9-psikologi sosial

60
PROFESOR MADYA HAMZAH BIN SAMAT, PJK Jabatan Psikologi dan Kaunseling Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia Universiti Utara Malaysia

Upload: denixng

Post on 14-Jun-2015

5.480 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 9-psikologi sosial

PROFESOR MADYA HAMZAH BIN SAMAT, PJKJabatan Psikologi dan Kaunseling

Fakulti Pembangunan Sosial dan ManusiaUniversiti Utara Malaysia

Page 2: 9-psikologi sosial

1.0. PSIKOLOGI SOSIAL: Pengenalan

Satu bidang psikologi yang mengkaji apa yang manusia fikirkan dan perasaan manusia mengenai dunia sosial mereka.

Ia termasuk juga bagaimana manusia berinteraksi dan mempengaruhi antara satu sama lain.

Page 3: 9-psikologi sosial

1.1. SIKAP

Sikap adalah kesukaan dan kebencian, iaitu penilaian terhadap, dan reaksi ke atas, sesuatu objek, manusia, situasi atau aspek lain, termasuk idea abstrak dan polisi sosial.

Meliputi tiga (3) bahagian :-

Kognitif Afektif Psikomotor (Prilaku)

Page 4: 9-psikologi sosial

Satu kajian tentang sikap negatif terhadap sesuatu kumpulan

Ahli psikologi mendapati ketiga-tiga komponen tersebut memainkan peranan dalam membentuk sikap manusia, seperti :-

Stereotaip negatif Prejudis Diskriminasi

Page 5: 9-psikologi sosial

(a) STEREOTAIP NEGATIF

Kepercayaan dan persepsi negatif mengenai sesuatu kumpulan – Komponen kognitif.

Page 6: 9-psikologi sosial

(b) PREJUDIS

Perasaan negatif terhadap kumpulan tersebut – Komponen Afektif.

Page 7: 9-psikologi sosial

(c) DISKRIMINASI

Tindakan negatif ke atas ahli-ahli kumpulan tersebut – Komponen tingkah laku.

Page 8: 9-psikologi sosial

1.2. TEORI KONSISTENSI KOGNITIF

Teori Konsistensi Kognitif menyatakan bahawa manusia sedaya upayanya cuba mencapai keselarasan, atau ketekalan, dari segi kepercayaan, sikap dan tingkah laku.

Page 9: 9-psikologi sosial

1.3. FUNGSI SIKAP

(a) Fungsi Instrumental

(b) Fungsi Knowledge

(c) Fungsi Value-Expressive

(d) Fungsi Ego-Defensive

(e) Fungsi Social Adjustment

Page 10: 9-psikologi sosial

(a) Fungsi Instrumental

Ia menyatakan bahawa manusia mempunyai sikap yang inginkan ganjaran, ataupun faedah, dan mengelak dari dendaan.

Page 11: 9-psikologi sosial

(b) Fungsi Knowledge (Ilmu Pengetahuan)

Ia membantu manusia untuk memahami dunia sekitarnya.

Manusia cuba menguruskan pelbagai maklumat yang diterima untuk proses “asimilasi” ke dalam kehidupan mereka setiap hari.

Supaya manusia boleh memproses dan menyusun maklumat dengan cekap.

Page 12: 9-psikologi sosial

(c) Fungsi Value-Expressive

Sikap yang mengekspresikan nilai manusia, atau menggambarkan konsep kendiri manusia.

Contohnya, seorang individu mungkin mempunyai sikap positif terhadap individu lesbian kerana berpegang kepada nilai hak asasi, toleransi dan kebebasan individu.

Page 13: 9-psikologi sosial

(d) Fungsi Ego-Defensive

Sikap yang menyelamatkan manusia daripada perasaan kerisauan yang melampau (anxiety), atau daripada sebarang gangguan ke atas penghargaan-kendiri manusia.

Page 14: 9-psikologi sosial

(e) Fungsi Social Adjustment (Penyesuaian Sosial)

Membantu individu agar dapat merasa bahawa mereka adalah sebahagian daripada komuniti sosial.

Misalnya, terlibat dalam organisasi kemasyarakatan.

Sikap hanya berfungsi sebagai “agen penyesuaian sosial” dan kemungkinan ia akan berubah sekiranya berlaku perubahan dalam norma sosial.

Page 15: 9-psikologi sosial

1.4. SIKAP DAN TINGKAH LAKU

Sikap yang kuat dan konsisten Sikap berkait rapat dengan tingkah laku Sikap berdasarkan kepada pengalaman langsung Kesedaran

Page 16: 9-psikologi sosial

(a) Sikap Yang Kuat Dan Konsisten

Sikap yang kuat dan konsisten boleh memberi jangkaan mengenai sesuatu tingkah laku berbanding dengan sikap yang lemah ataupun yang tidak pasti.

