adaptasi budaya melayu portugis melaka

36
Tajuk : Adaptasi budaya melayu dalam budaya Portugis : Suatu Kajian di Perkampungan Portugis ,Melaka . 1.0 Pengenalan. Latar belakang Komuniti Portugis Pendudukan awal komuniti berketurunan Portugis di Melaka bermula selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511. Bermula dari tarikh tersebut, sedikit demi sedikit orang-orang Portugis membentuk komuniti mereka sendiri dan mengamalkan kahwin campur dengan penduduk tempatan. Amalan ini diteruskan semasa pemerintahan Belanda dan juga Inggeris di Tanah Melayu. Penempatan masyarakat berketurunan Portugis secara berkelompok mula dilaksanakan. Perkampungan ini terletak di daerah Ujong Pasir iaitu kira-kira 3 kilometer dari pusat bandar Melaka. Idea penubuhan perkampungan ini sebenarnya telah dibangkitkan sejak tahun 1926 lagi. Pada tahun 1933, 28 ekar tanah di daerah ini telah dibeli dengan tujuan memberi bantuan membina rumah bagi masyarakat keturunan Portugis yang miskin serta mengekalkan warisan budaya

Upload: mat-ali

Post on 19-Nov-2015

133 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Adaptasi Budaya Melayu Portugis

TRANSCRIPT

Tajuk : Adaptasi budaya melayu dalam budaya Portugis : Suatu Kajian di Perkampungan Portugis ,Melaka

Tajuk : Adaptasi budaya melayu dalam budaya Portugis : Suatu Kajian di Perkampungan Portugis ,Melaka .1.0 Pengenalan.Latar belakang Komuniti Portugis Pendudukan awal komuniti berketurunan Portugis di Melaka bermula selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511. Bermula dari tarikh tersebut, sedikit demi sedikit orang-orang Portugis membentuk komuniti mereka sendiri dan mengamalkan kahwin campur dengan penduduk tempatan. Amalan ini diteruskan semasa pemerintahan Belanda dan juga Inggeris di Tanah Melayu.

Penempatan masyarakat berketurunan Portugis secara berkelompok mula dilaksanakan. Perkampungan ini terletak di daerah Ujong Pasir iaitu kira-kira 3 kilometer dari pusat bandar Melaka. Idea penubuhan perkampungan ini sebenarnya telah dibangkitkan sejak tahun 1926 lagi. Pada tahun 1933, 28 ekar tanah di daerah ini telah dibeli dengan tujuan memberi bantuan membina rumah bagi masyarakat keturunan Portugis yang miskin serta mengekalkan warisan budaya masyarakat Portugis. Tanah yang berpaya telah diterangkan dan sebanyak sepuluh rumah kayu lantai tanah dan bumbung atap telah dibina.

Pada tahun 1934, perkampungan ini berjaya dibina sepenuhnya. Dua orang paderi Katolik yang bertanggungjawab dalam usaha pembinaan perkampungan ini ialah Father Alvaro Manuel Coraodo dan Father Jules Pierre Francois. Sebab itulah perkampungan ini juga dikenali dengan nama Padre Sa Chang atau Tanah paderi. Perkampungan Portugis dahulunya dikenali dengan nama Perkampungan St. John.

Pembinaan perkampungan ini juga adalah atas kesedaran kedua-dua paderi tersebut supaya penganut agama Kristian ini tidak perlu berulang-alik terlalu jauh meredah sungai dan laut untuk sampai ke gereja St. Peter. Kedua-dua paderi ini juga meminta bantuan daripada Gabenor British di Melaka untuk membeli tanah. Mesyuarat pertama ahli jawatankuasa penduduk Perkampungan Portugis telah dijalankan. Dalam mesyuarat pertama tersebut, nama-nama jalan di perkampungan tersebut telah ditetapkan. Selepas mesyuarat pertama tersebut, sedikit demi sedikit keluarga telah berjaya dipindahkan dan pada tahun 1935 sebanyak 10 buah rumah telah dibina di sepanjang Jalan Texeira. 3 Perkampungan Portugis ini diketuai oleh seorang Regedor atau Ketua kampung dan beberapa orang anak buah yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi setiap folio yang terlibat. Tugas Regedor sama seperti tugas sebagai seorang ketua kampung yang terdapat di tempat-tempat lain di Malaysia. Mereka dibayar elaun oleh kerajaan sebagai sumbangan kepada masyarakat dan tanggungjawab yang dipikul.

