6.1 struktur & fisiologi sistem gastros usus

138
-Sistem Pencernaan / Sistem penghadaman / Sistem Digestif -Merupakan gabungan - kanal alimentari (Mulut – Anus) , Sistem Aksessori (Hepar , Pundi hempedu , Pankreas dan kelenjar liur) dan proses pencernaan di pelbagai peringkat kanal alimentari untuk membolehkan makanan dalam diet diserap serta digunakan oleh sel- sel tubuh -Kanal alimentari melewati kaviti toraks , abdomen dan kaviti pelvis SISTEM ALIMENTARI Sistem Alimentari

Upload: firdaus-daus

Post on 02-Jan-2016

353 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

asjcabwiqhfjqk

TRANSCRIPT

Page 1: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

-Sistem Pencernaan / Sistem penghadaman / Sistem Digestif

-Merupakan gabungan - kanal alimentari (Mulut – Anus) , Sistem Aksessori (Hepar , Pundi hempedu , Pankreas dan kelenjar liur) dan proses

pencernaan di pelbagai peringkat kanal alimentari untuk membolehkan makanan dalam diet

diserap serta digunakan oleh sel- sel tubuh

-Kanal alimentari melewati kaviti toraks , abdomen dan kaviti pelvis

SISTEM ALIMENTARI

Sistem Alimentari

Page 2: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Organ trek Alimentari

1. Oral2. Farinks (Oro & Laringofarinks)3. Esofagus4. Gaster5. Usus kecil6. Kolon7. Anus

Organ aksessori trek alimentari

1. 3 pasang kelenjar liur2. Trek biliari & pundi hempedu3. Pankreas4. Hepar

Page 3: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

SISTEM ALIMENTARI

9 BAHAGIAN ABDOMEN

1. Hipokondriak Kanan2. Epigastrium3. Hipokondriak Kiri4. Lumbar Kanan5. Umbilikal6. Lumbar Kiri7. Iliak Kanan8. Hipogastrium9. Iliak Kiri

Page 4: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

ORGAN-ORGAN KAVITI ABDOMEN

SISTEM ALIMENTARI

Page 5: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

- Merupakan saluran yang panjang , bermula dari mulut hingga ke anus

- Merupakan trek perjalanan bagi makanan yang telah dimakan , dicerna , diserap dan dikumuh

- Walaupun pada hakikatnya mempunyai struktur yang sama , namun setiap bahagian trek alimentari ini diberi nama yang berlainan seperti berikut :-

1. Mulut (termasuk gigi)2. Farinks (oro & laringo farinks)3. Esofagus4. Gaster5. Usus kecil

6. Usus besar / kolon7. Rektum8. Kanal anus

SISTEM ALIMENTARI

Organ-organ Alimentari

Page 6: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Treks alimentari

SISTEM ALIMENTARI

Page 7: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Merupakan organ-organ yang terlibat dalam proses pencernaan baik secara langsung maupun tidak langsung

- Sesetengahnya berupa kelenjar atau selaput sel (baik di dalam maupun di luar kanal) yang merembeskan rembesan ke dalam kanal alimentari bagi tujuan proses pencernaan

- Organ-organ aksessori adalah seperti berikut :-

1. 3 pasang kelenjar liur2. Pankreas3. Hepar 4. Pundi hempedu dan trek biliari

SISTEM ALIMENTARI

Organ-organ aksessori untuk sistem alimentari

Page 8: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

SISTEM ALIMENTARI

Page 9: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

SISTEM ALIMENTARI

- Mempunyai bentuk struktur yang konsisten bermula dari esofagus hingga ke anus

- Struktur ini tidak sama dengan struktur di mulut

- Di sini akan dihuraikan struktur yang terdapat di esofagus hingga ke anus

- Dinding trek alimentari terdiri dari 4 lapisan tisu :-

1. Lapisan Adventitia 2. Lapisan otot3. Lapisan Submukosa4. Lapisan membran mukus

STRUKTUR SISTEM ALIMENTARI

Page 10: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

SISTEM ALIMENTARI

STRUKTUR TREK ALIMENTARI

Page 11: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

1. Lapisan Adventitia

Terbahagi kepada 2 :-1. Di bahagian toraks – Tisu fibrous longgar2. Di dalam abdomen – Membran serous dipanggil

peritoneumPeritoneum

-Membran serous terbesar dalam badan manusia-Terdapat 2 lapisan

1. Peritoneum Parietal – Lapisan luar (menyelaputi dinding abdomen)

2. Peritoneum Viseral – Lapisan dalam (menyelaputi organ / visera)

-Bertindak sebagai kantung tertutup yang mengandungi organ

SISTEM ALIMENTARI

Page 12: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Peritoneum

Peritoneum menyelaputi :-- Permukaan superior organ-organ pelvik- Gaster dan usus – hampir keseluruhan bahagiannya dibungkus peritoneum yang berpunca dari belakang- Pankreas , limpa , ginjal dan kelenjar adrenal – diselaputi hanya di bahagian depannya oleh peritoneum yang berpunca dari belakang- Hepar – hampir keseluruhan diselaputi peritoneum yang melekat pada permukaan inferior diafragma- Salur darah dan saraf yang dibekalkan ke organ-organ masuk melalui lipatan peritoneum

SISTEM ALIMENTARI

Page 13: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

SISTEM ALIMENTARI

Page 14: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

- Terdiri dari 2 lapisan otot licin / involuntari- Lapisan luar – tersusun secara ‘longitudinal’- Lapisan dalam – tersusun secara ‘circular’- Di antara kedua lapisan di atas (luar & dalam) –

terdapat salur darah , salur limfa dan pleksus saraf simpatetik dan saraf parasimpatetik yang juga dipanggil Pleksus Mesenterik atau Pleksus Auerbach

- Kontraksi kedua lapisan otot ini dikenali sebagai peristalsis – yang akan menolak kandungannya secara sehala dan sekali gus mencampurkan makanan dengan cecair pencernaan

SISTEM ALIMENTARI

2. Lapisan otot

Page 15: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

- Pergerakan makan akan tertangguh di beberapa sfinkter yang bertujuan untuk membolehkan proses digesi dan penyerapan berlaku.

