61457369 asas gimnastik

33
MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN MAKTAB PERGURUAN RAJA MELEWAR SEREMBAN

Upload: st-henry-aliee

Post on 13-Aug-2015

182 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

Page 1: 61457369 Asas Gimnastik

MODUL PENGAJARAN

PENDIDIKAN JASMANI

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN MAKTAB PERGURUAN RAJA MELEWAR

SEREMBAN

Page 2: 61457369 Asas Gimnastik

Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah)

Pendidikan Jasmani

Minor

Page 3: 61457369 Asas Gimnastik

ASAS GIMNASTIK 

 

Gimnastik artistik adalah jenis pergerakan yang menekankan empat aktiviti utama

iaitu ketangkasan, imbangan, lombol dan hamburan. Keempat-empat aktiviti utama tersebut dibahagikan kepada enam pola

pergerakan yang dominan iaitu pendaratan, statik, gerak edar, putaran,

hamburan dan hayunan.

Page 4: 61457369 Asas Gimnastik

 

Pola-pola ini menjadi asas untuk perkembangan kemahiran gimnastik artistik. Kemahiran asas bagi setiap

pola pergerakan adalah sebagai asas persediaan pelajar mempelajari

kemahiran-kemahiran yang lebih sukar dalam gimnastik artistik.

Page 5: 61457369 Asas Gimnastik

Bagi setiap pola pergerakan, konsep kognitif penting diutamakan iaitu :

1. Pendaratan

Ianya merupakan fasa akhir dalam setiap lakuan. Penyerapan daya akan lebih berkesan apabila dilakukan dengan merendahkan pusat graviti dimana lutut dan pergelangan kaki dibengkokkan. 

Page 6: 61457369 Asas Gimnastik

 2.  Statik / Kestabilan  

Kestabilan boleh diperolehi apabila seseorang itu berakhir dalam keadaan statik bermaksud keupayaan badan untuk kembali ke posisi yang seimbang selepas ianya dipindahkan/digerakkan. Kestabilan tertakluk pada kedudukan pusat graviti

Stabiliti.

Kedudukan pusat graviti yang lebih rendah adalah lebih Kedudukan pusat graviti yang terhampir dengan pusat tapak adalah lebih stabil. Semakin luas tapak adalah lebih stabil

Page 7: 61457369 Asas Gimnastik

3.   Gerak Edar 

Pergerakan dari satu tempat ke satu tempat disertai dengan pemindahan pusat graviti akan mengakibatkan

pergerakan. Bagi setiap pergerakan badan akan dipengaruhi oleh masa, daya, aliran dan ruang.

Page 8: 61457369 Asas Gimnastik

  4.   Putaran 

Setiap putaran tertakluk kepada jejari. Semakin kecil jejari akan

mengakibatkan semakin pantas putaran sedangkan semakin besar jejari akan menyebabkan semakin perlahan putarannya. 

Page 9: 61457369 Asas Gimnastik

5. Hamburan 

Untuk menggerakkan sesuatu objek, daya diperlukan. Dengan

mengaplikasikan daya, objek tersebut akan bergerak mengikut arah daya itu bertindak. Prinsip aksi dan reaksi juga penting dalam menghasilkan hamburan dimana setiap aksi mempunyai reaksi yang sama dan bertentangan dengannya. Contohnya Hambur Arnab. 

Page 10: 61457369 Asas Gimnastik

6.  Hayunan 

Daya pergerakan dalam sesuatu pergerakan boleh dipercepatkan lagi dengan menambah unsur-unsur hayunan seperti menghayun hujung kaki. Contohnya hayunan pada palang. 

Page 11: 61457369 Asas Gimnastik

Sewaktu melakukan kemahiran-kemahiran gimnastik beberapa kriteria perlu diberikan pertimbangan yang utama antaranya : 

Page 12: 61457369 Asas Gimnastik

1.      Pergerakan

Pergerakan yang sempurna adalah hasil dari teknik yang betul. Sesuatu pergerakan yang kompleks mestilah dilakukan yang asas dahulu melalui proses ansur majunya.

 

Page 13: 61457369 Asas Gimnastik

2.   Rangkaian

  Rangkaian merupakan gabungan dari kemahiran-kemahiran asas seperti

kemahiran imbangan,ketangkasan dan lombol. Satu rangkaian pergerakan yang sempurna adalah apabila ianya terlaksana dengan licin dan berterusan

Page 14: 61457369 Asas Gimnastik

3.   Kecergasan 

Kecergasan amat penting untuk membantu pelaku menghasilkan gerakan-gerakan dalam gimnastik artistik. Aktiviti regangan, kelenturan, kekuatan serta daya tahan seharusnya dilakukan terlebih dahulu sebelum memulakan kemahiran.

Page 15: 61457369 Asas Gimnastik

3.   Nilai Kinestetik dan Estetik 

Penghayatan keindahan dan kecantikan postur sesuatu pergerakan dapat ditonjolkan dengan kefahaman gerakan- gerakan otot dan anggota badan dalam usaha menerapkan nilai kinestetik dan estetik. 

Page 16: 61457369 Asas Gimnastik

4.  Postur dan keyakinan diri 

Postur yang betul perlu ditegaskan dari awal, sewaktu memulakan, semasa melakukan dan sewaktu mengakhiri aktiviti ketika mendarat. Dengan menerapkan prinsip ansur maju sewaktu pelaksanaan secara tidak langsung akan memupuk

keyakinan diri pelaku. 

