9.1 jata negara.docx
TRANSCRIPT
Mata Pelajaran Sejarah
Kelas 5 Jujur
Bilangam Murid 30 orangTema/Tajuk Identiti Negara Kita
Masa 8.20-9.20 pagi
Fokus
Standard Kandungan:9.1 Jata NegaraStandard Pembelajaran:9.1.1 Menyenaraikan lambang pada Jata Negara9.1.2 Menyatakan makna lambang-lambang pada Jata NegaraK9.1.4 Menyatakan kepentingan menghormati Jata Negara
ObjektifPada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan dapat:
1. Murid mengetahui Jata Negara sebagai lambang indentiti negara
2. Murid boleh menerangkan lambang yang terdapat pada Jata Negara
Aktiviti1. Menunjukkan gambar lambang Jata Negara2. Penerangan mengenai lambang Jata Negara3. Sesi soal jawab4. Permainan ‘Suai Kenal’5. Rumusan dan pengukuhan
EMK
Nilai murni : PatriotismeKPS : kemahiran kreatif, kritis dan inovatifDimensi kewarganegaraan : Membentuk jati diri dan rasa bangga murid terhadap Negara.TMK – Belajar melalui TMK
Bahan bantu belajar Komputer riba, LCD, slaid power point,kad perkataan, gambar
Refleksi
KUMPULAN 9
TAJUK : JATA NEGARA
Strategi pengajaran dan pembelajaran
Aktiviti EMK CatatanPermulaan (5 minit)
1. Menyanyikan lagu Negaraku2. Menunjukkan gambar
a. Lambang Jata Negara3. Murid menjawab soalan yang diajukan oleh
gurua. Lagu apakah yang kamu nyanyikan sebentar
tadi?-lagu Negarakub. Gambar apakah yang kamu lihat sebentar
tadi?-Lambang Jata Negara.c. Apakah yang dimaksudkan dengan warna
kuning pada Jata Negara tersebut?-Raja sebgai Ketua Negara.
4. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini
Nilai murni-kerjasama-berdisiplin
TKP
TMK
KB-menjana idea-menghubung kait
BBB-Komputer riba-Gambar-Lagu
Aktiviti 1 (15 minit)
1. Murid mendengar penerangan guru dengan berpandukan gambar Jata Negara.
2. Murid menyenaraikan ciri dan maksud lambang Jata Negara berdasarkan penerangan guru
Nilai murni-Rajin-Berdisiplin
Aktiviti 2 (20 minit)
1. Permainan ‘Suai Kenal’a. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan
terdiri 6 orang setiap kumpulan.b. Setiap kumpulan diberi masa untuk
menghafal maksud simbol-simbol yang terdapat pada Jata Negara.
c. Guru mengedarkan kad perkataan kepada setiap kumpulan.
d. Minta wakil setiap kumpulan ke hadapan bagi memadankan kad perkataan pada simbol yang betul yang terdapat pada lambang Jata Negara.
e. Kumpulan terbaik akan diberi ganjaran.
Nilai murni-Kerjasama
BBB-kad perkataan
Aktiviti 3 (20 minit)2. Permainan ‘Mewarna’
a. Guru mengedar gambar lambang Jata Negara pada setiap kumpulan.
b. Murid diminta mewarna gambar mengikut lambing Jata Negara.
Penutup (5 minit) Nilai-bersyukur BBB
1. Guru menunjukkan semula gambar lambang Jata Negara.
2. Minta murid menyatakan maksud yang terdapat pada lambang Jata Negara.
3. Guru merumuskan isi penting pelajaran hari ini.4. Mengedarkan lembaran kerja sebagai
pengukuhan mrid.
-Gambar
Bintang pecah 14 = 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan
Jata Negara = Lambang Malaysia
Bintang bersama-sama anak bulan = Agama Islam (Agama rasmi Malaysia)
Lima bilah keris = Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
Pokok Pinang = Negeri Pulau Pinang (Negeri-Negeri Selat)
Pokok Melaka = Negeri Melaka (Negeri-Negeri Selat).
Warna hitam dan putih = Pahang; merah dan kuning = Selangor; hitam, putih dan kuning = Perak; merah, hitam dan kuning = Negeri Sembilan. (Negeri-Negeri Melayu Bersekutu)
Negeri Sabah Negeri Sarawak
Bunga Raya = Bunga Kebangsaan
Harimau = Penumpang jata negeri-negeri Melayu
Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan Jawi di sebelah kanan.
Warna kuning = Warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja
KAD PERKATAAN PERMAINAN ‘SUAI KENAL’
Bunga Kebangsaan
Negeri Sarawak
Negeri Sabah
Penumpang jata negeri-negeri MelayuNegeri Pahang
Warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja
Negeri Melaka (Negeri-Negeri Selat).
Negeri Pulau Pinang (Negeri-Negeri Selat)
Agama Islam (Agama rasmi Malaysia)
13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (Johor, Kedah, Perlis,
Negeri Perak
Negeri Sembilan
Negeri Selangor
Arahan: Warnakan gambar Jata Negara dibawah mengikut warna yang betul.
SOALAN PENGUKUHAN
Nama: ..........................................................................................
Tahun: ................................. Tarikh: ..................................
Jawab soalan-soalan berikut
1. Apakah yang dimaksudkan dengan bintang pecah 14 yang terdapat dalam Jata Negara?
2. Senaraikan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang terdapat dalam Jata Negara?a) b) c) d)
3. Lima bilah keris yang terdapat dalam Jata Negara melambangkan?
4. Apakah cogan kata yang terdapat ada Jata Negara?
5. Dua ekor harimau pada Jata Negara melambangkan