28541572 pembentangan puisi sajak
DESCRIPTION
kimTRANSCRIPT
PUISI MELAYU MODEN
MOHD NUR AZLAN BIN KAMARUZAMAN
CHE MOHD JAMIL BIN MUHAMAD
SEJARAH AWAL• Penulis Melayu yang pertama menulis puisi Melayu moden ialah
Omar Mustaffa. • Puisinya bertajuk “Angan-angan dengan Gurindam’, disiarkan dalam
Utusan Melayu, 18 Januari 1913. • Puisi ini dari segi bentuk dan isinya telah jauh menyimpang daripada
puisi Melayu tradisional – pantun dan syair terutamanya. • Dari segi bentuk, susunan baris, rangkap, dan rima akhirnya tidak
terikat lagi dengan bentuk tradisional. • Dari segi isinya, mengungkapkan persoalan semasa pada waktu itu,
iaitu menyuarakan persoalan ekonomi dan politik.• Sejak tersiarnya puisi yang memperlihatkan pembaharuan atau
pemodenan pada bentuk dan isinya, berlaku semacam kekosongan dalam penghasilan puisi moden.
• Hanya pada awal-awal tahun 1930-an, kegiatan menulis puisi mula kelihatan jelas kembali.
• Ini berdasarkan puisi “O Sariku”, karya Harun Aminurrasyid yang tersiar dalam majalah Pujangga Baru, Bil. 6, Disember 1933.
• Pada tahun 1934, Pungguk menghasilkan lima buah puisi sekali gus dan disiarkan dalam Majalah Guru, Mac 1934.
• Judul puisi-puisi Pungguk itu ialah, “Keluh Kesah”, “Selalu Merayu”, “Tak Disangka-sangka”, “Pujukan hati”, dan “Ibuku”.
• Dalam kelima-lima buah puisi ini telah ditemui penyimpangan daripada peraturan puisi-puisi Melayu tradisional yang ketat.
• Sejak Harun Aminurrasyid dan Pungguk menghasilkan puisi moden, puisi Melayu moden tumbuh dan berkembang dengan pesat sekali.
• Pelbagai tema dan persoalan yang dikemukakan oleh para penyair yang bersesuaian dengan zaman mereka dan harapan mereka tentang hidup dan kehidupan ini yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia, manusia dengan Pencipta, dan manusia dengan alam.
• Hal ini akan lebih jelas terlihat apabila alur sejarah pertumbuhan dan perkembangan puisi Melayu moden disusuri
DEFINISI• Menurut Mahusin Jusoh et. al. dalam buku mereka Bahasa Alam
(1985), puisi moden merujuk kepada puisi yang bebas daripada sebarang ikatan yang terdapat dalam puisi tradisional.
• Puisi Melayu moden ini juga lebih mementingkan keberkesanan pengucapan melalui pemilihan dan pemakaian kata-katanya yang saling menumpang dan terjalin menurut erti dan ritma.
• Selain itu, sajak atau puisi moden ini boleh dilihat pada konteks perkataan “moden” itu sendiri.
• Perkataan moden merangkumi suasana yang dibayangkan melalui kata-kata yang digunakan oleh penyair.
• Ertinya dalam sajak kita menemui suasana zaman baru yang membalut idea-idea moden, sikap moden dan banyak hal lagi yang mungkin termasuk ideologi atau falsafah moden.
• Sajak sebagai puisi moden ini juga mencerminkan masyarakat yang moden.
• Masyarakat moden menitikberatkan aspek individualistic dan ini terbayang dalam sajak.
• Hal ini dapat dilihat jika seseorang itu menulis sebuah sajak, dia mahukan namanya dicatatkan sebagai pencipta sajak tersebut.
• Secara tidak langsung ia memperlihatkan sikap penulis yang ingin mengakui hak ke atas karya yang dihasilkan.
• Hal ini tidak berlaku pada puisi tradisional kerana puisi tradisional yang dicipta dalam zaman dahulu adalah bersifat kolektif.
