hari raya tidak dapat menyelami hakikat kegembiraan hari raya Korban kerana mereka tidak menjalani apa-apa ibadah sebelumnya sebagaimana hari raya puasa, di mana kanak-kanak telah dilatih berpuasa, maka sudah tentu mereka tertunggu-tunggu hari raya itu.

Kemeriahan hari Raya Fitrah tidak membawa tanggapan ia lebih mulia daripada hari raya Korban. Kalimah meriah dan mulia tidak sama. Tetapi bolehkah kita beranggapan bahawa raya adha lebih besar maknanya bagi seorang muslim kerana kita bertakbir selama 4 hari (iaitu pada hari nahar dan juga 3 hari tasyrik yang berikutnya) sedangkan takbir pada aidil fitri hanya dilakukan pada 1 hari syawal sahaja. Takbir dan tahmid adalah amalan utama bagi seorang itu mengucapkan rasa syukur dan gembira mereka pada hari raya (di samping mengerjakan solat sunat hari raya, memakai pakaian yang terbaik dan menziarahi sesama muslim).

Jadi berdasarkan ini bolehkah kita menganggap Raya adha lebih besar maknanya bagi seorang muslim dari raya aidil fitri secara relatifnya.

Jawab:

Sebenarnya perbahasan dalam masalah ini tiada penghujungnya, maka al Imam al Banna mendatangkan satu usyul untuk menyelesaikannya: Usyul ke lima (usyul 20); Rukun al Fahmu. Asal pada ibadah ialah ta'abbud tanpa melihat kepada makna-maknanya dan Asal pada Adat/Uruf ialah melihat kepada rahsia, hikmat (makna) dan tujuan.

Dengan itu usyul ini sangat penting untuk membebaskan kebingungan kita dalam memikirkan pelbagai ibadat yang disyari'atkan dalam pelbagai bentuk, waktu, syarat, masa dan tempatnya oleh Allah SWT. Akal kita tidak akan mampu memikirkan rahsia, hikmat dan makna disebalik pengsyari'atan semua ibadat-ibadat tersebut keuali sedikit saja yang diberitahu oleh Allah dan Rasul-Nya.

Misalnya untuk mengukur makna hari raya haji dan hari raya puasa berdasarkan jumlah hari bertakbir. Sebenarnya jumlah hari bertakbir pada hari raya Haji berterusan hingga hari-hari Tasyriq itu adalah amalan para Khulafa' arRasyidin sahaja, Umar dan Ali KW serta fatwa Imam-imam yang muktabar. Ia hanyalah sebahagian drpd syi'ar Islam. (Sayyid Sabiq, Fiqhussunnah) Tidak satu Hadis pun yang datang daripada RasuluLlah saw yang menyuruh umat Islam bertakbir pada hari-hari Tasyriq.

Namun kalau kita hendak mengkajinya pun tidak salah; apabila kita membaca perbahasan Ulamak dalam bab Haji, seperti kitab al Maudoodi (Khutabat), Abul Hassan Ali Nadvi (Four Pillars of Islam), Ali Syariati (Hajj), serta mana-mana kitab Feqah, kita dapati perbahasan bab Haji jauh mengatasi perbahasan dalam bab puasa.

Haji memerlukan pesiapan mental, fizikal, ekonomi dan ruhi yang jauh lebih besar daripada puasa. Puasa adalah ibadah yang bersifat personal antara Allah dan si muslim, namun ibadah Haji membawa impak yang besar terhadap kehidupan personal, masyarakat, politik antarabangsa dan commonwealth umat Islam. Jika puasa dilakukan saban tahun oleh si muslim, namun Haji adalah penutup rukun Islam, kemuncak ibadah khusus yang disyari'atkan dan memadai dilakukan sekali seumur hidup. Jika sesuatu ibadah itu hanya diwajibkan sekali seumur hidup, maka ia adalah satu ibadah yang amat hebat makna, hikmat dan impaknya ke atas kehidupan seseorang; sedangkan puasa dapat dilakukan tahun demi tahun.

Berdasarkan perbahasan dan tarjih di atas, boleh kita katakan makna dan hakikat Hari Raya Korban melebihi makna hari Raya Fitrah.

