82899122 pendidikan khas sindrom down

29
1.0 Pengenalan Pendidikan Khas Telah termaktub pelajar di negara kita mempunyai peluang yang sama untuk mendapat pendidikan tidak mengira umur, jantina atau pun bangsa. Dasar Pendidikan Negara secara terang telah menerapkan supaya setiap pelajarnya maju dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial yang mana ia menekankan supaya setiap pelajar dapat mengembangkan potensi diri mereka. Namun dimikian, terdapat segolongan pelajar yang dilabelkan pelajar istimewa atau pelajar khas. Pelajar ini sebenarnya juga mempunyai keistimewaan seperti pelajar lain, tetapi mereka sering dianggap lemah dan lembam. Jika pelajar istimewa diterap dan dibimbing, diberi perhatian dan kesaksamaan sama rata, mereka juga boleh memberi sumbangan kepada negara sebagaimana pelajar yang lain. Dalam dunia sejarah Pendidikan Khas boleh kita bahagikan kepada tiga peringkat perkembangan. Peringkat perkembangan ini adalah berdasarkan peranan dan tanggungjawab yang dijalankan oleh pihak-pihak yang tertentu kerajaan sebagai tunggak utama, dan juga badan-badan bukan kerajaan yang telah memainkan peranan amat penting dalam pendidikan negara terutamanya pendidikan khas. . 1

Upload: james-dickson

Post on 13-Dec-2014

166 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: 82899122 Pendidikan Khas Sindrom Down

1.0 Pengenalan Pendidikan Khas

Telah termaktub pelajar di negara kita mempunyai peluang yang sama

untuk mendapat pendidikan tidak mengira umur, jantina atau pun bangsa.

Dasar Pendidikan Negara secara terang telah menerapkan supaya setiap

pelajarnya maju dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial yang mana

ia menekankan supaya setiap pelajar dapat mengembangkan potensi diri

mereka. Namun dimikian, terdapat segolongan pelajar yang dilabelkan pelajar

istimewa atau pelajar khas. Pelajar ini sebenarnya juga mempunyai

keistimewaan seperti pelajar lain, tetapi mereka sering dianggap lemah dan

lembam. Jika pelajar istimewa diterap dan dibimbing, diberi perhatian dan

kesaksamaan sama rata, mereka juga boleh memberi sumbangan kepada

negara sebagaimana pelajar yang lain.

Dalam dunia sejarah Pendidikan Khas boleh kita bahagikan kepada tiga

peringkat perkembangan. Peringkat perkembangan ini adalah berdasarkan

peranan dan tanggungjawab yang dijalankan oleh pihak-pihak yang tertentu

kerajaan sebagai tunggak utama, dan juga badan-badan bukan kerajaan yang

telah memainkan peranan amat penting dalam pendidikan negara terutamanya

pendidikan khas.

.

1

Page 2: 82899122 Pendidikan Khas Sindrom Down

Peringkat tersebut adalah seperti berikut:

1) Peringkat pertama (awal 1947-akhir 1947)

Pada peringkat ini peranan utama dijalankan oleh pertubuhan ibu

bapa, pertubuhan etnik dan pertubuhan sukarela dari dalam dan luar

negara. Pada peringkat ini telah timbul kesedaran mengenai kanak-kanak

istimewa ini dan pelbagai pihak memberikan sumbangan untuk

membantu. Kesedaran mengenai kanak-kanak istimewa ini sangat

penting dalam sejarah Pendidikan Khas.

2) Peringkat kedua (1948-1980)

Pada tahun 1948, kerajaan telah menubuhkan beberapa sekolah

khas seperti Sekolah Rendah Princess Elizabeth di Johor Bahru dan

Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan di Pulau Pinang (1954).

Penubuhan sekolah-sekolah ini menunjukkan keperihatinan kerajaan

untuk memberi pendidikan kepada kanak-kanak istimewa ini. Seterusnya

Kementerian Pendidikan telah melipatkgandakan usaha

mempertingkatkan lagi mutu pelajaran Pendidikan Khas. Pada tahun

1960an, Kementerian mula mewujudkan kursus untuk guru-guru di

2

Page 3: 82899122 Pendidikan Khas Sindrom Down

Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras. Maktab ini telah menganjurkan

kursus cacat penglihatan (1962) dan kursus cacat pendengaran (1963).

