944/4 ekonomi abstrak ekonomi

1
PEMASARAN DAN MASALAH YANG DIHADAPI PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA: PERUSAHAAN PEMPROSESAN MAKANAN DI GEORGETOWN, PULAU PINANG TANG LIH FANG ABSTRAK Sektor pembuatan menjadi semakin penting sejajar dengan dasar Malaysia untuk menjadi negara perindustrian yang maju menjelang tahun 2020. Di dalam sektor pembuatan sumbangan dan peranan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) amat besar dan penting. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berperanan dalam memacu pembangunan ekonomi negara misalnya berhadapan dengan pelbagai masalah seperti masalah untuk mendapatkan modal, masalah pemasaran, masalah produk yang tidak pelbagai dan berkualiti rendah serta masalah mendapatkan bahan mentah yang berterusan. Idea di sebalik kajian ini adalah untuk mengkaji perusahaan kecil dan sederhana di Georgetown, Pulau Pinang terlibat dalam pengeluaran secara kecil-kecilan produk- produk yang berasaskan perusahaan pemprosesan makanan yang menghadapi masalah kepelbagaian produk dan masalah pemasaran produk yang semakin meruncing. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pemasaran perusahaan pemprosesan makanan dan masalah- masalah yang dihadapi oleh perusahaan pemprosesan makanan. Soal selidik dan temu bual digunakan dalam kajian ini. Data yang diperolehi dianalisis dalam bentuk deskriptif seperti skor purata dan graf bar. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi dari kajian ini jelas menunjukkan bahawa pengeluaran pelbagai jenis produk makanan membolehkan pengguna mempelbagai jenis cita rasa mereka. Terdapat pelbagai cara syarikat menyalurkan maklumat kepada pelanggan untuk tujuan promosi. Permasalahan dalam PKS perlu dibantu kerana PKS membentuk lebih daripada 99% daripada jumlah perusahaan perniagaan di Malaysia. Oleh itu, penggalakkan sektor PKS yang berdaya maju adalah penting dan strategik dalam usaha negara ke arah memperluas sumber pertumbuhan dan mengekalkan momentumnya. Kata kunci: PKS, perusahaan pemprosesan makanan, pemasaran, masalah, Georgetown.

Upload: tang-lih-fang

Post on 25-Sep-2015

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

UNTUK MEMBANTU PELAJAR DALAM MENULIS ABSTRAK, CIKGU TELAH MEMBERI CONTOH YANG SESUAI SEBAGAI PANDUAN.

TRANSCRIPT

PEMASARAN DAN MASALAH YANG DIHADAPI PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA: PERUSAHAAN PEMPROSESAN MAKANANDI GEORGETOWN, PULAU PINANG

TANG LIH FANG

ABSTRAKSektor pembuatan menjadi semakin penting sejajar dengan dasar Malaysia untuk menjadi negara perindustrian yang maju menjelang tahun 2020. Di dalam sektor pembuatan sumbangan dan peranan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) amat besar dan penting. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berperanan dalam memacu pembangunan ekonomi negara misalnya berhadapan dengan pelbagai masalah seperti masalah untuk mendapatkan modal, masalah pemasaran, masalah produk yang tidak pelbagai dan berkualiti rendah serta masalah mendapatkan bahan mentah yang berterusan. Idea di sebalik kajian ini adalah untuk mengkaji perusahaan kecil dan sederhana di Georgetown, Pulau Pinang terlibat dalam pengeluaran secara kecil-kecilan produk-produk yang berasaskan perusahaan pemprosesan makanan yang menghadapi masalah kepelbagaian produk dan masalah pemasaran produk yang semakin meruncing. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pemasaran perusahaan pemprosesan makanan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh perusahaan pemprosesan makanan. Soal selidik dan temu bual digunakan dalam kajian ini. Data yang diperolehi dianalisis dalam bentuk deskriptif seperti skor purata dan graf bar. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi dari kajian ini jelas menunjukkan bahawa pengeluaran pelbagai jenis produk makanan membolehkan pengguna mempelbagai jenis cita rasa mereka. Terdapat pelbagai cara syarikat menyalurkan maklumat kepada pelanggan untuk tujuan promosi. Permasalahan dalam PKS perlu dibantu kerana PKS membentuk lebih daripada 99% daripada jumlah perusahaan perniagaan di Malaysia. Oleh itu, penggalakkan sektor PKS yang berdaya maju adalah penting dan strategik dalam usaha negara ke arah memperluas sumber pertumbuhan dan mengekalkan momentumnya.

Kata kunci: PKS, perusahaan pemprosesan makanan, pemasaran, masalah, Georgetown.