4535 policy book · 6. insentif bagi pengurusan alam sekitar 50 7. insentif bagi penyelidikan dan...

of 220 /220
PELABURAN DALAM SEKTOR PERKILANGAN Dasar, Insentif dan Kemudahan MALAYSIA

Author: others

Post on 05-Nov-2019

14 views

Category:

Documents


0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • PELABURAN DALAM SEKTOR PERKILANGANDasar, Insentif dan Kemudahan

    MALAYSIA

  • BostonNew YorkChicago

    Houston

    Buenos Aires

    Los Angeles

    San Jose

    Vancouver

    FAKTA MENGENAI MALAYSIALUAS KAWASAN330,000 kilometer persegi(127,000 batu persegi)

    STRUKTUR POLITIKPersekutuan terdiri daripada 13 negeri

    SISTEM KERAJAANDemokrasi berparlimen dengan pemerintahan rajaberperlembagaan

    IBU NEGARAKuala Lumpur

    PUSAT PENTADBIRANPutrajaya

    PENDUDUK28.6 juta

    KUMPULAN ETNIK UTAMAMelayu, China, India, Kadazan,Iban

    BAHASA UTAMABahasa Malaysia (bahasa rasmi),Inggeris, Mandarin, Tamil

    AGAMA UTAMAIslam, Buddha, Kristian, Hindu

    WAKTUGMT + 8 jamUS Eastern Standard Time + 13 jam

    IKLIMTropika – panas dan cerahsepanjang tahunSuhu harian antara 33˚C (90˚F)pada waktu tengah hari hingga22˚C (70˚F) pada waktu malam

    MATAWANGRinggit Malaysia (RM)dibahagikan kepada 100 sen

    KADAR PERTUKARANKadar pertukaran Ringgitberoperasi mengikut rejimterapung yang terurusbersandarkan sekumpulanmatawang berwajaranperdagangan.

    April 2012

    Untuk mendapatkan maklumat terkini,sila layari laman sesawang MIDA http://www.mida.gov.my

    Hak CiptaTiada sebarang bahagian daripada buku ini boleh dikeluarkan semula,disimpan dalam sistem yang boleh diterbitkan semula dalam apa-apa bentukdengan apa jua cara, termasuk elektronik, penyalinan semula, rakaman atauapa jua yang seumpamanya, tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripadaLembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

    PenafianMIDA telah sedaya upayanya memastikan yang semua maklumat adalahterkini dan betul semasa percetakan. Kami tidak bertanggungjawab di atassebarang maklumat tidak betul atau tertinggal yang disiarkan dalam bukupanduan ini.

    © MIDA - Hak cipta terpelihara

  • MunichParis

    Stockholm

    AmsterdamLondon

    FrankfurtVienna

    Zurich

    Milan

    RomeIstanbul

    Kaherah

    Cape Town

    Johannesburg

    New Delhi

    YangonVientiane

    Hong Kong

    Guangzhou Taipei

    ManilaPhnomPenh

    Bandaraya H.C. Minh

    B.S. BegawanKualaLumpur

    Singapura

    MALAYSIA

    Jakarta

    Sydney

    Shanghai

    SeoulBeijing

    TokyoOsaka

    Auckland

    Bangkok

    Mumbai

    DubaiKarachi

    Lokasi pejabat-pejabat MIDA

    LOKASI

    Malaysia terletak tidak jauh ke utara Khatulistiwa, di tengah-tengah Asia Tenggara. Semenanjung Malaysia, dengan 11 negeri, berada di

    hujung paling keselatan Benua Asia, manakala negeri Sabah dan negeri Sarawak terletak di pantai utara dan pantai barat pulau Borneo.

    M A L A Y S I A

  • Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri(MITI) menerajui pembangunan aktiviti-aktivitiperindustrian bagi meningkatkan pertumbuhanekonomi Malaysia. Sebagai sebuah agensi di bawahMITI, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia(MIDA) bertanggungjawab di atas penggalakkan danpenyelarasan pembangunan perindustrian di negara ini.

    MIDA adalah tempat tumpuan pertama bagi parapelabur yang berhasrat untuk mendirikan projek-projekdalam sektor-sektor perkilangan dan perkhidmatan diMalaysia. Dengan ibu pejabatnya yang terletak di ibunegara Malaysia, Kuala Lumpur, MIDA telahmenubuhkan rangkaian global terdiri daripada 24pejabat seberang laut meliputi benua-benua AmerikaUtara, Eropah, Asia Pasifik dan Afrika bagi membantupara pelabur yang berminat untuk menubuhkanprojek-projek perkilangan dan aktiviti-aktivitiperkhidmatan di Malaysia. Di Malaysia, MIDAmempunyai 12 pejabat cawangan di beberapa negeriuntuk memudahcara para pelabur dalam pelaksanaandan operasi projek-projek mereka.

    Sekiranya anda ingin meneroka peluang-peluangpelaburan di Malaysia, sila hubungi MIDA untukmendapatkan maklumat lanjut serta bantuan untukmembuat keputusan (sila rujuk muka surat terakhiruntuk menghubungi ibu pejabat MIDA, pejabat-pejabat negeri dan seberang lautnya).

  • MEMULAKAN PERNIAGAAN.............................................................

    INSENTIF BAGI PELABURAN..................................................................

    PERCUKAIAN..........................................................................................

    PROSEDUR IMIGRESEN......................................................................

    TENAGA MANUSIA UNTUK INDUSTRI................................................

    PERBANKAN, KEWANGAN DAN PENTADBIRAN PERTUKARAN MATAWANG................................................................

    PERTUKARAN MATAWANG...................................................................

    PERLINDUNGAN HARTA INTELEK.........................................................

    PENGURUSAN ALAM SEKITAR...........................................................

    SOKONGAN INFRASTRUKTUR............................................................

    ALAMAT-ALAMAT BERGUNA................................................................

  • Bab 1 MEMULAKAN PERNIAGAAN

    1. KELULUSAN PROJEK PERKILANGAN 31.1 Akta Penyelarasan Perindustrian, 1975 31.2 Garis panduan bagi Kelulusan Projek 4

    Perindustrian

    2. PEMERBADANAN SYARIKAT 52.1 Kaedah Menjalankan Perniagaan di Malaysia 52.2 Prosedur Pemerbadanan 62.3 Pendaftaran Syarikat Asing 92.4 E-Services 11

    3. GARIS PANDUAN DASAR EKUITI 113.1 Dasar Ekuiti bagi Sektor Perkilangan 113.2 Perlindungan bagi Pelaburan Asing 12

    Bab 2INSENTIF BAGI PELABURAN

    1. INSENTIF BAGI SEKTOR PERKILANGAN 19

    2. INSENTIF BAGI SEKTOR PERTANIAN 29

    3. INSENTIF BAGI INDUSTRI AEROANGKASA 40

    4. INSENTIF BAGI INDUSTRI BIOTEKNOLOGI 42

    5. INSENTIF BAGI INDUSTRI PELANCONGAN 43

    6. INSENTIF BAGI PENGURUSAN ALAM SEKITAR 50

    7. INSENTIF BAGI PENYELIDIKAN DAN 55PEMBANGUNAN

    8. INSENTIF BAGI INDUSTRI PERALATAN 59PERUBATAN

    9. INSENTIF BAGI LATIHAN 60

    10. INSENTIF BAGI PROJEK PERKHIDMATAN 64DILULUSKAN

    11. INSENTIF BAGI INDUSTRI PERKAPALAN 65DAN PENGANGKUTAN

    12. INSENTIF BAGI MSC MALAYSIA 66

    13. INSENTIF BAGI TEKNOLOGI MAKLUMAT 67DAN KOMUNIKASI

    14. INSENTIF BAGI PERKHIDMATAN 68BERKAITAN PERKILANGAN

    15. INSENTIF BAGI IBU PEJABAT OPERASI 69

    16. INSENTIF BAGI PUSAT PEROLEHAN 74ANTARABANGSA/PUSAT PENGEDARANSERANTAU

    17. PEJABAT PERWAKILAN DAN 77PEJABAT SERANTAU

    18. INSENTIF BAGI PUSAT PENGURUSAN 79PERBENDAHARAAN

    19. INSENTIF BAGI PENYEDIA REKABENTUK 83PERINDUSTRIAN

    20. INSENTIF BAGI SEKOLAH SWASTA 83DAN SEKOLAH ANTARABANGSA

    21. INSENTIF-INSENTIF LAIN 84

    Bab 3PERCUKAIAN

    1. PERCUKAIAN DI MALAYSIA 99

    2. KELAS PENDAPATAN BOLEH DIKENAKAN 99CUKAI

    3. CUKAI SYARIKAT 100

    4. CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU 1014.1 Individu Pemastautin 1014.2 Individu Bukan Pemastautin 104

    5. CUKAI TERTAHAN 104

    6. CUKAI KEUNTUNGAN HARTANAH 105

    7. CUKAI JUALAN 106

    8. CUKAI PERKHIDMATAN 107

    9. DUTI IMPORT 108

    10. DUTI EKSAIS 108

    11. TRIBUNAL RAYUAN KASTAM DAN 108PERINTAH KASTAM

    12. PERJANJIAN CUKAI DUA KALI 109

    Bab 4PROSEDUR IMIGRESEN

    1. KEPERLUAN UNTUK MASUK KE MALAYSIA 1131.1 Pasport dan Dokumen Perjalanan 1131.2 Keperluan Visa 1131.3 Keperluan Pas 116

    2. PENGGAJIAN PEGAWAI DAGANG 1182.1 Jenis Jawatan Pegawai Dagang 1182.2 Garis Panduan mengenai 119

    Pengajian Pegawai Dagang

    3. PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI DAGANG 120

    4. PENGAMBILAN PEKERJA ASING 121

    Bab 5TENAGA MANUSIA UNTUK INDUSTRI

    1. TENAGA PEKERJA MALAYSIA 125

    2. PEMBANGUNAN TENAGA MANUSIA 1252.1 Kemudahan Latihan dalam Kemahiran 126

    Industri 2.2 Kumpulan Wang Pembangunan 127

    Sumber Manusia2.3 Kakitangan Pengurusan 128

    3. KOS PEKERJA 128

    4. KEMUDAHAN BAGI PENGAMBILAN PEKERJA 128

    5. PIAWAIAN PERBURUHAN 1295.1 Akta Kerja, 1955 1295.2 Ordinan Buruh, Sabah dan 130

    Ordinan Buruh, Sarawak5.3 Akta Kumpulan Wang Simpanan 130

    Pekerja, 19915.4 Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 1315.5 Akta Pampasan Pekerja, 1952 1335.6 Akta Keselamatan dan Kesihatan 133

    Pekerjaan, 1994

    6. PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1366.1 Kesatuan Sekerja 1366.2 Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 1376.3 Perhubungan dalam Pertubuhan 137

    Tanpa Kesatuan

    KANDUNGAN

  • Bab 6PERBANKAN, KEWANGAN DAN PENTADBIRAN PERTUKARAN MATAWANG

    1. SISTEM PERBANKAN DI MALAYSIA 1411.1 Bank Pusat 1411.2 Institusi Kewangan 1421.3 Pusat Kewangan Islam 144

    Antarabangsa Malaysia

    2. PEMBIAYAAN SEMULA KREDIT EKSPORT 1452.1 Kaedah Pembiayaan 1452.2 Tempoh dan Jumlah Pembiayaan 1462.3 Pembayaran Balik 146

    3. PASARAN SEKURITI DI MALAYSIA 1463.1 Suruhanjaya Sekuriti 1463.2 Bursa Malaysia Berhad 147

    4. PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR 1494.1 Lembaga Perkhidmatan Kewangan 149

    Labuan (Labuan FSA)4.2 Aktiviti-Aktiviti Perniagaan Labuan IBFC 1494.3 Insentif-Insentif Perniagaan di Labuan IBFC 150

    5. AMALAN KAWALAN PERTUKARAN MATAWANG1535.1 Peraturan Diguna Pakai bagi 153

    Bukan Pemastautin5.2 Peraturan Diguna Pakai bagi Pemastautin 155

    Bab 7PERLINDUNGAN HARTA INTELEK

    1. PERLINDUNGAN HARTA INTELEK 1591.1 Paten 1591.2 Cap Dagangan 1601.3 Rekabentuk Perindustrian 1601.4 Hak Cipta 1611.5 Rekabentuk Susunatur Litar Bersepadu 1611.6 Petunjuk Geografi 162

