8- faktor mempengaruhi tumbuhan tanah

141

Upload: sheikh-shariffuddin-hidayat

Post on 19-Dec-2015

70 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

bermanfaat untuk semua

TRANSCRIPT

  • SIFAT FIZIKAL TANAHTiga ciri fizikal tanah yg penting:a. warna tanahb. tekstur tanahc. struktur tanah

  • a. WARNA TANAH Warna sesuatu tanah dpt menerangkan keadaan fizikal tanah dan kandungannya. Warna tanah berbeza mengikut tempat dan lokasi. Warna tanah yg wujud sesuatu tanah menggambarkan kandungan bahan organik, saliran tanah, aktiviti mikroorganisma dan kesuburan tanah.

  • Perkaitan antara warna dengan keadaan tanah

    KEADAAN TANAHGelap (hitamkeperangan)Sederhana gelap(perang kekuningan)Pudar(kekuningan)Bahan organikHakisan PengudaraanKetersediaannitrogenKesuburan Tinggi RendahTinggiTinggi

    TinggiSederhanaSederhanaSederhanaSederhana

    SederhanaRendahTinggiRendahRendah

    Rendah

  • WARNA TANAH Tanah yg gelap warnanya (hitam keperangan) mempunyai kesuburan yg tinggi kerana tanah jenis ini mempunyai bahan organik, udara dan ketersediaan nitrogen yg tinggi. Tanah ini sesuai utk aktiviti pertanian kerana kurang terdedah kepada hakisan.

    Tanah yg pudar (kekuningan) mempunyai keadaan fizikal yg berlawanan dgn tanah berwarna gelap. Manakala tanah berwarna sederhana gelap (perang kekuningan) mempunyai keadaan fizikal yg sederhana subur.

    Kebanyakan tanah tropika berwarna merah. Walau bagaimanapun, warna ini mungkin berbeza-beza iaitu warna merah hingga kekuningan. Keadaan ini menunjukkan bahawa tahap saliran dan pengudaraan berbeza dlm tanah-tanah tersebut.

  • Ciri-ciri tanah berdasarkan warnanya.

    WARNA TANAHHURAIANMerah Menandakan kandungan oksida ferum di dalam tanahTanah jenis ini mempunyai saliran dan pengudaraan yang baikTanah ini biasanya terdapat di kawasan lereng bukitTanah ini sesuai utk tnman getah dan kelapa sawit.Perang Mengandungi oksida ferum yg bercampur dgn bahan organik- Mempunyai saliran yg baik- Tanah ini subur dan sesuai utk kebanyakan jenis tanaman.Kelabu Menandakan kandungan oksida ferum dlm tanah yg bekalan oksigennya telah merosot.- Mempunyai saliran yg kurang baik utk menakung air- Tanah jenis ini biasanya menakung air dan kurang beroksida.- Pengudaraan kurang baik Pada amnya, tanah jenis ini tidak sesuai utk kebanyakan tanaman kecuali padi.

  • Ciri-ciri tanah berdasarkan warnanya.

    WARNA TANAHHURAIANKehitam-hitaman Mempunyai kandungan galian mangan oksida atau bahan organik yg tinggi. Biasanya menakung air dan mempunyai nilai pH yang rendah. Bahan organiknya lambat reput kerana kekurangan oksigen yang perlu dalam proses pereputan. Tanah jenis ini tidak sesuai utk kebanyakan tanaman kerana tidak mampu memberi sokongan kepada akar tumbuhan yang besarTanaman yang sesuai ialah nenas dan sayur-sayuran.Putih - Mempunyai banyak jenis galian tanah liat yg dikenali sbg koalinit. Kuning Warna kuning menunjukkan bahawa oksida ferum telah berpadu dgn molekul-molekul airMempunyai saliran yg baik.- Tanah ini lebih lembab berbanding dengan tanah yang berwarna merah

  • b. Tekstur Tanah.Tekstur tanah ialah sifat kasar atau halusnya sesuatu tanah atau peratus kandungan kumin-kumin pasir, kelodak dan liat.

  • Ciri pasir, kelodak dan liat

    CIRI-CIRIPASIRKELODAKLIATSaiz kuminPaling besar Saiz lebih kecildrpd kuminpasirSaiz kuminpaling halus Bentuk kumin Bulat atau tiadaBentuk tetapTiada bentuktetapKepingan nipis Kandungan kuminKebanyakannyakuarza(oksida silika)KuarzaSilikat(mengandungisilika,aluminiumdanmagnesium)serta unsurunsur lain.Bercas atau tidakTidak Tidak Bercas