Page 17: 61457369 Asas Gimnastik

5.   Alatan 

Segala alatan yang digunakan haruslah dipastikan

kesempurnaannya dan ketinggiannya bersesuaian dengan kebolehan dan keupayaan pelajar. Alat reka ganti boleh digunakan sebagai menggantikan alat sebenardengan syarat dipastikan dari segi kesesuaian dan keselamatan. 

Page 18: 61457369 Asas Gimnastik

1. PENDARATANContoh aktiviti:

1.1 Lompatan ke hadapan dari peti lombol dua tingkat dan mendarat dengan dua kaki

1.2 Lompatan ke sisi dari peti lombol dua tingkat dan mendarat dengan dua kaki

1.3 Lompatan dari peti lombol dua tingkat pusing 180 darjah dan mendarat dengan dua belah kaki 1.4 Larian satu atau dua langkah melonjak dengan dua belah kaki di atas papan anjal dan mendarat dengan dua belah kaki

Page 19: 61457369 Asas Gimnastik

2. STATIK / KESTABILAN

Contoh Aktiviti:

2.1 Dirian Y2.2 Sokong depan dengan dua belah

tangan2.3 Sokong sisi dengan dua belah

tangan2.4 Imbangan skala ke depan2.5 Imbangan skala sisi2.6 Imbangan Y ke sisi

Page 20: 61457369 Asas Gimnastik

3. GERAK EDAR

Contoh Aktiviti:

3.1 Gerak Edar Asas

3.1.1 Berjalan3.1.2 Berlari3.1.3 Skip3.1.4 Gelongsor

Page 21: 61457369 Asas Gimnastik

3.2 Langkah ke sisi

3.2.1 kaki tanpa bersilang3.2.2 kaki bersilang3.2.3 gelongsor

3.3 Bergerak dengan sokongan tanganhadapan dan belakang

contoh aktiviti:

3.3.1 Bergerak ke hadapan3.3.2 Bergerak ke belakang

Page 22: 61457369 Asas Gimnastik

4. PUTARAN

Contoh Aktiviti:

4.1 Lompat dan pusing 180 darjah4.2 Guling sisi4.3 Guling depan4.4 Guling bahu4.5 Roda Kereta

Page 23: 61457369 Asas Gimnastik

5. HAMBURANContoh Aktiviti:

5.1 Lompat Dakap5.2 Lompat Kangkang5.3 Lompat Layang5.4 Lompat Rusa5.5 Lompat melintasi bangku

panjang5.6 Lari dua / tiga langkah,

lonjak ke atas peti lombol tiga tingkat

Page 24: 61457369 Asas Gimnastik

6. HAYUNAN

Contoh Aktiviti:

6.1 Duduk berimbang dan menjongkangjongkit

6.2 Hayunan kaki pada sokongan angan

6.3 Gayut sambil menghayun

Page 25: 61457369 Asas Gimnastik

5.7 Lombol

5.7.1 Lombol Tegak Lalu5.7.2 Lombol Tegak Kangkang5.7.3 Lombol Pencuri5.7.4 Lombol Sisi

Page 26: 61457369 Asas Gimnastik

Panduan mengajar Gimnastik

1. Guru tidak perlu melakukan tunjuk cara sesuatu kemahiran, tetapi dengan butir

mengajar yang jelas dan tepat, guru gunakan seorang pelajar untuk tujuan tunjuk cara.2. Masalah disiplin akan timbul jika pelajar

dibahagikan kepada kumpulan yang besar atau barisan yang panjang. Ini akan menyebabkan masa menunggu yang lama

dan murid menjadi bosan.

Page 27: 61457369 Asas Gimnastik

3. Seorang guru gimnastik akan berdiri di tempat dari mana ia dapat memerhati semua pelajar dalam kelas. Jika ada beberapa stesen aktiviti dijalankan, guru dikehendaki berdiri berhampiran dengan stesen aktiviti yang sukar.

Page 28: 61457369 Asas Gimnastik

4. Keselamatan merupakan satu perkara yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran gimnastik:

4.1 Alat yang selamat dan sesuai4.2 Arahan yang jelas dan tepat4.3 Prinsip ansur maju untuk setiap

pecahan kemahiran yang sukar4.4 Gunakan tilam atau kawasan berumput4.5 Memanaskan badan / gerak kendur4.6 Pelajar tahu teknik sokongan yang

betul

Page 29: 61457369 Asas Gimnastik

RUMUSAN

Asas Gimnastik adalah satu daripada kemahiran yang penting dalam aktiviti pendidikan pergerakan. Pelbagai cara dan pendekatan yang telah dicadangkan adalah merupakan pengetahuan penting untuk melakukannya dalam bentuk amali. Anda perlu peka dengan langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti asas gimnastik kerana kelalaian boleh mengakibatkan kemalangan. Antara pola-pola pelakuan tersebut termasuklah aktiviti gulingan, imbangan dan lombol.

Page 30: 61457369 Asas Gimnastik

PENILAIAN KENDIRI

Page 31: 61457369 Asas Gimnastik

REFLEKSI

Page 32: 61457369 Asas Gimnastik

PANEL PEMBINAAN MODUL PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Pengerusi : En. Jasman B. HussinPenyelaras : Tn Hj Mohd Nasir B Mohd

IdrisSetia Usaha : Pn. Suraya Bibi Bt AK BapottiPerisian Modul : Pn. NorAshikin Bt Abd Talib En. Roslan B Mohd Shah Pn. Darinda Bt Asari En. Shamsudin B Mohd Shariff En. Jamaluddin B Ahmad En. Idris B Mohamad Pn. Inon Bt AdamFormat & Grafik : En. Tan Kait Keong

Page 33: 61457369 Asas Gimnastik

Sekian

Terima kasih