ahmad shaifful anuar ahmad shukor

15
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 244 KELESTARIAN PENGURUSAN ASET WAKAF PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA: SATU SOROTAN 1 Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor 2 Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia 11800 Minden, Pulau Pinang E-mel: [email protected] Abstrak Perkembangan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia yang melaksanakan wakaf pendidikan tinggi semakin menggalakkan. Ini adalah kerana wakaf sangat berpotensi memainkan peranan melestarikan IPT Malaysia di samping membantu universiti dalam mengatasi kekangan kewangan untuk melaksanakan aktiviti pelajar serta pembangunan IPT. Wakaf pendidikan tinggi ini juga bukan sahaja membantu pembangunan pendidikan pelajar bahkan membantu IPT daripada segi merangka dasar serta strategi yang mantap agar lebih berdaya saing dan kompetitif kerana adanya faktor kewangan yang kukuh. Namun, bagaimanakah kaedah yang berkesan dalam menguruskan aset wakaf pendidikan tinggi agar lebih lancar dan sistematik. Ini kerana, jikalau wujudnya permasalahan dalam menguruskan aset wakaf pendidikan tinggi sudah tentu wakaf itu sendiri tidak dapat dilestarikan dengan sebaiknya. Berdasarkan kepada senario tersebut, kertas kerja ini ditulis dengan matlamat untuk mencapai tiga tujuan. Pertama, mengenal pasti kaedah pengurusan aset wakaf pendidikan tinggi. Kedua, mengenal pasti kaedah pelestarian aset wakaf pendidikan tinggi. Ketiga, merumuskan kelestarian wakaf pendidikan tinggi di IPT Malaysia. Kajian ini berbentuk penerokaan dan data yang digunakan diperoleh daripada kajian perpustakaan. Justeru, dapatan kajian ini akan memperkembangkan teori berkaitan kaedah yang bersesuaian dalam menguruskan aset wakaf pendidikan tinggi Malaysia. Kata Kunci: Pengurusan Aset, Wakaf Pendidikan Tinggi 1 Kertas kerja ini dibentangkan di ISDEV International Islamic Development Management Conference yang ke-9 (IDMAC9), anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), pada 8-9 Disember 2015 di Universiti Sains Malaysia (USM). 2 Ahmad Shaifful Anuar bin Ahmad Shukor ialah calon Doktor Falsafah di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Upload: idmac2015

Post on 15-Jan-2017

586 views

Category:

Presentations & Public Speaking


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 244

KELESTARIAN PENGURUSAN ASET WAKAF PENDIDIKAN TINGGI

MALAYSIA: SATU SOROTAN1

Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor2

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)

Universiti Sains Malaysia

11800 Minden, Pulau Pinang

E-mel: [email protected]

Abstrak

Perkembangan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia yang melaksanakan wakaf

pendidikan tinggi semakin menggalakkan. Ini adalah kerana wakaf sangat berpotensi

memainkan peranan melestarikan IPT Malaysia di samping membantu universiti

dalam mengatasi kekangan kewangan untuk melaksanakan aktiviti pelajar serta

pembangunan IPT. Wakaf pendidikan tinggi ini juga bukan sahaja membantu

pembangunan pendidikan pelajar bahkan membantu IPT daripada segi merangka

dasar serta strategi yang mantap agar lebih berdaya saing dan kompetitif kerana

adanya faktor kewangan yang kukuh. Namun, bagaimanakah kaedah yang berkesan

dalam menguruskan aset wakaf pendidikan tinggi agar lebih lancar dan sistematik.

Ini kerana, jikalau wujudnya permasalahan dalam menguruskan aset wakaf

pendidikan tinggi sudah tentu wakaf itu sendiri tidak dapat dilestarikan dengan

sebaiknya. Berdasarkan kepada senario tersebut, kertas kerja ini ditulis dengan

matlamat untuk mencapai tiga tujuan. Pertama, mengenal pasti kaedah pengurusan

aset wakaf pendidikan tinggi. Kedua, mengenal pasti kaedah pelestarian aset wakaf

pendidikan tinggi. Ketiga, merumuskan kelestarian wakaf pendidikan tinggi di IPT

Malaysia. Kajian ini berbentuk penerokaan dan data yang digunakan diperoleh

daripada kajian perpustakaan. Justeru, dapatan kajian ini akan memperkembangkan

teori berkaitan kaedah yang bersesuaian dalam menguruskan aset wakaf pendidikan

tinggi Malaysia.

Kata Kunci: Pengurusan Aset, Wakaf Pendidikan Tinggi

1Kertas kerja ini dibentangkan di ISDEV International Islamic Development Management Conference

yang ke-9 (IDMAC9), anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), pada 8-9

Disember 2015 di Universiti Sains Malaysia (USM). 2Ahmad Shaifful Anuar bin Ahmad Shukor ialah calon Doktor Falsafah di Pusat Kajian Pengurusan

Pembangunan Islam (ISDEV) di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Page 2: Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 245

PENGENALAN

Perkembangan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia yang telah melaksanakan

wakaf pendidikan tinggi semakin menggalakkan. Ini adalah kerana instrumen wakaf

pendidikan tinggi sangat berpotensi memainkan peranan bagi melestarikan IPT

Malaysia di samping membantu universiti dalam mengatasi kos kewangan untuk

melaksanakan aktiviti pelajar serta pembangunan IPT yang semakin meningkat.

Wakaf pendidikan tinggi ini juga bukan sahaja membantu pembangunan pendidikan

pelajar bahkan membantu IPT daripada segi merangka dasar serta strategi yang

mantap agar lebih berdaya saing dan kompetitif kerana adanya faktor kewangan yang

kukuh. Namun, bagaimanakah kaedah yang berkesan dalam menguruskan aset wakaf

pendidikan tinggi agar lebih lancar dan sistematik. Ini kerana, jikalau wujudnya

permasalahan dalam menguruskan aset wakaf pendidikan tinggi sudah tentu wakaf

itu sendiri tidak dapat dilestarikan dengan sebaiknya.

Justeru, berdasarkan kepada isu tersebut kertas kerja ini ditulis dengan matlamat

untuk mencapai tiga tujuan. Pertama, mengenal pasti kaedah pengurusan aset wakaf

pendidikan tinggi. Kedua, mengenal pasti kaedah pelestarian aset wakaf pendidikan

tinggi. Ketiga, merumuskan kelestarian wakaf pendidikan tinggi di IPT Malaysia.

Kajian ini berbentuk penerokaan dan data yang digunakan diperoleh daripada kajian

perpustakaan. Oleh itu, dapatan kajian ini akan memperkembangkan teori berkaitan

kaedah yang bersesuaian dalam menguruskan aset wakaf pendidikan tinggi Malaysia.