Di Malaysia, jumlah keseluruhan penduduk berketurunan Portugis ialah seramai 25,000 termasuk Portuguese Eurasian. Mereka bukan sahaja tertumpu di negeri Melaka sahaja tetapi terdapat juga di negeri-negeri lain seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor selain negara Singapura. Bancian pada tahun 1960 mendapati bahawa bilangan penduduk berketurunan Portugis ialah sebanyak 1500 orang. Menurut Baxter (1988: 29), terdapat lebih kurang 1300 orang yang terdapat di perkampungan ini.

2.0 Objektif kajian 2.1. Mengkaji budaya kaum melayu dalam masyarakat Portugis

2.2. Mengenal pasti nilai-nilai budaya dan tradisi kaum portugis yang masih diwarisi sehingga kini.

3.0 Sorotan Literatur Menurut Tan Chee Beng dalam Journal Of Malaysia,dalam artikel yang bertajuk Ethic Relation in Malaysia Historical and Sociological Perspectives,mengupas mengenai kesinambungan hubungan etnik masyarakat Tanah Melayu sebelum merdeka dalam meyeimbangi kehidupan social masyarakat ketika itu.Walaubagaimanapun,sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula isu perkauman yang menjadi intipati utama artikel yang diterbitkan.Menceritakan keadaan semasa sosiekonomi kaum pada tahun sekitar 1950 hingga 1970 yang mencatatkan pelbagai peristiwa dalam sejarah Negara.Pada masa yang sama,akibat peristiwa tragis 13 Mei 1969 yang mengundang konspirasi perkauman yang amat ketara ,sehingga mengwujudkan sikap prejudis yang amat menebal dalam kalangan anggota masyarakat ketika itu.Walau bagaimanapun , tindakan bijak yang diatur kerajaan pemerintah , dengan penuh berstrategi ,merangka pelbagai dasar-dasar k earah mengwujudkan integrasi nasional dalam usaha menyemai kembali elemen perpaduan Negara Malaysia dalam memurnikan prinsip-prinsip hubungan etnik .

Selain itu, dalam kajian yang telah dilakukan oleh John Clamer ,dalam Journal of Malaysia ,vol 1 no 2 disember 1983,bertajuk ,Race Relation in Malaysia menyatakan: Taking from Wan Hashims book is a useful tough very condensed historical and sociological account of ethnic relation in Malaysia from colonial times down to progress day.It does not add anything new to our knowledge of events movements or personalties involved,but what is done di is to provide a kind of summary map of ethnic process in a country where such process have dominated political,cultural and economic values.

4.0 Metodologi Dapatan Kajian4.1. Kaedah kaji selidik Bagi memperolehi dapatan kajian yang lebih tepat, borang kaji selidik telah dibentuk berpandukan kepada tujuan dan matlamat kajian. Selain itu, kaji selidik ini juga dibentuk agar dapat menjawab persoalan - persoalan kajian yang telah ditetapkan. Soalan soalan ini terdiri daripada lima bahagian iaitu:- Bahagian A merujuk kepada soalan soalan yang berkaitan dengan demografi responden. Bahagian B merujuk kepada soalan soalan mengenai faktor faktor adaptasi budaya melayu dalam budaya portugis melalui empat aspek utama iaitu perkahwinan , pakaian , makanan dan kehidupan sosial. Soalan harus dijawab menggunakan skala yang telah ditetapkan.Skala yang digunakan adalah berpandukan Skala Likert.Borang Soal selidik dikemukan kepada 30 orang secara rawak berdasarkan keterbukaan responden untuk menerima dan sudi bekerjasama. 4.2 Kaedah temu bual Kaedah ini telah dijalankan ke atas Ketua Kampung,Penjaga Muzium Perkampungan Portugis serta penduduk kampung.Melalui kaedah ini, maklumat yang diberikan bersumberkan daripada Ketua Kampung berkenaan,Penjaga Muzium serta penduduk kampung serta masyarakat tempatan.Kaedah temubual ini dijalankan dengan sesi soal jawab daripada kumpulan pengakaji yang merangkumi keempat-empat aspek kajian iaitu perkahwinan , kehidupan sosial , pakaian dan makanan.

4.3 Kaedah tinjauan dan pengamatanKaedah ini digunakan bagi mengesahkan adaptasi budaya melayu dalam budaya portugis yang dikemukakan terhadap masyarakat Portugis di Perkampungan Portugis . Kaedah ini juga bertindak bagi menilai sejauh mana kajian yang dijalankan menunjukkan hasil dan keberkesanannya.Kaedah tinjauan dan pengamatan ini dijalankan di sekita rPerkampungan Portugis Melaka.Tidak cukup dengan itu, kaedah ini turut melihat kehidupan sosial masyarakat setempat untuk menguatkan lagi hipotesis terhadap autoriti kajian.