2. Lapisan otot

- Terdiri dari tisu perantara yang longgar dan serat kenyal

- Terdapat arteriol , venul dan kapillari berserta saluran limfa dan tisu-tisu limfoid dan pleksus Meissner (saraf simpatetik & parasimpatetik) yang dibekalkan ke lapisan submukus

SISTEM ALIMENTARI

3. Lapisan Submukus

Page 16: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

- Lapisan ini mempunyai 3 fungsi utama :-

1. Melindungi2. Merembes mukus3. Menyerap

- Terdiri dari lapisan epitelium skuamosa berstratum dengan kelenjar (sel goblets) yang merembes mukus di bawah permukaannya

SISTEM ALIMENTARI

4. Membran mukus

Page 17: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

4. Membran mukus

- Sel epitelium kolumnar dengan sel-sel goblet yang merembes mukus akan menjadi pelincir dan juga melindungi dinding usus dari enzim digestif

- Di bawah permukaan lapisan submukus terdapat sel-sel khusus atau kelenjar yang akan merembes jus-jus digestif yang mengandungi enzim yang secara kimianya membantu dalam penguraian makanan

- Di bawah lapisan ini juga terdapat tisu-tisu limfoid

SISTEM ALIMENTARI

Page 18: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Bekalan saraf – Sistem Alimentari

Sistem Saraf Autonomik

1. Saraf Parasimpatetik (Proksimal – Saraf Vagus & Distal – Saraf Sakral)- Merangsang kontraksi otot- Merangsang rembesan jus-jus digestif

2. Saraf Simpatetik (Saraf dari Korda Spina – membentuk pleksus di torak , abdomen dan pelvis)- Merencat kontraksi otot- Merencat rembesan kelenjar-kelenjar

SISTEM ALIMENTARI

Page 19: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

1. Bahagian toraksEsofagus – Arteri Esofagus

2. Bahagian Abdomen & Pelvis Trek Alimentari , pankreas , hepar dan trek biliari – ‘Coeliac Artery’ dan ‘ Superior & Inferior Mesentric Artery’

‘Coeliac Arteri’

Bercabang 3 :-

1. ‘Left Gastric Artery’2. ‘Spleenic Artery’3. ‘Hepatic Artery’

Membekal ;-Gaster / duodenum / pancreas / limpa / hepar / pundi hempedu dan duktus hempedu

SISTEM ALIMENTARI

Bekalan darah – Sistem Alimentari

Page 20: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

COELIAC ARTERY

Bekalan darah – Sistem AlimentariSISTEM ALIMENTARI

Page 21: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

‘Superior Mesentric Artery’

Membekal :-

- Usus kecil / Sekum / Kolon menurun / sebahagian besar kolon melintang

‘Inferior Mesenteric Artery’

Membekal :-

- Sebahagian kecil kolon melintang / kolon menurun / kolon pelvik dan rektum

Bekalan darah – Sistem Alimentari

SISTEM ALIMENTARI

Page 22: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Bekalan darah – Sistem Alimentari

SUPERIOR & INFERIOR MESENTERIC ARTERY

SISTEM ALIMENTARI

Page 23: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Darah disalirkan :-

1. Bahagian torak

- Vena Azygos (masuk ke SVC) & Vena Hemiazygos (masuk ke Vena Brachiocephalic

Kiri) - Vena Gastric Kiri (Esofagus bawah)

2. Abdomen & pelvis

- Vena Portal (Esofagus bawah / Gaster / Pancreas / Usus kecil & besar dan Rektum)- Darah – kaya zat makanan dibawa ke hepar

dan kemudian ke Inferior Vena Cava

SISTEM ALIMENTARI

Saliran Vena

Page 24: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

SISTEM ALIMENTARI

Page 25: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

- Tempat makanan mula masuk

- Di kelilingi struktur-struktur :-

Anterior – BibirPosterior – bersambung dengan faringLateral – Otot pipiSuperior – Lelangit keras & lembutInferior – Lidah dan tisu lembut

- Kaviti oral diselaputi membran mukus yang terdiri dari epitelium skuamosa berstrata yang mengandungi kelenjar yang merembes mukus

SISTEM ALIMENTARI

MULUT / KAVITI ORAL

Page 26: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

SISTEM ALIMENTARI

Page 27: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Palate / lelangit

- Terbahagi kepada 2 :-

1. Lelangit keras2. Lelangit lembut

- Membentuk bumbung mulutUvula

- Anak tekak yang bergantung (di tengah) dari kesinambungan lelangit lembut

Tonsil

- Tisu limfa yang bertindak sebagai penapis serta memerangkap bakteria yang terdapat di dalam makanan yang kita makan

SISTEM ALIMENTARI

Page 28: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

- Organ muskular (berotot) – otot voluntari- Mengisi lantai mulut- Pangkal lidah melekat pada tulang hyoid- Lidah bercantum dengan lantai mulut oleh selaput

mukus yang dipanggil Frenulum- Permukaan superior lidah terdapat banyak

papillae (projeksi yang mengandungi hujung saraf yang peka terhadap perisa makanan yang dipanggil tunas perasa / ‘taste bud’

- Tunas perasa terbahagi kepada 3 jenis :-

1. Vallate Papillae2. Filiform papillae3. Fungiform papillae

SISTEM ALIMENTARILidah

Page 29: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

SISTEM ALIMENTARI

Page 30: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

1. Vallata Papillae

- Sekitar 12 – 18 vallata papillae- Disusun seperti dalam bentuk huruf ‘V’- Merupakan tunas perasa yang paling besar- Boleh dilihat dengan jelas

2. Filliform papillae

- Kebanyakkannya terdapat di hujung lidah - Lebih kecil dan lebih banyak dari Vallatapapillae

3. Fungiform papillae- Tunas perasa yang paling banyak dan paling

kecil- Terdapat pada bahagian 2/3 anterior lidah

SISTEM ALIMENTARI

Page 31: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Bekalan darah ke lidah

Dibekalkan – Cabang lingual – Arteri karotidDisalirkan – Vena lingual yang bersambung ke vena

jugular internal

Bekalan saraf ke lidah

- Saraf Hipoglossal (saraf kranial ke 12) – membekal saraf ke otot voluntari lidah

- Cabang lingual – Saraf Mandibular yang membekal sensasi seperti suhu , sentuhan dan sakit

- Saraf Fasial dan Saraf Glossopharyngeal (saraf kranial ke 7 & 9 ) – merupakan saraf istimewa untuk merasa perisa makanan

SISTEM ALIMENTARI

Page 32: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Fungsi lidah

Membantu dalam :-

1.Pengunyahan2.Penelanan3.Percakapan4.Merasa perisa makanan

SISTEM ALIMENTARI

Page 33: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

- Struktur yang tertanam di bahagian alveolar atau soket tulang mandibel dan maksilla

- Setiap orang mempunyai 2 set gigi :-

1. Gigi susu (Decidous teeth)

2. Gigi kekal (Permanent teeth)

SISTEM ALIMENTARI

Gigi

Page 34: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Gigi susu (Decidous teeth)

- Tidak kekal (sementara)

- Jumlah bilangan 20 batang (10 batang di rahang atas & 10 batang di rahang bawah

- Terdiri dari :-

• 8 insisor

• 4 kanine (taring)

• 8 molar

- Mula tumbuh semasa berusia sekitar 6 bulan dan lengkap (20 batang) sekitar 24 bulan

SISTEM ALIMENTARI

Page 35: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

SISTEM ALIMENTARI

Page 36: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Gigi kekal (Permanent teeth)

- Menggantikan gigi susu pada usia sekitar 6 tahun ke atas

- Jumlah bilangan 32 batang (16 di atas & 16 di bawah)