PERKEMBANGAN WAKAF PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

Konsep wakaf untuk tujuan pembangunan pendidikan rakyat sedia terkenal di negara

Malaysia (Mokhtar, Mohd Isa, Muna & Hairullfazli, 2015). Antaranya adalah dengan

kepelbagaian madrasah yang tubuh seperti cendawan di negeri utara Malaysia seperti

Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang kebanyakan lebih tertumpu kepada peringkat

rendah dan menengah di samping penglibatan beberapa IPT yang telah

melaksanakan wakaf pendidikan tinggi (Mohammad Haji Alias & Fuadah Johari,

2014). Awal wakaf pendidikan di Malaysia telah wujud dalam pelbagai bentuk

seperti biasiswa, kewangan, bangunan asrama pelajar dan alat-alat pembelajaran

seperti meja, buku dan lain-lain (Ahmad Zaki Abdul Latiff, 2006). Perkembangan ini

adalah signifikan kerana kajian mendapati pembiayaan pendidikan melalui instrumen

wakaf dapat mengurangkan masalah keciciran dan ketinggalan anak-anak bangsa

yang tidak dapat meneruskan pengajian atas alasan kemiskinan (Najibah Mustaffa

dan Mohd Zamro Muda, 2014). Ketekunan pimpinan kerajaan Islam sebelum ini

dalam melaksanakan ibadah wakaf terus disuburkan oleh generasi pewaris masa kini

dan buktinya adalah seperti Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul

Ridzuan, Raja Nazrin Shah yang telah mewakafkan tanah milik baginda untuk tujuan

pembinaan kampus baru KUISAS (Mokhtar, Mohd Isa, Muna & Hairullfazli, 2015)

Pemberian tanah untuk dijadikan tapak pembangunan institusi juga terdapat di

Terengganu seperti Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang telah didirikan

atas tanah sumbangan wakaf oleh pihak tertentu (Khoo, 1980). Selain itu, Akademi

Kulinari Terengganu juga turut dibangunkan di atas tanah wakaf yang diuruskan oleh

Page 3: Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 246

pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) (Mokhtar,

Mohd Isa, Muna & Hairullfazli, 2015). Di Terengganu juga terdapat institusi

pengajian swasta yang berasaskan ibadah wakaf seperti Universiti Kolej Bestari

(UCB) di Setiu (Mokhtar, Mohd Isa, Muna dan Hairullfazli, 2015). Institusi ini telah

ditubuhkan oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) dan ini

membuka peluang lebih besar kepada golongan anak yatim dan miskin di Malaysia

melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi lagi (Utusan Malaysia, 2013).

Contoh lain pembinaan institusi di atas tanah wakaf adalah seperti di Kedah iaitu

Maktab Mahmud di Alor Setar (Khoo, 1980). Maktab ini didirikan hasil kutipan

zakat serta wakaf orang ramai dan keseluruhan tanah wakaf ini juga telah diguna

pakai sepenuhnya untuk membangunkan kemudahan pengajian dan menjana sumber

kewangan bagi membiayai pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke Timur

Tengah (Arkib Negara Malaysia, 2014). Selain itu, Kolej Islam Darul Ulum (KIDU)

turut didirikan melalui kutipan zakat serta infak seperti wakaf dan sedekah (Mokhtar,

Mohd Isa, Muna & Hairullfazli, 2015). Pihak KIDU juga turut menawarkan

pengajian di peringkat rendah, menengah dan tinggi. Di samping itu, terdapat juga

universiti yang telah didirikan berasaskan pembiayaan yayasan seperti Universiti

Antarabangsa Albukhari (AIU) yang telah ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Tan Sri

Syed Mokhtar Albukhari dan pihak pentadbiran universiti ini juga tidak mengenakan

sebarang yuran kepada pelajarnya kerana segala kos pengajian termasuklah kos

makanan dan penginapan dibiayai sepenuhnya oleh pihak Yayasan Albukhari

(Muhammad Husni Hasbulah, Mohd Zaidi Daud & Mohammad Taqiuddin

Mohamad, 2015). Namun, universiti ini terpaksa dihentikan operasinya pada tahun

2014 disebabkan oleh masalah dalaman pihak pengurusan universiti tersebut

(Najibah Mustaffa & Mohd Zamro Muda, 2014).

Selain itu, pihak Majlis Agama Islam Johor juga telah membudayakan ibadah wakaf

dalam masyarakat negeri tersebut dengan pembinaan kemudahan asrama pelajar

untuk kegunaan anak kelahiran di Johor yang melanjutkan pengajian tinggi dalam

bidang agama dan perubatan di beberapa buah universiti Mesir dan Jordan (Siti

Mariam Atan, Norintan Wahab, Rosnani Mohd Salleh dan Zuramaznum Sainan,

2015). Masyarakat negeri Johor juga sekarang dalam usaha menubuhkan pusat

pengajian pra-universiti seperti Madrasah Tahfiz Medik dan pembiayaan projek ini

juga ditanggung sepenuhnya melalui Saham Wakaf Johor (e-Wakaf Johor, 2014).

Manakala di Melaka pula, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) juga telah

mengambil inisiatif menubuhkan tabung amal wakaf (Nur Yuhanis, Rahisam, Nur

Farhana, Shahrina & Roslina, 2015). Wakaf yang diterima oleh pihak KUIM ini

adalah dalam bentuk wakaf tunai serta kutipan diperoleh adalah daripada sumbangan

orang ramai, pelajar-pelajar dan potongan gaji kakitangan KUIM. Sementara itu,

Universiti Islam Malaysia (UIM) yang terletak di Selangor pula merupakan institusi

pengajian tinggi Islam pertama di Malaysia yang diasaskan dengan perkenan Majlis

Raja-raja Melayu dan bergerak sepenuhnya di atas landasan wakaf daripada orang

ramai serta institusi korporat (Mokhtar, Mohd Isa, Muna dan Hairullfazli, 2015).

Manakala Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pula telah

ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada tahun 1995 hasil

daripada kutipan zakat serta wakaf oleh pihak KUIS, Lembaga Zakat Selangor (LZS)

dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).

Page 4: Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 247

Di samping itu, perkembangan wakaf di IPTA dan IPTS lain turut rancak

berkembang sehingga ke peringkat global (Muhammad Husni Abdullah, Mohd Zaidi

Daud dan Mohammad Taqiuddin Mohamad, 2015). Antaranya seperti Universiti

Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang menubuhkan IIUM Endowment Fund

pada tahun 1999 (Laman Web IIUM, 2015), Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM) dengan Dana Waqaf dan Endowment UKM pada tahun 2010 (Laman Web

UKM, 2015), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan Dana Wakaf Ilmu UPM pada

tahun 2012 (Laman Web UPM, 2015) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

pada tahun 2013 dengan Dana Wakaf Al-Abrar (Laman Web USIM, 2015).