• Selain itu, menurut Abdul Halim Ali (2006), beliau menyatakan bahawa puisi Melayu moden juga disebut sebagai puisi Melayu baru.
• Puisi hanya mempunyai satu jenis iaitu sajak. Menurut Rahman Shaari (1987), sajak ialah puisi Melayu moden yang muncul di Malaysia sejak tahun 1990-an manakala wujud di Indonesia pada tahun 1920-an.
• Sajak wujud daripada perubahan sikap, pemikiran, pandangan hidup dan beberapa aspek kehidupan hasil daripada pengaruh Barat (Rahman Shaari, 198:76).
• Selain itu, ia juga dikatakan sebagai puisi bebas kerana penyimpangan-penyimpangan yang membezakan bentuknya daripada puisi tradisional.
• Rahman Shaari juga membahagikan sajak kepada dua jenis iaitu sajak bebas (free verse) iaitu sajak yang tidak terikat pada sebarang bentuk tertentu dan sajak konkrit (concrete verse) iaitu sajak yang mementingkan aspek penglihatan.
• Jelasnya, sajak berdiri sebagai ranting daripada dahan puisi, manakala puisi pula berasal dari pedu sastera.
• Manakala menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2007), beliau menegaskan bahawa puisi Melayu moden yang juga dikenali sebagai sajak ini merupakan satu karangan berangkap yang mengandungi susunan bahasa yang istimewa, menarik, elok, indah, imaginatif, kreatif dan mempunyai makna yang tersurat dan tersirat dengan jumlah perkataan yang minimum atau suatu bentuk pengucapan yang memiliki pemikiran, susunan perkataan yang istimewa daripada yang diucapkan sehari-hari.
• Jika dikaji, sajak adalah satu-satunya genre puisi Melayu moden. Dalam kalangan penganut sastera Melayu di Indonesia, Brunei dan Singapura, sajak seringkali difahami juga sebagai puisi Melayu moden.
• Kelahirannya di alam Melayu disebabkan oleh beberapa faktor, seperti perkembangan pengaruh Islam, modenisasi dalam kesusasteraan dan pengaruh kesusasteraan tradisional.
• Menurut Al-Hashimi, istilah sajak itu sendiri berasal dari perkataan Ara iaitu saj’u.
• Saj’u merupakan satu pecahan daripada ilmu badi’ yang merujuk kepada persamaan rentak sama ada antara tengah dan hujung, hujung bagi setiap pecahan ayat atau senggang perkataan (Shafie Abu Bakar, 1997:99).
• Meskipun demikian, pengaruh Barat telah ditandai dengan kemasukan modenisme turut memantapkan penggunaan istilah sajak.
• Selain itu, sajak dikatakan sebagai karya sastera yang sangat puitis dan sarat dengan unsur estetika.
• Kerana aspek puitis yang menghadirkan estetika itu membezakan puisi dengan prosa (Abdul Halim Ali, 2003:28).
• Bahkan dapat dikatakan bahawa penciptaan sajak ini bertujuan untuk menciptakan kepuitisan atau membentangkan imaginatif yang puitis secara puitis (Atmazaki, 1993: 14).
• Sajak menjadi indah kerana kehadiran puisi di dalamnya. Puisi itu sendiri menurut Kleden (1983) adalah hakikatnya keindahan yang menjelma dalam kata-kata.
• Sajak juga merujuk kepada puisi Melayu moden yang bebas sifatnya dan tidak terikat pada sesuatu pola tertentu serta digubah dengan bahasa yang indah untuk menyatakan fikiran, perasaan dan pengalaman.
• Sebagai contoh sebuah sajak karya Sasterawan Negara, Usman Awang yang bertajuk “Guru Oh Guru” yang menyatakan tentang peranan guru yang begitu besar untuk kemajuan negara.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negaraJika hari ini seorang Ulama mulisJika hari ini seorang Peguam menang bicaraJika hari ini seorang Pelukis terkemukaJika hari ini siapa sahaja menjadi dewasaSejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasaDengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
• Fang (1970) mengemukakan beberapa pandangan tokoh kritik sastera era Renaissance tentang sajak atau puisi.
