3 teknik pantas jadi magnet kejayaan kebahagiaan

44
1

Upload: fauzan-ibrahim

Post on 30-Sep-2015

32 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Teknik

TRANSCRIPT

  • 1

  • 2

    Pernahkah Tuan Puan alami

    Harapan tidak menjadi kenyataan?

    Lain yang diminta, lain yang diterima?

    Lain yang diharap, lain yang berlaku?

    Apa yang cuba dielakkan, itu yang bertandang?

    Apa yang dibenci, itu pula yang sering datang?

    Bisnes umpama hidup segan mati tak mahu?

    Di mana silapnya?

    Hakikatnya, 96% daripada kekayaan dunia dimiliki oleh hanya 1

    peratus daripada keseluruhan populasi dunia. Pasti ada sebab

    mengapa ini berlaku.

    Salah satu sebab adalah kerana kebanyakan orang-orang kaya

    menggunakan Prinsip Law of Attraction (LOA) dalam kehidupan

    mereka. Mereka tahu bahawa LOA boleh membantu mereka untuk

    mencapai apa yang mereka mahu.

  • 3

    Apakah Perbezaan Di Antara LOA & LUA?

    Law of Attraction (LOA) menyatakan bahawa "kita menarik apa yang

    kita fokuskan". Manakala Law of Universal Attraction (LUA)

    menerangkan bahawa ia bukan sekadar tarikan, tetapi merupakan satu

    Tarikan Universal, iaitu tarikan Tuhan, iaitu Allah swt.

    Memahami LUA menyebabkan segala-galanya yang yang kita

    suka akan memacu kita kepada Allah yang Maha Besar.

    Kita tertarik untuk menjadi kaya daripada menjadi miskin, kerana Tuhan

    adalah Maha Kaya. Kita tertarik dengan kecantikan daripada hodoh,

    kerana Tuhan adalah Maha Cantik. Kita tertarik kepada orang-orang

    yang menyukai kita berbanding orang-orang yang membenci kita,

    kerana Tuhan Maha Pengasih.

    Pengamal LUA perlu sentiasa positif dengan apa yang berlaku dalam

    kehidupan mereka. Mereka percaya bahawa segala yang berlaku

    mempunyai sebab (Hikmah). Mereka sentiasa meminta dan berdoa

    daripada Allah yang Maha Besar, bukan daripada alam semesta.

  • 4

    TEKNIK 1: LAW OF UNIVERSAL ATTRACTION (LUA)

    Menjadi Magnet Kejayaan, Kekayaan Dan Kebahagiaan

    Memahami LUA bermaksud memahami Seni Berdoa, kerana LUA

    adalah DOA.

    LUA berbeza dengan LOA (Law of

    Attraction) dari sudut spiritual, proses dan

    teknik-teknik zikir. Tarikan LUA lebih kuat

    kerana diperhalusi dengan konsep

    ubudiyyah dan amalan Asmaul

    Husna. Istimewa buat mereka yang ingin

    mencapai impian dan cita-cita dengan lebih

    MUDAH dan BERKESAN!

    Kepentingan Mengetahui LUA

    Mengetahui LUA adalah penting kerana ia membantu kita menggunakan

    LOA tanpa mengorbankan kepercayaan dan amalan kita dalam agama

    kita. Selain itu, ia menguatkan kesan daripada teknik LOA seperti

    visualisasi dan affirmasi. Disamping itu, kita juga boleh menggunakan

    LUA dalam menetapkan matlamat kita dengan lebih berkesan.

    Mengetahui bahawa 'kita menarik apa yang kita fokuskan',

    menyebabkan kita mengelak daripada perkataan negatif dalam

    menyatakan matlamat dan impian kita.

  • 5

    Dalam bukunya "Law of Attraction", Michael J. Losier memberi

    cadangan untuk mengelak daripada menggunakan "tidak" dan "jangan".

    Teknik LUA pula menggunakan terus Teknik yang diajarkan oleh Nabi

    Muhammad s.a.w. Apabila kita terlihat atau terdengar sesuatu yang

    ingin dihindari, ucapkan nauzubillahi min zaalik.

    The Universal Attractor

    Apabila menyebut tentang Law of Universal Attraction, kita tidak boleh

    mengelak daripada berbicara tentang The Universal Attractor.

    Siapakah The Universal Attractor?

    Mungkin ada yang berpandangan bahawa Universal Attractor adalah

    tarikan alam. Hakikatnya, Universal Attractor adalah Penarik alami.

    Apakah bezanya?

    Tarikan alam bermaksud alam mempunyai tarikan-tarikan yang tertentu.

    Tarikan ini boleh jadi dalam bentuk kekayaan, keindahan mahupun

    kepandaian.

    Namun jika dilihat dari segi bahasa, Attractor merujuk kepada pembuat,

    dan Universal merujuk kepada kata sifat. Lalu makna yang lebih tepat

    kepada Universal Attractor ialah Penarik Alami, yang bermaksud satu

    Zat yang hebat dan mempunyai tarikan terhadap semua alam ini.

  • 6

    Lalu siapakan The Universal Attractor yang dimaksudkan?

    Dengan sifat Tuhan yang Maha Pengasih dan maha Penyayang, hanya

    Tuhan yang mampu menjadi tarikan kepada setiap makhluk. Tuhanlah

    yang memberi kebaikan dan membawa kita ke arah kebaikan. Tuhan

    yang memberi kekayaan. Tuhan yang memiliki semua sifat

    kesempurnaan dan memiliki pengetahuan yang luas. Kita akan tertarik

    pada sesuatu berdasarkan sifat-sifat kesempurnaan yang ada pada

    Tuhan.

    Tuhan telah menjadikan fitrah manusia itu suka kepada kebaikan. Cuba

    anda lihat kepada jadual di bawah. Bahagian manakah yang anda lebih

    suka, kanan atau kiri?

  • 7

    Jelas sekali bahagian kanan (Set B) lebih menarik perhatian kerana

    semua sifat yang dinyatakan adalah sifat-sifat positif.

