61182739 artikulasi konsonan dan diftong bahasa melayu

31
JABATAN PENGAJIAN MELAYU IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS, PAHANG. PENSYARAH KURSUS: EN.MOHD. ASRI BIN ABDUL RAZAK

Upload: vellashene-vella

Post on 14-Dec-2015

292 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

konsonan

TRANSCRIPT

Page 1: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

JABATAN PENGAJIAN MELAYUIPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZANKUALA LIPIS, PAHANG.

PENSYARAH KURSUS: EN.MOHD. ASRI BIN ABDUL RAZAK

Page 2: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

Konsonan

Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-

paru. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk

hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian

sekejap-sekejap.

Page 3: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

ARTIKULASI KONSONAN

Bunyi-bunyi konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa selain bunyi vokal, sama ada bersuara atau tidak bersuara, yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru menerima sekatan atau geseran, yang berlaku dalam rongga mulut, rongga tekak atau rongga hidung.

Page 4: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

CIRI-CIRI BUNYI KONSONAN

• Bunyi-bunyi konsonan mempunyai ciri-ciri berikut:-

i. Ada konsonan yang bersuara dan ada konsonan yang tidak bersuara, bergantung sama ada pita suara digetarkan atau tidak.

ii. Arus udara yang keluar dari paru-paru menerima sekatan atau geseran.

iii.Ada konsonan sengau dan ada konsonan tidak sengau, bergantung kepada keadaan lelangit lembut semasa bunyi itu dihasilkan.

Page 5: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

i. Keadaan glotis• Jika glotis dirapatkan dan pita suara

bergetar apabila arus udara keluar dari paru-paru, menghasilkan bunyi suara.

• Jika glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, menghasilkan bunyi tidak bersuara.

ii. Keadaan lelangit lembut• Jika lelangit lembut dinaikkan, bunyi-bunyi

konsonan yang dihasilkan bersifat bunyi-bunyi oral.

• Jika lelangit lembut diturunkan, udara dari paru-paru dapat keluar melaui rongga hidung, menghasilkan bunyi-bunyi sengau atau bunyi nasal.

Page 6: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

iii. Cara arus udara• Udara yang keluar dari paru-paru yang akan

menghasilkan pelbagai kategori bunyi konsonan iaitu konsonan letupan, konsonan letusan, konsonan geseran, konsonan sengau, konsonan sisian, konsonan getaran dan separuh vokal.

iv. Sentuhan antara alat artikulasi• Sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah

artikulasi yang akan menghasilkan pelbagai bunyi konsonan, antaranya konsonan dua bibir, konsonan bibir gigi, konsonan gigi, konsonan gelungan, konsonan gusi-lelangit keras , konsonan lelangit lembut dan konsonan anak tekak.

Page 7: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

CARA MENGHASILKAN BUNYI KONSONAN

i. Bunyi-bunyi konsonan dalam bahasa Melayu dihuraikan mengikut cara penghasilanya, iaitu dari segi cara arus udara keluar dari paru-paru.

ii. Terdapat tujuh jenis konsonan asli dalam bahasa Melayu, iaitu letusan, letupan, geseran, getaran, sisian, sengau dan separuh vokal.

Page 8: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

KONSONAN LETUSAN

• Konsonan letusan dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi.

• Pertemuan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi ini menyekat arus udara dari paru-paru.

• Kemudiannya, sekatan ini dilepaskan perlahan-lahan, menghasilkan bunyi letusan.

• Dalam bahasa Melayu, terdapat hanya sepasang konsonan letusan, iaitu letusan gusi-lelangit keras tak bersuara [c] dan bersuara [j].

Page 9: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

KONSONAN LETUSAN

• Cara menghasilkan konsonan letusan adalah dengan cara:

i. Depan lidah ditemukan dengan daerah antara gusi dengan lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.

ii. Arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan antara depan lidah dengan gusi-lelangit keras.

iii.Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan perlahan-lahan.

Page 10: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

KONSONAN LETUSAN

• Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, maka terhasillah konsonan letusan gusi-lelangit keras tidak bersuara [c].

• Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, maka terhasillah konsonan letusan gusi-lelangit keras bersuara [j].

• Contoh penggunaan dalam perkataan:cuka jumlahbaca panjiMac caj

Page 11: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

KONSONAN LETUPAN

Konsonan letupan (atau hentian atau plosive) dihasilkan dengan membuat sekatan di antara alat artikulasi.

Pertemuan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi ini menyekat arus udara dari paru-paru.

Sekatan ini kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta, menghasilkan bunyi letupan.

Page 12: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

LETUPAN DUA BIBIR

• Cara menghasilkan konsonan letupan dua bibir adalah:

i. Merapatkan bibir bawah ke bibir atas dan udara dari peparu tertahan dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak.

ii. Arus udara keluar dari paru-paru melaui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan dua bibir.

iii.Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan dengan serta-merta.

Page 13: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

LETUPAN DUA BIBIR

• Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, dan bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p].

• Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir bersuara [b].

• Contoh penggunaan dalam perkataan:pakar bungkusapi abaditiap sebab

Page 14: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

LETUPAN GUSI

• Cara menghasilkan konsonan letupan gusi adalah:

i. Merapatkan hujung lidah ke gusi dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak.

ii. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tertahan dan tersekat di belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gusi.

iii.Kemudian, sekatan itu dilepaskan dengan serta- merta.

Page 15: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

LETUPAN GUSI

• Jika semasa penghasilan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan gusi tidak bersuara [t].

• Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, yang terhasil ialah letupan gusi bersuara [d].