• Antaranya mereka ialah Danielo, Francastoro. J.C Scalinger dan Castelvetro. Danielo dalam bukunya Poetica (1536) mengatakan bahawa puisi asalah tiruan kehidupan transedental atau dunia di luar pengalaman manusia.
• Manakala J.C Scalinger dalam bukunya Peotica (1951) mengatakan puisi haruslah dituliskan dalam sajak: sajak adalah bahagian dasar dari puisi kerana puisi adalah tiruan dalam sajak.
• kesimpulannya, puisnya dapat difahami sebagaimana pemahaman Shahnon iaitu berkaitan langsung dengan proses memaparkan pemikiran yang membangkitkan perasaan, merangsang imaginasi, pencaindera dalam susunan bahasa yang indah dan berirama.
• Walau bagaimanapun, agak sukar untuk mendapatkan makna yang jitu tentang puisi dan mustahil untuk kita bergantung kepada satu definisi bagi memahami puisi moden ini.
DEFINISI PUISITulisan berirama, terikat oleh bentuk
lahir yang tertentu dan mengutamakan keindahan dan imaginasi untuk mencapai kebenaran.
Ungkapan atau rangkaian kata-kata dalam sebuah rangkap, disusun berserta dengan irama, bunyi, rima dan kiasan.
TUJUAN PUISISebagai satu medium untuk meluahkan
perasaraan atau tekanan yang menghimpit jiwa manusia.
Sebagai satu kaedah untuk berinteraksi antara satu sama lain.
Sebagai satu medium pembelajaran untuk meraikan satu-satu majlis.
BENTUK PUISI
P a n t u nS y a i rG u r i n d a mS e l o k aS a j a k
SAJAKPuisi moden.
Bebas daripada ikatan tradisi
Berbeza daripada puisi dan syair.
Muncul hasil daripada perubahan sikap, pemikiran, pandangan, dan beberapa aspek kehidupan hasil daripada pengaruh Barat.
Sajak boleh dibahagikan kepada dua:
◦Sajak bebas (Verslibre)
◦Sajak Konkrit
Sajak BebasSajak ini tidak terikat dengan sebarang
bentuk.
Rentak berubah-ubah dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain.
Jumlah perkataan / suku kata untuk baris-baris sajak itu tidak diseimbangkan.
Sajak ini tidak mengambil kira soal keseimbangan jumlah baris, jumlah suku kata dan juga rima.
Pengucapan sajak lebih kepada peniruan percakapan yang diperhalusi sehingga menjadi lebih ekonomis dan puitis.
Sajak Konkrit
Aspek penglihatan menjadi asas kepada pembentukan sajak jenis konkrit.
Antara aspek konkrit yang boleh dikenalpasti ialah:
◦Bentuk◦Tempat◦Iklim
CIRI-CIRI SAJAK 1.Tema
Tema merupakan persoalan utama yang hendak disampaikan dalam sajak, contohnya tema kemanusiaan, kasih sayang dan cinta akan negara.
2.Persoalan
Persoalan pula merupakan perkara sampingan yang hendak disampaikan. Misalnya, sesebuah sajak akan menyelitkan persoalan kasih sayang, kemarahan, dan kekecewaan dalam sajak tersebut
3.Bentuk
Jenis bentuk, bilangan rangkap, jumlah baris, jumlah suku kata dalam baris, jumlah perkataan dalam baris dan rima akhir setiap baris.
4.Gaya Bahasa
i.Perbandingan
(a) Metafora
Perbandingan yang tidak jelas. Penggunaannya secara langsung tanpa menggunakan perkataan seperti, bak, umpama.
(b) Hiperbola
Gaya bahasa yang keterlaluan. Biasanya digunakan untuk memberi penekanan maksudnya berhubung dengan perasaan dan suasana.
c) Personofikasi
Benda yang tidak hidup, peristiwa atau keadaan diberi perbandingan dengan manusia.