    Kenapa? Kerana kita lebih suka menjadi kuat daripada lemah. Memang

    sifat Tuhan itu Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa!

    Antara hodoh dan cantik, mana yang kita lebih tertarik? Sudah tentu

    yang cantik, kerana Tuhanlah Yang Maha Cantik (Indah).

    Antara benci dan sayang, mana yang kita lebih tertarik? Sudah tentu

    sayang, kerana Tuhanlah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!

    Fitrah sukakan kebaikan seperti yang kita lihat di atas membuktikan

    bahawa setiap tarikan itu berpusat kepada Tuhan yang menciptakan

    LUA. Dialah The Universal Attractor.

    Dan Tuhan mencipta alam ini begitu lengkap dan indah untuk

    mendekatkan kita kepadaNya. Dan untuk memperkenalkan diriNya di

    sebalik keindahan alam ciptaanNya!

    LUA mengajar kita untuk Berfikiran Besar

    (The Magic of Thinking BIG)

    Melalui LUA, Tuhan juga mengajar manusia berfikir dan berjiwa besar.

    Tiada manusia suka hidup miskin kerana ia menyebabkan kita terpaksa

    meminta-minta. Lalu manusia lebih tertarik kepada kekayaan daripada

    kemiskinan.

  • 8

    Namun, suatu perkara yang boleh menjurus kepada kesilapan adalah

    apabila kita hanya mengaitkan kaya dengan memiliki harta yang banyak,

    rumah yang besar, taman yang luas serta aset yang pelbagai.

    Izinkan saya membawa anda untuk kita sama-sama menghayati hadis

    ini:

    Kaya bukanlah kerana banyaknya harta, melainkan yang disebut kaya

    adalah kaya jiwa. (HR Bukhari dan Muslim)

    Bila kita menyoroti hadis ini, kita dapat simpulkan manusia yang

    mempunyai akhlak yang baik adalah orang yang paling kaya.

    Mana yang kita lebih suka?

    Orang kaya yang banyak harta tapi kedekut atau orang yang biasa-

    biasa yang suka memberi?

    Orang kaya yang banyak harta tapi malas menolong orang lain atau

    orang yang biasa-biasa yang suka menolong orang lain?

    Orang kaya yang banyak harta tapi derhaka pada ibu-bapa dan tidak

    menghormati orang tua atau orang yang biasa-biasa yang menghormati

    orang lain?

    Tentu kita suka orang yang bermoral tinggi dan berakhlak baik bukan?

    Moral dan akhlak inilah yang dinamakan kaya jiwa.

  • 9

    Tuhan juga Maha Kaya, bukan hanya kaya harta tapi kaya dalam

    segala-galanya. Kaya dalam kasih-sayang, kaya dalam memberi, kaya

    dalam memaafkan.

    Sekiranya kita gagal memahami hakikat ini, manusia akan semakin jauh

    dengan Tuhannya. Inilah yang berlaku kepada sebahagian daripada

    mereka yang memperlajari LOA tetapi masih belum berjaya menarik

    kebahagiaan.

    Apabila mereka meminta sesuatu daripada alam, tanpa mereka sedari

    mereka sedang bertuhan kepada alam.

    Akhirnya, mereka gagal memahami sumber tarikan kejayaan yang

    sebenar, lalu gagal menarik kejayaan yang diimpi-impikan. Kerana

    sumber kejayaan yang sebenar adalah Tuhan. Dialah Yang Maha

    Mengabulkan Hajat (As- Somad) lagi Maha Penyayang.

  • 10

    Lalu apakah perkara pertama yang patut dilakukan oleh mereka yang

    inginkan kejayaan dan kebahagiaan?

    Mengenalpasti sumber kejayaan dan kebahagiaan yang sebenar, iaitu

    Tuhan Yang Maha Esa. Elakkan bergantung dan terlalu berharap

    kepada manusia kerana makhluk bukanlah sumber kejayaan dan

    kebahagiaan sebenar.

    Dengan memahami dan mengaplikasi asas ini, anda sudah bersedia

    untuk menarik KEJAYAAN dan KEBAHAGIAAN dalam hidup anda.

    Sebelum kita menggunakan LUA untuk menarik kejayaan, mari kita

    selami tiga asas penting LUA untuk menarik kejayaan dan kebahagiaan.

    Tiga asas penting ini ialah:

    1. Bersangka baik

    2. Bersyukur

    3. Sabar

  • 11

    Bersangka Baik

    Dalam otak manusia, ada satu bahagian otak yang dipanggil Reticular

    Cortex (RC) yang sentiasa menyerap dan mengeluarkan frekuensi

    bersifat magnetik. Ini bermaksud, kita akan menarik apa yang kita

    fikirkan.

    Jika kita fikirkan sesuatu yang positif, maka RC akan menghasilkan

    gelombang yang positif. Gelombang positif ini akan dipancarkan oleh

    RC ke alam semesta.

    Hasilnya, ia akan menarik semua perkara positif untuk mendekati

    kita. Ini akan mendekatkan dan memudahkan kita mencapai kejayaan

    dan kebahagiaan.

    Namun, jika gelombang negatif yang dilepaskan, maka perkara negatif

    jugalah yang akan tertarik kepada kita. Gelombang negatif

    mendatangkan banyak masalah, kegelisahan, dan kesukaran dalam

    hidup kita.

    Menarik Kejayaan Dengan Mengaktifkan RC

    Untuk berjaya dan bahagia, RC perlu diaktifkan semaksima yang

    mungkin. Dr. Ibrahim Ahmad merupakan salah seorang usahawan yang

    menggunakan 'Teknik Pengaktifan RC' bagi memajukan kerjaya dan

    perniagaannya.

  • 12

    Dalam satu temubual oleh Mingguan Malaysia pada 13 Mei 2007, beliau

    mendedahkan cara beliau berjaya menjadi jutawan. Apakah cara

    tersebut?

