3. isi isi penting (repaired)
TRANSCRIPT
1
1.0 PENGENALAN
Perbezaan kognitif, sosial, emosi, fizikal dan rohani dalam kalangan kanak-kanak di dalam
sebuah bilik darjah merupakan perkara biasa. Namun, kadang kala kita akan berjumpa dengan
kanak-kanak yang perbezaannya yang agak ketara dan tidak mengikuti norma-norma
perkembangan seperti kanak-kanak lain. Kanak-kanak ini menunjukkan ciri-ciri
perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasa seperti keupayaan kognitif, fizikal
yang terhad, kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi. Kanak-kanak berkeperluan khas ini
juga mungkin menghadapi masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalah penglihatan,
pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah berpembelajaran, terencat akal dan pintar
cerdas. Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Hal ini
demikian telah memberi impak kepada mereka untuk menjalankan kehidupan seharian seperti
kanak-kanak biasa atau normal.
Dalam konteks kanak-kanak berkeperluan kanak-kanak yang dihasratkan dalam
Falsafah Pendidikan Khas, kanak-kanak berkeperluan khas adalah merupakan kanak-kanak
yang berhadapan dengan kebatasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan
biasa dan untuk hidup dengan masyarakat disebabkan had fizikal dan mentalnya. Kanak-
kanak ini juga sememangnya mempunyai pelbagai tingkah laku yang pelbagai dan semestinya
memerlukan beberapa kaedah yang berkesan bagi mengurus tingkah laku yang tidak diingini.
Menurut G.Miltenberger (2001), tingkah laku adalah sesuatu yang dilakukan oleh seseorang
untuk bertindak dan cara yang hendak dilaksanakan untuk memberi tindak balas terhadap
persekitaran mereka.
Menurut Jamila (2005), kanak-kanak berkeperluan khas adalah berbeza dalam aspek
ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan
ciri-ciri fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan modifikasi
atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas
bertujuan mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak
terabai seperti kanak-kanak normal. Jadi, kanak-kanak berkeperluan khas juga adalah merujuk
kepada kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding
dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak ini berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi
ciri-ciri mental, keupayaan deria, keupayaan berkomunikasi, tingkah laku dan emosi dan ciri-
ciri fizikal.
2
Menurut McDonnell et a (1995) menglkasifikasikan murid berkeperluan khas kepada
terencat akal, gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta
kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga yang yang mempunyai gangguan yang
pelbagai seperti rencatan akal dan gangguan tingkah laku. Tidak seperti kanak-kanak yang
normal, tingkah laku kanak-kanak bekeperluan khas memerlukan pengurusan tingkah laku
yang baik. Oleh itu, pengurusan tingkah laku penting dalam mewujudkan tingkah laku yang
diingini dan mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini .
Dalam konteks Pendidikan Prasekolah di Malaysia, kanak-kanak berkeperluan khas
memberi definisi yang menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran,
perkembangan, penguasaan dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-
kemahiran pengembangan. Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut
berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dengan dengan
keperluan-keperluan khas adalah seperti kebolehan kognitif, perkembangan tingkah laku
sosial, penguasaan bahasa dan lisan, penguasaan membaca, kemahiran matematik, kemahiran
pertumbuhan asas manusia, kemahiran berdikari, kemahiran keusahawanan, kebolehan
penglihatan dan kebolehan pendengaran.
Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran seperti disleksia ini tidak patut disisihkan
oleh keluarga dan masyarakat. Mereka sepatutnya mendapat pendidikan yang sewajarnya
berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara iaitu semua kanak-kanak berhak untuk
mendapat pendidikan yang sempurna mengikut keupayaan masing-masing. Bagi kanak-kanak
berkeperluan khas seperti disleksia, mereka juga tidak terkecuali untuk mendapat pendidikan
yang sebaik mungkin melalui program pendidikan khas yang disediakan untuk mereka.
Kesimpulannya, kanak-kanak berkeperluan khas dapat dimaksudkan dengan kanak-
kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan mereka memerlukan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak biasa. Jadi,
kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi mental
(pencapaian akademik), keupayaan deria (melihat dan mendengar), keupayaan berkomunikasi
(menulis dan bertutur), tingkah laku (mengawal diri) dan emosi (bercampur gaul) dan ciri-ciri
fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri). Terdapat pelbagai istilah lain yang telah
digunakan untuk ‘kanak-kanak berkeperluan khas’ ini seperti kanak-kanak istimewa, kanak-
kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak cacat, kanak-kanak abnormal,
kanak-kanak bermasalah dan kanak- kanak terbantut pertumbuhan dan perkembangan.
3
Kanak-kanak Berkeperluan Khas
Masalah Pembelajaran
Masalah Komunikasi: Bahasa dan Pertuturan
Masalah Pendengaran Masalah Kesihatan atau Fizikal Masalah Penglihatan
Disleksia Attention/Deficit Hiperactivity Disorder (ADD/ADHD)Bermasalah Emosi dan Tingkah LakuLembam (Slow Leaner)Terencat AkalSindrom DownAutisme Pintar CerdasPalsi Serebrum (Cerebral Palsy)
2.0 JENIS KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Dalam konteks kanak-kanak berkeperluan kanak-kanak yang dihasratkan dalam Falsafah
Pendidikan Khas, kanak-kanak khas didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza
daripada kanak-kanak biasa dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori, keupayaan
komunikasi, tingkah laku sosial, ataupun ciri-ciri fizikal. Anak-anak yang bermasalah
pembelajaran adalah anak-anak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang
dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Secara
lebih terperinci lagi kanak-kanak berkeperluan khas boleh dikenalpasti dengan merujuk
kepada gambar rajah 1.0 di bawah:
Rajah 1: Jenis Kanak-kanak Berkeperluan Khas
4
2.1 Disleksia
Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “dys” yang
bermaksud kesukaran dan “lexia” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran
menggunakan perkataan. Disleksia dapat dialami oleh semua jenis umur tertapi biasanya
sering terjadi pada anak-anak kerana penyakit ini merupakan faktor keturunan. Disleksia juga
merupkan kerosakan pada kemampuan otak untuk menterjemahkan tulisan yang diterima oleh
mata menjadi bahasa yang bermakna. Kelainan ini juga disebut ketidakmampuan membaca.
Disleksia adalah keridakmampuan belajar yang paling sering terjadi pada kanak-kanak.
Menurut Hammond dan Hughes (1996), istilah disleksia diperkenalkan oleh seorang
Profesor Berlin yang merupakan seorang pakar perubatan dan “ophalomotologist” pada tahun
1887. Berdasarkan World Federation of Neorology (1968), disleksia merupakan satu masalah
“Disorder” yang terjadi kepada kanak-kanak yang telah menerima pendidikan biasa, tidak
memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek.
Selain itu, dalam konteks pendidikan, disleksia merupakan satu gangguan dalam
pembelajaran yang dialami oleh kanak-kanak dan boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu
dewasa. Disleksia bukanlah sejenis penyakit. Disleksia adalah merujuk kepada masalah
membaca dan menulis. Kebiasaanya gangguan ini adalah seperti gangguan membaca,
menulis, mengeja dan kemahiran mengira walaupun mempunyai pemikiran yang normal.
Mereka yang mengidap disleksia tidak dianggap bodoh tetapi mengalami gangguan
pembelajaran dan boleh dipulihkan jika diberi tindakan yang sewajarnya. Sesetengah
penghidap disleksia mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang panjang dan
kesukaran untuk mengikut turutan perkataan seperti nama bulan dan sifir.
Di samping itu, disleksia juga merupakan salah satu kategori masalah pembelajaran
dalam kalangan kanak-kanak. Orang yang mempunyai masalah pembelajaran disleksia tidak
dapat dilihat dengan penglihatan mata kasar tetapi perlu dikaji dan penelitian terhadap proses
pembelajarannya. Orang disleksia tidak dapat membezakan perbezaan atau persamaan bunyi,
perkara yang dilihat dan tidak dapat mengingat dengan baik visual yang dilihat. Menurut
Chong Lean Keow (2009) dalam bukunya “pengurusan bilik darjah dan tingkah laku” telah
mendefinisikan “disleksia” sebagai kesukaran mengunakan perkataan yang dihadapi oleh
murid-murid yang telah mengalami kecelaruan bahasa. Berbagai interpretasi dan definisi yang
diberikan terhadap disleksia, namun begitu semuanya membawa kepada kelemahan atau
kesukaran membaca yang dialami oleh kanak-kanak.
5
Dalam konteks pendidikan, disleksia membawa maksud yang berbeza bagi setiap
orang. Terdapat penulis atau pengkaji yang mendefinisikan disleksia dari segi semua aspek
bahasa, iaitu dari segi pendengaran, pertuturan, pembacaan dan penulisan. Terdapat juga yang
memberi maksud disleksia dari segi pembacaan sahaja. Menurut Orton (1997) mendefinisikan
bahawa disleksia sebagai satu keadaan di mana pembacaan kanak-kanak tidak sama seperti
kanak-kanak yang lain, iaitu kanak-kanak tersebut membaca lebih lambat daripada kanak-
kanak yang sebaya dengannya. Masalah ini adalah disebabkan dengan kesukaran untuk
menggambarkan atau mentafsirkan satu kod ayat yang selalu mereka menunjukkan
ketidakupayaan pemprosesan tentang bunyi bahasa. Kesukaran-kesukaran dalam mentafsir
satu kod ayat adalah selalunya tidak dijangkakan bersangkutan dengan umur dan kebolehan
akademik. Cara pembacaan kanak-kanak disleksia termasuk pembacaan terbalik dan juga
keliru antara perkataan-perkataan yang biasa. Beliau memberi contoh perkataan “saw” akan
dibaca sebagai “was”. Hal ini disebabkan kanak-kanak disleksia sering membaca terbalik,
beliau mencadangkan perkataan “strephosymbolia” yang membawa maksud ‘simbol terbalik’.
Bukan itu sahaja, terdapat juga perkataan lain yang berkaitan dengan disleksia.
Antaranya ialah :-
i. Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu merujuk kepada seseorang disleksis yang bermasalah dalam
pengiraan ataupun Matematik)
ii. Dysgraphia (Disgrafia) iaitu merujuk kepada seseorang disleksis yang bermasalah dalam
bahasa.
iii. Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seseorang disleksis yang bermasalah dalam koordinasi motor
mata dan tangan. Berdasarkan kajian yang dijalankan, kanak-kanak lelaki lebih banyak
menghidap disleksia berbading kanak-kanak perempuan.
Kesinambungan itu, menurut Hoien dan Lundberg (1989) pula juga memberi maksud
yang hampir sama, iaitu disleksia merupakan kekurangan fonologik khusus yang dicirikan
dengan kelambatan yang luar biasa dalam penukaran ortografi bahasa tulisan kepada fonologi
yang setara. Harm dan Seidenberg (1999) juga mengaitkan disleksia dengan pembacaan.
Mereka menyatakan bahawa disleksia merupakan kegagalan untuk memperoleh kemahiran-
kemahiran membaca yang setaraf umur kanak-kanak walaupun terdapat peluang-peluang
pembelajaran. Rumusan pendek, definisi ini mencadangkan bahawa disleksia adalah jelas
apabila pembacaan dan ejaan tidak berkembang dengan sepenuhnya atau berkembang dengan
susah.
6
Tambahan pula, menurut Csepe (2003), disleksia juga dikenali sebagai “reading
disorder” (RD). Ia merupakan kecacatan khusus dalam kemahiran membaca. Menurut beliau
lagi, kebanyakkan kes disleksia mempunyai kesan yang berpanjangan sepanjang hidup
seseorang individu. Pakar psikiatrik kanak-kanak, Dr. Tjhin Wiguna (2004) juga menyatakan
bahawa disleksia merupakan salah satu jenis kesulitan pembelajaran spesifik yang juga
disebut sebagai kesulitan membaca.
Walaubagaimanapun, terdapat juga kenyataan menyatakan bahawa kanak-kanak
disleksia mempunyai kemahiran dan bakat-bakat lain disebalik malasah pembelajaran mereka
tersebut. Menurut Sariah Amirin (2000) memberi maksud bahawa disleksia sebagai kesukaran
pembelajaran yang spesifik yang disebabkan oleh kelewatan perkembangan menyeluruh.
Kanak-kanak disleksia susah menguasai kemahiran membaca dan menulis, tetapi mereka
memiliki bakat, kepintaran atau kecerdasan yang lain. Hal ini disebabkan oleh perbezaan
dalam cara otak memproses maklumat, terutama sekali berkenaan dengan bunyi, simbol dan
makna.
Dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia dengan merujuk kepada
Untung S. Drazat (2006) menyatakan bahawa disleksia adalah sejenis kesulitan pembelajaran
yang ditanda dengan kesulitan membaca. Beberapa kanak-kanak yang mengalami disleksia
juga berkemungkinan mengalami kesulitan menulis, dan kadang-kala juga kesulitan berbicara
atau berhitung. Beliau menyambung bahawa ramai kanak-kanak disleksia mempunyai potensi
untuk berprestasi yang amat luar biasa dan mempunyai kecekapan mental yang tinggi.
Kesimpulannya, pelbagai interpretasi dan definisi yang diberikan terhadap disleksia
namun begitu semuanya membawa kepada kelemahan arau kesukaran membaca yang dialami
kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan
yang bodoh. Disleksia merupakan satu jenis gangguan atau kecelaruan dalam sistem otak
yang menyebabkan kanak-kanak sukar untuk mengeja, membaca, mengira dan menulis,
mengenal huruf, mendengar dan bercakap disebaliknya pengajaran yang cukup dan peluang
budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah disleksia ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak
memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai
masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta
penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik.
Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah
pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.
7
2.2 Ciri-Ciri
Kehadiran murid disleksia biasanya tidak disedari oleh guru sekiranya guru tidak mempunyai
pengetahuan mengenai ciri-ciri disleksia. Pengetahuan mengenai ciri-ciri disleksia dapat
membantu ibu bapa dan guru membuat pengesanan awal. Kebiasaannya disleksia dapat
dikenalpasti pada peringkat awal persekolahan mereka. Menurut Sanders dan Myers (1996),
kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri disleksia mempunyai kesukaran-kesukaran khusus
dalam bacaan, menulis dan mengeja. Kesukaran-kesukaran ini termasuklah masalah yang
serupa dalam kerja nombor dan mengenali simbol-simbol seperti not muzik atau simbol
Matematik.
Ciri-ciri kanak-kanak disleksia dibahagikan kepada dua peringkat iaitu pada peringkat
prasekolah dan peringkat sekolah rendah (6-12 tahun). Pada peringkat prasekolah, kanak-
kanak mempunyai kemahiran bertutur yang lambat dan sukar untuk memahami arahan.
Mereka sangat suka mengganti perkataan semasa bercakap dan tidak suka duduk diam.
Kanak-kanak ini juga mempunyai kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah.
Mereka tidak boleh mengikat tali kasut dengan betul. Mereka sangat sukar untuk
mengimbangkan badan mereka dan kadang-kadang mereka mudah terjatuh semasa menaiki
tangga. Kanak-kanak disleksia juga sangat suka mengganti perkataan dengan perkataan lain
serta hiperaktif.
Dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia, kanak-kanak ini selalunya
menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan mempunyai tulisan yang kurang kemas.
Mereka suka mengurang atau menambah sendiri perkataan ketika sedang membaca. Mereka
juga akan mengalami kekeliruan ketika membaca seperti huruf "p" dianggap "q" dan hurf "b"
dianggap "d". Perhatian mereka juga mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan
sesuatu kerja hingga habis. Kanak-kanak disleksia ini juga lebih cenderung menjadi seorang
yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain. Kerap
berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak
yang lahir daripada ibu yang sudah berumur dan kanak-kanak yang pernah mengalami
kecederaan pada kepala.
Selain itu, jika diberi arahan kepada mereka, mereka tidak dapat mengingat arahan
yang diberikan dan tidak dapat bertindak mengikut arahan. Mereka merupakan seorang yang
tidak teratur atau tidak terurus dan sukar memahami konsep masa. Konsep kendiri orang
disleksia pula sangat rendah. Kemahiran pergerakan juga lemah seperti tidak boleh
8
menyambut barang yang diberikan dan sukar membaling barang. Kadang-kadang
pengetahuan am mereka sangat baik dan suka berangan-angan. Pencapaian mata pelajaran
bahasa mereka gagal.
Pada peringkat sekolah rendah (6 tahun hingga 9 tahun), kanak-kanak disleksia ini
mempunyai emahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan
perkataan, huruf dan nombor. Mereka juga akan menggunakan jari untuk mengira dan
membaca. Mereka juga keliru dengan kiri dan kanan. Tulisan mereka adalah tulisan cermin
atau terbalik. Pada peringkat 9 tahun hingga 12 tahun, kanak-kanak disleksia ini mempunyai
kesilapan semasa membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman. Mereka memerlukan
mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan. Mereka mempunyai kesukaran
menyalin maklumat di papan putih atau buku teks. Mereka juga agak sukar mengikuti arahan
lisan yang panjang. Kelihatan mereka tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah.
Mereka kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa.
Ott (1997) menyenaraikan ciri-ciri kanak-kanak disleksia seperti yang berikut:-
Rajah 2: Ciri-ciri kanak-kanak disleksia (Ott)
Dari segi secara umum, ciri-ciri kanak-kanak disleksia yang dinyatakan oleh Ott ialah
perkembangan pertuturan dan bahasa mereka yang lambat, kemahiran mengeja yang lemah,
kemahiran membaca yang lemah, keliru dengan perkataan yang hampir serupa, sukar
mengikut arahan, sukar menyalin, pergerakan pergelangan tangan yang agak kekok, hasil
penulisan yang tidak kemas dan comot, kesukaran mendiskriminasikan pandanan dan
Ciri-ciri Kanak-kanak Disleksia
Umum
Pengamatan dan tingkah laku
Kecelaruan pandangan dan
penglihatan
kemahiran motor
9
pendengaran, kecelarauan dalam menerima pelbagai arahan, sukar menggunakan jalan yang
berliku-liku, lemah dalam satu-satu pelajaran tetapi baik dalam mata pelajaran tertentu,
menghadapi masalah hiperatif, mudah merasa tertekan dan emosional dan tidak mampu
melahirkan idea dalam bentuk tulisan.
Selain itu, dari segi pengamatan dan tingkah laku kanak-kanak, ciri-ciri kanak-kanak
disleksia ini ialah mereka akan keliru dengan konsep arah, keliru dalam konsep masa, kerap
terasa tertekan, keliru memakai kasut pada kaki yang betul, sukar mempelajari turutan ketika
berpakaian, sukar berkawan dengan rakan sebaya, berkelakyan menganggu secara tiba-tiba,
sukar menarik perhatian dan konsep kendiri yang rendah.
Di samping itu, dari segi merujuk kepada kecelaruan pandangan dan penglihatan pula,
kanak-kanak disleksia ini mengalami masalah dalam mengeja dengan tidak konsisten,
kesukaran membatang perkataan, kesukaran dan gemar meninggalkan huruf pada pangkal
perkataan, sering membaca dalam keadaan tidak ceria, masalah dalam susunan huruf, sukar
memahami perkataan, daya ingatan yang lemah, kebalikan huruf atau nombor tertentu, cepat
penat apabila membaca, sering berangan-angan, sukar membayangkan perkataan,
menunjukkan pertuturan, penambahan, penggantian atau pengulangan perkataan dan nombor
semasa membaca atau menulis, ,
Akhirnya, dari segi kemahiran motor, ciri-ciri kanak-kanak disleksia yang dinyatakan
oleh Ott ialah kesukaran mengenalpasti bunyi yang didengari, masalah membuat pengiraan
secara mengundur, sukar mengingati turutan huruf, nama hari dalam seminggu, namabula
dalam setahun, koordinasi yang lemah, pergerakan pergelangan tangan yang luar biasa,
lambat menulis, tulisan yang buruk, sukar memegang pensel dengan betul, sukar
menggunting, sukar mengimbangkan badan, sukar menyepak dengan baik dan sukar menaiki
tangga dengan betul.
Dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia, para penyelidik bersetuju
bahawa disleksia boleh dikenali melalui beberapa ciri-ciri yang dialami oleh seseorang,
seperti mengalami masalah membaca yang serius disamping masalah menulis dan mengira
disebabkan oleh perkembangan unit perkataan tidak selari dengan umur kronologi.
Ketidakupayaan seseorang memperolehi pengetahuan daripada proses pembelajaran,
disebabkan kesukaran untuk menggambarkan atau mentafsirkan kod ayat yang selalu
menunjukkan ketidakupayaan pemprosesan tentang bunyi bahasa. Kesukaran dalam
10
pembacaan pengajaran dan penulisan bahasa,kefahaman, sains dan matematik, penggunaan
simbol muzik, fungsi motor dan kemahiran berorganisasi namun begitu penekanan perlu
diberi terhadap penguasaan bahasa.
Ciri-ciri kanak-kanak disleksia yang lain selain yang dinyatakan oleh OTT di atas
dapat dilihat seperti yang berikut:-
Rajah 3: Ciri-ciri kanak-kanak disleksia (selain OTT)
Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah disleksia ini kita dapat juga melihat
mereka daripada segi fizikal dan pengurusan diri yang agak berbeza dengan kanak-kanak
normal. Kanak-kanak disleksia tidak mengalami sebarang kecacatan lain kecuali masalah
mata. Mata kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbas huruf, kata dan ayat yang berlainan
dan ini mengakibatkan banyak yang tertinggal ataupun dilangkau. Keadaan ini menyebabkan
tumpuan dan pemahaman kanak-kanak ini lemah dalam aspek bacaan yang seterusnya
menjadikan mereka tidak memahami apa yang sedang dibaca.
Selain itu, dari segi kecerdasan, tahap kecerdasan mereka juga pada tahap normal.
Kebanyakan kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf dengan
perkataan dan menghadapi masalah dalam mengingati bentuk huruf, bunyi huruf dan
gabungan perkataan. Antara huruf-huruf yang sering mendatangkan masalah kepada mereka
ialah huruf (b) dan (d) serta perkataan yang hampir serupa ejaannya. Walaubagaimanapun,
Ciri-ciri Kanak-kanak
Disleksia
Fizikal
Kecerdasan
Emosi
Sosial
11
kanak-kanak disleksia ini berbakat dan berkebolehan seperti kreatif, berfikiran lateral,
berimaginatif, memiliki hubungan ruang dan pandai membuat visualisasi.