- Terdiri dari :-

• 8 insisor• 4 kanine (taring)• 8 premolar• 12 molar

- Lengkap pada usia 24 tahun ke atas

SISTEM ALIMENTARI

Page 37: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

SISTEM ALIMENTARI

Page 38: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Mengoyak makananMengisar makanan

Struktur gigi

Bentuk gigi berbeza mengikut jenis

SISTEM ALIMENTARI

Page 39: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Struktur gigi

- Secara umumnya gigi terdiri dari :-

1. Korona – bahagian gigi yang terkeluar dari bahagian gusi

2. Akar – bahagian gigi yang tertanam dalam bahagian alveolar tulang maksilla & mandibel

3. Leher – bahagian tengan (genting) di antara korona dan akar

SISTEM ALIMENTARI

Page 40: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Struktur gigi

SISTEM ALIMENTARI

Page 41: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Pulpa gigi

– bahagian tengah gigi yang berongga mengandungi salur darah , salur limfa dan saraf

Dentin

– bahagian gigi di antara pulpa dengan enamel

Enamel

– bahagian gigi yang paling keras

Akar gigi

– tertanam dalam soket serta ditimbun oleh simen gigi

Struktur gigiSISTEM ALIMENTARI

Page 42: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Bekalan darah ke gigi

- Bekalan – cabang Arteri Maksilla- Disalirkan – ke vena jugular internal

Bekalan saraf ke gigi

-Dari cabang saraf Trigeminal (saraf kranial ke 5 ) a. Saraf Maksillab. Saraf Mandibel

Fungsi gigi

1. Mengoyak2. Menghancur3. Mengunyah4. Mengisar

Makanan

5. Membantu dalam percakapan

SISTEM ALIMENTARI

Page 43: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Farinks

SISTEM ALIMENTARI

Page 44: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

- Terbahagi kepada 3 bahagian :-1. Naso-farinks2. Oro-farinks3. Laringo-farinks

- Makanan – akan melewati farinks sebelum ke esofagus

- Mempunyai 3 lapisan :-

1. Bahagian dalam - Lapisan membran - epitelium skuamosa

berstratum (sama seperti mulut & esofagus)

Terlibat dalam sistem pencernaan

SISTEM ALIMENTARI

Farinks

Page 45: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

2. Bahagian tengah

- Tisu fibrous mengandungi salur darah , salur limfa dan saraf

- (Tebal –di atas & nipis di bawah)

3. Bahagian luar

- Terdiri dari otot luar kawal / licin

Farinks

SISTEM ALIMENTARI

Page 46: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Bekalan darah ke farinks

Dibekal – Cabang-cabang Arteri Fasial Disalirkan – Vena Fasial & Vena Jugular Internal

Bekalan saraf ke farinks

1. Pharyngeal Plexus – gabungan saraf simpatetik & saraf parasimpatetik

2. Saraf Glossopharyngeal dan Saraf Vagus – membekal saraf parasimpatetik

SISTEM ALIMENTARI

Page 47: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

- Terdapat 3 pasang kelenjar liur yang merembes air liur ;-

1. Kelenjar Parotid (2)

2. Kelenjar Submandibular (2)

3. Kelenjar Sublingual (2)

SISTEM ALIMENTARI

Kelenjar Liur

Page 48: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Kelenjar Parotid

- Terdapat di kedua belah pipi- Di bawah telinga- Membuka di dalam mulut di paras gigi molar

kedua

Kelenjar Submandibular

- Terdapat di bahagian bawah sudut rahang- Duktus kedua kelenjar ini membuka di bahagian

lantai mulut – di kiri & kanan frenulum

Kelenjar Sublingual

- Terdapat di bawah membran mukus mulut , di hadapan kelenjar submandibular

- Duktus membuka di bahagian lantai mulut

SISTEM ALIMENTARI

Page 49: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

- Kelenjar diselaputi kapsul fibrous

- Terdiri dari lobul-lobul yang terbentuk dari alveoli dengan sel-sel perembes

- Rembesan akan disalurkan ke duktus-duktus dari kecil hingga ke besar dan seterusnya membuka ke dalam mulut

SISTEM ALIMENTARI

Struktur kelenjar liur

Page 50: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Bekalan darah ke kelenjar liur

-Dibekalkan – Arteri Karotid Eksternal-Disalirkan – Vena Jugular Eksternal

Bekalan saraf ke kelenjar liur

- Semua kelenjar dibekalkan oleh fiber saraf simpatetik dan saraf parasimfatetik

• Saraf Simpatetik – Merencat rembesan

• saraf Parasimpatetik – merangsang rembesan

SISTEM ALIMENTARI

Page 51: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

- Merupakan gabungan rembesan kelenjar liur dan rembesan mukus oleh sel-sel yang merembes mukus

- Terdiri dari ;-a. Airb. Garam mineralc. Enzim – Tailin (Ptyalin) , Amilase air liurd. Mukuse. Lisozim (Lysozymes), immunoglobin dan faktor

bekuan darah

SISTEM ALIMENTARI

Air liur

Page 52: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

- Merupakan bahagian sistem alimentari yang pertama

- Kira-kira 25 sm panjang dan 2 sm diameter- Berada di plana tengah torak di hadapan vertebra

torasik, di belakang sternum dan jantung- Bersambung dengan farinks di atas dan gaster di

bawah – di bahagian bawah diafragma- Menembusi serat otot diafragma pada paras T-10

dan melengkung bersambung dengan gaster (Melengkung – menghalang regurgitasi berlaku)

SISTEM ALIMENTARI

Esofagus

Page 53: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

SISTEM ALIMENTARI

Page 54: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Esofagus

- Bahagian atas dan bawah esofagus dikawal oleh sfinkter

- ‘Cricopharyngeal sphincter’ (di atas) – mengawal udara dari memasuki esofagus dan ‘Lower esophageal sphincter’ (Cardiac sphincter) (bawah) – menghalang kandungan gaster yang berasid dari memasuki esofagus

- Peningkatan intra abdomen – semasa inspirasi & defeakasi – akan meningkatkan tonus sfinkter bawah

SISTEM ALIMENTARI

Page 55: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Struktur esofagus

- Terdiri dari 4 jenis tisu yang telah dibincangkan dahulu

SISTEM ALIMENTARI

Page 56: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Struktur esofagus

Terbahagi kepada 3 bahagian:-

- Bahagian 1/3 proksimal (atas) – diselaputi epitelium skuamosa berstratum

- Bahagian 1/3 tengah – diselaputi gabungan tisu epitelium skuamosa berstratum dan epitelium kolumnar

- Bahagian 1/3 distal (bawah) – diselaputi epitelium kolumnar

- Bahagian 2/3 proksimal (atas) – berotot voluntari- Bahagian 1/3 bawah – terdiri dari otot licin (otot

luar kawal)

SISTEM ALIMENTARI

Page 57: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Bekalan darah ke esofagus

