87470035 pusat al quran

Upload: mohd-harief

Post on 03-Apr-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 87470035 Pusat Al Quran

    1/10

    TAJUK TUGASAN

    Perkembangan dan Keberkesanan

    Institusi Pendidikan al-Quran Tempatan.

    SEJARAH PENUBUHAN

    Maahad Tahfiz Al-Quran (MTAQ) telah ditubuhkan pada tahun 1992. Ia wujud hasil daripada

    cadangan yang telah dibuat oleh Y.A.B. Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat setelahmenerajui Kelantan sebagai Menteri Besar pada tahun 1990. Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada

    ketika itu yang berada di bawah Haji Abdul Samad Mahmood selaku Pengarah telah menjunjung

    tinggi cadangan ini dan mengambil inisiatif untuk mengendalikan pengurusan MTAQ.

    Seramai 30 orang pelajar dipilih untuk menjadi generasi sulung pelajar MTAQ. Pendaftaran pelajarialah pada 5 Januari 1992 dan pada ketika itu, mereka ditempatkan di bangunan Lembaga

    Peperiksaan YIK, Nilam Puri kerana Kompleks MTAQ masih lagi dalam pembinaan. Dua orang

    guru telah dilantik iaitu Ustaz Mohd Mansor bin Hj Mohd Daud selaku Pengetua dan Ustaz

    Nazaruddin bin Jalaluddin selaku guru penolong sebagai tenaga pengajar dengan dibantu olehbeberapa orang pegawai YIK.

    Mereka kemudiannya beralih ke tempat baru, iaitu Kompleks MTAQ di Pulai Chondong pada 16

    Mei1993. Kompleks MTAQ pada ketika itu sudah siap binaan asasnya, dengan sebuah bangunandi atas tanah seluas 4.8 ekar. Walaupun para pelajar terpaksa menghadapi segala kekurangan dari

    segi prasarana dan kemudahan, namun mereka berjaya mengikuti segala proses pembelajaranseperti mana yang diharapkan oleh kerajaan.

    MTAQ menjalankan program imam tarawih buat kali pertama pada bulan Ramadan tahun 1413Hijrah. Sebilangan pelajar dipilih untuk bertugas sebagai imam tarawih dan pentazkirah di

    beberapa jajahan sekitar negeri Kelantan sebagai latihan untuk menghadapi masyarakat setempat.

    Program yang dijalankan ini mendapat sambutan hangat dari semua penduduk negeri Kelantan dan

    secara tidak langsung memperkenalkan MTAQ di kalangan masyarakat dalam dan luar Kelantan.

    Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat

    Pulai Chondong

    http://mtaq.edu.my/1992http://mtaq.edu.my/index.php?title=Generasi_91&action=edit&redlink=1http://mtaq.edu.my/Komplekshttp://mtaq.edu.my/index.php?title=16_Mei&action=edit&redlink=1http://mtaq.edu.my/index.php?title=16_Mei&action=edit&redlink=1http://mtaq.edu.my/index.php?title=1993&action=edit&redlink=1http://mtaq.edu.my/1992http://mtaq.edu.my/index.php?title=Generasi_91&action=edit&redlink=1http://mtaq.edu.my/Komplekshttp://mtaq.edu.my/index.php?title=16_Mei&action=edit&redlink=1http://mtaq.edu.my/index.php?title=16_Mei&action=edit&redlink=1http://mtaq.edu.my/index.php?title=1993&action=edit&redlink=1
  • 7/29/2019 87470035 Pusat Al Quran

    2/10

    Antara kejayaan yang mula-mula dicapai oleh MTAQ ialah Anugerah Sekolah YIK Terbaik SPM

    1997 dan Anugerah Sekolah Terbaik YIK STU 1997. Kejayaan yang diraih ini sekaligus

    menjawab persoalan di kalangan masyarakat bahawa menghafaz al-Quran tidak menghalangkecemerlangan di dunia.

    Kemudahan dan prasarana MTAQ juga ditingkatkan dari semasa ke semasa. Pada tahun 1998,beberapa binaan ditambah. Antaranya ialah bangunan pentadbiran, dua unit bangunan asrama,

    perpustakaan, masjid, dewan makan dan dua unit kuarters guru. Kakitangan pengurusan MTAQjuga bertambah menjadi seramai 21 orang, termasuk empat orang kakitangan sokongan. Pada 1

    Januari 1999 Pengetua MTAQ telah bertukar kepada Ustaz Ibrahim bin Mat Ali.

