a. mulakan penjelajahan bakau - gec

2
Jelajahi keunikan hutan paya laut yang menakjubkan di pulau ini melalui aktiviti penyelusuran bot yang dipandu oleh pemandu pelancong tempatan yang bertauliah. Alami keindahan pemandangan pulau dan sekiranya bernasib baik, anda berpeluang menyaksikan kehadiran burung hijrah. Hayati bagaimana masyarakat setempat bergantung kepada hasil perikanan sebagai sumber mata pencarian mereka dan turut serta dalam aktiviti menanam pokok bakau serta menyemai biji benih bakau demi kelestarian ekosistem hutan paya laut di pulau ini. Terokai pengalaman baru dengan menyokong Program Pemuliharaan Hutan Paya Laut Berasaskan Komuniti dan Kelangsungan Hidup Lestari yang memberi tumpuan kepada peluang-peluang pembangunan ekopelancongan tempatan. Program ini bertujuan untuk mempamerkan gaya hidup dan meningkatkan nilai sosio-ekonomi komuniti setempat di Tanjung Surat yang melindungi dan memulihkan kawasan hutan paya laut mereka daripada terancam. Pulau Daya Tarikan &Aktiviti A. Mulakan penjelajahan bakau Hayati kebudayaan setempat dengan merasainya. Nikmati masakan tempatan asam pedas dan nasi lemak daun simpuh serta pelajari teknik menyediakan makanan istimewa dari penduduk setempat. Jelajah di sekitar kampung dan singgah ke beberapa perusahaan industri desa seperti pembuatan kraftangan, penyediaan produk teh jeruju, perusahaan madu kelulut, permainan tradisional Jong dan pelbagai lagi. B. Jelajah kampung C. Alami pengalaman sebagai pemancing tempatan C. Alami pengalaman sebagai pemancing tempatan B. Jelajah kampung eko kembara alam semula eko kembara alam semulajadi DILAKSANAKAN OLEH: DISOKONG OLEH: HUBUNGI PN. BADARIAH (011 4051 2716) PN. NORAINI (019 795 1914) Pertubuhan Sahabat Hutan Bakau Pulau Tanjung Surat (PSHBPTS) Kampung Linting, Tanjung Surat, 81900 Kota Tinggi, Johor Bahru, MALAYSIA Emel: [email protected] Facebook: SHB Pulau Tanjung Surat Sila buat tempahan anda seminggu (7 hari) sebelum tarikh tempahan TEMPAH SEKARANG Pengangkutan: Anda boleh meletak kenderaan anda dengan selamat di tempat letak kereta berdekatan jeti Tanjung Belungkor atau melintasi Sungai Belungkor menggunakan pontoon pengangkutan kargo. Terdapat bot berjadual yang berkapasiti 10 orang merentasi Sungai Belungkor. Perancangan Aktiviti & Penjadualan Percutian: Aktiviti dan jadual percutian boleh diatur lebih awal bersama operator percutian dan disahkan tujuh (7) hari sebelum tarikh bercuti. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada keadaan cuaca, pasang surut air laut dan kesesuaian pelaksanaan aktiviti. termasuk Hubungkan rel pancing anda dengan kepakaran nelayan tempatan. Aktiviti perikanan rekreasi disasarkan kepada nelayan santai dan pemancing tegar. Anda juga boleh meminta untuk memasak hasil tangkapan mengikut resepi tempatan. Gaya hidup yang agak sibuk pada masa kini menjadi faktor keletihan emosi. Anda boleh luangkan masa bersama kami untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Kami menyediakan aktiviti berpasukan, kembara Bukit Belungkor, kem latihan asas dan percutian rohani untuk meningkatkan kekuatan fizikal dan mental anda. D. Pembinaan Keupayaan D. Pembinaan Keupayaan E. Pendidikan / Latihan E. Pendidikan / Latihan Selaras dengan sistem pendidikan negara kita, pendidikan alam sekitar dapat dihayati apabila pelajar, siswazah dan masyarakat diberi peluang melihat secara langsung ekosistem yang dipelajari. Di Tanjung Surat, latihan pendidikan boleh dilaksanakan secara santai berkonsepkan bilik darjah untuk mempelajari teori asas mengenai hutan paya laut termasuk aktiviti kerja lapangan seperti pendekatan saintifik menggunakan modul, aktiviti kumpulan dan perkhemahan sekolah. Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Upload: others

Post on 13-Nov-2021

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: A. Mulakan penjelajahan bakau - GEC

Jelajahi keunikan hutan paya laut yang menakjubkan di pulau ini melalui aktiviti penyelusuran bot yang dipandu oleh pemandu pelancong tempatan yang bertauliah. Alami keindahan pemandangan pulau dan sekiranya bernasib baik, anda berpeluang menyaksikan kehadiran burung hijrah. Hayati bagaimana masyarakat setempat bergantung kepada hasil perikanan sebagai sumber mata pencarian mereka dan turut serta dalam aktiviti menanam pokok bakau serta menyemai biji benih bakau demi kelestarian ekosistem hutan paya laut di pulau ini.

Terokai pengalaman baru dengan menyokong Program Pemuliharaan Hutan Paya Laut Berasaskan Komuniti dan Kelangsungan Hidup Lestari yang memberi tumpuan kepada peluang-peluang pembangunan ekopelancongan tempatan. Program ini bertujuan untuk mempamerkan gaya hidup dan meningkatkan nilai sosio-ekonomi komuniti setempat di Tanjung Surat yang melindungi dan memulihkan kawasan hutan paya laut mereka daripada terancam.