    Beliau menampal simbol-simbol wang ($) hampir di seluruh ruang

    pejabat, meja, dan bilik beliau. Dengan cara ini, beliau telah

    mengaktifkan RC dan minda menggunakan gambaran atau simbol

    berkaitan wang. Pengaktifan ini berlaku tanpa kita menyedarinya.

    Antara petikan kata-kata beliau ialah

    Saya tidak menafikan, saya banyak menggunakan rahsia bawah sedar

    ini bagi merealisasikan semua impian dalam hidup saya. Daripada

    pengalaman hidup sendiri, saya adaptasikan dalam program latihan.

    Kalau tengok dalam pejabat saya, semuanya berkaitan dengan

    duit. Sebenarnya, kita mesti melihat benda yang betul kerana

    kehidupan kita dipengaruhi oleh sains bawah sedar.

    Tip-tip Mengaktifkan RC Untuk Usahawan

    Menurut Amar Mahmood, penulis buku Tarik Kekayaan Dengan Kuasa

    Minda, RC boleh diaktifkan dengan beberapa cara. Antaranya ialah:

    1. Selalu membaca kisah-kisah kejayaan orang lain

    2. Selalu gambarkan diri dengan kekayaan

    3. Gunakan kata-kata kekayaan dalam kehidupan seharian

  • 13

    Pentingnya Bersangka Baik

    Ada seorang gadis yang baru habis bercuti ingin menaiki bas dari Kota

    Bharu ke Kuala Lumpur. Disebabkan sesuatu perkara yang tidak dapat

    dielakkan, dia terlewat dan tidak sempat menaiki bas. Hatinya berasa

    kesal, gundah, dan marah kerana dia terpaksa membeli tiket lain untuk

    pulang ke Kuala Lumpur. Dia tertanya-tanya dalam hatinya, kenapa

    perkara ini perlu berlaku sedangkan dia mempunyai banyak urusan

    yang perlu diselesaikan di Kuala Lumpur.

    Malam itu, pertanyaan itu berlalu tanpa sebarang jawapan.

    Keesokan harinya, dia mendapat berita bahawa bas yang sepatutnya

    dinaiki semalam terlibat dalam satu nahas jalan raya. Sebahagian besar

    daripada penumpangnya cedera, malah ada yang maut dalam kejadian

    tersebut.

    Apabila mendengar berita tersebut, barulah si gadis sedar kenapa

    Tuhan mentakdirkan dia tertinggal bas semalam. Dia sangat

    syukur. Perasaan gundah dan gelisah bertukar menjadi syukur dalam

    sekelip mata. Benarlah, setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan

    kebaikannya yang tersendiri.

    Sangkaan yang difokuskan dengan bersungguh-sungguh adalah satu

    doa. Saya tidak menyatakan bahawa semua orang yang

    mengaplikasikan LUA pasti mendapat apa yang dihajati. Banyak lagi

    faktor yang mempengaruhi kejayaan kita.

  • 14

    Yakinlah, walaupun Allah kadang-kadang tidak mengabulkan sesuatu

    hajat kita secara terus, Dia pasti akan memberikan apa yang kita

    perlukan dalam hidup ini. Kita meminta apa yang kita mahu, dan Allah

    memberi apa yang kita perlu.

    Mungkin sesuatu hajat kita itu bukan yang terbaik untuk kita, lalu Allah

    mengabulkan kejadian yang sebaliknya yang merupakan keperluan kita

    yang sebenar. Sebab itulah kita perlu sentiasa bersangka baik dengan

    Tuhan, kerana di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan.

    Sesungguhnya di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan.

    (Surah Al-Insyirah, ayat 5)

    Doa Tidak Makbul Menjadi Pahala

    Saya teringat satu kisah yang

    disampaikan oleh guru saya. Kisah ini

    banyak membentuk diri saya agar

    sentiasa bersangka baik dengan Allah

    jika doa kita belum dimakbulkan. Ia

    juga banyak membantu saya membina

    ketenangan diri dan kekuatan dalam.

    Guru saya bercerita;

    Pada hari kiamat nanti, seorang lelaki

  • 15

    dimasukkan ke syurga dengan pahala yang terlalu banyak. Dia berasa

    hairan kerana sepanjang pengetahuannya, amal baiknya tidaklah

    sebegitu banyak. Lalu dia bertanya kepada Allah,

    Wahai Allah, dari mana datangnya kebaikan yang melimpah ruah ini?

    Allah menjawab,

    Ini semua adalah doa yang kamu minta di dunia, tetapi Aku tangguhkan

    supaya menjadi kebaikan buatmu di syurga.

    Lalu pemuda itu berkata,

    Jika ini hakikatnya, maka aku lebih rela semua doaku di dunia tidak

    dimakbulkan.

    Begitulah hebatnya kuasa doa, yang ada kaitan yang sangat rapat

    dengan LUA. Mari sama-sama kita ingatkan diri kita dengan kisah ini

    supaya kita sentiasa redha dan bersangka baik kepada-Nya.

    Tidak ada seorang muslim pun yang berdoa dengan doa yang tidak

    mengandungi dosa dan memutus hubungan silaturrahim, kecuali Allah

    akan memberikan kepadanya satu diantara tiga hal: dikabulkan doanya ;

    ditangguhkan hingga hari kiamat; atau dijauhkan dari suatu

    keburukan/musibah yang serupa.

    (Hadis riwayat Ahmad, dari Abi Said Al Khudri)

    Ringkasnya, antara perkara asas dalam menarik kejayaan, produktiviti

    dan kebahagiaan ialah dengan bersangka baik kepada tuhan. Setiap

    kejadian yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.

  • 16

    Setiap sesuatu adalah hikmah bagi sesuatu. (Azzah Abdul Rahman)

    Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berlapang dada dengan apa yang

    berlaku walaupun apa yang kita hajati tidak berlaku. Yakinlah bahawa

    Tuhan sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Saya

    yakin Allah yang maha memperkenankan hajat (as-Somad), sentiasa

    mendengar apa yang ada dalam hati kita.

    Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad)

    tentang Aku, maka sesungguhnya aku sangat dekat. Aku kabulkan

    permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku

    (Surah al-Baqarah, ayat 186)

    Yakinlah, sesuatu yang berlaku mempunyai hikmah dan kebaikannya

    yang tersendiri. Inilah asas yang perlu kita sedar dalam menarik

    kejayaan dengan LUA. Sangkaan baik menjadikan kita tenang dan

  • 17

    bahagia. Tarikan positif terhadap kita bertambah kuat. Kejayaan dan

    kebahagiaan semakin mendekati kita.

    Tuhan tidak pernah penat mendengar doa kita, cuma kita yang sering

    lewat memanjatkan syukur. Tuhan tidak pernah memilih permintaan

    mana yang mesti dikabulkan. Kita yang memilih doa mana yang ingin

    dipanjatkan (Azizah Aling)

    Salah satu teknik dalam LUA ialah dengan menggunakan Mind Movie

    iaitu antara alat yang boleh membantu kita menarik kejayaan dan

    kebahagiaan.

    Fungsinya adalah seperti Vision Board namun mempunyai kelebihan

    dari segi audio dan pergerakan gambar.

    Dengan memahami LUA, kita boleh memasukkan elemen Spiritual dan

    Ketuhanan supaya yang ditarik bukan hanya kejayaan, malah

    kebahagiaan. Kita perlu menghayati Mind Movie ini hampir setiap hari

    untuk lebih fokus kepada apa yang ingin saya capai dalam hidup.

    Bukankah kita akan menarik apa yang kita FOKUSkan?

  • 18

    Minda vs Antena Telekomunikasi

    RC ibarat antenna TV yang boleh menyerap

    gelombang channel TV yang ada. Malah ia

    lebih advanced kerana mampu membebaskan

    gelombang dalam minda kita.

    Maknanya, ia lebih menyerupai antena

    telekomunikasi yang biasanya diletakkan di atas

    bangunan-bangunan yang boleh menerima dan

    membebaskan gelombang.

    Apa yang diserap oleh RC, itu jugalah yang dibebaskan oleh RC. Ini

    berlaku apabila seseorang itu tidak menapis gelombang dan maklumat

    yang diterima oleh deria-deria mereka. Ini kerana sebahagian besar

    daripada tabiat manusia dilakukan secara separa sedar (subconscious).

    Orang yang kaya dan bahagia sangat memahami perkara ini. Oleh itu,

    mereka secara sedar akan memastikan yang mereka membebaskan

    gelombang yang positif walaupun mereka menerima gelombang negatif

    daripada orang lain.

    Bagaimana Cara mereka Menapis Gelombang Negatif?

    Ianya dilakukan dengan melihat semua perkara dengan kaca mata yang

    positif. Mereka sangat memahami bahawa everything happen for a

    reason. Setiap kejadian pasti ada hikmah dan kebaikan, dan hikmah

    itulah yang sepatutnya difokuskan.

  • 19

    Mereka juga akan fokus pada apa yang mereka inginkan. Manakala

    perkara yang tidak diingini akan mereka awasi (aware) sahaja.

    Realiti Yang Berlaku

    Realiti yang berlaku ialah ramai di antara kita lebih fokus kepada apa

    yang mereka tidak suka, berbanding apa yang mereka suka.

    Oleh itu, kita perlu fokus apa yang KITA SUKA, bukan apa yang kita

    tidak suka, untuk menjadi insan yang kaya dan bahagia!

    Bagaimana caranya untuk menarik apa yang kita suka?

    Bermula dari saat ini, fokus apa yang kita suka. Ia boleh dilakukan

    dengan melihat, mendengar, berfikir, membayangkan, menulis, melukis

    dan menghidu serta merasa apa yang kita suka.

    Yang paling penting, pilih perasaan yang disukai apabila kita

    berhadapan dengan apa jua situasi. Ini kerana perasaan mempunyai

    gelombang tarikan yang lebih kuat berbanding tarikan fizikal.

    We are the master of our feelings!. Tiada orang yang boleh

    merampas kebahagiaan kita melainkan dengan keizinan kita!

  • 20

    Jika berasa terganggu dengan seseorang atau sesuatu kejadian, ambil

    langkah mudah ini:

    1. Pejam mata

    2. Tarikh nafas panjang

    3. Sambil bernafas, senyumlah sekurang-kurangnya 1 minit

    4. Yakinlah bahawa Allah bersama orang yang sabar

    5. Teruskan tersenyum sambil melihat langit / dunia yang terbentang

    luas!

    Subhanallah! anda pasti akan lebih lega kerana kerana memberi ruang

    kepada diri sendiri untuk rasa lebih kaya jiwa dan bahagia! Kerana hidup

    ini terlalu indah dan singkat untuk dihabiskan dalam keadaan sedih dan

    sakit hati!

    Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah mengizinkan diri sendiri

    untuk lebih tenang, kaya dan bahagia sebagai seorang usahawan atau

    sesiapa sahaja. Kemudian berusaha dengan ilmu dengan segenap

    tenaga.

  • 21

    Teknik Menarik Rezeki: Teknik Penulisan Spiritual

    Rezeki itu luas. Ia bukan sahaja meliputi wang ringgit. Nafas adalah

    rezeki. Sihat adalah rezeki. Penglihatan, pasangan hidup, anak-anak,

    ibubapa dan kasih sayang, semuanya adalah rezeki yang tidak ternilai

    harganya!

    Salah satu teknik Menarik Rezeki adalah Teknik Penulisan Spiritual.

    Teknik ini mempunyai kekuatan yang lebih LUAR biasa, kerana kita

    mengaitkan terus impian kita dengan Tuhan!

    Spiritual berkait rapat dengan hubungan kita dengan Tuhan. Pada hari

    ini, ramai manusia yang belum mencapai impian masing-masing kerana

    mereka memutuskan hubungan dengan Tuhan dalam proses mencapai

    impian!