  • Ciri pasir, kelodak dan liat

    CIRI-CIRIPASIRKELODAKLIATRasa.Gerisik Licin spt tepung Berasa lekit apabila lembab, keras dan padat apb kering.Daya penyimpanan airRendahSederhanaTinggiSaliranBaikSederhanaKurang baikPenyimpanan air dan nutrienKurang baikSederhana Kurang ketelapan airPengudaraan BaikSederhanaKurang baik

  • Pengelasan Kumin Tanah

    NAMA PISAHAN TANAH DIAMETER KUMIN MENGIKUT SISTEM PERSATUAN SAINS TANAH ANTARABANGSA (SISTEM ATTERBERG)Pasir sangat kasar TiadaPasir kasar 2.00 0.20mmPasir sederhana TiadaPasir halus 0.2 0.02mmPasir sangat halus Tiada Kelodak 0.02 0.002mmLiat Kurang drpd 0.002mm

  • Tekstur Tanah.Dpt dikesan melalui cara merasa dgn tangan atau melalui cara makmal iaitu kaedah mendapan di mana kumin-kumin tanah dibiarkan mendap terlebih dahulu berbanding kumin yg halus.Pisahan tanah ialah lapisan kumin yang saiznya telah ditetapkan mengikut sistem pengelasan tekstur tanah. Cthnya: Sistem Atterberg menetapkan kumin yg mempunyai diameter 2.00 hingga 0.20mm sbg pisahan pasir kasar.Pisahan kelodak mempunyai ciri di antara kumin pasir dan kumin liat dgn saiz kuminnya di antara 0.02 0.002mm diameternya. Pisahan liat merujuk kepada jenis kumin tanah yang mempunyai ukuran diameter tertentu spt yang ditentukan oleh sistem pengelasan tekstur tanah. Kumin liat mempunyai diameter kurang drpd 0.002mm.

  • Kelas Tekstur Tanah:Merujuk kepada satu kumpulan tanah yg mempunyai sifat kasar dan halus disebabkan oleh kehadiran pasir , kelodak dan liat mengikut peratusan yg tertentu. Sifat ini ditunjukkan oleh petak tertentu pada carta segitiga tekstur tanah.Peratus pasir, kelodak dan liat sesuatu tanah ditentukan dalam makmal melalui cara pemendapan. Nilai peratusan ini kemudian digunakan utk menentukan kelas tekstur bagi contoh tanah tersebut dengan merujuk carta segi tiga tekstur tanah.Kelas tekstur tanah liat ialah sifat sesuatu contoh tanah yg bertanah liat disebabkan oleh kahadiran kumin tanah liat yang lebih tinggi berbanding dengan kandungan kumin kelodak dan pasirnya.

  • Kepentingan tekstur tanah kepada tanaman:Tanah yg bertekstur kasar spt tanah pasir membenarkan air mengalir dgn mudah.Tanah bertekstur kasar mempunyai lebih banyak liang utk peresapan gas. Pertukaran gas yg baik akan membekalkan oksigen yg mencukupi utk kegunaan organisma tanah.Tekstur tanah akan mempengaruhi kandungan gas dan air di dalam tanah.Tekstur tanah yg lebih halus spt tanah liat membolehkan tanah menyimpan nutrien dan melakukan proses penyerapan nutrien oleh kumin liat.

  • Kepentingan tekstur tanah kepada tanaman:Tekstur tanah mempengaruhi proses pemugaran. Tanah bertekstur halus mengandungi byk liat dan menyukarkan kerja pemugaran.Tanah yg mengandungi terlalu banyak pasir atau liat mungkin dapat diubah dgn mencampurkan bhn organik mengikut ketersediaan bhn-bhn organik tersebut.

  • c. Struktur tanahStruktur tanah ialah susunan kumin tanah yg terdiri drpd pasir, kelodak dan liat dalam bentuk tertentu.- Melalui proses pembentukan tanah, kumin-kumin tanah itu akan digabungkan mengikut bentuk tertentu berdasarkan ke adaan kawasan itu. Susunan kumin-kumin itu dinamakan agregat tanah dan akan wujud dalam pelbagai bentuk.Tanah yg mengandungi kumin-kumin pasir spt di kawasan pantai dianggap tanah yg tidak berstruktur. Kumin-kumin itu tidak digabungkan kpd bentuk-bentuk tertentu.

  • 4. Struktur tanahApb sesuatu tnh sentiasa mengalami tindakan air hujan, kumin-kumin tanahnya mungkin akan dipisahkan. - Tanah liat yang diasingkan membentuk ketulan-ketulan besar akan menyebabkan air sukar meresap melaluinya.- Struktur tanah bertekstur halus dapt dibaiki agar lebih sesuai utk tanaman. Tanah yg bertekstur halus lebih tinggi kandungan tanah liat menyebabkan saliran dan pengudaraan kurang baik. Kumin tanah boleh digabungkan dengan menggunakan bahan organik supaya ciri fizikal dpt diperbaiki.- Butir rapuh adalah struktur terbaik bagi kebanyakan tanaman kerana berciri rongga.

