40233165-moral-t1-2010

11
P. Moral Nama: .....................……………………………. MAC Tingkatan 1 …………………… Ujian 1 1 jam SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BEMBAN UJIAN SATU PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 Satu jam ARAHAN 1. Kertas soalan ini mempunyai 4 bahagian. 2. Sila jawab kesemua soalan dalam ruangan yang disediakan. Bahagia n Markah A B C D JUMLAH DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH: DISAHKAN OLEH: 1

Upload: simah-ima

Post on 18-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

moral

TRANSCRIPT

P. Moral Nama: ......................MAC Tingkatan 1 Ujian 11 jam

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BEMBANUJIAN SATUPENDIDIKAN MORALTINGKATAN 1Satu jam

ARAHAN1. Kertas soalan ini mempunyai 4 bahagian.

1. Sila jawab kesemua soalan dalam ruangan yang disediakan.

BahagianMarkah

A

B

C

D

JUMLAH

DISEDIAKAN OLEH:DISEMAK OLEH:DISAHKAN OLEH:

........................................(Pn. Rohasimah Sulaiman)(Pn. Shobha A/p Pubalan ) (Pn. Hanifah Juraimi) Guru Panitia P. MoralKetua Panitia P. MoralGKMP Kemanusiaan

BAHAGIAN A ( 20 MARKAH)Baca setiap pernyataan berikut dengan teliti. Tandakan pada pernyataan yang menunjukkan amalan yang betul dan bagi amalan yang salah..1. Mei Ling sentiasa mendengar nasihat yang di beri oleh kedua orang ibubapanya.2. David suka bercakap semasa guru mengajar di dalam kelas.3. Pelajar yang melanggar peraturan sekolah seharusnya didenda.4. Kita sepatutnya mendiamkan diri apabila guru bertanyakan kita sesuatu.5. Ravind akan mencuci pinggan yang digunakannya setiap kali selepas makan.6. Anjal selalu menggunakan bahasa kasar bila bercakap dengan adik-beradiknya.7. Mak Limah akan berkongsi buah rambutan dari pokoknya dengan jiran tetangga.8. Belinda enggan membantu adiknya yang menghadapi masalah untuk menyiapkan kerja rumah.9. Zalina memberi sebungkus makanan kepada seorang pengemis.10. Pelajar berbaris untuk membeli makanan di kantin pada waktu rehat.11. Mahesh menunjuk-nunjuk jam tangan mahal yang telah dihadiahkan oleh pakciknya.12. Chin Peng suka meminjam pen kawannya tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu.13. Seetha tidak pernah merungut apabila disuruh ibunya membuat kerja di rumah.14. Kita boleh mencaci orang kurang upaya yang menyusahkan kita.15. Penduduk Kampung Ceria saling mengunjungi antara satu sama lain semasa hari perayaan.16. Pn. Lim membahagikan dengan sama rata kek yang dibelikannya untuk keempat orang anaknya.17. Joseph bersikap angkuh kerana keluarganya adalah dari golongan berada.18. Karim memberi layanan mesra kepada semua pelanggan di kedainya, tidak kira kaum atau usia.19. Ah Lian menyapu lantai kelas sewaktu bertugas tanpa disuruh oleh gurunya.20. Shiva membantu orang buta itu menyeberangi jalan.

Markah : 20

BAHAGIAN B (20 MARKAH)

berpendidikanperlindungankebebasaneko-sistemkesihatankemegahanpembahagiankeindahankemudahankejayaan Isi tempat-tempat kosong dengan jawapan sesuai yang diberi di bawah.