Apabila komponen kognitif dan afektif tidak konsisten, ia akan menyukarkan jangkaan dilakukan ke atas tingkah laku yang akan diambil oleh individu tersebut.

Page 17: 9-psikologi sosial

(b) Sikap Berkait Rapat Dengan Tingkah Laku

Sikap yang spesifik terhadap sesuatu perkara akan memberikan jangkaan yang lebih tepat daripada sikap yang umum.

Sebagai contoh, sikap yang benci terhadap perang nuklear dan penggunaan senjata nuklear akan mmemberi jangkaan ke atas tingkah laku aktivis, seperti menulis artikel dalam akhbar, melibatkan diri dalam demonstrasi, dan seumpamanya.

Page 18: 9-psikologi sosial

(c) Sikap Berdasarkan Kepada Pengalaman Langsung

Sikap berdasarkan kepada pengalaman yang pernah dilalui akan memberi jangkaan yang lebih tepat ke atas tingkah laku individu berbanding dengan sikap yang dibina berdasarkan krpada pembacaan, ataupun pengalaman orang lain.

Page 19: 9-psikologi sosial

(d) Kesedaran

Individu yang sedar, ataupun prihatin, akan sikapnya sendiri akan mempunyai tingkah laku yang selari, atau konsisten, dengan sikap tersebut.

Page 20: 9-psikologi sosial

2.0. PENGARUH SOSIAL

1. Pujukan

2. Tarikan Fizikal

3. Jarak (Proximity)

4. Kebiasaan

5. Persamaan

Page 21: 9-psikologi sosial

2.1. PUJUKAN

Pujukan merupakan pengaruh sosial yang bertujuan untuk merubah tingkah laku, ataupun sikap, orang lain.

Empat (4) faktor penting yang boleh mempengaruhi pujukan ialah :- Sumber Maklumat Laluan Penonton

Page 22: 9-psikologi sosial

Tarikan Interpersonal, iaitu suka, sayang dan keinginan seksual, adalah gabungan kompleks di antara kognitif dan afektif manusia.

Page 23: 9-psikologi sosial

2.2. TARIKAN FIZIKAL

Dapatan daripada satu kajian, yang dibuat ke atas pelajar-pelajar yang dipasangkan lelaki dan perempuan di dalam satu majlis universiti, telah menunjukkan bahawa ‘tarikan fizikal’ memainkan peranan utama dalam menentukan sama ada individu tertentu disukai oleh pasangannya ataupun tidak.

Page 24: 9-psikologi sosial

Dapatan kajian tersebut juga telah menunjukkan bahawa kemahiran sosial, kepandaian dan personaliti tidak memainkan peranan dalam menimbulkan perasaan suka terhadap pasangan masing-masing.

Namun begitu, kepentingan tarikan fizikal didapati beroperasi sewaktu temujanji yang pertama, dan seterusnya, temujanji yang berikutnya.

Page 25: 9-psikologi sosial

Tarikan fizikal didapati penting kerana ia menaikkan ‘taraf sosial’ dan ‘penghargaan-kendiri’ individu apabila berpasangan dengan individu yang mempunyai kecantikan fizikal, atau daya penarik.

Lelaki dan wanita akan dinilai tinggi sekiranya mempunyai pasangan yang cantik ataupun tampan.

Page 26: 9-psikologi sosial

2.3. JARAK (PROXIMITY)

Jarak (Proximity) memainkan peranan dalam hubungan individu.

Kajian menunjukkan bahawa jarak tempat tinggal memainkan peranan dalam menentukan sama ada dua individu akan berkawan ataupun bagaimana.

Page 27: 9-psikologi sosial

Dalam satu kajian di kawasan rumah pangsa, responden diminta menamakan tiga (3) nama individu yang sering mereka dampingi.

Dapatan kajian menunjukkan 41% penduduk menamakan jiran di sebelah rumah, 22% pula menamakan jiran yang jarak rumahnya adalah selang dua (2) pintu (iaitu lebih kurang 30 kaki), dan hanya 10% sahaja menamakan jiran yang tinggal di hujung blok rumah pangsa tersebut.

Page 28: 9-psikologi sosial

2.4. KEBIASAAN

Kebiasaan terhadap sesuatu perkara juga akan meningkatkan rasa suka.

Contohnya, seekor tikus yang didedahkan secara berulang kali dengan muzik Mozart akan menyukai muzik tersebut akhirnya.

Page 29: 9-psikologi sosial

2.5. PERSAMAAN

Persamaan di antara individu juga akan menimbulkan sikap suka.