Penubuhan dana wakaf di universiti terbabit secara umumnya bertujuan untuk

menerima aset, wang tunai, saham dan aset-aset kewangan dalam negara dan luar

negara yang akan digunakan untuk membiayai biasiswa, pinjaman dan urusan

pengembangan dana seperti aktiviti pelaburan (Najibah Mustaffa & Mohd Zamro

Muda, 2014).

Walaupun pun wakaf pendidikan tinggi ini berpotensi untuk dilaksanakan bagi

tujuan pendidikan tinggi Malaysia, namun terdapat empat isu yang telah dikenal pasti

untuk dibincangkan iaitu isu perundangan, pentadbiran, instrumen dan kelestarian

wakaf. Isu pertama adalah berkaitan dengan perundangan wakaf. Wujudnya

persoalan peruntukan perlembagaan dan undang-undang negeri dalam perkara wakaf

akibat daripada perbezaan penggunaan istilah wakaf di setiap negeri (Wan Kamal

Mujani, Mohd Syakir Mohd Taib & Noor Inayah Ya’akub, 2014). Ini kerana

kebanyakan negeri di Malaysia tidak mentakrifkan secara terperinci tentang wakaf

kecuali beberapa negeri sahaja dan kebanyakan definisi yang diperuntukkan dalam

beberapa enakmen hanyalah menyentuh tentang harta wakaf am dan khas sahaja

(Marziana Abd Malib, Ruzian Markom & Rusnadewi Abd Rashid, 2014). Melihat

kepada situasi ini, perlunya peraturan dan kerangka undang-undang wakaf khusus

untuk tujuan pendidikan bagi menjamin kelestarian atau kelangsungan institusi

wakaf serta menggalakkan tanggungjawab untuk melakukan ibadah wakaf dalam

kalangan Muslim (Nor Asiah Mohamad, Syarifah Zubaidah Syed Abdul Kader &

Zuraidah Ali, 2012). Perkara ini menunjukkan undang-undang wakaf sedia ada

masih lagi tidak mencukupi untuk menjadikan pentadbiran dan pengurusan wakaf

lebih efektif dan menyeluruh di samping telah wujudnya keraguan dalam masyarakat

untuk mewakafkan harta bagi tujuan pendidikan kerana bimbang harta wakaf

tersebut tidak dilindungi sebaiknya (Marziana Abd Malib, Ruzian Markom &

Rusnadewi Abd Rashid, 2015).

Isu seterusnya yang dibangkitkan adalah berkaitan pentadbiran wakaf. Wujudnya

ketidakseragaman pentadbiran serta pengurusan dan ini menimbulkan konflik dalam

menguruskan harta wakaf (Marziana Abd Malib, Ruzian Markom & Rusnadewi Abd

Rashid, 2015). Terdapat juga kekurangan kepakaran dan sumber manusia yang

sering menjadi cabaran terhadap pengurusan harta wakaf di Malaysia seperti pihak

MAIN sebagai badan utama pentadbir harta wakaf banyak terbeban dengan masalah

seperti ini (Nur Yuhanis Ismon, Rahisam Ramli, Nur Farhana Dahalan, Shahrina

Romli & Roslina Hashim, 2015). Pada masa yang sama, kakitangan MAIN ini juga

terlibat dalam pengurusan wakaf yang dibebankan dengan pelbagai tugasan lain dan

ini mengakibatkan tiada pengkhususan serta perhatian juga kurang diberikan kepada

pembangunan wakaf (Marziana Abd Malib, Ruzian Markom & Rusnadewi Abd

Rashid, 2014; Rohayati Hussin 2015). Terdapat juga kekangan pentadbiran di antara

Page 5: Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 248

pihak universiti dengan pihak MAIN dalam keperluan pihak universiti memohon

sebagai mutawalli harta wakaf tersebut dan ini akan menyebabkan kebebasan dan

kemajuan berwakaf tersebut kurang menggalakkan di samping pihak universiti yang

ingin memperkasa wakaf tersebut terpaksa tidak mengumumkan pelaksanaan

pembiayaan dengan wakaf dan menukarkannya kepada yayasan untuk mengelakkan

campur tangan pihak MAIN (Zakaria Bahari, 2013).

Manakala bagi instrumen wakaf pada masa kini pula sudah mula diperluaskan dalam

pelbagai bentuk seperti wakaf tanah, wakaf saham, wakaf tunai, saham wakaf, wakaf

korporat dan sebagainya (Raja Nor Ashikin Raja Ramli & Nor ‘Adha Abd Hamid,

2014). Namun, instrumen wakaf ini haruslah mematuhi hukum syarak bagi

memastikan kelangsungan institusi dan badan wakaf seiring dengan kehendak

syariah (Raja Nor Ashikin Raja Ramli & Nor ‘Adha Abd Hamid, 2014). Pengalaman

Barat dalam endowment juga boleh dijadikan sebagai contoh dengan menerapkan

pelbagai instrumen penjanaan dana berlandaskan syariah dalam pengurusan dana

wakaf pendidikan seperti instrumen takaful, pasaran modal Islam, sukuk mahupun

penjanaan dana wakaf itu sendiri bagi menjana keuntungan yang tinggi dalam

pengurusan dana wakaf di Malaysia (Syed Mohd Ghazali Syed Wafa, 2012).

Isu keempat pula adalah berkaitan dengan kelestarian wakaf. Walaupun tujuan asal

wakaf itu sendiri adalah untuk memberikan manfaat kepada masyarakat, namun dana

wakaf ini perlulah dibangunkan agar aset tersebut berkembang bagi menambahkan

kuantiti wakaf dan kualiti manfaat di samping struktur dalam organisasi wakaf juga

harus jelas bagi memastikan dana wakaf ini dapat dikembangkan dan dikomersialkan

(Siti Zakiah Ali, 2014). Sehingga kini kebanyakan pihak pengurusan wakaf hanya

bergantung kepada sumbangan daripada orang ramai dalam menyelenggarakan harta

wakaf dan masih kurang inisiatif dalam meningkatkan penghasilan harta wakaf

terutamanya yang bersifat ekonomi dan perniagaan (Zakaria Bahari, 2012). Oleh itu,

kelestarian menampung pembiayaan IPT ini amatlah penting kerana proses

pendidikan mengambil masa yang panjang dan institusi ini perlu mampu bertahan

dalam asakan industri pendidikan terutamanya yang berkaitan dengan kewangan

(Mokhtar, Mohd Isa, Muna & Hairullfazli, 2015). Dengan persekitaran ekonomi

semasa seharusnya institusi pendidikan tinggi sudah boleh berdikari dan tidak

seharusnya bergantung kepada geran dan bantuan kerajaan dalam menguruskan

operasi mereka (Mohamed Azam Mohamed Adli, Fuadah Johari & Hisham Sabri,

2012). Ini adalah kerana pihak universiti telah diberikan autonomi oleh kerajaan

dalam RMK-10 bagi menjana pendapatan kewangan pihak universiti sendiri. Justeru,

pergantungan pihak universiti kepada kerajaan sudah pasti dapat dikurangkan sedikit

demi sedikit. Ringkasan isu dalam wakaf pendidikan tinggi Malaysia adalah seperti

dalam Rajah 1.1.

