31245241 kerja khusus migrasi dalaman penduduk 2010 full edition
TRANSCRIPT
Nama Calon :Mohamed Fareed Bin Syed Mohamed.
Tingkatan :2 Biru
Nombor K/P :960909-10-6033
Nama Guru :Puan Abidah Binti Ahmad.
1
MIGRASI DALAMAN
PENDUDUK DI JALAN BUKIT
BINTANG.
2.Senarai Kandungan.
3.0 Penghargaan 4
4.0 Pendahuluan 5
5.0 Objektif Kajian 6
6.0 Kawasan Kajian 76.1 Peta Negeri Kuala Lumpur 96.2 Peta Daerah Bukit Bintang 106.3Lakaran Peta Kawasan Kajian Jalan Bukit Bintang. 11
7.0 Kaedah Kajian 12
8.0 Dapatan Kajian 138.1Konsep migrasi penduduk 138.2Pola migrasi penduduk 148.3Faktor-faktor mempengaruhi migrasi dalaman 15
8.4 Kesan migrasi dalaman 188.5 Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman 21
9.0 Rumusan 23
10.0 Lampiran 2410.1 Lampiran 1: Surat makluman kepada ibu bapa / penjaga 2510.2 Lampiran 2 : Surat kebenaran ibu bapa / penjaga 2610.3 Lampiran 3: Soal Selidik. 2710.4 Lampiran 4 : Borang Temu Bual 30
11.0 Rujukan 33
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH
LAGI MAHA PENYAYANG
3.0 Penghargaan
Setelah bertungkus lumus selama dua bulan akhirnya saya dapat menyiapkan Kerja
Kursus Geografi (KKG) seperti mana yang diarahkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan
Malaysia jayanya. Namun disebalik kejayaan saya dalam menyiapkan kajian ini, banyak
pihak telah terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung. Oleh sebab itu, di
kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik.Mazlan Bin
Buniran Pengetua SMK Victoria, yang memberi galakan dan kebenaran kepada saya untuk
melaksanakkan kajian yang menarik ini.
Tidak lupa juga kepada Puan Abidah Binti Ahmad yang banyak memberi bimbingan,
tunjuk ajar serta memberi keyakinan kepada saya dalam menyiapkan kajian ini mengikut
piawaian yang telah ditetapkan.
Selain daripada itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk di
sekitar kawasan Bukit Bintang, serta semua pihak yang terlibat dalam membantu saya
menjayakkan kajian pada kali ini dengan memberi kerjasama yang cukup membanggakan.
Tidak ketinggalan juga saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat kedua ibu bapa
saya iaitu Encik Syed Mohamed Bin Abdul Rashid & Ackrosiya Banu Binti Sheik Dawood
banyak membantu saya dari segi kewangan, moral dan idea kepada saya sepanjang
menyiapkkan kajian ini.
4.0 pendahuluan
Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk Penilaian
Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk iaitu Migrasi Dalaman
Penduduk. Oleh itu, kami semua telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di
kawasan sendiri memandangkan ia amat bersesuai dengan tajuk yang diberikan. Di kawasan
kajian saya iaitu sekitar Bukit Bintang terdapat banyak migrasi dalaman kerana peluang
pekerjaan.Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Mei
sehingga bulan Julai iaitu kira-kira 2 bulan.Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang
lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.
Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah
khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.
5.0 Objektif Kajian
Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan
1) Mendefinisikan konsep migrasi penduduk dengan tepat dan jelas
2) Menyatakan pola migrasi penduduk di Jalan Bukit Bintang.
3) Menyatakan faktor yang mempengaruh imigrasi dalaman penduduk di Jalan Bukit
Bintang.
4) Menyatakan kesan migrasi dalaman penduduk di Jalan Bukit Bintang.
5) Mencadangkan langkah untuk mengatasi kesan migrasi yang berlaku di Jalan Bukit
Bintang.
6) Penerapan nilai dan system patriotism terhadap penduduk di kawasan sekitar Bukit
Bintang mengenai kepentingan migrasi.
6.0 Kawasan Kajian
Kajian ini telah dijalankan di Bukit Bintang,Kuala Lumpur.Lokasi kawasan kajian ini
terletak kira-kira 7 kilometer dari KLCC. Bukit Bintang ialah nama bagi kawasan beli-belah
dan hiburan yang masyhur dan tumpuan pelancong di Kuala Lumpur, dan jalan yang
melaluinya, Jalan Bukit Bintang. Kawasan ini menempatkan banyak sekali pusat beli-belah
utama, kafe, kelab, kedai spesialti, dan sebagainya. Kawasan Bukit Bintang dilalui tiga jalan
utama: Jalan Bukit Bintang bermula dari Jalan Pudu dan bersimpangan dengan Jalan Sultan
Ismail. Terdapat sebilangan hotel dan restoran yang terletak di Jalan Raja Chulan dan Jalan
Tengkat Tong Shin.