    Affirmasi (pernyataan positif) meneguhkan keinginan yang ada dalam

    diri. Visualisasi pula memperkayakan keinginan tersebut dengan

    bayangan-bayangan impian yang boleh meningkatkan kuasa tarikan.

    Untuk memudahkan anda menarik rezeki dengan menulis, fikirkan apa

    yang ingin anda miliki 10 tahun dari sekarang.

    Sebaiknya, disiplinkan diri untuk menulis sekurang-kurangnya 70

    perkataan sehari. Ia sepatutnya tidak menjadi beban, malah boleh

    menjadi aktiviti yang sangat menyeronokkan.

    Kenapa? Kerana anda telah menjadi pengarah kepada filem hidup anda

    sendiri!

  • 22

    Anda juga bebas berangan dan menulis diiringi perasaan-perasaan

    hebat dalam diri. Anda bangga dengan pencapaian anda. Keyakinan

    anda semakin tinggi malah anda makin cintakan diri sendiri

    menyebabkan orang lain tidak mampu menjatuhkan anda dengan kata-

    kata dan persepsi yang negatif.

    Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan:

    1. Tanya diri sendiri apa impian anda

    2. Bayangkan impian tersebut telah pun anda kecapi. Rasakan bahawa

    anda sedang melalui pengalaman indah itu bersama orang-orang yang

    tersayang. Gunakan otak kanan anda untuk menghasilkan imaginasi

    yang hebat dan memberi inspirasi.

    3. Sambil berimaginasi, tuliskan impian tersebut dengan membiarkan

    minda anda menari-nari di luar kotak logik manusia.

    Antara perkara yang kita boleh tuliskan ialah tentang keadaan:

    i. Perasaan sendiri

    ii. Kesihatan

    iii. Keluarga

    iv. Rumah

    v. Kereta

    vi. Jiran-jiran

    vii. Rakan-rakan

    viii. Kekayaan harta benda dan jumlah wang simpanan yang banyak

  • 23

    ix. Sumbangan terhadap masyarakat seperti rumah anak-anak yatim

    dan sebagainya

    Untuk mendapatkan tarikan yang maksima, kita perlu menulis dan

    melakukan rutin di atas SETIAP HARI untuk meningkatkan tarikan

    kejayaan dan kebahagiaan. Waktu dan caranya terpulanglah kepada diri

    sendiri.

    Anda boleh menulis di waktu malam yang sunyi atau siang yang sibuk.

    Anda juga boleh menulis menggunakan pen, telefon bimbit atau

    computer. Hatta untuk mereka yang sering menaiki pengangkutan awam

    pun masih boleh menulis dalam komuter atau kapalterbang!

    Elakkan memberi alasan bahawa kita tiada masa untuk menulis kerana

    sememangnya selagi hidup, kita masih mempunyai masa. Hanya orang

    yang sudah tiada nyawa sahaja tiada masa. Yang penting ialah

    bagaimana kita menguruskan diri kita sesuai dengan pekerjaan yang

    kita lakukan seharian.

    Panduan penting dalam mengamalkan teknik ini.

    1. Gunakan perkataan yang positif sahaja.

    Mengikut kajian, otak manusia begitu hebat sehingga boleh berfikir

    60,000 perkara dalam sehari. Ini kerana otak manusia begitu pantas

    kerana keupayaannya jauh lebih hebat daripada komputer yang sedia

    ada.

  • 24

    Oleh itu, disebalik menggunakan perkataan saya tak nak miskin,

    tukarkan perkataan kita kepada saya kaya!.

    Bagaimana untuk mengelakkan kita menggunakan perkataan-perkataan

    negatif?

    Tipnya ialah, elakkan perkataan-perkataan ini:

    i) Jangan

    ii) Tidak

    iii) Bukan

    Ini kerana minda separa sedar terlalu pantas sehingga sering terlepas

    pandang perkataan jangan, tidak dan bukan.

    Bila ini berlaku, minda akan menarik perkataan negatif selepas

    perkataan jangan, tidak dan bukan.

    Oleh itu, elakkan 3 perkataan-perkataan ini dan perkataan negatif yang

    lain ketika menulis impian.

    2. Banyakkan menulis tentang perasaan (yang positif).

    Ini kerana minda berupaya menarik perasaan yang mempunyai

    frekuensi dan tenaga/energi yang sama.

    Sekiranya anda fokus kepada perasaan positif, semua perkara yang

    menyumbang kepada perasaan tersebut akan ditarik bersama. Perkara

    ini telah dijelaskan dalam teknik sebelum ini.

  • 25

    3. Pilih minimum 3 sebab yang kuat kenapa anda ingin memiliki impian

    tersebut.

    Untuk lebih memahami perkara ini, senaraikan sebab-sebab anda ingin

    memiliki kereta, atau rumah yang saudara idamkan. Masa yang

    dicadangkan ialah seminit sahaja.

    Saya ingin memiliki

    ....

    ....

    Tahniah kerana berjaya melakukan latihan di atas. anda boleh

    memperbaikinya dengan melihat contoh di bawah:

    Dengan nama Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

    Sesungguhnya Dialah yang Maha Kaya lagi Maha Memberi kekayaan.

    Dengan kelembutan kasih sayangNya, saya membenarkan semua

    kekayaan itu mengalir dalam hidup saya.

    Saya suka memiliki rumah berkeluasan 80 x 80 kaki di tepi sungai jernih

    dan berbatu (jeram). Saya suka ketenangan dan keindahan ketika

    bertafakur dan berbuai di tepi sungai tersebut. Rumah saya dilengkapi

    dengan 7 buah bilik, ruang perpustakaan, pangkin ibadah, 7 buah bilik

    air, pejabat, gimnasium, kolam renang, air pancut, taman bonsai, kolam

    ikan dan sebagainya.