4.4 Kaedah rujukan dan orang sumberKaedah ini dijalankan bertujuan bagi mendapatkan fakta fakta empirikal dan sumber sumber autoritatif. Kaedah ini dirujuk kepada unit unit khas ataupun individu perseorangan yang mempunyai penglibatan secara langsung dalam kajian ini.Antara pihak yang terlibat dalam kaedah ini ialah Ketua Kampung,Penjaga Muzium,Masyarakat Portugis,Bahan Ilmiah daripada Galeri Perkampungan Portugis, Pensyarah Subejek Hubungan Etnik serta sumber-sumber yang membantu secara tidak langsung.

5.0 Metodologi Pemprosesan KajianHasil dan dapatan kajian yang diperoleh telah diproses menggunakan kepintaran pengiraan secara perincian dan akses kepada teknologi semasa . Kemudahan ini digunakan seiring dengan perkembangan era sains dan teknologi ketika ini. Selain itu, teknologi ini juga mampu menyediakan laporan statistik dan kuantitatif yang lebih spesifik, sistematik dan holistik.

6.0 Penemuan dan perbincangan6.1 DAPATAN KAJIANPerkampungan Portugis, Kampung Ujong Pasir, Melaka merupakan tempat kajian ini dijalankan. Tumpuan kajian ialah latar belakang responden, tahap pendidikan dan pengaruh masyarakat tempatan dalam budaya Portugis. Kajian ini adalah untuk mengetahui dengan lebih jelas faktor-faktor adaptasi budaya Melayu dalam masyarakat Portugis. Melalui data kajian yang telah dijalankan dapat dibuktikan bahawa terdapat budaya masyarakat Melayu di dalam kehidupan sosial masyarakat Portugis.

6.2 Bahagian Pertama Latar belakang responden Latar belakang demografi dilakukan adalah bagi mengumpulkan maklumat tentang responden, iaitu berkaitan dengan umur, jantina, asal, status perkahwinan dan tahap pendidikan responden. Responden yang terlibat adalah terdiri daripada penduduk Perkampungan Portugis Kampung Ujong Pasir Melaka. Hal ini adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan latar belakang penduduk bagi mengkaji budaya kaum melayu dalam masyarakat Portugis dan mengenal pasti nilai-nilai budaya dan tradisi kaum portugis yang masih diwarisi sehingga kini.

Faktor latar belakang umur dan jantina digunakan sebagai pemboleh ubah dalam kajian ini kerana faktor tersebut adalah berkaitan tentang pengetahuan responden terhadap budaya-budaya melayu yang diadaptasi dalam cara hidup mereka. Selain itu, status perkahwinan dan taraf pendidikan juga dijadikan sebagai pemboleh ubah dalam kajian ini. Hal ini kerana melalui status perkahwinan terdapat perkahwinan campur antara masyarakat Portugis dengan masyarakat yang lain.

Jadual 1 : Lingkungan umur responden masyarakat Portugis di Melaka

Lingkungan umur

(tahun)Jumlah

(responden)Peratusan (%)

10 20414

21 40930

41 60930

61 80723

81 10013

Berdasarkan Jadual 1, lingkungan umur yang telah diberikan borang soal selidik ini mempunyai pelbagai lingkungan umur. Responden terdiri daripada orang kanak-kanak, remaja dan dewasa serta warga tua yang mana bermula dari responden yang berumur 10 tahun hingga ke responden yang berumur 82 tahun. Seramai 4 orang atau 14% responden terdiri daripada lingkungan umur 10 tahun hingga ke 20 tahun yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja. Manakala, untuk linkungan 21 tahun hingga ke 40 tahun seramai 9 orang iaitu bersamaan dengan 3 peratus. Seterusnya pada lingkungan 41 tahun hingga ke 60 tahun juaga adalah sama seperti sebelum ini sebanyak 30% daripada soalan soal selidik yang telah diberikan kepada responden. Pada lingkungan umur 61 tahun hingga ke umur 80 tahun adalah 7 orang yang bersamaan 23 % dan 3 peratus bagi responden yang berumur dalam lingkungan 81 tahun hingga ke umur 100 tahun untuk mewakili 1 orang responden.

Jadual 2 : Jantina dan status perkahwinan responden masyarakat Portugis di Melaka

JantinaJumlah (responden)Peratus (%)Status perkahwinanJumlah (responden)Peratus (%)

Lelaki1137Bujang1240

Perempuan1963Berkahwin1860

Daripada seramai 30 orang responden, jumlah lelaki Portugis ialah 11 orang yang mewakili 37 % dan jumlah perempuan Portugis adalah 19 orang yang mana bersamaan 63 % . Seterusnya status perkahwinan ke atas responden yang telah dijalankan adalah kebanyakan mereka telah berkahwin iaitu seramai 18 orang responden bersamaan dengan 60 % . Manakala bakinya adalah seramai 40 % daripada 30 orang responden yang telah diedarkan borang kaji selidik. Melalui faktor status perkahwinan dalam kajian ini dapat mengetahui masyarakat yang berkahwin campur antara etnik juga dapat dikenal pasti.