    Bab 8PENGURUSAN ALAM SEKITAR

    1. DASAR 165

    2. KEPERLUAN ALAM SEKITAR 1662.1 Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) 166

    bagi Aktiviti Ditetapkan2.2 Siapa yang Boleh Menjalankan EIA 1712.3 Penilaian Awal Tapak 1722.4 Pemberitahuan atau Kebenaran 172

    Bertulis untuk Membina2.5 Kelulusan Bertulis untuk Pemasangan 173

    Penunu, Alat Pembakaran Bahan Api dan Cerobong

    2.6 Lesen untuk Menduduki dan Menggunakan 173Premis Ditetapkan dan Pembawa Ditetapkan

    2.7 Piawaian Lepasan Gas dan Efluen 1742.8 Kawalan ke atas Bahan Penipisan 174

    Lapisan Ozon2.9 Pengurusan Buangan Terjadual 174

    3. INSENTIF BAGI PENGURUSAN ALAM SEKITAR 176

    Bab 9SOKONGAN INFRASTRUKTUR

    1. TANAH PERINDUSTRIAN 1791.1 Kawasan Perindustrian 1791.2 Zon Bebas 1791.3 Gudang Pengilangan Berlesen 180

    2. BEKALAN ELEKTRIK 181

    3. BEKALAN AIR 181

    4. PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI 182

    5. KEMUDAHAN KARGO UDARA 182

    6. PELABUHAN 184

    7. PENGANGKUTAN KARGO 1847.1 Pengangkutan Kontena 1857.2 Penghantaran Barang-Barang 185

    8. LEBUHRAYA 185

    9. PERKHIDMATAN KERETA API 186

    10. MSC MALAYSIA 186

    ALAMAT- ALAMAT BERGUNA

    KEMENTERIAN 191PERTUBUHAN BERKAITAN 192PEJABAT SEBERANG LAUT MITI 194PEJABAT SEBERANG LAUT MATRADE 195PEJABAT NEGERI MATRADE 198PEJABAT NEGERI MIDA 199PEJABAT SEBERANG LAUT MIDA 200

    POKET BELAKANG

    Lampiran I Senarai Aktiviti Digalakkan dan KeluaranDigalakkan – Am

    Lampiran II Senarai Aktiviti Digalakkan dan KeluaranDigalakkan – Syarikat Teknologi Tinggi

    Lampiran III Senarai Aktiviti Digalakkan dan KeluaranDigalakkan – Syarikat Kecil

    Lampiran IV Senarai Aktiviti Digalakkan dan KeluaranDigalakkan – Industri-Industri Terpilih

    Lampiran V Senarai Aktiviti Digalakkan dan KeluaranDigalakkan – Pelaburan Semula

  • 1

    Bab 1

    MEMULAKAN PERNIAGAAN1. KELULUSAN PROJEK PERKILANGAN

    1.1 Akta Penyelarasan Perindustrian, 1975

    1.2 Garis panduan bagi Kelulusan ProjekPerindustrian

    2. PEMERBADANAN SYARIKAT

    2.1 Kaedah Menjalankan Perniagaan di Malaysia2.1.1 Struktur Syarikat

    2.1.2 Syarikat Berhad Menurut Saham

    2.2 Prosedur Pemerbadanan2.2.1 Keperluan bagi Pemerbadanan Syarikat

    Tempatan

    2.3 Pendaftaran Syarikat Asing2.3.1 Prosedur Pendaftaran

    2.4 E-Services

    3. GARIS PANDUAN DASAR EKUITI

    3.1 Dasar Ekuiti bagi Sektor Perkilangan

    3.2 Perlindungan bagi Pelaburan Asing

  • Bab 1

    MEMULAKAN PERNIAGAAN

    1. KELULUSAN PROJEK PERKILANGAN

    1.1 Akta Penyelarasan Perindustrian, 1975

    Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 (ICA) diperkenalkan dengan tujuan untukmengekalkan pembangunan dan pertumbuhan teratur dalam sektor perkilangannegara ini.

    Di bawah Akta ini, syarikat-syarikat perkilangan yang mempunyai dana pemegangsaham RM2.5 juta dan ke atas atau menggaji 75 atau lebih pekerja sepenuh masadikehendaki memohon lesen pengilang untuk kelulusan KementerianPerdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

    Permohonan bagi lesen pengilang hendaklah dikemukakan kepada LembagaPembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), sebuah agensi di bawah MITI yangdiberi tugasan menggalak dan menyelaraskan pembangunan perindustrian diMalaysia.

    ICA mentakrifkan:

    • “Aktiviti Pengilangan” bermaksud membuat, mengubah, mengadun,menghias, memperkemas atau dengan cara lain merawat atau menyesuaikanapa sahaja barang atau benda bertujuan untuk pengunaan, penjualan,pengangkutan, penyampaian atau pelupusannya; dan termasuk pemasanganbahagian-bahagian dan pembaikan kapal tetapi tidak termasuk mana-manaaktiviti yang biasanya berkaitan dengan perdagangan jual runcit atau jualborong.

    • “Dana Pemegang Saham” bermaksud jumlah agregat modal berbayar, rizab,baki akaun premium saham dan baki akaun pengasingan untung rugi sebuahsyarikat yang mana:

    − Modal berbayar mestilah dalam bentuk saham keutamaan dan saham biasa dan tidak termasuk sebarang jumlah dalam bentuk saham bonus yang diterbitkan daripada rizab modal yang diwujudkan melalui penilaian semula aset tetap.

    − Rizab mestilah rizab selain daripada rizab modal yang diwujudkan melalui penilaian semula aset tetap dan peruntukan susut nilai, pembaharuan atau penggantian dan penurunan nilai aset.

    3

  • − Baki akaun premium saham mestilah tidak termasuk sebarang jumlah yang dikreditkan ke dalamnya semasa penerbitan saham bonus pada premium daripada rizab modal yang diwujudkan melalui penilaian semula aset tetap.

    • “Pekerja sepenuh masa” bermaksud semua orang yang biasanya bekerja dalam sebuah syarikat selama sekurang-kurangnya enam jam sehari dan sekurang-kurangnya 20 hari sebulan untuk 12 bulan sepanjang tahun dan menerima gaji.

    Ini termasuk jurujual kembara, kakitangan-kakitangan kejuruteraan,penyenggaraan dan pembaikan yang dibayar gaji dan di bawah kawalan syarikatberkenaan.

    Ia juga termasuk pengarah-pengarah syarikat yang diperbadankan kecuali merekayang dibayar hanya untuk menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah. Takrif inijuga merangkumi pekerja-pekerja ahli keluarga yang menerima gaji atau elaunberkala dan menyumbang kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)atau tabung pesaraan lain.

    1.2 Garis panduan bagi Kelulusan Projek Perindustrian

    Garis panduan kerajaan bagi kelulusan projek-projek perindustrian di Malaysiaadalah berdasarkan Nisbah Pelaburan Modal bagi Setiap Pekerja (CapitalInvestment Per Employee atau CIPE). Projek-projek yang mana nisbah merekakurang daripada RM55,000 dikategorikan sebagai projek berintensifkan pekerjadan dengan itu tidak layak diluluskan lesen pengilang atau insentif cukai.Bagaimanapun, projek itu akan dikecualikan daripada garis panduan di atassekiranya memenuhi salah satu kriteria berikut:

    • Nilai ditambah sebanyak 30% atau lebih

    • Indeks Pengurusan, Teknikal dan Penyeliaan (Management, Technical andSupervisory atau MTS) sebanyak 15% atau lebih

    • Projek mengusahakan aktiviti-aktiviti digalakkan atau mengeluarkan produk-produk seperti tersenarai dalam Senarai Aktiviti Digalakkan dan KeluaranDigalakkan untuk Syarikat Teknologi Tinggi

    • Syarikat-syarikat sedia ada (dahulu dikecualikan) yang memohon lesenpengilang

    Pembesaran Kapasiti dan Pempelbagaian Produk

    Sebuah syarikat berlesen yang berhasrat untuk mengembangkan kapasiti ataumempelbagaikan produk dengan mengeluarkan produk tambahan perlumemohon kepada MIDA.

    MEMULAKAN PERNIAGAAN 4

  • 2. PEMERBADANAN SYARIKAT

    2.1 Kaedah Menjalankan Perniagaan di Malaysia

    Di Malaysia, sebuah syarikat boleh diusahakan:

    i. Oleh seorang individu selaku pemilikan tunggal, atau

    ii. Oleh dua orang atau lebih (tetapi tidak melebihi 20 orang) dalam perkongsian, atau

    iii. Oleh sebuah syarikat tempatan yang diperbadankan atau oleh syarikat asing yang berdaftar di bawah peruntukan Akta Syarikat 1965.

    Semua pemilikan tunggal dan perkongsian di Malaysia mestilah berdaftar denganSuruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan,1956. Bagi perkongsian, rakan kongsi bersama dan berasingan menanggunghutang-piutang dan tanggungjawab perkongsian itu seandainya aset syarikat tidakmencukupi. Satu surat ikatan perkongsian rasmi boleh disediakan untukmenetapkan hak dan tanggungjawab setiap rakan kongsi tetapi ini tidakdiwajibkan.

    2.1.1 Struktur Syarikat

    Akta Syarikat, 1965 mentadbir urus semua syarikat di Malaysia. Akta itumenetapkan bahawa sebuah syarikat mestilah berdaftar dengan SSM sebelummenjalankan sebarang aktiviti perniagaan.

    Terdapat tiga (3) jenis syarikat yang boleh diperbadankan di bawah Akta Syarikat,1965:

    i. Sebuah syarikat berhad menurut saham adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan berdasarkan prinsip yang mana liabiliti ahli-ahlinya terhad oleh memorandum persatuan setakat jumlah, jika ada, yang belum dijelaskan bagi saham-saham yang dibeli oleh mereka.

    ii. Dalam sebuah syarikat berhad menurut jaminan, liabiliti ahli-ahlinya terhad oleh Memorandum dan Tataurusan Persatuan setakat jumlah yang mana ahli-ahlinya telah memberi jaminan untuk menyumbang kepada aset-aset syarikat seandainya syarikat gulung tikar.

    iii. Sebuah syarikat tidak terhad adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan berdasarkan prinsip tidak mempunyai had yang ditetapkan ke atas liabiliti ahli-ahlinya.

    5

  • 2.1.2 Syarikat Berhad Menurut Saham

    Struktur syarikat yang lazim di Malaysia adalah syarikat berhad menurut saham.Syarikat itu boleh ditubuhkan sama ada sebagai sebuah Syarikat Sendirian Berhad(dikenalpasti dengan perkataan “Sendirian Berhad” atau “Sdn. Bhd.”) sebagaisebahagian nama syarikat atau sebuah Syarikat Awam (dikenalpasti denganperkataan “Berhad” atau “Bhd.”) sebagai sebahagian nama syarikat.

    Sebuah syarikat yang mempunyai modal saham boleh diperbadankan sebagaisebuah syarikat sendirian sekiranya Memorandum dan Tataurusan Persatuannya:

    i. Membatas hak memindah milik sahamnya.

    ii. Menghad bilangan ahlinya kepada 50, tidak termasuk pekerja syarikat itu atau anak syarikatnya dan sesetengah bekas pekerja syarikat itu atau anak syarikatnya.

    iii. Melarang sebarang pelawaan kepada pihak awam untuk memohon beli saham dan debenturnya

    iv. Melarang sebarang pelawaan kepada pihak awam untuk mendeposit wang dengan syarikat itu untuk tempoh tetap kena bayar apabila diminta, sama ada dengan faedah atau tanpa faedah.

    Sebuah syarikat awam boleh dibentuk atau, sebagai alternatif, sebuah syarikatsendirian boleh ditukar menjadi sebuah syarikat awam tertakluk kepada Seksyen26 Akta Syarikat, 1965. Syarikat itu boleh menawarkan sahamnya kepada pihakawam dengan syarat:

    i. Ia telah mendaftar satu prospektus dengan Suruhanjaya Sekuriti

    ii. Ia telah serah simpan satu salinan prospektus itu dengan SSM pada atau sebelum tarikh terbitannya.

    Sebuah syarikat awam boleh memohon supaya sebut harga sahamnya dipaparkandi Bursa Malaysia dengan syarat ia mematuhi keperluan yang ditetapkan olehBursa tersebut. Sebarang terbitan sekuriti berikutnya (misalnya terbitan secara hakatau bonus, atau terbitan berpunca daripada pengambilalihan, dan lain-lain)memerlukan kelulusan Suruhanjaya Sekuriti.