    Saya bahagia mendiami rumah tersebut. Anak-anak membesar dan

    terdidik dengan keteraturan alam. Mereka membesar dalam suasana

  • 26

    ceria dan kasih sayang. Isteri saya bahagia menyediakan makanan dan

    keperluan rumahtangga dengan adanya kemudahan dan ruang yang

    selesa.

    Keselesaan yang diperolehi membolehkan saya menghasilkan modul

    dan karya yang hebat. Saya berjaya menghasilkan karya bestseller

    setiap tahun. Pelajar saya bertambah setiap minit. Saya beroleh pahala

    setiap saat melalui karya-karya tersebut. Subhanallah! Betapa besarnya

    rahmat dan kasih sayangAllah. Amin Ya Robbal Alamin..

    Saya yakin Tuhan yang Maha Kaya lagi Maha memberi sedang

    mendengar doa saya ini. Dia juga sedang mengatur jalan untuk saya

    mencapai apa yang terbaik dalam hidup saya. Sesungguhnya Dialah

    yang Maha Pengasih lagi Maha Memberi.

    Tulisan di atas banyak memberi fokus kepada hubungan dengan Tuhan.

    Ini contoh penulisan spiritual. Ia mempunyai tarikan dan energi yang

    sangat tinggi kerana mempunyai hubungan yang rapat dengan Tuan

    Punya energi, iaitu Allah SWT.

    Hasilnya, impian-impian anda akan lebih cepat dan mudah untuk

    dicapai!

    Hayati ayat pembuka dan penutup borang ini yang boleh membantu kita

    menambah getaran positif terhadap impian yang ditulis. Tulis dengan

    ikhlas dan yakin bahawa Tuhan yang Maha Pengasih pasti akan

  • 27

    memberikan yang terbaik untuk kita. Sebaik-baiknya impian kita

    dikarang setiap malam sebelum tidur.

    Selamat menarik rezeki!

  • 28

    TEKNIK 2: KEHEBATAN NEURO-LINGUISTIC

    PROGRAMMING (NLP)

    Menurut Md Taib, Neuro-Linguistic Programming adalah satu kajian

    sistematik mengenai perlakuan manusia.

    NLP membolehkan kita mencontohi atau model, atau meniru

    kecemerlangan manusia dalam berbagai bentuk. Dengan NLP kita

    dapat mengenalpasti apa yang membuatkan seseorang itu amat

    berkebolehan atau berkemahiran dan mendapatkan kebolehan tersebut

    untuk diri sendiri atau mengajarnya kepada orang lain.

    NLP dapat membantu kita menjadi mahir dalam apa jua perkara yang

    bermanfaat kepada kita, samada ianya mengenai hubungan dengan

    keluarga ataupun sebagai seorang usahawan yang sentiasa

    berhubungan dengan pelanggan.

    NLP adalah aplikasi secara praktikal bagaimana minda manusia

    berfungsi. Proses mewujudkan kecemerlangan diri yang berguna adalah

    kriteria yang paling penting dalam mencapai kejayaan.

    Salah satu daripada manfaat bagi usahawan yang menggunakan NLP

    ialah dengan menggunkaan Teknik Modelling atau meniru

    prestasi individu yang telah berjaya dimana kebolehan dan

    keupayaannya dapat dipindahkan dengan cara yang betul.

    NLP juga merupakan satu set kaedah-kaedah terapeutik yang boleh

    digunakan untuk mengubah minda atau sikap seseorang itu.

  • 29

    Secara ringkasnya, NLP adalah satu model yang unik bagaimana

    manusia belajar, memotivasikan diri mereka dan mengubah perlakuan

    untuk mencapai kecemerlangan dalam sebarang bidang.

    Selain itu, NLP amat berguna dimana sahaja kemahiran komunikasi

    manusia boleh menyerlahkan hasil - dalam perniagaan, pengurusan,

    hubungan, keibu-bapaan, pengucapan awam dan penyampaian secara

    efektif.

    Jika dikaji, kebanyakan trainer ternama di Malaysia mahupun luar

    Negara yang melatih para usahawan seperti Anthony Robbins, Adam

    Khoo, Dr Azizan Osman, mereka menggunakan pelbagai Teknik NLP

    dalam program mereka.

    Dalam NLP, terdapat pelbagai pattern kejayaan yang boleh

    diaplikasikan dan diubah mengikut kesesuaian jika kita mengetahu

    teknik asasnya. Persoalannya, bagaimana kita pula ingin mengetahu

    kaedah asas itu?

    Salah satu teknik dalam NLP dipanggil Teknik Matching & Mirroring iaitu

    bagaimana Seorang usahawan dapat membina serta meningkatkan

    hubungan (rapport) bersama pelanggan secara lisan dan perlakuan.

    Kita meniru gaya bahasa, slang, percakapan, perlakuan, ekspresi wajah

    dan cara mereka duduk untuk menjalinkan hubungan yang lebih rapat.

  • 30

    Teknik ini akan menyebabkan pelanggan kita akan merasa lebih dekat

    dan rapat dengan kita. Oleh itu mereka selesa berurusan dan membeli

    produk atau menggunakan perkhidmatan mereka.

    Selamat mencuba!

  • 31

    TEKNIK 3: FORMULA BERPENGARUH DENGAN

    BODY LANGUAGE

    Menurut kajian Dr. Albert Mehrabian, seorang Profesor Psikologi di

    UCLA, impak komunikasi dibahagikan kepada tiga komponen penting

    iaitu lisan, body language (bahasa badan) dan nada suara.

    Bahasa badan memberikan impak tertinggi dengan 55%, diikuti 38%

    daripada Tona Suara dan baki 7% adalah daripada percakapan kita

    seharian.

    Bahasa badan boleh menjelaskan dan menterjemahkan sikap

    seseorang semasa berkomunikasi samada seseorang itu dalam mood

    tenang , agresif , relaks, kebosanan dan sebagainya.

    Ilmu ini sangat penting lebih-lebih untuk mereka yang sering berkhidmat

    dengan orang ramai terutamanya bagi seorang usahawan. Ilmu bahasa

    badan ini mampu membantu anda mengenal pelanggan, pelajar,

    pekerja, kakitangan dan anak-anak anda.