Dibekalkan :-

1. Bahagian toraks – ‘Oesofageal Artery’ (cabang dari aorta)

2. Bahagian abdominal – cabang ‘inferior phrenic artery dan ‘Coeliac Artery’ (cabang ‘Left gastric artery’ )

Disalirkan:-

1. Bahagian torasik – Vena ‘azygos & hemiazygos’2. Bahagian abdomen – Vena gastric kiri

Bekalan saraf-Saraf simpatetik-Saraf parasimfatetik (Saraf Vagus- S. Kranial ke 10)

SISTEM ALIMENTARI

Page 58: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Fungsi Mulut / Farinks / Esofagus & Kelenjar Liur

Makanan

Mulut Dikunyah / hancur(Jangkamasa-

bergantung kepada jenis

makanan)

GigiLidah

Otot pipi

Bolus/ Jisim lembut

Sedia untuk ditelan

SISTEM ALIMENTARI

Page 59: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Fungsi Air Liur

1. Digesi Air liurBer – PH 5.4 – 7.5Optimum – PH 6.8

Mengandungi - Amilase

Bertindak ke atas Bolus makanan

Kanji – polisakrida bertukar menjadi maltose

(disakrida)

Berhenti bertindak apabila

PH 1.5 –1.8

SISTEM ALIMENTARI

Page 60: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Fungsi Air Liur

2. Melincirkan makanan

Makanan – dibasahkan – untuk ditelan

3. Mencuci mulut

• Air liur – mencuci mulut• Enzim / lisozim / immunoglobin & Faktor

pembekuan darah – mencegah infeksi & kecederaan

SISTEM ALIMENTARI

Page 61: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Mekanisma Rembesan air liur

- Di bawah kawalan saraf autonomik (Simpatetik & Parasimpatetik)

Air Liur

Simpatetik - Vasokonstriksi

•Air liur - Sedikit•Enzim - banyak

Parasimpatetik -Vasodilatasi

•Air liur - Banyak•Enzim - Sedikit

Reflek rembesan

ApabilaRasa / lihat / hidu / fikirmakanan

SISTEM ALIMENTARI

Page 62: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Mekanisma Penelanan / ‘Deglutition’

Berlaku dalam 3 peringkat :-

1. Mulut tutup – otot voluntari (lidah & pipi) menolak bolus (makanan) ke farinks

2. Otot farinks menolak bolus ke esofagus secara peristalsisLelangit lembut – menutup nasofarinksLaring terangkat – epiglotis menutup larinks

3. Bolus dalam farinks mencetus peristalsis – menolak makanan ke esofagus dan gaster

SISTEM ALIMENTARI

Page 63: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Mekanisma Penelanan / ‘Deglutition’

PERISTALSIS

SISTEM ALIMENTARI

Page 64: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

- Organ berbentuk huruf ‘J’- Bahagian sistem Alimentari yang mendilat- Terletak di dalam kaviti abdomen , di bahagian

epigastrik , umbilikal dan hipokondriak kiri

Struktur yang berjiran dengan gaster

Anterior – Lobus kiri hepar dan dinding anterior abdomen

Posterior – ‘Abdominal Aorta’ , pankreas , limpa ginjal kiri dan kelenjar adrenal

Superior – Diafragma , esofagus dan lobus kiri heparInferior – Kolon melintang dan usus kecilDi bahagian kiri – Diapragma dan limpaDi bahagian kanan – Hepar dan duodenum

SISTEM ALIMENTARIGASTER

Page 65: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Struktur

- Bersambung dengan esofagus di bahagian ‘cardiac sphincter’ (di atas) dan dengan duodenum di orifis pilorik (di bawah)

- Gaster mempunyai 2 lengkungan - Lengkungan kecil dan lengkungan besar

- Terbahagi kepada Fundus , Badan dan Antrum

Lengkungan Kecil

- Pendek berbanding lengkungan besar- Terletak di bahagian posterior gaster- Berkesinambungan dari dinding posterior esofagus- Sebelum sfinkter pilorik , ianya melengkung ke

atas membentuk huruf ‘J’

SISTEM ALIMENTARI

Page 66: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

SISTEM ALIMENTARI

Page 67: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Lengkungan besar

- Lebih panjang berbanding lengkungan kecil- Bersambung dengan dinding anterior esofagus (di

atas dan bersambung dengan duodenum di bawah

Struktur dinding gaster

- Sama sepertimana 4 lapisan tisu yang terdapat pada struktur umum kanal alimentari (yang telah dibincangkan terdahulu). Namun pada gaster terdapat sedikit modifikasi

SISTEM ALIMENTARI

Page 68: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Peritoneum

- Peritoneum melekatkan gaster ke dinding posterior abdomen di bahagian lengkungan besar – dikenali sebagai ‘Greater Omentum’

- Bahagian hujung distal (Greater Omentum) adalah tergantung bebas di bahagian hadapan organ-organ abdomen macam apron

- ‘Greater Omentum’ – kaya dengan bekalan darah saluran limfa , mempunyai banyak nodus limfa dan merupakan tempat penyimpanan lemak

- Peritoneum – melambatkan inflamasi dari merebak secara menyeluruh dengan cepat (cth. Kes Apendisitis)

Struktur dinding gasterSISTEM ALIMENTARI

Page 69: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

SISTEM ALIMENTARI

Page 70: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Lapisan Otot

- Terdiri dari 3 lapisan fiber otot licin :-

1. ‘Longitudinal fibers’ – Bhg. paling luar

2. ‘Circular fibers’ – bhg. tengah

3. ‘Oblique fibers’ – bhg. dalam

- Susunan seperti ini memudahkan gaster untuk aktiviti peristalsis dan mengisar (churning) makan

- Otot sirkular (‘Circular fibers’) paling kuat di bahagian antrum pilorik dan sfinkter

SISTEM ALIMENTARI

Page 71: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Struktur dinding gaster

Lapisan membran mukus

- Apabila gastrer kosong - lapisan membran mukus akan membentuk ‘rugae’ secara longitudinal

- Dan apabila gaster penuh ia akan meregang menjadikan permukaan lapisan membran mukus ini berkeadaan licin & rata

- Terdapat banyak kelenjar gaster (merupakan sel-sel khusus yang merembes jus gaster ke dalam gaster) di bawah permukaan lapisan ini

SISTEM ALIMENTARI

Page 72: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Bekalan darah ke gaster

- Dibekalkan – cabang gaster , ‘Coeliac Artery’

- Disalirkan – Vena Portal

Bekalan Saraf ke gaster

- Saraf simpatetik - (mengurangkan motili gaster dan rembesan jus gaster) dari ‘Coeliac Plexus’

- Saraf parasimpatetik – (Meningkatkan motiliti gaster dan rembesan jus gaster) dari saraf Vagus (SK – 10)

