41255503 wacana dalam bahasa melayu

Upload: kamaruddin-a-hamid

Post on 06-Apr-2018

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 41255503 Wacana Dalam Bahasa Melayu

    1/21

    1. PENDAHULUAN

    Wacana atau juga disebut sebagai discource dalam Bahasa Inggeris merupakan kesatuan

    bahasa yang lengkap dan paling tinggi dalam pertuturan dan juga dalam penulisan. Dalam

    sesuatu wacana, ianya perlu memperlihatkan kesinambungan fikiran, iaitu pertautan dan

    perkaitan semantik yang meliputi aspek kohensi dan juga koheran sama ada dari aspek

    komunikasi dan konteks.

    Selain itu, wacana yang dikatakan berada dalam hierarki tertinggi yang hadir selepas

    tingkat ayat dalam tatabahasa boleh terdiri daripada sesuatu ayat yang dikaitkan dengan konteks

    dan fungsi penggunaannya. Ahli bahasa berpendapat bahawa huraian bahasa yang berasaskan

    aliran struktural atau rumus dan transformasi generatif adalah tidak lengkap kerana huraian

    mereka berakhir pada tahap ayat sahaja sedangkan penggunaan bahasa yang sebenarnya sering

    melebihi batas ayat.

    Oleh itu, ahli bahasa berpendapat bahawa huraian bahasa sewajarnya dilanjutkan

    sehingga ke tahap wacana dan bukannya sehingga ke tahap ayat sahaja. Sehubungan itu,

    kemampuan menghasilkan wacana merupakan kayu ukuran untuk menilai tahap kecekapan

    berbahasa bagi seseorang individu.

    Pelbagai definisi dan pendapat yang diberikan oleh ahli-ahli bahasa berkaitan dengan

    wacana, namun secara umumnya dan ramai ahli bahasa seperti Lakoff (1970: 151-271), Asmah

    Haji Omar, Harimurti Kridalaksana dan ahli bahasa yang lain mengatakan bahawa wacana

    merupakan unit bahasa yang melebihi batas ayat.

  • 8/2/2019 41255503 Wacana Dalam Bahasa Melayu

    2/21

    Wacana

    Ayat

    FrasaKata

    Klausa

    Morfem

    Fonem

    2. KONSEP WACANA

    Menurut Asmah Hj Omar (1986), wacana ialah keseluruhan pelahiran bahasa oleh

    penutur atau penulis, iaitu pelahiran sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa

    yang menyumbang kea rah menjadikan sesuatu pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu

    yang bermakna dalam komunikasi.

    Harimurti Kridalaksana (1992) pula mentakrifkan wacana sebagai kesatuan bahasa yang

    lengkap dan dalam hierarki tatabahasa, wacana merupakan kesatuan tatabahasa tertinggi atau

    terbesar. Wacana direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku, siri

    ensiklopedia, perenggan, kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap.Wacana

    merupakan unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat.

    Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat bahasa yang tertinggi, iaitu selepas tingkat

    ayat.

  • 8/2/2019 41255503 Wacana Dalam Bahasa Melayu

    3/21

    Wacana dikatakan melebihi batas ayat kerana dalam kajian wacana, aspek yang diteliti

    tidak terbatas pada tahap ayat sahaja, tetapi turut merangkumi aspek-aspek yang lebih luas

    daripada ayat. Selain itu, wacana juga dikatakan melebihi batas ayat kerana wacana mungkin

    terdiri daripada dua ayat, sejumlah ayat, satu perenggan, sebuah karangan, satu bab, sebuah

    buku, ataupun satu siri buku. Seperti Kamus Dewan, Kamus Linguistik juga memberikan definisi

    yang hampir sama berkaitan dengan wacana. Menurut Kamus Linguistik, wacana merupakan

    unit bahasa yang lengkap dan tertinggi yang terdiri daripada deretan kata atau kaliamt, sama ada

    dalam bentuk lisan atau tulisan yang dijadikan bahan analisis linguistik.