Page 6: Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 249

Rajah 1.1: Ringkasan Isu Wakaf Pendidikan Tinggi Malaysia

Berdasarkan kepada empat isu yang telah dibangkitkan, maka timbul situasi yang

amat membimbangkan ke atas hasrat mewujudkan IPT berasaskan instrumen wakaf

kerana sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan berkemungkinan pelajar-

pelajar universiti tersebut berdepan pelbagai masalah. Walaupun sudah ada pihak

institusi IPT yang telah melaksanakan wakaf pendidikan tinggi namun penglibatan

IPTA dan IPTS dalam melaksanakan wakaf pendidikan tinggi masih tidak

menyeluruh dan kurang. Oleh kerana itu, penyelidik terdorong untuk mengkaji dan

meneliti dengan lebih mendalam mengenai kaedah pengurusan aset wakaf

pendidikan tinggi Malaysia yang berkesan agar dapat dilaksanakan dengan sistematik

dan produktif.

PENGURUSAN ASET WAKAF PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

Pengurusan aset wakaf merupakan salah satu faktor yang penting dalam menjamin

kelestarian aset wakaf daripada sudut fizikal di samping bagi memenuhi objektif

menggalakkan perkembangan ekonomi. Sebelum memperincikan lebih lanjut

mengenai pembangunan aset wakaf dapatlah dibincangkan mengenai takrif

pembangunan dalam Islam. Menurut Nor Asiah Mohamad (2014), pembangunan

menurut Islam adalah merujuk kepada satu pembangunan menyeluruh yang

merangkumi setiap unsur kehidupan manusia dengan satu matlamat yang jelas dan

satu iaitu mencapai kemakmuran di dunia serta di akhirat. Pembangunan ini haruslah

merangkumi pembangunan fizikal, spiritual, alam sekitar serta pembangunan

kemanusiaan yang merupakan pihak yang bertanggungjawab memastikan kesemua

ajaran agama Islam diamalkan, diajarkan, dipraktikkan dan dijaga sehingga ke

akhirat. Betapa pentingnya pembangunan ini, Syed Othman Al-Habsyi (1987)

menerangkan masyarakat Islam terdahulu telah memanfaatkan sepenuhnya harta

wakaf sedangkan umat Islam pada hari ini dilihat telah mengabaikan aspek tersebut

kerana tidak mengeksploitasi aset wakaf yang ada bahkan mereka juga tidak begitu

cenderung untuk berwakaf. Perkara ini turut dinyatakan oleh Mochammad Arif

Budiman dan Dimas Bagus Wiranata Kusuma (2011), wakaf memberi kesan yang

signifikan dalam ekonomi menerusi peranannya dalam mengelakkan kewangan

defisit, mengurangkan kadar bunga, memulihkan agihan pendapatan serta kekayaan

dalam masyarakat, membasmi kemiskinan dan mempergiatkan aktiviti ekonomi.

Pendapat ini selari dengan Nik Mustapha Nik Hassan (1999) dan Asmak Ab Rahman

(2009) yang kedua-duanya menyatakan sumbangan institusi wakaf di Malaysia ini

telah berjaya menggerakkan kegiatan ekonomi masyarakat setempat menerusi

penyediaan premis perniagaan dan bangunan komersial di atas tanah wakaf, kadar

sewa premis perniagaan mahupun perumahan yang lebih berpatutan,

memperkembangkan perniagaan bumiputera Islam dan mengurangkan pergantungan

daripada sumber kewangan yang lain.

Dalam bidang pendidikan pula, Ahmad Zaki Abdul Latif (2006) menyatakan peranan

harta wakaf ini berpotensi bagi membiayai kegiatan sosial masyarakat Islam dengan

cara menyediakan peluang pendidikan, meningkatkan peluang pekerjaan serta

Page 7: Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 250

mengurangkan kebergantungan kepada dana kerajaan. Di samping itu, Norsiah

Sulaiman dan Farahdina Abdul Manaf (2009) turut menyatakan institusi wakaf telah

menjadi salah satu sumber pembiayaan penting dalam pembangunan pendidikan dan

penyelidikan. Perkara ini turut ditekankan oleh Nur Amalina Saidan dan Asmak Ab

Rahman (2014) yang memberi pendapat mengoptimumkan dana wakaf untuk

pembiayaan serta pembangunan IPT menggunakan instrumen kewangan akan

memberi manfaat bukan sahaja pada pelajar dan kakitangan tetapi seluruh universiti

dan masyarakat boleh menjadi penerima manfaat daripada wakaf (Nur Amalina

Saidan & Asmak Ab Rahman, 2014).

Namun, di sebalik pembangunan pesat aset wakaf terdapatnya beberapa

permasalahan yang timbul. Rata-rata menyatakan masalah kekurangan dana

merupakan masalah utama yang dihadapi oleh MAIN dalam membangunkan harta

wakaf dan perkara ini turut diperakui oleh pihak JAWHAR (Siti Mashitoh

Mahamood, 2006; Abu Bakar Manat, 2007). Pengurusan dana ini menjadi aspek

tumpuan kerana merupakan tulang belakang kepada kejayaan sesebuah IPT yang

melaksanakan wakaf (Najibah Mustaffa dan Mohd Zamro Muda, 2014). Menurut

Syahnaz Sulaiman (2012), terdapat beberapa isu dan masalah utama yang telah

dikenal pasti sebagai punca yang membantutkan usaha pembangunan wakaf yang

telah didokumentasikan oleh ramai pengkaji semenjak awal tahun 1990-an sehingga

hari ini. Antara masalah lain yang kerap kali diutarakan adalah seperti ketidaktelusan

pengurusan wakaf (Kamarudin Ngah, 1991; Abu Bakar Manat, 2007),

ketidakcukupan dana yang bersifat cair serta masalah aset yang bersifat tidak cair

(Aminah Mohsin dan Mohammad Tahir Sabit Mohammad, 2011), kekurangan

kemahuan berwakaf serta desakan politik (Abul Hassan & Mohammad Abdus

Shahid, 2010) dan hanya mengharapkan sumbangan kewangan orang ramai serta

dana daripada kerajaan (Md Nurdin Ngadimon, 2014). Di samping itu terdapat juga

pengkaji yang mengetengahkan beberapa permasalahan lain yang timbul. Antaranya

adalah seperti Mohamad Zaim Isamail, Khadher Ahmad, Mohd Farhan Md. Ariffin

dan Muhammad Ikhlas Rosele (2013) yang telah menerangkan terdapat tujuh isu

terkini berkaitan pembangunan wakaf. Pertama, tahap kesedaran serta kepentingan

pengetahuan masyarakat tentang wakaf masih lagi kurang. Kedua, ketidakseragaman

undang-undang wakaf antara negeri-negeri. Ketiga, kebanyakan harta wakaf terletak

di lokasi yang kurang strategik dan tidak mempunyai nilai pembangunan. Keempat,

tanah-tanah wakaf turut dicerobohi. Kelima, tanah wakaf belum didaftarkan.