    Majlis Pelajar (MP) ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2000. MP merupakan sebuahpertubuhan pelajar yang menjadi penaung kepada beberapa buah badan di MTAQ seperti Badan

    Dakwah & Kepimpinan, Badan Disiplin dan Badan Asrama. Penubuhan MP telah memantapkan

    lagi proses pelaksanaan aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar.

    Pada tahun2001, bilangankemasukan pelajar telah ditambah kepada dua kelas, iaitu seramai 52orang. Sehubungan dengan itu, seluas 3.1 ekar tanah dibeli untuk meluaskan kawasan MTAQ.

    Tambahan pula pihak kerajaan telah membuat tukaran tanah rizab polis di hadapan MTAQ seluas

    1.9 ekar dan diserahkan kepada MTAQ. Tanah tambahan ini walau bagaimanapun belum

    dibangunkan lagi kerana dana yang belum mencukupi. Pada tahun 2002bilangan kemasukanpelajar mula ditambah kepada dua kelas, iaitu seramai 52 orang. Pada 15 Januari 2003 Pengetua

    MTAQ telah bertukar kepada Ustaz Mohamad Nasir bin Muhamed Hasbullah. Pada 18 Ogos 2003,

    MTAQ ditukar namanya daripada Maahad Tahfiz Al-Quran kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat, setelah dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa MTAQ.

    Sebuah lagi bangunan siap dibina sepenuhnya pada akhir tahun 2003 dan mula beroperasi pada

    tahun 2004. Bangunan tiga tingkat ini menjadi bangunan pembelajaran utama yang terdiri daripadasembilan buah kelas, sebuah makmal dan sebuah bilik ICT. Dengan beberapa proses pembangunanyang dilaksanakan, MTAQ dijangka akan menerima lebih ramai lagi pelajar setiap tahun. Pada 18

    Julai 2004 Ustaz Mohd Mansor bin Hj Daud kembali semula sebagai Pengetua MTAQ.

    Pada 26 Mei 2005, Ikatan Keluarga Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (IKRAM TAHFIZ) telah

    ditubuhkan secara rasmi dan telah membuka Kedai IKRAM pada 26 Mac 2006 untuk menjualsegala keperluan pelajar. MTAQ telah membuat satu program dakwah orang asli (PRODOA) pada

    9-11 Mei 2006 dengan motonya, Islam Untuk Semua yang bertempat di Pos Tohoi, Gua

    Musang. Program tersebut telah disertai beberapa pegawai kerajaan dan dirasmikan oleh ExcoPembangunan Islam dan Dakwah negeri Kelantan ketika itu, YB Ustaz Hasan Mahmod. Seramai

    50 orang warga MTAQ termasuk Pengetua dan guru-guru pengiring telah mengikuti program

    tersebut.

    Pada akhir tahun 2006 pihak kerajaan telah membeli lagi sekeping tanah seluas 2.9 ekar untukmembina sebuah masjid. Dengan pembelian tanah ini menjadikan keluasan tapak MTAQ

    berjumlah 12.7 ekar. Pembinaan masjid ini adalah untuk memberi kemudahan kepada pelajar-

    pelajar, orang ramai dan pelancong-pelancong yang berkunjung ke Kelantan. Sempena dengan

    http://mtaq.edu.my/index.php?title=1997&action=edit&redlink=1http://mtaq.edu.my/1998http://mtaq.edu.my/1998http://mtaq.edu.my/Majlis_Pelajarhttp://mtaq.edu.my/2000http://mtaq.edu.my/Kokurikulumhttp://mtaq.edu.my/2001http://mtaq.edu.my/2001http://mtaq.edu.my/index.php?title=Kemasukan&action=edit&redlink=1http://mtaq.edu.my/index.php?title=Kemasukan&action=edit&redlink=1http://mtaq.edu.my/2002http://mtaq.edu.my/2002http://mtaq.edu.my/2003http://mtaq.edu.my/2003http://mtaq.edu.my/2004http://mtaq.edu.my/2005http://mtaq.edu.my/2006http://mtaq.edu.my/index.php?title=1997&action=edit&redlink=1http://mtaq.edu.my/1998http://mtaq.edu.my/Majlis_Pelajarhttp://mtaq.edu.my/2000http://mtaq.edu.my/Kokurikulumhttp://mtaq.edu.my/2001http://mtaq.edu.my/index.php?title=Kemasukan&action=edit&redlink=1http://mtaq.edu.my/2002http://mtaq.edu.my/2003http://mtaq.edu.my/2004http://mtaq.edu.my/2005http://mtaq.edu.my/2006
  • 7/29/2019 87470035 Pusat Al Quran