  • Kepentingan Struktur Tanah kepada TanamanStruktur tanah yg baik mengandungi rongga antara agregat yg membenarkan air dan udara meresap dengan mudah. Keadaan ini menghalang air drpd bertakung. Oleh itu akar tanaman mendapat oksigen yg mencukupi.

    Struktur yg baik menambahkan daya tahan tanah drpd kerosakan fizikal disebabkan oleh hakisan oleh timpaan hujan yg kuat. Kumin yg terpisah mudah ditiup angin atau dilarikan air. Manakala kumin yg bergabung menjadi binaan lebih besar sikar dipindahkan oleh agen hakisan.

    Struktur yg baik juga dpt mengurangkan kesan ketoksikan gas karbon dioksida dlm tanah. Gas ini lebih mudah meresap ke uadar apabila tanah mempunyai struktur yg baik.

  • Ciri tanah dengan struktur yang baik:Agregat tanah (gabungan kumin-kumin tanah)Filem air mengisi liang halus dalam agregatRuang besar antara agregat yang membenarkan resapan gas dan pengaliran air.

  • Kepentingan Struktur Tanah kepada TanamanStruktur tanah dpt dibaiki dgn mencampurkan tanah dgn bahan-bahan organik. Semasa proses pereputan berlaku, pelbagai jenis bahan akan dihasilkan termasuklah bahan-bahan yg bertindak sebagai pelekat yang akan menyatukan kumin-kumin tanah kpd susunan tertentu sehingga membentuk struktur butir rapuh yg baik.

  • JENIS-JENIS STRUKTUR TANAH

    JENIS STRUKTURGAMBAR FOTOButir rapuh

    Berlapis

    Berblok

  • JENIS-JENIS STRUKTUR TANAH

    JENIS STRUKTURGAMBAR FOTOPrismatik

    Kolumnar

  • Jenis-jenis tanah yang tidak berstrukturBerbutir tunggalBerbongkah (massive)

  • SIFAT KIMIA TANAHpH TANAHTanah tropika biasanya bersifat asid kerana mengalami larut resapan keterlaluan kesan hujan lebat. Setiap unit perubahan pH akan melibatkan perubahan sepuluh kali ganda atas kepekatan ion Hidrogen (H+).pH tanah merujuk kepada keasidan sesuatu larutan dan ditentukan oleh kepekatan ion hidrogen (H+). pH tanah dapat ditentukan dengan :Kaedah KuhnMeter pH

  • Mengapa pH Tanah Perlu Diukur? Untuk menentukan keasidan dan kealkalian tanah.Ini dapat menentukan kesesuaian tanah untuk tanaman.

  • Pengukuran pH Tanah Dengan Menggunakan Kaedah Kuhn dan pH Meter

  • Bahan & Alatan

  • Sampel tanah

  • Larutan Penunjuk Universal

  • Barium sulfat

  • Air suling

  • Tabung uji

  • Penyumbat getah

  • Carta Warna pH

  • Langkah-langkah

  • Isi tabung uji dengan 2.5 g Barium Sulfat Tambahkan 2.5 g sampel tanah Tuang air suling sehingga memenuhi tabung uji Ulang guna dua sampel tanah yang lain Biar beberapa minit. Perhatikan warna larutan dan padankan dengan Carta warna pHSumbat tabung Uji dengan penyumbat getah. Goncang larutan. Tambah 2-3 titis Larutan penunjuk Universal ke dalam tabung uji

  • Langkah KeselamatanJangan gunakan ibu jari untuk menutup tabung uji semasa menggoncang.

  • Bahan & Alatan

  • Meter pH

  • Air Suling

  • Sampel tanah

  • Rod Kaca

  • Bikar 50 ml

  • Langkah-langkah

  • Lakukan tentu ukuranmeter pH menggunakan larutan tampan yang diketahui pHnya Masukkan 10g sampel tanah dalam air suling.Tambah 10ml air suling ke dalam bikar. Biarkan 20 minitCuci hujung elektroddengan air suling Catatkan bacaan meter pHKacau campuran dan masukkan elektrod meter pH ke dalam campuran tanah Ulang eksperimen menggunakan dua sampel lain

  • Langkah KeselamatanPastikan elektrod meter pH dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.

  • Pada pendapat anda, manakah kaedah yang lebih baik???? (Kaedah Kuhn atau Kaedah pH Meter)

  • KEASIDAN TANAHTanah gambut atau mineral memberi sifat kemasaman.

    Semakin tinggi kadar ion H+ di dalam tanah, semakin masam tanah tersebut.