Tempat makan yang besar terdapat di Jalan Alor berdekatan Bukit Bintang, di mana
para penjaja menawarkan makanan murah tetapi berkualiti tinggi dalam suasana yang senang
beristirahat. Kawasan ini berhubung dengan Jalan Tengkat Tong Shin di mana struktur
warisan berharga dari zaman silam Kuala Lumpur, dimodenkan menjadi kelab malam dan
restoran di mana pelancong dan penduduk setempat bergaul membentuk suasana bandar yang
berwarna-warni.
Untuk kemudahan pengunjung luar, hotel disediakan untuk menawarkan
penginapan daripada yang bajet rendah kepada yang mewah. Antara hotel-hotel mewah
dalam Bukit Bintang ialah The Grand Millenium, JW Marriott, Ritz-Carlton, Royale Bintang,
Novotel dan Federal Hotel. Tidak dapat dinafikan bahawa Bukit Bintang adalah salah satu
kawasan beli-belah utama di Kuala Lumpur, menawarkan pelbagai jenis barang-barangan
untuk memenuhi segala citarasa dan kemampuan berbelanjaan. Pusat beli-belah utama di sini
adalah seperti Lot 10 , Bukit Bintang Plaza,The Pavillion,Low Yat Plaza dan lain-lain lagi.
Laluan Bintang Walk terletak sepanjang barisan beli-belah di Jalan Bukit Bintang. Kawasan
ini dibentuk sepanjang 5 tahun dahulu, menjadikannya salah satu tumpuan pelancong dan
penduduk setempat dan kawasan beli-belah tersibuk. Kafe, restoran, kelab, kedai, pusat beli-
belah dan lainlain lagi mengisi laluan ini. Pada hujung minggu, beribu-ribu orang melalui sini
untuk mencapai pusat beli-belah yang lain dalam kawasan ini. Bintang Walk adalah tempat
yang mendefinasikan budaya 'lepak' yang mudah merebak dalam masyarakat. Hampir
kesemua acara maalm utama diadakan di sini seperti sambutan tahun baru dan Hari
Kemerdekaan, serta pertunjukan fesyen, konsert dan parti jalanan.
Terdapat sebilangan kafe dan kelab malam di Bukit Bintang. Antara penubuhan
yang terpenting termasuk Nouva, Espanda, The Beach Club, Atmosphere, Hard Rock Cafe,
Planet Hollywood, dan Zouk. Bukit Bintang boleh dicapai perkhidmatan teksi dan bas. Selain
itu, perkhidmatan monorel juga menempatkan empat stesen di dalam lingkungan kawasan
Bukit Bintang: Hang Tuah, Imbi, Bukit Bintang dan Raja Chulan.
6.1 Peta Negeri Kuala
Lumpur
U
↑
6.2 Peta Daerah Bukit
Bintang.
U
↑
6.3 Peta Kawasan Jalan
Bukit Bintang.
7.0 Kaedah Kajian
Sebelum memulakan kajian saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan
digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik.
Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini.Berikut
merupakan kaedah yang telah digunakan :-
1) Pemerhatian.
saya telah membuat pemerhatian untuk mengenal pasti pola migrasi yang berlaku
di kawasan Bukit Bintang.
2) TemuBual.
seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk setempat untuk
mengetahui pendapat dan pandangan mereka tentang pola migrasi di kawasan saya.Saya
menemu bual dengan penduduk di sekitar Bukit Bintang yang telah lama menetap di situ
kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan kajian saya.
3) Soal Selidik
saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh
penduduk sekitar yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan.
4) Rujukan
5) selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet
untuk mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang penerangan migrasi
yang berlaku di Malaysia.