    3/10

    perancangan pembinaan masjid ini, pihak MTAQ telah menyiapkan dua unit kuarters guru, satu

    daripadanya dikhaskan untuk Pengetua dan telah mula diduduki pada 3 Febuari2007.

    Pada 6 Febuari 2007, KDYMM Al-Sultan Kelantan telah berkenan mencemar duli merasmikanMajlis Perletakan Batu Asas pembinaan Masjid Keputeraan Mukim Maahad Tahfiz. Pembinaan

    masjid ini menelan belanja sebanyak RM3.9 juta dan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2008.Pihak JKR telah menyerahkan binaan masjid ini Bahagian Pembangunan Negeri Kelantan pada 14

    Disember 2008. Majlis perasmian pembukaannya dijangka dalam program Sambutan HariKeputeraan DYMM Sultan Kelantan 2009.

    Pada 22 Oktober 2007, MTAQ menerima kemasukan seramai 53 orang pelajar dari salah sebuah

    maahad tahfiz cawangan di Pasir Putih yang telah mengalami bencana kebakaran. Manakala bakiyang lain dari sekolah tersebut telah dipindahkan ke satu lagi cawangan MTAQ di Pasir Mas.

    Pada Febuari 2008 pihak MTAQ telah mula membina dua unit lagi kuarters guru dengan anggaran

    kos sebanyak RM100,000.00 dan dijangka siap pada Mac 2009. Untuk menampung pertambahan

    pelajar yang akan belajar di tingkatan empat daripada MTAQ cawangan Pasir Masbermula sesi2009, bermula pada 21 Ogos 2008 pihak YIK telah mula membina satu lagi bangunan asrama dua

    tingkat dengan kos sebanyak RM442,835.00 dan telah diduduki oleh pelajar sebahagian daripada

    bilik-biliknya pada 3 Januari 2009. Asrama ini dijangka siap sepenuhnya pada akhir Febuari 2009.

    Pihak MTAQ juga pada tahun ini sedang merancang satu lagi bangunan kelas pengajian untukmenampung pertambahan pelajar yang akan datang menyambung pengajian di tingkatan empat

    daripada cawangan-cawangan MTAQ.

    Pada hari ini MTAQ berdiri gah di mata masyarakat sebagai sebuah pusat tahfiz yang berprestijdan berperanan melahirkan generasi huffaz yang bakal menjadi pemimpin masyarakat di masa

    yang akan datang.

    Visi MTAQ

    Merealisasikan Falsafah Pendidikan Yayasan Islam Kelantan di samping melahirkan para huffaz

    yang berketrampilan dalam semua bidang.

    Misi MTAQ

    Melahirkan para huffaz yang mahir isi kandungan al-Quran, berilmu, beramal dan bertakwa dan

    efisyen tentang isi kandungan al-Quran serta dapat merealisasikan dalam masyarakat.

    Objektif penubuhan

    1. Untuk menyediakan kemudahan mengkaji al-Quran dan mempelajari Ulum al-Quran.2. Untuk menghidupkan kembali Ulum Al-Quran dan memperdekatkan Ulum Al-Quran

    kepada masyarakat.