Keenam, perkembangan dan pembangunan aplikasi wakaf dalam konteks kewangan

masih belum lagi dapat dilaksanakan secara komersial. Ketujuh, tiada lagi satu

bentuk pentadbiran wakaf yang menjadi ibu bagi semua operasi wakaf negeri.

Perkara ini selari dengan pendapat Md Nurdin Ngadimon (2014) yang menyatakan

salah satu cabaran dalam menguruskan aset wakaf ini adalah pemahaman masyarakat

Islam yang beranggapan wakaf khas seperti masjid, sekolah dan sebagainya adalah

lebih utama daripada perspektif syariah berbanding wakaf am sedangkan wakaf am

ini adalah fleksibel serta merangkumi peranan yang lebih meluas. Beliau turut juga

menyatakan masih belum terdapat pendanaan bagi tujuan pembangunan aset wakaf

menggunakan alat kewangan kontemporari pasaran modal Islam dan kebanyakan

pembangunan aset wakaf ini lebih kepada mengharap sumbangan kewangan daripada

orang ramai dan dana daripada kerajaan. Ringkasan isu yang timbul berkaitan

pengurusan aset wakaf bolehlah dirujuk dalam Rajah 1.2.

Page 8: Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 251

Rajah 1.2: Ringkasan Isu Pengurusan Aset Wakaf

Walaupun begitu, terdapat juga sarjana yang telah mengemukakan beberapa kaedah

yang boleh diguna bagi menguruskan aset wakaf serta mempertingkatkan pelaburan

harta wakaf secara lebih produktif. Zakaria Bahari (2012) telah mencadangkan empat

model pelaburan penjanaan harta tanah wakaf iaitu pelaburan berasaskan hutang,

ekuiti, pembiayaan sendiri dan istibdal. Berdasarkan kepada penelitian Amini Amir

Abdullah (2013) pula, beliau mencadangkan lima model wakaf yang boleh

diaplikasikan untuk kemajuan pengurusan wakaf di Malaysia. Pertama, model

pembangunan wakaf dengan menekankan elemen pengurusan, pengagihan manfaat,

pelaburan dan pengembangan3. Kedua, model transformasi wakaf iaitu transformasi

wakaf tradisional seperti tanah dan bangunan kepada wakaf moden seperti wakaf

tunai, wakaf saham dan saham wakaf. Ketiga, model transformasi wakaf baharu

melalui penglibatan institusi perbankan Islam iaitu simpanan bank yang terhasil

daripada dana wakaf dikembangkan ke luar negara dan seterusnya dimanfaatkan

kepada umat Islam dan bukan Islam di luar negara. Keempat, model kitaran

pelaburan wakaf tanah. Kelima, model kitaran pelaburan wakaf tunai melalui

pelaburan patuh syariah. Selain daripada kaedah yang telah dinyatakan sebelum ini,

terdapat juga kaedah lain yang boleh dipraktikkan bagi tujuan memproduktifkan aset

wakaf seperti yang dinyatakan oleh Hydzulkifli Hashim dan Asmak Abd Rahman

(2013) melalui tiga kaedahnya. Pertama, menyewakan aset wakaf sedia ada dan

hasilnya boleh disalurkan kepada penerima manfaat wakaf atau membangunkan harta

3 Perkembangan wakaf dalam model ini merujuk kepada perniagaan dan pelaburan wakaf untuk

menghasilkan keuntungan melalui kemahiran berfikir secara positif (Amini Amir Abdullah, 2013).

Page 9: Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 252

wakaf yang lain. Kedua, melaksanakan aktiviti penternakan dan pertanian di atas

tanah wakaf. Ketiga, membina bangunan komersial di atas tanah wakaf seperti pasar

raya atau tempat penginapan. Muhammad Abdurrahman Sadique (2010) menambah,

terdapat dua kaedah lain yang bersesuaian dalam pembiayaan pembangunan aset

wakaf iaitu pembiayaan secara tradisional dan semasa. Pertama, secara tradisional

melalui ihtikar (pajakan tanah wakaf jangka masa panjang dan membenarkan

pembangunan), ijaratayn (aku janji wakaf pembinaan di atas tanah melalui bayaran

pendahuluan oleh pemajak), mursad (pembinaan oleh pemajak yang dikira sebagai

pendahuluan sewa). Kedua, kaedah semasa melalui istisna dan sijil mudarabah. Oleh

kerana kebimbangan yang timbul di beberapa kaedah ini terutamanya yang berkaitan

dengan isu pemilikan, format berasaskan ijarah dan istisna kelihatan paling sesuai

digunakan untuk pembiayaan wakaf.

Selain bantuan dana daripada kerajaan, kaedah pengumpulan dana bagi tujuan

membiayai pembangunan wakaf boleh dilaksanakan berteraskan kaedah dan bentuk

kontemporari seperti wakaf wang tunai dan saham wakaf (Siti Mashitoh Mahamood,

2007; Naziree Md. Yusof, 2010). Menurut Md Nurdin Ngadimon (2011) dalam

konteks pembangunan aset wakaf, alat kewangan seperti sukuk sesuai digunakan

bagi menjana modal sebagai sumber serta asas pembiayaan yang kukuh bagi sesuatu

aset berkualiti dan kesannya akan memberi kesan signifikan kepada masyarakat

setempat kerana menjadi satu mercu tanda lambang kecekapan pengurusan menurut

prinsip syariah dan kecekapan alat kewangan Islam. Pembangunan aset wakaf di

Singapura lebih ke hadapan berbanding Malaysia dan ini boleh dijadikan sebagai

panduan bagi pengembangan aset wakaf. Shamsiah Abdul Karim (2010) telah

menyatakan terdapat lima strategi pembangunan dan pembiayaan yang digunakan

dalam pengurusan aset wakaf di Singapura. Pertama, istibdal. Kedua, pembiayaan

dalaman iaitu melalui Baitulmal. Ketiga, pajakan dalam tempoh panjang (Hukr).

Keempat, menjual hartanah wakaf sedia ada. Kelima, pembiayaan luaran seperti Bon

Musyarakah yang diperlukan untuk membiayai projek berskala besar.