SISTEM ALIMENTARI

Page 73: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

COELIAC ARTERY

Bekalan darah – Sistem AlimentariSISTEM ALIMENTARI

Page 74: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

SISTEM ALIMENTARI

Page 75: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Gaster

- Saiz gaster bergantung kepada amaun makanan yang ada di dalamnya

- Makanan yang sampai ke dalam gaster akan dicampur / gaul dengan jus gaster sehingga berkeadaan berasid - yang akan menghentikan tindakan ‘ptylin’

- Otot gaster akan berkontraksi mengaul / mensebatikan / mencapur makanan dengan jus gaster dan memecah bolus makanan sebelum ditolak oleh aktiviti peristalsis ke dalam duodenum

- Semasa gaster – aktif , sfinkter pilorus akan tertutup. Hanya makanan yang telah sebati akan ditolak masuk ke duodenum

SISTEM ALIMENTARI

Page 76: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Jus Gaster

- Terdiri dari :-• Air• Garam mineral

Dirembes oleh kelenjar gaster

• Mukus – dirembes oleh kelenjar bersel goblet (di permukaan gaster)

• Asid Hidroklorik• Faktor intrisik

Dirembes oleh sel-sel parietal dalam kelenjar gaster

• Enzim – Pepsinogen (dirembes ‘chief cell’)

SISTEM ALIMENTARI

Page 77: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Fungsi jus gaster

1. Air – mencairkan makanan yang ditelan 2. Asid Hidroklorik

a. Mengasidkan makanan & menghentikan tindakan ‘ptylin’

b. Membunuh mikrob yang berbahayac. Menyediakan suasana berasid yang diperlukan

untuk tindakan digesi oleh pepsin3. Pepsinogen diaktifkan menjadi pepsin oleh asid

hidroklorik. Dalam gaster – Protin – dihancurkan menjadi molekul kecil dan kemudian dicernakan oleh pepsin menjadi asid amino. Pepsin bertindak dengan berkesan pada PH 1.5 – 3.5

SISTEM ALIMENTARI

Page 78: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Fungsi jus gaster

4. Faktor Instrinsik – perlu untuk penyerapan Vitamin B 12 (Faktor anti – anaemik)

5. Mukus – melincir & mencegah kecederaan mekanikal dan kimia pada dinding gaster

Sekresi Jus gaster

- Dalam gaster sentiasa terdapat jus gaster (walaupun kosong) – dipanggil ‘jus berpuasa’

- Sekresi jus gaster – mencapai tahap maksima satu (1) jam selepas makan dan menurun ke tahap berpuasa (jus berpuasa’ ) selepas 4 jam (makan)

SISTEM ALIMENTARI

Page 79: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Sekresi Jus gaster

Terdapat 3 fasa :-

1. Fasa ‘Cephalic’2. Fasa ‘Gastrik’3. Fasa ‘ Intestinal

1. FASA ‘Cephalic

- Ingat- Hidu- Lihat- Fikir

MAKANANMerangsang sekresi jus-jus gaster

SISTEM ALIMENTARI

Page 80: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Sekresi Jus gaster

2. FASA ‘ Gastrik’

Kehadiran Makanan

Merangsang sel-sel

- Dalam • ‘Pyloric antrum’• duodenum

Merembes gastrin

Dalam darah(ke gaster)

Merangsang -kelenjar dalam gaster - merembes jus-jus gaster

SISTEM ALIMENTARI

Page 81: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Sekresi Jus gaster

3. FASA ‘Intestinal’

Makanan- masuk ke Usus kecil

Merangsang rembesan hormon Enterogastrone

Merencat mortaliti usus & rembesan jus-jus gaster

Makanan – disebatikan dengan jus gaster , jus pankreas & hempedu (Bile)

SISTEM ALIMENTARI

Page 82: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Fungsi Gaster

1. Bertindak sebagai tempat penyimpanan yang sementara bagi makanan

2. Menghasilkan jus-jus gaster yang memulakan pencernaan secara kimia ke atas protin

3. Tindakan otot-otot (gaster & usus) – mensebatikan / mencampur makanan dengan jus-jus gaster dan bergerak ke usus kecil (Kandungan gaster memasuki duodenum – dipanggil ‘kimus’ (Chyme))- Makanan karbohidrat – keluar dari gaster sekitar 2 – 3 jam , diikuti oleh makanan protin dan lemak – paling lama dalam gaster

SISTEM ALIMENTARI

Page 83: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Fungsi Gaster

4. Penyerapan di dalam gaster adalah terhad . Bahan-bahan seperti air , alkohol dan sesetengah dadah akan diserap melalui dinding gaster dan memasuki sirkulasi vena

5. Walupun zat besi diserap di usus , namun ianya dileraikan dengan berkesan di dalam gaster dengan adanya asid hidroklorik

6. Faktor instrinsik – akan bergabung dengan vitamin B12 dalam gaster dan diperlukan untuk penyerapan di bahagian terminal ileum

SISTEM ALIMENTARI

Page 84: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Usus Kecil (Small Intestine)

- Berkesinambungan dengan gaster (di bahagian sfinkter pilorik) di atas dan dengan usus besar (kolon) di bahagian Injap Ileo-caecal

- Sekitar 5 meter panjang- Terletak di dalam kaviti abdomen- Di kelilingi usus besar (kolon)- Tempat pencernaan makanan secara kimia- Sebahagian besar penyerapan nutrien berlaku di

usus kecil- Terbahagi kepada 3 bahagian – Duodenum ,

Jejunum dan Ileum

SISTEM ALIMENTARI

Page 85: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

SISTEM ALIMENTARI

Page 86: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Duodenum

- Sekitar 25 sm. panjang- Berbentuk melengkung di bahagian kepala

pankreas di mana terdapatnya pembukaan duktus pankreas & duktus hempedu yang dikawal oleh sfinkter oddi (Ampulla Vater)

Jejunum

- Bahagian tengah usus kecil- Sekitar 2 meter panjang

SISTEM ALIMENTARI

Page 87: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Ileum

- Bahagian hujung distal usus kecil- Sekitar 3 meter panjang- Berakhir di bahagian Injap Ileo-caecal – yang

mengawal bahan makanan masuk ke usus besar / kolon

Struktur Usus Kecil

- Sama sepertimana struktur umum – saluran pencernaan

- Hanya terdapat sedikit modifikasi pada peritoneum & lapisan membran mukus

SISTEM ALIMENTARI

Page 88: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

SISTEM ALIMENTARI

Page 89: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Peritoneum

- 2 lapisan peritoneum yang dipanggil Mesenteri melekatkan jejunum & ileum ke dinding posterior abdomen

- Berbentuk seperti kipas- Mempunyai bekalan salur darah dan saraf ke usus

kecil

Membran mukus

- Kawasan permukaan usus kecil berbentuk lipatan (sirkular) dan villi

- Villi – struktur halus berbentuk jari sekitar 0.5 ke 1 mm panjang

SISTEM ALIMENTARI

Page 90: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

VILLI

SISTEM ALIMENTARI

Page 91: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Membran mukus

- Dinding villi - dibentuk oleh sel epitelium kolumnar (enterocytes) dengan mikrovilli (1 mikro-mm panjang)