PulauDaya Tarikan &AktivitiA. Mulakan penjelajahan bakau

Hayati kebudayaan setempat dengan merasainya. Nikmati masakan tempatan asam pedas dan nasi lemak daun simpuh serta pelajari teknik menyediakan makanan istimewa dari penduduk setempat. Jelajah di sekitar kampung dan singgah ke beberapa perusahaan industri desa seperti pembuatan kraftangan, penyediaan produk teh jeruju, perusahaan madu kelulut, permainan tradisional Jong dan pelbagai lagi.

B. Jelajah kampung

C. Alami pengalaman sebagai pemancing tempatan

C. Alami pengalaman sebagai pemancing tempatan

B. Jelajah kampung

eko kembara alamsemulaeko kembara alamsemulajadi

DILAKSANAKAN OLEH:

DISOKONG OLEH:

HUBUNGIPN. BADARIAH (011 4051 2716)PN. NORAINI (019 795 1914)

Pertubuhan Sahabat Hutan Bakau Pulau Tanjung Surat (PSHBPTS)Kampung Linting, Tanjung Surat,81900 Kota Tinggi, Johor Bahru, MALAYSIA

Emel: [email protected]

Facebook: SHB Pulau Tanjung Surat

Sil a buat tempahan anda seminggu (7 hari) sebelum tarikh tempahan TEMPAH SEKARANG

Pengangkutan:Anda boleh meletak kenderaan anda dengan selamat di tempat letak kereta berdekatan jeti Tanjung Belungkor atau melintasi Sungai Belungkor menggunakan pontoon pengangkutan kargo. Terdapat bot berjadual yang berkapasiti 10 orang merentasi Sungai Belungkor.

Perancangan Aktiviti & Penjadualan Percutian:Aktiviti dan jadual percutian boleh diatur lebih awal bersama operator percutian dan disahkan tujuh (7) hari sebelum tarikh bercuti. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada keadaan cuaca, pasang surut air laut dan kesesuaian pelaksanaan aktiviti.

termasukHubungkan rel pancing anda dengan kepakaran nelayan tempatan. Aktiviti perikanan rekreasi disasarkan kepada nelayan santai dan pemancing tegar. Anda juga boleh meminta untuk memasak hasil tangkapan mengikut resepi tempatan.

Gaya hidup yang agak sibuk pada masa kini menjadi faktor keletihan emosi. Anda boleh luangkan masa bersama kami untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Kami menyediakan aktiviti berpasukan, kembara Bukit Belungkor, kem latihan asas dan percutian rohani untuk meningkatkan kekuatan �zikal dan mental anda.

D. Pembinaan Keupayaan D. Pembinaan Keupayaan

E. Pendidikan / LatihanE. Pendidikan / LatihanSelaras dengan sistem pendidikan negara kita, pendidikan alam sekitar dapat dihayati apabila pelajar, siswazah dan masyarakat diberi peluang melihat secara langsung ekosistem yang dipelajari. Di Tanjung Surat, latihan pendidikan boleh dilaksanakan secara santai berkonsepkan bilik darjah untuk mempelajari teori asas mengenai hutan paya laut termasuk aktiviti kerja lapangan seperti pendekatan sainti�k menggunakan modul, aktiviti kumpulan dan perkhemahan sekolah.

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAJabatan Pendidikan Negeri Johor

Page 2: A. Mulakan penjelajahan bakau - GEC

Nurseri

JetiKastam

JetiBelungkur

Galeri SHBPTS

KedaiMakan

Cendawan

Jong

KebunPak Haji

TanahPerkuburan

Islam

KuburTok Sahak

Kraftangan

Kastam

Balai Polis

TehJeruju

JetiSelat Penyu

JetiLaut Batu

Masjid

Masjid

Gedung

Tangga200

SKTS

Masjid

PerusahaanIkan Kering

PerigiTok Umo

DapurArang

Kelulut

Pulau Tanjung Surat adalah kediaman bagi 418 penduduk bagi 112 keluarga daripada tiga gugusan kampung – Kampung Linting, Kampung Tanjung Surat dan Kampung Nyior. Pulau ini terletak jauh dari kota menjadikannya kawasan strategik untuk lari dari hiruk-pikuk pusat bandar. Masih ramai belum tahu mengenai keunikan Pulau Tanjung Surat yang dilitupi kepelbagaian spesies hutan paya laut, habitat kepada �ora dan fauna termasuk hidupan laut.

Jom ke sana!Bagi pelancong tempatan atau dalaman, pengangkutan utama ke Pulau Tanjung Surat adalah dengan menggunakan perkhidmatan bot atau perkhidmatan pontoon. Sekiranya anda dari Singapura atau Batam Indonesia, boleh menggunakan perkhidmatan feri Terminal Feri Tanjung Belungkor : www.limbonganmaju.com.

Perkhidmatan pontoon disediakan bagi membawa kenderaan luar masuk ke Pulau Tanjung Surat. Masyarakat setempat Pulau Tanjung Surat hidup secara bersederhana, bergantung penuh dengan ekosistem sekeliling mereka dengan kemudahan asas seperti masjid, sekolah rendah, klinik desa dan jeti nelayan tempatan.

Pulau Tanjung Surat Hutan Paya Laut Tanjung Surat kuih

tirambonda

PETAEKOPELANCONGANTANJUNG SURAT

Tanjung Surat ialah salah satu mukim dalam Daerah Kota Tinggi. Pulau Tanjung Surat terletak bersebelahan dengan Hutan Simpan Belungkor di bahagian Tenggara Sungai Johor. Hutan paya laut Pulau Tanjung Surat merupakan hutan terbaik di Sungai Johor yang menjadi tempat tinggal kebanyakan spesies �ora dan fauna, padat dengan spesies bakau yang malar hijau dan ekosistem bebas pencemaran. Walaupun terpencil, Pulau Tanjung Surat menawarkan keunikan alam semulajadi hutan paya laut yang tidak ternilai harganya.