    Menurut Kamus Dewan pula, wacana merupakan keseluruhan tutur yang merupakan satu

    kesatuan, ucapan, pertuturan dan juga percakapan. Definisi lain bagi wacana yang dikemnukan

    dalam Kamus Dewan ialah kesatuan fikiran yang utuh sama ada dalam bentuk lisan seperti

    pidato, khutbah atau tulisan seperti artikel, rencana, surat, novel dan cerpen.

    Kesimpulannya, wacana ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiri daripada

    ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, cerita, dialog, siri buku dan sebagainya yang

    menunjukkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan. Ringkasnya,

    wacana ialah satu unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batas

    ayat.

  • 8/2/2019 41255503 Wacana Dalam Bahasa Melayu

    4/21

    3. JENIS-JENIS WACANA

    i) Wacana Lisan- wacana ini disampaikan secara lisan melalui media lisan. Si

    penerima wacana perlu menyemak atau mendengar dan ianya

    boleh diulang dengar atau ditonton. Contoh bagi wacana ini ialah

    wacana yang disiarkan di radio dan ceramah.

    ii) Wacana tulisan- wacana ini disampaikan dalam bentuk bertulis melalui media

    tulisan. Wacana ini perlu dibaca bagi mendapatkan maklumat dan

    memahami wacana tersebut.

    iii)Wacana langsung- wacana ini mempunyai tanda baca dan juga intonasi.

  • 8/2/2019 41255503 Wacana Dalam Bahasa Melayu

    5/21

    iv) Wacana prosa- wacana prosa wujud dalam bentuk prosa. Wacana ini boleh

    berbentuk lisan atau tulisan. Selain itu, wacana prosa boleh juga

    berbentuk wacana langsung atau tak langsung.

    v) Wacana puisi- wacana puisi boleh berbentuk lisan atau tulisan. Wacana ini

    selalunya wujud dalam bentuk puisi.

    vi) Wacana drama- wacana ini berbentuk drama atau dialog dan sama seperti wacana

    puisi dan prosa, wacana drama juga boleh wujud dalam bentuk

    lisan atau tulisan.

    vii) Wacana pembentangan- wacana ini tidak mementingkan waktu dan penuturnya. Wacana

    ini berorentasikan kepada pokok pembicaraan.

    viii) Wacana tak langsung- wacana tak langsung merupakan pengungkapan kembali

    sesuatu wacana. Wacana jenis ini menggunakan klausa,

    perkataan bahawa dan sebagainya.

  • 8/2/2019 41255503 Wacana Dalam Bahasa Melayu

    6/21

    4. CIRI-CIRI WACANA

    Wacana mempunyai beberapa ciri-ciri, iaitu;

    Tidak boleh mengandungi maklumat yang

    bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam

    a at sebelumn a.

    Perlu mempunyai susun- atur menurut sebab, akibat,

    tempat, waktu keutamaan dan sebagainya. Ayat-ayat

    itu perulah mempunyai urutan yang berkait rapat.

    Setiap ayat perlu mempunyai maklumat baru yang ada

    dalam ayat sebelumnya. Ayat-ayat yang mengesahkan

    kebenaran ayat sebelumnya tidak boleh dimasukkan

    dalam satu wacana.

    Perlu mempunyai andaian dan inferens. Maklumat

    pertama merupakan andaian (judul) manakala

    maklumat berikutnya merupakan inferens (ulasan).

    Perlu mempunyai tujuan bagi menentukan jenis ayat

    dan perbuatan.