8.0 Dapatan Kajian
8.1 Konsep migrasi penduduk
Berdasarkan Azizan Bin Hj.Abu Samah migrasi penduduk ialah penghijrahan
seseorang yang melintasi sempadan, kawasan, negeri, negara atau sempadan
antarabangsa.Selain itu,menurut laman web yang saya layari definasi migarsi adalah
penghijrahan sekumpulan manusia dari satu negara ke satu negara yang lain untuk
meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka. Sebagai contohnya pada tahun ke-5
kerasulan, Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah melakukan proses penghijrahan
atau migrasi dari Mekah ke Madinah untuk mempertahankan akidah dan agama
Islam.Definisi penghijrahan atau migrasi ini amat berbeza dengan pelarian yang membawa
maksud sekumpulan manusia yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain yakni
berpindah ke tempat yang lebih selamat untuk mereka terus hidup setelah mengalami
kehidupan yang sengsara kebiasaannya akibat meletusnya peperangan. Perkataan "pelarian "
itu sendiri pertama kali digunakan sejak 300 tahun dahulu, bagi menerangkan orang-orang
beragama Protestan Hugenots yang melarikan diri dari negeri Peranchis.
Merujuk kepada kajian ini migrasi yang dibincangkan ialah migrasi dalaman. Dalam
konteks ini, migrasi ialah penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain.
8.2 Pola migrasi penduduk di kawasan kajian
Pola migrasi penduduk di kawasan kajian dapat dibahagikan kepada 2 iaitu:
Migrasi luar bandar ke bandar
Migrasi ini merujuk kepada penduduk di Bukit Bintang yang berhijrah ke kawasan
kajian saya dari bandar-bandar seperti Sabak Bernam, Bukit Belimbing, Kuala Besut dan
sebagainya sama ada untuk mencari pekerjaan yang selesa dalam perindustrian, mahupun
menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta.
Terdapat 7 daripada 20 responden telah ke sini untuk melanjutkan pelajaran dan bekerja.
Migrasi bandar ke bandar
Migrasi ini merujuk kepada penduduk yang berhijrah untuk menyambung
pelajaran di institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta ataupun yang telah
mendapat pertukaran atau pulang ke tempat asal. Misalnya ada sebahagian penduduk di flat
San Peng yang bekerja sebagai tentera di Kem Sungai Besi pulang semula ke kediaman
mereka selepas tamat perkhidmatan. Dan ada juga segelintir yang menyambung belajar di
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, pulang ke Bukit Bintang setelah tamat
belajar.Terdapat 13 daripada 20 responden telah kembali ke Bukit Bintang apabila sudah
tamat perkhidmatan.
8.3 Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di
kawasan kajian.
terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman di kawasan kajian antaranya
ialah:
Melanjutkan pelajaran
Segelitntir anak-anak peneroka yang memperolehi keputusan peperiksaan UPSR
dan PMR yang cemerlang akan menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah seperti SMK
Victoria yang terdapat kemudahan asrama.Selain itu,anak-anak yang memperolehi keputusan
cemerlang dalam SPM dan STPM juga boleh melanjutkan pelajaran di kolej yang terkenal
seperti Kolej Segi.
Peluang Pekerjaan
Terdapat beberapa orang yang behijrah Bukit Bintang untuk mencari pekerjaan
yang lebih selesa dan untuk pendapatan yang lumayan dalam sektor pembinaan dan
perkhidmatan.Antaranya daripada bandar-bandar seperti Shah Alam Selangor, Bayan Lepas
Pulau Pinang, Ipoh dan sebagainya. Ini kerana di kawasan mereka peluang pekerjaan yang
ada amat terhad,manakala di Bukit Bintang terdapat banyak peluang pekerjaan .Terdapat 5
daripada 20 responden telah mendapat peluang pekerjaan di kawasan kajian saya..
Darjah Ketersampaian
Darjah ketersampaian bagi kawasan sekitar Jalan Bukit Bintang ialah mudah
kerana terdapat begitu banyak kemudahan disediakan seperti teksi, bas, motosikal dan kereta.
Kemudahan seperti ini telah memudahkan pergerakan penduduk di Bukit Bintang. Sekaligus
melancarkan perniagaan di kawasan tersebut.Kemudahan seperti LRT juga terdapat di
kawasan kajian saya .Kemudahan seperti ini telah memudahkan segala masalah lain seperti
ketiadaan pengangkutan jalan raya.
Kemudahan asas
Oleh kerana Bukit Bintang merupakan kawasan tanah pamah, kemudahan asas
yang ada adalah terdapat banyak seperti sekolah, masjid,Balai Bomba,Balai Polis dan lain-
lain.Demi mendapatkan keselesaan hidup maka penduduk dari kawasan lain mengambil
keputusan hidup untuk berpindah ke kawasan kajian saya yang lebih maju dan selesa seperti
berpindah dari bandar-bandar seperti Gombak dan lain-lain. Hal ini kerana di kawasan kajian
saya terdapat kemudahan yang lebih baik seperti jaringan pengangkutan yang cekap, hospital,
kolej, pasaraya dan sebagainya.Terdapat 5 daripada 20 responden ke Bukit Bintang atas
faktor kemudahan asas.