    MEMULAKAN PERNIAGAAN 6

  • 2.2 Prosedur Pemerbadanan

    Bagi menubuhkan sebuah syarikat, permohonan mestilah dikemukakan kepadaSSM dengan menggunakan Borang 13A dan disertakan bayaran sebanyak RM30(bagi setiap nama yang dipohon) untuk menentukan sama ada nama yangdicadangkan bagi syarikat berkenaan boleh digunakan. Permohonan akandiluluskan sekiranya nama berkenaan boleh digunakan dan nama yangdicadangkan akan dirizab selama tiga bulan.

    Dokumen pemerbadanan berikut hendaklah diserah simpan kepada SSM dalamtempoh tiga bulan dari tarikh kelulusan nama syarikat:

    i. Memorandum dan Tataurusan Persatuan

    ii. Akuan Pematuhan (Borang 6)

    iii. Akuan Berkanun oleh seorang sebelum dilantik sebagai pengarah, atau oleh seorang pengasas sebelum pemerbadanan syarikat (Borang 48A)

    iv. Dokumen tambahan yang termasuk:

    • Borang 13A yang asal

    • Satu salinan surat daripada SSM yang meluluskan nama syarikat

    • Satu salinan kad pengenalan setiap pengarah dan setiausaha syarikat atau satu salinan pasport jika seorang pengarah asing dilantik.

    Memorandum Persatuan mendokumenkan nama syarikat, objektif, jumlah modaldibenarkan (jika ada) yang dicadangkan untuk pendaftaran dan pembahagiannyakepada saham-saham jumlah tetap.

    Tataurusan Persatuan menghuraikan peraturan yang mentadbir urus pengurusandalaman hal ehwal syarikat dan perjalanan perniagaannya.

    Setelah Sijil Pemerbadanan dikeluarkan, syarikat berkenaan akan menjadi sebuahbadan korporat, berupaya melaksanakan fungsi sebuah badan diperbadankan danboleh mendakwa dan didakwa. Ia adalah kekal turun temurun di bawah meteraiperbadanannya dengan kuasa untuk memiliki tanah, tetapi ahli-ahlinyamempunyai liabiliti untuk menyumbang kepada aset-aset sekiranya syarikatgulung tikar, seperti diperuntukkan di bawah Akta Syarikat, 1965.

    Pada masa ini, pemerbadanan syarikat-syarikat tempatan boleh diselesaikandalam tempoh sehari (1) dengan adanya kaunter interaktif tunggal yangdiperkenalkan sejak 1 April 2010.

    7

  • Pemerbadanan Syarikat-Syarikat – Piagam Pelanggan setakat 1 April 2010

    SSM berjanji memproses, melulus dan mendaftar permohonan yang lengkapsecara cepat dan cekap dalam tempoh yang dinyatakan seperti berikut:

    * Permohonan untuk kelulusan nama syarikat sahaja, boleh dilakukan tanpa memperbadankan syarikat.

    ** Tempoh yang diambil bermula dari masa bayaran diterima sehingga sijil diserahkan.

    2.2.1 Keperluan bagi Syarikat Tempatan Yang Diperbadankan

    Sebuah syarikat mestilah mengekalkan sebuah pejabat berdaftar di Malaysia dimana semua buku dan dokumen yang diperlukan di bawah peruntukan Aktadisimpan. Nama syarikat hendaklah diperagakan dalam huruf abjad Roman yangmudah dibaca, bersama-sama nombor syarikat, pada cap mohor syarikat dandokumen syarikat.

    Sebuah syarikat tidak dibenarkan berurus niaga dalam sahamnya sendiri ataumemegang saham dalam syarikat induknya. Setiap saham ekuiti sebuah syarikatawam melayakkan hanya satu undi dalam pengundian pada mana-manamesyuarat agung syarikat. Bagaimanapun, sebuah syarikat sendirian bolehmemperuntukkan hak undi berbeza bagi pemegang-pemegang sahamnya.

    Setiausaha sebuah syarikat mestilah seorang yang benar, cukup umur danmempunyai tempat bermastautin utama atau alamat kediaman hanya di Malaysia.

    MEMULAKAN PERNIAGAAN 8

    AKTIVITI TEMPOH

    PENDAFTARAN SYARIKAT

    Pemerbadanan syarikat 1 hari

    Pertukaran taraf 1 hari

    Pertukaran nama syarikat 1 hari

    Permulaan perniagaan syarikat awam 1 hari

    Pendaftaran gadaian 2 hari

    Kelulusan surat ikatan amanah 5 hari

    Pendaftaran prospektus 3 hari

    Salinan dokumen syarikat yang tidak disahkan 30 minit

    Salinan dokumen syarikat yang disahkan 1 jam

  • Beliau mestilah menjadi ahli kepada sebuah badan yang ditetapkan ataudilesenkan oleh Pendaftar Syarikat. Syarikat juga mestilah melantik juruauditsyarikat beriktiraf sebagai juruaudit syarikatnya di Malaysia.

    Selain itu, syarikat hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua orangpengarah yang mempunyai tempat bermastautin utama atau alamat kediamanhanya di Malaysia. Pengarah syarikat awam atau anak syarikat kepada syarikatawam lazimnya mestilah tidak melebihi usia 70 tahun. Seorang pengarah syarikattidak semestinya menjadi seorang pemegang saham syarikat.

    2.3 Pendaftaran Syarikat Asing

    Sebuah syarikat asing boleh menjalankan perniagaan di Malaysia sama adamelalui:

    i. pemerbadanan sebuah syarikat tempatan; atau

    ii. mendaftarkan sebuah cawangan di Malaysia.

    Sebuah syarikat asing ditakrifkan di bawah Akta Syarikat, 1965 sebagai:

    i. sebuah syarikat, perbadanan, kesatuan, persatuan atau badan-badan lain yang diperbadankan diluar negara.

    ii. sebuah kesatuan, persatuan atau badan-badan lain yang tidak diperbadankan yang mana di bawah undang-undang tempat asalnya boleh mendakwa atau didakwa, atau memiliki hartanah di atas nama setiausahanya atau pegawai lain dalam badan atau persatuan itu yang dilantik khas untuk tujuan tersebut dan yang mana tidak mempunyai ibu pejabat atau tempat utama perniagaan di Malaysia.

    2.3.1 Prosedur Pendaftaran

    i. Pemohon mestilah terlebih dahulu menjalankan carian nama untuk menentukan sama ada nama yang dicadangkan untuk syarikat berkenaan boleh digunakan. Nama yang bakal digunakan untuk mendaftarkan syarikat asing itu hendaklah sama dengan nama yang didaftarkan di negara asal.

    Pemohonan hendaklah dikemukakan kepada SSM dengan menggunakan Borang 13A beserta bayaran RM30 bagi setiap nama yang dipohon. Apabila nama syarikat yang dicadangkan itu diluluskan oleh SSM, ia adalah sah untuk selama tiga bulan dari tarikh kelulusan.

    ii. Setelah diluluskan, pemohon mestilah menyerah simpan dokumen berikut kepada SSM dalam tempoh tiga bulan dari tarikh kelulusan:

    a. Satu salinan sah sijil pemerbadanan atau pendaftaran syarikat asing berkenaan;

    9

  • b. Satu salinan sah piagam, statut atau Memorandum dan Tataurusan Persatuan syarikat berkenaan atau instrumen-instrumen lain yang mengtakrif perlembagaannya;

    c. Borang 79 (Penyata oleh Syarikat Asing yang Memberikan Butiran mengenai Pengarah-pengarah dan Perubahan Butiran).

    Sekiranya senarai itu termasuk pengarah-pengarah yang bermastautin di Malaysia yang menjadi ahli-ahli lembaga pengarah tempatan syarikat itu, satu memorandum yang menyatakan kuasa-kuasa yang mesti dilaksanakan oleh mereka atau bagi pihak syarikat asing itu mestilah diserah simpan kepada SSM.

    d. Satu memorandum perlantikan atau surat kuasa wakil yang memberi kuasa kepada seseorang (mereka) yang bermastautin di Malaysia untuk menerima bagi pihak syarikat asing sebarang notis yang dikehendaki disampaikan kepada syarikat asing itu.

    e. Borang 80 (Akuan Berkanun oleh Ejen Syarikat Asing); dan dokumen-dokumen tambahan yang terdiri daripada Borang 13A yang asal serta satu salinan surat daripada SSM yang meluluskan nama syarikat asing itu.

    Nota: Sekiranya mana-mana dokumen pendaftaran yang tersebut di atasmenggunakan bahasa selain daripada Bahasa Malaysia atau Inggeris, satu salinansah terjemahan dokumen-dokumen berkenaan ke Bahasa Malaysia atau Inggerisdiperlukan.

    iii. Bayaran pendaftaran hendaklah dilakukan kepada SSM mengikut jadual berikut:

    MEMULAKAN PERNIAGAAN 10

    MODAL SAHAM DIBENARKAN (RM) BAYARAN DIKENAKAN (RM)

    Sehingga 100,000 1,000

    100,001 - 500,000 3,000

    500,001 - 1,000,000 5,000

    1,000,001 - 5,000,000 8,000

    5,000,001 - 10,000,000 10,000

    10,000,001 - 25,000,000 20,000

    25,000,001 - 50, 000,000 40,000

    50,000,001 - 100,000,000 50,000

    100,000,001 ke atas 70,000

  • Bagi menentukan jumlah bayaran pendaftaran, modal saham nominal syarikatasing hendaklah terlebih dahulu ditukarkan ke matawang Malaysia (RinggitMalaysia) pada kadar pertukaran semasa.

    Seandainya sebuah syarikat asing tidak mempunyai sebarang modal saham, kadarrata sebanyak RM1,000 hendaklah dibayar kepada SSM.

    iv. Satu Sijil Pendaftaran akan dikeluarkan oleh SSM setelah syarikat mematuhi prosedur pendaftaran dan serah simpan dokumen-dokumen pendaftaran yang lengkap.

    v. Setelah diluluskan, syarikat atau ejennya bertanggungjawab bagi memastikan pematuhan kepada Akta Syarikat, 1965. Sebarang perubahan kepada butiran mengenai syarikat atau kepada nama syarikat atau modal saham dibenarkan mestilah difailkan dengan SSM dalam tempoh sebulan dari tarikh perubahan beserta bayaran yang ditetapkan. Setiap syarikat diperlukan untuk menyimpan penyata akaun yang betul. Penyata tahunan mestilah diserah simpan kepada SSM sekali setiap tahun takwim.

    Nota: Warga-warga asing dinasihatkan supaya mendapatkan perkhidmatanseorang peguam bela atau peguam cara, seorang akauntan atau seorangsetiausaha syarikat yang sedang berkhidmat untuk bantuan selanjutnya.

    2.4 E-Services

    E-Services telah diperkenalkan sebagai satu alternatif kepada kaedah tradisi bagiberurusan dengan SSM, iaitu melalui perkhidmatan kaunter. Ia membolehkanpenyerahan simpan dokumen-dokumen (Perkhidmatan e-Lodgement) danperolehan maklumat korporat perniagaan (Perkhidmatan e-Info). Bayaran bolehdilakukan melalui kad kredit, debit terus atau akaun prabayar.

    E-lodgement atau juga dikenali sebagai e-filing membolehkan syarikat,perniagaan atau kakitangan yang dilantik mereka untuk menyerah simpandokumen-dokumen berkanun yang diperlukan menerusi Internet melalui portalmyGovernment/ Public Service Portal (PSP). Manakala, perkhidmatan e-infomembolehkan pembelian secara dalam talian maklumat korporat danperniagaan.

    Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang SSM di www.ssm.com.myatau www.ssm-einfo.com.my.

    3. GARIS PANDUAN DASAR EKUITI

    3.1 Dasar Ekuiti bagi Sektor Perkilangan

    Malaysia sentiasa mengalu-alukan pelaburan dalam sektor perkilangan. Denganhasrat untuk meningkatkan penyertaan tempatan dalam aktiviti berkenaan,kerajaan menggalakkan usaha sama antara pelabur Malaysia dan asing.

