adab – adab bulan ramadhan

Download ADAB – ADAB BULAN RAMADHAN

Post on 24-Jan-2016

77 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ADAB – ADAB BULAN RAMADHAN. BULAN RAMADHAN: Bulan yang agung lagi diberkati Satu malam – Lailatul Qadar, lebih baik dari 1,000 bulan Fardhukan puasa pada siang and disunatkan Tarawih pada malam hari. 2. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

  • ADAB ADAB BULAN RAMADHAN

  • *BULAN RAMADHAN:

    Bulan yang agung lagi diberkati Satu malam Lailatul Qadar, lebih baik dari 1,000 bulan Fardhukan puasa pada siang and disunatkan Tarawih pada malam hari.

  • * Sesiapa yang cuba menghampiri Allah pada bulan Ramadhan dengan amalan-amalan sunat maka seumpama seseorang yang menunaikan satu fardhu pada bulan bulan yang lain Sesiapa yang menunaikan satu fardhu pada bulan itu, adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain

  • *Bahagian-Bahagian Bulan Ramadhan

    Bahagian awal Rahmat Pertengahannya Keampunan Akhirnya - Kelepasan daripada Api Neraka

  • *4 Perkara Diperbanyakkan Ucapan Kalimah Toiyyibah Mohon Perlindungan daripada Api Neraka Istighfar Mohon Syurga

  • *Hadis Nabi Kelebihan PuasaDaripada Hazrat Abu Ubaidah r.a. beliau berkata saya telah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersadba, Puasa adalah perisai, selama dia tidak memecahkannya

  • *Maksud Perisai

    Puasa menjaga seseorang itu daripada musuhnya iaitu Syaitan Puasa adalah penjaga yang akan menyelamatkan seseorang itu daripada azab Allah Taala Puasa akan menyelamatkan seseorang itu daripada neraka jahannam

  • *Perosak PuasaSeorang telah bertanya, Wahai Rasulullah! Apakah perkara yang merosakkan puasa?Baginda (s.a.w.) menjawab, Berbohong dan Mengumpat

  • *Adab adab pada Bulan RamadhanPara Masyaikh menulis enam perkara sebagai adab ketika berpuasa: Menjaga Penglihatan Menjaga Lidah Menjaga Telinga Menjaga segala anggota badan yang lain Masa berbuka jangan makan terlalu banyak Perlu ada perasaan takut selepas berpuasa samada puasa kita diterima atau tidak

  • *(1) Menjaga Penglihatan:

    Menjaga penglihatan daripada sesuatu yang tidak patut Jangan pandang dengan syahwat Tempat tempat yang melalaikan dan tidak harus Apa sahaja perkara yang mengalihkan tumpuan hati daripada Allah lalu bertumpu kearah yang lain

  • *(1) Menjaga Penglihatan:

    Nabi (s.a.w) bersabda:

    Penglihatan adalah satu daripada anak-anak panah syaitan. Sesiapa yang menjaga penglihatan kerana takutkan Allah Taala, maka Allah Taala akan mengurniakannya cahaya keimanan yang dapat dirasakan kemanisan dan kelazatannya di dalam hati

  • *(2) Menjaga Lidah

    Menjaga lidah daripada berbohong, mengumpat, bercakap sia-sia, bercakap kotor, bergaduh dan seumpamanya

    Jangan berkata sesuatu yang keji, ejek-mengejek dan bergaduh

    Katakan Saya sedang berpuasa

  • *(2) Menjaga Lidah (sambungan)

    Apakah itu mengumpat ?

    Bercakap tentang sesuatu yang tidak disukai oleh seseorang dibelakangnya

    Bagaimana kalau perkara yang diperkatakan itu sememangnya ada padanya?

    Itulah mengumpat, kalau ia sememangnya tidak ada maka itu adalah fitnah.

  • *(3) Menjaga Telinga

    Setiap perkara yang dibenci, yang haram untuk diperkatakan dan dikeluarkan oleh lidah maka haram juga untuk memasang telinga mendengar perkara itu.

  • *(3) Menjaga Telinga (sambungan)

    Nabi (s.a.w) bersabda:

    Kedua-dua orang, yang mengumpat dan yang mendengar umpatan terlibat dalam dosa

  • *(4) Menjaga Anggota Badan yang lain

    Menjaga tangan daripada memegang sesuatu yang haram

    Menjaga kaki daripada berjalan ke arah sesuatu yang haram

    Menjaga perut daripada sesuatu yang haram

  • *(5) Masa BerbukaMasa berbuka janganlah makan terlalu banyak sehingga memenuhi perut walaupun daripada harta yang halal, kerana dengan berbuat demikian tujuan sebenar berpuasa terluput.

  • *(6) Perasaan Takut

    Perasaan takut selepas menunaikan puasa kerana tidak tahu sama ada puasa kita itu layak diterima ataupun tidak. Perasaan demikian perlu juga ada pada akhir setiap ibadat yang lain.

  • *TUJUAN BERPUASA

    Tujuan berpuasa ialah untuk mengurangkan kekuatan syahwat dan sifat kehaiwanan serta menambahkan kekuatan rohani dan sifat kemalaikatan.

  • *Sumber Rujukan

    Kitab Fadhilat Amal olehRaisul Muhaddithin Allama Muhammad Zakariyya (rah)Syaikhul Hadith Mazahir Ulum

  • *

    SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA PADA RAMADHAN INI, DENGAN MENITIKBERATKAN ADAB- ADAB YANG TERSEBUT

  • *Jazakallahu Khairan Kathiran & Terima Kasih

    *********************

Recommended

View more >