    Mempunyai kaitan antara orang yang berkomunikasi

    (penutur dengan pendengar / penulis dengan

    pembaca)

    Mempunyai gaya wacana sama ada formal atau tidak

  • 8/2/2019 41255503 Wacana Dalam Bahasa Melayu

    7/21

  • 8/2/2019 41255503 Wacana Dalam Bahasa Melayu

    8/21

    5. KEUTUHAN WACANA

    Keutuhan wacana dalam sesuatu wacana sangat ditekankan kerana perkara inilah yang

    menentukan sama ada satu kesatuan itu boleh dianggap sebagai sebuah wacana atau hanya

    merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur. Keutuhan sesuatu wacana dapat dilihat daripada

    wujudnya hubungan-hubunga dari aspek semantik, leksikal, gramatikal dan fonologis antara

    bahagian-bahagian dalam wacana itu.

    5.1 Hubungan Wacana dari Aspek Semantik

    Hubungan wacana dari aspek semantik dapat dibahagikan kepada dua iaitu, hubungan

    semantik antara bahagian-bahagian wacana yang ditandai oleh unsur-unsur gantungan

    yang berupa preposisi dan lain-lain serta hubungan semantik yang dilihat dari segi

    konteks atau latar wacana.

    5.1.1 Hubungan Semantik antara Bahagian-bahagian Wacana yang Ditandai Oleh

    Unsur-unsur Gantungan yang Berupa Preposisi dan Lain-lain

    i) Hubungan sebab dan akibat

    ii) Hubungan sebab dan hasil

    iii)Hubungan sebab dan tujuan

    iv)Hubungan latar dan kesimpulan

    v) Hubungan syarat dan hasil

    vi)Hubungan perbandingan

    vii)Hubungan memperkuat isi

    viii) Hubungan aditif (tambahan)

    ix)Hubungan prafasa

    x) Hubunhan amplifikatif

    xi)Hubungan aditif waktu

  • 8/2/2019 41255503 Wacana Dalam Bahasa Melayu

    9/21

    xii)Hubungan aditif bukan waktu

    xiii) Hubungan identifikasi

    xiv)Hubungan generik

    5.1.2 Hubungan Semantik yang Dilihat dari Segi Konteks atau Latar Wacana

    i) Kesatuan tajuk atau topik

    ii) Hubungan sosial antara penutur dan pendengar

    iii)Laras bahasa yang digunakan

    5.2 Hubungan Wacana dari Aspek Leksikal

    Hubungan antara bahagian-bahagian wacana dapat dilihat daripada pertalian unsur-unsur

    leksikal yang ada didalamnya. Hubungan acana dari aspek leksikal bleh dibahagikan

    kepada beberapa bahagian, iaitu:

    i) Sinonim

    ii) Antonim

    iii)Hiponim

    iv)Kolokasi

    v) Unsur bersambut

    vi)Pengulangan

    vii)Pembuka dan penutup wacana

    5.3 Hubungan Wacana dari Aspek Gramatikal

    Hubungan dari aspek gramatikal ialah hubungan wacana yang berkaitan dengan

    tatabahasa. Antara penanda gramatikal yang mewujudkan keutuhan wacana ialah

    penanda rujukan, penanda penggantian, ellipsis, dan penanda penghubung.

  • 8/2/2019 41255503 Wacana Dalam Bahasa Melayu

    10/21

    5.3.1 Penanda Rujukan

    i) Penanda rujukan menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri

    tunjuk.

    ii) Penanda rujukan digunakan untuk perkaitan dengan bahagian dalam wacana.

    5.3.2 Penanda Penggantian

    i) Penanda penggantian merujuk kepada proses menggantikan unsur bahasa dengan unsur

    lain.

    ii) Penanda penggantian terdiri daripada beberapa jenis, iaitu;

    Nominal- penggantian yang dilakukan terhadap kata nama

    atau frasa nama.

    Verbal- penggantian verbal melibatkan penggantian

    terhadap kata atau frasa kerja.

    Klausa- penggantian klausa melibatkan penggantian

    sebahagian daripada ayat.

    5.3.3 Elipsis

    i) Elipsis melibatkan pengguguran kata, frasa, atau klausa yang telah dinyatakan dalam ayat

    sebelumnya.

    ii) Pengguguran ini dilakukan kerana pembaca atau pendengar sudah mengetahui maklumat

    tersebut berdasarkan konteks wacana.

    iii)Elipsis dapat dikatakan sebagai penggantian kosong, iaitu sesuatu yang ada tetapi tidak

    diucapkan atau dituliskan.