Pasangan yang mempunyai persamaan, biasanya, akan tinggal dan hidup bersama.

Page 30: 9-psikologi sosial

3.0. TINGKAH LAKU SOSIAL POSITIFDAN NEGATIF

1. Perubahan sikap secara paksa (Brainwashing)

2. Konsep utama “brainwashing”

(a) Unfreezing

(b) Perubahan

(c) Freezing

Page 31: 9-psikologi sosial

3.1. PERUBAHAN SIKAP SECARA PAKSA (BRAINWASHING)

Ia dilakukan ke atas orang yang berada di bawah genggaman, atau tahanan.

Seseorang yang menggunakan teknik ini mempunyai kuasa mutlak ke atas persekitarannya, dan secara psikologinya memanipulasikan orang lain.

Page 32: 9-psikologi sosial

TIGA (3) TEKNIK YANG DIGUNAKAN

Mengikut James McConnell, tiga (3) teknik tersebut yang digunakan dalam “brainwashing” ialah :-

Page 33: 9-psikologi sosial

(i) Teknik Pertama

Orang yang menjadi sasaran akan diasingkan daripada orang lain yang memberi sokongan ke atas tingkah lakunya yang asal.

Page 34: 9-psikologi sosial

(ii) Teknik Kedua

Sasaran tersebut dijadikan agar dia akan bergantung penuh (fully dependant) ke atas ketuanya dalam memenuhi keperluan hidup.

Page 35: 9-psikologi sosial

(iii) Teknik Ketiga

Ketua, atau agen, yang melakukan “brainwashing” berada di dalam posisi di mana beliau boleh memberikan ganjaran untuk sebarang perubahan tingkah laku, ataupun sikap, sasaran.

Page 36: 9-psikologi sosial

3.2. KONSEP UTAMA “BRAINWASHING”

“Brainwashing”, biasanya, bermula dengan menjadikan sasaran lemah dan rasa rendah diri.

Terdapat tiga (3) konsep utama, iaitu :-

Unfreezing Perubahan Freezing

Page 37: 9-psikologi sosial

(a) Unfreezing

Ia adalah merupakan proses ‘menghilangkan’ ataupun ‘membuang’ nilai dan kepercayaan lama sasaran melalui deraan secara :-

Fizikal Psikologikal

Page 38: 9-psikologi sosial

(b) Perubahan

Apabila keletihan serta mengalami tekanan dan ketakutan, ia akan menyebabkan sasaran tadi mencapai satu tahap di mana mereka tidak lagi mampu berpegang kepada nilai dan kepercayaan lama.

Ini akan membawa kepada perubahan sikap dan tingkah laku sasaran tadi.

Page 39: 9-psikologi sosial

(c) Freezing

Ia merupakan proses memberi ganjaran untuk menguatkan, atau meneguhkan, lagi sikap baru sasaran.

Page 40: 9-psikologi sosial

4.0. PREJUDIS

Sikap ‘prejudis’ meliputi perasaan buruk sangka, takut dan benci.

Ahli psikologi menyatakan bahawa prejudis merupakan satu format menyalahkan individu atau kumpulan lain kerana tindakan orang lain, atau keadaan, yang berlaku bukan disebabkan oleh mereka.

Personaliti ‘Autoritarian’ amat cenderung untuk bersikap prejudis.

Page 41: 9-psikologi sosial

JENIS-JENIS PREJUDIS

1. Racism

2. Sexism

3. Ageism

4. Heterosexism

5. Ethnocentrism

6. Stereotaip Sosial

Page 42: 9-psikologi sosial

4.1. RACISM

Prejudis terhadap bangsa yang terdapat di dalam sesebuah institusi secara langsung, ataupun tidak langsung, dan disokong pula oleh struktur kuasa sosial yang memerintah ( misalnya di dalam kerajaan, sekolah, dan sebagainya ).

Page 43: 9-psikologi sosial

4.2. SEXISM

Prejudis ke atas ahli-ahli kumpulan berdasarkan kepada jantina, ataupun gender.

Page 44: 9-psikologi sosial

4.3. AGEISM

Diskriminasi ke atas umur.

Prejudis berdasarkan kepada faktor umur.

Page 45: 9-psikologi sosial

4.4. HETEROSEXISM

Kepercayaan bahawa heteroseksualiti adalah lebih baik, atau natural, berbanding dengan homoseksualiti.

Page 46: 9-psikologi sosial

4.5. ETHNOCENTRISM

Meletakkan kumpulan, ataupun bangsa, sendiri di tengah.

Ia bermaksud menolak semua kumpulan identiti lain kecuali identiti sendiri.