    3. Untuk melahirkan ulama hafiz yang:

    o Mampu memahami isi kandungan al-Quran dan menjadi rujukan masyarakat.

    http://mtaq.edu.my/2007http://mtaq.edu.my/2007http://mtaq.edu.my/2007http://mtaq.edu.my/2007http://mtaq.edu.my/2008http://mtaq.edu.my/2008http://mtaq.edu.my/Nurul_Hidayahhttp://mtaq.edu.my/Asriahhttp://mtaq.edu.my/2009http://mtaq.edu.my/2009http://mtaq.edu.my/Asriahhttp://mtaq.edu.my/Asriahhttp://mtaq.edu.my/2007http://mtaq.edu.my/2007http://mtaq.edu.my/2008http://mtaq.edu.my/Nurul_Hidayahhttp://mtaq.edu.my/Asriahhttp://mtaq.edu.my/2009http://mtaq.edu.my/Asriah
  • 7/29/2019 87470035 Pusat Al Quran

    4/10

    o Memelihara isi kandungan al-Quran dan keaslian bacaannya dari sebarang

    penyelewengan.

    o Mempunyai ilmu pengetahuan, beramal soleh, bertakwa kepada Allah s.w.t. dan

    berakhlak mulia.

    Kompleks MTAQ

    Kompleks MTAQ mengandungi:

    2 blok bangunan sekolah yang mengandungi bilik darjah, pejabat, bilik pengetua, makmaldan bilik guru.

    Satu bangunan masjid dua tingkat berserta bilik tayangan.

    Dua blok asrama dua tingkat yang mengandungi 23 buah bilik, satu bilik pengurusan, dua

    bilik kegiatan pelajar, tandas dan satu bilik stor.

    Sebuah kantin.

    Sebuah dewan makan

    Sebuah bangunan masakan beserta bilik rehat Empat unit rumah warden.

    Lihat Kompleks.

    Sistem pembelajaran

    Waktu pembelajaran di MTAQ dibahagikan kepada dua sesi:

    1. Sesi persekolahan rasmi bermula pada pukul 7:30 pagi sehingga 2:30 petang2. Sesi pengajian al-Quran dan tahfiz bermula selepas solat maghrib berjemaah sehingga 9:15

    malam.

    Kurikulum

    Buku-buku dan sukatan pelajaran di MTAQ mengikut sukatan sekolah-sekolah di bawah Yayasan

    Islam Kelantan sementara mata pelajaran al-Quran dan Qiraat berdasarkan kurikulum MaahadQiraat Al-Azhar.

    Lihat Kurikulum.

    Kokurikulum

    Aktiviti kokurikulum yang diadakan di MTAQ seperti berikut:

    1. Aktiviti ilmiah dan akademik2. Program riadah dan sukan

    3. Pasukan beruniform:

    o Persatuan Taekwon-Do (ITF)

    o Persatuan Briged Bakti (BBNK)

    http://mtaq.edu.my/Komplekshttp://mtaq.edu.my/Kurikulumhttp://mtaq.edu.my/Komplekshttp://mtaq.edu.my/Kurikulum
  • 7/29/2019 87470035 Pusat Al Quran

    5/10

    Lihat Kokurikulum.

    Sijil peperiksaan dan peluang melanjutkan pelajaran

    Pelajar MTAQ menduduki beberapa jenis peperiksaan bersijil. Dengan sijil yang diperoleh, pelajar

    MTAQ berpeluang melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi, sama adadalam negeri mahupun di luar negara. Berikut adalah senarai sijil peperiksaan yang diperoleh

    semasa pengajian di MTAQ:

    Tingkatan Sijil Kelayakan

    Tingkatan EmpatSijil Menengah Ugama(SMU/SMTQ)

    Pondok Moden, Bachok

    Tingkatan Lima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) IPTA/IPTS Tempatan & Luar Negeri

    Tingkatan EnamBawah

    Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM)

    Universiti Timur Tengah spt. Al-Azhar

    Tingkatan Enam

    Bawah Sijil Tinggi Tahfiz Quran (STTQ)

    Maahad Qiraat Shoubra, Tanta (caw. Al-

    Azhar)

    Dengan kelayakan yang diperolehi dari keputusan SPM, mana-mana pelajar bebas memilih

    IPTA/IPTS dalam dan luar negeri mengikut cita-cita masing-masing.

    Pelajar yang habis menduduki peperiksaan STAM pula boleh memilih mana-mana institut

    pengajian di Timur Tengah, seperti Universiti Al-Azhar, Universiti Madinah, Jordan dan lain-lain.

    Pelajar yang menduduki peperiksaan STTQ pula berpeluang untuk menyambung pengajian secara

    terus dalam bidang Quran & Qiraat di Universiti Al-Azhar Cawangan Shoubra, Mesir.