(d) Simile
Membandingkan sesuatu keadaan, suasana, peristiwa diberi perbandingan dengan manusia.
ii. Penggunaan ayat
Inversi - Gaya bahasa yang menyongsangkan ayat.
iii. Pengulangan
Anafora / Epifora / Simplok
Memperlihatkan aspek pengulangan perkataan dalam setiap perkataan di awal ayat( anafora), tengah ayat ( simplok), dan akhir ayat (epifora).
iv. Unsur Bunyi
Asonansi _ pengulangan bunyi vokal ( a,e,i o,u)Aliterasi - pengulangan bunyi konsonan
v. Nada
Nada Melankolik - Menggambarkan suasana sedih
Nada Patriotik - Menggambarkan penuh perasaan
Nada Sinis - Menggambarkan perasaan kurang senang.
Nada Protes - Menggambarkan perasaan menentang
Nada Romantik - Menggambarkan perasaan yang tenang
SAJAK YANG BERMUTUIsi yang baikTeknik dan gaya yang baikImejan bercampurWujudnya kliseGaya melankolikKata-kata bombastikMetafora yang TIDAK berlebihanMeletakkan imbuhan pada tempatnyaBersifat prosaik
PROSES KREATIF SAJAKMenentukan tema bagi puisi yang hendak dikarang
Memikirkan mesej dan pengajaran yang hendak disampaikan
Menyenaraikan lakaran bahasa atau medan bahasa bagi puisi yang hendak dikarang
Memilih bahasa simbolik yang akan digunakan
Menyusun idea keseluruhan yang sesuai
Menentukan TemaTema merupakan intipati kepada satu-satu
puisi.Tema menjadi penentu kepada isi, pemilihan
kosa kata, gaya bahasa dan nada.Perkara yang perlu diambil kira:
◦Pengalaman◦Perkara yang menarik perhatian◦Bermakna◦Berkesan
Mesej dan Pengajaran
Mesej dan pengajaran tertentu boleh disalurkan kepada pendengar melalui bahan-bahan puisi.
Antara nilai murni yang boleh diterapkan dalam mesej ialah:
◦ Baik hati◦ Jujur◦ Amanah ◦ Berkasih sayang◦ Hormat menghormati
Lakaran BahasaBagi mempercepatkan lagi proses kreatif dan
segi pembentukan baris-baris perkataan dalam rangkap, penyenaraian lakaran bahasa yang juga dikenali sebagai medan bahasa bolehlah dibentuk.
Ini bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan dalam penulisan karya sajak bahkan dapat memberi gambaran yang jelas akan apa yang hendak disampaikan kepada pendengar.
Bahasa SimbolikBahasa simbolik digunakan dalam sajak
bagi menampakkan nilai atau unsur tersurat / intrinsik dalam sesuatu sajak.
Berdasarkan simbol-simbol inilah kita dapat mengaitkan makna yang hendak dibawa dengan hakikat hidup realitinya.
Penyusunan Idea
Setelah kita telah mendapat gambaran yang jelas tentang apa yang akan dikarang, proses penyusunan medan bahasa seiring dengan susunan idea mengikut bentuk puisi yang akan dikarang.
GAYA BAHASA
Bentuk sajak adalah bebas tidak seperti sepupu-spupunya yang lain seperti pantun dan syair kerana masing-masing terikat dengan peraturan masing-masing.
Di dalam bersajak kita perlu tahu akan beberapa aspek yang membentuk keseluruhan sajak yang baik.
Aspek Bunyi
Asonansi Perulangan bunyi vokal
AliterasiPerulangan bunyi konsonan
biasanya pada awal perkataan yang berurutan.
RimaPengulangan atau
pertentangan bunyi yang sama yang terdapat diawal atau
akhir baris.
Aspek Perkataan
DiksiPemilihan dan susunan
perkataan serta ketepatan, sama dan keistimewaan
perkataan-perkataan itu pabila digunakan dalam percakapan
atau penulisan.
MetaforaKiasan perbandingan yang
tidak menggunakan kata-kata perbandingan yang disebut
perumpamaan.
SimileBahasa perbandingan peringkat
termudah.