- ‘Enterocyte’ berselang-seli dengan sel-sel goblet yang merembes mukus

- Dibekalkan dengan salur darah dan salur limfa - Salur limfa (lakteal) – menyerap lemak ,

menjadikan cecair limfa (berkeadaan seperti air susu)

- Penyerapan dan proses pencernaan terakhir berlaku di ‘entrocyte’ sebelum masuk ke sirkulasi darah dan limfa

SISTEM ALIMENTARI

Page 92: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Membran mukus

- Terdapat Kelenjar intestinal – kelenjar yang terletak di antara villi

- Juga terdapat nodus-nodus limfa (Tompok-tompok Peyer) – banyak di bahagian hujung ileum

Bekalan darah dan saraf ke usus kecil

- Bekalan darah oleh Arteri Mesenterik Superior- Disalirkan oleh Vena Mesenterik Superior yang

bercantum dengan Vena Portal- Bekalan Saraf – oleh Saraf Simpatetik dan

Parasimfatetik

SISTEM ALIMENTARI

Page 93: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

SUPERIOR & INFERIOR MESENTERIC ARTERY

SISTEM ALIMENTARI

Page 94: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Fungsi Usus kecil

1. Menggerak makanan secara peristalsis2. Sekresi / merembes jus intestinal3. Melengkapkan pencernaan karbohidrat , protin

dan lemak di ‘enterocyte’ (di villi)4. Memberi perlindungan - Nodus limfa (Tompok

Peyer) memerangkap mikrob yang terselamat dari tindakan kimia asid hidroklorik di gaster

5. Merembes hormon kolestokinin – pankreozymin & sekretin

6. Menyerap bahan-bahan nutrien

SISTEM ALIMENTARI

Page 95: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Jus Intestinal (Succus entericus)

- Sekitar 3 liter jus intestinal berPH 7.8 – 8.0 dirembes oleh kelenjar di dalam usus kecil setiap hari

- Terdiri dari :-• Air• Mukus• Garam mineral• Enzim - Enteropeptidase

SISTEM ALIMENTARI

Page 96: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Jus Intestinal (Succus Entericus)

- Dirembes oleh kelenjar yang terdapat pada dinding usus kecil

- Terdiri dari :-• Air• Mukus• Enzim – Enteropeptidase (Enterokinase)

- Terdapat pada ‘enterocyte’ di dinding villi- Enzim – Peptidase , Lipase dan Sucrase / maltase

dan lactase , melengkapkan pencernaan karbohidrat, protin dan lemak di usus kecil

SISTEM ALIMENTARI

Page 97: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Fungsi jus intestinal

- Jus intestinal yang bersifat alkaline ini akan meningkatkan PH makanan (di usus kecil) sekitar 6.5 – 7.5

- Enteropeptidase – mengaktifkan ‘pancreatic peptidase’ (Tripsinogen dan Kemotripsinogen) – menukar polipeptid (protin) kepada molekul polipeptid yang lebih kecil dan asid amino

- Lipase melengkapkan pencernaan lemak kepada asid lemak dan gliserol

- Sucrase / Maltase & Lactase – melengkapkan pencernaan karbohidrat dari disakkrida kepada monosakrida (glukosa)

SISTEM ALIMENTARI

Page 98: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Rembesan jus intestinal

- Rangsangan secara mekanikal oleh kimus ke atas kelenjar intestinal dan hormon sekretin – merangsang rembesan jis intestinal

SISTEM ALIMENTARI

Page 99: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Pencernaan di usus kecil

Kimus berasid

Masuk ke usus kecil dari gaster

Bercampur jus

pankreas , hempedu dan jus

intestinal

Tindakan ‘enterocyte’ di

villi

Pencernaan lengkap:-

Karbohidrat – MonosakridaProtin – Asid aminoLemak – Asid lemak &

gliserol

SISTEM ALIMENTARI

Page 100: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Jus pankreas

- Jus pankreas – masuk ke duodenum di ampulla duktus hempedu

- Terdiri dari :-• Air• Garam mineral• Enzim - Amilase

- Lipase- Peptidase- Tripsinogen- Kemotripsinogen

- Jus pankreas berPH - 8.0 (alkali – kuat)- Enzim pankreas – bertindak dengan berkesan

pada PH 6 hingga 8

SISTEM ALIMENTARI

Page 101: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

1. Fungsi jus pankreas – Tripsinogen & Kemotripsinogen

Enzim ‘Tak – Aktif’-Tripsinogen-Kemotripsinogen

Bergabung dengan enteropeptidase(enterokinase)

Menjadi enzim aktif-Tripsin-Kemotripsin

Menukar sesetengah polipeptid protin kepada polipeptid yang lebih kecil dan sesetengah polipeptid kepada asid amino

SISTEM ALIMENTARI

Page 102: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

2. Fungsi jus pankreas – ‘Amilase pankreas’

‘Amilase pankreas’

Menukar semua polisakrida (kanji) yang

tidak dicerna oleh ‘amilase air liur’ kepada

monosakrida (gula)

SISTEM ALIMENTARI

Page 103: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

3. Fungsi jus pankreas – Lipase

Lipase

Menukar lemak kepada asid lemak &

gliserol

SISTEM ALIMENTARI

Page 104: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Sekresi jus pankreas

Makanan berPH asid di dalam duodenum

Merangsang sel-sel di dinding usus kecil

Merembes sekretin dan Kolestokinin-pankreozymin

Merangsang rembesan jus pankreas

SISTEM ALIMENTARI

Page 105: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Hempedu (Bile)

Hempedu

dihasilkan di hepar(tidak dapat masuk terus ke duodenum kerana sfinkter

Oddi tertutup

Disimpan di Pundi hempedu

SISTEM ALIMENTARI

Page 106: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Makanan – masuk ke duodenum

Merangsang hormon kolestokinin-pankreozymin – merangsang

pembukaan sfinkter Oddi

Hempedu & jus pankreas masuk ke duodenum(banyak bila makan berlemak)

Hempedu (Bile)

SISTEM ALIMENTARI

Page 107: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

- Dihasilkan di hepar- Disimpan di pundi hempedu- Masuk ke duodenum apabila sfinkter Oddi terbuka- Untuk menghadam makanan berlemak- Hempedu terdiri dari :-

• Air • Garam mineral• Mukus• Garam hempedu• Pigmen hempedu – Bilirubin• Cholesterol

Hempedu (Bile)

SISTEM ALIMENTARI

Page 108: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Fungsi hempedu

1. Meleraikan lemak di dalam usus kecil

2. Bilirubin (bahan kumuh dari pemecahan SDM) diubah oleh mikrob dalam usus kecil menjadi urobilin (diserap & dikumuh melalui urin) dan strekobilin (dikumuh dalam feses)