    11

  • Dasar Ekuiti untuk Projek Baru, Pembesaran atau Pempelbagaian

    Sejak Jun 2003, para pelabur asing boleh memegang 100% ekuiti bagi semuapelaburan dalam projek baru serta pelaburan dalam projek pembesaran/pempelbagaian yang dilakukan oleh syarikat sedia ada, tidak kira paras eksportdan tanpa mengecualikan mana-mana produk/aktiviti.

    Dasar ekuiti ini juga diguna pakai untuk:

    i) Syarikat-syarikat yang dahulunya dikecualikan daripada mendapatkan lesen pengilang tetapi dana pemegang saham mereka kini telah mencecah RM2.5 juta atau kini menggaji 75 atau lebih pekerja sepenuh masa dan dengan itu perlu dilesenkan.

    ii) Syarikat-syarikat berlesen sedia ada yang dahulunya dikecualikan daripada mematuhi syarat-syarat ekuiti, tetapi kini perlu mematuhinya kerana dana pemegang saham mereka mencecah RM2.5 juta.

    Dasar Ekuiti untuk Syarikat Sedia Ada

    Syarat-syarat ekuiti dan eksport yang dikenakan ke atas syarikat-syarikat sebelum17 Jun 2003 dikekalkan.

    Bagaimanapun, syarikat-syarikat itu boleh memohon supaya syarat-syarat inidimansuhkan dan kelulusan akan diberi berdasarkan merit setiap kes.

    3.2 Perlindungan bagi Pelaburan Asing

    Komitmen Malaysia untuk mewujudkan persekitaran pelaburan selamat telahberjaya meyakinkan lebih 8,000 syarikat antarabangsa dari lebih 40 negaramenjadikan Malaysia pangkalan luar pesisir mereka.

    Pemilikan Ekuiti

    Sebuah syarikat yang mana penyertaan ekuitinya telah diluluskan tidak perlumengstruktur semula ekuitinya pada bila-bila masa selagi syarikat itu terusmematuhi syarat-syarat asal kelulusan dan mengekalkan ciri-ciri asal projek.

    Perjanjian Jaminan Pelaburan

    Kesediaan Malaysia untuk memeterai Perjanjian-Perjanjian Jaminan Pelaburan(IGA) membuktikan hasrat kerajaan untuk menambahkan keyakinan pelaburasing terhadap Malaysia.

    MEMULAKAN PERNIAGAAN 12

  • 13

    IGA akan:

    • Memberi perlindungan daripada pemiliknegaraan atau ekspropriasi

    • Memastikan pampasan yang segara dan cukup sekiranya berlaku pemiliknegaraan atau ekspropriasi

    • Membolehkan pemindahan bebas keuntungan, modal dan bayaran-bayaran lain

    • Memastikan penyelesaian pertikaian pelaburan di bawah Konvensyen Penyelesaian Pertikaian Pelaburan yang mana Malaysia menjadi anggota sejak 1966.

    Malaysia telah memeterai Perjanjian Jaminan Pelaburan dengan kumpulan dannegara berikut (mengikut abjad):

    Kumpulan

    * Kesatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

    * Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)

    Negara

    AlbaniaAlgeriaAmerika SyarikatArab SaudiArgentinaAustriaBahrainBangladeshBelandaBelgo-LuzembourgBosnia HerzegovinaBotswanaBurkina FasoChile, RepublikChina, Republik RakyatCroatiaCubaCzech, RepublikDenmarkDjibouti, RepublikEmiriyah Arab BersatuEthiopia, RepublikFinlandGhana

    GuineaHungaryIndiaIndonesiaIranItaliJermanJordanKanadaKazakstanKembojaKorea, UtaraKorea, SelatanKuwaitKyrgyz, RepublikLaosLebanonMacedoniaMaghribiMalawiMesirMongoliaNamibiaNorway

    PakistanPapua New GuineaPerancisPeruPolandRepublik Arab SyriaRomaniaSenegalSepanyolSlovak,RepublikSri LankaSudan, RepublikSwedenSwitzerlandTaiwanTurkiTurkmenistanUnited KingdomUruguayUzbekistanVietnamYemenZimbabwe

  • MEMULAKAN PERNIAGAAN 14

    Konvensyen Penyelesaian Pertikaian Pelaburan

    Dengan hasrat untuk menggalak dan melindungi pelaburan asing, kerajaanMalaysia mengesahkan peruntukan-peruntukan Konvensyen PenyelesaianPertikaian Pelaburan pada 1966. Konvensyen ini, yang ditubuhkan di bawahnaungan Bank Antarabangsa bagi Pembinaan Semula dan Pembangunan (IBRD),menyediakan jalan pendamaian atau timbangtara antarabangsa menerusi PusatAntarabangsa bagi Penyelesaian Pertikaian Pelaburan yang bertempat di pejabatutama IBRD di Washington.

    Pusat Timbangtara Serantau Kuala Lumpur

    Pusat Timbangtara Serantau Kuala Lumpur telah ditubuhkan pada 1978 di bawahnaungan Pertubuhan Perundingan Perundangan Asia-Afrika (AALCO) – sebuahpertubuhan antara kerajaan yang bekerjasama dan dibantu oleh kerajaanMalaysia.

    Sebuah pertubuhan bukan untung, Pusat ini memberi khidmat kepada rantau AsiaPasifik. Ia bermatlamat untuk mengadakan satu sistem bagi menyelesaikanpertikaian yang memberi manfaat kepada kedua belah pihak yang terbabit dalamperdagangan, perniagaan dan pelaburan dengan dan dalam rantau ini.

    Sebarang pertikaian, kontroversi atau tuntutan yang berbangkit daripada atauberhubung dengan sesuatu kontrak, atau pelanggaran, penamatan atauketidaksahan diputuskan secara timbangtara mengikut Undang-UndangTimbangtara yang diguna pakai oleh Pusat Timbangtara Serantau Kuala Lumpur.

  • 2

    Bab 2

    INSENTIF BAGIPELABURAN1. INSENTIF BAGI SEKTOR PERKILANGAN

    2. INSENTIF BAGI SEKTOR PERTANIAN

    3. INSENTIF BAGI INDUSTRI AEROANGKASA

    4. INSENTIF BAGI INDUSTRI BIOTEKNOLOGI

    5. INSENTIF BAGI INDUSTRI PELANCONGAN

    6. INSENTIF BAGI PENGURUSAN ALAM SEKITAR

    7. INSENTIF BAGI PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

    8. INSENTIF BAGI INDUSTRI PERALATAN PERUBATAN

    9. INSENTIF BAGI LATIHAN

    10. INSENTIF BAGI PROJEK PERKHIDMATAN DILULUSKAN

    11. INSENTIF BAGI INDUSTRI PERKAPALAN DAN PENGANGKUTAN

    12. INSENTIF BAGI MSC MALAYSIA

    13. INSENTIF BAGI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

    14. INSENTIF BAGI PERKHIDMATAN BERKAITAN PERKILANGAN

    15. INSENTIF BAGI IBU PEJABAT OPERASI

    16. INSENTIF BAGI PUSAT PEROLEHAN ANTARABANGSA/PUSATPENGEDARAN SERANTAU

    17. PEJABAT PERWAKILAN DAN PEJABAT SERANTAU

    18. INSENTIF BAGI PUSAT PENGURUSAN PERBENDAHARAAN

    19. INSENTIF BAGI PENYEDIA REKABENTUK PERINDUSTRIAN

    20. INSENTIF BAGI SEKOLAH SWASTA DAN SEKOLAHANTARABANGSA

    21. INSENTIF-INSENTIF LAIN

  • 1. INSENTIF BAGI SEKTOR PERKILANGAN191.1 Insentif Utama bagi Syarikat Perkilangan 19

    (i) Taraf Perintis 19(ii) Elaun Cukai Pelaburan 20

    1.2 Insentif bagi Syarikat Teknologi Tinggi 201.3 Insentif bagi Projek Strategik 211.4 Insentif bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana 211.5 Insentif bagi Industri Jentera dan Peralatan 22 1.5.1 Insentif bagi Pengeluaran Jentera dan Peralatan Khusus 221.6 Insentif bagi Industri Automotif 231.6.1 Insentif bagi Pengilangan Bahagian dan Komponen 23

    Kritikal dan Nilai Ditambah Tinggi untuk Industri Automotif

    1.6.2 Insentif bagi Pemasangan Kereta Hibrid dan 24Kereta Elektrik

    1.7 Insentif bagi Penggunaan Biojisim Kelapa Sawit 24(i) Syarikat Baru 24(ii) Syarikat Sedia Ada Yang Melabur Semula 25

    1.8 Insentif Tambahan bagi Sektor Perkilangan 25(i) Elaun Pelaburan Semula 25(ii) Elaun Modal Dipercepat 26(iii) Elaun Modal Dipercepat ke atas Peralatan bagi 26

    Mengekal Kualiti Bekalan Tenaga(iv) Elaun Modal Dipercepat bagi Peralatan Kawalan 27

    Keselamatan(v) Insentif bagi Sistem Bangunan Perindustrian 27(vi) Pengecualian Cukai ke atas Nilai 27

    Peningkatan Eksport (vii) Pelepasan Kumpulan 28

    2. INSENTIF BAGI SEKTOR PERTANIAN 292.1 Insentif Utama bagi Sektor Pertanian 29

    (i) Taraf Perintis 29(ii) Elaun Cukai Pelaburan 30(iii) Insentif bagi Pengeluaran Makanan 31

    2.2 Insentif-insentif bagi Produk Halal 32(i) Insentif-insentif bagi Pengeluaran Makanan Halal 32(ii) Insentif-insentif bagi Aktiviti-Aktiviti Halal Lain 33(iii) Potongan Dua Kali Ganda bagi Perbelanjaan untuk 34

    Memperolehan Sijil Halal dan Sijil Sistem Kualiti dan Piawaian

    2.3 Insentif Tambahan bagi Sektor Pertanian 35(i) Elaun Pelaburan Semula 35(ii) Insentif bagi Pelaburan Semula dalam Industri 36

    Berasaskan Sumber(iii) Insentif bagi Pelaburan Semula dalam Aktiviti 36

    Pemprosesan Makanan(iv) Elaun Modal Dipercepat 37(v) Elaun Pertanian 37(vi) Elaun 100% ke atas Perbelanjaan Modal bagi 38

    Projek Pertanian Diluluskan(vii) Pengecualian Cukai ke atas Nilai 39

    Peningkatan Eksport(viii) Insentif bagi Syarikat yang Menyediakan 39

    Kemudahan dan Perkhidmatan Rangkaian Bilik Sejuk untuk Produk Makanan

    (ix) Potongan Dua Kali Ganda ke atas Tambang 40Penghantaran Barang-Barang bagi Eksport ProdukBerasaskan Rotan dan Kayu

    3. INSENTIF BAGI INDUSTRI 40AEROANGKASA

    4. INSENTIF BAGI INDUSTRI 42BIOTEKNOLOGI4.1 Insentif Utama bagi Industri Bioteknologi 424.2 Pendanaan Bioteknologi bagi Syarikat Status BioNexus 43

    (i) Dana Benih 43(ii) Dana Pemadanan Penyelidikan dan Pembangunan 43(iii) Dana Pemadanan Pembangunan Perniagaan 43

    Antarabangsa

    5. INSENTIF BAGI INDUSTRI 43PELANCONGAN5.1 Insentif bagi Hotel dan Projek Pelancongan 44

    (i) Taraf Perintis 44(ii) Elaun Cukai Pelaburan 44(iii) Insentif Dipertingkat bagi Pelaburan Baru 44

    dalam Hotel dan Projek Pelancongan(iv) Insentif bagi Pelaburan Semula dalam 45

    Projek Perhotelan dan Pelancongan(v) Insentif bagi Kembara Penjagaan Kesihatan 46(vi) Insentif Tambahan bagi Kembara 46

    Penjagaan Kesihatan(vii) Insentif bagi Industri Kapal Persiaran Mewah 47

    5.2 Insentif Tambahan bagi Industri Pelancongan 47(i) Potongan Dua Kali Ganda ke atas Promosi 47

    Seberang Laut(ii) Potongan Dua Kali Ganda ke atas Pameran 48

    Perdagangan Diluluskan(iii) Pengecualian Cukai bagi Operator Pelancongan 48(iv) Pengecualian Cukai bagi Mempromosikan 48

    Persidangan dan Pameran Perdagangan Antarabangsa(v) Potongan bagi Persembahan Kebudayaan 49(vi) Insentif bagi Operator Kereta Sewa 49(vii) Pengecualian Cukai bagi Nilai Peningkatan Eksport 49