    Kurikulum

    Pengajian di MTAQ terbahagi kepada dua peringkat iaitu Tajwiddan Aliah.

    Tingkatan 1: 1 Tajwid

    Tingkatan 2: 2 Tajwid

    Tingkatan 3: 1 Aliah Tingkatan 4: 2 Aliah

    Tingkatan 5: 3 Aliah

    http://mtaq.edu.my/Kokurikulumhttp://mtaq.edu.my/Maahad_Qiraat_Shoubrahttp://mtaq.edu.my/Maahad_Qiraat_Shoubrahttp://mtaq.edu.my/Kurikulum#Tajwidhttp://mtaq.edu.my/Kurikulum#Tajwidhttp://mtaq.edu.my/Kurikulum#Aliahhttp://mtaq.edu.my/Kurikulum#Aliahhttp://mtaq.edu.my/Kokurikulumhttp://mtaq.edu.my/Maahad_Qiraat_Shoubrahttp://mtaq.edu.my/Kurikulum#Tajwidhttp://mtaq.edu.my/Kurikulum#Aliah
  • 7/29/2019 87470035 Pusat Al Quran

    6/10

    Isi kandungan

    [sorok]

    1 Tajwid

    o 1.1 Subjek al-Quran

    o 1.2 Subjek bahasa Arab & syariah

    o 1.3 Subjek akademik

    o 1.4 Subjek lisan

    2 Aliah

    o 2.1 Subjek al-Quran

    o 2.2 Subjek bahasa Arab & syariah

    o 2.3 Subjek akademik

    o 2.4 Subjek lisan

    Tajwid

    Subjek-subjek yang telah ditetapkan untuk Peringkat Tajwid (Tingkatan 1 dan 2):

    Subjek al-Quran

    1 Tajwid 2 Tajwid

    al-Quran al-Quran

    Tajwid (Teori) Tajwid (Teori)

    Tajwid (Amali) Tajwid (Amali)

    Hifzul Mutun Hifzul Mutun

    Gharib al-Quran Gharib al-Quran

    Subjek bahasa Arab & syariah

    1 Tajwid 2 Tajwid

    Nahu Nahu

    Insya' Insya'

    Mutalaah Mutalaah

    Hadis Hadis

    Fekah Fekah

    Tauhid Tauhid

    Sirah Sirah

    Imla' & Khat Imla' & Khat

    Subjek akademik

    1 Tajwid 2 Tajwid

    Bahasa Malaysia Bahasa Malaysia

    English English

    Sains Sains

    Matematik Matematik

    http://toggletoc%28%29/http://mtaq.edu.my/Kurikulum#Tajwidhttp://mtaq.edu.my/Kurikulum#Subjek_al-Quranhttp://mtaq.edu.my/Kurikulum#Subjek_bahasa_Arab_.26_syariahhttp://mtaq.edu.my/Kurikulum#Subjek_akademikhttp://mtaq.edu.my/Kurikulum#Subjek_lisanhttp://mtaq.edu.my/Kurikulum#Aliahhttp://mtaq.edu.my/Kurikulum#Subjek_al-Quran_2http://mtaq.edu.my/Kurikulum#Subjek_bahasa_Arab_.26_syariah_2http://mtaq.edu.my/Kurikulum#Subjek_akademik_2http://mtaq.edu.my/Kurikulum#Subjek_lisan_2http://toggletoc%28%29/http://mtaq.edu.my/Kurikulum#Tajwidhttp://mtaq.edu.my/Kurikulum#Subjek_al-Quranhttp://mtaq.edu.my/Kurikulum#Subjek_bahasa_Arab_.26_syariahhttp://mtaq.edu.my/Kurikulum#Subjek_akademikhttp://mtaq.edu.my/Kurikulum#Subjek_lisanhttp://mtaq.edu.my/Kurikulum#Aliahhttp://mtaq.edu.my/Kurikulum#Subjek_al-Quran_2http://mtaq.edu.my/Kurikulum#Subjek_bahasa_Arab_.26_syariah_2http://mtaq.edu.my/Kurikulum#Subjek_akademik_2http://mtaq.edu.my/Kurikulum#Subjek_lisan_2
  • 7/29/2019 87470035 Pusat Al Quran