Jadual 3 : Latar belakang pendidikan responden masyarakat Portugis di Melaka

Berdasarkan carta pai di atas, responden telah dkenal pasti dalam boring soal selidik mempunyai taraf pendidikan yang berbeza. Antara pendidikan yang diperolehi oleh responden adalah peringkat sekolah rendah, peringkat sekolah menengah dan juga peringkat universiti. Seramai 16 orang responden mendapat pendidikan hanya setakat sekolah rendah iaitu bersamaan 53 % . Seterusnya, pada peringkat sekolah menengah seramai 12 orang iaitu 40 % responden telah menamatkan pendidikan mereka pada tahap ini. Manakala, responden yang mendapat pendidikan di peringkat universiti adalah seramai 2 orang bersamaan 7 %.Tambahan lagi,setelah diteliti , kesemua mereka responden yang telah menjalani kajian ini adalah bersekolah di sekolah yang berdekatan dengan kawasan penempatan mereka iaitu SK Sacred Heart diperingkat rendah manakala di peringkat menengah , SM Infant Jesus Covent dan Canossa Covent serta SM San Francis.

Dalam latar belakang yang telah dikaji ini dapat disimpulkan bahawa malalui lingkungan umur, jantina, status perkahwinan dan taraf pendidikan adalah menjadi penyumbang utama faktor adaptasi budaya Melayu ke dalam budaya masyarakat Portugis. Hal ini kerana percampuran masyarakat Portugis dengan orang Melayu sama ada lelaki atau perempuan, umur, dan komunikasi antara orang Melayu dengan masyrakat portugis ketika mendapatkan pendidikan di sekolah serta kehidupan sosial mereka dilihat tiada sebarang permasalahan atau kejanggalan yang mengahalang mereka dari terus melakukan sebarang bentuk komunikasi. Selain itu juga status perkahwinan juga mempengaruhi adaptasi budaya Melayu ke dalam kebudayaan meraka dengan perkahwinan campur.

6.3 Bahagian Kedua .Laporan kajian Dalam bahagian kedua ini akan dibentangkan secara terperinci kajian mengikut empat aspek utama kajian yang ingin dikaji.Hasil kajiantelah disesuaikan dengan media dan grafik bagi tujuan memudahkan pembentangan hasil kajian.

Aspek kajian 1 : PakaianGraf 1: Peratus adaptasi pakaian responden terhadap budaya Melayu

Graf ini menunjukkan majoriti responden bersetuju ialah sebanyak 17% bahawa jaket serta seluar panjang berwarna hitam dan merah adalah pakaian tradisi kaum lelaki masyarakat portugis. Sesetengah daripada mereka tidak pasti ialah 36% , ada dikalangan responden juga mengatakan amat setuju sebanyak 23% . Responden juga berpendapat tidak setuju sebanyak 17% dengan pemakaian jaket serta seluar panjang berwarna hitam dan merah. Ada di antara responden mengatakan amat tidak setuju sebanyak 7 % . Soalan kedua memperlihatkan majoriti responden menyatakan tidak pasti sebanyak 30 % sama ada pakaian tradisi bagi wanita ialah skirt lebar yang berlapis-lapis. Peratusan yang kedua paling tertinggi ialah amat setuju sebanyak 23% iaitu sama dengan peratusan tidak pasti. Sesetengah daripada responden juga amat tidak setuju dengan pakaian tradisi bagi wanita ialah skirt lebar yang berlapis-lapis sebanyak 13% dan ada di antara responden setuju sebanyak 10%. Berdasarkan soalan ketiga graf menunjukkan majoriti setuju sebanyak 30% bahawa masyarakat portugis gemar memakai reben di kolar baju. Manakala peratusan tidak setuju merupakan peratusan kedua tertinggi sebanyak 23%. Responden juga mengatakan amat setuju sebanyak 20% dan ada yang mengatakan tidak pasti sebanyak 17%. Peratusan bagi amat tidak setuju adalah yang paling terendah iatu sebanyak 10%. Untuk soalan ke empat majoriti responden menyatakan setuju sebanyak 37% dengan baju kebaya labuh digunakan ketika majlis perkahwinan. Peratusan kedua tertinggi ialah amat setuju sebanyak 23% , manakala peratusan ketiga tertinggi ialah tidak pasti sebanyak 17%. Sesetengah daripada responden berpendapat tidak setuju sebanyak 10% dan ada di antara responden berpendapat amat tidak setuju sebanyak 13%. Soalan ke limadalam instrumen kajian, majoriti responden menyatakan pakaian masyarakat portugis mempunyai pengaruh dari masyarakat Melayu ialah sebanyak 23%. Manakala peratusan kedua tertinggi ialah amat tidak setuju sebanyak 20%, sesetengah daripada responden juga berpendapat tidak setuju sebanyak 20% iaitu sama dengan peratusan tidak setuju. Ada di kalangan responden yang bersetuju sebanyak 17% bahawa pakaian masyarakat portugis mempunyai pengaruh dari masyarakat Melayu dan responden ini juga menyatakan tidak setuju sebanyak 20%.