    Tanah yang masam mempunyai kandungan jumlah ion H+ lebih tinggi daripada OH-

  • FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEASIDAN TANAH1. Kandungan Bahan Induk2. Larutresapan3. Penggunaan bahan kimia4. Pereputan bahan organik5. Penambahan asid karbonik dan asid nitrik6. Respirasi akar dan organisma tanah

  • 1. Kandungan Bahan IndukBanyak tanah di Malaysia berasal daripada Granit.Batu granit (kuardza, feldspar dan mika) mengandungi Aluminium.Aluminium mengalami hidrolisis lalu mengeluarkan ion H+ yang dapat menurunkan pH tanah.

  • 2. LarutresapanPengeluaran bahan kation berbes seperti Mg2+, K+ dan Ca2+ melalui larutresapan menyebabkan penurunan pH tanah

    Kation yang berbes ini akan digantikan oleh ion H+

  • 3. Penggunaan baja kimiaApabila ammonium sulfat dicampurkan dengan tanah, ion ammonium NH+ akan dioksidakan kepada ion nitrat NO3 dan H+ melalui proses nitrifikasi

    Ion H+ akan menurunkan pH.

  • 4. Pereputan bahan organikApabila bahan organik mereput, pelbagai jenis asid organik yang akan merendahkan pH tanah dihasilkan.

  • Karbon dioksida bertindakbalas dengan air di atmosfera lalu membentuk asid karbonik.5. Penambahan asid karbonik dan asid nitrikKarbon dioksida + air Asid karbonik

  • Tindakan kilat menggabungkan gas nitrogen dan oksigen di atmosfera dan menghasilkan gas nitrogen dioksida dan nitrogen oksida. Gas nitrogen dioksida dan nitrogen oksida ini bertindakbalas dengan air dan menghasilkan asid nitrikGas nitrogen dioksida + air Asid nitrik Gas nitrogen oksida + air Asid nitrik Gas nitrogenoksigenGas nitrogen oksidaGas nitrogen dioksida

  • Respirasi akar dan organisma tanah akan menghasilkan karbon dioksida. Gas karbon dioksida akan bertindakbalas dengan air lalu menghasilkan asid karbonik.6. Respirasi akar dan organisma tanah

  • KESAN pH TANAH KEPADA TANAMANKETERSEDIAAN NUTRIENNilai pH tanah mempengaruhi ketersediaan nutrien. Nutrien lebih mudah larut dlm larutan tanah pada pH tertentu. Ini memudahkan nutrien diambil oleh akar tumbuhan. Nilai pH yg terlalu rendah akan menyebabkan pembebasan ion ferum dan ion aluminium. Pada nilai pH yang tinggi pula, ion kalsium dan ion magnesium akan dibebaskan. Keempat-empat ion tersebut bertindakbalas dgn fosfat lalu membentuk sebatian fosfat yg tidak larut. Keadaan ini menyebabkan fosfat kurang tersedia dlm tanah apabila pH terlalu rendah atau terlalu tinggi.

  • AKTIVITI MIKROBKebanyakan mikroorganisma yg bermanfaat kpd tumbuhan hidup dalam julat pH 5.5 hingga 7.8. Mikroorganisma yg menjalankan proses penitratan akan terjejas apabila pH tanah di bawah 5.5 . pH tanah yg rendah juga akan merencatkan aktivti cacing tanah.

  • PENYAKIT TUMBUHANPatogen merupakan penyebab penyakit. pH tanah yg rendah akan menyebabkan:patogen spt kulat mudah merebak.Tumbuhan sukar memperolehi nutrien yg diperlukan.Pertumbuhan akan terjejas apabila pH tanah terlalu tinggi atau rendah.

  • Gejala akibat kekurangan nutrien pada tanaman:Kekurangan boronKekurangan nitrogenKekurangan ferum

  • Gejala akibat kekurangan nutrien pada tanaman:Kekurangan MgKekurangan MnKekurangan K

  • Gejala akibat kekurangan nutrien pada tanaman:Kekurangan Mn pada queen palm ( Syagrus romanzomana)

  • Gejala akibat kekurangan nutrien pada tanaman:Kekurangan Mg pada pokok Phoenix Canariensis

  • Gejala akibat kekurangan nutrien pada tanaman:Kekurangan Kalium pada Phoenix roebeleni

  • Gejala akibat kekurangan nutrien pada tanaman:Kekurangan Fe pada Syagrus romanzomana (kiri)

  • Gejala akibat kekurangan nutrien pada tanaman:Kekurangan Nitrogen pada bamboo palm