    7/10

    Sejarah Sejarah

    Subjek lisan

    1 Tajwid 2 Tajwid

    al-Quran al-Quran

    Tajwid (Amali) Tajwid (Amali)Mutalaah Mutalaah

    Hifzul Mutun Hifzul Mutun

    Aliah

    Subjek-subjek yang telah ditetapkan untuk Peringkat Aliah (Tingkatan 3, 4 dan 5):

    Subjek al-Quran

    1 Aliah 2 Aliah 3 Aliah

    al-Quran al-Quran al-Quran

    al-Qiraat (Teori) al-Qiraat (Teori) al-Qiraat (Teori)al-Qiraat (Amali) al-Qiraat (Amali) al-Qiraat (Amali)

    Hifzul Mutun Hifzul Mutun Hifzul Mutun

    - Rasm al-Quran Rasm al-Quran

    - - al-Fawasil

    Subjek bahasa Arab & syariah

    1 Aliah 2 Aliah 3 Aliah

    Nahu & Sorf Nahu & Sorf Nahu & Sorf

    Insya' Insya' Insya'

    Mutalaah Mutalaah Mutalaah

    - 'Arudh & Qawafi 'Arudh & Qawafi

    Tafsir Tafsir Tafsir

    Hadis Hadis Hadis

    Fekah Fekah Fekah

    Tauhid Tauhid Tauhid

    Subjek akademik

    1 Aliah 2 Aliah 3 Aliah

    Bahasa Malaysia Bahasa Malaysia -

    English English English

    Sains Sains -Matematik Matematik -

    Subjek lisan

    1 Aliah 2 Aliah 3 Aliah

    al-Quran al-Quran al-Quran

    al-Qiraat (Amali) al-Qiraat (Amali) al-Qiraat (Amali)

  • 7/29/2019 87470035 Pusat Al Quran

    8/10

    Hifzul Mutun Hifzul Mutun Hifzul

    KOKURIKULUM

    MASSAK

    MTAQ sentiasa memberikan komitmen penuh dalam penyertaan bagi Pertandingan Majlis Sukan

    Sekolah-sekolah Agama Kelantan (MASSAK) yang dianjurkan oleh Yayasan Islam Kelantan(YIK). MTAQ berada di dalam Zon 6 untuk tahun 2009 ini.

    Isi kandungan

    [sorok]

    1 Ujian Tilawah al-Quran

    2 Pidato Bahasa Malaysia

    3 Pidato Bahasa Inggeris 4 Khutbah Bahasa Arab

    5 Pertandingan Bola Tampar, Sepak Takraw dan Ping Pong

    6 Pertandingan Bola Sepak dan Badminton

    Ujian Tilawah al-Quran

    Wakil MTAQ hanya mampu menduduki tempat kedua (kategori A) dan tempat ketiga bagi

    kategori B di peringkat zon. Kategori A (16 tahun ke atas) diwakili oleh Mohd Fitri manakalakategori B (15 tahun ke bawah) diwakili oleh Wan Ahmad Najmuddin.

    Pidato Bahasa Malaysia

    Melalui Wan Afiq Afifi, MTAQ mewakili zon 6 untuk ke peringkat akhir yang akan berlangsung

    pada 19 Febuari. Malangnya di peringkat akhir yang berlangsung di sekolah ..., beliau gagal

    mendapat tempat teratas. Walaupun gagal, tapi pujian harus diberikan dengan usaha danpersembahan yang ditunjukkan oleh beliau.

    Pidato Bahasa Inggeris

    Peserta dari MTAQ, Zamir Aizat berjaya mengharumkan nama MTAQ pada peringkat zon dan

    akan bertanding pada peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung pada 19 Febuari 2009.

    Bertempat di Maahad Amir Indera Petra, MTAQ dimasyhurkan selaku johan Pidato BahasaInggeris MASSAK 2009 melalui Zamir Aizat. Congratulation!