Aspek Kajian 2 : Makanan Graf 2: Peratus adaptasi makanan responden terhadap budaya masyarakat Melayu

Graf ini menunjukkan bahawa majoriti responden amat setuju sebanyak 83% bahawa nasi merupakan makanan utama mereka. Manakala peratusan kedua tertinggi ialah setuju sebanyak 10%. Sesetengah daripada responden tidak pasti sebanyak 3%, ada dalam kalangan responden juga mengatakan tidak setuju sebanyak 7%. Bagi soalan kedua responden menyatakan setuju dan amat setuju sebanyak 23% bahawa ketika menjamu selera masyarakat portugis gemar menggunakan sudu dan garpu ketika menjamu selerea. Manakala peratusan kedua tertinggi ialah tidak pasti sebanyak 20%. Sesetengah daripada responden juga tidak setuju dan amat tidak setuju sebanyak 17%. Berdasarkan soalan ketiga graf menunjukkan bahawa majoriti responden menggunakan rempah ratus dalam masakan mereka sebanyak 53%. Manakala peratusan setuju merupakan peratusan kedua tertinggi sebanyak 27%. Responden juga menyatakan tidak pasti sebanyak 13% peratusan bagi amat tidak setuju adalah yang paling terendah sebanyak 3%. Soalan keempat majoriti responden menyatakan amat setuju sebanyak 73% bahawa Devils Curry dan garing-garing (ikan masin) merupakan hidangan yang popular dalam kalangan masyarakat portugis. Peratusan kedua tertinggi ialah tidak pasti sebanyak 13% , manakala peratusan ketiga tertinggi ialah setuju sebanyak 13%. Peratusan amat tidak setuju tidak setuju sebanyak 3%.Soalan ke lima majoriti responden menyatakan bahawa sambal belacan menjadi kegemaran mereka mempunyai pengaruh dari masyarakat melayu sebanyak 83%. Manakala peratusan kedua tertinggi ialah setuju 10%, sesetengah daripada responden juga berpendapat amat tidak setuju dan tidak pasti sebanyak 3%.

Aspek kajian 3: Perkahwinan

Graf 3 : Peratus adaptasi budaya perkahwinan melayu dalam masyarakat Portugis

Graf di atas menunjukkan responden amat setuju dan setuju sebanyak 30% bahawa adat perkahwinan masyarakat Portugis dipengaruhi oleh budaya perkahwinan orang melayu. Manakala responden tidak pasti sebanyak 20% dan tidak setuju serta amat tidak setuju sebanyak 10%. Peratus responden yang amat setuju adalah tertinggi dengan peratusan sebanyak 47% bahawa proses perkahwinan masyarakat Portugis mempunyai persamaan dalam proses perkahwinan orang Melayu seperti merisik, bertunang, meminang, dan bernikah. Manakala responden setuju dan tidak pasti sebanyak 17%, responden tidak setuju sebanyak 13% dan responden amat tidak setuju pula sebanyak 7%. Peratus responden yang amat setuju adalah tertinggi dengan peratusan sebanyak 30% bahawa hantaran perkahwinan terdapat dalam adat perkahwinan Portugis seperti adat orang Melayu. Manakala peratus responden setuju sebanyak 20%, tidak pasti sebanyak 17%, tidak setuju sebanyak 10% dan amat tidak setuju sebanyak 23%. Peratus responden tertinggi peratusan adalah responden amat setuju sebanyak 37% bahawa majlis perkahwinan masyarakat Portugis dilakukan pada hari-hari yang tertentu. Manakala peratus responden yang setuju, tidak pasti dan tidak setuju sebanyak 20%, dan peratus responden amat tidak setuju sebanyak 3%. Peratus responden yang tertinggi adalah responden yang amat tidak setuju sebanyak 34% bahawa pakaian perkahwinan masyarakat Portugis dipengaruhi oleh budaya Melayu. Manakala peratus responden tidak setuju sebanyak 10%, tidak pasti sebanyak 30%, setuju dan amat setuju sebanyak 13%.