    6. INSENTIF BAGI PENGURUSAN 50

    ALAM SEKITAR 6.1 Insentif bagi Projek Hutan Ladang 506.2 Insentif bagi Penstoran, Pengolahan dan 51

    Pelupusan Buangan Toksik dan Berbahaya6.3 Insentif bagi Aktiviti Kitar Semula Buangan 516.4 Insentif bagi Penjimatan Tenaga 52

    (i) Syarikat yang Menyediakan Perkhidmatan 52Penjimatan Tenaga

    (ii) Syarikat yang Mengusahakan Penjimatan 52 Tenaga untuk Kegunaan Sendiri

    6.5 Insentif bagi Aktiviti Penjanaan Tenaga Menggunakan 53Sumber Tenaga Boleh Baharu

    6.6 Insentif bagi Penjanaan Tenaga Boleh Baharu 53untuk Kegunaan Sendiri

    6.7 Insentif Cukai bagi Bangunan untuk 54Mendapat Sijil Indeks Bangunan Hijau

    6.8 Elaun Modal Dipercepat bagi Pengurusan Alam Sekitar 55

    7. INSENTIF BAGI PENYELIDIKAN 55DAN PEMBANGUNAN7.1 Insentif Utama bagi Penyelidikan dan Pembangunan 56

    (i) Syarikat R&D Kontrak 56(ii) Syarikat R&D 56(iii) Penyelidikan Dalam Syarikat 57(iv) Insentif bagi Pelaburan Semula dalam Aktiviti R&D 57(v) Insentif bagi Pengkomersialan R&D Sektor Awam 57

    7.2 Insentif Tambahan bagi Penyelidikan dan Pembangunan 58(i) Potongan Dua Kali Ganda bagi Penyelidikan 58

    dan Pembangunan(ii) Insentif bagi Penyelidik untuk 58

    Mengkomersialkan Penemuan Penyelidikan

    8. INSENTIF BAGI INDUSTRI 59PERALATAN PERUBATAN 8.1 Insentif bagi Makmal Ujian Peralatan Perubatan 59

    (i) Syarikat yang Melabur dalam Makmal Ujian 59Baru bagi Menguji Peralatan Perubatan

    (ii) Syarikat yang Menaiktaraf Makmal Ujian 59Sedia Ada bagi Menguji Peralatan Perubatan

    9. INSENTIF BAGI LATIHAN 609.1 Insentif Utama bagi Latihan 609.2 Insentif Tambahan bagi Latihan 61

    (i) Potongan ke atas Perbelanjaan Pengambilan Pekerja 61(ii) Potongan bagi Latihan Pra-pekerjaan 61

    INSENTIF BAGI PELABURAN

    17

  • INSENTIF BAGI PELABURAN 18

    (iii) Potongan bagi Latihan Bukan Pekerja Syarikat 61(iv) Potongan bagi Sumbangan Wang Tunai 62(v) Elaun Bangunan Perindustrian Khas 62(vi) Pengecualian Cukai ke atas Peralatan Pendidikan 62(vii) Pengecualian ke atas Bayaran Royalti 62(viii) Potongan Dua Kali Ganda bagi Latihan Diluluskan 62(ix) Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia 63

    (HRDF)(x) Insentif bagi Program Latihan Intern Terstruktur 63(xi) Insentif bagi Pemberian Biasiswa 63

    10. INSENTIF BAGI PROJEK 64PERKHIDMATAN DILULUSKAN (ASP)10.1 Insentif Utama bagi ASP 64

    (i) Pengecualian di bawah Seksyen 127 Akta Cukai 64Pendapatan, 1967

    (ii) Elaun Pelaburan di bawah Jadual 7B Akta Cukai 64Pendapatan, 1967

    10.2 Insentif Tambahan bagi ASP 65

    11. INSENTIF BAGI INDUSTRI 65PERKAPALAN DAN PENGANGKUTAN11.1 Pengecualian Cukai bagi Operasi Perkapalan 6511.2 Pengecualian Cukai Jualan ke atas 65

    Penggerak Prima dan Treler

    12. INSENTIF BAGI MSC MALAYSIA 6612.1 Insentif Utama bagi Syarikat Status MSC MALAYSIA 66

    13. INSENTIF BAGI TEKNOLOGI 67MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)13.1 Insentif bagi Pengunaan Teknologi Maklumat 67

    dan Komunikasi (ICT)(i) Elaun Modal Dipercepat 67(ii) Potongan Perbelanjaan Operasi 67(iii) Pengecualian Cukai ke atas Nilai 67

    Peningkatan Eksport

    14. INSENTIF BAGI PERKHIDMATAN 68 BERKAITAN PERKILANGAN(i) Taraf Perintis 68(ii) Elaun Cukai Pelaburan 68

    15. INSENTIF BAGI IBU PEJABAT 69OPERASI (OHQ)15.1 Ibu Pejabat Operasi 6915.2 Kelulusan bagi Status OHQ, Insentif dan Manfaat Lain 6915.3 Keperluan Ekuiti 7115.4 Insentif-Insentif 7215.5 Manfaat-Manfaat Lain 7215.6 Penggajian Pegawai Dagang 7215.7 Kebolehubahan Pentadbiran Pertukaran Asing (FEA) 73

    yang diberikan kepada Syarikat Pemastautin dengan Status Ibu Pejabat Operasi (OHQ)

    15.8 Kebolehubahan-Kebolehubahan FEA Lain 74

    16. INSENTIF BAGI PUSAT PEROLEHAN 74ANTARABANGSA/PUSAT PENGEDARAN SERANTAU (IPC/RDC)16.1 Kelulusan bagi Status IPC/RDC 7416.2 Keperluan Ekuiti 7516.3 Insentif-Insentif 7516.4 Kebolehubahan Pentadbiran Pengurusan Pertukaran 76

    Asing (FEA) yang diberikan kepada Syarikat Pemastautindengan Status Pusat Perolehan Antarabangsa (IPC) dan Pusat Pengedaran Serantau (RO)

    16.5 Kebolehubahan-Kebolehubahan FEA Lain 7616.6 Manfaat-Manfaat Lain 7616.7 Penggajian Pegawai Dagang 77

    17. INSENTIF BAGI PEJABAT 77PERWAKILAN/PEJABAT SERANTAU17.1 Takrif 7717.2 Pejabat Perwakilan 7717.3 Pejabat Serantau 7817.4 Aktiviti Dibenarkan 7817.5 Aktiviti Tidak Dibenarkan 7817.6 Kriteria Kelayakan 7917.7 Tempoh Penubuhan 7917.8 Penggajian Pegawai Dagang 79

    18. INSENTIF BAGI PUSAT PENGURUSAN 79PERBENDAHARAAN (TMC)18.1 Kriteria Kelayakan 8018.2 Perkhidmatan Perbendaharaan/ Aktiviti Layak 8018.3 Insentif-Insentif 8118.4 Kemudahan-Kemudahan Lain 82

    19. INSENTIF BAGI PENYEDIA 83REKABENTUK PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA

    20. INSENTIF BAGI SEKOLAH SWASTA 83DAN SEKOLAH ANTARABANGSA

    21. INSENTIF-INSENTIF LAIN 8421.1 Elaun Bangunan Perindustrian 8421.2 Elaun Bangunan Perindustrian bagi Bangunan 85

    dalam MSC Malaysia21.3 Potongan Bayaran Audit 8521.4 Insentif Cukai bagi Industri Modal Teroka 8521.5 Insentif Cukai ke atas Kos Merungkai dan Mengalih Aset 8621.6 Insentif bagi Pengambilalihan Hak Empunya 8621.7 Insentif Cukai Bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana 86

    untuk Mendaftar Paten dan Cap Dagangan21.8 Insentif Berkaitan Tarif 87

    (i) Pengecualian Duti Import ke atas Bahan 87Mentah/Komponen

    (ii) Pengecualian Duti Import ke atas Peralatan 88Perubatan yang Diimport bagi Tujuan Dijadikan Kit

    (iii) Pengecualian Duti Import dan Cukai Jualan 88ke atas Jentera dan Peralatan

    (iv) Pengecualian Duti Import dan Cukai Jualan 88ke atas Alat Ganti dan Bahan Gunahabis

    (v) Pengecualian Duti dan Cukai Jualan bagi 88Penyumberan Luar Aktiviti Pengilangan

    (vi) Pengecualian Duti Import dan Cukai Jualan bagi 89Aktiviti Penyenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih

    (vii) Pengecualian Duti Import dan Cukai Jualan 89ke atas Peralatan Sistem Fotovolta Suria

    (viii) Pengecualian Duti Import dan Cukai Jualan 90ke atas Peralatan Penjimatan Tenaga

    (ix) Pengecualian Duti Import dan Duti Eksais 90 ke atas Kereta Hibrid dan Kereta Elektrik

    (x) Pengecualian Cukai Jualan 91(xi) Pemulangan Duti Import, Cukai Jualan 92

    dan Duti Eksais21.9 Insentif bagi Eksport 92

    (i) Potongan Sekali bagi Promosi Eksport 92(ii) Potongan Dua Kali Ganda bagi Promosi Eksport 93(iii) Potongan Dua Kali Ganda bagi Premium 94

    Insurans Kredit Eksport(iv) Potongan Dua Kali Ganda bagi Tambang 94

    Penghantaran Barang-Barang(v) Potongan Dua Kali Ganda bagi 94

    Promosi Jenama Malaysia(vi) Elaun Bangunan Perindustrian Khas bagi Gudang 94(vii) Insentif bagi Pelaksanaan RosettaNet 95

    21.10 Insentif bagi Penggunaan Peralatan 95Pemuliharaan Alam Sekitar

    21.11 Derma bagi Pemuliharaan Alam Sekitar 9521.12 Insentif bagi Tempat Tinggal Pekerja 9521.13 Insentif bagi Kemudahan Asuhan Kanak-Kanak Pekerja 96

  • Bab 2

    INSENTIF BAGI PELABURAN

    Di Malaysia, insentif cukai, sama ada langsung atau tidak langsung,diperuntukkan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan, 1986, Akta CukaiPendapatan, 1967, Akta Kastam, 1967, Akta Cukai Jualan, 1972, Akta Eksais,1976 dan Akta Zon Bebas, 1990. Akta-akta ini merangkumi pelaburan dalamsektor-sektor perkilangan, pertanian, pelancongan (termasuk perniagaan hotel)dan perkhidmatan diluluskan serta aktiviti-aktiviti penyelidikan danpembangunan, latihan dan pemuliharaan alam sekitar.

    Insentif cukai langsung memberikan pelepasan sebahagian atau penuhpembayaran cukai pendapatan untuk tempoh tertentu, manakala insentif cukaitidak langsung adalah dalam bentuk pengecualian duti import, cukai jualan danduti eksais.

    1. INSENTIF BAGI SEKTOR PERKILANGAN

    1.1 Insentif Utama bagi Syarikat Perkilangan

    Insentif cukai utama bagi syarikat-syarikat yang melabur dalam sektor perkilanganialah Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan.

    Kelayakan bagi mendapatkan Taraf Perintis atau Elaun Cukai Pelaburan adalahberdasarkan keutamaan tertentu, termasuk paras nilai ditambah, teknologidigunakan dan rangkaian perindustrian. Projek-projek sedemikian diistilahkansebagai “aktiviti digalakkan” atau “keluaran digalakkan” (sila lihat Lampiran I :Senarai Aktiviti Digalakkan dan Keluaran Digalakkan- Am).

    (i) Taraf Perintis

    Sebuah syarikat yang diberikan Taraf Perintis menikmati pengecualian sebahagiancukai pendapatan yang diperlu dibayar untuk tempoh lima tahun. Ia membayarcukai ke atas 30% daripada pendapatan berkanunnya*, dan tempohpengecualian bermula dari Hari Pengeluaran (ditakrifkan sebagai hari paraspengeluaran mencecah 30% daripada kapasitinya).

    Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasatempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatanpasca perintis syarikat berkenaan.

    Permohonan bagi Taraf Perintis hendaklah dikemukakan kepada LembagaPembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

    * Pendapatan berkanun diperoleh setelah ditolak perbelanjaan hasil dan elaun modaldaripada pendapatan kasar.