Ia sama juga bila membahaskan yang mana lebih besar makna dan hikmatnya antara ibadah hati dan ibadah zahir. Sudah tentulah ibadah hati mengatasi ibadah zahir; misalnya tawakkal, taqwa, dan yakin kepada Allah (ibadah hati) lebih afdhal daripada zikrullah atau infaq fi sabilillah.

Namun saya rasa lebih selamat, jika kita beramal dengan usyul ke 5 al Banna, iaitu kita menyerahkan kepada Allah dalam hikmat dan makna-makna ibadat-ibadat yang disyari'atkan. Inilah amalan para salaf, manakala mentakwil dengan akal yang rasional dan tidak bercanggah dengan ruh syara' juga dibenarkan dan inilah jalan khalaf.

Adakah kita patut merayakan Aidil Adha itu dengan lebih meriah daripada Aidil Fitri?

Jawab:

Apabila dikaitkan dengan kemeriahan, ia berhubungkait pula dengan uruf masyarakat. Prof. Dr Abdul Karim Zaidan (al Wajiz fil Usyul) menjelaskan uruf masyarakat ialah sesuatu yang menjadi kesukaan masyarakat, kebiasaan mereka dalam kehidupan, baik berbentuk perkataan atau perbuatan. Uruf dan adat adalah dua istilah yang sinonim.

Uruf yang betul ialah yang tidak bercanggah dengan mana-mana nas syarak, tidak menghilangkan maslahat dan tidak membawa mufsadat (mudharat); manakala uruf yang batil atau fasid ialah kebiasaan yang bertentangan dengan nas syarak, membawa mudharat atau menghilangkan maslahat.

Kemudian apakah makna meriah mengikut uruf masyarakat? dan meriah menurut syara'?

Uruf masyarakat Malaysia 'amnya Hari Raya Puasa lebih meriah kerana banyaknya kuihmuih, kanak-kanak mendapat duit raya, cuti lebih panjang dan seluruh lapisan masyarakat terdiri drpd kanak-kanak dan orang dewasa terlibat secara fizikal dengan ibadah puasa dan mereka merasa keseronokan kerana larangan sebulan Allah terhadap kebiasaan makan-minum mereka telah berakhir. Ia bertambah meriah apabila ia digembargembur oleh mass-media dan sibuknya para artis dan insan seni hiburan yang melancarkan pelbagai rancangan hiburan melalui rangkaian media elektronik.

Manakala hari Raya Korban (kecuali Pantai Timur; Kelantan dan Terengganu); ia kelihatan sederhana sekali; tiada kuihmuih, kanak tiada duit raya, dan cuti yang pendek serta gembargembur media yang amat kecil.

Maka kemeriahan uruf telah menenggelamkan kemeriahan menurut syara'; di mana syara' menyuruh kita menyambutnya dengan kemeriahan yang sama. Ini terbukti dalam kehidupan generasi pertama Islam bagaimana mereka menyambut kedua-dua hari raya itu. Malah para sahabat dan Imam mujtahid menyuruh umat Islam bertakbir sepanjang hari-hari tasyriq, malah Umar alKhattab menyuruh umat Islam bertakbir di mana sahaja semasa hari tasyriq temasuk di pasar. Namun setelah Islam sampai ke Nusantara, dan berlalunya 1600 tahun daripada zaman keemasan Islam, maka ia sudah pasti dipengaruhi oleh adat dan kebiasaan tempatan.

Namun Islam mengiktiraf uruf atau kebiasaan syara' selagi mereka tidak memudharatkan apa yang disyari'atkan misalnya membatalkan cuti hari raya korban atau tidak membenarkan umat Islam mengorbankan haiwan korban secara terbuka; kerana ini amat mengurangkan kemeriahan hari raya korban dan peluang mereka utk berukhuwwah semasa melapah binatang korban.

Terpulanglah kepada uruf masyarakat untuk menyambut satu hari raya korban lebih sedikit meriahnya daripada hari raya puasa ATAU melebihkan kemeriahan hari raya puasa ke atas hari raya korban. Ini kerana mereka masih belum memahami tasawwur puasa dan Haji dalam ertikata yang sebenarnya.