    5.3.4 Penanda Penghubung

  • 8/2/2019 41255503 Wacana Dalam Bahasa Melayu

    11/21

    i) Penanda penghubung berfungsi menjalinkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, klausa

    dengan klausa, dan ayat dengan ayat.

    ii) Penanda penghubung terdiri daripada penghubung tambahan, penghubung tentangan,

    musabab dan penghubung tempoh.

    Penghubung tambahan- penghubung yang

    memberikan maklumat tambahan terhadap sesuatu

    perkara yang diperkatakan sebelumnya.

    Contohnya, tambahan pula, di samping itu, malahan

    dan sebagainya.

    Penghubung tentangan- penghubung yang

    menunjukkan pertentangan maklumat antara satu

    ayat yang baru diperkatakan dengan ayat

    sebelumnya.

    Contohnya, tetapi, sebaliknya, namun, walau

    bagaimanapun.

    Penghubung musabab- penghubung musabab menunjukkan sebab

    berlakunya sesuatu. Contohnya, kerana, oleh sebab,oleh itu.

    Penghubung tempoh- penghubung tempoh menunjukkan urutan masa atau

    siri berlakunya sesuatu. Contohnya, pertama, kedua,

    kemudian, selanjutnya.

    5.4 Hubungan Wacana dari Aspek Fonologis

    Hubungan ini dapat dilihat daripada hentian atau kesenyapan suara, intonasi, tinggi

    rendah tekanan dan nada suara. Unsur-unsur inu juga boleh menimbulkan hubungan

    semantik antara bahagian-bahagian wacana. Contohnya, perkataan duduk jika disebut

  • 8/2/2019 41255503 Wacana Dalam Bahasa Melayu

    12/21

    dengan lembut bermaksud mempersilakan tetapi jika disebut dengan intonasi tinggi

    bermakna marah atau perintah yang tidak boleh dilawan.

    5.5 Koheran dan Kohensi

    Selain itu, dua aspek penting yang menghasilkan wacana yang utuh ialah koeran dan

    kohensi. Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur

    linguistik yang lain. Keserasian hubungan dapat dilihat dari segi hubungan antara perkataan,

    frasa, klausa, atau ayat yang terdapat dalam teks. Tautan akan menghasilkan wacana yg utuh.

    Contohnya, Mira dan kakaknya ke Seremban. Mereka ke sana dengan menaiki bas. Perkataan

    mereka merujuk kepada Mira dan kakaknya, sementarasana merujuk kepada Seremban.

    Runtutan atau koheren pula merupakan kesinambungan idea dalam sesebuah wacana.

    Koheran dalam sesebuah wacana bertujuan untuk menghasilkan wacana yang bermakna. Oleh itu

    runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu dianggap sebagai

    wacana jika teks tersebut mempunyai makna.

  • 8/2/2019 41255503 Wacana Dalam Bahasa Melayu

    13/21

    Penanda wacana

    Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

    Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi merangkai ayat

    untuk melanjutkan sesuatumaklumat. Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat

    akan menyebabkan seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.

    [sunting]Contoh

    Kata penghubung

    -tetapi -lalu -jika

    -serta -agar -supaya

    -sungguhpun -kerana -walaupun

    Penambahan

    -dan -sebenarnya -juga

    -sekali lagi -bertitik tolak -hal ini

    -tambah lagi -lebih-lebih lagi -selain juga

    Perbandingan/ Perbezaan

    -tetapi -dalam nada yang berbeza -selain itu

    -walaupun -sehubungan dengan - sebagaimana

    -sebaliknya -jika dibandingkan dengan -sama dengan

    -berbeza dengan -walau bagaimana sekalipun -selari dengan

    -walau bagaimanapun -setelah dibandingkan dengan -namun demikian

    Turutan

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Maklumathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Maklumathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Maklumathttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Penanda_wacana&action=edit&section=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Penanda_wacana&action=edit&section=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Penanda_wacana&action=edit&section=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Penanda_wacana&action=edit&section=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Maklumat
  • 8/2/2019 41255503 Wacana Dalam Bahasa Melayu