Namun, penumpuan sebenarnya haruslah ditekankan kepada kaedah pembangunan

aset wakaf untuk tujuan pendidikan tinggi. Ini kerana, pembangunan dan

perlaksanaan wakaf di IPT dilihat sangat berpotensi disebabkan kepelbagaian

kepakaran yang boleh dimanfaatkan dalam institusi tersebut. Perkara ini dinyatakan

oleh Siti Zakiah Ali dan Hairunnizam Wahid (2014) yang menekankan keperluan

sokongan dan kerjasama erat daripada semua jabatan di dalam institusi pengajian

juga amat penting. Ini merupakan salah satu kelebihan IPT yang memiliki kepakaran

yang lengkap bagi membolehkan unit dana wakaf merujuk untuk mendapatkan idea

serta nasihat bagi sebarang projek-projek yang akan datang mahupun yang sedang

dilakukan. Terdapat beberapa kaedah mahupun cadangan yang boleh dilakukan bagi

membangunkan dan memperkembangkan aset wakaf pendidikan tinggi. Antaranya

adalah melalui mekanisme subsidi pendidikan (Maffuza Salleh dan Noor Syahida

Abdul Rahman, 2014), memaksimumkan potensi komersial hartanah serta

penstrukturan pembinaannya mengikut kaedah yang dapat menjana pendapatan

tahunan selain meningkatkan nilai aset jangka panjang (Muhammad Ali Hashim,

2014), kerjasama erat antara tiga pihak (IPT, kerajaan, MAIN) untuk tujuan

mempertingkatkan pentadbiran wakaf (Shamsul Azhar Mohd Yusof, 2014),

memastikan sistem penyampaian yang lebih efektif dalam perlaksanaan enakmen

wakaf melalui pemberian latihan profesional dalam pentadbiran, pelaburan

Page 10: Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 253

kewangan serta keperluan syariah (Mohammad Haji Alias, Fuadah Johari dan Asma

Abdul Rahman, 2014), mempunyai model wakaf seperti di Al-Azhar serta pesantren

di Indonesia yang boleh dijadikan sebagai rujukan untuk pembangunan wakaf di

Malaysia (Azri Ahmad, 2014) dan harta wakaf diproduktifkan serta dikomersialkan

(Siti Zakiah Ali & Hairunnizam Wahid, 2014). Selain itu, terdapat juga pengkaji

yang mencadangkan perkongsian strategik antara bank, universiti dan kerajaan dalam

pembangunan serta pengurusan wakaf pendidikan tinggi. Antaranya Mohamad

Abdul Hamid dan Nur Aqidah.S (2014) menyatakan, perkongsian strategik ini

perlulah diperhalusi dan dieksploitasi agar lebih bersifat kontemporari seiring dengan

keperluan semasa kerana pendekatan perkongsian strategik dijangka dapat menjamin

pengembangan ilmu pengetahuan yang lebih lestari di samping memberi faedah

kepada semua pihak yang terlibat dalam mengusahakannya. Pendapat ini selari

dengan kajian lain daripada Nur Aqidah. S, Mohamad Abdul Hamid, Mohd Rizal

Palil dan Hawati Janor (2014) yang menekankan dua faktor utama penentuan

kejayaan dalam pembangunan kolaborasi strategik wakaf pendidikan tinggi. Pertama,

faktor pemandu yang terdiri daripada nilai-nilai seperti agama, fokus penumpuan,

komunikasi, pengorganisasian sistem, dan jangkaan persefahaman. Kedua, faktor

penggerak yang terdiri daripada nilai-nilai seperti penyusunan kaedah (strategi, misi,

nilai), jaringan perhubungan peribadi, pembelajaran berterusan dan insentif kerajaan.

Ringkasan kaedah pelestarian pembangunan aset wakaf pendidikan tinggi dapatlah

dirujuk dalam Rajah 1.3.

Rajah 1.3: Ringkasan Kaedah Pelestarian Pembangunan Aset Wakaf Pendidikan

Tinggi

Justeru, berdasarkan kepada penghuraian kepada pembangunan aset wakaf ini

seharusnya dikembangkan lagi potensinya bagi memberi manfaat kepada semua

pihak agar tiada lagi masyarakat yang tercicir dalam sektor sosial terutamanya dalam

bidang pendidikan.

Page 11: Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 254

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada perbincangan dan huraian yang telah diterangkan dapat

disimpulkan bahawa kelestarian pengurusan aset wakaf pendidikan tinggi di IPT

Malaysia seharusnya diteliti dan diperdalami agar pengurusannya lebih teratur dan

sistematik agar wakaf pendidikan tinggi ini dapat dilestarikan dalam tempoh jangka

masa yang panjang. Hasil penemuan yang ditemukan dalam kajian ini memberi

implikasi kepada segi teoretikal iaitu boleh juga dijadikan sebagai asas kepada kajian

seterusnya bagi memperkembangkan ilmu berkaitan wakaf pendidikan tinggi

Malaysia. Sumbangannya juga diharapkan dapat memberi manfaat dalam mencari

kaedah terbaik pengurusan aset wakaf pendidikan tinggi bagi tujuan IPTA dan IPTS

terutamanya di samping boleh dijadikan sumber rujukan bagi agensi berkaitan serta

masyarakat terutamanya. Selain itu, keperluan anjakan paradigma dan kerjasama erat

di antara pelbagai pihak haruslah diperkukuhkan lagi untuk merealisasikan potensi

wakaf sebagai penggerak pembangunan sosioekonomi dan pendidikan tinggi di

Malaysia. Namun begitu, strategi yang menyeluruh perlu dilaksanakan bagi

melahirkan wakaf yang lebih produktif dan dinamik agar kebergantungan pihak IPT

kepada dana yang disumbangkan oleh kerajaan pusat dapat dikurangkan tanpa

menjejaskan kemampuan pihak IPT untuk terus melahirkan golongan pemimpin

masa depan. Namun begitu, kajian ini masih bersifat penerokaan. Oleh itu, masih

banyak lagi ruang penyelidikan yang boleh dilakukan untuk memantapkan dan

memperkembangkan wakaf pendidikan sebagai sumber utama bagi tujuan

pendidikan dan pembangunan umat Islam terutamanya.

RUJUKAN

Abdul Halim Sunny (2007). Dana Wakaf Untuk Pendidikan: Satu Tinjauan Awla.

Jurnal Pengurusan Jawhar, Vol.1, No.2, 2007.

Abu Bakar Manat (2007). Isu-isu Semasa Berhubung Pembangunan Tanah Wakaf.

Jurnal Pengurusan JAWHAR. Bil.1 2007.

Abul Hassan & Mohammad Abdus Shahid (2010). Mangement and Development of

the Awqaf Assets. Prosiding Seventh International Conference The Tawhidi

Epistemology: Zakat and Waqf Economy: Bangi 2010, di Institut Latihan

Islam Malaysia, Bangi, Selangor pada 6–7 Januari 2010.

Ahmad Furqon (2012). Wakaf sebagai Solusi Permasalahan Dunia Pendidikan di

Indonesia. Jurnal al-Taqaddum, Vol.4, No.2.