    19

  • (ii) Elaun Cukai Pelaburan

    Sebagai alternatif kepada Taraf Perintis, sebuah syarikat boleh memohon ElaunCukai Pelaburan (Investment Tax Allowance atau ITA). Syarikat yang diberikan ITAmenerima elaun sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal layak (seperti kilang,loji, jentera dan peralatan lain yang digunakan bagi projek diluluskan) yangdilakukan dalam tempoh lima tahun dari tarikh perbelanjaan modal layak pertama.

    Syarikat berkenaan boleh menggunakan elaun ini untuk ditolak sebanyak 70%daripada pendapatan berkanunnya bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlahelaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehinggadigunakan sepenuhnya. Baki 30% daripada pendapatan berkanun akandikenakan cukai pada kadar cukai syarikat semasa.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

    1.2 Insentif bagi Syarikat Teknologi Tinggi

    Sebuah syarikat teknologi tinggi adalah sebuah syarikat yang terbabit dalamaktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan dalam bidang teknologi baru dansedang muncul, (sila lihat Lampiran II: Senarai Aktiviti Digalakkan dan KeluaranDigalakkan – Syarikat Teknologi Tinggi). Sebuah syarikat teknologi tinggi layakmendapat:

    i. Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh lima tahun. Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan; atau

    ii. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam tempoh lima tahun dari tarikh perbelanjaan modal layak pertama. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

    Syarikat teknologi tinggi mestilah memenuhi kriteria berikut:

    i. Peratusan perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (Research & Development atau R&D) tempatan berbanding jualan kasar hendaklah sekurang-kurangnya 1% setiap tahun. Syarikat mempunyai tiga tahun dari tarikh operasi atau memulakan perniagaan untuk memenuhi keperluan ini.

    INSENTIF BAGI PELABURAN 20

  • ii. Kakitangan sains dan teknikal yang berijazah atau berdiploma dengan pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima tahun hendaklah sekurang-kurangnya 15% daripada jumlah tenaga pekerja syarikat.

    1.3 Insentif bagi Projek Strategik

    Projek strategik membabitkan produk atau aktiviti berkepentingan negara.Lazimnya, ia membabitkan pelaburan yang besar dengan tempoh gestasi yanglama, berparas teknologi yang tinggi, bersepadu, menjana rangkaian yang luas,dan mempunyai impak yang besar ke atas ekonomi. Projek sedemikian layakmendapat:

    i. Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun. Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan; atau

    ii. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal layak yangdilakukan dalam tempoh lima tahun dari tarikh perbelanjaan modal layakpertama. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 100% daripada pendapatan berkanunbagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan bolehdibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

    1.4 Insentif bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana

    Berkuatkuasa dari Tahun Taksiran 2009, bagi tujuan pengenaan cukai pendapatandan insentif cukai, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ditakrif semula sebagaisebuah syarikat pemastautin di Malaysia yang mempunyai modal berbayar bagisaham biasa sebanyak RM2.5 juta atau kurang pada permulaan tempoh asas bagisuatu tahun taksiran di mana syarikat ini tidak boleh dikawal oleh sebuah syarikatlain yang mempunyai modal berbayar melebihi RM2.5 juta.

    PKS layak mendapat kadar cukai syarikat yang lebih rendah sebanyak 20% ke ataspendapatan tercukai sehingga RM500,000. Kadar cukai ke atas baki pendapatantercukai kekal pada 25%.

    Syarikat Perkilangan Berskala Kecil

    Syarikat-syarikat perkilangan berskala kecil yang diperbadankan di Malaysiadengan dana pemegang saham tidak melebihi RM500,000 dan mempunyaisekurang-kurangnya 60% ekuiti warga Malaysia layak mendapat insentif berikut:

    i. Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh lima tahun. Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan; atau

    21

  • ii. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam tempoh lima tahun. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

    Sebuah pemilikan tunggal atau perkongsian layak untuk memohon insentif inidengan syarat sebuah syarikat sendirian berhad /syarikat berhad baru ditubuhkanuntuk mengambilalih pengeluaran/aktiviti yang sedia ada.

    Untuk layak mendapatkan insentif ini, berkuatkuasa dari 2 Mac 2012, sebuahperusahaan kecil hendaklah memenuhi kriteria berikut:

    i. Nilai ditambah mestilah sekurang-kurangnya 25%; dan

    ii. Nisbah pengurusan, teknikal dan penyeliaan (management, technical and supervisory atau MTS) mestilah sekurang-kurangnya 20%.

    Syarikat hendaklah menjalankan pengilangan keluaran atau menyertai aktivitiyang disenaraikan sebagai keluaran digalakkan dan aktiviti digalakkan bagisyarikat kecil (sila lihat Lampiran III : Senarai Aktiviti Digalakkan dan KeluaranDigalakkan – Syarikat Kecil) atau dalam Senarai Am (sila lihat Lampiran I : SenaraiAktiviti Digalakan dan Keluaran Digalakkan – Am).

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

    1.5 Insentif bagi Industri Jentera dan Peralatan

    1.5.1 Insentif bagi Pengeluaran Jentera dan Peralatan Terpilih

    Syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti untuk mengeluarkan jentera danperalatan terpilih layak mendapat:

    i. Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun. Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan; atau

    ii. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam tempoh lima tahun dari tarikh perbelanjaan modal layak pertama. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA, (sila lihat Lampiran IV :Senarai Aktiviti Digalakkan dan Keluaran Digalakkan bagi Industri Terpilih).

    INSENTIF BAGI PELABURAN 22

  • 1.6 Insentif bagi Industri Automotif

    1.6.1 Insentif bagi Pengeluaran Bahagian dan Komponen Kritikal dan Nilai Ditambah Tinggi untuk Industri Automotif

    Syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mengeluarkan bahagiandan komponen kritikal dan nilai ditambah tinggi terpilih bagi industri automotiflayak mendapat:

    i. Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun. Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan; atau

    ii. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal layak yangdilakukan dalam tempoh lima tahun dari tarikh perbelanjaan modal layakpertama. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 100% daripada pendapatan berkanunbagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan bolehdibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

    Bahagian dan komponen kritikal dan nilai ditambah tinggi bagi industri automotifyang layak adalah seperti berikut:

    • sistem penghantaran;

    • sistem brek;

    • sistem beg angin; dan

    • sistem stereng.

    Bahagian dan komponen kritikal yang menyokong pengilangan kenderaan-kenderaan hibrid dan elektrik yang layak adalah:

    • motor elektrik

    • bateri elektrik

    • sistem pengurusan bateri

    • penyongsang

    • penyaman udara elektrik

    • kompresor udara

    Permohonan yang diterima mejelang 31 Disember 2014 layak mendapat insentif-insentif ini. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

    23

  • 1.6.2 Insentif bagi Pemasangan atau Pengilangan Kenderaan-Kenderaan Hibrid dan Elektrik

    Syarikat-syarikat yang menjalankan pemasangan atau pengilangan kenderaan-kenderaan hibrid dan elektrik layak mendapat:

    • Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun. Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan; atau

    • Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam tempoh lima tahun dari tarikh perbelanjaan modal layak pertama. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

    • Pengecualian 50% duti eksais ke atas kenderaan-kenderaan pemasangan/pengilangan tempatan; atau peruntukan di bawah Dana Pelarasan Industri (Industries Adjustment Fund atau IAF).

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

    1.7 Insentif bagi Pengunaan Biojisim Kelapa Sawit

    Syarikat-syarikat yang menggunakan biojisim kelapa sawit bagi menggeluarkanproduk nilai ditambah seperti papan zarah, papan serat kepadatan sederhana,papan lapis, palpa dan kertas layak mendapat insentif berikut:

    (i) Syarikat Baru

    a. Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh sepuluh tahun. Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan; atau

    b. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam tempoh lima tahun. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan ditolak boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

    (Sila lihat Lampiran IV : Senarai Aktiviti Digalakkan dan Keluaran Digalakkan bagiIndustri Terpilih)

    INSENTIF BAGI PELABURAN 24

  • (ii) Insentif bagi Syarikat Sedia Ada yang Melabur Semula

    a. Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 100% ke atas pendapatan berkanun tambahan yang dihasilkan daripada pelaburan semula untuk tempoh 10 tahun. Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan; atau

    b. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal layak tambahan yang dilakukan dalam tempoh lima tahun. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

    (Sila lihat Lampiran V : Senarai Aktiviti Digalakkan dan Keluaran Digalakkan –Pelaburan Semula)

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

    1.8 Insentif Tambahan bagi Sektor Perkilangan

    (i) Elaun Pelaburan Semula

    Elaun Pelaburan Semula (Reinvestment Allowance atau RA) diberikan kepadasyarikat-syarikat sedia ada yang terbabit dalam aktiviti pengilangan, pemprosesandan pertanian terpilih yang melakukan pelaburan semula bagi tujuanpembesaran, automasi, pemodenan atau pempelbagaian dengan syarat syarikattelah beroperasi sekurang-kurangnya selama 36 bulan berkuatkuasa dari TahunTaksiran 2009.

    RA ini diberikan pada kadar 60% ke atas perbelanjaan modal layak yangdilakukan oleh syarikat, dan ia boleh ditolak sebanyak 70% daripada pendapatanberkanun bagi tahun taksiran berkenaan. Sebarang elaun yang tidak digunakanboleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

    Sebuah syarikat boleh menggunakan RA ini untuk ditolak sebanyak 100%daripada pendapatan berkanunnya bagi tahun taksiran berkenaan sekiranyasyarikat mencapai tahap produktiviti melebihi yang ditetapkan KementerianKewangan. Untuk keterangan lanjut mengenai tahap produktiviti yang ditetapkanbagi setiap subsektor, sila hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (sila lihatAlamat-Alamat Berguna- Pertubuhan Berkaitan).

    RA ini akan diberikan untuk tempoh 15 tahun berturut-turut bermula dari tahunpertama pelaburan semula dilakukan. Syarikat-syarikat hanya boleh membuattuntutan RA ini setelah projek yang layak siap; iaitu setelah bangunan siap atauapabila loji/jentera telah beroperasi. Berkuatkuasa dari Tahun Taksiran 2009,sebuah syarikat yang membeli sesuatu aset yang telah dituntut RA daripadasebuah syarikat berkaitan dalam kumpulan yang sama tidak dibenarkan untukmenuntut RA sekali lagi ke atas aset yang sama.

    25

  • Aset-aset yang diperoleh bagi pelaburan semula tidak boleh dilupus dalamtempoh lima tahun dari tarikh pelaburan semula dilakukan berkuatkuasa dariTahun Taksiran 2009.

    Syarikat-syarikat yang bercadang untuk melabur semula sebelum tamat tempohpengecualian cukai, boleh menyerah balik Taraf Perintis atau Sijil Perintis untuktujuan pembatalan dan layak mendapat RA.

    Permohonan bagi RA hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Hasil DalamNegeri (LHDN), manakala permohonan penyerahan balik Taraf Perintis atau SijilPerintis bagi RA hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

    (ii) Elaun Modal Dipercepat

    Selepas tempoh 15 tahun layak mendapat RA, syarikat-syarikat yang melabursemula dalam pengeluaran keluaran digalakkan boleh memohon Elaun ModalDipercepat (Accelerated Capital Allowance atau ACA). ACA menyediakan elaunkhas, di mana perbelanjaan modal dihapus kira dalam tempoh tiga tahun, iaituelaun permulaan sebanyak 40% dan elaun tahunan sebanyak 20%.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada LHDN dan disertakan surat MIDAyang mengesahkan bahawa syarikat mengeluarkan keluaran digalakkan.

    Perusahan kecil dan sederhana (PKS) juga layak diberi insentif berikut:

    • Elaun Modal Dipercepat ke atas perbelanjaan yang dilakukan bagi loji dan jentera yang diperoleh dalam Tahun Taksiran 2009 dan 2010. Elaun ini hendaklah dituntut dalam tempoh satu tahun, iaitu pada tahun taksiran aset berkenaan diperoleh sepenuhnya. Insentif ini berkuatkuasa bagi Tahun Taksiran 2009 dan 2010.

    • PKS tidak lagi tertakluk kepada had maksimum RM10,000 untuk tuntutanelaun modal ke atas aset bernilai kecil berkuatkuasa dari Tahun Taksiran 2009.

    Permohonan bagi ACA hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Hasil DalamNegeri (LHDN).

    (iii) Elaun Modal Dipercepat ke atas Peralatan bagi Mengekal Kualiti Bekalan Tenaga

    Bagi mengurangkan kos-kos menjalankan perniagaan, syarikat-syarikat yangmelakukan perbelanjaan modal ke atas peralatan bagi memastikan kualiti bekalantenaga, layak mendapat Elaun Modal Dipercepat untuk tempoh dua tahun yangmembenarkan syarikat menghapus kira perbelanjaan modal dalam tempoh duatahun, iaitu elaun permulaan sebanyak 20% dan elaun tahunan sebanyak 40%.