    14/21

    -pertamanya -akhirnya -selain itu

    -keduanya -seterusnya -pertama sekali

    -selepas itu -lebih awal dari itu -lebih penting lagi

    Contoh

    -contohnya -biar kita ambil contoh -khususnya

    -misalnya -mari kita mengambil contoh -terutamanya

    -umpamanya -apa yang dimaksudkan -seperti

    Masa

    -akhirnya -pada masa yang sama -sesekali

    -dewasa ini -pada ketika itu -sebelum ini

    -selepas itu -pada mulanya -semenjak itu

    -sementara itu -serentak dengan -ada ketikanya

    Kesimpulan

    -oleh itu -jadi -kesimpulannya

    -jika kita tidak -jelaslah -dapatlah disimpulkan bahawa

    -kesudahannya -sesungguhnya -tanpa (penglibatan/ usaha, dsb.)

    -pendek kata -walaupun -oleh hal yang demikian

    -ringkasnya -marilah kita -komitmen semua pihak

    -sebagai rumusan -demikianlah -dapatkah kita membayangkan..

    -kejayaan...bergantung pada -pada keseluruhannya -sebagai menggulung hujah

    -keengganan... bakal menyaksikan -(peribahasa)

    -sebelum saya mengakhiri, saya menegaskan sekali lagi...

    Penanda wacana umum

    -dengan ini -banyak pihak yang berpendapat -amnya

    -sememangnya -selaras dengan -lazimnya

    -sejajar dengan sering kali kita -justeru itu

  • 8/2/2019 41255503 Wacana Dalam Bahasa Melayu

    15/21

    -sementelahan pula -secara khususnya -pada kebiasaannya

    [sunting]Pautan luar

    Penanda wacana

    OLEH MAB DI 2 MAC 2011

    Penanda wacana yang sesuai digunakan untuk menulis Ringkasan dan Pemahaman, Karangan

    Respons Terbuka dan Karangan Berpandukan Bahan Rangsangan pada peringkat PMR)

    penanda -apa yang digunakan sebagai tanda, sesuatu yang menandakan:

    wacana 1. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan;

    2. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau

    tulisan (seperti surat, artikel, novel, cerpen): Ayat contoh: Kita merindui dunia subur kritikan

    sastera yang dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan wacana sastera yang mendalam dan

    pembacaan karya sastera yang banyak.

    i) Penanda wacana untuk memulakan karangan

    1. Pada era globalisasi ini,

    2. Dalam meniti arus kemodenan ini,

    3. Dewasa ini-Dewasa ini bermaksud pada masa ini, pada ketika ini, pada waktu ini:

    Ayat contoh: Adat seperti itu tidak sesuai lagi dengan keadaan dewasa ini. Ada

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Penanda_wacana&action=edit&section=2http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Penanda_wacana&action=edit&section=2http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Penanda_wacana&action=edit&section=2http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Penanda_wacana&action=edit&section=2
  • 8/2/2019 41255503 Wacana Dalam Bahasa Melayu

    16/21

    sesetengah guru berpendapat dewasa ini kurang sesuai untuk memulakan karangan. Saya

    juga berpendapat demikian dan penggunaan dewasa inisesuai digunakan seperti dalam

    ayat contoh tersebut.

    4. Pada masa ini,

    5. Kini,

    6. Dasawarsa ini, -dasawarsa -masa sepuluh tahun, dekad: proses itu sahaja mungkin

    mengambil masa satu darsawarsa; perayaan ~ perayaan yg diadakan pd tahun

    kesepuluh tertubuhnya dsb sesuatu, perayaan ulang tahun yg kesepuluh.