Di samping itu, dari segi emosi, menurut Dr. Samuel Orton (1997), pada peringkat
prasekolah, majoriti kanak-kanak diskelsia masih lagi ceria dan dapat menyesuaikan diri
dengan baik. Masalah emosi hanya mula wujud apabila arahan-arahan dan bimbingan awal
membaca oleh guru tidak selaras dengan gaya pembelajaraan mereka. Ibu bapa lazimnya tidak
menyangka sebarang masalah dan menganggap anak mereka bijak mendesaknya supaya
berusaha lebih gigih. Akan tetapi anak mereka bijak dan mendesaknya supaya berusaha lebih
gigih. Akan tetapi anak mereka gagal memenuhi hasrat ibu bapa atau guru. Akibatnya, kanak-
kanak masalah pembelajaran ini akan hilang keyakinan diri dan sedar mereka tidak
berkeupayaan sama sekali kerana sering dimarahi. Keadaan ini menjadi lebih serius apabila
kanak-kanak ini melangkah kaki ke alam persekolahan. Tekanan emosi yang diterima boleh
menyebabkan mereka putus asa kerana gagal memahami pengajaran guru. Akhirnya, anak ini
sering marah dan kecewa terhadap diri sendiri, ibu bapa, gurunya dan seluruh sistem
persekolahan yang menjurus kepada masalah disiplin.
Dalam konteks perkembangan sosial, dari segi sosial, terutamanya ibu bapa dan
gurunya dan seluruh sistem persekolahan yang menjurus kepada masalah disiplin. guru sedar
bahawa masalah sosial juga merupakan salah satu kesan daripada disleksia. Menurut
Selikowits (1993), dalam kebanyakan kes, kanak-kanak disleksia menghadapi masalah sosial
dan emosi kerana mereka tidak dapat mengikuti pelajaraan akademik dengan baik. Bagi
kanak-kanak normal, pembelajaraan tingkah laku sosial diperolehi melalui pemerhatian ke
atas orang di sekeliling mereka. Berbeza dengan kanak-kanak disleksia, yang sesetengahnya
tidak menyedari tingkah laku dan tutur kata mereka tidak senormal kanak-kanak sebaya
mereka. Akibatnya, timbul situasi yang kurang menyenangkan kerana mereka tidak dapat
mengesan bahawa sebenarnya seseorang sedang marah atau tersinggung terhadap tingkah
laku dan tutur kata mereka yang negetif. Hal ini menyebabkan mereka sering tersisih apabila
berada di dalam majlis tertentu. Masalah sosial yang lain enggan ke sekolah, mengelak
daripada membuat kerja rumah, ketangihan televisyen , menipu, agresif dan mudah putus asa.
Dalam hal ini di sini dirumuskan bahawa ciri-ciri orang disleksia tidak dapat dilihat
dengan mata kasar sahaja seperti sindrom down. Mereka nampak normal tetapi dalaman yang
bermasalah dan mengganggu proses perkembangan mereka seperti orang normal yang lain.
Bermasalah pembelajaran disleksia jika tidak dikesan dari awal dan tidak dipedulikan boleh
12
membawa banyak kesan kepada pelajar itu sendiri dan juga orang di sekelilingnya. Orang
yang mengalami disleksia boleh berjaya dan ramai tokoh-tokoh disleksia yang berjaya
sekiranya mendapat pendidikan yang sebaiknya berdasarkan cara pendidikan sepatutnya.
2.3 Jenis-Jenis Disleksia
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :
2.3.1 Disleksia visual (penglihatan)
Kesulitan utama yang dihadapi anak-anak penderita disleksia visual ialah mengingat dan
mengenal abjad serta menggabungkan kata-kata. Masalah yang melibatkan penggunaan deria
penglihatan di mana seseorang kanak-kanak itu sukar membezakan apa yang dilihat walaupun
penglihatannya baik. Hal ini demikian sememangnya kerap terjadi terutamanya bagi kanak-
kanak antara usia lima hingga tujuh tahun. Kita akan mendapati tulisan mereka menjadi rapat
bagi semua perkataan yang ditulis, tulisan cermin (terbalik) dan songsang. Kanak-kanak ini
amat susah untuk membuat interpretasi serta mengingati apa yang dilihat walaupun perkataan.
Selain itu, penderita juga sulit mengartikan kata-kata yang tercetak dan
menterjemahkannya. Kemungkinan abjad-abjad tertentu atau sebagian perkataan dibaca
secara terbalik. Penyebab diyslexia ini ialah ketidakmampuan seseorang untuk menulis,
mengeja dan membaca rangkaian huruf. Disleksia merupakan persoalan yang terkait dengan
neurologis, dan bisa diakibatkan oleh faktor genetik dan hormonal. Kanak-kanak disleksia
visual tidak dapat menterjemahkan lambing-lambang bahasa yang ditulis atau dicetak supaya
ianya bermakna. Perkataan-perkataan atau huruf-huruf yang dilihat terbalik. Sukar mengingati
dan mengenal huruf, tidak berupaya menterjemah symbol. Kesukaran utama yang dihadapi
ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol
perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-
abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik. Sebagai contoh, mereka keliru
dengan huruf b–d, c–e, j–g, p–q, m–w dan m–n.
2.3.2 Disleksia auditori (pendengaran)
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, disleksia auditori bermaksud keupyaan mengesan
atau mengenal pasti apa yang didengar menyumbanga bahagian yang penting kepada
pembelajaran. Masalah ini yang mempengaruhi penggunaan deria pendengaran. Kanak-kanak
13
ini melihat persamaan antara perkataan dan bermasalah dalam menjalankan aktiviti yang
berkaitan dengan fungsi auditori.
Kanak-kanak disleksia auditori ini dapat mendengar tetapi sukar mendiskriminasikan
bunyi, mengenalpasti bunyi bagi perkataan ataupun membahagikan perkataan dalam suku
kata. Mereka juga tidak dapat membezakan bunyi huruf yang hampir sama, menghadapi
masalah untuk membezakan bunyi antara vokal dan konsonan serta mengaitkan bunyi kepada
perkataan yang dicetak atau ditulis.
Kanak-kanak ini juga tidak dapat membuat pengamatan pendengaran atau tidak dapat
membezakan bunyi huruf yang diperdengarkan padanya. Sukar mengingatai bunyi huruf,
memahami bunyi mengikut suku kata dan menyusun atau menggabungkan suku kata untuk
menyebut perkataan. Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut
suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan
perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah
untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori.
Sebagai contoh, mereka keliru dengan bunyi huruf seperti h–s, m–n, f–s, b–d, b–p, j–g dan t–
d. Justeru itu, golongan ini amat sukar untuk mengeja. Kanak-kanak disleksia auditori ini
lebih cenderung memilih aktiviti yang memerlukan kemahiran visual.
2.3.3 Disleksia visual-auditori (Tactile dan Kinestetik)
Disleksia visual-auditori ini melibatkan kedua-dua sistem yang penting untuk mendapat
maklumat. Tactile merupakan keupayaan melakukan sesuatu dengan menggunakan jari dan
dia rasa melalui sentuhan. Koordinasi mata-tangan merupakan gerak kerja dengan
menggunakan pergerakan badan dan otot. Disleksia kategori ini merupakan disleksia yang
paling teruk kerana melibatkan kedua-dua deria iaitu deria penglihatan dan pendengaran. Ia
melibatkan kesukaran mambaca yang amat teruk. Hal ini demikian disebabkan oleh
kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio. Kanak-kanak kategori ini akan
menghadapi kerumitan untuk mengintepretasikan apa yang dilihat mahu pun didengar.
Kanak-kanak ini mengalami kesukaran dalam menyusun urutan, mengimbas, persepsi masa
dan ruang. Apa yang dilihat tidak dapat diaplikasi kepada tulisan atau gerak kerja yang
melibatkan penulisan.
Rumusan pendek, seringkali muncul anggapan bahawa kanak-kanak disleksia itu
bodoh. Hal ini sama sekali keliru. Disleksia tidak berpengaruh terhadap perkembangan
14
PUNCA-PUNCA
Pemakanan
Keturunan atau Genetik
Perkembangan
Bawaan
Kematangan
Biologi
Jangkitan kuman ketika ibu hamil
Kekurangan vitamin
Penyakit semasa kanak-kanak
Pengalaman pahit atau dasyat ketika kecil ( traumatik )Gangguan keterampilan pandangan visual-motor
Gangguan Persepsi Penglihatan
Komplikasi otak
kemampuan intelektual. Disleksia merupakan satu jenis gangguan atau kecelaruan dalam
sistem otak yang menyebabkan kanak-kanak sukar untuk mengeja, membaca, mengira dan
menulis. Oleh itu, sebagai guru wajarlah memberi perhatian lebih kepada kanak-kanak
golongan ini supaya kecelaruan kanak-kanak ini dapat diatasi dan mereka berjaya menjadi
seorang insan yang sempurna.
2.4 Punca-Punca
Mengikut Mercer (1997), Hammond dan Hughes (1996) dan Spaafford dan Grosser (1996),
antara punca-punya terjadinya disleksia ialah melibatkan beberapa faktor-faktor seperti yang
berikut:-
Rajah 4: Punca-punca disleksia
2.4.1 Keturunan atau Genetik
15
Masalah disleksia boleh diwarisi, cuma darjah keterukan disleksia yang dialami
mungkin berbeza. Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah
yang sama. Menurut seorang pakar pediatrik neurologi di Hospital Kuala Lumpur, Dr. Ahmad
Rithauddin bin Mohamed, jika dalam kalangan keluarga tersebut, salah seorang antara adik-
beradik yang mempunyai disleksia, maka ibu mempunyai risiko 40% untuk melahirkan
kanak-kanak yang disleksia. Manakala, jika ibu atau bapa yang mempunyai disleksia, anak
yang dilahirkan 25-50% berkemungkinan mempunyai disleksia juga. Selain itu, kajian telah
membuktikan disleksia yang disebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 diwarisi secara turun-
temurun.
2.4.2 Biologi
Punca biologi bermaksud kesukaran ibu semasa bayi dilahirkan seperti lahir tidak cukup
bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau komplikasi yang dihadapi ibu semasa
proses kelahiran. Kesemua faktor ini mempunyai berkemungkinan menyebabkan menjadi
punca kelambatan dan ketidaksempurnaan perkembangan pada otak yang menyebabkan
kanak-kanak tersebut menghadapi masalah disleksia. Sebahagian daripada kerosakan otak
mungkin menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar. Dejerine (1892) telah
membuat kesimpulan bahawa disleksia adalah berpunca daripada kerosakan pada ‘Corpus
Callosum’ dan ‘Visual Cortex’ dalam otak manusia. Corpus callosum merupakan kumpulan-
kumpulan saraf yang menghubungkan dua hemisfera otak. Manakala, Visual Cortex
merupakan bahagian belakang otak yang juga dikenali sebagai occipital lobe dan melibatkan
penglihatan, walaupun dilihat jauh daripada kedudukan mata.
2.4.3 Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sistem
saraf mereka. Pada kebiasaannya terdapat perbezaan dalam perkembangan sistem saraf
manusia. Terdapat kanak-kanak yang lebih lambat perkembangannya pada bahagian-bahagian
tertentu dalam sistem saraf jika dibandingkan dengan rakan sebayanya. Dalam konteks
pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia, pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat
matang daripada kanak-kanak perempuan. Perkembangan kematangan kanak-kanak lelaki
secara umumnya berlaku secara mendadak dan tidak berperingkat seperti kanak-kanak
perempuan. Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan
punca disleksia. Menurut Rourke (1991), kanak-kanak yang mengalami disleksia mempunyai
pelbagai defisit atau kekurangan yang disebabkan oleh kurang fungsian otak. Bukan
16
bermakna kanak-kanak itu mengalami kecederaan atau kerosakan di bahagian otak tetapi otak
kanak-kanak disleksia beroperasi secara berbeza berbanding kanak-kanak normal yang lain.
2.4.4 Bawaan
Masalah pendengaran dalam kalangan kanak-kanak boleh berlaku sejak dilahirkan. Dalam
tempoh lima tahun pertama selepas dilahirkan, seseorang kanak-kanak yang sering mengalami
selsema dan jangkitan kuman pada bahagian tenggorok, boleh mempengaruhi pendengaran
dan perkembangannya dari semasa ke semasa sehingga boleh menyebabkan kecacatan.
Keadaan ini hanya dapat dipastikan melalui pemeriksaan intensif yang terperinci daripada
doktor pakar. Masalah pendengaran yang telah dihadapi sejak dilahirkan akan menyebabkan
otak yang sedang berkembang akan sukar menghubungkan bunyi atau suara yang didengar
dengan huruf atau kata yang dilihatnya. Padahal, perkembangan pendengaran berkait rapat
dengan perkembangan kemampuan bahasa yang akhirnya menimbulkan masalah jangka
panjang, terutama jika disleksia ini tidak ditangani dengan segera khususnya daripada doktor
pakar.
2.4.5 Perkembangan
Menurut Zainal Hassan (2010), disleksia berlaku secara perkembangan atau pembinaan, iaitu
berkembang sedikit demi sedikit. Bahagian-bahagian tertentu dalam otak tidak berapa matang
atau dengan kata lain pertambahannya tidak seimbang lalu menyebabkan bahagian otak yang
mengawal bacaan dan ejaan tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya. Berlaku kecelaruan
dalam dua hemisfera cerebral untuk menguasai kemahiran bacaan dan ejaan. Pada
kebiasaannya hemisfera kiri yang menguasai bacaan. Oleh sebab hemisfera ini lemah, maka
terjadilah keterbalikan huruf dan perkataan yang dialami oleh kanak-kanak disleksia.
2.4.6 Pemakanan
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, terdapat beberapa unsur penyedap makanan, bahan
awet dan pewarna tiruan yang dipercayai serta dikenal pasti boleh mengganggu otak jika
diambil secara berlebihan dalam tempoh yang lama. Gangguan terhadap otak ini terjadi bukan
melalui reaksi imunologi, tetapi kesan bahan pencemar atau racun yang terkandung dalam
bahan-bahan makanan. Antaranya adalah Salicylates, tartazine (zat pewarna makanan), nitrat,
monosodium glutamate (MSG) dan seumpamanya. Oleh itu, para pengkaji berpendapat
bahawa bahan pencemar dalam makanan ini dipercayai menjadi penyebab disleksia.
2.4.7 Komplikasi otak
17
Menurut Lerner (1997) dalam Kassan dan Abdullah (2010), membaca memerlukan
kesempurnaan dari dua segi iaitu dari segi fungsi otak dan sistem saraf pusat. Saraf visual dan
auditori dibawa ke kedua hemisfera otak secara serentak tetapi hemisfera otak kiri yang
bertindak balas kepada stimuli linguistik seperti perkataan, simbol dan pemikiran. Sistem
saraf otak yang bermasalah boleh mengakibatkan proses pembelajaran bahasa terganggu
manakala sistem saraf otak yang bercelaru boleh menyebabkan masalah disleksia. Perkara ini
turut disebut oleh Hattum (1980), dengan wujudnya perkembangan teknologi terkini seperti
CT Scan, para doktor dan pengkaji dapat melihat perbezaan sel-sel otak kanak-kanak yang
mengalami disleksia dengan kanak-kanak bukan mengalami disleksia dimana berkaitan
dengan otak bahagian kiri hadapan yang berkait dengan kemampuan membaca dan menulis.
Lenneberg (1976) terdapat penglibatan yang sama rata di hemisfera cerebral pada
peringkat awal perkembangan bahasa, kemajuan perkembangannya lebih di hemisfera otak
kiri dan berterusan berlaku sedemikian. Jika sekiranya hemisfera otak kiri tidak berfungsi
dengan baik sebelum atau semasa perkembangan di peringkat awal, hemisfera otak kanan
akan sambung penglibatannya dalam pemerosesan linguistik.
2.4.8 Gangguan Persepsi Penglihatan
Dalam konteks pendidikan, kanak-kanak disleksia tidak mampu untuk mengenal huruf atau
kata secara visual. Hal ini dapat diperkukuhkan lagi apabila Kinsbourmen dan Warrington
n.d. dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ) menyatakan bahawa kanak-kanak yang mengalami
disleksia mungkin mengalami kesukaran dalam mentaksir ransangan, sehingga mereka tidak
dapat mengikuti apa yang dilihat menyebabkan kesemua yang dilihat itu bercampur-aduk.
2.4.9 Gangguan keterampilan pandangan visual-motor
Dalam konteks Pendidikan Prasekolah, setiap apa yang dilihat pasti melibatkan pergerakan
motor sama ada pergerakan motor halus ataupun motor kasar seperti dalam konteks ini iaitu
pergerakan mata atau pergerakan mata dan jari pada masa yang sama. Pergerakan ini muncul
apabila adanya dorongan atau ransangan atau stimulus seperti huruf, kata, dan ayat serta
keinginan pembaca untuk memberikan respons terhadapa stimulus yang ada. Bagi individu
yang mempunyai penglihatan yang baik, pergerakan ketika membaca berpusat pada mata dan
bagi individu yang mempunyai penglihatan yang kurang baik pula, pergerakannya berpusat
jari di dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ).
2.4.10 Pengalaman pahit atau dasyat ketika kecil ( traumatik )
18
Pengalaman pahit atau pengalaman yang dasyat ketika kecil akan memberikan impak kepada
sesiapa sahaja tanpa mengira jantina mahupun perningkat umur. Pengalaman tersebut
selalunya akan meninggalkan impak yang negatif contohnya seperti trauma. Gangguan masa
silam atau pengalaman pahit boleh menyebabkan gangguan dan kecelaruan fikiran yang
memungkinkan berlakunya masalah disleksia.
2.4.11 Penyakit semasa kanak-kanak
Penyakit yang dialami oleh kanak-kanak dalam tempoh masa yang lama dan berterusan akan
mendatangkan impak yang negatif kepada kanak-kanak dari segi kesihatan dan perkembangan
mereka. Di antara contohnya adalah demam panas. Jika penyakit yang dialami oleh mereka
bertambah kronik, perkembangan kanak-kanak pada masa akan datang akan terjejas malahan
boleh menyebabkan gangguan dalam pembelajaran di dalam Kassan dan Abdullah ( 2010 ).
2.4.12 Kekurangan vitamin
Terdapat pelbagai jenis vitamin yang meninggalkan impak yang negatif sekiranya seseorang
itu pengambilan vitamin tersebut diambil secara berlebihan atau kurang. Contonya, jika
seseorang individu kekurangan vitamin A secara berterusan akan menyebabkan atau
mengalami tunatera atau menjadi buta. Manakala individu yang kekurangan vitamin C mudah
diserang penyakit selesema yang sekiranya dibiarkan berlarutan atau tidak dirawat dengan
sempurna akan menyebabkan radang pada hidung atau tenggorok penghidap. Individu yang
kekurangan vitamin B atau B kompleks akan mudah diserang penyakit, mudah lelah,
perkembangan fizikal terganggu konsentrasi untuk berfikir menjadi kurang. Oleh itu,
sekiranya penyakit-penyakit yang telah mengganggu perkembangan fizikal menjangkiti
perkembangan organ otak maka risiko individu mengalami disleksia adalah sangat tinggi
menurut Kassan dan Abdullah ( 2010 ).
2.4.13 Jangkitan kuman ketika ibu hamil
Ibu hamil yang dijangkiti kuman berbahaya adalah sangat berisiko tinggi terhadap kelahiran
tidak normal atau melahirkan anak yang tidak cukup sifat. Contohnya adalah seperti jangkitan
rubella, sifilis dan tuberkulosis yang boleh mengakibatkan janin mengalami kecederaan atau
kecacatan otak. Sekiranya hal ini berlaku, bayi yang dilahirkan mungkin akan mengalami
simptom kesukaran belajar termasuk kesukaran membaca ketika mencapai umur yang
berkenaan menurut Kassan dan Abdullah ( 2010 ).
19
Dalam hal ini di sini dirumuskan bahawa kanak-kanak yang mengalami disleksia
mempunyai pelbagai defisit atau kekurangan yang disebabkan oleh kurang fungsian
(dysfunction) otak. Bukan bermakna kanak-kanak itu mengalami kecederaan atau kerosakan
di bahagian otak tetapi otak kanak-kanak disleksia beroperasi secara berbeza berbanding
kanak-kanak normal yang lain. Secara umumnya diakui bahawa faktor yang menyebabkan
disleksia adalah daripada genetik yang pada dasarnya terletak di bahagian bahasa di otak.
Disleksia dipercayai berpunca daripada cara otak itu memproses. Cara otak penghidap
Disleksia dengan otak orang normal bekerja adalah berbeza. Ia mungkin disebabkan oleh
kecacatan otak semasa dalam kandungan ataupun ianya datang dari kemalangan.
20
Masalah Yang Dihadapi Oleh Kanak-Kanak Disleksia
Masalah Mengeja
Masalah Membaca Masalah MenulisMasalah Matematik dan Nombor
Masalah Pendengaran
Masalah Pertuturan
2.5 Masalah Yang Dihadapi Oleh Kanak-Kanak Disleksia
Kanak-kanak disleksia seringkali menghadapi persoalan dalam proses belajar. Masalah utama
yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakannya adalah dalam proses pembelajaran.
Permasalahan ini boleh dikelaskan seperti berikut:-
Rajah 5: Masalah Yang Dihadapi Oleh Kanak-Kanak Disleksia
2.5.1 Masalah Pendengaran
Dari segi mendengar, mereka kelihatan seperti tidak mendengar atau tidak
mempedulikan. Hal ini demikian kerana mereka lambat dalam memproses maklumat mereka
terima. Maka, mereka tidak akan melakukan arahan yang diberi oleh guru, terutamanya jika
arahan tersebut terlalu panjang. Mereka juga tidak akan menyusun sesuatu mengikut susunan,
contoh melakukan arahan mengikut urutan. Namun, mereka suka mendengar bacaan tetapi
tidak berminat untuk membaca sendiri.
2.5.2 Masalah Pertuturan
Dalam konteks pendidikan, dari segi pertutran pula, mereka menghadapi kesukaran
bertutur dan juga mempunyai kesukaran untuk mengeluarkan atau memilih perkataan yang
sesuai semasa bercakap bagi menyampaikan maksudnya. Hal ini mungkin kerana
perkembangan pertuturan dan bahasa yang lambat. Selain itu, bahasa lisan lebih baik
daripada penulisan. Mereka suka belajar dengan irama kanak-kanak “nursery rhymes”.
2.5.3 Masalah Mengeja
Menurut Speed (2007), kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk
menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang
panjang, kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan
21
membaca dan memulis. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah
awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti: ‘m’ – ‘w’,
‘y’ – ‘g’ – ‘j’, ‘u’ – ‘n’,’m’ – ‘n’, ‘c’ – ‘e’, ‘p’ – ‘q’, ‘h’ – ‘n’ dan ‘b’ – ‘d’.
Pengeliruan huruf akan menyebabkan kemahiran mengeja kanak-kanak lemah dan
ejaan mereka sering tidak konsisten. Mereka tidak boleh mengeja perkataan asas dan mudah
yang seharusnya boleh dieja oleh seseorang murid mengikut umur mereka. Tahap
perbendaharaan kata mereka lemah. Contohnya sepatutnya mengeja perbendaharaan kata
mudah seperti baju, muka, emak, nama sendiri dan lain-lain. Mereka keliru antara perkataan
yang hampir sama, contoh ‘buah’ dan ‘bahu’. Selain itu, mereka menggbungkan suku kata
secara terbalik, contohnya ‘baju’ menjadi ‘juba’ dan juga salah menyusun abjad dalam
perkataan, seperti ‘sabun’ menjadi ‘basun’.
2.5.4 Masalah Membaca
Disleksia biasanya dikaitkan dengan membaca. Kanak-kanak yang mengalami
disleksia mempunyai kemahiran membaca lemah. Kemampuan pembacaan kanak-kanak
disleksia tidak setaraf dengan kemampuan kanak-kanak seusianya. Apabila membaca, mereka
teragak-agak walaupun menggunakan jari untuk menolong mereka membaca. Kadangkala
cara membaca mereka seperti gagap. Dalam konteks pelaksanaan, mereka sukar memahami
dan menggunakan teks bacaan. Mereka juga lemah atau tidak pandai menggunakan intonasi
dan ekspresi yang sesuai. Intonasi mereka akan turun dan naik mengikut gerak hati mereka.
Apabila membaca mereka tidak menghiraukan tanda baca dan suka menambah perkataan
pada bacaannya. Mereka juga sering melangkau baris semasa membaca dan salah sebut
perkataan, terutamanya perkataan yang tidak biasa digunakan.
Masalah yang paling terkenal dengan disleksia ialah kanak-kanak sentiasa keliru
dengan perkataan dan huruf yang kelihatan sama. Mereka akan membaca perkataan terbalik,
contoh seperti ‘batu’ menjadi ‘tuba’, ‘gula’ menjadi ‘lagu’ dan sebagainya. Selain pembalik
perkataan, mereka juga terbalik dalam konsep ruang. Misalnya, mereka keliru terhadap
pemahaman konsep atas dan bawah, depan dan belakang dan sebagainya. Selain itu, mereka
juga keliru kedudukan huruf dalam perkataan, seperti ‘makan’ menjadi ‘makna’; dan keliru
antara perkataan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang hampir sama, seperti ‘ jam’ dan
‘jem’, ‘cat’ (kucing) dan ‘cat’ dan lain-lain. Penambahan dan pengurangkan huruf juga
berlaku, contohnya ‘bulan’ menjadi ‘bulang’ dan ‘bunga’ menjadi ‘buna’. Kadangkala huruf
vokal yang mereka baca tidak jelas atau mereka mengganti konsonan.
22
2.5.5 Masalah Menulis
Dalam konteks pendidikan prasekolah di Malaysia, kanak-kanak disleksia tidak suka
menulis. Mereka menulis lebih lambat berbanding dengan rakan sebaya mereka. Sewaktu
menulis, mereka sering mengigit jari atau pen dan tenung buku seperti tidak faham. Mereka
akan menekan pencil semasa menulisKadangkala mereka perlu fikir begitu lama susunan
huruf sehingga mereka lupa apa yang mereka sedang cuba menulis. Hal ini demikian juga
akan menyebabkan mereka sukar menyalin maklumat atau meniru dari papan tulis atau buku
teks serta yang dikatakan atau disebut oleh guru. Mereka akan meninggalkan atau menyelit
perkataan dan juga meninggalkan atau menyelitkan huruf.
Bentuk penulisan mereka berbeza-beza. Mereka juga mengalami kesukaran untuk
memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Tulisan mereka
amat sukar dibaca dan tidak kemas. Mereka akan menulis terbalik, iaitu dari kanan ke kiri
dengan bentuk abjad yang tidak jelas dan mereka juga kerap menggunakan pemadam semasa
menulis. Selain itu, mereka lemah atau tidak pandai menggunakan tanda baca atau huruf
besar. Mereka biasanya tidak akan memulakan huruf besar dipermulaan ayat dan sering
campurkan huruf besar dengan huruf kecil dalam sebuah perkataan. Apabila menulis ayat,
terdapat kanak-kanak yang tidak menjarakkan perkataan dalam sebuah ayat:
Sayasukabermain. Selain itu, kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-
pelik dan keliru dengan perkataan pendek seperti ia, dia, ini dan sebagainya.
2.5.6 Masalah Matematik dan Nombor
Sama seperti, kanak-kanak keliru antara huruf yang hampir sama, kanak-kanak
disleksia juga keliru dengan nombor yang sama bentuk, contohnya: 3 – 5 – 8, 9 – 6 dan 2 – 5
Selain itu, mereka juga terbalik susunan nombor, contoh 45 menjadi 54. Kanak-kanak ini juga
menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental.
Mereka keliru atau tidak memahami tanda-tanda dan simbol-simbol matematik,
contohnya: +, - dan =. Selain itu, mereka keliru dengan konsep masa, waktu dan konsep
wang. Mereka sukar dalam menyusun atur maklumat, seperti hari-hari dalam seminggu dan
bulan-bulan dalam tahun dan sukar mempelajari sifir matematik.
Dalam hal ini di sini dirumuskan bahawa bukan semua kanak-kanak mempunyai
masalah yang sama walaupun mereka dikategori sebagai disleksia. Mereka akan menghadapi
masalah yang berlainan semasa pembelajaran mereka dijalankan. Hal ini telah menyebabkan
mereka ketinggalan atau memberi impak dalam pembelajaran mereka.
23
2.6 Kesan Disleksia Terhadap Pembelajaraan
Payne dan Turner (1999) telah mengariskan kesan utama dan sampingan disleksia terhadap
kebolehan murid untuk belajar. Kesan-kesan utama disleksia terhadap pembelajaraan ialah
seperti berikut:-
Rajah 6: Kesan Utama Disleksia Terhadap Pembelajaraan
Dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia, kesan pertama bagi kesan
utama disleksia terhadap pembelajaran ialah dari segi membaca. Kesukaran ini menghadkan
kebolehan membaca adalah penting bagi membolehkan murid mempelajari apa yang
tersenarai di dalam kurikulum sekolah. Kesukaran membaca menyebabkan murid-murid tidak
dapat belajar sendiri. Murid-murid berasa rendah diri dan tidak berkenyakinan tentang
kebolehan diri.
Selain itu, dari segi mengeja juga merupakan salah satu kesan utama disleksia
terhadap pembelajaran. Pada jangka panjang, kebolehan mengeja akan memberi kesan yang
lebih negatif daripada kelemahan membaca. Kelemahan mengeja akan menghadkan
kebolahan murid untuk menyampaikan pengetahuan yang telah dipelajari di dalam kelas .
kelemahan ini juga akan menyebabkan murid sentiasa mendapat markah yang rendah dalam
ujian dan peperiksaan.
Kesan Utama Disleksia Terhadap
Pembelajaraan
Membaca
Mengeja
Menulis
Tulisan
Nombor
24
Di samping itu, kesan utama disleksia terhadap pembelajaran ialah dari segi menulis.
Masalah utama adalah perbezaan antara kebolehan murid-murid untuk menyampaikan
pengetahuannya secara lisan dan bertulis. Kesukaran-kesukaran yang telah dihadapi oleh
murid-murid disleksia akan memberi kesan yang negetif terhadap penguasaan kemahiran
menulis tersebut.
Bukan itu sahaja, dalam konteks Prasekolah, dari segi tulisan juga merupakan salah
satu kesan utama disleksia terhadap pembelajaran mereka. Tiga aspek tulisan perlu diambil
kira iaitu boleh dibaca, kepantasan menulis dan kematangan tulisan. Kelemahan di mana-
mana dalam ketiga-tiga aspek ini boleh memberi kesan negetif kepada kebolehan murid-
murid untuk belajar. Murid-murid yang menghadapi masalah ini dipanggil “dysgraphia”.
Tambahan pula, salah satu kesan utama disleksia terhadap pembelajaran ialah dari segi
nombor. Kesukaran yang dihadapi di dalam numerasi adalah serupa seperti kesan yang di
alami di dalam literasi. Murid-murid disleksia menghadapi masalah untuk membaca teks,
menulis bentuk digit dan menulis digit bagi sesuatu nilai nombor. Mereka sukar mengenali
nombor dari segi teks, menulis bentuk digit dan menulis nagi sesuatu nilai nombor. Murid-
murid ini juga menghadapi kesukaran yang amat sangat dengan nombor dikenali sebagai
“dyscaculia”.
Kesan sampingan yang dihadapi oleh murid disleksia terhadap kebolehan murid untuk
belajar menurut Payne dan Turner (1999) ialah seperti berikut:-
Kesan Sampingan Disleksia Terhadap
Pembelajaraan
Pengurusan
Penumpuan
Kebolehan Bahasa
Ingatan
Emosi atau Tingkahlaku
25
Rajah 7: Kesan sampingan disleksia terhadap pembelajaran
Kesan sampingan yang dihadapi oleh murid disleksia terhadap kebolehan murid untuk
belajar ialah dari segi pengurusan. Murid-murid disleksia mempunyai kesukaran mengurus
masa, ruang, dan susun atur. Contohnya, murid-murid tidak membawa alatan ke sekolah
mengikut jadual waktu sekolah atau tidak menghantar tugasan sekolah pada masa yang
ditetapkan.
Selain itu, penumpuan kanak-kanak disleksia juga berkurang merupakan salah satu
kesan sampingan yang dihadapi oleh murid disleksia terhadap kebolehan murid untuk belajar.
Penumpuan merupakan satu lagi kesukaran yang merentasi kurikulum yang boleh
menjejaskan kemajuan murid-murid dengan teruk.
Di samping itu, dalam konteks perkembangan bahasa, kesan sampingan yang dihadapi
oleh murid disleksia terhadap kebolehan murid untuk belajar ialah dari segi penguasaan
bahasa mereka. Kebiasaannya murid-murid disleksia ini akan mengalami kesukaran untuk
menyampaikan pengetahuan menggunakan perkataan, kesukaran menamakan benda,
kesukaran untuk mengingat suku kata (syllables) bagi perkataan-perkataan yang panjang. Ia
juga dikenali sebagai kecacatan tersembunyi dan kesan negetifnya juga merentasi kurikulum.
Tambahan pula, dalam konteks pendidikan prasekolah, dari segi ingatan juga
merupakan salah satu kesan sampingan yang dihadapi oleh murid disleksia terhadap
kebolehan murid untuk belajar. Kesukaran ini menjadi asas kepada kesukaran-kesukaran yang
lain. Ianya menjadi punca kepada kesukaran menulis selain daripada mengingati hari-hari
dalam seminggu atau membawa perkakas senaman pada hari yang ada pendidikan jasmani.
Dalam konteks perkembangan sosioemosi, kesan sampingan terhadap pembelajaran
ialah emosi atau tingkahlaku. Pencapaian prestasi yang rendah akan menyebabkan murid-
murid merasa rendah diri dan kecewa. Hal ini demikian boleh mengakibatkan masalah
tingkah laku, diikuti dengan pencapaian akademik rendah. Kesannya ialah masalah tingkah
laku yang lebih teruk, diikuti dengan pencapaian akademik yang rendah dan seterusnya.
Selain itu, masalah tingkah laku/emosi akan menyebabkan murid menghadapi masalah sosial
seperti tidak boleh berinteraksi dengan rakan sebaya.
Rumusan pendek, keupayaan belajar sangat penting bagi setiap individu. Namun,
keupayaan setiap orang berbeza-beza dalam proses pembelajaran. Oleh itu, sebagai guru
26
disleksia perlulah mengenalpasti masalah-masalah pembelajaran setiap muridnya supaya
kesukaran mereka menguasai pembelajaran dapat dipermudahkan.
2.7 Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
Tidak semua kanak-kanak dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti yang diharap
dan dirancangkan. Terdapat beberapa golongan kanak-kanak yang tidak bernasib baik
sehingga menghalang proses-proses pembelajaran berlaku dengan baik dan cemerlang. Guru
tidak ketinggalan dalam membantu kanak-kanak istimewa ini. Guru seharusnya memulakan
langkah rawatan awal ke atas murid-murid yang telah dikenal pasti menghidapi masalah ini.
Terdapat beberapa implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak disleksia di
dalam bilik darjah seperti berikut:-
2.7.1 Kaedah fonik
Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak disleksia di dalam bilik darjah
ialah guru haruslah menggunakan kaedah fonik. Kaedah fonik ini telah menekankan kepada
hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk
Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Menurut kaedah fonik,
hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku
kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Dalam bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi
terus dibunyikan sebagai [ a ] dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai
contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ].
2.7.2 Kaedah VAK
Dalam konteks pendidikan prasekolah di Malaysia, guru bolehlah menggunakan kaedah VAK
merupakan salah satu implikasi terhadap P&P kanak-kanak disleksia. Hal ini demikian kerana
kaedah ini menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau
pergerakan). Dalam kaedah ini, saya dapati bahawwa kanak-kanak dapat melihat dan
menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya. Malah, terdapat
beberapa prosedur pengajaran dalam kaedah ini. Antaranya ialah kanak-kanak akan
memerhati perkataan yang hendak dipelajari. Kemudian, kanak-kanak akan mencuba untuk
menyebut perkataan itu. Setelah itu, kanak-kanak diminta untuk menulis perkataan itu
berdasarkan ingatannya. Selepas itu, kanak-kanak akan membandingkan hasil tulisannya
dengan perkataan asal yang diperhatikan sebentar tadi. Dalam hal ini, guru akan sentiasa
mengulang kaedah VAK ini supaya murid dapat menulis perkataan dengan betul.
27
2.7.3 Kaedah terapi minda
Implikasi terhadap P&P kanak-kanak disleksia ialah guru juga boleh menggunakan kaedah
terapi minda. Kaedah ini merupakan kaedah yang dicipta sendiri oleh guru. Tambahan pula,
dalam konteks pelaksanaan, kaedah ini lebih kepada penggunaan peralatan seperti treadmill
yang disediakan di dalam kelas. Dalam kaedah ini, guru akan membawa kanak-kanak untuk
menggunakan peralatan tersebut. Kanak-kanak dikehendaki untuk berdiri di atas treadmill.
Kemudian, kanak-kanak akan berlari di atas treadmill itu selama 5 hingga 10 minit. Kaedah
ini digunakan apabila guru mendapati kanak-kanak sudah berasa bosan semasa sesi
pembelajaran mereka. Sehubungan itu, kaedah ini dapat membantu guru menggerakkan
kemahiran psikomotor kanak-kanak. Di samping itu, kaedah ini bertujuan supaya kanak-
kanak dapat meningkatkan kecerdasan otak dan kecergasan tubuh badan. Secara tidak
langsung, kanak-kanak dapat menjalankan sesi pembelajaran dengan lebih baik dan efektif.
Malah, kanak-kanak juga dapat mengikuti pengajaran yang disampaikan oleh guru.
2.7.4 Kaedah Cermin
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, guru juga boleh menggunakan kaedah cermin untuk
membantu kanak-kanak disleksia juga merupakan salah satu implikasi terhadap pengajaran
dan pembelajaran mereka. Dalam kaedah ini, sudah semestinya peralatan yang digunakan
ialah cermin. Kaedah ini sangat membantu guru dalam sesi pembelajaran. Kaedah ini
memerlukan kanak-kanak untuk berdiri di hadapan cermin. Kemudian, guru akan menyebut
huruf, suku kata ataupun perkataan kepada kanak-kanak. Oleh itu, kanak-kanak tersebut
dikehendaki mengulang semula apa yang telah disebut oleh guru sambil memandang cermin.
Sementara kanak-kanak menyebut perkataan tersebut, guru akan memerhati dan mendengar
sebutan yang dilontarkan oleh kanak-kanak sama ada betul ataupun tidak. Dalam masa yang
sama, guru akan melihat pergerakan bibir kanak-kanak sendiri. Keadaan ini bertujuan supaya
kanak-kanak belajar untuk menyebut huruf, suku kata ataupun perkataan dengan cara yang
betul. Sekiranya kanak-kanak tersebut sebutan yang salah, guru akan menunjukkan cara
menyebut yang betul kepada kanak-kanak tersebut sambil menghadap cermin.
2.7.5 Kaedah kinestetik
Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah guru seharusnya menggunakan kaedah
kinestik. Hal ini demikian kerana kaedah ini akan melibatkan pergerakan kanak-kanak. Guru
haruslah bijak menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan kanak-kanak. Sekiranya kanak-
kanak sudah bosan maka guru boleh menggunakan kaedah ini. Antara contoh bagi kaedah
kinestetik ialah melukis, menampal, menggunting dan sebagainya. Menerusi kaedah ini,
28
kanak-kanak dapat mempelajari pelbagai kemahiran dan tidaklah terhad pada teks sahaja. Di
samping itu, guru dapat meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak untuk menghasilkan
sesuatu yang baru terutamanya apabila diminta untuk melukis sesuatu objek.
2.7.6 Bahan bantu mengajar yang sesuai
Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak disleksia di dalam bilik darjah
ialah guru perlu menggunakan bahan bantu mengjar yang sesuai. Guru boleh menyediakan
bahan pembacaan yang mempunyai saiz yang besar dan sesuai ataupun bahan audio untuk
membantu pembelajaran kanak-kanak disleksia visual-auditori. Guru juga boleh menyediakan
bahan bacaan yang jelas. Misalnya hurufnya mempunyai perbezaan warna yang ketara dengan
latar belakang kertas yang terlalu banyak perkataan atau ayat dalam satu muka surat. Hal ini
demikian dapat membantu kanak-kanak melihat dengan jelas huruf yang ditunjukkan. Dengan
itu, kanak-kanak dapat membezakan huruf yang mempunyai bentuk yang hampir sama.
2.7.7 Sikap toleransi
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, guru juga haruslah dapat bertoleransi dengan kanak-
kanak disleksia ketika menyalin soalan di papan tulis juga merupakan salah satu implikasi
terhadap pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak disleksia di dalam bilik darjah. Mereka
perlu diberikan masa yang lebih banyak untuk menyiapkan latihan. Antara lain, guru dapat
memberikan soalan dalam bentuk tertulis di dalam kertas. Kanak-kanak disleksia yang sudah
menunjukkkan usaha keras untuk berlatih dan belajar haruslah diberikan penghargaan yang
sesuai seperti hadiah dan memuji hasil kerja mereka. Tidak lupa juga proses pembelajarannya
perlu diselang-selikan dengan waktu istirahat yang cukup. Semasa tulis di papan putih guru
boleh menyebut secara lisan bahan yang tulis untuk kemudahan kanak-kanak ini. Pengalaman
kanak-kanak ini telah diperluaskan dengan memberi mereka aktiviti “hands-on”.
2.7.8 Pemerhatian terhadap tulisan
Dalam konteks pelaksanaan, implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak
disleksia ialahguru perlulah membuat pemerhatian terhadap tulisan mereka. Guru perlu
melatih dan memerhati kanak-kanak disleksia ini menulis tulisan titik-titik sambung sambil
memperhatikan cara kanak-kanak ini duduk dan memegang pensilnya. Tulisan titik-titik
sambung memudahkan mereka membezakan antara huruf yang hampir sama contohnya ‘b’
dengan ‘d’. Kanak-kanak harus diperlihatkan terlebih dahulu cara menulis huruf titik-titik
sambung. Hal ini demikian kerana kemahiran tersebut tidak dapat diperoleh begitu sahaja.
Pembentukan huruf yang betul sangatlah penting dan kanak-kanak ini harus dilatih menulis
29
huruf-huruf yang hampir sama berulang kali. Contohnya huruf-huruf dengan bentuk bulat: “g,
c, o, d, a, s, q”, bentuk zig zag: “k, v, x, z”, bentuk linear: “j, t, l, u, y”, dan bentuk hampir
serupa: “r, n, m, h”.
2.7.9 Tiada jawapan yang salah dan betul
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, guru juga perlu memberitahu bahawa tiada jawapan
yang salah dan betul juga merupakan salah satu implikasi terhadap pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak disleksia. Mereka cuma perlu berminat dengan cara kanak-kanak
disleksia ini menyampaikan jawapan mereka apabila ditanya soalan (Pollock, Waller & Politt,
2004). Kaedah ini akan mengelakkan kanak-kanak disleksia daripada merasa rendah diri
apabila tidak dapat membaca jawapan mereka dengan betul. Hal ini demikian telah dapat
menanamkan keyakinan kepada mereka bahawa jawapan itu sendiri tidak semestinya betul
atau salah.
2.7.10 Memberi ruang dan peluang
Dalam konteks pendidikan khas, implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran kanak-
kanak disleksia ialah guru haruslah memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak
disleksia. Hal ini demikian kerana disleksia merupakan suatu masalah pembelajaran, mereka
tidaklah ditutup peluangnya untuk menimba ilmu pengetahuan. Mereka perlu diberi ruang dan
peluang agar dapat menonjolkan diri mereka. Individu-individu yang menghidapi masalah ini
merupakan seorang yang sangat cemerlang dalam penyelesaian masalah, pemikiran kritikal
dan perbendaharaan kata. Menurut Kuwana (2009), mereka juga cemerlang dalam bidang
arkitek, kejuruteraan, sains, seni dan muzik.
2.7.11 Ditempat duduk paling hadapan
Dalam konteks pendidikan, guru juga haruslah menempat kanak-kanak disleksia duduk paling
hadapan juga merupakan salah satu implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran kanak-
kanak disleksia. Kanak-kanak disleksia perlu diletakkan ditempat duduk paling hadapan
apabila seisi pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Kami percaya, apabila kanak-kanak ini
diletakkan ditempat duduk paling hadapan, mereka akan lebih fokus terhadap proses
pembelajaran mereka.
Rumusan pendek, tidak semua kanak-kanak disleksia akan bertindak balas terhadap
teknik yang sama, penting untuk guru mempelbagaikan teknik mengikut kesesuaian dan tahap
kebolehan kanak-kanak tertentu. Disleksia ialah gangguan perkembangan bahasa yang
30
menunjukkan bentuk dalam kesukaran membaca. Kebanyakkan daripada mereka memberi
tindak balas yang baik kepada pemulihan membaca. Kanak-kanak disleksia harus diberi
bantuan dengan kadar yang segera oleh pelbagai pihak agar mereka mampu untuk
menonjolkan diri dan bakat serta mampu untuk bersaing dengan individu normal yang lain.
3.0 PUSAT PEMBELAJARAN
Guru prasekolah mesti rajin membuat eksplorasi dalam usaha mewujudkan kelas yang
menarik kerana kelas ini merupakan rumah kedua atau pejabat kita yang utama. Dalam
pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, pengurusan ruang adalah satu
perkara yang penting dalam melaksankan pengajaran dan pembelajaran di kelas. Dalam
penyediaan aktiviti, guru perlu mengambilkira ruang dan pusat pembelajaran khusunya untuk
menyediakan aktiviti kelas dan kumpulan. Dalam menjalankan aktiviti, murid-murid
memerlukan ruang yang mencukupi dan sesuai untuk bergerak bebas dan berinteraksi dengan
bahan yang disediakan. Ruang yang disediakan perlulah lengkap dan kondusif agar dapat
merangsang pembelajaran murid-murid.
Pembelajaran dianggap sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan
kemahiran dan tabiat, serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku
sepanjang hayat bermula sabaik sahaja dilahirkan . Pembelajaran bukan setakat merangkumi
penguasaan pengetahuan kemahiran semata-mata, tetapi perkembangan emosi, sikap, nilai
estetika dan kesenian serta ciri dalaman juga dipengaruhi oleh pembelajaran. Pembelajaran
membawa perubahan pada diri seseorang, sama ada perubahan ke arah kebaikan ataupun
keburukan. Walaubagaimanapun, perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti
berjalan, makan, penyakit dan kelaparan tidak dianggap sebagai pembelajaran.
Menurut Elliot (2000) menyatakan interaksi dan keberkesanan pengurusan bilik darjah
mempunyai pengaruh yang tinggi terhadap guru dan pelajar. Pengurusan bilik darjah perlu
mempunyai ruang “circle-time” iaitu aktiviti ajib setiap pagi di mana murid-murid akan
berkumpul bersama guru dan menjalankan sesi perbualan. Di ruangan ini, sesi pengajaran dan
pembelajaran dilakukan sebelum tugasan diberikan kepada murid-murid. Di dalam bilik
darjah mempunyai sudut-sudut untuk mengembangkan potensi kanak-kanak usia 5 hingga 6
tahun dari segi perkembangan fizikal, perkembangan kognitif, perkembangan sosioemosi dan
perkembangan bahasa. Pengajaran dan pembelajaran banyak tertunpu kepada murid-murid
dan pembelajaran murid-murid adalah melalui permainan, “Learn through play”. Sudut-sudut
31
untuk perkembangan murid-murid adalah sudut binaan, sudut lukisan, sudut aspresiasi dan
lain-lain sudut yang difikirkan sesuai oleh guru bergantung kepada saiz bilik darjah.
Oleh itu, susunan meja secara berkelompok amat sesuai digunakan dalam kelas
prasekolah bagi mengembangkan kemahiran berkomunikasi murid prasekolah. Jenis susun
atur bilik darjah adalah Gaya Kluster iaitu antara 4 hingga 8 orang murid duduk rapat dalam
kumpulan kecil. Susunan ini amat sesuai bagi perbincangan kumpulan ataupun pembelajaran
berkolaborasi di mana kontek antara murid-murid adalah tinggi. Pemilihan meja yang
berbentuk bulat adalah bagi tujuan keselamatan kerana meja yang bersegi mengundang
bahaya terhadap kanak-kanak. Kerusi yang digunakan pula adalah kerusi kayu mengikut
ketinggian mereka.
Sudut muzik bertujuan untuk kanak-kanak menyelidik bunyi, ritma, pergerakan dan
lagu. Berbagai pendapat tentang aprsiasi muzik untuk kanak-kanak. Ada pendapat
mengatakan bermula dari kanak-kanak dan ada pula pendapat sebelum lahir. Walau apa pun
bina minat secara semulajadi (natural) dengan aktiviti termasuk menyanyi, pergerakan dan
bermain alat muzik. Kebiasaannya sudut muzik terdapat instrumen ritma, alat pemain CD atau
kaset, drum, gong, loceng, kayu ritma dan lain-lain yang sesuai. Sudut muzik agak bising dan
aktif. Oleh itu kedudukan tempat sudut muzik di kawasan yang tidak mengganggu kanak-
kanak lain di sudut bacaan sudut penerokaan (sains). Kedudukan berhampiran plug eletrik
adalah baik untuk tujuan menggunakan pemain CD atau kaset. Letakan peralatan muzik di rak
yang rendah supaya mudah dicapai dan digunakan oleh kanak-kanak.
Rasional untuk memilih sudut aspresiasi sebagai tugasan kami ialah muzik dapat
membantu perkembangan sosioemosi kanak-kanak secara umumnya emosi bermaksud
perasaan. Kanak-kanak mempunyai perasaan yang tinggi dan halus manakala sosial pula
bermaksud pergaulan kanak-kanak dengan orang lain. Muzik dapat membantu perkembangan
sosioemosi kanak-kanak di mana mereka dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok
melalui aktiviti muzik. Mereka merasa dihargai apabila guru menyelitkan nama-nama mereka
dalam nyanyian yang dinyanyikan. Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya mereka
terlibat secara langsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di mana guru boleh
mengadakan aktiviti dalam kumpulan yang melibatkan semua kanak-kanak. Melalui aktiviti
ini, mereka akan menyanyi dan menari bersama rakan-rakan yang lain. Aktiviti ini juga
membolehkan kanak-kanak meluahkan perasaan takut, gembira, sedih, cemas dan sebagainya.
32
Selain itu, rasional kedua ialah aktiviti-aktiviti dijalankan juga dapat membina disiplin
diri pada kanak-kanak. Misalnya, ketika menunggu giliran untuk bermain alatan muzik dan
akhir sekali aktiviti muzik ini akan dapat meningkatkan konsep kendiri pada kanak-kanak
dengan berkongsi alatan muzik bersama rakan-rakan yang lain. Selain itu, lagu-lagu yang
diperdengarkan juga dapat membantu perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Contohnya,
Lagu pop atau rancak boleh meningkatkan semangat kanak-kanak, menjadikan mereka
gembira dan bertenaga, apabila mereka menari mengikut irama muzik. Sebaliknya, muzik
klasikal membantu mengekalkan perhatian dan tumpuan kanak-kanak, menjadikan mereka
tenang dan patuh. Kanak-kanak yang aktif bermain muzik secara berkumpulan pula dapat
memperkembangkan kemahiran berinteraksi secara sosial. keyakinan diri pula
diperkembangkan apabila seseorang kanak-kanak berjaya menghafal sesebuah lagu.
Di samping itu, muzik juga dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak juga
merupakan salah satu rasional kami memilih sudut ini. Kemahiran kognitif merupakan
kebolehan individu untuk berfikir, berdikari, memberi pendapat memahami dan mengingati
perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Menurut teori perkembangan
kognitif Jean Piaget, proses pemikiran manusia berubah secara menyeluruh bermula selepas
lahir sehingga mencapai kematangan. Setiap individu akan mencuba menghadapi perubahan-
perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Kajian dijalankan turut mencadangkan
bahawa memainkan alat muzik mempunyai faedah kognitif walaupun tahap ukurannya belum
ditentukan.
Rasional seterusnya, apabila guru mengajar mengenai muzik dan memperdengarkan
lagu kepada kanak-kanak maka kanak-kanak akan belajar mengenai konsep muzik seperti pic,
rima dan rentak. Melalui pengajaran muzik kanak-kanak akan mahir dalam membezakan nada
bunyi yang kuat dan lembut contoh aktiviti untuk memperkenalkan kepada pelajar apa itu
bunyi kuat ialah guru memperdengarkan kerincing kepada kanak-kanak dan memukul
kerincing dengan kuat dan menyatakan bahawa bunyi itu kuat, manakala aktiviti untuk
memperkenalkan bunyi lembut pula ialah guru memukul kerincing secara lembut dan
memperkenalkan bahawa bunyi itu lembut.
Bukan itu sahaja, rasional kami memilih sudut muzik ini ialah melalui pengajaran
muzik kanak-kanak akan mahir dalam membezakan bunyi panjang dan pendek. Contohnya,
aktiviti untuk memperkenalkan bunyi panjang kepada murid-murid ialah guru memukul
kastenet dan memperkenalkan bahawa bunyi itu panjang. Manakala aktiviti untuk
33
memperkenalkan bahawa bunyi yang pendek ialah guru memukul kerincing dan
memperkenalkan bahawa bunyi itu pendek.
Melalui pengajaran muzik juga kanak-kanak akan mahir dalam membezakan bunyi
tinggi dan rendah. Contohnya, aktiviti untuk memperkenalkan bunyi tinggi ialah guru
menggetarkan loceng sebagai bunyi yang tinggi manakala memukul kastenat sebagai bunyi
rendah. Selain itu, pengajaran muzik juga dapat mengembangkan perbendaharaan kata kanak-
kanak di mana apabila lagu di perdengarkan guru akan meminta kanak-kanak mengingati lirik
lagu yang telah diperdengarkan dan kanak-kanak akan cuba menghafal lirik lagu itu maka
secara tidak langsung kanak-kanak dapat mengetahui perkataan baru.
Kesinambungan itu, rasional memilih sudut ini ialah saya berpendapat bahawa muzik
juga dapat membina daya kreativiti pada kanak-kanak. Daya kreativiti dibina apabila kanak-
kanak digalakkan mencipta lagu sendiri. Muzik juga membantu perkembangan fizikal kanak-
kanak perkembangan fizikal ialah perubahan fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian
badan, fungsi anggota badan dan perawakan manusia. Muzik memberi kesan kepada
perkembangan fizikal kanak-kanak. Muzik membantu kanak-kanak menghasilkan pergerakan
guru boleh melakukan aktiviti menari secara bebas mengikut alunan muzik. Kanak-kanak
akan berasa seronok. Melalui aktiviti menari ini akan menggalakkan perkembangan moto
kasar kanak-kanak.
Dengan pembinaan sudut muzik, saya berasa bahawa muzik sentiasa menjadi
sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Kanak-kanak mula didedahkan
dengan muzik sejak kecil lagi iaitu semasa seorang ibu mendendangkan irama lagu ketika
mendodoikan anak, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita
fiksyen atau sejarah serta aktiviti nyanyian yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau
di prasekolah. Semua ransangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada
kanak-kanak. Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan
bahasa, hubungan antara bunyi dan perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan juga
dapat meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak. Keupayaan pemikiran spatial dan
temporal dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka
yang tidak mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran
komputer dalam tempoh yang sama.
Selain itu, peningkatan celik huruf juga merupakan salah satu rasional memilih sudut
ini sebagai tugasan kami. Muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam
34
perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak
dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk
meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih
menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf.
Kebanyakan pakar kanak-kanak bersetuju bahawa kesesuaian muzik untuk bayi dan
kanak-kanak adalah tidak terhad asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakiti
telinga bayi. Kepelbagaian jenis muzik sangat berguna untuk masa depan bayi kerana muzik
dapat memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan. Apabila bayi mula membesar,
mereka mula bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik kerana semua bayi
mempunyai naluri deria irama dan menggemari muzik. Dalam usia enam tahun pertama,
kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan
bunyi dari irama muzik serta memperoleh cara penyampaian visual muzik tersebut. Proses
mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak
dalam perkembangan bahasa.
Lantaran itu, pengalaman muzikal boleh meningkatkan keupayaan otak untuk
mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada juga merupakan salah satu rasional
kami memilihnya. Kanak-kanak yang terdedah dengan persekitaran muzik akan
memperuntukkan 25 peratus bahagian otaknya untuk menganalisis nada tinggi dan rendah not
muzik berbanding mereka yang tidak pernah mengenali instrumen berkenaan. Pada bahagian
otak kiri, terdapat Kawasan Broca yang juga dikenali sebagai Memori Tugasan Verbal yang
dapat mengendalikan semua simpanan dan pemprosesan informasi verbal serta memainkan
peranan penting dalam pemprosesan bahasa. Muzik juga membantu mengajar kanak-kanak
tentang erti tanggungjawab semasa bekerjasama dalam kumpulan. Sekiranya mereka
memupuk sikap ini ketika memainkan bahagian-bahagian alat muzik dalam kumpulan,
perkara yang sama juga akan dilakukan ketika mereka berada di luar dalam kelompok
masyarakat.
Sementelah itu, nilai kerjasama juga dapat dipupuk juga merupakan salah satu
rasionalnya. Kerjasama yang terjalin ini mampu melahirkan muzik yang indah dan menarik
yang berupaya mengangkat martabat sesebuah karya. Semasa usia awal perkembangan kanak-
kanak, mendengar dianggap sebagai proses pembelajaran yang efektif daripada membaca.
Semakin awal kanak-kanak didedahkan dengan muzik, saiz otak yang diperuntukkan untuk
memproses semua informasi mengenai muzik akan menjadi semakin besar seterusnya
35
mendorong mereka berfikir dengan lebih kritikal dan terperinci. Kanak-kanak yang memiliki
pendedahan terhadap muzik mempunyai kelebihan dari segi berfikir kerana kedua-dua
bahagian otak mereka berfungsi dengan baik akibat daripada pengaruh muzik yang didengar.
Kanak-kanak juga dapat membesar dengan sempurna kerana konsep asas dalam muzik adalah
menekankan kepada kesempurnaan, kerjasama, perpaduan dan memerlukan pengecaman yang
tinggi.
Selain daripada itu, muzik turut dapat merangsang keyakinan dan harga diri kanak-
kanak merupakan salah satu rasional memilih sudut ini. Hal ini demikian kerana muzik
merupakan faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak. Jenis muzik
yang didedahkan kepada anak-anak wajar diberikan perhatian oleh ibu bapa kerana kanak-
kanak lazimnya akan menerima apa sahaja yang mereka dengar. Oleh itu, ibu bapa
dinasihatkan agar tidak menggunakan muzik yang boleh memberikan tekanan kepada anak-
anak sehingga melampaui keupayaan mereka kerana cara ini boleh memberikan akibat yang
negatif. Sebaik-baik muzik yang akan diperdengarkan adalah jenis muzik yang dapat
menampilkan jati diri kanak-kanak tersebut kerana kuasa muzik juga mampu menjadikan
mereka yang mendengarnya mempunyai keberanian untuk meluahkan segala yang terbuku
dalam minda mereka.
Muzik adalah amat penting dalam perkembangan pergerakan kanak-kanak. Muzik
memberikan rangsangan kepada kanak-kanak untuk mereka bergerak secara langsung
mahupun tidak langsung. Kanak-kanak akan bertindak balas apabila mereka mendengar
muzik. Kanak-kanak bertindak balas dengan bunyi-bunyian seawal ketika di dalam
kandungan ibu lagi. Ada kajian yang menunjukkan kanak-kanak yang telah didedahkan
dengan bunyian ketika dalam kandungan lagi menunjukkan perkembangan mental dan fizikal
yang baik. Terdapat pelbagai jenis muzik yang sesuai yang mana dapat membantu dalam
perkembangan pergerakan kanak-kanak. Kesesuaian muzik untuk bayi dan kanak-kanak
adalah tidak terhad, asalkan muzik tersebut tidak terlalu kuat atau menyakitkan telinga bayi.
Pada kebiasaannya pada peringkat dalam kandungan lagi, para ibu suka mendengarkan muzik
instrumental yang lembut kepada bayi mereka dengan melekapkan ‘head phone’ pada perut.
Selain daripada membantu perkembangan pergerakan kanak-kanak, muzik juga
mampu memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan. Apabila mereka muzik atau
satu-satu lagu, kanak-kanak akan memberikan tidak balas. Apabila bayi mula membesar, dia
mula bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik. Ibu juga boleh mengetahui
36
perasaan bayi anda dengan mengaitkan muzik atau bunyi yang menghasilkan reaksi tertentu.
Dalam usia enam tahun pertama, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka
cuba membezakan deria dan bunyi dari irama muzik serta memperoleh penyampaian visual
bunyi tersebut. Muzik turut memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak di mana ia
mampu meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak disleksia. Ia juga mampu membantu
mereka menghafal dan menajamkan fikiran. Muzik juga merangsang pendengaran dan
penglihatan.
3.1 Dapatan Pemerhatian Awal
Berdasarkan pemerhatian pada 27 Februari 2014, kami telah mendapati bahawa bahan dan
infrastruktur yang disediakan di sudut apresiasi muzik adalah lengkap. Namun, susun atur di
sudut aspresiasi ini adalah kurang tersusun dan kemas, suasana tidak kondusif dan kurang
praktikal. Hal ini demikian menyebabkan sudut aspresiasi ini memerlukan sedikit perubahan
agar persekitaran pembelajarannya akan menjadi lebih kondusif. Beberapa aspek perlu
ditambahbaik dan diubahsuai. Hal ini demikian kerana terdapat beberapa kepentingan yang
telah dipertikaikan.
3.1.1 Susunan perabot yang tidak teratur
Gambar 1: Susunan perabit di sudut apresiasi muzik.
Susunan perabot seperti rak, meja, papan dan lain-lain di sudut muzik ini adalah kurang
tersusun dan kemas. Susunan perabot ini telah menyebabkan suasana di sudut muzik tidak
kondusif. Contohnya, susunan meja telah menghalang guru menjalankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dengan berkesan. Hal ini demikian telah menyebabkan tidak mempunyai
ruang yang luas untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk menjalankan aktiviti
seperti menari, berlakon dan sebagainya. Keluasan sudut muzik ini tidak dapat menampung
semua murid di dalam sudut ini. Murid-murid akan berasa sempit dan tidak dapat bergerak
dengan bebas akan menyebabkan murid-murid tidak berminat terhadap pembelajaran mereka.
37
Selain itu, suasana sudut apresiasi ini yang tidak kondusif akan mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak. Contohnya, papan yang melekat lirik lagu telah ditutup dengan
meja telah menyebabkan murid-murid tidak dapat melihat lirik lagu dengan jelas. Hal ini
demikian telah menghalang perkembangan bahasa murid-murid untuk membaca lirik lagu
semasa nyanyian.
Bukan itu sahaja, bagi susunan perabot yang meletakkan alat-alat muzik adalah juga
kurang praktikal. Ia telah menghalang kemasukan murid-murid masuk ke dalam sudut
apreasiasi. Keluasan tempat tersebut adalah sempit. Murid-murid telah mengalami kesukaran
untuk memasukinya. Pergerakan murid-murid perlu berhati-hati semasa masuk ke dalam
supaya dapat mengelakkan terhantuk dengan perabot tersebut. Susunan perabot tersebut juga
telah menyebabkan kesempitan keluasan sudut apresiasi ini.
3.1.2 Cermin telah ditutup
Gambar 2: Cermin ditutup.
Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk keselesaan murid-murid
dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tingkap dan lampu yang
mencukupi boleh memberi pencahayaan yang mencukupi memasuki ke dalam sudut apresiasi
ini. Manakala, pencahayaan di sudut ini adalah kurang memuaskan. Cermin di sudut apresiasi
ini telah ditutup dengan kertas manila untuk melekat bahan-bahan maklumat yang berkaitan
dengan muzik. Hal ini demikian telah menyebabkan sudut apresiasi ini kelihatan gelap. Ia
juga sentiasa perlu membuka lampu walaupun pada waktu pagi. Hal yang sedemikian telah
menyebabkan murid-murid berasa mengantuk, malas dan kurang aktif apabila berada di sudut
apresiasi ini.
3.1.3 Papan dilekat dengan bahan yang tidak berkaitan dengan muzik
38
Gambar 3: Papan dilekat dengan bahan poster.
Di sudut apresiasi ini, terdapat papan yang telah dilekatkan dengan bahan yang tidak
berkaitan langsung dengan muzik. Contohnya, poster kesihatan telah melekatkan di papan
tersebut. Bahan ini sepatutnya melekatkan di sudut Tunjang Perkembangan Fizikal dan
Estetika iaitu Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan. Hal ini demikian supaya
murid-murid boleh mengetahui maklumat yang berkaitan semasa berada di sudut Tunjang
Perkembangan Fizikal dan Estetika iaitu Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan. Ia
juga telah membazirkan tempat untuk melekatkan bahan-bahan atau maklumat yang berkaitan
dengan muzik yang dapat memberi ilmu pengetahuan dan impak yang besar kepada murid-
murid semasa mereka berada di sudut ini.
Gambar 4: Papan dilekat dengan hasil kerja murid.
Selain itu, hasil kerja murid yang tidak berkaitan dengan muzik juga telah melekatkan
di papan yang berada di sudut apresiasi ini. Contohnya, origami burung. Hasil kerja seperti ini
perlu dilekatkan di sudut yang sepatutnya seperti sudut seni visual. Bahan-bahan seperti bola,
gelang dan sebagainya perlu disimpan di sudut Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika.
Hal ini demikian kerana bahan-bahan tersebut adalah digunakan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran aktiviti luar yang tidak berkaitan dengan muzik.
3.1.4 Susunan alat-alat muzik
39
Gambar 5: Susunan alat-alat muzik di rak yang disediakan.
Susunan alat-alat muzik di rak adalah kurang kemas. Alat-alat yang tidak berkaitan dengan
muzik telah disimpan di dalam rak muzil. Contohnya, extension wire telah disimpan di dalam
rak muzik. Cakera padat juga berselerak di rak yang disediakan untuk menyimpan cakera
padat. Ia telah menyebabkan rak tersebut kelihatan kurang kemas. Selain itu, alat-alat muzik
yang telah rosak atau tidak boleh digunakan masih disimpan di dalam bakul dan disimpan di
dalam rak. Hal ini demikian telah membazirkan tempat untuk menyimpan barang yang tidak
berguna. Di samping itu, alat-alat muzik juga tidak dilabelkan dengan nama-nama alat-alat
muzik tersebut telah menyebabkan murid-murid tidak mengetahui nama alat-alat muzik
tersebut. Murid-murid juga hanya dapat bermain tanpa mengetahui nama bahan yang telah
dimainkan. Hal ini demikian telah membantuskan pengetahuan mereka untuk mengetahui
nama bahan tersebut.
Gambar 6: Kibod elektronik mendekati dengan dinding.
Susunan kibod elektronik di sudut apresiasi ini adalah kurang memuaskan. Hal ini
demikian kerana kibod telah meletakkan berdekat dengan dinding. Semasa guru memainkan
kibod, guru adalah berdepan dengan dinding padahal bukan murid-muridnya. Guru tidak akan
mengetahui situasi murid-muridnya sama ada mereka memberi perhatian sepenuhnya atau
bermain-main semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian telah menyebabkan
sesi pengajaran dan pembelajaran adalah tidak berkesan.
3.1.5 Bahan yang tidak berkaitan dengan muzik disimpan di sudut apresiasi
40
Gambar 7: Bahan-bahan yang tidak berkaitan diletakkan di atas meja.
Terdapat banyak bahan-bahan yang tidak berkaitan dengan muzik telah disimpan di sudut
apresiasi. Contohnya, model kereta api, permaidani, polistirin dan sebagainya telah diletakkan
di atas meja. Bahan-bahan perlu disimpan di tempat yang sepatutnya padahal bukan di sudut
apresiasi ini. Hal ini demikian telah menyebabkan sudut apresiasi ini kelihatan berselerak di
atas meja. Sudut ini merupakan sudut apresiasi untuk meningkatkan kreativiti murid-murid.
Susunan bahan-bahan tersebut telah membantuskan kreativiti murid-murid. Perhatian mereka
akan terjejas apabila sesi pembelajaran merkea. Hal ini demikian kerana mereka akan bermain
dengan bahan-bahan tersebut tanpa memberi perhatian mereka dalam pembelajaran mereka.
3.1.6 Kekurangan maklumat
Di sudut apresiasi ini, saya juga telah dapati bahawa sudut ini adalah kekurangan maklumat-
maklumat yang berkaitan dengan muzik. Kebanyakkan maklumat di sudut ini hanya berkaitan
dengan lirik-lirik lagu sahaja tanpa mempunyai jenis-jenis dan nama-nama alat-alat muzik.
Hal ini demikian telah menyebabkan murid-murid tidak mengenali alat-alat yang berkaitan
dengan muzik dengan mendalam. Dengan itu, pengetahuan murid-murid terhadap alat-alat
muzik adalah sangat terhad. Ia telah menjejaskan murid-murid untuk mengenali alat-alat
muzik pada masa depan. Alat-alat muzik di sudut ini juga adalah dalam bilangan yang kecil.
Ia juga tidak dapat menampung kesemua murid untuk menggunakannya pada masa yang
sama. Pada masa itu, murid-murid yang tidak berpeluang untuk bermain alat-alat muzik
tersebut, mereka akan bermain bersama-sama dengan rakan-rakan mereka tanpa memberi
perhatian terhadap pembelajaran mereka.
3.1.7 Hiasan sudut ini amat bosan
41
Gambar 8: Hiasan yang membosankan.
Hiasan di sudut apresiasi adalah amat membosankan. Hal ini demikian kerana sudut apresiasi
ini hanya melekatkan bahan atau maklumat yang berkaitan dengan muzik tanpa menghiaskan
sudut ini. Menurut konsep pendidikan awal kanak-kanak, setiap sudut harus memiliki
pemandangan ilmu iaitu apabila murid-murid melihat sudut tersebut maka mereka akan
memperolehi ilmu dan menjadi ingatan yang kekal dalam pemikiran mereka. Sudut-sudut itu
juga haruslah kelihatan cantik dan ceria. Hal ini demikian untuk memastikan murid-murid
berminat untuk datang ke sudut apresiasi ini.
3.2 Penambahbaikkan
Mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984), persekitaran fizikal sudut pembelajaran yang
baik dapat meningkatkan kuasa pengajaran guru. Iklim sudut pembelajaran yang baik ini
dapat menyumbang kepada pembelajaran yang berkesan, kawalan kelas yang terjamin,
perhubungan antara guru dengan murid yang aktif dan menjamin keseronokan untuk belajar.
Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid-murid yang dapat memberi
peluang untuk melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam
pembelajaran mereka. Persekitaran seperti ini mempunyai keupayaan untuk merangsang
minat dan semangat murid-murid untuk meneruskan pembelajaran mereka. Iklim yang dapat
memotivasikan murid-murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan
motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran.
3.2.1 Menyusun semula perabot
Untuk mendapatkan kedudukan fizikal sudut muzik yang ideal, kedudukan tersebut perlulah
diubahsuai. Sudut muzik ialah satu sudut di mana proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkaitan dengan muzik telah berlaku. Bagi konsep yang lebih umum, sudut muzik tidak
hanya merupakan ruang bagi proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi turut merangkumi
para murid dan guru yang belajar dan mengajar serta berinteraksi antara satu sama lain di
dalamnya. Sudut muzik juga bukanlah sebuah sudut semata-mata, ianya mestilah mempunyai
42
persekitaran yang kondusif merangkumi kekemasan susun atur dan kebersihan sekeliling.
Oleh itu, pengurusan sudut yang baik akan membentuk suatu sudut yang kondusif.
Persekitaran yang kondusif dapat membantu mewujudkan keselesaan pengajaran dan
pembelajaran di samping mengekalkan tumpuan dan minat belajar dalam bilik darjah.
Kami telah bercadang untuk menyusun semula perabot di sudut apresiasi ini. Hal ini
demikian supaya mempunyai ruang yang luas untuk murid-murid melakukan aktiviti yang
berkaitan dengannya supaya dapat menampung semua murid dalam sudut muzik ini.
Contohnya, aktiviti nyanyian, lakonan, menari dan lain-lain. Kami juga telah bercadang untuk
mengalihkan meja yang berselerak dengan bahan-bahan yang tidak berkaitan dengan muzik.
Hal ini demikian supaya mempunyai ruang yang luas untuk melakukan aktiviti dengan
berkesan. Secara tidak langsung, perkembangan dari segi motor kasar, bahasa, kreativiti dan
sebagainya boleh dikembangkan selain membangkitkan minat mereka dalam pembelajaran
mereka. Dengan itu, susun perabot adalah amat penting dalam sudut apresiasi ini.
3.2.2 Membuka kertas yang telah menutup cermin
Iklim dan persekitaran dalam bilik darjah adalah amat penting. Kami telah bercadang
membuka semua kertas yang telah menutup cermin yang telah menghalang cahaya masuk ke
dalam bilik darjah yang menyebabkan kegelapan sudut muzik tersebut. Cahaya amat penting
untuk mewujudkan suasana kelas yang kondusif. Cahaya yang tidak cukup akan kelihatan
gelap dan murid-murid tidak akan mempunyai semangat untuk meneruskan pembelajaran
mereka. Murid-murid akan berasa mengantuk. Murid-murid juga akan berasa malas untuk
bergerak semasa aktiviti berlangsung. Jadi, cahaya yang cukup amat penting untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran.
3.2.3 Melekat dengan bahan-bahan yang berkaitan dengan muzik
Masalah yang berkaitan dengan papan melekatkan dengan bahan-bahan yang tidak berkaitan
dengan muzik, kami telah bercadang untuk membukakan semua bahan tersebut dan
menyimpan di sudut atau tempat yang sesuai. Kami juga telah bercadang untuk
menambahkan, melekatkan dan meletakkan maklumat yang berkaitan dengan muzik di atas
papan tersebut. Hal ini demikian supaya murid-murid dapat mengetahui dan mengenali lebih
banyak lagu dan alat-alat yang berkaitan dengan muzik dengan mendalam. Dengan itu,
pengetahuan murid-murid terhadap alat-alat muzik dapat dikembang dengan baik.
43
3.2.4 Menyusun semula alat-alat muzik dan melabelkan nama-nama alat-alat
muzik
Bagi masalah susunan alat-alat muzik yang tidak teratur dan kemas. Kami telah bercadang
untuk menyusun semula alat-alat muzik dan cakera padat di dalam rak yang sesuai. Hal ini
demikian supaya ia kelihatan kemas dan tersusun. Ia juga dapat membantu murid-murid untuk
memainkan alat-alat muzik tersebut. Selain itu, kami juga telah bercadang untuk melabelkan
nama-nama alat-alat muzik. Hal ini demikian supaya murid-murid dapat mengenal nama-
nama alat-alat muzik yang telah dipamerkan di dalam rak tersebut. Label nama alat muzik
adalah amat penting untuk murid-murid mengenal nama alat muzik tersebut dengan berkesan.
Di samping itu, kami telah bercadang untuk meletakkan kibod elektronik di belakang
rak yang meletakkan bahan-bahan kegunanan sesi pengajaran dan pembelajaran seni visual.
Hal ini demikian supaya mempunyai ruang yang luas untuk murid-murid melakukan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran semasa kibod tidak digunakan.
3.3.5 Memindahkan bahan-bahan tersebut ke sudut yang sesuai
Bagi masalah yang mempunyai bahan-bahan yang tidak berkaitan dengan muzik telah
disimpan di sudut apresiasi ini ialah kami telah bercadang untuk memindahkan bahan-bahan
tersebut ke sudut yang sesuai. Contohnya, model kereta api, permaidani, polistirin dan
sebagainya perlu disimpan di tempat yang sepatutnya. Hal ini demikian supaya sudut
apresiasi ini tidak kelihatan berselerak di atas meja. Sudut apresiasi ini merupakan sudut
apresiasi untuk meningkatkan kreativiti murid-murid. Jadi, bahan-bahan di sudut apresiasi ini
perlu mempunyai kaitan dengan muzik. Dengan memindahkan bahan-bahan tersebut,
perhatian murid-murid dapat ditumpu dalam sesi pembelajaran merkea.
3.2.6 Membuat sudut untuk melekatkan maklumat berkaitan dengan muzik
Bagi masalah kekurangan maklumat yang berkaitan dengan muzik di sudut apresiasi ini, kami
telah bercadang untuk menghasilkan satu papan untuk melekatkan maklumat-maklumat yang
berkaitan dengan alat-alat muzik moden dan tradisional. Hal ini demikian supaya murid-
murid dapat menimba ilmu pengetahuan yang lebih dan mendalam berkaitan dengan muzik.
Murid-murid juga dapat membezakan alat-alat muzik tradisional dan moden. Selain itu, kami
juga telah bercadang untuk menghasilkan satu buku yang mengandungi banyak lagu. Buku ini
boleh digunakan oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Murid-
murid juga boleh membacanya pada waktu rehat untuk menimba ilmu mereka.
44
3.2.7 Menghiaskan kawasan sudut ini
Kami telah bercadang untuk menghiaskan sudut apresiasi ini supaya dapat menyelesaikan
masalah kebosanan sudut apresiasi ini. Kami telah bercadang untuk menghiaskan cermin yang
sebelum telah ditutup dengan kertas manila. Kami telah melekatkan kartun-kartun yang
bermain dengan alat-alat muzik di atas cermin. Hal ini demikian kerana dapat menarik minat
kanak-kanak untuk mengenal dan mengetahui tentang alat-alat muzik.
Selain itu, kami telah bercadang untuk menghiaskan sekeliling cermin tersebut supaya
tidak kelihatan membosankan dan kekosongan. Dengan itu, kami telah mencari langsir yang
separa tembus cahaya untuk mencantikkan cermin tersebut. Hal ini demikian supaya ia tidak
menghalang cahaya untuk memancarkan ke dalam sudut apresiasi ini. Kami juga telah
bercadang untuk menghasilkan nama “Sudut Apresiasi”. Hal ini demikian supaya murid-
murid mengetahui sudut ini merupakan sudut apresiasi.
45
3.3 Persekitaran Pembelajaran Baharu
Persekitaran pembelajaran adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh menggalakkan
atau menghalang pembelajaran murid-murid. Persekitaran sudut pembelajaran yang teratur
merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Menurut Marland (1975), suasana
fizikal sudut pembelajaran mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ruang sudut pembelajaran perlu diuruskan bersesuaian dengan aktiviti-aktiviti
pengajaran. Kami telah membuat penambahbaikkan dan pengubahsuaian sudut apresiasi ini
supaya dapat memberi impak yang besar kepada murid-murid.
3.3.1 Susun semula perabot
Gambar 9: Susun atur perabot selepas penambahbaikan.
Kami telah membuat penambahbaikkan sudut apresiasi ini dengan menyusun semula perabot.
Semua perabot, papan dan kibod elektronik telah kami susun semula. Kami telah
memindahkan meja yang telah diletakkan di sudut apresiasi ini yang berselerak dengan bahan
bantu mengajar. Terdapat dua meja sebelum ini telah disimpan di sudut apresiasi ini, kami
telah membagikan satu meja kepada kumpulan dan satu meja lagi telah disembunyikan di
belakang rak menyimpan alat-alat muzik. Hal ini demikian supaya sudut apresiasi ini
mempunyai ruang yang luas untuk melakukan pergerakan. Keluasan ruang ini dapat memberi
peluang kepada murid-murid untuk bergerak dengan bebas. Ia juga dapat mengelakkan murid-
murid daripada terhantuk apabila melakukan pergerakan.
Selain itu, papan yang telah disembunyikan di belakang meja sebelum ini, kami telah
memindahkan ke tepi kibod. Hal ini demikian supaya murid-murid dapat membaca lirik-lirik
lagu dan meningkatkan perkembangan bahasa murid-murid. Ruang yang seluas ini dapat
memberi peluang kepada murid-murid melakukan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan
muzik. Contohnya, menari, lakonan, drama dan sebagainya. Secara tidak langsung, emosi
murid-murid dapat diperkembangkan dengan baik.
46
3.3.2 Keadaan cermin
Gambar 10: Cermin yang bebas daripada halangan cahaya.
Sebelum ini, cermin adalah ditutup dengan kertas manila yang telah menghalang kemasukkan
cahaya ke dalam sudut apresiasi ini. Kami telah menanggalkan kertas manila tersebut supaya
cahaya dapat memancarkan ke dalam sudut apresiasi ini. Dengan itu, ia dapat mengelakkan
pembaziran elektrik. Selepas menanggalkan kertas manila, kami telah membersihkan cermin
yang telah dipenuhi dengan sisa kertas manila. Selepas membuka kertas manila, murid-murid
tidak akan berasa malas, mengantuk, tidak mempunyai semangat dan sebagainya semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Murid-murid akan kelihatan lebih ceria dan
memberi tumpuan yang sepenuhnya dalam pembelajaran mereka.
3.3.3 Melekatkan dan meletakatkan maklumat yang berkaitan dengan muzik
Gambar 11: Poster yang berkaitan dengan muzik telah pun dilekat di papan.
Kami telah membuka maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dengan muzik dengan
melekatkan poster yang berkaitan dengan muzik di atas papan. Kami telah mendapatkan
beberapa keping poster seperti lirik-lirik lagu atau carta-carta lagu untuk menampal di papan
yang telah disediakan. Dengan mempunyai maklumat yang mencukupi dapat membantu
murid-murid meningkatkan perbendaharaan kata. Murid-murid dapat membaca kosa kata
daripada lirik-lirik lagu tersebut semasa menyanyi lagu. Untuk menambah kecantikan papan
tersebut, kami telah menampal simbol-simbol muzik di sekitar papan tersebut. hal ini
demikian kerana kanak-kanak lebih suka pada benda yang berwarna-warni berbanding dengan
47
hitam putih. Dengan ada saiz yang pelbagai, kanak-kanak akan tertarik dengannya untuk
membaca senikata lagu tersebut.
3.3.4 Menyusun semula alat-alat muzik dan melabelkan namanya
Gambar 12: Susunan alat-alat muzik dan labelkan dengan namanya.
Kami telah menyusun semula alat-alat muzik di dalam rak dengan susunan yang kemas
dengan mengikut jenis-jenis alat-alat muzik tersebut. Kami juga telah menyusun cakera padat
dengan kemas di atas rak yang menyimpannya. Kami juga telah menghiaskan rak yang
menyimpan cakera padat dengan menjadi sebuah rumah. Hal ini demikian kerana ia dapat
menarik minat dan perhatian murid-murid terhadapnya. Kami juga telah membuat label nama-
nama bagi alat-alat muzik. Hal ini demikian supaya dapat membantu murid-murid mengenal
nama-nama alat muzik tersebut. Semasa bermain, murid-murid tidak akan tidak mengetahui
alat muzik yang telah dimainkan. Dengan itu, ia telah meningkatkan ilmu pengetahuan murid-
murid dalam mengenal alat-alat muzik.
Gambar 13: Susunan alat kibod.
Selain itu, kami juga telah memindahkan alat kibod berserta pendiriannya ke tempat
yang lebih strategik, iaitu belakang almari meletakkan bahan-bahan seni visual. Susunan
kibod ini amat penting untuk menjamin keselamatan murid-murid semasa barada di sudut
epresiasi. Hal ini demikian untuk mengelakkan murid-murid terjatuh disebabkan dengan
wayar kibod. Jadi, wayar harus disimpan dengan baik. Hal ini demikian juga dapat
mengelakkan murid-murid mencabut wayar tersebut.
48
Gambar 14: Papan pensel telah digantung dengan lirik-lirik lagu.
Di samping itu, kami juga telah mengantung lirik-lirik lagu di atas papan pensel. Hal
ini demikian kerana guru boleh merujuk kepada lirik-lirik lagu yang mengantung di sana
untuk mengajar murid-murid menyanyi lagu tersebut. Lagu-lagu tersebut dapat membantu
meningakatkan perkembangan bahasa murid-murid semasa menyanyi lagu tersebut.
Gambar 15: Koleksi lagu kanak-kanak.
Bukan itu sahaja, kami juga telah menyediakan koleksi lagu kanak-kanak diletakkan
di atas rak menyimpan alat-alat muzik. Hal ini demikian dapat memberi peluang kepada
murid-murid untuk mengenal lagu yang banyak padahal bukan hanya lagu yang dilekatkan di
papan sahaja. Pada masa yang sama, murid-murid juga akan mendapat kosa kata yang baharu
dan membantu dalam perkembangan bahasa mereka semasa mereka membuat rujukan
terhadap lagu tersebut. Ia juga sebagai rujukan untuk guru semasa mengajar murid-murid
menyanyi lagu.
3.3.5 Kekosongan tempat tersebut
Gambar 16: Ruang yang luas di tengah sudut.
49
Ruang sudut apresiasi ini telah menjadikan lebih luas disebabkan kami telah memindahkan
bahan-bahan yang tidak berkaitan dengan sudut apresiasi ini. Hal ini demikian kerana
sebelum ini ruang tersebut telah meletakkan bahan bantu mengajar di atas meja yang tidak
berguna dan berkaitan dengan sudut apresiasi ini. Meja yang lebar itu telah menyebabkan
ruang ini menjadi sempit. Secara tidak langsung, ia telah menghalang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Jadi, kami telah membahagikan satu meja kepada kumpulan lain
dan satu lagi disimpan di belakang rak meletakkan alat-alat muzik. Kaki meja tersebut telah
ditutup dengan polistrin dan kain. Hal ini demikian supaya tidak dikenakan dengan murid-
murid.
3.3.6 Sudut alat muzik tradisional dan moden
Gambar 17: Papan kenyataan mengandungi maklumat muzik.
Kami telah menambahkan satu papan kenyataan yang mengandungi maklumat muzik. Kami
telah melekatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan alat muzik moden dan
tradisional. Kami telah melekatkan gambar dan nama alat-alat muzik tersebut. Hal ini
demikian adalah untuk membantu murid-murid mengenal dan mengingat nama-nama alat-alat
muzik moden dan tradisional.
3.3.7 Hiaskan sudut muzik
Gambar 18: Papan tanda sudut pembelajaran.
Kami telah menghasilkan satu papan tanda yang mengandungi nama sudut apresiasi sebagai
simbolik untuk sudut ini. Hal ini demikian adalah untuk menonjolkan sudut apreasiasi ini.
50
Dengan mempunyai papan tanda nama sudut apresiasi ini, murid-murid dapat mengetahui
nama sudut ini. Setiap sudut haruslah dilabelkan dengan papan tanda bagi memaklumkan
murid-murid bahawa sudut ini adalah berkaitan muzik.
Gambar 19: Hiasan di papan kenyataan.
Untuk mengelakkan kekosongan papan kenyataan yang mengandungi maklumat yang
berkaitan dengan muzik ini, kami telah menghasilkan beberapa karya bunga dengan
menggunakan cawan kertas. Kami telah mewarnakan cawan kertas dengan colour warna
supaya ia mempunyai pelbagai jenis warna bunga yang berada di atas papan kenyataan
tersebut. Hal ini demikian telah dapat menonjolkan kecantikkan dan keceriaan papan
kenyataan ini.
Gambar 20: Hasil kerja mencantikkan cermin yang bersih.
Selepas membersihkan cermin ini, kami telah mendapati bahawa cermin ini kelihatan
kekosongan. Dari segi kelihatan adalah amat bosan. Jadi, kami telah menampal gambar-
gambar haiwan-haiwan yang telah memegang alat muzik masing-masing. Hal ini demikian
adalah untuk menarik minat murid-murid datang ke sudut apresiasi ini pada masa lapang bagi
melahirkan dan meningkatkan daya kreativiti serta imaginasi mereka terhadap muzik. Kami
telah meletakkan langsir yang separa tembus cahaya untuk mencantikkan cermin tersebut. Hal
ini demikian supaya ia tidak menghalang cahaya untuk memancarkan ke dalam sudut
apresiasi ini.
51
3.4 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Menurut Campbell (1995), muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek
pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan
kanak-kanak prasekolah dalam bentuk elemen muzik. Kecerdasan muzik ini berkaitan dengan
kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik.
Hal ini demikian kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu
membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat
dipersekitarannya. Seseorang yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitive kepada bunyi-
bunyian atau suara yang wujud di dunia ini, baik yang berasal daripada suara alat muzik
ataupun yang timbul daripada gejala seperti suara manusia, binatang mahupun guruh serta
suara-suara yang lainnya. Mereka berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik
serta dapat bermain alat muzik serta dapat menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu,
seseorang yang cenderung dalam keceerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik
dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik.
Terdapat banyak aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapt dilakukan di sudut
apresiasi ini ilah melakukan pergerakan dan melakonkan aksi. Menurut Emile Jaques
Dalcroze mengenai pergerakan adalah pergerakan merupakan salah satu cara untuk
mengungkap perasaan melalui muzik. Beliau juga telah memerhatikan bahawa walaupun
kadang-kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi mengikut rentak, namun mereka
boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Melalui pertunjukan pergerakan kreatif yang
dipersembahkan, dapat mengenalpasti bahawa kanak-kanak akan mula memberi tindak balas
positif apabila mereka mendengar muzik dan melihat pergerakan kreatif yang telah
dipersembahkan di hadapan mereka.
Selain itu, pergerakan melalui gerak tubuh mengikut irama juga merupakan salah satu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak
mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap pergerakkan
berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang semula jadi. Potensi pergerakkan
kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tarian. Kanak-kanak
mempunyai keinginan untuk bergerak dan sentiasa aktif. Salah satu cara untuk memuaskan
keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian. Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan
melalui gerak-geri yang berentak dan berirama dalam tarian. Aktiviti tarian sesuai untuk
pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak. Seni tari sebagai gerakkan berirama. Seni tari
52
merupakan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Terdapat
pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli atau pun tarian yang dipengaruhi oleh unsur-unsur
moden. Tarian merupakan gerak tubuh. Melalui gerak tubuh, kanak-kanak mampu untuk
mengungkapkan idea-idea, perasaan dan pengalaman penari kepada orang lain. Tarian
mengandungi segala gerakkan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan. Seni tari
ini dapat di lihat pada pergerakkan tangan, kaki, badan, mata dan anggota tubuh badan yang
lain.
Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara
berkumpulan memberi kesempatan kepada murid-murid berkomunikasi dan berinteraksi
dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam
budaya masyarakat Malaysia yang harus dikenali oleh murid-murid sebagai warisan bangsa.
Pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalam muzik dapat membantu
memupuk elemen jati diri dan patriotisme pada diri murid.
Di samping itu, aktiviti yang boleh dilakukan ialah membuat muzik dengan
memainkan alat muzik. Hal ini demikian kerana ia merupakan salah satu bahagian yang
paling menarik daripada pengalaman muzikal. Kanak-kanak bergerak balas terhadap alat
muzik dan mereka suka membuat percubaan dengan pelbagai nada bunyi daripada kayu,
drum, simbal, loceng, dan pelbagai alat-alat muzik yang lain. Alat irama yang nyata adalah
alat muzik. Ia telah banyak memberikan kesempatan kepada kanak-kanak untuk fokus pada
eksplorasi kreatif. Setiap alat berbeza, mereka mudah digunakan dan mereka boleh dimainkan
dengan pelbagai cara yang menarik.
Bukan itu sahaja, aktiviti menyanyi juga boleh dilaksanakan di sudut apresiasi ini. Ia
telah menyumbang kepada kepelbagaian aktiviti bukan sahaja kepada proses pembelajaran
tetapi juga pengalaman baru murid-murid sewaktu mempelajari muzik. Hal ini demikian telah
mencetuskan perubahan dalam aktiviti yang lazim ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Menyanyi adalah sesuatu yang menghiburkan. Justeru, murid-murid
berpeluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Menyanyi dapat mempertingkatkan
motivasi kerana ia merupakan aktiviti yang tertumpu kepada penglibatan murid sepenuhnya.
Rentak, irama dan melodi semuanya boleh menerapkan perkataan-perkataan yang dipelajari
ke dalam otak secara berkesan. Lagu juga dapat membantu murid-murid menguasai
perbendaharaan kata, sebutan, intonasi, rima dan tekanan, struktur serta bentuk ayat.
Nyanyian menyumbang kepada sesi pengajaran guru yang menarik.
53
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pengajaran dan pembelajaran
sangat penting. Guru atau murid-murid saling bergantung sepenuhnya kepada penggunaan
bahan tersebut untuk mencapai objektif pelajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih
mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran
untuk mencapai objektif pelajaran. Pendekatan ini telah menekankan perkembangan kognitif,
jasmani dan rohani. Penggunaan bahan bantu mengajar akan membantu murid-murid
memahami konsep dengan lebih jelas.
Strategi pengajaran yang berkesan mungkin bermula dengan pengajaran berpusatkan
murid. Dengan menjalankan pelbagai aktiviti, ia akan menjadikan pembelajaran lebih menarik
dan bermakna. Selain menyampaikan kandungan subjek dengan pendekatan didaktik
tradisional, ia juga adalah disyorkan supaya murid-murid lebih terlibat secara aktif dalam
proses pembelajaran. Pengajaran juga perlu berkaitan dengan situasi kehidupan sebenar.
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan
bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih
haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang
dianggap penting. Murid-murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang
ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada
kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan
situasi kepada kepada murid-murid lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka
berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan
pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada murid dengan cara
membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan
sebagainya.
Rumusan pendek, kebolehan murid-murid melibatkan diri dalam situasi pengajaran
dan pembelajaran bermakna di dalam bilik darjah merupakan kehendak standard untuk setiap
warganegara yang bertanggungjawab dalam masyarakat moden dan demokratik. Sebagai
seorang guru harus melahirkan murid-murid sebagai pemikir berkesan dan ini merupakan
matlamat penting dalam dunia pendidikan. Jika kita inginkan murid-murid bertidak secara
efektif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan, maka kita perlu menyesuaikan pendekatan,
kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
54
4.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Rancangan Pengajaran Harian atau ringkasnya RPH digunakan sebagai rangka kerja aktiviti
pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah. Rancangan
Pengajaran Harian merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum
menjalankan sesi pegajaran dan pembelajaran. Rancangan Pengajaran Harian ini dibina
sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu
untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelak.
Rancangan ini sangat penting dan berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajaran
kepada para murid. Ia juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat
perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas.
Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu dokumen rasmi penting kepada seorang
guru profesional yang perlu disediakan sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan. Seorang
guru perlu menguasai kemahiran merancang rancangan pengajaran yang akan dilaksanakan
dengan berkesan. Kejayaan sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas
bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan guru membuat perancangan dan persediaan
rapi sebelum memulakan sesi pengajaran. Sebagai seorang guru profesional, kemahiran
merancang dan menulis Rancangan Pengajaran Harian amat penting dan sesuai dengan tugas
guru sebagai pengurus bilik darjah. Apabila seseorang guru dapat membina Rancangan
Pengajaran Hariannya sendiri bermakna beliau telah dapat menguasai isii kandungan, kaedah
pengajaran serta dapat meramalkan iklim bilik darjah yang akan dihadapinya.
Dalam konteks Pendidikan Prasekolah di Malaysia, kepentingan membuat
perancangan pengajaran adalah menyusun isi pelajaran secara teratur, dapat membuat angar
masa bagi setiap tajuk, membuat perancangan awal bahan mengajar, mempunyai rekod topik
yang telah diajar, mempunyai gambaran keseluruhan matapelajaran serta pengajaran akan
menjadi lebih sistematik.
Rumusannya, KSPK telah memberi impak yang besar bagi para guru prasekolah. Hal
ini demikian kerana guru dapat menggunakan kriteria yang tertakluk dalam KSPK untuk
membuat perancangan yang sistemaatik dan efektif. Dalam membuat perancangan pengajaran
perlu membuat membanding dan membezakan dengan perkara-perkara biasa, mencungkil
pengetahuan yang sedia ada, peristiwa-peristiwa semasa yang diminati oleh kanak-kanak.
4.1 Rancangan Pengajaran Slot
55
Nama Kelas : Prasekolah Tongkang Pecah
Bilangan Murid : 23/23
Umur : 6 tahun
Tarikh : 1 April 2014
Masa : 8.40-9.40 pagi (60 Minit)
Modul : Tema
Tema : Alam bahan
Sub-Tema : Buah-buahan
Tunjang : Komunikasi
Fokus : BM 2.0 Kemahiran Bertutur
Standard Kandungan : BM 2.1 Berinteraksi dengan mesra
Standard Pembelajaran : BM 2.1.1 Berbual dengan sebutan perkataan yang betul
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat
1) Menyebut nama buah-buahan dengan betul.
Penggabungjalinan : Fizikal dan Estetika - Kreativiti
Penggabungjalinan Kemahiran : KTI 1.1.5 Mewarna gambar dalam ruang tertentu.
Penerapan Nilai : Bertolak ansur, tolong-menolong, berhati-hati
Fokus Multiple Inteligent : Verbal linguistik, visual
Kbkk : Memerhati, menjana idea
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat pelbagai jenis buah-buahan.
Kosa Kata : Manggis, betik, jambu, duku dan pisang
Bahan Bantu Mengajar : Kad perkataan, kad gambar, origami, kertas lukisan buah-buahan, lidi,
56
LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN AKTIVITI P&P CATATAN
Set Induksi
(5 minit)
Origami
Epal
1. Murid meminta murid duduk
dalam bulatan bersama guru.
2. Guru menunjukkan origami
kepada murid.
3. Murid dikehendaki meneka
origami tersebut.
4. Guru mengaitkan dengan isi
pelajaran pada hari ini.
BBM:
Kotak
Muzik
Gambar
buah-
buahan
Langkah 1
(5 minit)
Perkataan 1. Guru menunjukkan kad gambar
buah-buahan.
2. Murid-murid menyatakan nama
buah-buahan.
3. Guru menunjukkan kad nama
buah-buahan.
4. Guru menyebut nama buah-
buahan yang terdapat dalam
gambar.
5. Murid membaca nama buah-
buahan dengan bimbingan
guru.
6. Guru meminta murid menyebut
nama buah-buahan dengan
berulang kali.
Bahan:
Kad
Gambar
Kad
perkataa
n
manggis
pisang
betik
jambumangga
57
Langkah 2
(10 minit)
Permainan Puzzel 1. Guru membahagikan murid
kepada empat kumpulan.
2. Guru membahagikan serpihan
gambar berkaitan dengan buah-
buahan kepada murid.
3. Murid dikehendaki
menggabungkan serpihan
gambar.
4. Guru meminta wakil kumpulan
untuk menjadi “guru kecil”
untuk memimpin rakan-rakan
menyebut nama buah-buahan.
5. Guru membuat penilaian ke
atas murid.
Bahan:
Langkah 3
(15 minit)
Cara Membuat Boneka
Tongkat
1. Mewarna gambar buah-
buahan.
2. Menggunting gambar buah-
buahan.
3. Melekat lidi pada belakang
gambar buah-buahan.
Contoh-contoh:
1. Guru membahagikan murid
kepada 5 kumpulan.
2. Guru menerangkan dan
menunjuk cara membuat
boneka lidi.
3. Guru menerapkan sifat berhati-
hati dan bertolak ansur semasa
menjalankan aktiviti.
4. Murid membuat boneka lidi
dengan bimbingan guru.
5. Murid menyebut nama buah-
buahan hasil kerja sendiri.
6. Guru membuat penilaian ke
atas murid.
Bahan:
Gambar
Gunting
Lidi
Selotape
jambu
betik
pisang
mangga
58
Penutup
(5 minit)
Rumusan Aktiviti
Lagu buah-buahan
Makan apa, makan apa, maka
apa sekarang,
Makan jambu, makan jambu,
makan jambu sekarang,
Sekarang buah apa buah apa
sekarang.
Nama buah-buahan akan
ditukar ketika menyanyi.
1. Guru merumuskan isi
pelajaran pada hari ini.
2. Guru menyebut nama buah-
buahan bersama dengan
murid.
3. Murid-murid menyanyi lagu
buah-buahan.
4. Murid menukar nama buah-
buahan ketika guru
menunjukkan kad gambar
buah-buahan.
Bahan :
Lirik
lagu
Kad
gambar
Pentaksiran Borang Instrumen Tinjauan Awal Perkembangan Kanak-kanak Disleksia
Kaedah Mentafsir Pemerhatian
Instrumen Mentafsir Tahap Perkembangan Kanak-Kanak Disleksia
Fokus Child Ting Lee Qing
59
5.0 PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Melalui bahasa
seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak,
perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan informasi,
menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya (Raminah Hj. Sabran,
1993). Pembelajaran bahasa secara formalnya berlaku di sekolah. Oleh itu, guru-guru bahasa
Inggeris memainkan peranan yang utama bagi memastikan murid-murid di prasekolah dapat
mempelajari bahasa Inggeris dengan sebaik-baiknya.
Kepentingan terhadap penguasaan bahasa lebih ketara dalam bidang pendidikan
kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa
digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Banyak aktiviti dan kemahiran
yang menekankan aspek-aspek kemahiran bahasa dalam sukatan pelajaran Prasekolah.
Perkara ini diberi tumpuan utama bertujuan untuk mencapai objektif.
Dewan Bahasa dan Pustaka (1994) mendefinisikan “pelaksanaan” sebagai perihal atau
perbuatan melaksanakan, menjalankan atau mengusahakan sesuatu rancangan, tugas dan
sebagainya. Dalam konteks ini, pelaksanaan merujuk kepada rancangan dan tugas yang telah
dilaksanakan oleh guru-guru semasa menyampaikan pengajaran bahasa Inggeris dengan
menggunakan teknik bercerita. Pelaksanaan pengajaran dilihat bermula dari langkah set
induksi sehingga langkah penutup sesuatu pengajaran.
Konsep pengajaran dijelaskan dengan pelbagai definisi dengan menganggap
pengajaran sebagai aktiviti atau proses kerana apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal,
menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan
berlaku. serta menganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi walaupun tidak
semua aktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara guru dengan pelajar.
Rumusan pendek, pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar yang berlaku
dalam pelbagai bentuk. Pembelajaran melibatkan pemerolehan dan pengubahsuaian
pengetahuan, kemahiran, strategi, kepercayaan dan tingkah laku. Pembelajaran juga
merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan untuk menunjukkan perlakuan yang
dikehendaki hasil daripada latihan ataupun pelbagai bentuk pengalaman.
60
5.1 Laporan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran
Selepas saya membuat perancangan aktiviti yang hendak dilaksanakan semasa waktu
praktikum. Pada hari selasa bersamaan dengan 1 April 2014, kami telah membuat persiapan
dengan baik pergi ke sekolah. Sebelum bermula dengan sesi pengajaran dan pembelajaran,
saya telah meminta murid-murid untuk duduk berada di tempat perbualan pagi. Apabila
didapati bahawa semua murid telah berkumpul di tempat perbualan pagi, kami telah
memulakan aktiviti set induksi kami iaitu menunjukkan origami epal kepada murid-murid.
Kami telah bersoal dengan murid-murid tentang origami epal itu. Dalam konteks pendidikan
prasekolah dan pendidikan awal kanak-kanak, menurut Gardner menyatakan bahawa semua
kanak-kanak berpotensi berfikir secara kreatif dan semua jenis kecerdasan ini bekerjasama
secara kompleks, berkembang melalui pendidikan, pengalaman dan persekitaran yang
bermakna. Kecerdasan tersebut boleh dipelajari, dibentuk, ditingkatkan dan sentiasa berubah
sepanjang hayat melalui pelbagai cara termasuklah seni visual.
Pada set induksi ini, kami telah menggunakan origami “epal” sebagai didik hibur. Hal
ini demikian kerana origami epal dapat menyampaikan mesej dengan cepat dan mudah diingat
oleh murid-murid. Origami epal dapat menumbuhkan minat dan memberi motivasi murid-
murid terhadap pengajaran dan pembelajaran ini. Selain itu, dalam konteks prasekolah di
Malaysia, origami epal juga dapat menarik perhatian murid-murid dalam pengajaran dan
pembelajaran ini. Perkara yang sebegitu kerana murid-murid mempunyai rasa ingin tahu yang
kuat untuk mengetahui perkembangan cara menghasilkan origami tersebut. Origami adalah
sangat baik untuk menjelaskan suatu ketrampilan dan menunjukkan rangsangan yang sesuai
dengan tujuan dan respon yang diharapkan daripada murid-murid. Suasana pengajaran dan
pembelajaran yang murid-murid memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap origami epal
kami. Gambar origami telah ditunjukkan dalam gambar berikut:
Gambar 1: Origami epal
Semasa menunjukkan origami epal, saya didapati bahawa murid-murid telah
menunjukkan ekspersi wajah yang hairan apakah bahan yang telah kami tunjukkan. Murid-
61
murid telah meneka pelbagai jenis origami tersebut seperti hati dan sebagainya. Hal ini
demikian kerana origami yang telah kami buat adalah berwarna merah. Kami telah bersoal
jawab dengan murid-murid untuk membimbing mereka memberi jawapan. Situasi ini
membolehkan kami untuk mengawal murid-murid dengan baik dan sesi ini dapat dijalankan
dengan lancar. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan dikawal
dengan baik seperti gambar yang berikut:
Gambar 2: Suasana P&P semasa set induksi
Langkah seterusnya ialah kami telah menggunakan teknik penerangan. Kami telah
menerangkan tentang nama buah-buahan. Teknik penerangan digunakan untuk memberi
kefahaman kepada murid-murid. Keupayaan menyampaikan secara logik dan jelas penting
bagi seseorang guru. Kebimbangan guru ialah cara yang terbaik memberi kefahaman kepada
murid-murid. Teknik penerangan selalunya digunakan untuk menyampaikan maklumat,
konsep atau isi kandungan pelajaran kepada murid-murid, biasanya dalam peringkat
perkembangan. Semasa menggunakan teknik penerangan, guru telah memberi penerangan
tentang sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber
pembelajaran. Bahan bantu mengajar yang hendak digunakan mestilah disediakan terlebih
dahulu agar ia berfungsi memudahkan pelajar memahami isi yang hendak disampaikan. Hal
ini demikian akan menambahkan minat murid-murid. Ilustrasi dan bahan bantu mengajar juga
perlu bersifat membantu mudah menerangkan, bukannya menyukarkan murid-murid. Bahan
bantu mengajar yang telah digunakan untuk membantu guru untuk menerangkan sesuatu isi
pelajaran hendaklah sesuai serta diuruskan dengan teknik mengajar yang berkesan untuk
mengekalkan konsentrasi dan minat murid-murid dalam penerangan guru.
Kami telah menggunakan kad gambar dan kad perkataan sebagai bahan bantu
mengajar bagi langkah 1. Gambar diletakkan pada flashcard dan ditunjukkan kepada murid-
murid, mereka telah mendapat dua bentuk rangsangan iaitu rangsangan penglihatan melalui
gambar yang ditunjukkan dan rangsangan pendengaran melalui sebutan nama gambar
tersebut. Kami telah bertanya kepada murid-murid apakah gambar yang telah kami tunjukkan.
62
Murid-murid telah memberi jawapan dengan bersopan berdasarkan soalah yang telah kami
tanyakan. Selepas murid-murid menyatakan nama buah-buahan tersebut, kami telah
menunjukkan kad perkataan kepada murid-murid untuk memastikan nama buah-buahan yang
disebut oleh murid-murid adalah betul. Kami telah meminta murid-murid mengulang apa
yang kami telah bacai. Setiap kali, kami mengajar satu jenis nama buah-buahan, kami akan
meminta murid-murid membaca berulang kali. Hal ini demikian adalah untuk memastikan
murid-murid mengetahui meenyebut dengan sebutan yang betul. Selepas mengajar semua
buah-buahan, kami telah menguji murid-murid dengan menunjukkan kad gambar untuk
memberitahu nama buah-buahan dan juga menujukkan kad perkataan untuk menyebut nama
buah-buahan tersebut dengan sebutan yang betul. Hal ini demikian adalah untuk memastikan
murid-murid sudah mengenal nama buah-buahan. Situasi kelas yang murid-murid yang
memberi tumpuan dalam gambar berikut:
Gambar 3: Langkah 1 – Penerangan perkataan
Bagi fokus child, saya dapati bahawa dia telah memberi perhatian terhadap saya
semasa saya memberi penerangan. Walaupun dia tidak memberi sebarang idea pada langkah
ini manakala dia telah menunjukkan emosinya yang biasa dengan memberi perhatian yang
sepenuhnya terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran ini. Perkembangan murid-murid
adalah bergantung kepada keupayaan murid-murid untuk berinteraksi serta memberi tindak
balas terhadap sesuatu situasi atau keadaan. Maklumat daripada gurunya, saya didapati
bahawa fokus child ini perhatiannya terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran adalah sangat
singkat.Dia adalah tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya dalam pembelajarannya.
Gambar berikut telah menunjukkan perhatian fokus child pada langkah ini:
Gambar 4: Fokus child semasa langkah penerangan
63
Dalam konteks prasekolah, seorang guru perlu mahir melaksanakan pelbagai strategi
pengajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Profesionalisme
seseorang guru boleh diukur daripada kemahiran-kemahiran beliau dengan menggunakan
pelbagai jenis strategi pengajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Selepas sesi
penerangan, kami telah meneruskan langkah 2 dengan permainan puzzle. Kami telah
menggunakan didik hibur ini adalah untuk mengelakkan murid-murid berasa bosan sepanjang
pembelajaran mereka. Puzzle merupakan permainan yang membutuhkan kesabaran dan
ketekunan murid-murid dalam merangkainya. Dengan bermain puzzle, perkembangan motor
halus murid-murid juga akan berkembang. Mereka juga akan bersikap tenang, tekun dan sabar
dalam menyelesaikan sesuatu. Kepuasan yang didapat saat mereka menyelesaikan puzzle pun
merupakan salah satu pembangkit motifasi untuk mencuba hal-hal yang baru baginya. Kami
telah membahagikan murid-murid kepada empat kumpulan untuk aktiviti permainan puzzle.
Kami telah memberi penerangan tentang cara untuk bermain puzzle tersebut. Selepas
memberi penerangan cara untuk bermain puzzle tersebut, kami telah meminta murid-murid
duduk dalam kumpulan masing-masing. Kami telah meminta ketua kumpulan untuk
menampilkan ke depan untuk mendapat serpihan gambar berkaitan dengan buah-buahan.
Murid-murid dikehendaki menggabungkan serpihan gambar secara bersama-sama. Di sini,
kami dapati bahawa semua murid sangat suka untuk bermain permainan puzzle. Mereka
berasa hairan gambar yang akan ditunjukkan selepas siap menyusun puzzle tersebut.
Gambar 5: Langkah 2 – Permainan puzzle
Semasa permainan puzzle ini, kami telah meminta murid-murid mengambil gam bagi
setiap kumpulan. Pada masa ini, keadaan kelas menjadi bising. Hal ini demikian kerana
arahan yang diberi adalah kurang jelas telah menyebabkan semua murid telah balik ke tempat
masing-masing untuk mengambil gam. Kami telah memberi bimbingan kepada setiap
kumpulan untuk memastikan semua kumpulan dapat mengetahui cara untuk bermain puzzle
tersebut. Selepas siap menyusun puzzle tersebut, kami telah meminta seorang wakil kumpulan
daripada setiap kumpulan untuk menjadi “guru kecil” menampilkan ke depan dengan
menunjukkan hasil kerja kumpulan masing-masing dan memberitahu nama buah-buahan yang
64
telah disusun. Selepas itu, “guru kecil” membimbing rakan-rakan mereka menyebut nama
buah-buahan yang telah digabungkan.
Gambar 6: Langkah 2 – “Guru kecil”
Bagi fokus child, dia telah melibatkan diri dalam aktiviti permainan puzzle bersama
dengan rakan-rakannya. Sebelum ini, dia masih kurang mahir untuk berinteraksi dengan baik
bersama rakan-rakannya. Dia adalah lebih suka bersendirian apabila dalam melakukan
sebarang perkara. Walaupun tangannya masih belum matang berbanding dengan rakan-
rakannya, manakala dia telah berusaha untuk menampal kertas serpihan buah-buahan dengan
menggunakan gam melekatnya. Interaksi dan perkembangan motor halus fokus child ini telah
berkembang daripada satu langkah ke satu langkah lagi.
Gambar 7: Fokus child semasa permainan puzzle
Selepas permainan puzzle, kami telah meneruskan dengan aktiviti langkah 3 untuk
menghasilkan boneka tongkat buah-buahan. Murid-murid menghasilkan boneka tongkat dapat
memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan ciptaan dan karya seni, membina keyakinan diri
untuk berkomunikasi secara berkesan, memupuk semangat bekerjasama dan berkongsi
pengalaman, melahir rasa seronok dan mengekalkan minat untuk belajar dan meredakan
tekanan dalam diri kanak-kanak. Kami telah memberi demostrasi cara-cara untuk
menghasilkan boneka tongkat. Pada mulanya, murid-murid dikehendaki mewarna gambar
buah-buahan tanpa keluar daripada garisan. Seterusnya, murid-murid dikehendaki
menggunting gambar buah-buahan mengikut garisan supaya bentuk buah-buahan dapat
dibentukkan. Akhirnya, murid-murid dikehendaki melekat tongkat pada belakang gambar
buah-buahan.
65
Selepas memberi tunjuk cara, kami telah membahagikan murid-murid kepada lima
kumpulan. Setiap kumpulan akan mendapat gambar buah-buahan yang berlainan. Kami telah
menerapkan sifat berhati-hati dan bertolak ansur semasa menjalankan aktiviti. Terutamanya
semasa menggunakan gunting untuk menggunting bentuk buah-buahan. Murid-murid
dikehendaki berhati-hati memegang gunting untuk mengelakkan mencederakan diri dan orang
lain. Murid-murid telah bermula dengan mewarna gambar buah-buahan masing-masing dan
menghasilkan boneka tongkat masing-masing dengan bimbingan guru. Gambar berikut telah
menujukkan keusahaan murid-murid mewarnakan gambar buah-buahan masing-masing:
Gambar 8: Langkah 3 – Menghasilkan boneka tongkat
Selepas mewarna, murid-murid telah bermula mengguntingnya. Di sini, saya dapati
bahawa masih mempunyai ramai murid-murid masih kurang mahir dalam memegang untuk
menggunting mengikut garisan. Jika meminta murid menggunting tanpa mengikut garisan
maka mereka sangat mahir. Seterusnya, kami telah meminta murid-murid duduk bersama-
sama dengan menunjukkan boneka tongkat buah-buahan yang telah buat. Kami telah memberi
pujian kepada murid-murid yang telah membuat boneka tongkat yang paling cantik. Saya juga
memberi galakkan kepada murid-murid yang membuat kurang cantik supaya lain kali mereka
akan membuat dengan lebih baik dan cantik.
Gambar 9: Sesi menunjukkan hasil boneka tongkat buah-buahan masing-masing
Bagi fokus child, dia telah melibatkan diri dalam aktiviti menghasilkan boneka
tongkat masing-masing. Dia tidak dapat menggunting bentuk buah-buahan dengan baik. Kami
telah memberi bimbingan kepadanya supaya dia mengetahui cara untuk menggunting bentuk
66
buah-buahan supaya dapat menghasilkan boneka tongkat buah-buahan. Perkembangan motor
halus fokus child ini telah berkembang daripada satu langkah ke satu langkah lagi.
Gambar 10: Fokus child semasa menggunting bentuk buah-buahan
Akhirnya, kami telah menggunakan teknik nyanyian sebagai didik hibur bagi penutup.
Aktiviti nyanyian dapat meningkatkan perkembangan sosial kanak-kanak. Perkembangan
sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari sejak kecil. Kemahiran sosial
termasuklah berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan semasa aktiviti nyanyian
dijalankan. Menurut Philip (1991) kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku-tingkah
laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Oleh itu, jelas
menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti menyanyi ini dapat menggalakkan kanak-kanak bergaul
dengan rakan dan secara langsung membantu perkembangan sosial mereka. Semasa bermain
dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan mengekalkan hubungan yang
sedia terjalin. Ini adalah kerana penyesuaian semasa bergaul adalah asas kepada proses
sosialisasi kanak-kanak.
Bagi fokus child, dia telah mengikut terus dalam aktiviti nyanyian. Pada mulanya, dia
tidak mahu menyanyi, manakala akhirnya dia telah menyanyi bersama dengan rakan-
rakannya. Aktiviti ini membolehkan guru untuk menilai dan menggalakkan perkembangan
kanak-kanak Hal ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kakak menyampaikan
perasaan, karya, meluahkan emosi dan kebolehan masing-masing. Gardner percaya bahawa
semua kanak-kanak berpotensi berfikir secara kreatif dan semua jenis kecerdasan ini
bekerjasama secara kompleks, berkembang melalui pendidikan, pengalaman dan persekitaran
yang bermakna. Kecerdasan tersebut boleh dipelajari, dibentuk, ditingkatkan dan sentiasa
berubah sepanjang hayat melalui pelbagai cara termasuklah muzik. Dengan itu, makalah sesi
pengajaran dan pembelajaran telah tamat dengan nyanyian pada tepat masanya.
67
5.2 Analisis Data
Mengikut David Payne (2003) menyatakan bahawa pentaksiran ialah integrasi proses
mengumpul maklumat, mengintepretasikkan maklumat atau memberi nilai kepada maklumat
itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Beliau
telah menyarankan bahawa pentaksiran sama dengan penilaian dan pengukuran.
Dalam konteks prasekolah, pentaksiran merupakan satu proses yang sistematik untuk
memperoleh maklumat perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian. Tujuan
pentaksiran di prasekolah ialah mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat
umur, mengenalpasti kecerdasan dan potensi bagi memperkukuhkan, mengenalpasti kelebihan
dan kekurangan murid, menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta, dan
memberi maklum balas kemajuan murid. Pentaksiran harus dijalankan ke atas pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang dirangkumi dalam KSPK.
Pentaksiran juga merangkumi keseluruhan tunjang termasuk pernerapan nilai,
pembentukan sikap, penguasaan kemahiran, status kecergasan, status kesihatan dan kesediaan
sosial. Penyertaan dalam pertandingan tidak boleh diambil kira sebagai hasil pentaksiran
kerana melibatkan banyak faktor. Hasil pentaksiran digunakan untuk merancang tindakan
susulan demi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran harus dijalankan
dengan penuh beretika dan hak asasi kanak-kanak perlu dipatuhi.
Menurut Moktar Ismail (2003), konsep pentaksiran ialah langkah untuk menentukan
sejauh mana seseorang mempunyai sifat tertentu yakni tahap keupayaan, status dan nilai.
Proses menilai dilakukan secara kuantitatif merangkumi skala ordinal dan skala slang. Beliau
membuat kesimpulan bahawa pentaksiran dibuat bagi tujuan menentukan kedudukan dan
pencapaian murid-murid. Kepentingan pentaksiran kepada guru adalah melalui maklum balas
pentaksiran, murid akan dapat memahami tujuan mereka belajar dan perkembangan mereka
dan motivasi dan keyakinan diri untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka.
Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan
pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan
membina instrumen penilaian, melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis
maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Instrumen sebagai alat untuk
menghasilkan eviden, tidak semestinya bertulis. Seorang guru mengaji mentaksir muridnya
tidak menggunakan instrumen bertulis, tetapi secara lisan, pendenganran atau pemerhatian.
68
5.2.1 Rekod Tahap
Penilaian boleh dijalankan dengan menggunakan maklumat atau data yang berbentuk
kuantitatif atau data berbentuk kualitatif atau melibatkan kedua-duanya sekali. Secara
kuantitatif, maklumat yang diperolehi melalui penilaian dinyatakan dalam bentuk angka
dan maklumat ini boleh disusun, dikemaskinikan serta diringkaskan dalam kaedah yang
lebih mudah difahami. Manakala secara kualitatif pula, maklumat yang dapat
dinyatakan atau dihuraikan tanpa menggunakan nombor-nombor.
Terdapat beberapa jenis cara guru menilai hasil kerja atau tingkah laku.
Contohnya iaitu borang pemerhatian hasil kerja kanak-kanak, borang senarai semak,
rekod anekdot dan rekod berterusan. Setiap jenis ini mempunyai fungsi masing-masing
untuk merekod maklumat murid-murid. Instrumen pentaksiran yang digunakan oleh
saya ialah Instrumen Tinjauan Awal Perkembangan Kanak-kanak Disleksia telah
membuat penilaian terhadap objektif pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian
kerana memudahkan saya mengenalpasti tahap perkembangan kanak-kanak disleksia
dalam kemahiran-kemahiran tertentu di dalam kelas tersebut. Rekod ini digunakan
adalah untuk mengetahui tahap perkembangan kanak-kanak sebelum dan selepas proses
pengajaran dan pembelajaran yang saya laksanakan. Justeru, rekod ini akan
menerangkan sesuatu tingkah laku dan tahap perkembangan kanak-kanak sebelum dan
selepas menggunakan pelbagai jenis didik hibur.
Perkara-perkara yang perlu dipertimbangakan semasa mengisi borang Instrumen
Tinjauan Awal Kanak-kanak Disleksia adalah membuat catatan pada tahap
perkembangan kanak-kanak disleksia sama ada mereka dapat mengeja perkataan
mudah, membezakan bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata, menulis huruf
abjad yang hampir sama, memberi tumpuan dalam P&P, menunjukkan kebolehan
sendiri melalui pelbagai cara seperti menyanyi, melukis dan lain-lain.
Antara kebaikan penggunaan instrumen tinjauan perkembangan kanak-kanak
disleksia dalam pengajaran adalah guru yang mengisi hanya perlu menanda pada skala
yang disediakan berdasarkan kriteria-kriteria yang perlu dinilai. Selain itu, guru boleh
memberi cadangan penambahbaikan pada pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan. Di samping itu, guru juga boleh menilai unsur-unsur didik hibur yang
69
digunakan dalam proses pengajaran saya. Saya juga boleh mengetahui tahap
perkembangan kanak-kanak disleksia.
Dengan menentukan tahap peringkat murid-murid terhadap setiap perkara, saya
telah menggunakan kod skala untuk sebagai rujukan. Skala 1 iaitu perlu intervensi,
skala 2 pula perlu bimbingan, manakala skala 3 adalah dalam keadaan yang sederhana,
skala 4 adalah keadaan dalam peringkat yang baik dan skala 5 adalah keadaan pada
peringkat tersebut adalah sangat baik.
Gambar 11: Instrumen Tinjauan Perkembangan Kanak-kanak Disleksia
70
5.2.2 Analisis Data Dari Instrumen
Sebelum ini, guru di Prasekolah Tongkang, Cikgu Tia yang mempunyai 23 tahun
pengalaman dalam bidang pendidikan telah menggunakan beberapa unsur didik hibur
dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Beliau telah mengatakan bahawa
penggunaan bahan didik hibur perlu digalakkan bagi memperkembangkan kanak-kanak
disleksia dalam pengajarannya. Biasanya, beliau menggunakan bercerita, nyanyian dan
bermain bagi mempertingkatkan perkembangan murid-murid prasekolah.
Beliau berpendapat bahawa murid 023 di prasekolah itu patut memberi bimbingan
untuk memperkembangkan kanak-kanak ini dengan kemahiran motor halus supaya tangan
kanak-kanak dapat berkembang dengan baik, tulisan akan menjadi lebih baik. Selain itu,
kanak-kanak juga perlu diberi bimbingan dari segi pengenalan huruf abjad. Berdasarkan
dapatan instrumen, bagi item 1 iaitu murid dapat mengeja perkataan mudah, fokus child ini
telah menunjukkan tahap baik semasa ujian pra dijalankan berdasarkan ujian pandangan
guru bahawa didapati murid ini dapat mengeja perkataan mudah. Semasa pos, fokus child
ini telah mencatat tahap yang sangat baik. Kalau murid ini dipinggirkan akan menyebabkan
murid ini tidak dapat mengembang dengan baik untuk mengeja perkataan mudah. Pada
pendapat saya, fokus child ini telah mencapai tahap perkembangan yang sangat baik. Murid
ini boleh mencapai tahap yang lebih baik jika guru menggunakan pelbagai teknik untuk
membimbing murid ini mengeja perkataan mudah. Saya telah meminta murid ini mengeja
perkataan mudah seperti nama buah-buahan. Murid itu telah mencuba sedaya upaya untuk
mengeja perkataan tersebut dengan baik. Hal ini demikian telah menunjukkan dia telah
mengetahui cara untuk mengeja perkataan mudah dengan betul dan meningkat
perkembangannya. Dengan itu, penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran
dapat membantu murid-murid meningkat perkembangan kemahiran dalam mengeja
perkataan yang mudah.
Selain itu, bagi item 2, murid dapat membezakan bunyi abjad yang hampir dama
dalam suku kata, fokus child ini telah menunjukkan tahap yang perlu bimbingan semasa
ujian pra dijalankan berdasarkan ujian pandangan guru bahawa didapati murid ini tidak
dapat membezakan bunyi huruf abjad yang hampir sama. Semasa pos, fokus child ini telah
mencapai tahap yang baik. Kalau murid ini dipinggirkan akan menyebabkan murid ini tidak
dapat membezakan bunyi huruf abjad yang hampir sama. Pada pendapat saya, fokus child
71
ini telah mencapai tahap perkembangan yang baik. Murid ini boleh mencapai tahap yang
lebih baik jika guru menggunakan pelbagai teknik. Saya telah menyebut nama buah-buahan
dengan berulang kali supaya murid-murid ini dapat mendengar dengan jelas bunyi abjad
dalam suku kata. Murid ini telah memberi tumpuan ketika saya memberi penerangan
dengan cara menyebut suku kata dalam perkataan. Dengan menggunakan pelbagai teknik
dapat membantu membezakan bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata.
Di samping itu, murid dapat bertindak mengikut situasi. Semasa ujian pra, fokus
child ini telah menunjukkan tahap yang perlu bimbingan daripada guru berdasarkan
pandangan guru terhadap murid tersebut sepanjang pengajaran beliau. Semasa pos pula,
fokus child ini telah mencapai tahap yang baik. Jika murid ini dipinggirkan akan
menyebabkan murid ini tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti. Pada pendapat saya,
fokus child ini telah mencapai tahap perkembangan yang baik. Murid ini boleh mencapai
tahap yang lebih baik jika guru menggunakan pelbagai jenis didik hibur seperti permainan.
Semasa permainan puzzle, murid tersebut telah penglibatan diri secara aktif untuk
menyiapkan hasil kerja dengan menyusun puzzle tersebut. Hal ini demikian telah
menunjukkan bahawa unsur ini amat sesuai untuk murid tersebut. Dengan menggunakan
didik hibur ini dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk penglibatkan diri dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dapat mengembangkan kemahiran sosialnya
semasa melakukan aktiviti.
Bukan itu sahaja, bagi item 4, murid dapat memberi tumpuan dalam pengajaran dan
pembelajaran, fokus child ini telah menunjukkan tahap yang perlu bimbingan semasa ujian
pra dijalankan berdasarkan rekod perkembangan murid bahawa didapati murid ini tidak
dapat memberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajarannya. Dia tidak dapat duduk
dengan baik, padahal dia akan bergerak sana dan sini dalam masa yang singkat. Semasa
pos, fokus child ini telah mencapai tahap yang sederhana. Kalau murid ini dipinggirkan
akan menyebabkan murid ini tidak akan dapat memberi tumpuan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pada pendapat saya, fokus child ini telah mencapai tahap perkembangan
yang sederhana. Murid ini boleh mencapai tahap yang lebih baik jika guru menggunakan
pelbagai jenis didik hibur seperti muzik dan pergerakan, lagu dan nyanyian dan lain-lain.
Saya telah menggunakan jenis didik hibur ini, kanak-kanak suka menyanyi dengan
melakukan pergerakan. Selain itu, lirik lagu itu sesuai dan mudah diingati oleh murid-
murid. Hal ini demikian dapat membantu murid ini mengenal huruf-huruf abjab dalam
72
perkataan dengan sebutan yang betul. Saya juga telah menambahkan sedikit pergerakan
menyebabkan murid-murid berasa seronok dan bersemangat untuk turut serta. Murid-murid
telah membuat pergerakan sambil menyanyi lirik lagu dapat membantu meningkatkan
perhatian murid sekaligus meningkatkan emosi mereka. Dengan menggunakan didik hibur
ini dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk menggerakkan badannya.
Akhir sekali, item 5 merupakan item yang menunjukkan kebolehan sendiri melalui
pelbagai cara seperti menyanyi, melukis dan lain-lain. Semasa ujian pra, fokus child ini
telah menunjukkan tahap yang sederhana daripada guru berdasarkan pandangan guru
terhadap murid tersebut. Semasa pos pula, fokus child ini telah mencapai tahap yang baik.
Jika murid ini dipinggirkan atau diketawakan oleh guru akan menyebabkan murid ini tidak
mempunyai peluang untuk menunjukkan kebolehannya dengan melalui pelbagai aktiviti.
Pada pendapat saya, fokus child ini telah mencapai tahap perkembangan yang baik. Murid
ini boleh mencapai tahap yang lebih baik jika guru menggunakan pelbagai jenis didik hibur
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya telah meminta murid-murid menghasilkan
boneka tongkat buah-buahan. Murid ini telah menunjukkan kebolehan dan melukis gambar
buah-buahan tersebut walaupun tangannya masih belum kembang dengan baik untuk
memegang pensil warna. Dia telah cuba sedaya untuk menghasilkan boneka tongkatnya.
Pelbagai jenis didik hibur akan memberi peluang kepada murid-murid untuk belajar dengan
lebih seronok dan tidak berasa cepat bosan jika guru hanya menggunakan salah satu jenis
didik hibur pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan.
Secara keseluruhannya, penggunaan didik hibur ini amat sesuai dengan kanak-
kanak sejajar dengan cara pembelajaran mereka, ialah bermain. Bermain adalah satu aktiviti
semula jadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Mereka belajar dan meneroka melalui
aktiviti bermain kerana imaginasi mereka yang tinggi. Menurut Piaget (1962), bermain
adalah satu aktiviti yang simbolik dan memberi makna kepada kanak-kanak, aktif serta
bebas untuk mendapat keseronokan. Bermain merupakan hak yang seharusnya diberikan
kepada kanak-kanak. Ibu, bapa, guru, masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam
usaha agar kanak-kanak ini mendapatkan hak tersebut. Melalui teknik ini pelbagai
kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan
membaca dan menulis. Ia dapat menwujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi
sumber motivasi kepada murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
73
5.3 Releksi Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P)
Merujuk kepada pendekatan pengajaran, saya telah menggunakan pendekatan berpusatkan
guru, murid dan bahan. Dalam mempraktikkan pendekatan berpusatkan guru, saya telah
menggunakan kaedah bersoal jawab dengan murid iaitu sesi soal jawab tentang origami
yang telah kami tunjukkan. Saya mendapati bahawa terdapat sesetengah murid yang dapat
memberi respon yang baik dan juga sesetengah murid tidak memberi respon kepada soalan
saya. Murid-murid yang menjawab soalan yang telah menunjukkan ekspersi wajah yang
gembira dan sebaliknya. Namun begitu, murid-murid yang memberi respon telah berebut-
rebut dengan keinginan untuk menjawab soalan saya. Dengan itu, pendekatan berpusatkan
murid telah saya aplikasi dengan meminta murid-murid memberi jawapan mereka
terhadap soalan yang saya kemukakan.
Untuk pendekatan berpusatkan kepada murid pula, saya telah mengaplikasikan
dengan meminta murid-murid membuat boneka tongkat buah-buahan. Saya dapati bahawa
aktiviti ini telah dapat menarik tumpuan murid dan menggalakkan penglibatan mereka
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran apabila kami menyatakan bahawa masa ini
adalah sesi menghasilkan boneka tongkat buah-buahan. Pada masa ini, murid-murid telah
dapat bersosial dengan rakan-rakan mereka dengan menunjukkan kegembiraan mereka.
Saya juga mengesan bahawa kaedah ini dapat memberi kesan yang baik kepada murid-
murid kerana murid-murid dapat mendengar arahan yang diberi oleh saya dan gembira
semasa menghasilkan boneka tongkat buah-buahn. Pendekatan berpusatkan kepada murid
dapat menjadi sesi pengajaran dan pembelajaran menarik dan seronok.
Di antara alat bantu mengajar yang telah saya gunakan dalam set induksi adalah
origami “epal”. Bahan bantu mengajar saya telah menarik minat dan perhatian murid-
murid dalam pembelajaran mereka. Murid-murid prasekolah lebih suka bahan-bahan yang
mempunyai warna berbanding dengan guru hanya menggunakan kad perkataan sahaja
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya gunakan telah menggunakan kad
bergambar dalam sesi pengajaran langkah satu iaitu memberi penerangan tentang nama
buah-buahan. Hal ini demikian kerana murid-murid mudah belajar jika mereka melihat
sesuatu yang konkrit. Mereka belum cukup matang untuk menerima rangsangan atau
maklumat atau arahan yang abstrak.
74
Lantaran itu, aktiviti menyanyi merupakan salah satu kaedah pengajaran secara
terus yang saya gunakan. Kaedah ini amat sesuai untuk dipraktikkan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana murid-murid sememangnya sangat
seronok dan gembira apabila menyanyi.
Di samping itu, aktiviti yang dijalankan bagi setiap langkah dalam slot pengajaran
pengajaran kami ini juga amat berbeza dengan menggunakan didik hibur yang berlainan.
Aktiviti yang dijalankan seperti soal jawab, permainan puzzle, menghasilkan boneka
tongkat buah-buahan dan nyanyian. Aktiviti yang berlainan dapat meningkatkan
pemahaman dan menarik perhatian murid-murid dalam pembelajaran mereka dengan lebih
mudah. Hal ini juga dapat mengelakkan murid-murid berasa lebih cepat bosan dalam sesi
pembelajaran mereka.
Bukan itu sahaja, saya juga turut menggunakan teknik bersoal jawab bersama
dengan murid. Saya mendapati murid dapat memberi respon yang baik terhadap soalan
dari saya. Manakala terdapat segelintir murid tidak memberi respon terhadap soalan saya.
Dengan itu, saya dapat melihat sejauh mana pemahaman murid terhadap pengajaran yang
diajar dengan melalui respon mereka terhadap soalan yang diberi oleh saya. Saya dapati
bahawa teknik ini sesuai untuk dipratikkan dalam aktiviti pembelajaran murid kerana ia
dapat menggalakkan penglibatan murid serta guru dapat membuat penilaian tingkah laku
ke atas murid-muridnya.
Dalam pelaksanaan aktiviti, saya telah memilih aktiviti kumpulan dan individu.
Pada mulanya, saya telah meminta murid-murid mencantumkan puzzle. Dengan itu, ia
dapat meningkatkan perkembangan sosial dan emosi pada masa yang akan datang.
Kerjasama adalah amat penting dalam kehidupan seharian kita. Aktiviti individu pula ialah
saya meminta murid-murid menghasilkan boneka tongkat buah-buahan masing-masing.
Dengan itu, saya telah mengaplikasikan teknik menyanyi. Murid-murid telah
menyanyi lagu dengan seronok. Dalam sesi ini, murid-murid tidak akan berasa bosan
dengan menyanyi sambil melakukan pergerakan. Hal ini demikian kerana dapat
meningkatkan minat mereka untuk berterus dengan pembelajaran mereka. Di sini, saya
dapati bahawa teknik ini amat berkesan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kami.
75
Semasa sesi pengajaran, saya telah menggunakan teknik memberi arahan kepada
murid. Teknik memberi arahan adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk
meminta murid-murid berkerjasama dalam menyiapkan mencantum puzzle. Dengan itu, ia
juga untuk mengelakkan murid-murid bermain bersama-sama dengan rakan-rakannya
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ia juga dapat penglibatan lebih
banyak murid-murid dalam sesi pembelajaran mereka.
Sementara pula, saya juga telah menggunakan kaedah mengingat semula semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Hal ini demikian supaya murid-murid
dapat mengingat apakah yang telah pelajari sebelum ini. Saya dapati bahawa teknik ini
dapat meningkatkan ingatan bagi sesetengah murid sahaja dalam pembelajaran mereka.
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini, saya dapati bahawa mempunyai
kelemahan dalam slot pengajaran ini, Semasa sesi soal jawab, saya perlu
memperkemaskan lagi dengan memberi arahan yang jelas supaya murid tidak akan
berebut-rebut untuk memberi jawapan semasa menjawab soalan yang diberi oleh saya
sebelum saya mengira. Saya boleh menggunakan kaedah memanggil nama murid-murid
supaya keadaan kelas dapat dikawal dengan baik. Saya juga perlu menyelitkan unsur
kecindaan semasa memberi arahan supaya murid-murid memberi tunpuan kepada arahan
saya.
Secara keseluruhannya, saya dapat merumuskan bahawa objektif pengajaran dan
pembelajaran ini dapat mencapai dengan sepenuhnya. Hal ini demikian kerana semua
murid dapat menyebut nama buah-buahan dan menghasilkan boneka tongkat buah-
buahan.
Cadangan penambahbaikkan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini, semasa
sesi soal jawab, saya perlu memperkemaskan lagi dengan memberi arahan yang jelas
supaya murid tidak akan berebut-rebut untuk memberi jawapan semasa menjawab soalan
yang diberi oleh saya. Saya boleh menggunakan kaedah memanggil nama murid-murid
atau menyebut dalam tiga kira barulah murid-murid mengangkat tangan supaya keadaan
kelas dapat dikawal dengan lebih baik. Saya juga perlu menyelitkan unsur kecindaan
semasa memberi arahan supaya murid-murid dapat memberi tumpuan kepada arahan yang
saya berikan.
76
77
6.0 PENUTUP
Anak adalah anugerah yang tidak ternilai dalam sesebuah rumahtangga. Kehadirannya dinanti
oleh setiap pasangan yang telah berkahwin. Kehadiran cahaya mata di dalam sesebuah
keluarga merupakan kejayaan dan harapan. Menurut Gargiulo (1985), seorang anak yang
‘normal’ menggambarkan kesempurnaan diri seseorang itu dan seorang anak yang cacat
menggambarkan satu kegagalan Ibu bapa yang mempunyai anak yang cacat akan
mengharungi satu proses yang sungguh memedihkan setelah diberitahu mengenai masalah
yang dihadapi. Mereka berperasaan negatif, berkabung, berasa dukacita, kemarahan atau
enggan menerima hakikat sebenar dan juga dalam keadaan yang sungguh mengharukan.
Masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia sangat mempengaruhi
aktiviti komunikasi mereka dengan ibu bapa, rakan-rakan, guru dan masyarakat sekitar.
Semua pihak perlu memahami lebih dekat permasalahan ini agar usaha membantu mereka
berbahasa dan berkomunikasi dengan betul dan teratur dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Oleh yang demikian, guru perlu membantu kanak-kanak disleksia mempertingkatkan aspek
perkembangan bahasa dengan memberi peluang kepada mereka berinteraksi untuk kemahiran
sosial. Keupayaan untuk belajar bagi setiap individu dengan individu lain adalah berbeza
memandangkan kemampuan otak, konsepsi dan pengamatan setiap individu itu juga adalah
tidak sama. Oleh yang demikian, program pengurusan disleksia perlulah menitikberatkan
aspek yang memerlukan perhatian dan bantuan. Proses pengajaran dan pembelajaran disleksia
dapat berjalan lancar dengan mengambil kira kesesuaian sukatan, masa belajar dan menjawab
soalan peperiksaan.
Justeru, disleksia juga termasuk dalam masalah deria seperti tidak dapat melihat dan
mendengar dengan baik juga memahami apa yang dilihat dan didengar. Walau bagaimanapun,
perkembangan dalam bidang lain juga dapat meningkatkan kekuatan dan kepercayaan dan
harga diri seseorang. Kanak-kanak disleksia juga perlu diberi keyakinan bahawa terdapat
banyak lagi bidang lain yang juga penting untuk diberi perhatian demi memenuhi keperluan
hidup sendiri. Khidmat sokongan daripada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan juga
amat penting untuk memastikan kanak-kanak disleksia mendapat pembelaan. Ibu bapa juga
berperanan untuk memberikan kerjasama dan komitmen yang baik demi menjayakan
program-program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk membantu kanak-kanak
disleksia ini. Hasil kerjasama semua pihak, pengurusan program disleksia dapat dilaksanakan
dengan teratur dan akan mencapai matlamat yang disasarkan.
78
7.0 REFLEKSI
Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan jutaan terima kasih dan rasa syukur ke
hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya siapkan tugasan kerja kursus ini
dalam masa yang ditetapkan. Pelbagai impak positif mahupun negatif yang diperolehi
sepanjang melakukan kerja kursus ini dan tidak terkecuali pelbagai rintangan dan halangan
terpaksa saya lalui dalam menyiapkan tugasan ini. Cabaran-cabaran ini telah mematangkan
diri dan lebih bersedia menjadi seorang guru pada masa akan datang.
Dalam tugasan ini, saya telah berasa bangga kerana dapat mempelajari tentang
disleksia. Disleksia adalah merujuk kepada masalah membaca dan menulis. Kebiasaanya
gangguan ini adalah seperti gangguan membaca, menulis, mengeja dan kemahiran mengira
walaupun mempunyai pemikiran yang normal. Mereka yang mengidap disleksia tidak
dianggap bodoh tetapi mengalami gangguan pembelajaran dan boleh dipulihkan jika diberi
tindakan yang sewajarnya. Sesetengah penghidap disleksia mempunyai masalah untuk
menyebut perkataan yang panjang dan kesukaran untuk mengikut turutan perkataan seperti
nama bulan dan sifir.
Selain itu, saya juga telah mendapati bahawa kanak-kanak disleksia ini selalunya
menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan mempunyai tulisan yang kurang kemas.
Mereka suka mengurang atau menambah sendiri perkataan ketika sedang membaca. Mereka
juga akan mengalami kekeliruan ketika membaca seperti huruf "p" dianggap "q" dan hurf "b"
dianggap "d". Perhatian mereka juga mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan
sesuatu kerja hingga habis. Kanak-kanak disleksia ini juga lebih cenderung menjadi seorang
yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
Selain daripada itu, saya juga telah mendapati bahawa faktor-faktor yang
menyebabkan kanak-kanak menjagi kanak-kanak disleksia. Faktornya ialah keturunan atau
genetik, biologi, bawaan, kematangan, pengalaman pahit atau dasyat ketika kecil, komplikasi
otak, kekurangan vitamin, gangguan keterampilan pandangan visual-motor, pemakanan,
penyakit semasa kanak-kanak dan gangguan persepsi penglihatan. Lantaran itu, kanak-kanak
juga seringkali menghadapi persoalan dalam proses belajar. Masalah utama yang dihadapi
kanak-kanak disleksia kebanyakannya adalah dalam proses pembelajaran. Masalah yang
dihadapi bagi kanak-kanak disleksia ialah masalah pendengaran, pertuturan, matematik dan
nombor, mengeja, membaca dan menulis. Masalah-masalah yang dihadapi oleh kana-kanak
disleksia telah menyebabkan mereka menghadapi masalah dalam pembelajaran mereka.
79
Seterusnya, saya juga telah mempelajari cara untuk membina satu sudut pembelajaran
yang kondusif. Sudut aspresiasi ialah sudut muzik ini dapat membantu perkembangan
sosioemosi kanak-kanak secara umumnya emosi bermaksud perasaan. Kanak-kanak
mempunyai perasaan yang tinggi dan halus manakala sosial pula bermaksud pergaulan kanak-
kanak dengan orang lain. Muzik dapat membantu perkembangan sosioemosi kanak-kanak di
mana mereka dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti muzik. Muzik
adalah amat penting dalam perkembangan pergerakan kanak-kanak. Muzik memberikan
rangsangan kepada kanak-kanak untuk mereka bergerak secara langsung mahupun tidak
langsung. Kanak-kanak akan bertindak balas apabila mereka mendengar muzik.
Di samping itu, saya juga berkemampuan untuk menghasilkan slot pengajaran dengan
baik dan dapat membuat perancangan aktiviti yang sewajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan yang berkaitan dengan menggunakan boneka tongkat sebagai bahan
bantu mengajar utama saya serta berdasarkan pendekatan-pendekatan dan teknik-teknik
pengajaran dan pembelajaran prasekolah yang sesuai. Dalam membuat slot pengajaran, saya
telah mempelajari cara untuk memilih satu tunjang, fokus, standard kandungan dan standard
pembelajaran yang sesuai dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan.
Aktiviti yang dilakukan mestilah perlu membawa objektif yang baik kepada murid-murid
pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran serta bersesuaian dengan murid. Hal ini dapat
menambah pengalaman dalam membuat perancangan pengajaran dan memberi peluang untuk
saya menjadi seorang guru prasekolah yang berkualiti dengan merancang pengajaran dan
pembelajaran yang menarik, kreatif dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, alat bantu mengajar juga sangat penting dalam melancarkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Bagi kanak-kanak prasekolah, guru perlu menggunakan alat
bantu mengajar supaya murid-murid lebih memahami apa yang guru telah ajari tanpa hanya
menggunakan buku teks. Dalam tugasan ini, alat bantu mengajar yang telah saya gunakan
adalah kad perkataan, kad gambar, boneka tongkat, puzzle, origami “epal” dan sebagainya.
Menyusuri tugasan ini, saya kini dengan berbangga dapat membuat alat bantu mengajar
dengan baik. Saya telah mengetahui cara yang baik untuk menghasilkan alat yang sesuai
untuk sesi pengajaran dan pembelajaran saya seperti menggunakan kad gambar dengan
melakukan langkah soal jawab untuk murid-murid supaya mempunyai imbasan tentang soalan
saya terhadap murid-murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. Manakala, bagi
kegunaan origami “epal” semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ini adalah untuk menarik
80
perhatian murid-murid sebelum memulakan pengajaran saya. Murid-murid tidak akan berasa
bosan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Selepas itu, saya telah mempelajari tentang kaedah pentaksiran dengan lebih lanjut
untuk digunakan oleh seorang guru untuk membuat penilaian terhadap murid-murid mereka.
Dalam konteks sekarang istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian.
Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan silih
berganti dan dianggap sebagai sinonim. Terdapat 3 jenis kaedah pentaksiran yang boleh
digunakan oleh guru prasekolah iaitu pemerhatian, lisan dan penulisan. Setiap perkembangan
yang diperhatikan menjadi pertimbangan guru dalam mengisi instrumen ini berdasarkan skala
yang telah disediakan yang berasaskan kriteria-kriteria yang disenaraikan.
Seterusnya, saya juga telah mempelajari tentang cara untuk membuat analisis data dari
instrumen yang telah saya gunakan iaitu instrumen tinjauan awal perkembangan kanak-kanak
disleksia yang berasaskan kepada item yang hendak dinilai. Sebelum ini, saya pernah
menggunakan instrumen untuk perkembangan verbal, sosioemosi sebagai satu kaedah untuk
saya membuat penilaian ke atas murid-murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Jadi,
instrumen ini amat sesuai untuk guru mencatat tingkah laku dan perkembangan kanak-kanak
disleksia dari semasa ke semasa. Atas bantuan dari Dr. Kamisah, saya telah memahami cara
untuk menulis analisis data dari instrumen tersebut. Semasa menulis analisis data ini perlulah
mengikut kepada item yang dinilai untuk membuat perbandingan sebelum dan semasa bagi
murid-murid prasekolah tersebut.
Kesinambungan itu, aktiviti yang dirancang juga amat penting bagi proses pengajaran
dan pembelajaran. Semasa merancang aktiviti perlu menitikberatkan masa yang sedia ada
pada waktu tersebut. Kalau tidak menitiberatkan masa semasa merancangkan aktiviti, maka
proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan berjalan dengan lancar seperti masa yang
telah dirancang dalam slot pengajaran. Saya mendapati bahawa tanpa perancangan yang
sistematik sebelum mengajar, proses pengajaran akan menjadi kelam-kabut dan objektif
pengajaran akan mengalami kegagalan.
Sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini, banyak rintangan serta halangan yang
telah saya hadapi. Ada yang positif dan ada juga yang negatif. Pengurusan emosi yang tidak
teratur. Kesan negatif yang saya alami ialah saya telah menghadapi tekanan yang telah
membuatkan emosi saya mudah terjejas. Manakala yang positifnya dari sini saya mampu
belajar mengawal serta menguruskan emosi saya dengan baik.
81
Lantaran itu, saya juga telah menghadapi masalah yang berkaitan dengan bahasa yang
sewajar dalam laporan pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran, refleksi pengajaran dan
pembelajaran dan refleksi terhadap diri sendiri. Namun, penulisan tugasan amat penting
kerana melalui hasil tugasan, pembaca dapat memahami sesuatu konsep dengan mudah. Saya
berasa ayat-ayat yang telah saya tulis terdapat masalah ayat adalah tidak fasih. Saya telah
menanya rakan-rakan dan ahli keluarga saya tentang perkataan yang saya lupai dan ayat yang
betul dan fasih. Saya juga telah mempelajari cara untuk menyediakan satu laporan yang baik
berdasarkan sepanjang melaksanakan tugasan saya iaitu membuat perancangan, pelaksanaan
dan penilaian keberkesanan dengan format yang betul. Bahasa juga adalah amat penting
dalam menulis sebuah laporan yang baik dengan mempunyai ciri-ciri yang tertentu untuk
memenuhi kehendaknya.
Kesinambungan itu, saya juga telah mengamalkan sikap yang positif dalam mencari
maklumat yang dikehendaki dalam menyempurnakan tugasan ini. Saya telah menghadapi
masalah dalam mencari maklumat yang sesuai berkaitan dengan kaedah pentaksiran. Namun
dengan sikap tidak mudah putus asa dan tidak malu bertanya, akhirnya saya dapat mengumpul
serba sedikit maklumat berkaitan dengannya. Sebagai seorang bakal guru, kita tidak boleh
melepaskan tangan sahaja apabila menghadapi cabaran atau rintangan. Kita haruslah fahami
bahawa segala dugaan tersebut akan membantu perkembangan kita terutamanya dari segi
pemikiran. Kita haruslah berfikir secara kritis, kreatif dan optimis agar dapat mencapai
kejayaan pada akhir nanti.
Di samping itu, tugasan ini telah memberi pengetahuan dan pengalaman yang berguna
untuk masa yang akan datang. Dengan itu, saya tidak akan menjadi seperti ketam mengajar
anak berjalan lurus. Hal ini demikian kerana saya sebelum menurunkan ilmu kepada generasi
yang akan datang, saya akan mencuba sedaya upaya sendiri untuk mendalami pengetahuan
tentang pendidikan prasekolah dalam tempoh saya belajar di institut perguruan. Tugasan ini
juga menyedarkan saya bahawa amat penting untuk seseorang guru prasekolah mengamalkan
pemikiran di luar kotak supaya sesuatu yang menarik dan kreatif dapat meningkatkan
keinginan kanak-kanak prasekolah untuk belajar. Seseorang guru tersebut juga perlu
mempunyai tekad dan kesabaran dalam proses pencarian maklumat yang sahih untuk
menerangkan atau menjelaskan sesuatu. Guru yang kreatif dan bertanggungjawab dalam
pengajarannya berupaya untuk menarik minat murid-murid untuk belajar dan seterusnya akan
melahirkan tunggak negara yang cemerlang dalam pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani
dan intelek.
82
Tambahan lagi, kerja kursus ini dapat menyedarkan saya bahawa saya perlu bijak
dalam menguruskan masa untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan tepat pada masanya. Hal
ini demikian kerana pada masa yang sama, terdapat banyak tugasan yang perlu dibuat dan
dihantar dalam masa yang sama. Jadi, pengurusan masa yang baik adalah sangat penting
untuk semua orang tanpa mengira sesiapa, di mana seseorang itu berada. Di sini, saya
berharap sebagai seorang guru kelak saya dapat menguruskan segala kerja yang perlu
diselesaikan dengan mengikut masa yang telah ditetapkan supaya tidak akan berasa kelam
kabut pada akhir masanya.
Kelemahan yang saya perolehi semasa melaksanakan tugasan ini tentulah dari segi
peruntukan masa. Kesempitan masa untuk saya menyiapkan kerja kursus ini kerana pada
masa yang sama terdapat banyak pembentangan dan tugasan dari subjek yang berlainan. Jadi,
saya telah membuat satu jadual dengan mengikut tarikh hantar tugasan supaya semua tugasan
dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Hal ini demikian dapat mendidik saya untuk
tidak membuang masa dan kesuntukkan masa adalah mencukupi. Di sini, saya telah
mempelajari cara untuk menguruskan masa dengan baik supaya dapat menyiapkan tugasan
yang baik. Sebagai seorang guru pada masa akan datang, terdapat pelbagai kerja dan tugasan
yang perlu dilakukan pada satu masa, jika tidak pandai menguruskannya segala kerja tidak
dapat diselesaikan pada masa yang ditetapkan.
Tidak lupa juga kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Dr. Kamisah binti Buang
yang banyak memberi panduan, bimbingan dan dorongan kepada saya dalam menyiapkan
kerja kursus ini dengan sempurna. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
yang telah memberi pertolongan kepada saya apabila menghadapi masalah dalam menyiapkan
tugasan ini. Tanpa mempunyai nilai saling tolong-menolong makalah, tanpa mengira apa-apa
tugasan tidak dapat dijalankan dengan baik, sempurna dan lancar. Jadi, nilai saling tolong-
menolong antara satu sama lain adalah amat penting dalam menyiapkan sesuatu perkara atau
tugasan.
Akhir kata, mata pelajaran Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas ini sangat
penting untuk dipelajari oleh seorang bakal guru. Hal ini demikian kerana ia akan memberi
manfaat dan membantu kami dalam menghadapi situasi pengajaran dan pembelajaran yang
lebih mencabar pada masa akan datang. Terdapat pelbagai impak positif yang saya dapat ujian
mahupun dugaan yang harus ditempuhi oleh setiap manusia yang bergelar pelajar. Ibarat
ungkapan sebuah kata-kata hikmat ubukan senang hendak senang, bukan susah hendak
senang. Kata-kata ini sentiasa disematkan dalam meniti kehidupan ini. Sekian.