83a.penanaman padi

3
SISTEM PENANAMAN PADI TRADISI DI DAERAH KERIAN Sistem penanaman padi cara tradisi dapat dikelaskan kepada dua musim iaitu : 1. Musim Bersawah 2. Musim Menuai 1. Musim Bersawah atau Berbendang Masyarakat petani tradisi mula turun ke sawah apabila tibanya musim hujan. Ketika ini mereka akan sibuk menyiapkan segala kelengkapan yang berkaitan dengan persawahan dan juga memastikan petak-petak sawah mereka ditakungi air dari tali air serta air hujan secukupnya. Dalam mengerjakan sawah, peralatan persawahan tradisi digunakan seperti tajak, tenggala, sisir dan cangkul, Tenggala - Digunakan untuk menggala (membajak) sawah dengan ditarik oleh seekor kerbau. Tajak - Digunakan untuk membersihkan rumput pada petak sawah, batas-batas dan di tapak semaian. Sisir Kayu - Digunakan untuk melungguk dan menarik lunggukan rumput di dalam petak sawah ke tepi dan mengangkatnya ke atas batas perenggan. A. Penyediaan Tapak (Petak) Semaian Setelah siap segala peralatan yang diperlukan, para petani akan turun ke sawah untuk memulakan kerja-kerja seperti menajak, menggala (membajak) dan membersih petak-petak sawah untuk dijadikan tapak semaian. Tapak semaian merupakan tempat menyemai benih-benih padi untuk dijadikan semai (anak padi) sebelum dipindah atau ditanam di dalam petak-petak sawah yang disediakan. B. Penyediaan Benih Padi 1

Upload: mohdsaidahmad

Post on 11-Aug-2015

75 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 83a.penanaman padi

SISTEM PENANAMAN PADI TRADISIDI DAERAH KERIAN

Sistem penanaman padi cara tradisi dapat dikelaskan kepada dua musim iaitu :1. Musim Bersawah2. Musim Menuai

1. Musim Bersawah atau Berbendang

Masyarakat petani tradisi mula turun ke sawah apabila tibanya musim hujan. Ketika ini mereka akan sibuk menyiapkan segala kelengkapan yang berkaitan dengan persawahan dan juga memastikan petak-petak sawah mereka ditakungi air dari tali air serta air hujan secukupnya.

Dalam mengerjakan sawah, peralatan persawahan tradisi digunakan seperti tajak, tenggala, sisir dan cangkul,

Tenggala - Digunakan untuk menggala (membajak) sawah

dengan ditarik oleh seekor kerbau.

Tajak - Digunakan untuk membersihkan rumput pada petak sawah, batas-batas dan di tapak semaian.

Sisir Kayu - Digunakan untuk melungguk dan menarik lunggukan rumput di dalam petak sawah ke tepi dan mengangkatnya ke atas batas perenggan.

A. Penyediaan Tapak (Petak) Semaian

Setelah siap segala peralatan yang diperlukan, para petani akan turun ke sawah untuk memulakan kerja-kerja seperti menajak, menggala (membajak) dan membersih petak-petak sawah untuk dijadikan tapak semaian. Tapak semaian merupakan tempat menyemai benih-benih padi untuk dijadikan semai (anak padi) sebelum dipindah atau ditanam di dalam petak-petak sawah yang disediakan.

B. Penyediaan Benih Padi

Benih padi yang terpilih akan diisi ke dalam guni (karung), kemudian direndam ke dalam air selama 3 hari. Selepas direndam, benih padi tersebut diangkat dan disejat ke dalam bakul rotan. Kemudian ditutup dengan guni dan dibiarkan selama 3 hari untuk proses percambahan mata tunas dan akar.

Setelah benih tersebut bercambah, ianya terus ditaburkan ke dalam petak-petak semaian yang disediakan dan dibiarkan tumbuh menjadi semai (anak padi) selama jangka masanya 30 hingga 44 hari untuk tempoh cukup matangnya.

Sabit - Untuk memotong rumput-rumput yang tumbuh di atas

batas sawah.

1

Page 2: 83a.penanaman padi

C. Mengerjakan Sawah

Sementara menantikan anak padi (semai) cukup tempoh matang, petani-petani akan terus menjalankan kerja-kerja membajak dan membersihkan petak-petak sawah. Kerja-kerja yang seringkali dilakukan oleh mereka ialah :

a. Menajak Sawah.

Peralatan tradisi yang digunakan untuk membersihkan sawah ialah tajak. Mata tajak berbentuk “L” di hujung selebar 10 – 15 cm dan putingnya dipasangkan ke hulu kayu sebagai pemegang. Saiznya diukur mengikut berat seperti 3 kg, 4 kg atau 5 kg. Tajak diayun bagi memotong pangkal rumput yang berada di dalam air.

b.  Menggala (Membajak) Sawah

Peralatan persawahan tradisi yang digunakan ialah tenggala. Fungsi alat tenggala ini ialah untuk menggembur tanah sawah. Biasanya tenggala ini dibuat daripada kayu-kayu terpilih yang senang dibentuk iaitu lazimnya kayu halban.

Kerja-kerja mengggala sawah menggunakan tenggala yang ditarik oleh kerbau. Kerbau dianggap sebagai jentera dalam proses membajak sawah.

D. Memindahkan Anak Padi (Semai) Dari Tapak Semaian

Anak padi atau semai yang sudah cukup tempoh akan dicabut dan diikat untuk dijadikan berkas. Semai-semai yang telah siap dijadikan berkas akan diangkut ke petak-petak sawah dengan menggunakan pengandar yang diperbuat daripada kayu keras atau buluh. Berkas semaian boleh juga ditarik menggunakan sampan kecil. Anak-anak semai dari berkas tadi akan diatur di petak-petak sawah bagi memudahkan kerja-kerja menanam padi dijalankan.

E. Menanam Padi

Kerja-kerja ini dijalankan oleh kaum wanita secara berderau atau gotong-royong. Dalam proses ini anak padi (semai) yang cukup tempoh matang akan dipindahkan ke dalam petak-petak sawah yang disediakan. Cara penanamannya dijalankan dengan empat atau lima jalur yang dipanggil "tekap". Kerja-kerja menanam padi ini dijalankan dengan menggunakan tangan atau "Kuku Kambing" iaitu sejenis alat yang pemegangnya diperbuat daripada kayu. Manakala hujungnya daripada besi yang dicabangkan sedikit untuk memudahkan cebisan anak semai diletak sebelum ditanam ke tanah.

Kuku Kambing - Digunakan untuk menanam padi. Diperbuat daripada

besi dan berhulukan kayu. Sementara di bahagian hujung besi terdapat

cabang seperti kuku kambing.

Terendak - Digunakan sebagai tudung kepala sewaktu bekerja di sawah

untuk berlindung daripada cahaya matahari. Diperbuat daripada daun

nipah atau buluh yang disemat begitu menarik sekali. Biasanya dipakai oleh

wanita.

F. Penjagaan

Kerja-kerja ini meliputi membaja, merumput, menyulam (menggantikan anak padi yang mati), penjagaan air dan serangan penyakit padi, tikus dan burung. Kerja-kerja ini dijalankan berterusan sehinggalah padi masak. "Orang-orangan" atau "Selayut" akan dipacak di sawah bertujuan untuk menakutkan binatang seperti tikus dan burung daripada memusnahkan padi yang akan masak.

2