  • Gejala akibat kekurangan nutrien pada tanaman:Kekurangan Kalium

  • Gejala akibat kekurangan nutrien pada tanaman:Tanda kekurangan K

  • Gejala akibat kekurangan nutrien pada tanaman:Kekurangan Mn

  • Gejala akibat kekurangan nutrien pada tanaman:Kekurangan K

  • Gejala akibat kekurangan nutrien pada tanaman:Peringkat awal kekurangan Fe

  • Gejala akibat kekurangan nutrien pada tanaman:Tanda kekurangan Mn

  • UNSUR PERLU UTK PERTUMBUHAN TUMBUHANSesuatu unsur dianggap perlu jika:Tumbuhan tidak dpt membesar dgn sempurna tanpa unsur tersebut.Tindakan unsur nutrien adalah spesifik dan tidak dapat diganti oleh unsur nutrien lain.Unsur nutrien tersebut bertindak secara langsung dlm tumbuhan, unsur ini tidak mempengaruhi penyerapan unsur lain.Apabila tumbuhan kekurangan sesuatu unsur nutrien tambahan, unsur tersebut akan memperbaiki keadaan kekurangan yg berlaku.

  • UNSUR PERLU UTK PERTUMBUHAN TUMBUHANNutrien nutrien yg diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan dapat dibahagikan kepada makronutrien dan mikronutrien. Makro nutrien diperlukan dalam kuantiti yg banyak, sementara mikronutrien diperlukan dalam kuantiti yg sedikit sahaja.

  • UNSUR PERLU UTK PERTUMBUHAN TUMBUHANTerdapat 9 unsur makronutrien yg perlu:Oksigen, karbon, hidrogen, nitrogen, kalium, fosforus, sulfur, kalsium dan magnesium. Unsur karbon, hidrogen dan oksigen dpt diperolehi drpd air dan karbon dioksida melalui fotosintesis. Mikronutrien yg diperlukan termasuklah ferum, boron, mangan, zink, kuprum, molibdenum dan klorin.

  • Peranan nitrogen, fosforus dan kalium dalam tumbuhan

    UNSUR UTAMA NUTRIENPERANAN DALAM TUMBUHANGEJALA KEKURANGANNitrogenKomponen protein utamadiperlukan utk menghasilkanklorofil. Kehadiran nitrogenmempercepat proses tumbesarantumbuhan dan melebihkan hasildaun.Klorosis (kekuningan)semua bahagiantumbuhan, bermulapada daun tua dahulu.Fosforus Kehadiran unsur inimempercepatkan pengeluaranakar, bunga dan buah,mempercepatkan kematanganpokok dan menguatkan tangkaibuah-buahan, Fosforusberperanan penting dlmpenghasilan tenaga dandiperlukan di peringkat awalpembesaran tumbuhan.Daun berwarna hijautua pada amnya dgnkehadiran warnakemerahan atau ungupada daun atau petiolpada sesetengahtumbuhan.

  • Peranan nitrogen, fosforus dan kalium dalam tumbuhan

    UNSUR UTAMA NUTRIENPERANAN DALAM TUMBUHANGEJALA KEKURANGANKalium Menolong mempercepatkan pengeluaran bunga dan buah serta tumbesaran tisu meristem. Turut menambah kekuatan pokok serta keupayaan menahan penyakit. Unsur ini diperlukan utk metabolisme kanji, protein dan pengaktifan enzim.Daun tua mengandungi tanda nekrosis (tisu mati) dengan tepi daun kelihatan spt terbakar, daun muda mungkin menunjukkan klorosis antara urat daun.

  • AMALAN UTK MEMBAIKI KEADAAN TANAHKesuburan tanah merujuk kepada keupayaan tanah utk menampung pengeluaran hasil tanaman yg memuaskan. Kesuburan tanah perlu dijaga supaya pengeluaran tanah dpt dipulihara.

  • TANAH YANG BERMASALAH DI MALAYSIA:i. Tanah asid sulfatMerupakan sejenis tanah yg mengandungi tanah liat dengan pH kurang drpd 3.5. Kandungan aluminium dan ferum yg tinggi menyebabkan tanah ini kurang subur. Tanaman yg ditanam di tanah ini biasanya mengalami ketoksikan aluminium , ferum dan mangan.

  • Tanah asid sulfat

  • Ditenggelami airSelepas disalirkan

  • Air pada tanah berasid

  • pH < 3.5 + JarositKFe3(SO4)2(OH)6Berwarna kuning pudar/pucat 2.5Y 8/3Bahan sulfidikAtau Horizon C/ lempung laut

  • Tanah yang bermasalah di Malaysia:ii.Tanah gambutMempunyai kandungan bahan organik yg tinggi serta saliran yg kurang baik. Tanah ini tidak memberi sokongan kepada akar pokok besar. Oleh itu tanah ini tidak sesuai utk tanaman spt pokok getah. Tanah ini berasid dan kekurangan beberapa mikronutrien spt kumprum, mangan , zink, ferum , molibdenum dan boron.

