49630899 kertas kerja permainan tradisional batak lampung

11
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK PERMAINAN TRADISIONAL (PERMAINAN BATAK LAMPUNG) TEMPAT : DEWAN SRI SAMARAHAN TARIKH : 26 FEBUARI 2011 ANJURAN: PISMP 1109 PJ PENSAYRAH PEMBIMBING : PN CANDRAWATI BT IBRAHIM

Upload: muhammad-safuan

Post on 13-Aug-2015

227 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 49630899 Kertas Kerja Permainan Tradisional Batak Lampung

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

PERMAINAN TRADISIONAL

(PERMAINAN BATAK LAMPUNG)

TEMPAT :

DEWAN SRI SAMARAHAN

TARIKH :

26 FEBUARI 2011

ANJURAN:

PISMP 1109 PJ

PENSAYRAH PEMBIMBING :

PN CANDRAWATI BT IBRAHIM

Page 2: 49630899 Kertas Kerja Permainan Tradisional Batak Lampung

KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL ANJURAN PISMP AMBILAN

JANUARI 2009

1.0 PENGENALAN

Projek Permainan Tradisional ini merupakan salah satu aktiviti di bawah subjek PJM

3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Kami telah

memilih untuk melaksanakan Permainan Tradisional ini di bawah anjuran PISMP

ambilan Januari 2009 dengan gabungan tiga buah opsyen iaitu opsyen Sains, Sains

Sosial dan Pendidikan Jasmani kerana kami sedar bahawa program ini merupakan

salah satu kesempatan buat kami untuk membimbing kami dalam pengurusan dan

pentadbiran yang lebih baik, tersusun dan sistematik pada masa kelak.

Selain itu, permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada

kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting

yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah

keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka

membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang

sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita

sahaja.

Oleh itu, amat penting bagi kami menganjurkan Permainan Tradisional ini untuk

mengenali permaianan tradisional kita dengan lebih dekat dan mungkin yang hampir

dilupakan oleh masyarakat. Kami berharap ajuran Permainan Tradisional ini dapat

membentuk keperibadian kami untuk menjadi bakal tenaga pengajar yang lebih

berkaliber , sistematik dan bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan.

Page 3: 49630899 Kertas Kerja Permainan Tradisional Batak Lampung

2.0 OBJEKTIF

1. Permainan tradisional merupakan medium untuk memupuk semangat

perpaduan, pelbagai tenik dan kaum dalam kelompok masyarakat seperti yang

disarankan dalam konsep 1 Malaysia.

2. Menggunakan masa senggang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan

menjauhkan diri terjebak dengan anasir-anasir negatif.

3. Permainan tradisional alat bagi masyarakat sekeliling untuk mengenali budaya

kaum lain dengan lebih jelas kerana permainan tradisional itu setiap kaum

merupakan salah satu kegiatan harian masyarakat tersebut.

4. Permainan tradisional adalah satu kebanggaan masyarakat kerana ia

mempunyai nilai tradisi yang mampu memperkenalkan kembali permainan yang

dimaninkan pada masa dahulu.

3.0 MATLAMAT

Kejayaan projek ini bukan sahaja untuk memenuhi keperluan subjek seperti yang

terkandung di dalam pro forma tetapi dapat memberi satu situasi pembelajaran iaitu

bermain sambil belajar. Ia amat berguna bagi kami sebagai guru pelatih,dimana

setiap kemahiran dan pengetahuan dalam proses merancang dan melaksanakan

sesuatu projek dapat kami aplikasikan semasa berkhidmat di sekolah kelak.

Page 4: 49630899 Kertas Kerja Permainan Tradisional Batak Lampung

4.0 MAKLUMAT PROJEK

Tajuk Projek : Permainan Tradisional

Tempat : Dewan Sri Samarahan.

Tarikh : 26 Febuari 2011

Masa :

Anjuran : Guru Pelatih PISMP PJ1109,PISMP SS1109, dan

PISMP SN1109.

5.0MAKLUMAT PERMAINAN

5.1 SEJARAH

Dikatakan permainan ‘batak lampung’ ini tidak berapa jelas asal-usul dan ia juga

adalah salah satu permainan tradisional yang popular dalam masyarakat iban

pada zaman dahulu. Permainan ini sering dijadikan sebagai acara selingan

dalam satu-satu majlis keramaian contohnya pada hari gawai dayak. ‘Batak

lampung’ ini biasanya dimainkan oleh kaum lelaki dimana mereka beradu

kekuatan untuk menguji siapa di antara mereka yang lebih kuat. Pemenang

biasanya akan diberikan pelbagai jenis ganjaran. Permainan ini mengunakan

sebatang kayu yang panjang lebih kurang 50-70 cm panjang dan berbentuk

bulat. Kedua-dua peserta akan menarik kayu tersebut mengunakan segala

kekuatan yang mereka ada.