    Gambar beliau boleh didapati diGaleri MTAQ

    http://toggletoc%28%29/http://mtaq.edu.my/MASSAK#Ujian_Tilawah_al-Quranhttp://mtaq.edu.my/MASSAK#Pidato_Bahasa_Malaysiahttp://mtaq.edu.my/MASSAK#Pidato_Bahasa_Inggerishttp://mtaq.edu.my/MASSAK#Khutbah_Bahasa_Arabhttp://mtaq.edu.my/MASSAK#Pertandingan_Bola_Tampar.2C_Sepak_Takraw_dan_Ping_Ponghttp://mtaq.edu.my/MASSAK#Pertandingan_Bola_Sepak_dan_Badmintonhttp://galerimtaq.fotopages.com/http://galerimtaq.fotopages.com/http://toggletoc%28%29/http://mtaq.edu.my/MASSAK#Ujian_Tilawah_al-Quranhttp://mtaq.edu.my/MASSAK#Pidato_Bahasa_Malaysiahttp://mtaq.edu.my/MASSAK#Pidato_Bahasa_Inggerishttp://mtaq.edu.my/MASSAK#Khutbah_Bahasa_Arabhttp://mtaq.edu.my/MASSAK#Pertandingan_Bola_Tampar.2C_Sepak_Takraw_dan_Ping_Ponghttp://mtaq.edu.my/MASSAK#Pertandingan_Bola_Sepak_dan_Badmintonhttp://galerimtaq.fotopages.com/
  • 7/29/2019 87470035 Pusat Al Quran

    9/10

    Khutbah Bahasa Arab

    MTAQ juga menghantar peserta untuk pertandingan Khutbah Bahasa Arab. Peserta MTAQ, al-

    Farouqi berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut yang diadakan di SMU(A)Ahmadiah Paloh, Tanah Merah.

    Pertandingan Bola Tampar, Sepak Takraw dan Ping Pong

    MTAQ tidak ketinggalan dalam acara sukan. Dalam pertandingan bola tampar yang dilatih oleh Sir

    Hazri, MTAQ berjaya melangkah ke peringkat akhir zon 6 setelah berjaya menewaskan pasukan

    Maahad Syamsul Maarif (Lelaki) Labok dengan mata 2-0. Mengikut jejak bola tampar, pasukanping pong yang dilatih oleh Cikgu Azman, juga berjaya mengatasi pasukan yang sama dengan

    jumlah mata 3-0. Malangnya pasukan sepak takraw gugur di peringkat kelayakan kumpulan, juga

    dengan pasukan dari sekolah yang sama dengan mata 0-2. Pasukan sepak takraw dilatih oleh UstazShahrin. Kesemua pertandingan ini diadakan di perkarangan Maahad Tahfiz al-Quran pada 5 Mac

    2009.

    Pertandingan Bola Sepak dan Badminton

    Pada 10 Mac, pertandingan bola sepak diadakan di padang Maahad Syamsul Maarif (Lelaki)Labok manakala badminton diadakan di Dewan Majlis Daerah Ketereh. Pasukan MTAQ tidak

    berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir zon 6 setelah kalah 3-4 (bola sepak) dan 1-3

    (badminton). Pasukan bola sepak dilatih oleh Ustaz Marzuqi manakala badminton dilatih oleh

    Ustaz Zulfikri dan Cikgu Nizam.

    Anugerah

    Sejak penubuhannya, MTAQ telah menempa beberapa kejayaan yang membanggakan, antaranya:

    1. Anugerah Sekolah Terbaik YIK Keseluruhan pada tahun 1997, 1998, 2000, 2003, 2004, 2005

    dan 2007.

    2. Anugerah Sekolah Terbaik SMU YIK pada tahun 2000, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007 dan 2008.

    3. Anugerah Sekolah Terbaik SPM YIK pada tahun 1997, 1998, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004,2005, 2006 dan 2007.

    4. Anugerah Sekolah Terbaik STAM YIK pada tahun 2004. (MTAQ hanya memasuki STAM

    secara rasmi pada tahun 2004 sahaja)

    5. Anugerah Sekolah Cemerlang SPM 2003 peringkat kebangsaan bagi kategori SAN/SMKA.

  • 7/29/2019 87470035 Pusat Al Quran

    10/10

    Seperti tahun-tahun sebelumnya, MTAQ turut serta dalam Pertandingan Hafazan peringkat negeri,

    kebangsaan dan antarabangsa dan telah merangkul beberapa anugerah.