3. Kehadiran hempedu dalam usus kecil – perlu untuk penyerapan Vitamin K & pencernaan lemak

4. Mewarna dan mengharumkan feses

SISTEM ALIMENTARI

Page 109: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Pencernaan secara kimia ke atas karbohidrat

Polisakrida(kanji)

Disakrida(gula)

Monosakrida(glukosa)

Amilase – Airliur (mulut)(Ptylin)

Amilase – pankreas(usus Kecil)

SucraseMaltase Usus Kecil Laktase

SISTEM ALIMENTARI

Page 110: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Pencernaan secara kimia ke atas protin

Protin - Polipeptidabermolekul besar

Polipeptida bermolekul kecil

Peptida kecil

Asid amino

Pepsin(jus gaster)

KemotripsinTripsin(Jus pankreas)

Peptidase(dalam mikrovilli)

SISTEM ALIMENTARI

Page 111: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Pencernaan secara kimia ke atas lemak

Lemak

Lemak yang dibaurkan

Asid lemak & gliserol

Garam hempedu

Lipase(Jus pankreas &

di mikrovilli

SISTEM ALIMENTARI

Page 112: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

PENCERNAAN KARBOHIDRATDi mulut(Polisakkarida)

Amilase air liur(Ptylin / tailin)

GasterTiada pencernaan PH Asid(Ptylin – tidak aktif)

MikrovilliDisakkarida

DuodenumPolisakkaridaDisakkarida

Laktase / maltase / sukrase

Amilase pankreas

GLUKOSA

Page 113: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

PENCERNAAN PROTINDi mulut(Protein / Pepton)

Pepsin & Kasein(Enzim aktif)

Gaster (Protein / PeptonPolipeptida)

Tiada pencernaan (Tiada enzim)

MikrovilliPeptida

DuodenumPolipeptida / peptida

Peptidase

TripsinKemotripsinEnzim aktif

ASID AMINO

Page 114: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

PENCERNAAN PROTINDi mulut(Lemak)

Gaster (Lemak)

Tiada pencernaan (Tiada enzim)

Mikrovilli(Lemak)

Duodenum(Lemak)

Lipase mikrovilli

Lipase PankreasGaram hempedu

ASID LEMAK & GLISEROL

Tiada pencernaan (Tiada enzim)

Page 115: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

USUS BESAR (Kolon) / REKTUM & KANAL ANAL

Usus besar

- Kira-kira 1.5 meter panjang- Bermula dari Iliak Fosa Kanan dan berakhir di

rektum dan Kanal Anal di bahagian pelvis- Terbahagi kepada :-

a. Sekum (Caecum)b. Kolon Menaikc. Kolon Melintangd. Kolon Menurune. Sigmoid atau Kolon Pelvikf . Rektum g. Kanal Anal

SISTEM ALIMENTARI

Page 116: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

USUS BESAR (Kolon)SISTEM ALIMENTARI

Page 117: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Sekum (Caecum)

- Bahagian permulaan kolon- Merupakan bahagian yang mendilat dengan

‘hujung buta’ di bawahnya dan bersambung dengan ‘kolon menaik’ di atasnya

- Injap ‘Ileocaecal’ (pembukaan dari ileum) membuka di bahagian ini

Vermiform Apendiks

- Vermiform apendiks bercantum di hujung sekum- Berukuran sekitar 13 sm panjang- Berstruktur sepertimana dinding kolon- Mempunyai lebih banyak tisu limfoid

SISTEM ALIMENTARI

Page 118: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Kolon Menaik

- Bermula dari sekum – menaik hingga ke paras hepar lalu membentuk ‘hepatic flexure’ (Rt. Colic flexure) sebelum menjadi kolon melintang

Kolon Melintang

- Bersambung dengan kolon menaik di bahagian ‘hepatic flexure’ dan terus berkeadaan melintang di hadapan duodenum dan gaster lalu membentuk ‘splenic flexure’ sebelum bersambung menjadi kolon menurun

SISTEM ALIMENTARI

Page 119: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Kolon Menurun

- Bersambung dengan kolon melintang di bahagiab ‘splenic flexure’ lalu menurun sebelum bersambung dengan sigmoid yang melengkung ke kawasan garisan tengah

- Selepas memasuk kawasan pelvik , bahagian kolon ini dikenali sebagai kolon pelvik

Kolon pelvik

- Berbentuk huruf S - Berada di dalam bahagian pelvik- Bersambung dengan kolon menurun di atas dan

rektum di bahagian bawah

SISTEM ALIMENTARI

Page 120: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Rektum

- Bahagian yang sedikit mendilat dari kolon- Sekitar 13 sm panjang- Bersambung dengan kolon pelvik di bahagian atas

dan kanal anal di bahagian bawah

Kanal Anal

- Kanal yang berukuran sekitar 3.8 sm (pada orang dewasa)

- Bermula dari rektum hingga ke bahagian luar (anus)

- Terdapat 2 sfinkter yang mengawal anus:-(i) Sfinkter internal (Otot licin) – Dikawal

Saraf Autonomik(ii) Sfinkter eksternal – Otot voluntari

(Terkawal)

SISTEM ALIMENTARI

Page 121: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Struktur Kolon , Rektum & Kanal anal

- Sama seperti struktur am sistem pencernaan (4 lapisan tisu) yang telah dibincangkan

- Modifikasi a. Lapisan otot longitudinal - terdapat

‘taeniae coli’b. Lapisan submukus - mempunyai banyak

tisu limfoidc. Lapisan Membran mukus – mempunyai

banyak sel-sel gobletd. Bahagian dalam anus – terdiri dari tisu

epitelium skuamosa berstrata

SISTEM ALIMENTARI

Page 122: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Bekalan darah ke kolon

Dibekalkan oleh :-

Arteri Mesenterik Superior- Membekal darah ke bahagian sekum , kolon menaik dan kolon melintang

Arteri Mesenterik Inferior- Membekal darah ke kolon menurun dan bahagian proksimal rektum

Cabang Arteri Internal Iliak-Membekal bahagian distal rektum dan anus

- Darah di salirkan oleh Vena Mesenterik Superior dan Inferior yang bercantum dengan Vena Splenik dan Vena Gastrik lalu membentuk Vena Portal

SISTEM ALIMENTARI

Page 123: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Fungsi Kolon , Rektum dan kanal anal

1. Penyerapan- Air- Vitamin- Garam mineral- Ubat-ubatan / dadah

Makanan cair menjadi separa pejal

2. Aktiviti mikrobial (mikroorganisma)- Sintesis Vit K & Asid folik oleh mikrob komensal dalam usus seperti Escherichia coli , Enterobacter aerogenes , Streptokokus faecalis dan Clostridium welchii- Penghasilan flatus akibat dari fermentasi nutrien yang tidak diserap (karbohidrat)

SISTEM ALIMENTARI

Page 124: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Fungsi Kolon , Rektum dan kanal anal