Ikut Keluarga.
Selain daripada faktor yang ternyata diatas.Ikut keluarga juga adalah salah satu
faktor yang menyebabkan berlaku migrasi.Terdapat seorang responden telah menyatakan
bahawa migrasi keluarga mereka berlaku kerana mengikut keluarga dari Luar Bandar ke
Bandar.Contohnya,kita patut bersyukur kerana dilahirkan dan dibesarkan di negara malaysia
yang aman dan damai di samping kestabilan ekonomi yang banyak memberi manfaat kepada
kita semua.
Sumber:
Carta Pai 1:Faktor yang mempengaruhi
migrasi
di Jalan
Bukit
Bintang.
Sumber:
3 Orang/15%
5 Orang /25%
4 Orang/20%
5 Orang/ 25%
3orang/15%
Melanjutkan PelajaranPeluang PekerjaanDarjah KetersampaianKemudahan AsasIkut Keluarga
Faktor Yang Mempengaruhi kawasan
kajian
Jumlah Penduduk
Melanjutkan pelajaran 3Peluang pekerjaan 5
Ikut Keluarga 3Kemudahan Asas 5
Darjah Ketersampaian 4Jumlah 20
Berdasarkan Carta Pai diatas,menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi
migrasi di kawasan Jalan Bukit Bintang. Faktor yang mempengaruhi migrasi terdiri daripada
malanjutkan pelajaran,peluang pekerjaan,Ikut keluarga,darjah ketersampaian dan kemudahan
asas.Peluang pekerjaan dan kemudahan asas ialah faktor yang mempengaruhi migrasi yang
paling banyak ,iaitu sebanyak 25% masing-masing.Manakala ikut keluarga dan melanjut
pelajaran adalah paling sedikit iaitu 15% masing-masing.Darjah ketersampaian pula
jumlahnya,iaitu 20%.
8.4 Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian
Secara umumnya terdapat dua kesan utama migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian:
8.4.1Kesan positif
Penduduk bertambah
Migrasi dalaman yang berlaku ini telah menyebabkan bilangan penduduk di
kawasan saya telah meningkat walaupun terdapat penduduk yang telah berhijrah keluar. Ini
diseimbangkan oleh kemasukan penduduk disebabkan oleh faktor perindustrian, menjual &
menyewa rumah mereka untuk menjadikan rumah tumpang. Walau bagaimana pun penduduk
di kawasan saya masih stabil dan masih lagi ada kawasan yang belum dihuni oleh penduduk.
Taraf hidup meningkat
Penduduk yang berhijrah ke negara seperti United States Of America untuk
melanjutkan pelajaran akhirnya pulang semula ke tempat asal iaitu di sekitar Bukit Bintang
memperolehi pekerjaan yang lebih selesa sebagai pengurus hotel, kerani bank dan sebagainya
yang mana mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dan selesa serta mempu memiliki rumah
yang lebih selesa. Taraf hidup yang tiggi ini menyebabkan masyarakat tempatan menikmati
kehidupan yang selesa dan bahagia.
Pasaran bertambah
Dengan pertambahan penduduk di kawasan yang dituju, secara tidak langsung
menyumbang kepada ekonomi iaitu pasaran bagi barangan siap semakin bertambah.
8.4.2 Kesan negatif
Masalah pengangguran
Migrasi dalaman memberi kesan negatif kepada kawasan yang dituju. Misalnya
penghijrahan tenaga buruh tempatan dan warga asing seperti Nepal dan Bangladesh ke
kawasan kajian ini telah menyebabkan lambakkan tenaga buruh secara tidak langsung
menyebabkan wujud persaingan pekerjaan dengan penduduk tempatan yang sengit dalam
mendapatkan peluang pekerjaan. Dengan ini maka masalah pengangguran di kawasan kajian
ini berlaku.
Masalah sosial
Ekoran daripada wujud masalah pengangguran di kawasan Bukit Bintang ini, maka
wujud masalah sosial seperti merogol dan masalah penagihan dadah di kalangan penduduk
tempatan di kawasan kajian. Hal ini kerana desakan hidup dan kos sara hidup yang sentiasa
meningkat adalah tinggi.