Aspek kajian 4 :Kehidupan SosialGraf 4 : Peratus adaptasi kehidupan sosial Masyarakat Portugis

Graf di atas menunjukkan responden amat setuju adalah tertinggi dengan peratusan sebanyak 33% bahawa bahasa pertuturan masyarakat Portugis di Malaysia adalah bahasa Melayu. Manakala peratus responden yang setuju mempunyai peratusan sebanyak 3%, tidak pasti sebanyak 17%, tidak setuju sebanyak 20%, dan amat tidak setuju sebanyak 27%. Peratus responden tertinggi adalah amat setuju iaitu sebanyak 47% menyatakan bahawa Pesta San Pedro dan Perayaan Easter merupakan budaya tradisi dan keagamaan masyarakat Portugis. Manakala peratus responden setuju sebanyak 27%,tidak pasti sebanyak 10%, tidak setuju 13% dan amat tidak setuju sebanyak 3%. Peratus responden yang tertinggi menyatakan bahawa seni bina kediaman masyarakat portugis dipengaruhi oleh seni bina Melayu adalah responden yang tidak pasti iaitu sebanyak 33%. Manakala peratus responden amat setuju sebanyak 30%, setuju sebanyak 20%, tidak setuju sebanyak 17% dan amat tidak setuju sebanyak 0%. Peratus responden yang amat setuju menyatakan bahawa menangkap ikan merupakan sumber pendapatan masyarakat Portugis adalah tertinggi sebanyak 43%, peratus responden setuju sebanyak 30%, tidak pasti sebanyak 17%, tidak setuju sebanyak 7% dan amat tidak setuju sebanyak 3%. Peratus responden yang setuju merupakan peratus tertinggi iaitu sebanyak 30% menyatakan bahawa masyarakat Portugis Melaka masih menjalinkan hubungan dengan negara asal mereka. Manakala peratus responden amat setuju sebanyak 20%, tidak pasti sebanyak 24%, tidak setuju sebanyak 3% dan amat tidak setuju sebanyak 23%.

Setelah meneliti laporan kajian di atas dapat disimpulkan bahawa terdapat adaptasi masyarakat Melayu dalam budaya Portugis di Melaka terutamanya dalam aspek perkahwinan, pakaian, makanan dan kehidupan sosial yang diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat Portugis di Melaka sehingga hari ini.Namun tidak cukup dengan itu,turut dinyatakan juga beberapa maklumat penting serta perbincangan mengenai dapatan kajian.Perbincangan juga dilakukan melalui keempat-empataspek yang telah dikaji.

Aspek kajian 1 :Pakaian

Dahulunya pakaian tradisi masyarakat Portugis di Melaka adalah tidak jauh beza dengan masyarakat tempatan.Mereka mengenakan baju kebaya dan kain sarung bagi wanita .Jika diadakan majlis yang berbentuk keagamaan dan kebudayaan ,serta majlis rasmi ,mereka akan memakai pakaian tradisi seperti jaket serta seluar panjang berwarna hitam dan berbelang merah serta adakala mengenakan bow ,dan bagi perempuan akan memakai skirt lebar yang berlapis-lapis.

Aspek kajian 2: MakananMakanan masyarakat Portugis tidak jauh beza dengan masyarakat tempatan. Mereka gemar akan masakan yang menggunakan pelbagai rempah ratus contohnya Devils Curry ,dan sambal belacan .Garinggaring atau ikan masin juga merupakan makanan kegemaran mereka.Makanan lain yang menjadi hidangan popular dalam kalangan mereka seperti tapai,pulut,wajik,bahulu ,puteri mandai dan lain-lain.Mereka juga memasak dan makan makanan masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Melayu.

Aspek kajian 3 : Perkahwinan Majlis perkhawinan akan berlangsung selama 4 hari.Seperti adat kebiasaan perkahwinan orang melayu,masayrakat portugis juga mempunyai beberapa adat yang tertentu seperti bertunang ,merisik dan sebagainya.Semasa proses berlangsung mereka akan membincangkan mengenai tarikh perkahwinan dengan pihak keluarga kedua belah pihak ,pihak pengurusan perkahwinan, ahli-ahli agama dan sebagainya.Apabila telah menjalani ketetapan yang tertentu , mereka akan menjemput dan memaklumkan kepada sanak saudara serta sahabat handai mengenai majlis perkehwinan mereka yang akan diadakan.Secara adatnya, perkahwinan ini akan berlangsung dengan ,meriah dan secara besar-besaran di pihak pengantin perempuan berbanding di pihak pengantin lelaki.Hantaran juga akan diberikan kepada pengantin perempuan daripada pengantin lelaki.