Page 47: 9-psikologi sosial

4.6. STEREOTAIP SOSIAL

Imej, atau pandangan, yang memperlekehkan, ataupun mengambil ringan, ciri-ciri individu yang tergolong di dalam sesuatu perkumpulan sosial.

Contohnya, orang selalu menganggap bahawa orang berkulit putih sebagai bijak, atau cantik.

Page 48: 9-psikologi sosial

5.0. TINGKAH LAKU PROSOSIAL

1. Peristiwa Kitty Genovesse

(a) Senario “Bystander Apathy”

2. Model Latane’ dan Darcy

(a) Menunjukkan langkah yang diambil oleh individu sebelum membuat sesuatu komitmen untuk membantu.

Page 49: 9-psikologi sosial

5.1. BYSTANDER APATHY:(Peristiwa Kitty Genovese)

Penduduk sebuah pangsapuri di Queens, New York, hanya menyaksi dan mendengar jeritan Kitty yang dibunuh di luar bangunan mereka.

Tidak seorang pun individu, yang telah menyaksi dan mendengar Kitty menjerit meminta tolong, mengambil inisiatif untuk memanggil polis sehinggalah serangan ke atas Kitty itu selesai yang mengakibatkan Kitty mati dibunuh..

Page 50: 9-psikologi sosial

Ahli psikologi menggelarkan senario di mana orang di sekeliling enggan menghulur bantuan ketika berlaku sesuatu kecemasan sebagai “bystander apathy”.

Page 51: 9-psikologi sosial

Menurut ahli psikologi, kegagalan untuk membantu individu yang berada di dalam keadaan kecemasan adalah disebabkan oleh bilangan orang yang ada, ataupun yang hadir, ketika kejadian itu berlaku.

Kajian yang dijalankan mengenai kes seumpama ini telah menunjukkan bahawa semakin ramai orang yang hadir, atau yang berada, di dalam sesuatu keadaan kecemasan, semakin kuranglah peluang individu, yang menjadi mangsa itu, untuk mendapatkan pertolongan, ataupun untuk diselamatkan.

Page 52: 9-psikologi sosial

Di dalam kes Kitty Genovese ini, setiap orang yang berada di tempat kejadian, lazimnya, akan membuat suatu anggapan, ataupun andaian, bahawa akan ada orang lain yang akan memberi bantuan kepada si mangsa tadi. Ini kerana ramai orang yang telah melihat kejadian tersebut berlaku.

Page 53: 9-psikologi sosial

5.2. MODEL LATANE’ AND DARCY

Model ini menunjukkan langkah-langkah yang akan diambil oleh seseorang individu itu sebelum dia membuat sesuatu komitmen, ataupun pengakuan, untuk memberi sesuatu bantuan kepada pihak tertentu yang meminta bantuan daripadanya.

Page 54: 9-psikologi sosial

Peristiwa Berlaku

TidakMembantu

Kecemasan

TiadaBantuan

TidakPerasan

Perasan

Tanggungjawab

BukanTanggungjawab

TiadaBantuan

Akan BeriBantuan

BukanKecemasan

Page 55: 9-psikologi sosial

6.0. TINGKAH LAKU LANGSANG

1. Tingkah laku fizikal dan psikologikal yang bertujuan untuk menyakiti seseorang, ataupun untuk

memusnahkan harta benda.

2. Ia didefinisikan sebagai keinginan untuk menyakiti, atau mencederakan, seseorang, ataupun bertindak ganas terhadap seseorang.

Page 56: 9-psikologi sosial

6.1. DUA JENIS TINGKAH LAKU LANGSANG :-

(a) Ancaman (Threat)

(b) Instrumental

Page 57: 9-psikologi sosial

(a) ANCAMAN (THREAT)

Ia berlaku apabila seseorang itu marah.

Matlamatnya ialah untuk menyakiti sasarannya (iaitu individu yang dimarahinya).

Page 58: 9-psikologi sosial

(b) INSTRUMENTAL

Ia dilakukan untuk mencapai sesuatu matlamat, atau cita-cita.

Contohnya, pencuri mungkin menikam mangsa kerana ingin merampas sesuatu yang dimiliki mangsa.

Tindakan pencuri tadi bukan disebabkan dia marah terhadap mangsa, tetapi tingkah laku tersebut adalah bertujuan untuk mencapai cita-citanya, iaitu memiliki barang kepunyaan si mangsa.

Page 59: 9-psikologi sosial

HIPOTESIS FRUSTRATION - AGGRESSION

1. Frustration, atau geram, atau dihadang daripada mencapai matlamat merupakan punca tingkah

laku langsang.

2. Kehadiran perasaan marah juga merupakan penyebab, atau pencetus, kepada timbulnya tingkah laku langsang.

Page 60: 9-psikologi sosial