2) Peringkat ketiga (1981 – kini)

Pihak kerajaan adalah tunggak utama dimana kerajaan telah

memberikan kemudahan fizikal seperti sekolah, khidmat sokongan

(pekerja), sumber kewangan yang mencukupi dan khidmat kepakaran

yang disalurkan terus kepada Pendidikan Khas. Kerajaan telah membina

sekolah khas seperti Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan

Pulau Pinang (1969) yang menawarkan mata pelajaran Vokasional (MPV)

manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam

(1987) menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia. Program Pendidikan Khas

Integrasi bagi pelajar yang menghadapi masalah pendengaran pula

terdapat di Sekolah Menengah Teknik (SMT) di seluruh Malaysia seperti

SMT Azizah, Johor Bahru, SMT Langkawi, Kedah, SMT Batu Pahat,

Johor, SMT Bagan Serai, Perak, SMT Tanah Merah Kelantan dan SMT

Keningau Sabah.

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan

(Pendidikan Khas) 1997, Jilid 41, No 26, Tambahan No. 94, Perundangan (A)

yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1998 di bahagian II menyatakan “ Dalam

melaksanakan kurikulum pendidikan, guru-guru boleh mengubahsuai kaedah

3

Page 4: 82899122 Pendidikan Khas Sindrom Down

atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti, mata pelajaran dan

bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan Pendidikan Khas”.

Kanak-kanak istimewa yang dalam Pendidikan Khas boleh dibahagikan

kepada 7 kategori iaitu :

1) Kanak-kanak cerdas-pintar dan berbakat istimewa

2) Kanak-kanak cacat fizikal (Psikomotor atau neurosisi)

3) Kanak-kanak cacat penglihatan

4) Kanak-kanak cacat pendengaran dan masalah komunikasi

5) Kanak-kanak kecelaruan tingkah laku (Behavioural disorders)

6) Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (Learning disabilities)

7) Kanak-kanak kerencatan akal (Mentally retarded)

Kanak-kanak istimewa ini sebagaimana kanak-kanak lain akan menjalani

persekolahan bermula dengan Prasekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah

Menengah. Kanak-kanak ini boleh memasuki prasekolah melalui Program

Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas. Mereka mestilah berumur 6 tahun

hingga 14 tahun. Mereka mestilah disahkan oleh pengamal perubatan sebagai

kanak-kanak istimewa. Kanak-kanak tersebut juga boleh mengurus diri tanpa

bantuan orang lain.

4

Page 5: 82899122 Pendidikan Khas Sindrom Down

Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti

kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.

Setelah tamat pelajaran peringkat sekolah rendah, pelajar Pendidikan

Khas boleh memasuki pelajaran peringkat menengah. Syarat yang dikenakan

iaitu berumur 13 hingga 19 tahun, disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh

mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Kementerian telah menyediakan 2 jenis

aliran pelajaran peringkat sekolah menengah iaitu aliran akademik dan

vokasional. Aliran akademik boleh diikuti di sekolah menengah akademik biasa

dan vokasional di sekolah menengah teknik yang terlibat. Tempoh pengajian

pelajar Pendidikan Khas berbeza dengan pelajar normal yang lain. Pengajian

peringkat sekolah rendah adalah enam tahun. Manakala peringkat menengah

pula adalah lima tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun

maksimum di mana-mana peringkat sama ada sekolah rendah atau menengah

mengikut keperluan pelajar berkenaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengeluarkan

Falsafah Pendidikan Khas iaitu “ Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha

yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan,

berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan

serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang

seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara”.

5

Page 6: 82899122 Pendidikan Khas Sindrom Down

2.0 Apakah itu Down Sindrome

Down Sindrome merupakan suatu suatu bentuk kelainan kromosom yang

dikenali sebagai trisomy 21, ia merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh

kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21.Kromosom merupakan serat-

serat khusus yang terdapat di dalam setiap sel pada badan manusia yang mana

terdapat bahan-bahan genetik yang mana berfungsi untuk menentukan sifat-sifat

seseorang. Selain itu DownSindrome juga boleh disebabkan dari hasil

penyimpangan kromosom semasa konsepsi (pembuahan).