Komposisi penduduk berubah
Kebanyakan mereka yang melakukan migrasi adalah terdiri daripada penduduk
negara asing berbanding dengan penduduk tempatan dan penduduk yang baru migrasi dari
negeri lain.Ini menyebabkan banyak masalah sosial seperti ugutan,rogol dan rompakan.
Saya berasa bersyukur kerana kawasan kajian di Bukit Bintang mempunyai peluang
pekerjaan yang mencukupi serta taraf hidup penduduk yang selesa.Taraf hidup yang tiggi ini
menyebabkan saya dan masyarakat tempatan menikmati kehidupan yang selesa dan bahagia.
Peta Minda 2: Kesan migrasi dalaman di Jalan Bukit
Bintang.
Kesan positif dan negatif
migrasi dalaman di
Bukit Bintang.
8.5 Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian
Mewujudkan peluang pekerjaan
Walaupun terdapat banyak peluang pekerjaan di kawasan kajian saya ini tetapi
pekerjaan tersebut hanya diberikan kepada warga asing seperti warganegara
Bangladesh,Nepal dan IndiaBagi mengatasi masalah pengangguran di kawasan Bukit Bintang
pihak berwajib boleh mewujudkan peluang pekerjaan di dalam perindustrian atau pun
industri hiliran. Hal ini bertujuan mengelakkan golongan belia menganggur dan membazir
masa. Antara peluang pekerjaan yang boleh diwujudkan adalah Seperti pelayan,kedai alat
tulis dan poloklinik.
Kuatkuasa undang-undang
Dalam membanteras masalah sosial pihak polis atau pihak yang berkuasa perlu
mengambil tindakan segera keatas penjenayah seperti perogol ,penagih dadah & terutama
pelacuran.Tujuan ini adalah untuk bagi mengatasi masalah penagihan dadah di kalangan belia
di kawasan kajian. Pada masa yang sama penduduk tempatan boleh bekerjasama dengan
pihak berkuasa tempatan seperti polis dalam menguatkuasakan undang-undang dalam
membanteras jenayah yang berlaku.
Mewujudkan Rukun Tetangga
Oleh kerana ramai golongan tua telah berhijrah dan hanya golongan bujang yang
tinggal, bagi menjamin keselamatan yang lebih baik, pihak berkuasa boleh mewujudkan
rukun tetangga.Ini kerana di kawasan kajian saya terdapat banyak kes-kes jenayah seperti
merogol,meragut dan lain-lain lagi.Jika penduduk tempatan tidak dapat melaksanakannya
mereka boleh memberi aduan atau dorongan untuk pihak polis supaya membuat rondaan pada
waktu malam. Saya berasa amat gembira dan bangga kerana saya telah mendapat peluang
untuk memberi cadangan untuk mengatasi kesan negatif tersebut.
Peta Minda 3:Cadangan mengatasi kesan
migrasi dalaman Penduduk kawasan
kajian.
Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman
Wujudkan peluang pekerjaan
kuatkuasa undang-undang
Wujudkan Rukun Tetangga.
9.0 Rumusan
Daripada kerja kursus geografi ini,saya telah mendapat banyak maklumat.
Antaranya,ialah konsep migrasi penduduk serta pola migrasi penduduk di Jalan Bukit
Bintang.Selain daripada itu, saya juga telah mendapat tahu tentang kesan dan faktor yang
mempengaruhi migrasi penduduk di Jalan Bukit Bintang.Saya juga sangat gembira kerana
dapat menolong penduduk di kawasan kajian saya dengan memberikan cadangan mengatasi
kesan migrasi di Jalan Bukit Bintang.
Migrasi ini sememangnya merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Apa
yang penting migrasi ini perlu di kawal supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada
penduduk di sekitar Jalan Bukit Bintang ini. Sebagai contoh, kemasukan warga asing yang
keterlaluan boleh menyebabkan berlakunya masalah sosial kepada penduduk kampung. Di
samping itu, golongan belia digalakkan untuk tidak berpindah kerana mereka merupakan aset
yang amat berharga untuk membangunkan kawasan kajian saya.Saya juga berharap supaya
pihak berkuasa dan penduduk di kawasan kajian saya menerima cadangan saya untuk
mengelakkan kesan negatif tersebut.Saya berasa bersyukur dan bangga kerana kawasan
kajian saya tidak mempunyai kesan negatif yang banyak.
Kajian tentang Migrasi Dalaman Penduduk Di
Sekitar Jalan Bukit Bintang.