    7. Sejak sedekad yang lalu,

    8. Sejak belakangan ini, (Kebelakangan ini .)

    9. Belakangan ini,

    10.Sejak akhir-akhir ini,

    11. Baru-baru ini,

    12.Umum mengetahui bahawa,

    13.Sejak zaman-berzaman

    14.Sejak dahulu lagi,

    15.Pada tahun-tahun belakangan ini,

    ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan pengenalan (untuk

    perenggan kedua dan ke seterusnya)

    1. Antara,

    2. Selain itu,

    3. Di samping itu,

    4. Sementara itu,

    5. Dalam pada itu,

    6. Lain daripada itu

    7. Dalam pada itu,

    8. Seterusnya,

    9. Begitu juga dengan

    10. Ahkir sekali,

    iii) Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan

  • 8/2/2019 41255503 Wacana Dalam Bahasa Melayu

    17/21

    1. Saya berpendapat demikian kerana

    2. Hal ini dikatakan demikian kerana

    3. Hal ini berlaku kerana

    4. Hal ini terjadi kerana

    5. Hal ini disebabkan oleh

    6. Hal ini wujud akibat daripada

    7. Hal ini bersangkut-paut dengan

    8. Hal ini berpunca daripada

    9. Hal ini tercetus apabila

    10. Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya..

    iv) Penanda wacana untuk memberi contoh dalam karangan

    1. Misalnya,

    2. Contohnya,

    3. Sebagai contoh,

    4. Tamsilnya,

    tamsil1. persamaan sebagai umpama (misal), misalan, contoh: satu tamsil lagi, adalah keruh

    bumi ini umpama kelapa dlm air; 2. ajaran yg terkandung dlm sesuatu cerita, ibarat: terkadang-kadang ia menyanyi dan melagukan pula beberapa gurindam yg mengandungi ~ dan ibarat;

    bertamsil menggunakan tamsil (contoh);

    5. Seperti yang kita sedia maklum,

    6. Antaranya adalah seperti

    7. Satu contoh

    8. Satu cara

    9. Antara contoh

    v) Penanda wacana untuk menghuraikan contoh

    1. Hal ini mengakibatkan

    2. Hal ini menyebabkan

  • 8/2/2019 41255503 Wacana Dalam Bahasa Melayu

    18/21

    3. Oleh itu,

    4. Maka,

    5. Oleh hal yang demikian,

    6. Oleh sebab itu,

    7. Jelaslah bahawa

    8. Justifikasinya,

    justifikasi -sesuatu alasan (yg kuat) yg menjadikan sesuatu wajar dilakukan (diusahakan dsb)

    atau diberikan, hujah (pendapat dsb) yg dikemukakan sbg alasan bagi sesuatu: RTM mungkin

    mempunyai ~ sendiri utk menyiarkan majlis itu secara langsung; berbagai-bagai alasan atau

    sebab-musabab dikemukakan sebagai ~ kpd kelemahan tersebut;

    menjustifikasikan memberikan justifikasi kpd: mereka perlu memberikan bukti yg nyata utk ~permohonan pinjaman itu.

    vi)Penanda menutup isi

    1. Kesannya,

    2. Natijahnya,

    natijah -Ar keputusan (daripada sesuatu), kesudahan, kesimpulan, akibat: kadang-kadang apa

    yg kita benci dan tidak suka itu baik natijahnya; natijah daripada perkembangan ekonomi

    kolonial sepertr itu amat buruk padahnya kepada masyarakat Melayu.

    3. Akibatnya,

    4. Akhirnya,

    5. Dengan itu,

    6. Kesudahannya,

    7. Dengan berbuat demikian,

    8. Dengan keadaan sedemikian,

    vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat

  • 8/2/2019 41255503 Wacana Dalam Bahasa Melayu

    19/21

    Contoh:Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala

    (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

    1. justeru

    2. juga

    3. malah

    4. malahan

    5. tambahan pula

    6. sementelahan

    7. bahkan juga

    8. sekali gus

    9. di samping10. bahkan

    11. malar-malar

    viii) Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup

    1. Kesimpulannya,

    2. Intihanya,

    intiha -Ar akhir, penghabisan, penutup.