Sebagai contoh bayi normal dilahirkan dengan jumlah 46 kromosom (23

pasang) iaitu hanya sepasang kromosom 21 (2 kromosom 21). Manakala bagi

bayi dengan penyakit Down Sindrome terjadi mempunyai lebihan kromosom 21

dimana 3 kromosom 21 menjadikan jumlah kesemua kromosom ialah 47

kromosom.Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina (lelaki dan

perempuan).

Down Sindrome dinamakan sempena seorang doktor British John

Langdon Down, yang mana pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866.

Sering kali Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir

(kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Down

Sindrome biasanya boleh dikenal pasti semasa kelahiran.

6

Page 7: 82899122 Pendidikan Khas Sindrom Down

Ciri utama daripada bentuk ini adalah dari segi struktur muka. Down

Siondrome juga sering dikaitkan dengan ketidakmampuan fizikal dan lazimnya

insan istimewa ini memiliki jangka hayat hidup yang agak singkat.

Pada tahun 1970-an para ahli dari Amerika dan Eropah mengaitkan

DownSindrome dengan merujuk kepada nama penemu syndrome dan hingga

kini penyakit ini dikenal dengan istilah tersebut atau singkatannya sebagai DS.

(Down Sindrome)

2.1 Penyebab Down Sindrome

Didalam kajain, Ibu-ibu yang berumur 35 tahun keatas mempunyai risiko

yang lebih tinggi untuk melahirkan anak Down Sindrome.

Dalam kalangan 5 %, kanak-kanak DownSindrome terjadi disebabkan

oleh mekanisma yang dinamakan "Translocation". Keadaan ini biasanya berlaku

oleh pemindahan bahan genetik dari kromosom 14 kepada kromosom 21.

Bilangan kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau jumlah kesemuanya 46

kromosom. Mekanisme ini biasanya berlaku pada ibu-ibu di peringkat umur yang

lebih muda. Sebahagian kecil Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang

dinamakan "mosaic".

2.2 Ciri-ciri kanak-kanak istimewa DownSindrome

Kebanyakan anak-kanak Down Sindrome mempunyai ciri-ciri fizikal yang

unik.Berdasarkan hasil pemerhatian dan kajian boleh dibahagikan ciri-ciri unik

mereka iaitu:

7

Page 8: 82899122 Pendidikan Khas Sindrom Down

2.2.1 Sifat pada kepala, muka dan leher

Mereka mempunyai paras muka yang hampir sama seperti muka orang

Mongolia. Pangkal hidungnya kemek. Jarak di antara kedua mata jauh

dan berlebihan kulit di sudut bahagian dalam.

Ukuran pada mulut adalah lebih kecil berbanding ukuran lidah yang besar

menyebabkan lidah sentiasa terjulur keluar. Pertumbuhan gigi lambat dan

tidak teratur. Paras telinga adalah lebih rendah. Kepala biasanya lebih

kecil dan agak lebar dari bahagian depan ke belakang. Lehernya agak

pendek.

2.2.2 Sifat pada tangan dan lengan

Sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang

pendek dankebanyakan mereka mempunyai jari kelingking membengkok

ke dalam. Tapak tangan mereka biasanya hanya terdapat satu garisan

urat dinamakan "simian crease".

2.2.3 Sifat pada kaki

Kaki kanak-kanak istimewa DownSindrome agak pendek dan jarak di

antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah.

8

Page 9: 82899122 Pendidikan Khas Sindrom Down

2.2.4 Sifat pada otot

Lazimnya kanak-kanak DownSindrome mempunyai otot yang lemah

menyebabkan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah lewat

dalam perkembangan motor kasar.

2.3 Masalah berkaitan kesihatan

Selain diatas, terdapat juga beberapa masalah lain yang berkaitan

dengan tumbesaran Kanak-kanak Istimewa Down Sindrome. Sesetengah dalam

kalangan mereka mungkin mengalami masalah kelainan organ-organ dalam

terutama sekali jantung dan usus.

2.3.1 Masalah Jantung

Masalah jantung yang paling kerap berlaku ialah jantung berlubang.