Ahmad Zaki Abdul Latiff, Che Zuina Ismail dan Norzaidi Mohd Daud (2006).

Pengurusan Harta Wakaf dan Potensinya Ke Arah Kemajuan Pendidikan

Umat Islam. Kertas kerja Konvensyen Wakaf 2006 di Hotel Legend, Kuala

Lumpur pada 12–14 September 2006.

Aminah Mohsin & Mohammad Tahir Sabit Mohammad (2011). Weaknesses of

Current Capital Raising, Financing, and Investment Methods of Awqaf

(Islamic Trusts). Kertas kerja International Conference on Social Science and

Humanity, International Proceedings of Economics Development Research

(IPEDR), Bil 5. Singapore: IACSIT Press.

Page 12: Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 255

Amini Amir Abdullah (2013). Kajian pelan induk transformasi pembangunan

hartanah wakaf di Malaysia. Kertas cadangan penyelidikan untuk Yayasan

Wakaf Malaysia. Di akses daripada

https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&c

ad=rja

&uact=8&ved=0CBwQFjAAahUKEwjolcG8yMbIXKA44KHTAnCmc&url

=http%3A%2%2Fwww.researchgate.net%2Fprofile%2FD_Amini_Abdullah

%2Fpublication%2F256673165_KAJIAN_PELAN_INDUK_TRANSFORM

ASI_PEMBANGUNAN_HARTANAH_WAKAF_DI_MALAYSIA%2Flink

s%2F02e7e52398a00b4541000000&usg=AFQjCNFB7U_oR40g9xUTp5yv7

oCT2MvKTw&bvm=bv.105454873,d.c2E pada 16 Oktober 2015.

Asmak Ab. Rahman (2009). Peranan Wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Umat

Islam dan Aplikasinya di Malaysia. Jurnal Syariah Bil.17 2009.

Azri Ahmad (2014). Waqf For Higher Education, dlm. Muhammad Ridhwan Ab.

Aziz (2014). Waqf: Financing For Higher Education: Issues, Challenges and

the Way. USIM Publisher.

Hydzulkifli Hashim Omar & Asmak Abd Rahman (2013). Aplikasi Sukuk dalam

Usaha Melestarikan Aset Wakaf: Pengalaman Pemegang Amanah Terpilih.

Jurnal Syariah, Jil. 21, Bil. 2 (2013), hlm. 89-116.

Kamarudin Ngah (1992). Isu Pembangunan Tanah Wakaf. Kuala Lumpur. Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Khoo Kay Kim (1980). Perkembangan Pelajaran Agama Islam, dalam Pendidikan ke

Arah Perpaduan, Awang Had Salleh (Ed.). Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Maffuza Salleh & Noor Syahida Abdul Rahman (2014). Wakaf Pendidikan di

Malaysia: Satu Tinjauan. Kertas Kerja International Research Management

and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014) di Kuala Lumpur pada 17-18

November 2014.

Marziana Abd Malib, Ruzian Markom & Rusnadewi Abd Rashid (2014). Wakaf

Pendidikan Tinggi: Kajian Perundangan dan Urustadbir, dlm Wan Kamal

Mujani (2014). Pelestarian Institusi Wakaf Memperkasa Pendidikan Tinggi

Negara. Penerbit Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Marziana Abd Malib, Ruzian Markom & Rusnadewi Abd Rashid (2015). Wakaf

Pendidikan Tinggi: Urus Tadbir dan Sistem Perundangan yang Efektif dan

Efisyen Menjamin Kelestarian Perlaksanaan Wakaf, dlm Baharuddin Sayin

(2015). Wakaf Pendidikan Tinggi Malaysia Satu Penantian. Penerbit: Institut

Kajian Zakat Malaysia (IKAZ) Akademi Pengajian Islam Kontemporari

(ACIS) Universiti Teknologi Mara.

Md Nurdin Ngadimon (2011). Membangunkan Aset Wakaf Menggunakan Prinsip

Musyarakah. Jurnal Muamalat Siri 4.

Md Nurdin Ngadimon (2014). Pendanaan Pembangunan Wakaf Melalui Sukuk:

Cabaran dan Prospek. Kertas Kerja Seminar Waqaf Antarabangsa 2014 di

Hotel Istana Kuala Lumpur pada 8-10 Disember 2014.

Mochammad Arif Budiman & Dimas Bagus Wiranata Kusuma (2011). The

Economic Significance of Waqaf: A Macro Perspective. Dipetik daripada Nur

Amalina Saidan & Asmak Ab Rahman (2014). Potensi Penggunaan

Instrumen Kewangan Islam Berasaskan WaKaf Dalam Pembiayaan dan

Pembangunan Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia: Suatu Sorotan Kajian.

Prosiding Pelestarian Institusi Wakaf: Memperkasa Pendidikan Tinggi

Negara. Penerbit: Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 13: Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 256

Mohamad Abdul Hamid & Nur Aqidah.S (2014). Wakaf Perkongsian Strategik

Sebagai Pendekatan Wakaf Pendidikan Tinggi, dlm. Wan Kamal Mujani

(2014). Pelestarian Institusi Wakaf Memperkasa Pendidikan Tinggi Negara.

Penerbit Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamad Zaim Isamail, Khadher Ahmad, Mohd Farhan Md. Ariffin & Muhammad

Ikhlas Rosele (2013). Pemerkasaan Wakaf di Malaysia: Satu Sorotan.

Prosiding 5th

Islamic Economics System Conference (Iecons 2013) di Berjaya

Time Square Hotel, Kuala Lumpur pada 4-5 September 2013.

Mohamed Azam Mohamed Adli, Fuadah Johari & Hisham Sabri (2013). Waqf

Development Financing in Higher Education: Challanges and the Way

Forward: Dalam Islamic Perspective on Management: Contemporary Issues.

Kuala Lumpur: YaPEIM Management Academy & Jabatan Syariah dan

Pengurusan APIUM.

Mohammad Haji Alias & Fuadah Johari (2014). USIM Majukan Wakaf Pendidikan.

Utusan Malaysia.

Mohammad Haji Alias, Fuadah Johari & Asma Abdul Rahman (2014). Waqf

Financing for Islamic Higher Education: USIM’s Perspectives, dlm.

Muhammad Ridhwan Ab. Aziz (2014). Waqf: Financing For Higher

Education: Issues, Challenges and the Way. USIM Publisher.

Mokhtar Hj.Ismail, Mohd. Isa Mohd. Deni, Muna Sulaiman & Hairullfazli

Muhammad Som (2015). Melestari Ekonomi Institusi Pengajian Tinggi Islam

Melalui Wakaf. Bangi: Pusat Pembangunan Penyelidikan, Kolej Universiti

Islam Antarabangsa Selangor.

Muhammad Abdurrahman Sadique (2010). Development of Dormant Waqf

Properties: Application of Traditional and Contemporary Modes of

Financing. Jurnal Undang-undang IIUM Vol.18.