Page 5: 49630899 Kertas Kerja Permainan Tradisional Batak Lampung

5.2TAPAK PERMAINAN

KEDUDUKAN PERMAIN SIMPANAN ATAU PEMAINAN

5 METER

5meter

Penerangan :

1. Tapak kawasan permainan 5 X 5 meter2. Hanya 2 orang permainan sahaja dibenarkan masuk dalam

tapak permianan dalam satu masa.3. Permain yang menanti giliran hendaklah duduk dan

mengunggu di tempat yang disediakan4. Pemain hendaklah menurut setiap arahan pengadil bagi

tujuan keselamatan

Kedudukan PemainKEDUDUKAN PERMAIN

Sempadan Permulaan

Kedudukan Pengadil

Page 6: 49630899 Kertas Kerja Permainan Tradisional Batak Lampung

5.3 SKEMA PERMAKAHAN

1. Peserta yang berjaya mengekalkan kedudukan akan dikira sebagai pemenang

bagi pusingan pertama dan diberi satu mata.

2. Sekiranya peserta tersebut berjaya mengekalkan kedudukan pada pusingan

kedua dan akan dikira sebagai pemenang keseluruhan.

3. Sekiranya kedua-dua peserta tersebut mendapat mata yang sama, maka

pusingan ketiga akan dibuka untuk menentukan pemenang keseluruhan.

5.4SYARAT PERMAINAN

1) Kedua-dua peserta hendaklah berada dalam keadaan yang selesa dan sedia.

2) Sebaik sahaja permainan dimulakan peserta haruslah berusaha

mempertahankan kedudukan asalnya.

3) Sekira salah seorang dari perserta berganjak, terangkat dari kedudukan asal

atau menyerah kalah peserta tersebut dikira kalah dan yang berjaya

mengekalkan kedudukan akan dikira sebagai pemenang.

5.5 PERATURAN PERMAINAN

1. Setiap peserta haruslah bersedia dan berani untuk menerima cabaran.

2. Apabila permainan dimulakan setiap peserta haruslah bertahan selama yang

mungkin untuk mempertahankan kedudukannya.

3. Mana-mana peserta yang terangkat dari kedudukan asal atau berganjak atau

menyerah kalah akan dikira kalah.

4. Peserta yang berjaya mengekalkan kedudukan akan dikira sebagai pemenang.

Page 7: 49630899 Kertas Kerja Permainan Tradisional Batak Lampung

6.0 AHLI JAWATANKUASA

KETUA

James Wong Huang Chiew

AJK PERSIAPAN GELANGGANG AJK PERALATAN

Alvintino Jamit ak Bernard Gasop Michael Beti Tuang

Alexzanda Ngu Sadit ak Limbai

Clarence ak Nicholas Ngalang

URUS SETIA PERMAINAN

PENGADIL PEMBANTU PENGADIL

James Wong Huang Chiew Clarence ak Nicholas Ngalang

Sadit ak Limbai

PENCATAT MARKAH

Michael Beti Tuang

Alvintino Jamit ak Bernard Gasop

7.0SENARAI PERALATAN

Bil Perkara Kuantiti

1. Floormate 1

2. Wisel 1

3. Bendera 2

4. Kayu 1

5. Bangku 1

Page 8: 49630899 Kertas Kerja Permainan Tradisional Batak Lampung

8.0 BORANG PEMARKAHAN

BIL NAMA PESERTA PUSINGAN 1 PUSINGAN 2 PUSINGAN 3 MARKAH

1

2

BIL NAMA PESERTA PUSINGAN 1 PUSINGAN 2 PUSINGAN 3 MARKAH

1

2

9.0CONTOH JADUAL PERLAWANAN BATAK LAMPUNG

Page 9: 49630899 Kertas Kerja Permainan Tradisional Batak Lampung

10.0 PENUTUP

Diharap semua aktiviti dan program yang dirancangkan dalam projek ini dapat

dijalankan dengan keadaan yang baik dan lancar serta dapat mendapat kerjasama

daripada semua pihak terutamanya di kalangan guru pelatih yang menjayakan projek

ini.

Disediakan oleh,

..................................................

JAMES WONG HUANG CHIEW