1. Ibu bapa boleh membuat __________________ tugas kepada setiap anggota keluarga agar mereka dapat menyumbang dalam kehidupan berkeluarga.2. Taman Negara merupakan tempat yang sesuai dilawati kerana mempunyai ___________________ alam semula jadi.3. Tan Sri P. Ramlee digelar Seniman Agung kerana _________________ beliau dalam bidang muzik dan lakonan.4. Kebersihan persekitaran dapat menjamin tahap _________________ yang tinggi.5. Apabila ibu bapa kita sudah tua, kita seharusnya bertanggungjawab memberikan _________________ kepada mereka.6. Tindakbalas dan perhubungan antara haiwan, tumbuhan dan manusia dengan alam persekitaran digelar ___________________ .7. Bendera Negara merupakan lambang ____________________ negara dan harus dikibarkan pada masa dan tempat yang sesuai.8. Manusia yang _____________________ dapat membebaskan diri daripada kemiskinan yang bolehmenyebabkan kebuluran.9. Siti berbangga kerana negara kita mempunyai pelbagai ______________________ awam dan perkhidmatan sosial.10. ____________________ yang dimiliki rakyat Malaysia dalam menganuti agama pilihan sendiri dan menjalankan ibadat di institusi keagamaan adalah hak rakyat negara ini.

Markah : 20

BAHAGIAN C (40 MARKAH)Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D.Pilih satu jawapan yang paling tepat dan bulatkan.1. Semua yang berikut, merupakan keunikan manusia ciptaan Tuhan, kecualiA. mempunyai wajah menarik dan anggota yang dicipta sempurna.B. sanggup berperang untuk mempertahankan diri.C. mempunyai akal fikiran untuk menimba ilmu.D. tahu akan kepentingan hidup bermasyarakat.

2. Apabila mendapati guru tersilap memberi markah yang lebih kepada kita, kita hendaklahA. memuji guru kerana bersikap pemurah.B. memberitahu guru akan kesilapan yang telah dilakukan.C. memberitahu rakan-rakan akan kesilapan guru.D. mendiamkan sahaja perkara itu supaya guru tidak berasa malu.

3. Sebab utama kita menepati segala janji yang dibuat adalah supaya kitaA. dipuji dan dihormati orang lain.B. sentiasa rasa selamat dan tidak berdosa.C. dipercayai dan diyakini oleh orang lain.D. orang tidak akan mengata kita.

4. Perlakuan manakah bukan ciri orang yang mempunyai harga diri?A. Menggunakan akal yang diberi oleh Tuhan untuk berfikir sebelum bertindak.B. Menghargai apa jua kebolehan, bakat serta kekuatan yang ada pada diri.C. Menyedari anda tidak boleh mengubah corak kehidupan anda.D. Mengembangkan potensi dan bakat anda untuk masa depan.

5. Kebersihan kawasan sekolah merupakan tanggungjawabIguru-guru di sekolah.IImurid-murid sekolah.IIIPersatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah.IVmasyarakat yang tinggal berhampiran dengan sekolah.A. I dan IIB. II dan IIIC. I, II dan IIID. II, III dan IV

6. Semua yang berikut menunjukkan amalan berdikari, kecualiA. Memasak sendiri makanan yang mudah apabila ibu tiada di rumah.B. Menyiapkan kerja-kerja sekolah tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain.C. Membeli alat tulis di koperasi sekolah tanpa menyuruh ibu dan ayah membelikannya untuk anda.D. Mengambil wang dari bilik ibu tanpa pengetahuannya untuk diberikan kepada peminta sedekah

7. Bagaimanakah kita menunjukkan nilai kasih sayang kepada adik kita?A. Membuatkan kerja-kerja sekolahnya supaya dia tidak dimarahi oleh guru.B. Memberikan perhatian kepadanya dan bertanyakan masalahnya.C. Memastikan dia sentiasa makan sehingga kenyang supaya tidak lapar di sekolah.D. Membelikan apa-apa sahaja yang diminta supaya dia tidak bersedih.

8. Perlakuan-perlakuan berikut menunjukkan bahawa kita mengamalkan nilai kasih sayang terhadap ibu bapa, kecualiA. Menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa.B. Menerima teguran ibu bapa dengan hati yang terbuka.C. Menjaga maruah serta nama baik ibu bapa.D. Menghantar ibu dan bapa ke pusat penjagaan orang tua yang paling baik.