Ventricular Septal Defect (VSD) iaitu jantung berlubang diantara bilik

jantung kiri dan kanan atau Atrial Septal Defect (ASD) iaitu jantung

berlubang diantara ateri kiri dan kanan.

Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan (Patent

Ductus Ateriosis / PDA). Selain dari itu, kanak-kanak Down Sindrome

boleh mengalami masalah jantung berlubang jenis kebiruan (cynotic spell)

dan susah bernafas.

9

Page 10: 82899122 Pendidikan Khas Sindrom Down

2.3.2 Masalah Usus

Masalah usus biasanya dikesan semasa awal kelahiran,

Saluran esofagus yang tidak terbuka tiada saluran sama sekali di

bahagian tertentu esofagus. Dapat dikesan semasa berumur 1 - 2 hari

dimana bayi mengalami masalah menelan air liurnya.

Saluran usus kecil duodenum yang tidak terbuka iaitu penyempitan yang

dinamakan "Hirshprung Disease". Keadaan ini disebabkan sistem saraf

yang tidak normal di bahagian rektum. Biasanya bayi akan mengalami

masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana

perut membuncit dan susah untuk buang air besar.

Saluran usus rectum atau bahagian usus yang paling akhir (dubur) yang

tidak terbuka langsung atau penyempitan yang dinamakan "Hirshprung

Disease". Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di

bahagian rektum. Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari

kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan

susah untuk buang air besar.

Di samping itu kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah

Hipotiroidism iaitu kurang hormon tairoid. Masalah ini berlaku di kalangan

10 % kanak-kanak Down Sindrome.

Kanak-kanak Down Sindrome juga mempunyai ketidakstabilan di tulang-

tulang kecil di bahagian leher yang menyebabkan berlakunya penyakit

lumpuh (atlantoaxial instability) dimana ini berlaku di kalangan 10 %

10

Page 11: 82899122 Pendidikan Khas Sindrom Down

kanak-kanak Down Sindrome. Sesetengah dalam kalangan mereka

mempunyai risiko untuk mengalami kanser sel darah putih iaitu leukimia.

2.4 Masalah Perkembangan Pembelajaran

Mereka yang mempunyai Sindrom Down berkemungkinan mempunyai

keupayaan kognitif lebih rendah berbanding purata, agak sederhana dan

terencat akal. Kelemahan perkembangan seringkali dikaitkan dengan

kecenderungan terhadap pemikiran konkrit atau naïveté. Sesetengah

individu berhadapan dengan kecacatan akal yang jelas atau teruk.

Kebangkalian Down Sindrome dianggarkan sekitar 1 setiap 800 atau

hingga 1 setiap 1,000 kelahiran.

Pada peringkat awal pembesaran mereka mengalami masalah lambat

dalam semua aspek perkembangan iaitu lambat untuk berjalan,

perkembangan motor halus dan bercakap.

Perkembangan sosial mereka agak menggalakkan menjadikan mereka

digemari oleh ahli keluarga. Mereka juga mempunyai sifat periang.

Perkembangan motor kasar mereka lambat disebabkan otot-otot yang

lembik tetapi mereka akhirnya berjaya melakukan hampir semua

pergerakan.

11

Page 12: 82899122 Pendidikan Khas Sindrom Down

Sejarah latihan perguruan saya bermula pada tahun 2005. Saya

mendapat tawaran latihan perguruan di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau

Pinang (M4P) (kini Institut). Latihan awal perguruan saya ialah dalam bidang

ataupun opsyen Sains dan Bahasa Melayu. Oleh itu, saya merupakan seorang

guru yang mengajar mata pelajaran Sains , Bahasa Melayu dan juga beberapa

mata pelajaran minor lain disekolah.

Mengenai Pendidikan Khas ini pula, is merupakan satu subjek yang hanya

saya ketahui dan pelajari selepas mendapat tawaran sebagai subjek minor

dalam Ijazah Sarjana Muda yang saya ambil ini. Dengan itu, pengalaman serta

pengetahuan dari aspek pengajaran dan pembelajaran khusus di dalam

pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini

sememangnyalah amat sedikit.