  • Tunggul Kayu Belum Reput di Tanah Gambut

  • Banjir di Tanah Gambut

  • Tanah gambut

  • TANAH YANG BERMASALAH DI MALAYSIA:iii. Tanah brisMempunyai kandungan pasir yg tinggi dan tidak berstruktur. Tanah ini mempunyai lapisan keras yg menghalang penembusan akar dan kurang daya penyimpanan air. Kekurangan air pada musim panas dan pHnya adalah sekitar 4.3 hingga 5.8.

  • TANAH BRISLapisan Spodik

  • Tanah Bris

  • TANAH YANG BERMASALAH DI MALAYSIA:iv. Tanah bekas lombongMengandungi 80% pasir dan tidak berstruktur. Sem. Msia dianggarkan mempunyai hampir 200 000 hektar tanah lombong kesan drpd aktiviti perlombongan bijihtimah. Tanah bekas lombong terdiri drpd mineral kuarza dan tidak mengandungi air yg banyak kerana peratus ruang rongga yg tinggi.

  • Tanah Bekas Lombong

  • TANAH YANG BERMASALAH DI MALAYSIA:v. Tanah lempungTanah lempung ialah tanah yg mengandungi kandungan liat yg tinggi. Kandungan liat yg tinggi menyebabkan tanah itu menjadi lekit apabila basah dan keras apabila kering. Jenis tanah ini mempunyai saliran yg kurang baik kerana mempunyai kadar peresapan air yg rendah. Tanah ini juga sukar digemburkan.

  • clay_soil

    To improve clay soil

    Tanah lempung

  • CARA MEMBAIKI KEADAAN TANAHa. PembajaanBaja dapat dikelaskan kepada baja kimia dan baja organik.Baja kimia terdiri drpd bahan kimia yg membekalkan satu nutrien utama atau lebih.Baja organik mengandungi nutrien utama tetapi dlm kuantiti yg lbh rendah drpd baja kimia.

  • Jenis-jenis dan ciri baja:

    JENIS BAJACIRI-CIRIBaja lurus / tunggalMembekalkan satu nutrien utama, manakala bajacampuran dan baja sebatian dpt membekalkanlebih drpd satu nutrien utama.Baja campuran Terdiri drpd bahan baja yg dicampursecara fiziktetapi tidak disebatikan. Baja ini biasanyamengandungi kandungan nutrien yg rendah.Baja sebatian Mengandungi nutrien yg telah disebatikan secarakimia. Kandungan nutriennya disediakan dlmpelbagai nisbah.Baja lengkap Mengandungi kombinasi semua nutrien utama ygdiperlukan iaitu nitrogen, fosforus, dan kalium.Mikronutrien, campuran enzim dan pengawaltumbuhan semulajadi juga terdapat dalam bajajenis ini.

  • Contoh Baja KimiaButir-butir Baja Kimia

  • PEMBAJAANGred baja ialah kuantiti nutrien utama yg terdapat dlm baja. Gred baja ditunjukkan berdasarkan peratus nitrogen, peratus fosforus pentoksida dan peratus kalium yg larut dlm air.Baja fosfat diletakkan ditepi bijibenih utk menggalakkan pertumbuhan akar pada waktu bijibenih baru disemai. Selepas anak benih membesar, baja nitrogen diberikan utk menggalakkan pembentukan anak pokok yg baik.

  • BAJA LURUS (TUNGGAL) YG MEMBEKALKAN NUTRIEN UTAMA

    NITROGENFOSFORUSKALIUMUreaAmmoniumsulfatKalsiumNitratKaliumnitratAmmoniumnitratNatriumnitrat46% N20% N

    15% N

    15% N

    35% N

    16% NCIRP

    Superfosfattunggal

    Superfosfatganda dua

    Superfosfatganda tiga35% P2O5

    16 -22% P2O5

    25 30% P2O5

    44 52% P2O5Muriatepotasy

    Kaliumsulfat

    Kaliumnitrat60 -63% K2O

    50 53% K2O

    44%K2O

  • Kuantiti nutrien baja organik tinja haiwan berdasarkan bahan kering

    Jenis Tinja Haiwan%N%P%KBebiri LembuKhinzirKudaAyam 2.00.71.00.71.60.50.20.30.150.62.30.50.70.41.6

  • Contoh baja organik:Buangan kelapa sawitHampas kacang tanahTahi lembuTahi kelawar (Guano)Hampas udangDarah kering

  • Contoh baja organikBaja tahi kelawar

  • a. tahi lembu vanilla cow dungContoh baja organik

  • PembajaanKelemahan baja kimia ialah melalui larian baja nitrogen ke dalam sumber air. Bekalan yg berlebihan akan menggalakkan pertumbuhan alga. Apabila alga dan tumbuhan akuatik mati, pereputan sisa tumbuhan itu akan mengurangkan bekalan oksigen. Ini disebabkan baja nitrogen mudah larut dlm air dan dibawa ke dalam tanah.Baja organik dibuat drpd sisa tumbuhan atau haiwan yg telah reput spt tinja haiwan, kompos dan sisa pertanian. Mengandungi banyak unsur karbon dan sedikit sahaja nutrien tumbuhan. Selain drpd membekalkan nutrien, baja ini juga dpt membaiki keadaan fizik tanah. Kuantiti nutrien yg dibekalkan oleh baja organik adalah lebih rendah berbanding dgn baja kimia.