Muhammad Ali Hashim (2014). Ucaptama Aplikasi Wakaf Korporat Dalam

Pembiayaan Pembangunan Institusi Pengajian Tinggi Islam, dlm. Muhammad

Ridhwan Ab. Aziz (2014). Waqf: Financing For Higher Education: Issues,

Challenges and the Way. USIM Publisher.

Muhammad Husni Hasbulah, Mohd Zaidi Daud & Mohammad Taqiuddin Mohamad,

(2015). Peranan Wakaf dalam Mengukuhkan Ekonomi Islam di Malaysia.

Prosiding Seminar Fiqh Semasa (SeFis) 2015. Penerbit Usuli Faqih Research

Centre (UFRC).

Najibah Mustaffa & Mohd Zamro Muda (2014). Pengurusan Wakaf Pendidikan di

Institusi Pengajian Tinggi Malaysia: Satu Sorotan Literatur. International

Journal of Islamic and Civilizational Studies. Utm Press.

Naziree Md. Yusof (2010). Saham Wakaf Selangor: Hala Tuju dan Potensi dalam

Pembangunan Masyarakat. Jurnal Kanun Disember 2010.

Nik Mustapha Nik Hassan (1999). Konsep dan Pelaksanaan Wakaf di Malaysia.

Dipetik daripada Nur Amalina Saidan & Asmak Ab Rahman (2014). Potensi

Penggunaan Instrumen Kewangan Islam Berasaskan WaKaf Dalam

Pembiayaan dan Pembangunan Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia: Suatu

Sorotan Kajian. Prosiding Pelestarian Institusi Wakaf: Memperkasa

Pendidikan Tinggi Negara. Penerbit: Fakulti Pengajian Islam Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Nor Asiah Mohamad (2014). Melestari Pembangunan Tanah Menurut Islam. Jurnal

Pengurusan JAWHAR Vol.8, No.1, 2014.

Page 14: Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 257

Nor Asiah Mohamad, Syarifah Zubaidah Syed Abdul Kader & Zuraidah Ali (2012).

Waqf Land and Challenges From The Legal Perspective in Malaysia. Dipetik

daripada Wan Kamal Mujani (2014). Pelestarian Institusi Wakaf Memperkasa

Pendidikan Tinggi Negara. Penerbit Fakulti Pengajian Islam Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Norsiah Sulaiman & Farahdina Abdul Manaf (2009). Peranan Harta Wakaf dalam

Bidang Pembangunan dan Pendidikan Ummah: Fokus dalam Bidang

Perubatan. Jurnal Pengurusan Jawhar Vol 3, No.1, 2009.

Nur Amalina Saidan & Asmak Ab Rahman (2014). Potensi Penggunaan Instrumen

Kewangan Islam Berdasarkan Waqaf Dalam Pembiayaan Dan Pembangunan

Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia: Suatu Sorotan Kajian, dlm Wan

Kamal Mujani (2014). Pelestarian Institusi Wakaf Memperkasa Pendidikan

Tinggi Negara. Penerbit Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Nur Aqidah. S, Mohamad Abdul Hamid, Mohd Rizal Palil & Hawati Janor (2014).

Penentuan Faktor-Faktor Kejayaan dalam Pembangunan Kolaborasi

Starategik Wakaf Pendidikan Tinggi, dlm. Wan Kamal Mujani (2014).

Pelestarian Institusi Wakaf Memperkasa Pendidikan Tinggi Negara. Penerbit

Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nur Yuhanis Ismon, Rahisam Ramli, Nur Farhana Dahalan, Shahrina Romli &

Roslina Hashim (2015). Mekanisme Wakaf Sebagai Instrumen Pendidikan

Tinggi Swasta: Prospek dan Cabaran Kolej Universiti Islam Melaka Sebagai

IPTS. Penerbit Institut Kajian Zakat Malaysia (IKAZ) Akademi Pengajian

Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi Mara.

Raja Nor Ashikin Raja Ramli, Nor ‘Adha Abd Hamid (2014). Kelestarian Wakaf

dalam Membangunkan Institusi Pendidikan: Kajian Awal. International

Conference on Postgraduate Research. 1 hingga 2 Disember 2014 di Kuala

Lumpur.

Shamsiah Abdul Karim (2010). Contemporary Shari’a Compliance Structuring For

The Development and Management of Waqf Assets in Singapore. Kyoto

Bulletin of Islamic Area Studies, March 2010.

Shamsul Azhar Mohd Yusof (2014). Islamic Endowment Fund as Mode of Financing

Higher Education, dlm. Muhammad Ridhwan Ab. Aziz (2014). Waqf:

Financing For Higher Education: Issues, Challenges and the Way. USIM

Publisher.

Siti Mariam Atan, Norintan Wahab, Rosnani Mohd Salleh & Zuramaznum Sainan,

(2015). Sumbangan Harta Wakaf Dalam Sektor Pendidikan di Johor: Satu

Tinjauan. Prosiding International Conference On Waqf 2015 di Universiti

Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kuala Terengganu, Terengganu pada 10-11

Mei 2015.

Siti Mashitoh Mahamood (2006). Wakaf in Malaysia: Legal and Administrative

Perspective, Kuala Lumpur: University Malaya Press.

Siti Zakiah Ali & Hairunnizam Wahid (2014). Peranan dan Kepentingan Dana

Wakaf Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia. Kertas kerja Persidangan

Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-9 (PERKEM ke-9) pada 17 hingga 19

Oktober 2014 di Kuala Terengganu, Terengganu.

Syahnaz Sulaiman (2012). Isu Pembangunan Wakaf Menggunakan Struktur Amanah

Pelaburan Hartanah Islam di Malaysia: Satu Tinjauan. Edisi Makalah Jurnal

Kanun Nov 2012 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Page 15: Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 258

Syed Mohd. Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa (2012). Pembangunan Wakaf di

Institusi Pendidikan Tinggi. Kertas kerja 3rd

International Conference on

Islam and Higher Education di Kuantan, Pahang pada 30 September 2012–2

Oktober 2012.

Wan Kamal Mujani, Mohd Syakir Mohd Taib & Noor Inayah Ya’akub (2014).

Kefahaman Masyarakat Multi-Etnik Terhadap Wakaf Pendidikan Tinggi

Negara, dlm. Wan Kamal Mujani (2014). Pelestarian Institusi Wakaf

Memperkasa Pendidikan Tinggi Negara. Penerbit Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zakaria Bahari (2013). Pembiayaan Pembangunan Pengajian Tinggi: Kes

Pembangunan Wakaf Kompleks ISDEV, Universiti Sains Malaysia. Kertas

kerja Seminar Serantau Institusi Pengajian Tinggi Islam (SeiPTI2013) di

Bandar Sri Begawan, Brunei pada 4-5 Disember 2013.