Personifikasi Memberikan sifat-sifat manusia kepada benda-benda
Aspek Perkataan
Hiperbola Penyataan yang berlebih-lebihan.
Pengulangan
Perkataan yang berulang pada satu satu baris.
Pengulangan di awal baris dipanggil anafora.
Pengulangan di akhir baris dipanggil efifora
CONTOH-CONTOH SAJAKAku Menjadi Lebih Berani
Kali inikau berbaju birudan bajuku ungu
sayang, hanya aku tahuhatimu
tidak setulus hatikuyang berbaju ungu.
Bila begini, sebilah pisau aku tidak gentarsepatah kata,
bisa, aku merasa.
Hati dan rasa mengejarkuaku menjadi lebih berani.
Latifah Haji Shebli Anak Laut, DBP, 2000.
Maksud
◦Penyajak menyatakan dalam persahabatan yang lebih penting ialah kejujuran dan keihlasan bukan sifat luaran.
◦Penyajak berani menghadapi cabaran kerana dia lebih memahami hatinya dan sahabatnya.
◦Penyajak juga memahami hati wanita yang berani menghadapi cabaran.
Ciri-ciri
◦ Sajak ini berbentuk bebas dan mempunyai tiga rangkap:
-rangkap pertama mempunyai tujuh baris.-rangkap kedua lima baris. -rangkap ketiga mempunyai lima baris.
Tema dan Persoalan
◦Tema sajak ini ialah sifat keberanian seorang wanita.
◦Persoalannya pula sesetengah orang tidak jujur dalam percintaaan dan pengalaman pahit yang dilaluinya menjadikan dia lebih berani.
Nada
◦Sajak ini bernada kecewa.
◦Gaya Bahasa
Asonansi : bajuku ungu ( pengulangan vokal u)
Aliterasi : tidak setulus hatiku
(pengulangan konsonan t)
Nilai
1. Peribadi kawan atau kekasih
Memilih sahabat atau kekasih jangan mengikut keadaan fizikal ( kecantikan dan ketampanan), tetapi yang penting kejujuran.
2. Kemanusiaan
Wanita walaupun bersifat lemah , tetapi akan bangkit menghadapi cabaran apabila dicabar.
3. Kemasyarakatan
Manusia tidak kira lelaki atau perempuan haruslah berani menghadapi cabaran yang bakal mendatang.
rujukan• Ahmad Kamal Abdullah, Hashim Awang et. al., 1990. Sejarah Kesusasteraan Melayu Jilid II, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
• Ali Haji Ahmad, 1966. Puisi Baharu Melayu (1942-1960), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
• Kamaruzzaman A. Kadir, 1982. Nasionalisme dalam Puisi Melayu Moden 1933-1957. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
• Kassim Ahmad, 1985. Kemarau di Lembah. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd.
• Keris Mas, 1979. 30 Tahun Sekitar Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
• Kumpulan Sajak-sajak Hadiah Sastera 1971-73, 1980. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
• Muhammad Haji Salleh, 1980. Pilihan Puisi Baru Malaysia - Indonesia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
• Pyan Husayn & Ismail Ahmad, 1978. Puisi Zaman Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. •
• Pyan Husayn & Suhaimi Haji Muhammad, 1981. Embun Pagi Antologi Puisi Sebelum Perang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
• Safian Hussain, Mohd. Thani Ahmad, et. al., 1981. Sejarah Kesusasteraan Melayu Jilid I. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
• Safian Hussain, Siti Aisah Murad, et. al., 1985. Bibliografi Sastera Melayu Moden 1925-1980. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
• Suara Semusim: Antologi Hadiah Karya Sastera 1972, 1980. Kuala Lumpur.
• Suhaimi Haji Muhammad, 1976, Chorus Manusia Pengungsi. Kuala Lumpur: Penerbitan Fargoes.
• Usman Awang, 1987. Puisi-puisi Pilihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
• Usman Awang dan Maarof Saad, 1969, Suara Tujuh. Batu Pahat: Syarikat Wijaya.