  • PEMBEKALAN BAJA KEPADA TANAMAN:- melalui beberapa cara:1. Taburan Ditabur secara sekata di atas permukaan tanah. Dilakukan ke atas bahan pepejal iaitu granul atau butiran halusBahan baja yg biasa digunakan ialah CIRP. Dibiarkan begitu saja atau digaulkan bersama tanah.Biasanya dilakukan selepas menyemai bijibenih.Blh juga diletakkan padasekeliling pangkal pokok selepas berumur 3 4 minggu.Cara pembajaan ini juga dikenali sbg pembajaan permukaan dan melibatkan penggunaan baja nutrien.

  • Pokok Bunga Dedap > Pembajaan dengan kaedah suntikan pada batang

    Bunga Rose > Semburan Pada DaunBuah Kelapa SawitTomato > Memasukkan baja pada lubang atau membaja diperparitanJENIS TANAMAN DAN KAEDAH PEMBAJAAN

  • Kaedah Tabur TerusKaedah tabur terus diaplikasikan di kawasan sawah padi

  • PEMBEKALAN BAJA KEPADA TANAMAN:2. Alur Baja diletakkan dalam alur pada jarak 4cm sebelah kiri dan kanan bijibenih dan kira-kira 5cm di bawah bijibenih.Sesuai digunakan utk tanaman yg mudah rosak apabila tersentuh bahan baja spt tomato.Blh juga diletakkan dlm jalur 4 5 cm dlm sisi barisan pokok. Pembajaan ini biasa dilakukan apabila pokok sudah berumur 4 8 minggu.

  • Cara Alur

  • PEMBEKALAN BAJA KEPADA TANAMAN:3. PoketDilakukan pada pokok buah-buahan atau pokok yg ditanam secara tunggal.Lubang-lubang poket digali sedalam 10 15cm dihujung kanopi kerana bahagian ini merupakan zon akar yg aktif.Baja diletakkan dlm lubang-lubang poket dan ditutup semula.4. Semburan daunLarutan cecair baja blh disembur utk merawat kekurangan nutrien tertentu khasnya mikronutrien.Larutan baja dicampur dgn racun perosak utk disembur. Menjimatkan tenaga dan masa.

  • Cara poket

  • Rumah Lindungan Hujan dan Kalis SeranggaKaedah pembajaan yang digunakan: Semburan pada daun tanaman

  • KEBAIKAN DAN KELEMAHAN MENGGUNAKAN BAJA KIMIA

    KEBAIKANKELEMAHANbaja kimia disediakan dlm btk granul yg mudah digaul dgn tanahdapat dibekalkan kpd tumbuhan melalui semburan daunmembekalkan nutrien tunggal atau lebih drpd satu nutrien.disediakan dlm kandungan nutrien yg tinggi utk menjimatkan ruang penyimpanan serta kos pengangkutan.1. Baja kimia yg diletakkan terlalu dekat dgn bijibenih akan merosakkan bijibenih.2. Baja kimia yg berlebihan menyebabkan kerosakan secara langsung kpd tumbuhan3. Baja jenis nitrat ataupun ammonium sulfat meninggalkan kesan ke asidan kepada tanah.4. baja kimia berlebihan akan mencemarkan bekalan air bawah tanah.

  • PENGAPURANBahan kapur ialah bahan yg mengandungi kalsium (Ca). Terdapat juga kapur yg mengandungi bahan tambahan spt magnesium (Mg). Keberkesanannya ditentukan oleh kehalusan bahan kapur dan kandungan bahan kimianya.

  • Tujuan pengapuran ialah:1. Mengurangkan keasidan tanah2. Membekalkan nutrien tumbuhan- kalsium dan magnesium3. Membaiki agregat tanah- meneutralkan cas-cas negatif pd kumin-kumin tnh dan menggalakkan kumin-kumin tanah bercantum. - Selepas penggumpalan berlaku, kumin-kumin tanah dilekatkan oleh pelekat yg dihasilkan oleh pereputan bahan organik. - Melalui proses ini lebih byk agregat tnh terbentuk. - Proses membina agregat tanah dinamakan proses pengagregatan tanah.