Mengenai ketetapan empat hari selama berlangsungnya perkahwinan,dimulakan dengan hari khamis,Jumaat ,Sabtu dan Ahad.Majlis bermula Khamis malam di mana waris pengantin lelaki dan tetamu dijemput ke rumah pengantin perempuan untuk melihat persiapan majlis perkahwinan.Apa yang menarik, pihak pengantin perempuan akan meletakkan kain putih diatas katil mempelai sebagai tanda kesucian perkahwinan dalam keadaan terbuka dan di pihak pengantin lelaki ,wakil akan melipat kain tersebut sebagai tanda penerimaan ke atas persiapan perkahwinan itu.Tambahan lagi,kaum muda mudi yang masih bujang dilarang sama sekali melihat persiapan katil dan bilik pengantin kerana mengikut adat dan kepercayaan mereka ,jika golongan muda mudi yang belum berkahwin melihat mereka tidak akan menemui jodoh.Disebelah malam pula ,akan diadakan jamuan minum teh kepada hadirin yang hadir.Contoh juadah yang menjadi kebiasaan ialah pulut,tapai,bahulu,puteri mandi, wajik dan lain-lain.

Pada hari jumaat dikenali sebagai ,bachelor night atau dikenali sebagai malam bujang yang terakhir .Pengantin lelaki atau pun perempuan tidak dibenarkan memakan makanan yang berdarah seperti ayam,daging ikan dan sebagainya ,kerana dikhuatiri akan menjejaskan majlis perkahwinan pada keesokan hari.Majlis ini diadakan di rumah pengantin perempuan ,pengantin lelaki dijemput hadir sama tetapi perlu untuk pulang ke rumah sebelum pukul sepuluh malam dan dibekalkan sebotol minuman wine dan sebiji kek suji.

Pada hari Sabtu,ialah hari yang dinantikan oleh semua orang,iaitu hari langsung .Seawal pagi loceng daripada gereja akan dibunyikan sebagai tanda sebuah majlis akan diadakan di gereja yang berdekatan.Keesokan harinya, sebuah majlis ringkas akan diadakan di rumah pengantin perempuan.Pada majlis ini pasangan mempelai akan melayan tetamu yang kunjung hadir ke rumah mereka

Aspek kajian 4: Kehidupan sosialI. BahasaMasyarakat Portugis di Melaka menjadikan bahasa Malaysia,bahasa Inggeris dan Bahasa Portugis sebagai bahasa pertuturan seharian mereka.Malah mereka tidak kekok sekali menuturkan bahasa Malaysia ketika berkomunikasi dengan masyarakat setempat .Tambahan pula untuk memastikan bahasa Portugis merekatidak hilang begitu sahaja,anak-anak mereka turut diajar menggunakan bahsa tersebut dalam perbualan seharian dan pertuturan sesama mereka.Ini adalah langkah-langkah yang diambil oleh masyarakat Portugis agar bahasa Portugis mereka tidak hilang atau lenyap ditelan zaman,meskipun kebanyakan kaum tua yang fasih berbahasa Portugis telah tiada.

II. Seni bina Mengenai seni bina kawasan penempatan ,mereka tiada memperlihatkan ciri-ciri atau keadaan seni bina yang tersendiri.Hampir kesemua reka bentuk rumah adalah sama dengan seni bina masyarakat tempatan.III. PekerjaanMenangkap ikan merupakan sumber utama masyarakat Portugis.Hal ini dipengaruhi dengan kawasan penempatan yang berdekatan dengan laut.Kebanyakan mereka mempunyai bot sendiri.Pekerjaan ini telah pun diwarisi turun-temurun daripada nenek moyang mereka.Tambahan pula,jika diteliti dalam lembaran sejarah,asal usul masyarakat Portugis kebanyakannya berasal daripada orang laut .Namun ,jika dilihat pada hari ini,kebanyakan golongan belia dalam kalangan masyarakat Portugis telah pun menjawat jawatan dalam sector kerajaan dan bekerja di kota.Aktiviti menangkap ikan lazimnya menjadi pekerjaan bagi golongan tua yang sudah bersara daripada pekerjaan mereka.IV. Upacara Kebudayaan dan keagamaan.Menjadi acara tahunan, mereka akan mengadakan Pesta San Pedro dan Hari Easter dalam kalendar kebudayaan kaum Portugis.Bagi mereka ini adalah perayaan utama masyarakat Portugis yang mesti diadakan setiap tahun.Selain itu,mereka juga turut menjalin hubungan dengan Kerajaan Negara asal mereka .Menurut masyarakat tempatan ,sudah menjadi kelaziman , kawasan penempatan mereka sering dikunjungi oleh kenyakan pengkaji daripada Negara asal mereka untuk mengkaji mengenai kehidupan masyarakat Portugis di Malaysia.Ini memperlihatkan peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negara dalam mengetahui perkembangan rakyat .7.0 Rumusan dan cadangan Berdasarkan kajian yang telah dilakukan ke atas adaptasi budaya Melayu dalam Masyarakat Portugis telah didapati beberapa kekurangan serta kelemahan dalam beberapa aspek yang tertentu.Aspek pertama yang dapat dikesan ialah,kaedah kajian yang digunakan dalam memperlihatkan kesahihan serta keabsahan kajian secara total.Seharusnya proses untuk menyiapkan laopran kajian ini mestilah menggunakan system atau perisian SPSS.(Statictic Packages for Social Sciences) .Apabila menggunakn perisian ini untuk memproses data,ia akan memberikan nilai yang tepat serta menjamin keabsahan sesuatu nilai dan ia lebih berkualiti serta memudahkan akses penggunaan teknologi