• Contoh penggunaan dalam perkataan:tiap datinatas adegan

Page 16: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

LETUPAN LELANGIT LEMBUT

• Cara menghasilkan konsonan letupan lelangit lembut adalah:

i. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut.ii. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga

mulut dan tersekat di belakang pertemuan di antara belakang lidah dengan lelangit lembut.

iii.Kemudiannya, sekatan tersebut dilepaskan dengan serta-merta.

Page 17: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

LETUPAN LELANGIT LEMBUT

• Jika semasa penghasilan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].

• Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut bersuara [g].

• Contoh perkataan:kapak gilalaksa sagu

Page 18: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

HENTIAN GLOTIS

• Konsonan hentian glotis dihasilkan dengan cara:i. Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya dan lelangit

lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.

ii. Arus udara dari paru-paru dan tersekat di belakang rapatan pita suara.

iii. Rapatan itu kemudiannya dilepaskan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Justeru, terhasillah bunyi hentian glotis.

iv. Hentian glotis di akhir perkataan-perkataan yang dieja dengan huruf k, misalnya:

[budak][kapak][tidak]

Page 19: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

KONSONAN GESERAN

Konsonan geseran ( atau frikatif) dihasilkan dengan membuat sempitan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi.

Arus udara dari paru-paru dapat keluar antara sempitan ini dan bergeser.

Dalam bahasa Melayu terdapat dua konsonan geseran asli, iaitu konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] dan konsonan geseran glotis [h].

Page 20: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

GESERAN GUSI TIDAK BERSUARA

• Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] dihasilkan dengan cara:

i. Hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi.ii. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang dinding

rongga tekak.iii. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut

dan dibiarkan bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dengan gusi.

iv. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar.v. Maka terhasilkan konsonan geseran gusi tak bersuara [s].vi. Contoh perkataan:

SemutAsapKeras

Page 21: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

GESERAN GLOTIS

• Konsonan geseran glotis [h] dihasilkan dengan cara:

i. Glotis terbuka luas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.

ii. Arus udara dari paru-paru keluar bergeser tanpa gangguan dan keadaan dalam rongga mulut seperti menghasilkan bunyi-bunyi vokal.

iii.Contoh kehadiran dalam perkataan:HutanSahajaSuluh

Page 22: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

KONSONAN GETARAN

Konsonan getaran dihasilkan tanpa sebarang sekatan atau sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi dalam rongga mulut, tetapi dengan cara menggetarkan lidah.

Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan getaran, iaitu konsonan getaran gusi [r].

Page 23: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

KONSONAN GETARAN

• Cara menghasilkan bunyi [r] ini adalah:i. Mengangkat hujung lidah kearah gusi dan

menggetarkan hujung lidah.ii. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding

belakang rongga tekak.iii.Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. iv.Contoh kehadiran dalam perkataan:

RambutSeruSukar

Page 24: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

KONSONAN SISIAN

Konsonan sisian dihasilkan dengan mengeluarkan udara di kiri dan kanan lidah dalam rongga mulut.

Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan sisian, iaitu sisian gusi [l].

Page 25: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

KONSONAN SISIAN

• Konsonan sisian gusi [l] dihasilkan dengan cara: i. Hujung lidah diangkat kea rah gusi atas dan

lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.

ii. Arus udara dari paru-paru keluar melaui kiri dan kanan lidah (sisi lidah).

iii.Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. iv.Contoh kehadiran dalam perkataan:

LambatTualaCekal

Page 26: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

KONSONAN SENGAU

• Konsonan sengau dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi di dalam rongga mulut.

• Lelangit lembut diturunkan, membenarkan arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga hidung.

• Satu perbezaan antara bunyi-bunyi sengau dengan bunyi-bunyi lain ialah hakikat bahawa sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi sengau, arus udara keluar melaui rongga hidung oleh sebab lelangit lembut diturunkan.

• Dalam bahasa Melayu terdapat empat konsonan sengau, iaitu konsonan sengau dua bibir [ɲ ], dan konsonan sengau lelangit lembut [ŋ ].

Page 27: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

KONSONAN SENGAU DUA BIBIR

• Konsonan sengau dua bibir [m] dihasilkan dengan bibir bawah dirapatkan ke bibir atas, lelangit lembut diturunkan dan arus dari paru-paru keluar melaui rongga hidung.

• Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar . • Contoh kehadiran dalam perkataan:

MalamAmanSiam

Page 28: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

KONSONAN SENGAU GUSI

• Konsonan sengau gusi [n] dihasilkan dengan hujung lidah ditemukan dengan gusi atas.

• Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung.

• Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.• Contoh kehadiran dalam perkataan:

NampakTanakDaun

Page 29: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

KONSONAN SENGAU GUSI LELANGIT KERAS

• Konsonan sengau lelangit keras [ɲ] dihasilkan dengan depan lidah ditemu atau dirapatkan ke langit keras.

• Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga hidung.

• Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. • Oleh sebab lambang [ɲ] tidak ada pada mesin taip,

dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu, konsonan ini dilambangkan dengan dua huruf iaitu ny.

• Contoh kehadiran dalam perkataan:NyawaAnyam

Page 30: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

KONSONAN SENGAU LELANGIT LEMBUT

• Konsonan sengau lelangit lembut [ŋ ] dihasilkan dengan belakang lidah diangkat ke lelangit lembut.

• Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga hidung.

• Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.• Dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu,

konsonan ini juga dilambangkan dengan dua huruf, iaitu ng.

• Contoh kehadiran daalam perkataan:NgiluAnganBising

Page 31: 61182739 Artikulasi Konsonan Dan Diftong Bahasa Melayu

SEKIAN…