  • Faktor yg perlu dipertimbangkan sebelum pengapuran: 1. Jenis tanamanGetah dan kelapa sawit dpt tumbuh di atas tanah berasidNenas juga toleren hingga pH 3.5 dan tidak memerlukan bahan kapur yg banyak.Koko tidak sesuai dgn kawasan berasud, oleh itu perlukan pengapuran utk mengawal keasidan tanah.2. Jenis bahan kapurKapur dolomit ( kalsium dan magnesium)Kapur tohor ( kandungan kalsium tinggi ttp sukar digunakan)

  • Faktor yg perlu dipertimbangkan sebelum pengapuran:3. Jenis tanahTanah jenis asid sulfat dan tnh gambut blh dirawat dgn bahan kapur.Pengapuran berlebihan akan mengakibatkan ketoksikan mikronutrien.4. Kandungan bahan organikBahan organik dpt menyerap kation spt hidrogen. Ion-ion Hidrogen yg terjerat itu akan menentang tindakan kapur utk mengubah pHnya.

  • PemugaranAdalah proses memecah dan melonggarkan ke adaan tanah yg padat. Merangkumi kerja menggembur dan menghapuskan rumpai.Sebelum menanam, beberapa operasi persediaan tanah biasanya dijalankan.Operasi ini dibahagikan kpd:i. Pemugaran primerii. Pemugaran sekunder.

  • Tujuan pemugaran primerMenyediakan permukaan tanah yg sesuai utk dikerjakan oleh alat pemugaran sekunder.Memotong dan membalikkan tanahMemecah dan melonggarkan lapisan tanah keras

  • Tujuan pemugaran sekunderMenghasilkan keadaan tanah yg cukup halus utk menanam atau menyemaiMenyediakan batas tanamanMemusnahkan atau mengawal perosakMenimbus dan menggaul sisa tumbuhanMemusnahkan rumpaiMencampurkan baja dan kimia pengawal perosak.

    ***Pemugaran yg kerap tidak digalakkan kerana akan merosakkan struktur tanah. Bahan organik yg terdedah akan cepat diuraikan. Kumin tanah lebih cepat dilarikan oleh air hujan.

  • PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN HAKISAN

    JENIS HAKISANCIRINYAHakisanPermukaan Hakisan peringkat awal, pd prkt ini satu lapisannipis permukaan tanah akan hilang.Hakisan alur Hakisan pada peringkat kedua. Kerosakanjenis ini masih blh dipulihkan.Hakisan Lurah Hakisan jenis alur dibiarkan tanpa dikawalmaka hakisan lurah akan terhasil. Kerosakan iniamat sukar dipulihkan.

  • Hakisan Permukaan

  • Hakisan Permukaan

  • Hakisan Alur (Rill Erosion) kesan laluan air ukuran kedalaman < 1 meter

  • Hakisan Alur

  • Hakisan Lurah

  • Hakisan Lurah

  • Hakisan Lurah

  • Hakisan lurah (Gully Erosion) Kedalaman > 1 meter

  • Prinsip pencegahan dan pengawalan hakisan tanah adalah:Melindungi permukaan tanahmengelakkan pengaliran air drpd melalui saluran sempitMengurangkan kelajuan larian air

  • Kaedah untuk mencegah hakisan tanah:1. Menanam penutup bumi- Jenis tumbuhan kekacang:Centrosema pubescensCalopogonium mucunoides- tugasnya ialah menutup permukaan tnh dgn sempurna.- kekacang blh mengikat nitrogen dan akan meningkat kesuburan tanah jika sisa tumbuhan digaulkan dgn tanah.

  • Centrosema pubescens

  • Calopogonium mucunoides

  • Kaedah untuk mencegah hakisan tanah:2. Membuat teresBertujuan utk mengelakkan air hujan drpd mengalir terus menerusi lereng-lereng bukit.Memperlahankan larian air.

  • Kaedah untuk mencegah hakisan tanah:3. Menanam mengikut konturKawasan-kawasan yg curam yg ditanam dengan tanaman getah dan kelapa sawit Dengan menggunakan penanaman mengikut kontur akan dpt mengelakkan air hujan drpd mengalir menuruni sepanjang lereng bukit.4. Membuat sungkupan

  • Kaedah untuk mencegah hakisan tanah:5. Menanam secara jalurPokok ditanam mengikut jalur yg merentasi lereng bukit atau kawasan curam. Tujuannya ialah utk mengelakkan air drpd mengalir terus di sepanjang kawasan curam.Mengelakkan tanah dibawa lari oleh air.6. Membina sistem perparitanSistem saliran yg terdiri drpd parit-parit blh memindahkan air yg berlebihan dr permukaan tanah.

    *****