Berikut adalah serba sedikit biodata mengenai profesion perguruan saya:

BIL BUTIRAN MAKLUMAT

1 NAMA FADHLAH AFIF BIN TALIB

2 KELULUSAN AKADEMIK SPM

3 IKTISAS DIPLOMA PENDIDIKAN

4 OPSYEN SAINS DAN PENGAJIAN MELAYU

5 SEKOLAH SK METHODIST, TELOK DATOK

6PENGALAMAN MENGAJAR

SAINS7 TAHUN

7 PENGALAMAN MENGAJAR TIADA

12

BIODATA GURU

Page 13: 82899122 Pendidikan Khas Sindrom Down

PENDIDIKAN KHAS

b) Profile subjek

Bagi menjawab soalan tugasan ini, saya telah mengambil cuti selama 2

hari untuk berkampung sekolah Keb. Sri Langat, Banting yang mana merupakan

salah satu sekolah di Kuala Langat yang menyediakan kelas untuk pelajar

istimewa Pendidkan Khas serta bagi mendalami lagi ilmu serta pengalaman

sebanar menjadi seorang guru yang mengajar pelajar istimewa ini, Walaupun

Sekolah ini mempunyai berbagai pelajar pendidikan khas yang lain, saya telah

memilih untuk mengkaji pelajar yang menghadapi sindrom down kerana secara

jujur, mereka ini merupakan pelajar yang unik dan patut didekati.

Responden saya ialah seorang pelajar lelaki. Berikut adalah serba sedikit

biodata responden yang dipilih:

Nama : Aiman Safwan b Indra Safry

Tarikh lahir : 18 Ogos 2004

Jantina : Lelaki

Umur : 7 tahun

Bangsa : Melayu

Pekerjaan bapa : juruteknik

Pekerjaan ibu : Suri rumah sepenuh masa

13

Page 14: 82899122 Pendidikan Khas Sindrom Down

Sosioekonomi keluarga: Sederhana

Bilangan adik beradik : 3 orang Anak ke berapa : kedua

Tempat Lahir : Hospital Daerah Banting

Hobi : Menyanyi dan mewarna

Sekolah : Sekolah Kebangsaan Sri Langat

Guru Kelas : Nurul Liyana

c) Jenis masalah Pembelajaran yang dihadapi:

Responden yang dipilih merupakan seorang kanak-kanak yang telah

disahkan sebagai kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang dikategorikan

sebagai kanak-kanak Down Sindrom. Pelajar ini mempunyai ciri-ciri yang ketara

seperti berikut:

Kategori Orang Kurang Upaya : Down Sindrom

Fizikal : Tiada

Penglihatan : tiada masalah

Pendengaran : Tiada masalah

Berbahasa (komunikasi) : Pelat

Masalah kesihatan lain : Tiada

14

Page 15: 82899122 Pendidikan Khas Sindrom Down

Berat Badan : 23 kg

Ketinggian : 80 cm

Bentuk Tubuh : Gempal

Warna Mata : Coklat

Warna kulit : Cerah

Berikut adalah maklumat mengenai kekuatan dan juga kelemahan yang

terdapat pada pelajar tersebut:

\

1. Seorang pelajar Down Sindrom yang dikategorikan sebagai Down

Sindrom yang ringan.

2. Mudah mesra dan juga mudah diajak berunding.

3. Sahsiah yang baik, menurut kata, rajin dan mudah bekerjasama.

4. Pandai mewarna, sering memasuki pertandingan mewarna kategori

Pendidikan Khas.

5. Tiada masalah kecacatan fizikal selain dari ciri-ciri fizikal biasa kanak-

kanak down sindrom.

6. Mudah menguasai kemahiran motor halus dan kasar.

15

Page 16: 82899122 Pendidikan Khas Sindrom Down

1. Mudah jemu dan bosan ketika melakukan aktiviti tanpa sokongan seperti

galakan ataupun ditunggu.

2. Kerap terleka walaupun sedang membuat sebarang kerja.

3. Kadang-kadang sukar mengikut arahan.(contoh warna yang dipilih

olehnya sukar diganti walaupun ditunjukkan dengan pilihan warna yang

lain. Tetap dengan pilihan warnanya)

4. Keliru mengenai warna.

5. Apabila leka mewarna atau melukis akan mengeluarkan bunyi seperti

menderam.

6. Sukar menentukan ruang yang sesuai untuk melukis pada kertas lukisan

jika tidak dibantu.