    Jika dikuasai, bahasa badan boleh membantu diri sendiri untuk

    mempengaruhi orang lain supaya mempercayai diri anda.

    Hebat bukan?

    Pernah tak anda berada dalam keadaan dimana anda tidak percaya

    dengan apa yang seseorang itu perkatakan?

  • 32

    Rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.

    Contohnya seseorang itu bercerita tentang kebaikan produk A tapi

    nampak dari body language seperti dia sendiri tidak percaya dengan

    produk A?

    Pernah ada pengalaman sebegini?

    Antara tips yang boleh anda gunakan untuk mengelakkan daripada

    ditipu adalah:

    1. Bina hubungan dengan berkomunikasi secara santai. Perbualan

    adalah berkisar tentang asal, belajar, pekerjaan, hobi, perkara

    yang disukai dan lain-lain.

    2. Apabila sedang berkomunikasi perhatikan baseline (asal) body

    language orang tersebut. Maksudnya, bagaimana body language

    dia semasa berada dalam keadaan santai seperti cara duduk,

    pergerakan tangan, ekspresi wajah dan lain-lain.

    Dan setiap orang mempunyai baseline yang berbeza. Kita tidak

    boleh judge seseorang itu sehingga kita mengetahui apakah

    baseline mereka.

    3. Kemudian, baru tanya soalan berkaitan topik tersebut. Perhatikan

    bagaimana body language dia. Jika body language pada masa ini

    agak berbeza dari baseline secara konsisten, maka kita perlu

    berhati-hati.

  • 33

    4. Pada masa ini, soalan-soalan yang ditanyakan perlu lebih detail.

    Kadang-kadang mereka juga sudah bersedia dengan jawapan.

    Jadi tanya soalan yang mungkin tidak mereka jangkakan.

    Jika mereka teragak-agak atau mengambil masa untuk berfikir

    secara konsisten untuk kebanyakan soalan. Nasihat saya, berhati-

    hati dan ambil langkah berjaga-jaga atau elakan diri sehingga ada

    bukti yang benar-benar kukuh.

    Perbezaan diantara apa yang disampaikan dan apa yang kita faham

    sebenarnya hadir daripada komunikasi tidak verbal atau dikenali

    sebagai bahasa badan.

    Sebenarnya sedar atau tidak kita menggunakan bahasa badan dalam

    kehidupan kita. Ekperasi muka, cara kita bercakap, berjalan, duduk dan

    berdiri boleh menunjukkan apa yang berlaku dalam dalaman kita ,

    samada gementar, yakin, cemas dan sebagainya.

    Percaya atau tidak, kemahiran ini jika dipelajari dengan baik boleh

    membantu anda 'membaca' orang dengan lebih senang.

    Peter F. Ducker mengatakan 'The most important thing in

    communication is hearing what isn't said'.

    Perkara yang paling penting dalam komunikasi ialah mendengar apa

    yang tidak diperkatakan. Sebenarnya , selain daripada perkataan , anda

    sebenarnya berhubung dengan bahasa badan. Contoh bahasa badan

  • 34

    ialah mengengam tangan, nada suara, eye contact dan pergerakan

    badan.

    Bahasa Badan ini memainkan peranan penting terutamanya dalam

    menyampai sesuatu ilmu (ibu bapa, guru) atau semasa close sale

    sebagai usahawan.

    Jika diaplikasi dan dipelajari dengan betul , ia mampu membantu anda

    mencapai tujuan anda terutama sekali untuk meyakinkan orang di

    sekeliling anda dan bagi seorang usahawan, klien adalah aset penting

    buat mereka.

    Teknik Body Language Untuk Usahawan

    Apabila berlaku kita berkomunikasi, sebahagian besar komunikasi kita

    adalah hasil daripada bahasa badan. Bahasa badan boleh

    mempengaruhi pelanggan kita.

    Bagaimana kita ingin menguasai kemahiran Body Language terutama

    bagi usahawan?

    1. Posisi terbuka dan Kedudukan tubuh

    Bagi bahasa badan yang berkaitan dengan kuasa, status dan keyakinan

    diri, ia sinonim dipamerkan dengan aspek penggunaan ruang. Pastikan

    postur badan anda dalam keadaan tegak, bahu sedikit ke belakang dan

    kedudukan kepala sedikit mendongak. Jika anda berdiri seperti ini, anda

  • 35

    akan kelihatan lebih berpengaruh dan membina keyakinan klien kepada

    anda.

    Sekiranya anda sedang duduk di sofa, anda akan kelihatan lebih

    berpengaruh sekiranya meletakkan kedua kaki di atas lantai, luaskan

    kedudukan tangan atau meletakkan lengan di bahagian atas sofa dan

    jika anda anda berada di meja mesyuarat, letakkan barang-barang anda

    (seperti buku, pen, handphone) di atas meja bagi menunjukkan

    keluasan jajahan anda.

    Apabila anda berdiri dalam keadaan kedua kaki dalam kedudukan yang

    rapat, anda akan kelihatan seperti teragak-agak dan tidak pasti dengan

    kenyataan yang anda ucapkan. Namun sekiranya anda melebarkan

    jarak kedudukan kaki dan merelaxkan lutut, anda akan lebih kelihatan

    tegas dan berkeyakinan.

  • 36

    2. Bersalaman

    Bersalam menunjukkan suatu perhubungan mesra bersama seseorang.

    Dengan teknik bersalaman sebenarnya boleh menguatkan atau

    mengurangkan sesuatu perhubungan itu.

    Apabila bersalaman, pegang erat tangan mereka, goyangkan dua atau

    tiga kali sambil memerhatikan pada mata mereka.

    Setiap salam mempunyai klue tentang personaliti seseorang:

    Bone Crusher

    Orang ini akan menghulurkan tangan, bersalaman dan dengan sengaja

    meletakkan tangganya ke atas tangan lawannya. Secara tidak langsung

    ia memberitahu bahawa dia ingin mengawal keadaan.