    3. Secara tuntas,

    tuntas 1. tidak mengalir lagi (kerana sudah habis dicurahkan), habis (air mata); 2. meliputi

    (hampir segala-galanya), menyeluruh, selesai, sempurna: saya sarankan supaya dilakukan

    analisis kontrastif bahasa Melayu-bahasa Inggeris yang bersifat ~; penyelesaian yg ~; secara ~

    secara menyeluruh (tidak menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja); 3. singkat dan tegas;

    menuntaskan 1. mencurahkan semua (habis-habisan), menghabiskan; 2. menyelesaikan

    semuanya atau segala-galanya;

    ketuntasan- perihal (keadaan, sifat) tuntas;

    ketidaktuntasan -keadaan yg tidak tuntas.

  • 8/2/2019 41255503 Wacana Dalam Bahasa Melayu

    20/21

    4. Tuntasnya,.

    5. Konklusinya,

    konklusi -keputusan pendapat (berdasarkan keterangan, kenyataan, dll), kesimpulan.

    6. Sebagai penutup wacana,

    7. Sebagai penghias bicara akhir,

    8. Sebelum mengakhiri wacana ini,

    9. Secara keseluruhan,

    10. Secara total,

    total1. bp jumlah; 2. seluruhnya, semuanya; ~ jeneral Id jumlah semuanya; perang ~ perang

    habis-habisan (segenap rakyat turut berperang);

    ditotal bp dijumlahkan, dicampurkan (semuanya).

    11. Akhir kata,

    ix) Penanda wacana untuk menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

    1. Walau bagaimanapun,

    2. Namun demikian,3. Namun begitu,

    4. Meskipun,

    5. Daripada perspektif yang berbeza,

    6. Jika dilihat dari sudut lain,

    7. Dengan kata lain,

    8. Kontradiksinya,

    9. Di sebalik itu,

    10. Dalam pada itu,

    11. Dari sudut lain,

    x) Penanda memulakan atau memasukkan ungkapan menarik termasuk peribahasa, slogan dan

    kata-kata hikmat

    1. ___bak /seperti kata peribahasa,

  • 8/2/2019 41255503 Wacana Dalam Bahasa Melayu

    21/21

    bakI -sebagai, seperti: ~ kata orang tua-tua, tak ada gading yg tak retak.

    2. ___bak kata peribahasa Melayu,

    3. ___bak kata pepatah Melayu,

    4. ___bak kata pepatah Cina/Inggeris/dll

    5. ___bak kata mutiara,

    6. ___bak peribahasa,

    7. ___bak pepatah,

    8. ___bak kata cendekiawan,/ pujangga

    9. ___persis kata peribahasa,

    persis 1.- kena benar, sama benar, serupa benar: lagaknya ~ lagak seorang diplomat; wajah

    Amelia ~ wajah emaknya; 2. tepat (bkn waktu), genap: Mimi meninggalkannya ~ pukul 12tengah hari;

    kepersisan perihal (keadaan) persis, ketepatan, kejituan: arahan yg ideal ialah yg tidak berulang

    dan terperinci, tetapi sempurna dr segi ~nya; ~ daya fikiran masyarakat di Malaysia dapat

    diukur pd mutu bahasa Melayu yg dikuasai.

    10. ___persis kata peribahasa Melayu,

    11. ___persis kata orang tua-tua,

    12. ___persis kata mutiara,

    13. ___persis peribahasa,

    14. ___persis kata cendekiawan,

    15. Hal ini sama dengan peribahasa

    16. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni

    17. Fenomena ini dikatakan

    18. Masalah ini sama dengan peribahasa

    19. Saya yakin kalau slogan _________ diamalkan

    20. Saya berharap agar slogan _________ dijadikan pegangan oleh semua