Kajian mata pelajaran

Untuk mendalami lagi pengalaman mengajar mata pelajaran pendidikan

khas ini, saya telah diberi peluang untuk mengajar mata pelajaran pendidikan

seni yang mana, ia merupakan salah satu mata pelajaran yang paling diminati

oleh respondan.

Bagi tujuan tugasan ini, saya telah menetapkan hasil pembelajaran

berdasarkan bidang , tema dan juga tajuk kecil sebagaimana yang

terkandung di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah (Komponen Pendidikan Seni).

16

Page 17: 82899122 Pendidikan Khas Sindrom Down

Hasil Pembelajaran yang ingin dicapai adalah seperti berikut:

Bidang : Melukis

Tema : Alam Persekitaran

Tajuk Kecil : Rumah saya

Objektif : 1. Mengembangkan bakat

2. menunjukkan kemahiran kognitif dan

psikomotor murid.

3. mengenal, membeza dan menggunakan

warna yang betul.

Hasil Pembelajaran : 1. Pelajar dapat mengunakan pensil warna

2. Dapat mewarnakan gambar dengan

menggunakan pilihan warna yang betul.

Bahan bantu mengajar : 1. pensil

2. Warna

3. Gambar

4.

f) langkah-langkah yang diambil untuk membantu murid menghasilkan

lukisan tersebut.

Bagi seorang kanak-kanak Down Sidrom, kemahirannya dalam melukis

adalah tidak sama sebagaimana kanak-kanak normal. Oleh itu beberapa langkah

perlu diambil supaya ia secara tidak langsung dapat membantu kanak-kanak ini

menghasilkan sebuah lukisan.

Agar pelajar ini dapat menghasilkan sebuah lukisan yang baik dan

bersistematik, terdapat dua langkah utama yang boleh dilakukan. Langkah

pertama ialah mengkhusus kepada pergerakan motor kasar dan yang kedua

pula ialah pergerakan motor halus.

17

Page 18: 82899122 Pendidikan Khas Sindrom Down

Kemahiran Pergerakan Motor Kasar

Kemahiran ini melibatkan proses pergerakan tangan dan juga jari jemari

secara kasar. Pada peringkat awal melukis, latihan membuat garisan panjang,

pendek, menegak, mendatar, bulat dan sebagainya dapat mendedahkan pelajar

kepada kemahiran pengawalan motor kasar mereka. Latihan-latihan seperti ini

boleh dijalankan melalui dua aktiviti:

a) Aktiviti contengan bebas.

Aktiviti ini boleh dijalankan pada satu ruangan dinding yang

dikhaskan bagi pelajar tersebut membuat contengan bebas. Selain dari itu guru

juga boleh membimbing pelajar membuat pelbagai bentuk secara menulis di atas

angin tanpa menggunakan alatan melukis dengan menggayakan pelbagai

bentuk asas. Pergerakan ini sebenarnya dapat menggerakkan keselurihan

bahagian tangan iaitu dari bahagian bahu hinggalah kepergelangan tangan.

b) Aktiviti contengan bebas di atas kertas.

Dalam aktiviti ini pula pelajar akan diberikan kertas dan juga alatan

melukis seperti pensil untuk melakar ataupun menconteng secara bebas

pelbagai bentuk asas. Aktiviti bebas ini dilakukan kerana ketika ini pelajar belum

lagi mengusai tentang konsep ruang dan juga koordinasi antara mata dan juga

tangan.

Kemahiran Motor Halus

18

Page 19: 82899122 Pendidikan Khas Sindrom Down

Kemahiran motor halus pula melibatkan aktiviti yang dapat membentuk

pergerakan motor halus yang bermula dari pergelangan tangan dan juga jari-

jemari.

a) Latihan menggerakkan jari-jemari.

Latihan ini boleh dijalankan dengan memberikan pelajar beberapa alat

seperti tanah liat untuk diramas , menggulung kertas kecil, latihan menggunakan

alatan melukis yang dimulai dengan alatan yang bersaiz besar diikuti pula saiz

yang agak kecil. Melatih pelajar membuat garisan luar sesuatu objek ataupun

gambar sama ada dengan alatan ataupun hanya menggunakan jari. Latihan

yang berulang akan dapat membantu pelajar mengawal pergerakan pergelangan

dan jari jemarinya. Pergerakan-pergerakan ini dibuat secara bebas.

b) Pergerakan terkawal menerusi aktiviti.