3. Defaekasi- Peristalsis menolak bahan makanan – menjadi feses (bahan kumuh) untuk dikeluarkan melalui proses defaekasi

Feses

- Bahan kumuh- Berwarna coklat kekuningan akibat kehadiran

sterkobilin (pigmen hempedu)- Terdiri dari air , bahan makanan tak hadam ,

mikrob hidup atau mati , sel epitelium , asid lemak dan mukus

- Mukus bertindak sebagai pelincir

SISTEM ALIMENTARI

Page 125: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Pankreas

SISTEM ALIMENTARI

Page 126: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Pankreas

- Kelenjar berwarna kelabu seberat 60 gm.- Bersaiz 12 hingga 15 sm panjang- Terletak di kawasan hipokondrium kiri dan

epigastrium- Terbahagi kepada 3 bahagian :-

1. Kepala (Lebar) – terletak dalam lengkungan duodenum

2. Badan – terletak di belakang gaster3. Ekor (tirus) – berada di depan ginjal kiri dan

mencecah bahagian limpa- Aorta abdominal dan Vena Cava Inferior berada

di belakang pankreas

SISTEM ALIMENTARI

Page 127: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Struktur Pankreas

- Merupakan kelenjar eksokrina dan endokrina

Bahagian Eksokrina

- Terdiri dari alveoli – membentuk banyak lobiul- Setiap lobiul mempunyai duktus yang bercantum

membentuk duktus pankreas di sepanjang pankreas

- Duktus pankreas bersama duktus hempedu membentuk ampulla vater dan membuka di bahagian tengah duodenum

- Pembukaan di ampulla vater ini dikawal oleh sfinkter Oddi

SISTEM ALIMENTARI

Page 128: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Struktur Pankreas

Bahagian Endokrina

- Terdiri dari Pepulau (Islet ) Langerhans yang mempunyai sel-sel khusus yang merembes hormon glukagon dan insulin

- Endokrina – tidak mempunyai duktus – hormon mengalir secara terus ke dalam aliran darah

SISTEM ALIMENTARI

Page 129: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Bekalan darah dan saraf

- Bekalan darah oleh Arteri Mesenterik dan Arteri Splenik

- Disalirkan oleh Vena Mesenterik dan Vena Splenik yang bercantum dan akhirnya membentuk Vena Portal

- Bekalan saraf oleh Saraf Parasimpatetik (meningkatkan rembesan jus pankreas) dan Simpatetik (merencat / meromok rembesan jus pankreas)

Fungsi pankreas

1. Menghasil jus pankreas (penghadaman)2. Menghasil hormon insulin & glukagon

SISTEM ALIMENTARI

Page 130: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Hepar

SISTEM ALIMENTARI

Page 131: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Hepar

- Merupakan kelenjar yang terbesar dalam tubuh- Seberat sekitar 1 hingga 2.3 kg- Terletak di bahagian atas kaviti abdomen di

bahagian hipokondrium kanan , epigastriun dan hipokondrium kiri

- Permukaan superior dan anterior adalah licin dan melengkung sesuai dengan permukaan inferior diapragma

- Berada di dalam kapsul yang nipis dan diselaputi secara tidak lengkap oleh lapisan peritoneum yang sekaligus melekatkan hepar ke bahagian permukaan inferior diapragma

SISTEM ALIMENTARI

Page 132: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Hepar

- Mempunyai 4 lobus• Lobus Kiri• Lobus Kanan• Lobus Caudate• Lobus Quadrate

Lobus Quadrate

Lobus Caudate

SISTEM ALIMENTARI

Page 133: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Organ yang berjiran dengan hepar

Superior & anterior – Diapragma dan dinding anterior abdomen

Inferior – Gaster , duktus hempedu , duodenum , kolon (bhg. ‘hepatic flexure’) ginjal kanan dan kelenjar adrenal kanan

Posterior – Esofagus , Inferior Vena Cava , Aorta , Pundi hempedu , kolum vertebra dan

diapragmaLateral – Tulang rusuk (bawah) dan diapragma

SISTEM ALIMENTARI

Page 134: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Bekalan darah ke hepar

- Bekalan darah oleh Arteri Hepatik dan Vena Portal (Labuhan)

- Disalirkan oleh Vena Hepatik lalu memasuki Vena Cava Inferior (di bahagian bawah diapragma)

Struktur Hepar

- Terdiri dari lobiul-lobiul halus berbentuk hexagon- Hepatosit (Hepatocyte) – sel berbentuk kubus

disusun secara berpasangan- Sinusoid (salur darah yang dindingnya tidak

lengkap) – terdapat di antara pasangan hepatosit , mengandungi campuran darah dari vena portal dan arteri hepatik (kaya dengan bahan nutrien)

SISTEM ALIMENTARI

Page 135: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Struktur Hepar

- Sel Kuffer (makrofaj hepatik) – terdapat di dinding sinusoid

- Dari sinusoid – darah disalirkan ke vena sentral yang kemudiannya mengisi ke vena hepatik terus ke Vena Cava Inferior

- Di antara sinusoid – terdapat kanalikuli hempedu (tempat penghasilan hempedu di hepar) – yang kemudiannya bercantum membentuk kanal hempedu yang seterusnya membentuk duktus hepatik kiri dan kanan

SISTEM ALIMENTARI

Page 136: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

Fungsi hepar

1. Menyisihkan amine dari asid amino- Membentuk urea (bhg. Nitrogen asid amino yang tidak berguna)- Membentuk asid urik (pemecahan nukleoprotin

sel-sel yang mati)

2. Menukar glukosa kepada glikogen- Glukosa kepada glikogen (perlu insulin)- Glikogen hepar ke glukosa (perlu glukagon)- Untuk memelihara paras glukosa darah yang normal

3. Menukar lemak menjadi sumber tenaga- (Dalam kes kekurangan Karbohidrat & protin)

SISTEM ALIMENTARI

Page 137: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

4. Menghasilkan haba- Mempunyai kadar metabolik yang tinggi –

menghasil haba yang tinggi (organ yang menghasil haba badan yang utama)

5. Merembeskan hempedu- Sel-sel hepar menghasilkan komponen-

komponen hempedu seperti kolesterol , garam hempedu dan pigmen hempedu

6. Tempat penyimpanan- Vit B 12 (Faktor anti-anaemia)- Vit larut lemak A, D , E & K- Vit. Larut air – Riboflavin , niasin , piridoksin &

asid folik- Zat besi & tembaga

SISTEM ALIMENTARI

Page 138: 6.1 Struktur & Fisiologi Sistem Gastros Usus

7. Sintesis Vit A- Karotene dari tumbuhan - ditukar menjadi vit A

8. Sintesis ‘non essential amino acid’- Protin plasma- Faktor pembekuan darah

9. Mendetoksifikasi- Ubat-ubatan- Toksin

10. Memetabolisma alkohol- Ethanol (minuman beralkohol)

11. Tidak mengaktifkan – hormon- Insulin , glukagon , kortisol , tiroid & hormon seks

SISTEM ALIMENTARI