    Hanya peralatan yang ditetapkan Kementerian Kewangan layak mendapat ElaunModal Dipercepat.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

    INSENTIF BAGI PELABURAN 26

  • (iv) Elaun Modal Dipercepat bagi Peralatan Kawalan Keselamatan

    Elaun Modal Dipercepat ini diberikan untuk peralatan kawalan keselamatan yangdipasang di premis kilang syarikat dilesenkan di bawah Akta PenyelerasanPerindustrian, 1975. Elaun ini boleh dituntut dalam tempoh satu tahun.Berkuatkuasa dari Tahun Taksiran 2009, elaun ini dipanjangkan kepada semuapremis perniagaan. Peralatan kawalan keselamatan yang layak mendapat elaunini adalah:

    • sistem penggera anti-kecurian;

    • sistem pengesanan gerakan inframerah;

    • siren;

    • sistem kawalan laluan;

    • televisyen litar tertutup;

    • sistem pengawasan video;

    • kamera keselamatan;

    • kamera penerima tanpa wayar; dan

    • kelengkapan rakaman tertunda dan kelengkapan video pengesanan gerakan.

    Permohonan yang dikemukakan kepada LHDN dari Tahun Taksiran 2009 hingga2012 layak mendapat elaun ini.

    (v) Insentif bagi Sistem Bangunan Perindustrian

    Sistem Bangunan Perindustrian (Industrial Building System atau IBS) akanmeningkatkan kualiti pembinaan, mewujudkan persekitaran kerja lebih selamatdan bersih serta mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Syarikat-syarikat yang melakukan perbelanjaan bagi membeli acuan yang digunakandalam pengeluaran komponen IBS layak mendapat Elaun Modal Dipercepatuntuk tempoh tiga tahun.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

    (vi) Pengecualian Cukai ke atas Nilai Peningkatan Eksport

    Bagi menggalakkan eksport, syarikat-syarikat perkilangan di Malaysia layak untuk:

    a) Pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun yang sama banyak dengan 10% nilai peningkatan eksport, dengan syarat produk-produk yang dieksport mencapai nilai ditambah sekurang-kurangnya 30%; atau

    27

  • b) Pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun yang sama banyak dengan 15% nilai peningkatan eksport, dengan syarat produk-produk dieksport mencapai sekurang-kurangnya 50% nilai ditambah.

    Bagi menggalakkan lagi eksport produk-produk Malaysia, sebuah syarikatperkilangan milik tempatan dengan ekuiti warga Malaysia sekurang-kurangnya60% layak mendapat:

    a) Pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun yang sama banyak dengan 30% nilai peningkatan eksport, dengan syarat syarikat mencapai peningkatan eksport yang signifikan.

    b) Pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun yang sama banyak dengan 50% nilai peningkatan eksport, dengan syarat syarikat berjaya menembusi pasaran-pasaran baru;

    c) Pengecualian penuh ke atas nilai peningkatan eksport, dengan syarat syarikat mencapai peningkatan eksport tertinggi dalam kategorinya.

    Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

    (vii) Pelepasan Kumpulan

    Pelepasan kumpulan disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 kepadasemua syarikat pemastautin diperbadankan di dalam negara. Berkuatkuasa dariTahun Taksiran 2009, pelepasan kumpulan ditingkatkan daripada 50% kepada70% ke atas kerugian tidak diserap bagi tahun semasa untuk ditolak daripadapendapatan syarikat lain dalam kumpulan yang sama (termasuk syarikat baruyang menjalankan aktiviti pengeluaran makanan, hutan ladang, bioteknologi,nanoteknologi, optik dan fotonik) tertakluk kepada syarat berikut:

    a) Pihak menuntut dan syarikat penyerah masing-masing mestilah mempunyai modal berbayar bagi saham biasa melebihi RM2.5 juta;

    b) Kedua-dua pihak menuntut dan syarikat penyerah mestilah mempunyai tempoh perakaunan yang sama;

    c) Pemegangan saham, sama ada langsung atau tidak langsung, pihak menuntut dan syarikat penyerah dalam kumpulan itu mestilah tidak kurang 70%;

    d) Sebanyak 70% pemegangan saham mestilah berterusan sepanjang tahun sebelumnya dan tahun yang berkenaan;

    e) Kerugian yang timbul daripada pengambilalihan hak empunya atau syarikat milik asing tidak boleh diambil kira bagi maksud pelepasan kumpulan; dan

    INSENTIF BAGI PELABURAN 28

  • f) Syarikat yang sedang menikmati insentif berikut tidak layak untuk pelepasan kumpulan:

    - Taraf Perintis

    - Elaun Cukai Pelaburan/ Elaun Pelaburan

    - Elaun Pelaburan Semula

    - Pengecualian Keuntungan Perkapalan

    - Pengecualian Cukai Pendapatan di bawah Seksyen 127 Akta Cukai Pendapatan, 1967; dan

    - Syarikat Pelaburan Insentif

    Dengan pengenalan insentif di atas, insentif pelepasan kumpulan sedia ada bagipengeluaran makanan, hutan ladang, bioteknologi, nanoteknologi, optik danfotonik yang diluluskan akan diberhentikan. Bagaimanapun, syarikat-syarikatyang diberi insentif pelepasan kumpulan bagi aktiviti-aktiviti di atas akan terusdibenarkan menolak 100% kerugian yang ditanggung oleh anak-anak syarikatmereka daripada pendapatan mereka.

    Nota: Sila rujuk Seksyen 21 bagi insentif-insentif lain mengenai sektor perkilangan.

    2. INSENTIF BAGI SEKTOR PERTANIAN

    Akta Penggalakan Pelaburan, 1986 menyatakan bahawa istilah “syarikat”berhubung dengan pertanian termasuk:

    • Pertubuhan koperasi dan persatuan berasaskan pertanian; dan

    • Pemilikan tunggal dan perkongsian yang terbabit dalam pertanian

    Syarikat-syarikat yang menghasilkan keluaran digalakkan atau terbabit dalamaktiviti digalakkan (sila lihat Lampiran 1: Senarai Aktiviti Digalakkan dan KeluaranDigalakkan – Am) dalam sektor pertanian layak mendapat insentif berikut:

    2.1. Insentif Utama bagi Sektor Pertanian

    (i) Taraf Perintis

    Seperti sektor perkilangan, syarikat-syarikat yang menghasilkan keluarandigalakkan atau terbabit dalam aktiviti digalakkan layak mendapat Taraf Perintis. Sebuah syarikat Taraf Perintis menikmati pengecualian sebahagian cukaipendapatan. Ia membayar cukai ke atas 30% pendapatan berkanunnya untuktempoh lima tahun, bermula dari Hari Pengeluaran (ditakrifkan sebagai harijualan pertama hasil pertanian).

    29

  • Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasatempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatanpasca perintis syarikat berkenaan.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

    (ii) Elaun Cukai Pelaburan

    Sebagai alternatif kepada Taraf Perintis, syarikat yang menghasilkan keluarandigalakkan atau terbabit dalam aktiviti digalakkan boleh memohon Elaun CukaiPelaburan (Investment Tax Allowance atau ITA). Sebuah syarikat yang diberikan ITAboleh mendapat elaun sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal layak yangdilakukan dalam tempoh lima tahun dari tarikh perbelanjaan modal layak pertama.

    Syarikat-syarikat boleh menggunakan elaun ini untuk ditolak sebanyak 70%daripada pendapatan berkanun mereka bagi setiap tahun taksiran. Sebarangjumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnyasehingga digunakan sepenuhnya. Baki 30% pendapatan berkanun dikenakancukai pada kadar cukai syarikat semasa.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

    Bagi menambahkan manfaat kepada projek-projek pertanian, kerajaan telahperluaskan takrif perbelanjaan modal layak untuk merangkumi perbelanjaan berikut:

    • Stok pembiak baka untuk akuakultur

    • Stok pembiak baka untuk penternakan

    • Pembersihan dan persediaan tanah

    • Penanaman tanaman

    • Penyediaan loji dan jentera yang digunakan di Malaysia bagi maksud penanaman tanaman, ternakan haiwan, akuakultur, perikanan darat atau laut dalam, dan kegiatan-kegiatan pertanian atau pastoral lain; dan

    • Pembinaan jalan akses termasuk jambatan, pembinaan atau pembelian bangunan (termasuk yang disediakan bagi kebajikan orang atau sebagai tempat tinggal), penambahbaikan struktur ke atas tanah atau struktur-struktur lain yang digunakan bagi penanaman tanaman, ternakan haiwan, akuakultur, perikanan darat dan kegiatan-kegiatan pertanian dan pastoral lain. Jalan, jambatan, bangunan, penambahbaikan struktur ke atas tanah dan struktur-struktur lain sedemikian hendaklah di atas tanah yang merupakan sebahagian daripada tanah yang digunakan bagi maksud penanaman tanaman, ternakan haiwan, akuakultur, perikanan darat dan kegiatan-kegiatan pertanian atau pastoral lain.

    INSENTIF BAGI PELABURAN 30

  • Memandangkan jarak masa yang jauh di antara bermulanya projek danpemprosesan hasil produk, projek pertanian bersepadu layak untuk ITA selamalima tahun tambahan untuk perbelanjaan yang dilakukan untuk operasipemprosesan atau pengilangan.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

    (iii) Insentif bagi Pengeluaran Makanan

    a) Insentif bagi Projek Baru

    Insentif-insentif tertentu diperkenalkan untuk menarik pelaburan ke dalam projek-projek makanan pada peringkat ladang serta peringkat pengeluaran/pemprosesan.Ini akan meningkatkan bekalan bahan mentah bagi sektor pemprosesan makanandan dengan itu mengurangkan kebergantungan terhadap import bahan mentahberkenaan.

    Insentif-insentif cukai diberikan kepada syarikat yang melabur dalam sebuah anaksyarikat yang terbabit dalam projek pengeluaran makanan diluluskan dan jugakepada anak syarikatnya yang mengusahakan aktiviti-aktiviti pengeluaranmakanan. Insentif-insentif ini diberikan seperti berikut:

    i) Sebuah syarikat yang melabur dalam anak syarikatnya yang terbabit dalamaktiviti-aktiviti pengeluaran makanan boleh dipertimbangkan untukpotongan cukai yang sama banyak dengan jumlah pelaburan yang dilakukandalam anak syarikat itu; dan

    ii) Anak syarikat yang mengusahakan aktiviti-aktiviti pengeluaran makananboleh dipertimbangkan untuk pengecualian cukai penuh ke atas pendapatanberkanun bagi tempoh 10 tahun taksiran bagi projek-projek baru atau limatahun taksiran bagi projek pengembangan. Tempoh pengecualian bermuladari tahun pertama syarikat itu memperoleh pendapatan berkanun, yangmana:

    • kerugian ditanggung sebelum tempoh pengecualian boleh dibawa ke hadapan selepas tempoh pengecualian;

    • kerugian ditanggung semasa tempoh pengecualian cukai juga boleh dibawa ke hadapan selepas tempoh pengecualian.

    Insentif-insentif ini diberikan berdasarkan syarat-syarat berikut:

    i) syarikat hendaklah sekurang-kurangnya menguasai 70% ekuiti dalam anak syarikat yang mengusahakan aktiviti-aktiviti pengeluaran makanan;

    31

  • ii) aktiviti-aktiviti pengeluaran makanan mestilah diluluskan oleh Menteri Kewangan, iaitu penanaman kenaf, sayur-sayuran, buah-buahan, herba dan rempah-ratus; akuakultur; ternakan lembu, kambing dan kambing biri-biri; dan perikanan laut dalam.

    iii) projek pengeluaran makanan itu hendaklah bermula dalam tempoh satu tahun dari tarikh insentif diluluskan.

    b) Insentif bagi Syarikat Sedia Ada yang Melabur Semula

    Sebuah syarikat sedia ada yang melabur semula dalam pengeluaran produk-produk makanan di atas juga layak mendapat insentif yang sama bagi tempohlima tahun.

    Projek pengeluaran makanan bagi kedua-dua syarikat baru (a) dan syarikat sediaada (b) hendaklah bermula dalam tempoh satu tahun dari tarikh insentifdiluluskan.