Bagi meningkatkan lagi keupayaan kawalan pergerakan dalam aktiviti

melukis, pelbagai bahan bantu dan kaedah yang sesuai boleh digunakan. Bahan

bantu ini akan digunakan dalam meningkat kemahiran pergerakan secara

terkawal. Sebagai contoh pelajar diberi gambar yang hanya mempunyai titik,

pelajar diminta membuat garisan yang menyambungkan titit-titik tersebut.

Menggunting mengikut bentuk, membuat garisan luar menggunakan pensil

mengikut objek yang diberikan dan menekap gambar adalah antara aktiviti yang

dapat membantu pelajar meningkatkan pengawalan kemahiran motornya.

g) Pemilihan jenis alatan melukis.

Alatan Melukis

Bagi menghasilkan sesebuah lukisan, terdapat pelbagai alatan, media dan

bahan yang oleh digunakan. Pelukis perlu menggunakan alatan, bahan

19

Page 20: 82899122 Pendidikan Khas Sindrom Down

ataupun media yang sesuai untuk mendapatkan kesan-kesan tertentu. Oleh

itu, bagi pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran seharusnya dibimbing,

diperkenalkan dengan pelbagai jenis alatan melukis yang sesuai.

Oleh itu bagi melaksanakan tugasan ini saya telah memilih dua alatan

melukis yang sesuai iaitu pensil dan juga pensil warna.

Penggunaan pensil dibuat kerana ia merupakan alatan utama dalam

proses awal melukis terutamanya bagi seorang kanak-kanak. Dari aspek

kesesuaianya untuk mencapai objektif pembelajaran boleh dilihat dari segi

kemudahan penggunaan pensil itu sendiri. Ia alat yang mudah digunakan dan

juga hasilnya mudah dipadam jika terdapat kesilapan. Lakaran pensil yang

mudah dipadam sememang amat sesuai bagi seorang kanak-kanak apatah

lagi kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang juga pada peringkat

ini keyakinannya masih sangat kurang dalam membuat lakaran. Berbanding

dengan alatan lain sebagai contoh pen yang sukar dipadam adalah tidak

sesuai dengan kebolehan pelajar bermasalah pembelajaran ini.

Penggunaan pensil warna pula dipilih, kerana ia juga merupakan medium

yang sesuai bagi pelajar bermasalah pembelajaran. Pensil warna berfungsi

mewarnai lakaran yang dibuat agar menjadi lebih menarik. Adalah tidak

sesuai sebagai contoh, warna air digunakan oleh pelajar ini kerana ia

memerlukan kemahiran yang agak rumit seperti memicit warna,

mengadunkannya dengan air, kawalan kuantiti air dan sebagainya

berbanding dengan penggunaan pensil warna. Dengan terdapatnya lebih

daripada 12 pilihan warna yang ada, pelajar dapat dibimbing dari aspek

pemilihan dan penggunaan warna yang tepat dalam menghasilkan sesuatu

lukisan. Sebagai contoh, dengan menggunakan warna, pemilihan warna yang

betul untuk pokok, kenderaan, haiwan dan sebagainya dapat membantu

dalam pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran.

20

Page 21: 82899122 Pendidikan Khas Sindrom Down

h) Bagaimana seni melukis membantu mengubah tingkah laku murid?

Terdapat beberapa kajian yang telah dibuat khusus menerangkan

bagaimana melalui seni melukis ini berperanan membantu mengubah tingkah

laku seseorang murid itu. Menurut Fadhil & John Arul Fadhi (2007), bagi kanak-

kanak khas, lukisan merupakan salah satu aktiviti yang banyak membantu

mereka mengembangkan kecerdasan emosi, meningkatkan kecerdasan emosi,

meningkatkan daya kecerdasan pada pemahamannya terhadap nilai-nilai corak,

harmoni dan warna. Bowen (1992), pula menyatakan, lukisan juga mampu

merangsang pemikiran kreatif sekiranya dilaksanakan dengan betul kepada

kanak-kanak. Begitu juga menurut Mary Maresky (1998), menjelaskan aktiviti

melukis dapat meningkatkan sikap berani kanak-kanak terutamanya jika selepas

melukis kanak-kanak diberi peluang untuk menceritakan atau memperihalkan

lukisan yang telah dihasilkan.