Selain itu,waktu kajian yang singkat juga amat menghimpit ruang serta peluang untuk menyelidik dengan lebih terperinci mengenai kehidupan masyarakat Portugis.Seharusnya ,tempoh kajian mestilah dipenjangkan agar , pengkaji dapat mendalami nilai-nilai serta aspek-aspek lain yang perlu diketahui agar kajian akan lebih kemprehensif dan menyeluruh.

Tambahan lagi,penggunaan metod kajian yang agak terhad juga memperlihatkan hasil kajian juga agak mendatar dan tidak mempamerkan gerak balas yang maksimum.Ia agak sekata dan tidak dinamik ,berikutan metod kajian yang tidak pelbagai.Pada masa akan datang kumpulan pengkaji semestinya menggunakan kaedah kajian yang pelbagai dan kreatif dalam menyesuaikan metod serta mengaplikasi teknik-teknik pencarian data dengan lebih tepat agar hasil kajian akan lebih berkualiti dan bermutu tinggi.

Selain itu, agak signifikan dengan kajian,kumpulan pengkaji ingin mengutarakan beberapa saranan kepada pihak berwajib mengenai tajuk kajian.Sebagai usaha penambaikan yang perlu diwujudkan oleh pihak pihak berwajib,aspek kawasan penempatan masyarakat Portugis perlu diambil berat .Hal ini kerana,jika melihat kepada keadaan semasa,perkampungan ini telah dimeterai menjadi salah satu destinasi pelancongan negeri khususnya,namun keadaan infrastruktur masih lagi perlu diperbaiki dan memerlukan penambahbaikan.

Sementela itu,bagi pihak Perkampungan Portugis khususnya,seharusnya meletakkan khidmat kaunter penerangan yang mana berfungsi sebagai pusat penerangan dan tempat untuk merujuk segala maklumat mengenai masyarakat Portugis.Dan tidak lupa juga,pegawai yang mengendalikan sesi penerangan kepada pengkaji atau pengunjung yang hadir mestialh diteliti dan disahkan mengenai kredibiliti dan bentuk kesahihan fakta yang dibawa.Hal ini kerana , kumpulan pengkaji khuatir , akan kebenaran fakta yang diutarakan ,tambahan lagi ,semasa sesi temu bualdilakukan.Buat akhirnya,semoga kajian ini mendatangkan manfaat buat kumpulan pengkaji dan pengkaji-pengkaji yang lain.

RujukanAbdul Aziz Zakaria .1993.Portugis Dalam Sejarah Melaka.Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala

Lumpur.

Sanjay Ssubrahmanyam .1990.Improvising Empire ,Portuguese Trade and Settlement in The

Bay of Bengal 1500-1700.Oxford University Pree,Calcutta ,India

John Villers.1990.Albuquerque Caeser Timur,Teks-teks Pilihan Oleh Alfonso de Albuquerque dan anaknya.Universiti Malaya.Kuala Lumpur

Shamsul Amri Baharuddin .2011.Modul Hubungan Etnik.UiTM.Shah Alam,Selangor

Tan Chee Beng.1989.Journal Of Malaysia :Ethnic Relation In Malaysia,Historical and Sociological Perspectives.Vol 5 pg 89-96.Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang.

BY: SAIFULLAH,WAHEEDA,RAZI,ADNAN,SHABARIAH,AFIDAH-UNIVERSITY OF MALAYA_SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM