2.rancangan pengajaran dan pembelajaran harian psk
TRANSCRIPT
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5
Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
Tahun : 5 Pintar
Tarikh : 16 April 2011
Hari : Isnin
Masa : 60 minit (10.15- 11.15 Pagi )
Bilangan Murid : 25 orang
Tema : 6. Sedia Hadapi Cabaran
Tajuk : Peribadi Terpuji Disanjung Tinggi
Subtajuk : 11D.Usaha Berterusan Ke Arah Kecemerlangan
HASIL PEMBELAJARAN: Diakhir pembelajaran murid dapat :
i. Menyenaraikan langkah untuk mencapai kecemerlangan dan peribadi terpuji.
ii. Mengamalkan budaya cemerlang dalam kehidupan.
iii. Berbangga memiliki peribadi terbuji.
ISI KANDUNGAN
i. Video “Jika Kau Yakin Kau Boleh”.
ii. Menyatakan langkah-langkah untuk cemerlang dalam hidup.
iii. Perasaan murid-murid apabila cemerlang dalam hidup.
PENERAPAN NILAI
i. Kerjasama
ii. Berani
UNSUR PATRIOTISME
i. Bersyukur dengan pendidikan yang diterima di sekolah.
ii. Berbangga memiliki akhlak dan sikap terpuji.
BAHAN DAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEBELAJARAN
Kad Arahan (puzzle) 4 KepingKad Imbasan 4 KepingSilang kata 4 KepingKad Warna - warni 8 KepingLCD dan Laptop SebuahKertas Mahjung 4 KepingMarker Pen 4 Batang
PROSEDUR PERLAKSANAAN
ELEMEN PENGURUSAN
PEMBELAJARAN
BESTARI / KEMAHIRAN
GENERIK
CATATAN
SET INDUKSI ( 5 MINIT)
• Guru menunjukkan gambar pelajar
cemerlang kepada murid-murid.
• Murid diminta untuk memberi
pendapat mengenai gambar yang
dilihat.
• Guru mengaitkan jawapan murid
dengan tajuk pembelajaran pada hari
ini.
BBM :
Powerpoint
LANGKAH 1 (15 MINIT)
• Murid menonton Video “Jika Kau
Yakin Kau Boleh” dalam pasangan
yang ditentukan oleh guru.
• Guru meminta murid untuk mencatat
isi yang diperolehi melalui video yang
dilihat.
• Murid dikehendaki berbincang
bersama pasangan masing-masing
dan guru memanggil seorang wakil
ke hadapan untuk menerangkan
berkaitan video yang dilihat dan isi
perbincangan yang dibuat.
• Guru meminta murid untuk
menyenaraikan langkah-langkah
untuk cemerlang dalam hidup di
papan putih.
• Guru menayangkan isi utama
langkah untuk cemerlang.
• Guru memberi lembaran kerja.
TKP : Visual ruang,
Lingusitik
Teknik :
Perbincangan
Kemahiran Berfikir :
Mencatat nota
BBM:
LCD dan Laptop
Nilai :
Kerjasama
Berani
• Guru dan murid berbincang jawapan
yang betul.LANGKAH 2 ( 20 MINIT)
• Guru membentuk murid kepada 4
kumpulan
• Guru memberi petikan yang
berkaitan kepentingan
kecemerlangan dalam
akademik,sahsiah,ibadah (rohani)
dan fizikal(jasmani) serta maksudnya
kepada pelajar.
• Semua pelajar dikehendaki
membaca petikan tersebut secara
mekanis.
• Guru menerangkan isi yang terdapat
dalam teks.
• Guru mengedarkan kad puzzle
kepada setiap kumpulan.
• Tugasan hendaklah dibuat dalam
bentuk peta minda.
• KUMPULAN 1
Cara dan usaha untuk cemerlang
dalam akademik.
• KUMPULAN 2
Cara dan usaha untuk cemerlang
dalam sahsiah.
• KUMPULAN 3
Cara dan usaha untuk cemerlang
dalam ibadah (rohani).
• KUMPULAN 4
Cara dan usaha untuk cemerlang
dalam bentuk jasmani (fizikal).
TKP :
Intrapersonal
Interpersonal
Visual ruang
KBKK:
Meneroka idea
Alat KBBK :
Peta minda
Pembelajaran Koperatif
dan Kolaboratif :
“Rotating Review”
BBM :
Kad Arahan
Maker pen
Kad puzzle
• Hasil kerja kumpulan di pamerkan
dihadapan kelas.
• Wakil kumpulan dikehendaki
menerangkan hasil tugasan
kumpulan.
LANGKAH 3 (15 MINIT)
• Guru mimilih seorang murid untuk
memberi pandangan tentang ciri-ciri
pelajar cemerlang.
• Murid dikehendaki menyampaikan
maklumat tersebut secara tersusun
kepada murid lain dengan struktur
ayat yang betul dan bahasa yang
mudah.
• Guru membacakan ciri-ciri pelajar
cemerlang kepada murid.
• Murid diberi teka silang kata dalam
kumpulan masing-masing. Murid
diminta untuk mencari maklumat
tentang ciri-ciri pelajar cemerlang
dalam teka silang kata tersebut.
• Kumpulan yang pertama siap aakan
kehadapan untuk menampal teka
silang kata tersebut.
• Kumpulan yang pertama ke depan
akan di beri ganjaran.
TKP :
Visual ruang
BBM :
Silang kata
PENUTUP (5 MINIT)
• Guru bertanya apakah yang telah
anda belajar sebentar tadi.
• Murid memberi pelbagai jawapan.
• Guru meminta murid menyanyikan
semula lagu “Jika Kau Fikir Kau
Boleh” berdasarkan petikan lagu
yang diberikan.
• Guru membuat rumusan terhadap
pembelajaran pada hari ini.
Kemahiran Berfikir :
Merumus
Nilai :
Berani
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
PELAJAR CEMERLANG UPSR 2010
PELAJAR CEMERLANG UPSR 2009
PELAJAR CEMERLANG SK SAB 1
IBU BAPA GEMBIRA ANAK CEMERLANG
Fikirkan Boleh!!!!
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh….
Cara dan usaha untuk
cemerlang dalam
akademik
Cara dan usaha untuk
cemerlang dalam
sahsiah
Cara dan usaha untuk
cemerlang dalam
ibadah (rohani)
Cara dan usaha untuk
cemerlang dalam jasmani (fizikal)
MAKSUD AKADEMIK
Akademik berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Kepentingan kecemerlangan dalam
akademik ialah ;
i. Kita dapat memperolehi ilmu pengetahuan dengan sebaik-baiknya daripada
guru.
ii. Kita dapat menjadi seorang yang berjaya contoh bekerja sebagai doktor dan
peguam.
iii. Kita dapat memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan
membuatkan keluarga gembira.
MAKSUD SAHSIAH9
Sahsiah berkaitan dengan perwatakan dan budi perkerti seseorang. Kepentingan
cemerlang dalam sahsiah ialah :
i. Kita dapat membentuk perangai dan watak yang baik.
ii. Kita akan dipandang mulia oleh masyarakat.
iii. Kita akan mempunyai ramai kawan.
MAKSUD IBADAH (ROHANI)
Ibadah berkaitan dengan perasaan tunduk dan patuh kepada Allah dan perasaan
yang merasakan kebesaran Allah sebagai tempat pengabdian diri contohnya solat
lima waktu sehari semalam. Kepentingan cemerlang dalam bentuk ibadah ialah :
i. Kita akan mendapat pahala dari Allah S.A.W.
ii. Kita akan lebih banyak melakukan kerja-kerja amal.
iii. Kita akan rasa bahagia.
MAKSUD FIZIKAL (JASMANI)
Fizikal berkaitan dengan tubuh badan. Penekanan diberikan kepada aktiviti yang
membina kekuatan jasmani/ fizikal serta sistem organik seseorang individu seperti
sistem pencernaan, sistem pengedaran darah, dan sistem-sistem lain.Kepentingan
cemerlang dalam bentuk fizikal ialah:
i. Kita akan sentiasa lebih bertenaga.
ii. Kita dapat mengelakkan daripada selalu letih dan penat.
iii. Kita dapat melakukan kerja dengan lebih cekap.
Perlu berusahatanpa berputus asa untuk
memperoleh pengatahuan yangberlandaskan kebenaran.
‘Bha g a va d G ita ’
Kemuncak ilmu adalah mengetahui apakah erti sebenar ketaatan dan
erti sebenar ibadat.
‘Im a m Al – G ha z a li’
Manusia yang berakal ialah manusia yang suka meminta
dan menerima nasihat.
‘Sa y id ina Um a r a l-Kha ta b ’
Sifat yang wajar dimil iki oleh orang yang berj iwa besar ialah rendah
hati,menghormati orang,
lemah lembut dan adil.
‘Co nfuc ius ’
BIBLIOGRAFI
Ee Ah Meng. ( 1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru, Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Ee Ah Meng. ( 1989 ). Pedagogi Satu Pengenalan, Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Kamarudin Hj.Husin & Kamarul Azhar (1994). Asas Pendidikan III (Perkembangan
& Perlaksanaan Kurikulum). Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn.Bhd.
Mok Soon Sang & Lee Shok Mee ( 1986 ), Kurikulum Baru Sekolah Rendah Tahap
1. Subang Jaya : Percetakan Sentosa Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2004). Pengantar Pendidikan TERAS. Subang Jaya : Percetakan
Sentosa Sdn. Bhd.
Prof. Dr.Ansary Ahmad, Prof.Dr. Mansor Fadzil & Dr. John Arul Philips
(2007).HBEF 1103 Sosiologi dan Falsafah Pendidikan Malaysia . Kuala
Lumpur : Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad & Mazlan Zulkifli (2006). LANH1303
Pengajian Malaysia . Kuala Lumpur : Meteor Doc. Sdn.Bhd.