    Sandwich

    Teknik bersalaman ini adalah kebiasaannya untuk orang yang kita kenali

    dan rapat. Kita bersalaman dengan menggunakan kedua-dua belah

    tangan atau sambil menyentuh bahu mereka. Apabila teknik ini ini

    digunakan, secar tidak langsung sebenarnya kita telah memasuki ruang

    peribadi seseorang itu. Ahli politik juga biasa menggunakan teknik ini.

  • 37

    Wet Fish

    Ada kalanya tangan seseorang itu berpeluh kerana nervous atau

    memegang benda yang basah. Ini akan membuatkan penerima salam

    berasa tidak selesa. Jadi elakkan bersalaman dengan tangan yang

    basah supaya ia mengelakkan dari persepsi oleh orang yang

    bersalaman dengan anda.

    3. Lihat mata semasa bercakap (eye contact)

    Bagi yang tidak biasa melihat mata

    seseorang, cuba anda latih diri anda

    dengan melihat mata seseorang

    dan fikirkan apakah warna matanya.

    Ini akan membuatkan anda lebih

    dominan secara tidak langsung dan tanpa disedari anda mampu

    memberikan eye contact pada orang lain. Mereka juga akan merasa

    lebih selesa dengan anda.

  • 38

    4. Senyuman

    Secara azalinya, sebagai seseorang kita mengetahui bahawa senyuman

    amat penting bagi seseorang usahawan. Tetapi tahukah kita bahawa

    daripada senyuman juga kita boleh mengetahu bahawa ia senyuman

    yang tulen atau dibuat-buat?

    Ada perbezaan ekspresi wajah ketika mana senyuman yang

    dilemparkan dengan ikhlas iaitu selain daripada bibir yang menghala ke

    atas. Jika diperhatikan pada wajah orang yang senyum dengan ikhlas,

    anda akan dapat memerhatikan ada sedikit kerutan pada bahagian

    hujung matanya. Ekspresi ini tidak akan dapat dilihat pada senyuman

    yang dibuat-buat.

    Jadi berhati-hati apabila tersenyum pada pelanggan anda atau sesiapa

    sahaja

  • 39

    Selain itu, penting juga bagi kita menggunakan ekspresi wajah yang

    sesuai dengan pelanggan kita. Pada ketika mereka menceritakan

    perkara yang baik dan menceriakan, amat wajar sekali jika kita

    tersenyum.

    Jika mereka bercakap sesuatu yang serius atau sedih, kurang sesuai

    sebenarnya kita memberikan senyuman. Ekspresi wajah juga perlu

    disesuaikan dengan situasi pada masa tersebut.

  • 40

    FORMULA KEJAYAAN UNGGUL

    Apa yang telah kita bincangkan merupakan secebis sahaja daripada

    ilmu LUA, NLP & Body Language yang telah Allah pinjamkan kepada

    kami. Tuan Puan akan lebih memahaminya apabila menghadiri

    Seminar Business Success Magnet (BSM) nanti.

    Menariknya, Tuan Puan akan mempelajari bukan sahaja teori, malah

    Teknik-Teknik LUA NLP & Body Language secara praktikal yang dapat

    membantu Tuan Puan meningkatkan pendapatan, ketenangan dan

    potensi diri.

    Berapakah nilai semua itu? Sudah tentu ia terlalu mahal dan tidak boleh

    dinilai dengan wang ringgit.

    Program ini telah banyak membantu individu dan organisasi mencapai

    impian masing-masing. Malah ramai jutawan telah pun menghadirinya!

    Ia bukan sekadar program motivasi biasa-biasa, tetapi ia adalah satu

    program motivasi spiritual yang menitikberatkan 4 unsur penting dalam

    diri manusia, iaitu Physical, Intellectual, Emotional & Spiritual (PIES).

    Antara organisasi yang pernah menyertai program ini ialah Jabatan

    Perdana Menteri Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat Ibu Pejabat

    MARA, Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN), Tenaga Nasional Berhad

    (TNB), Permodalan Nasional Berhad (PNB) Universiti Islam

    Antarabangsa Malaysia (UIAM), Jabatan Syariah Islam Acheh

  • 41

    Indonesia, Jabatan Perdana Menteri Brunei Darus Salam dan banyak

    lagi.

    Ilmu pergi kepada mereka yang beramal. Hasil pergi kepada mereka

    yang bertindak. Mahukah Tuan Puan meningkatkan potensi diri serta

    bisnes dan melonjakkan jualan bisnes Tuan Puan?

    Jika YA, Seminar ini penyelesaian supaya Tuan Puan dapat

    maksimumkan potensi diri, keluarga dan bisnes Tuan Puan.

    Ia juga sesuai bagi bakal usahawan atau anda yang bercadang untuk

    menceburkan diri dalam bisnes secara part time mahupun full time.

    Menariknya, ada diskaun KHAS disediakan untuk pembaca Ebook ini

    iaitu sebanyak RM100! Namun ia terhad untuk 20 orang sahaja yang

    mengambil tindakan sekarang.

    Kod kupon: VOUCHEREBOOK100

    Mohon masukkan kod kupon dalam bahagian Nota Tambahan pada

    borang di website pada link yang diberikan di bawah.

  • 42

    KLIK pada gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

    Atau copy link ini:

    http://businesssuccessmagnet.com/hop.php?ref=specialoffer

    dan paste di url web browser anda.

    SALAM KEJAYAAN & KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT

  • 43

    Salam hormat dari kami,

    Zuhairi Nopiah

    Mohd Noor Tahir

    Business Success Magnet

  • 44

    DAH HABIS

    Tuan Puan boleh pergi ke link ini untuk melihat sendiri

    testimoni peserta yang telah menghadiri

    Seminar LUA NLP:

    http://businesssuccessmagnet.com/hop.php?ref=specialoffer

    Assalamualaikum.