Berdasarkan pernyataan-pernyataan tersebut, ini jelas menunjukkan

bagaimana melalui aktiviti seni melukis ini berperanan membantu perkembangan

pelajar dari pelbagai aspek seperti berikut:

i. Aspek Perkembangan Kognitif

Murid telah dapat mengadaptasi dan memahami corak ataupun

bentuk dalam lukisan seperti melakar bentuk rumah,kenderaan,

haiwan dan sebagainya.

Aspek penggunaan dan juga pemilihan warna yang sesuai dan

betul juga dapat dikembangkan. Ini akan meningkat juga

21

Page 22: 82899122 Pendidikan Khas Sindrom Down

kematangan, ingatan dan juga pemahaman melalui

penghasilan lukisan.

ii. Aspek Kecerdasan Emosi

Pengalaman melihat dan memerhati mendorong murid ini berfikir

dan membayangkan melalui lukisan dapat membantu murid

menjadi lebih teliti, memahami dan menyedari keadaan

persekitaran serta lebih yakin dengan kebolehan diri sendiri.

Penghasilan lukisan yang menarik dan indah, secara tidak

langsung memberikan satu kepuasan terhadap murid. Secara tidak

langsung juga mendatang perasaan gembira dan bangga.

Bimbingan yang teratur disamping sokongan ataupun pengukuhan

yang diberikan menambahkan lagi keyakinan murid dan seterusnya

memberikan kesedaran bagaimana peranan emosi juga penting

dalam penghasilan sesuatu karya seni.

iii. Aspek Perkembangan Sosial

Murid akan lebih bertanggungawab dan berjaya menyelesaikan

tugasan dengan baik dan juga mengikut arahan.

Boleh bekerjasma dengan rakan sekelas dan bangga di atas

kelebihan yang ada dengan berjaya menyiapkan sebuah lukisan.

iv. Aspek Perkembangan Estetika

Murid ini dapat menilai dan menghayati sesuatu keindahan alam

semula jadi dan menimbulkan rasa seronok untuk lebih dekat

dengan alam.

22

Page 23: 82899122 Pendidikan Khas Sindrom Down

Murid juga dapat menggabungkan pengamatan dengan

pengalaman ke tahap yang lebih baik.

Rumusan

Aktiviti melukis, sebenarnya memberikan ruang kepada kanak-kanak

untuk meluahkan perasaan, melahirkan imiginasinya serta memberikan rasa

puas terhadap apa yang dihasilkan di atas kertas. Tiada batasan untuknya

memperkembangkan bakat dan kreativiti yang ada di dalam dirinya. Ini

semua merupakan satu pengalaman yang akan sentiasa berkembang selaras

dengan kematangan yang semakin meningkat. Jesteru itu, perkembangan diri

seseorang kanak-kanak itu sebenarnya dapat dibentuk dan digarap sebaik

mungkin melalui aktiviti melukis. Oleh itu, bagi kanak-kanak bermasalah

pembelajaran, aktiviti melukis ini merupakan salah satu aktiviti yang dianggap

penting dalam usaha membantu dengan sebaik mungkin pertumbuhan dan

juga perkembangan mereka ke arah yang lebih baik dan sempurna.

23

Page 24: 82899122 Pendidikan Khas Sindrom Down

Rujukan

Kathleen Chee.2008. Pendidikan Seni Visual. Bangi. Pelangi Sdn. Bhd.

Modul OUM.2006. Pengenalan Pendidikan kanak-kanak Masalah

Pembelajaran.Seri Kembangan. Meteor Doc. Sdn Bhd.

Modul OUM.2006. Psikologi dan Perkembangan Kanak-kanak Masalah

Pembelajaran.Seri Kembangan. Meteor Doc. Sdn Bhd.

Modul OUM.2007. Kaedah Pengajaran Khas Muzik dan Seni Suaian.

Seri Kembangan. Meteor Doc. Sdn Bhd.

24