Nama : Potten Nick A/K Patrick
1. Saudara berasal dari mana?
Saya Berasal Dari Sabah.
2. Berapa lama saudara tinggal di kawasan ini ?
Sudah 2 tahun
3. Apakah sektor pekerjaan yang saudara ceburi ?
Polis
4. Berapakah jumlah ahli keluarga yang telah berhijrah ?
Dua ahli keluarga.
5. Pada pendapat saudara, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi
dalaman di kawasan ini ?
Faktor pekerjaan.
Nama : Firdaus Bin Rahmat
1. Saudara berasal dari mana?
Saya Berasal Dari Perak.
2. Berapa lama saudara tinggal di kawasan ini ?
Sudah 1 tahun.
3. Apakah sektor pekerjaan yang saudara ceburi ?
Tidak bekerja.Pelajar di Sekolah Menegah Kebangsaan Aminuddin Baki.
4. Berapakah jumlah ahli keluarga yang telah berhijrah ?
Tujuh ahli keluarga.
5. Pada pendapat saudara, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi
dalaman di kawasan ini ?
Faktor Ikut Keluarga.
Nama : Hock Lim.
1. Saudara berasal dari mana?
Saya Berasal Dari Shah Alam.
2. Berapa lama saudara tinggal di kawasan ini ?
Sudah 6 tahun.
3. Apakah sektor pekerjaan yang saudara ceburi ?
Pengurus Hotel Alpha Genessis
4. Berapakah jumlah ahli keluarga yang telah berhijrah ?
Lima ahli keluarga.
5. Pada pendapat saudara, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi
dalaman di kawasan ini ?
Faktor peluang pekerjaan.
BORANG
SOAL SELIDIK
BorangSoal Selidik.
Nama:Mohamed Khairul Bin Aizat
Umur:32 Tahun
Pekerjaan:Kerani Bank.
Alamt Rumah:No3,Jalan Rembia Off Tengkat Thong Shin.
Sila tandakan pada Pola Migrasi yang terdapat di kawasan ini.
Luar Bandar ke Luar Bandar Tidak
Luar Bandar ke Bandar Ya.
Bandar ke Luar Bandar Tidak
Bandar ke Bandar Ya.
Sila tandakan pada faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman di kawasan ini.
Arahan Majikan Tidak
Peluang Pekerjaan Ya
Petempatan Baru. Tidak
Darjah Ketersampaian Ya
Kadar Upah Ya
Melanjutkan Pelajaran Ya.
Bersara Tidak
Sila tandakkan kesan migrasi di kawasan ini.
Taraf hidup meningkat Ya.
Pengangguran Ya
Penduduk Bertambah Ya.
Contoh Borang Temu Bual.
Nama:
Umur:
Pekerjaan:
Alamat Rumah:
Sila tandakan pada Pola Migrasi yang terdapat di kawasan ini.
Luar Bandar ke Luar Bandar
Luar Bandar ke Bandar
Bandar ke Luar Bandar
Bandar ke Bandar
Sila tandakan pada faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman di kawasan ini.
Arahan Majikan
Peluang Pekerjaan
Petempatan Baru.
Darjah Ketersampaian
Kadar Upah
Melanjutkan Pelajaran
Bersara
Sila tandakkan kesan migrasi di kawasan ini.
Taraf hidup meningkat
Pengangguran
Penduduk Bertambah
11.0 Rujukan
Sumber Internet
1. http://www.segi.edu.my/campus/sckl/
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Bukit_Bintang_Monorail_station
3. http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_roads_in_Kuala_Lumpur
4. http://sarjana.tripod.com/migrasi1.html
Orang Sumber
1. Potten Nick A/K Patrick,27 tahun,Jalan Rembia Mutiara Villa Blok A-01-8 56000
Kuala Lumpur.
2. Firdaus Bin Rahmat,15 tahun,3Apartment Ceylon Blok C No 4 Jalan Bukit Bintang
54200 Kuala Lumpur.
3. Hock Lim,30 tahun,No 45 Jalan Ceylon ¼ Kuala lumpur 56000
Buku Teks:
1. Buku teks tingkatan 1:Rape’ah Binti Ahamed, 2002, Geografi Tingkatan 1 Malaysia,Arus
Intelek Sdn. Bhd.
2. Buku teks tingkatan 2:Azizan Bin Hj.Abu Samah dan Chong Mui Sen, 2003, Geografi
Tingkatan 2, Kuala Lumpur, Percetakan Saufi.