    Permohonan yang diterima menjelang 31 Disember 2015 layak mendapatinsentif-insentif ini.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Pertanian dan IndustriAsas Tani.

    2.2 Insentif-insentif bagi Produk Halal

    (i) Insentif-insentif bagi Pengeluaran Makanan Halal

    Bagi menggalakkan pelaburan baru dalam pengeluaran makanan halal untukpasaran eksport dan untuk menambahkan penggunaan jentera dan peralatanmoden serta canggih bagi mengeluarkan makanan halal bermutu tinggi yangmenepati piawaian antarabangsa, syarikat-syarikat yang melabur dalampengeluaran makanan halal dan telah memperoleh sijil halal daripada JabatanKemajuan Islam Malaysia (JAKIM) layak diberikan Elaun Cukai Pelaburansebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam tempohlima tahun.

    Elaun ini boleh ditolak sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun padatahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ketahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

    Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana mendapatkan sijil halal dari JAKIM,sila layari laman sesawang www.halal.gov.my.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

    INSENTIF BAGI PELABURAN 32

  • (ii) Insentif-insentif bagi Aktiviti-aktiviti Halal Lain

    (a) Insentif-insentif bagi Pengusaha Taman Halal

    Sebagai usaha untuk mempromosi tarikan-tarikan di Taman-taman Halal,pengusaha-pengusaha taman halal layak mendapat insentif-insentif berikut:

    (i) Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100% ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun. Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan; atau

    (ii) Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam tempoh lima tahun. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

    (b) Insentif-insentif bagi Penggiat Industri Halal

    Syarikat-syarikat yang bercadang untuk mengusahakan projek-projek di Taman-taman Halal yang ditetapkan layak untuk mendapat:

    (i) Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam tempoh 10 tahun. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya; atau

    (ii) Pengecualian cukai pendapatan ke atas jualan eksport untuk tempoh lima tahun.

    Aktiviti-aktiviti mestilah dalam empat sektor industri berikut:

    a. Makanan terproses istimewa

    b. Produk-produk farmaseutikal, kosmetik dan penjagaan diri

    c. Produk-produk ternakan dan daging

    d. Ramuan-ramuan halal

    33

  • (c) Insentif-insentif bagi Pengusaha Logistik Halal

    Sebagai usaha untuk menggalakkan industri halal dan rantaian bekalan halal diMalaysia, insentif-insentif berikut diberikan kepada pengusaha-pengusaha logistikhalal:

    (i) Pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100% ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh lima tahun. Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan; atau

    (ii) Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam tempoh lima tahun. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

    Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan pengusaha-pengusaha logistik halalmestilah bersepadu yang terdiri daripada tiga aktiviti utama:

    • Penghantaran barang-barang

    • Pergudangan

    • Pengangkutan

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Halal Industry DevelopmentCorporation Sdn Bhd (HDC).

    (iii) Potongan Dua Kali Ganda bagi Perbelanjaan untuk Memperoleh Sijil Halal dan Sijil Sistem Kualiti dan Piawaian

    Bagi meningkatkan daya saingan syarikat-syarikat Malaysia di pasaran global bagiproduk halal, termasuk makanan halal, potongan dua kali ganda diberikan bagimaksud pengiraan cukai pendapatan kepada syarikat-syarikat yang melakukanperbelanjaan untuk:

    • persijilan sistem kualiti dan piawaian serta sijil halal daripada JAKIM

    • persijilan sistem kualiti dan piawaian antarabangsa

    Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

    INSENTIF BAGI PELABURAN 34

  • 2.3 Insentif Tambahan bagi Sektor Pertanian

    (i) Elaun Pelaburan Semula

    Syarikat-syarikat yang terbabit sekurang-kurangnya selama 36 bulan dalampengeluaran makanan keperluan seperti beras, jagung, sayur-sayuran, umbi,ternakan haiwan, produk akuatik, dan sebarang aktiviti lain yang diluluskan olehMenteri Kewangan layak mendapat Elaun Pelaburan Semula (ReinvestmentAllowance atau RA).

    RA adalah dalam bentuk elaun sebanyak 60% daripada perbelanjaan modal layakyang dilakukan dalam tempoh 15 tahun bermula dari tahun pertama pelaburansemula dilakukan. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 70% daripada pendapatanberkanun pada tahun taksiran. Jumlah elaun yang tidak digunakan di bawa ketahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya. Perbelanjaan modallayak termasuk perbelanjaan yang dilakukan untuk:

    • Stok pembiak baka bagi akuakultur

    • Stok pembiak baka bagi penternakan

    • Pembersihan dan persediaan tanah

    • Penanaman tanaman

    • Penyediaan loji dan jentera yang digunakan di Malaysia bagi maksud penanaman tanaman, ternakan haiwan, akuakultur, perikanan darat atau perikanan laut dalam, dan kegiatan-kegiatan pertanian atau pastoral lain; dan

    • Pembinaan jalan akses termasuk jambatan, pembinaan atau pembelian bangunan (termasuk yang disediakan bagi kebajikan orang atau sebagai tempat tinggal), dan penambahbaikan struktur tanah atau struktur-struktur lain yang digunakan bagi penanaman tanaman, ternakan haiwan, akuakultur, perikanan darat dan kegiatan-kegiatan pertanian atau pastoral lain. Jalan, jambatan, bangunan, penambahbaikan ke atas tanah dan struktur-struktur lain sedemikian hendaklah di atas tanah yang merupakan sebahagian daripada tanah yang digunakan bagi maksud penanaman tanaman, ternakan haiwan, akuakultur, perikanan darat dan kegiatan-kegiatan pertanian dan pastoral lain.

    Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

    35

  • (ii) Insentif bagi Pelaburan Semula dalam Industri Berasaskan Sumber

    Insentif ini ditawarkan kepada syarikat-syarikat yang sekurang-kurangnya 51%milik warga Malaysia dan dalam industri berasaskan getah, kelapa sawit dan kayuyang mengeluarkan produk yang berpotensi untuk dieksport. Syarikat-syarikatdalam industri-industri ini yang melabur semula bagi maksud pengembanganlayak mendapat:

    a. Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh lima tahun. Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh pertintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan; atau

    b. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal layak tambahan yang dilakukan dalam tempoh lima tahun. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

    (Sila lihat Lampiran V : Senarai Aktiviti Digalakkan dan Keluaran Digalakkan –Pelaburan Semula)

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

    (iii) Insentif bagi Pelaburan Semula dalam Aktiviti Pemprosesan Makanan

    Sebuah syarikat perkilangan milik tempatan dengan ekuiti warga Malaysiasekurang-kurangnya 60% yang melabur semula dalam aktiviti-aktivitipemprosesan makanan digalakkan layak mendapat:

    a. Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh lima tahun. Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan; atau

    b. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal layak tambahan yang dilakukan dalam tempoh lima tahun. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

    (Sila lihat Lampiran V : Senarai Aktiviti Digalakkan dan Keluaran Digalakkan –Pelaburan Semula)

    INSENTIF BAGI PELABURAN 36

  • (iv) Elaun Modal Dipercepat

    Selepas tamat tempoh Elaun Pelaburan Semula, syarikat-syarikat yang melabursemula dalam aktiviti pertanian dan keluaran makanan digalakkan layakmemohon Elaun Modal Dipercepat (Accelerated Capital Allowance atau ACA).Aktiviti ini termasuk penanaman padi, jagung, sayur-sayuran, umbi, ternakanhaiwan, produk akuatik dan sebarang aktiviti lain yang diluluskan oleh MenteriKewangan.

    ACA menyediakan elaun khas supaya perbelanjaan modal boleh dihapus kiradalam tempoh dua tahun, iaitu elaun permulaan 20% dalam tahun pertama danelaun tahunan 40%.

    Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN, dan disertakan surat MIDAyang mengesahkan bahawa syarikat menjalankan aktiviti pertanian digalakkanatau mengeluarkan keluaran makanan digalakkan.

    (v) Elaun Pertanian

    Individu atau syarikat yang mengusahakan aktiviti pertanian boleh menuntutElaun Modal dan Elaun Bangunan Perindustrian khas di bawah Akta CukaiPendapatan 1967 untuk perbelanjaan modal tertentu. Perbelanjaan modal yanglayak termasuk perbelanjaan yang dilakukan untuk:

    • Stok pembiak baka bagi akuakultur

    • Stok pembiak baka bagi penternakan

    • Pembersihan dan persediaan tanah.

    • Penanaman tanaman.

    • Penyediaan loji dan jentera yang digunakan di Malaysia bagi maksud penanaman tanaman, ternakan haiwan, akuakultur, perikanan darat atau perikanan laut dalam, dan kegiatan-kegiatan pertanian atau pastoral lain; dan

    • Pembinaan jalan akses termasuk jambatan, pembinaan atau pembelian bangunan (termasuk yang disediakan bagi kebajikan orang atau sebagai tempat tinggal) dan penambahbaikan struktur tanah atau struktur-struktur lain yang digunakan bagi penanaman tanaman, peladangan haiwan, akuakultur, perikanan darat dan kegiatan-kegaiatan pertanian atau pastoral lain. Jalan, jambatan, bangunan, penambahbaikan struktur ke atas tanah dan struktur-struktur lain sedemikian hendaklah di atas tanah yang merupakan sebahagian daripada tanah yang digunakan bagi maksud penanaman tanaman, peladangan haiwan, akuakultur, perikanan darat dan kegiatan-kegiatan pertanian atau pastoral lain.

    37

  • Sebuah syarikat akan terus menerima elaun ini selagi ia melakukan perbelanjaan,tidak kira sama ada ia telahpun menikmati Taraf Perintis atau ITA.

    Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

    (vi) Elaun 100% ke atas Perbelanjaan Modal bagi Projek Pertanian Diluluskan

    Jadual 4A Akta Cukai Pendapatan, 1967 memperuntukkan elaun 100% ke atasperbelanjaan modal bagi Projek Pertanian Diluluskan seperti diluluskan MenteriKewangan. Ia meliputi perbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam jangkamasa tertentu untuk sebuah ladang yang menanam dan menggunakan keluasanekar minimum tertentu seperti ditetapkan oleh Menteri Kewangan.

    Projek pertanian diluluskan adalah projek-projek bagi penanaman sayur-sayuran,buah-buahan (papaya, pisang, makisar, belimbing, jambu dan manggis), umbi,akar, herba, rempah-ratus, tanaman untuk makanan haiwan dan produkberasaskan hidroponik, pembiakan ikan hiasan, pemeliharaan ikan dan udang(pembiakan berkolam, pembiakan bertangki, pembiakan sangkar marin, danpembiakan sangkar marin pesisir); kerang, tiram, kepah dan pembiakan rumputlaut; penetasan udang kecil, udang dan ikan; dan hutan ladang spesis tertentu.Insentif ini membolehkan seseorang yang mengusahakan sebuah projeksedemikian memilih supaya perbelanjaan modal layak yang dilakukan untukprojek itu ditolak daripada pendapatan agregatnya, termasuk pendapatandaripada sumber-sumber lain. Di mana pendapatan agregat tidak mencukupi,perbelanjaan yang tidak diserap boleh dibawa ke tahun-tahun taksiran berikutnya.Apabila pilihan ini diambil, ia tidak lagi layak mendapat sebarang elaun modalatau elaun pertanian ke atas perbelanjaan modal yang sama.

    Perbelanjaan modal yang layak diberikan potongan termasuk perbelanjaan yangdilakukan untuk:

    • Stok pembiak baka bagi akuakultur

    • Stok pembiak baka bagi penternakan

    • Pembersihan dan persediaan tanah

    • Penanaman tanaman

    • Penyediaan loji dan jentera yang digunakan di Malaysia bagi maksud penanaman tanaman, peladangan haiwan, akuakultur, perikanan darat atau perikanan laut dalam, dan kegiatan-kegiatan pertanian dan pastoral lain; dan

    INSENTIF BAGI PELABURAN 38

  • • Pembinaan jalan akses termasuk jambatan, pembinaan atau pembelian bangunan (termasuk yang disediakan bagi kebajikan orang atau tempat tinggal), dan penambahbaikan struktur tanah atau struktur-struktur lain yang digunakan untuk penanaman tanaman, peladangan haiwan, akuakultur, perikanan darat dan kegiatan-kegiatan pertanian atau pastoral lain. Jalan, jambatan, bangunan, penambahbaikan struktur ke atas tanah dan struktur-struktur lain hendaklah di atas tanah yang merupakan