9. Amalan nilai keadilan dalam keluarga akan melahirkan keluarga yangA. Tenang dan bahagia.B. Mewah dan kaya-raya.C. Dikenali di seluruh kampong.D. Saling bermusuhan dan berdendam.

10. Yang manakah antara yang berikut merupakan kesan negatif kepada individu yang dibesarkan dalam keluarga yang tiada kasih sayang?A. Hidup bahagia dan gembira.B. Terlibat dengan masalah disiplin di sekolah.C. Mesra dan saling bermaafan antara adik beradik.D. Cemerlang dalam pelajarannya dan berjaya dalam hidup.

11. Antara tanggungjawab anak kepada ibu bapa termasuklahI. Menjaga ibu bapa apabila mereka tua.II. Mengikut peraturan dalam keluarga.III. Mengikut nasihat ibu dan bapa.IV. Memberikan pendidikan kepada ibu dan bapa.A. II dan IIIB. III dan IVC. I, II dan IIID. Semua di atas

12. Kementerian yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar ialahA. Kementerian Pelajaran.B. Kementerian Kesihatan.C. Kementerian Kerja Raya.D. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

13. Pembakaran secara terbuka akan menyebabkanA. Pencemaran air.B. Pencemaran bau.C. Pencemaran bunyi.D. Pencemaran udara.

14. Kita digalakkan melancong di dalam negara sendiri supayaA. Tidak membazirkan masa dan wang untuk ke luar negara.B. Ekonomi negara kita sentiasa stabil.C. Kita dapat mengenali dan mengagumi keindahan alam semulajadi Malaysia.D. Spesies flora dan fauna tidak pupus kerana orang ramai sentiasa melawatnya.

15. Bilakah Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut pada setiap tahun?A. JanuariB. JulaiC. Ogos D. Oktober

16. Siapakah yang bertanggungjawab menjaga dan memberikan perlindungan kepada kanak-kanak?A. Guru-guruB. Golongan dewasaC. Saudara-maraD. Datuk dan nenek

17. Untuk berjaya dalam aktiviti yang diceburi memerlukan ___________ yang tinggi.A. KosB. DisiplinC. Tenaga D. Angan-angan

18. Contoh-contoh amalan sikap keterbukaan ialahA. Melenting apabila idea tidak diterima.B. Takut dan kecewa apabila gagal.C. Terpengaruh dengan hasutan.D. Berfikir dalam membuat pilihan.

19. Mengapakah kita perlu menghormati kedaulatan negara sendiri?A. Untuk menjaga imej dengan baik.B. Supaya tidak ditangkap polis.C. Supaya tidak dianggap sampah masyarakat.D. Untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara.

20. Apakah perasaan anda apabila mengenali dan mempelajari tentang negara sendiri?A. KecewaB. BanggaC. MarahD. Geram

Markah : 40

BAHAGIAN D (20 MARKAH)SOALAN STRUKTUR1. Berikut ialah rutin harian Ah Moy, Ganesan dan Rahim di rumah.

Ah Moy- Mengemaskan tempat tidurnya setiap pagi.Ganesan - Rajin membaca buku-buku cerita untuk menguasai bahasa Melayu.Rahim - Selalu bersolat lima waktu di rumah.

(a) Nyatakan nilai yang diamalkan oleh Ah Moy,Ganesan dan Rahim.

................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................... [3 markah](b) Selain daripada nilai di atas nyatakan satu nilai yang ada pada ketiga-tiga murid di atas.

................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................. [3 markah](c) Nyatakan empat amalan baik yang boleh dilakukan oleh murid dalam kehidupan harian terhadap keluarga, rakan dan tempat tinggal.

............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................ .................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................. [4 markah]

Markah : 20

*****KERTAS SOALAN TAMAT***** 7