28. kata ganda 2 sk bandar
TRANSCRIPT
Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian
KATA GANDA
1. Kata ganda ialah kata yang terhasil atau terbentuk daripada kata yang digandakan
atau diulang sama ada sebahagian atau keseluruhannya.
2. Kata ganda terbahagi kepada empat :-
a) Kata Ganda Seluruh
b) Kata Ganda Separa
c) Kata Ganda Bersajak / Berima
d) Kata Ganda Berimbuhan
3. KATA GANDA SELURUH
i. Merupakan kata ganda yang diulang atau digandakan seluruh kata dasarnya
ii. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ( - )
Contohnya : baldi => baldi-baldi
pokok => pokok-pokok
jenis => jenis-jenis
iii. Kata Ganda Seluruh menunjukkan makna
Banyak / Jamak Satu / Tunggal Sifatmurid-murid anai-anai panjang-panjangrumah-rumah layang-layang tebal-tebalmeja-meja kura-kura pandai-pandai
4. KATA GANDA SEPARA
i. Kata ganda separa ialah kata ganda yang terbentuk dengan cara melenyapkan
bahagian awal kata ganda seluruh
ii. Kata ganda separa tidak diberi tanda sempang ( - )
Contoh : labu-labu => lelabu
Jentik-jentik => jejentik
Kuda-kuda => kekuda
iii. Kata ganda separa menyatakan makna :-
Menyerupai sesuatu Benda / binatang Banyak / jamakkekuda jejentik dedaunbebola kekisi jejarisesiku pepijat pepohon
5. KATA GANDA BERSAJAK / BERIMA
i. Kata ganda bersajak ialah kata ganda yang mengalami penyesuaian bunyi ( rima )
ii. Kata ganda bersajak mesti diletakkan tanda sempang ( - )
iii. Ada tiga jenis gandaan berentak berdasarkan penyesuaian bunyi iaitu :-
Penggandaan suku kata awal Penggandaan suku Penggandaan bebas
61
Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian
kata akhirgerak-geri anak-pinak kusut-masaibengkang-bengkok sayur-mayur simpang-siurmandi-manda kuih-muih porak peranda
iv. Kata ganda berima menunjukkan makna :-
Bermacam-macam / pelbagai
jenis
Paling / sangat Berulang kali
kuih-muih huru-hara mandi-mandasayur-mayur kacau-bilau lalu-lalangsaudara-mara licin-licau ulang-alik
6. KATA GANDA BERIMBUHAN
i. Kata ganda berimbuhan menerima imbuhan awalan , akhiran dan apitan
ii. Kata ganda beirimbuhan juga menerima imbuhan secara sisipan dan penyilangan
iii. Kata ganda berimbuhan ditulis dengan tanda sempang ( - )
iv. Kata ganda berimbuhan mengikut bentuk imbuhan
Jenis imbuhan Contoha) Awalan bermain-main , menari-nari , teresak-esakb) Apitan bertolak-tolakan , keanak-anakan , sehari-harianc) Akhiran buah-buahan , tumbuh-tumbuhan, bau-bauand) Sisipan tali-temali , jari-jemari , gilang-gemilange) menyilang hormat-menghormati, kenal-mengenal , sayang-menyayangi
v. Kata ganda berimbuhan menunjukkan makna :-
Bermacam-macam / pelbagai Menyerupai sesuatu Perbuatan menyilangsayur-sayuran orang-orangan bersalam-salamanbuah-buahan anak-anakan kejar-mengejar
KATA GANDA 2
Soalan 1 - 30
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. _________________ pada tingkap rumah Pak Idham dibuat daripada besi.
A. Lelangit C. Kekisi
B. Sesiku D. Kekuda
62
Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian
2. _________________ itu menunggu giliran untuk berjumpa dengan Guru Besar.
A. Kanak-kanak C. Belia-belia
B. Murid-murid D. Budak-budak
3. Kami dihidangkan dengan _______________ yang manis-manis belaka.
A. sayur-sayuran C. buah-buahan
B. lauk-pauk D. kuih-muih
4. Banyak kenderaan yang _______________ di jalan raya itu.
A. mundar-mandir C. lalu-lalang
B. kejar-mengejar D. beratur-atur
5. ________________ yang dijual di kedai itu telah dimakan oleh bubuk.
A. rempah-ratus C. lauk-pauk
B. sayur-mayur D. beras-petas
6. Puan Rina menggunakan ________________ yang pelbagai warna untuk membuat
sulaman baju kebayanya.
A. Jejarum C. dedaun
B. Bebenang D. bebola
7. ______________ bukan jenis serangga kerana mempunyai empat pasang kaki.
A. Semut C. Anai-anai
B. Labah-labah D. Labi-labi
8. Mereka berjaya menangkap _____________ kilogram udang galah dalam sungai
yang hampir kering itu.
A. berpuluh-puluh C. berekor-ekor
B. berjuta-juta D. berbanyak-banyak
9. Watson Nyambek yang baru menamatkan lariannya itu kelihatan ____________.
A. terbatuk-batuk C. terhincut-hincut
B. terbahak-bahak D. tercungap-cungap
63
Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian
10. Aksi peserta negara dalam pertandingan gimnastik itu _____________.
A. cantik-cantik C. lembut-lembut
B. hebat-hebat D. kuat-kuat
11. Ibu menyediakan _____________ buah yang manis sebagai pencuci mulut untuk
hidangan malam ini.
A. jeruk-jeruk C. coklat-coklat
B. kuih-muih D. agar-agar
12. Kami menyusun _____________ itu di atas meja.
A. hadiah-hadiah C. sampah-sampah
B. kerusi-kerusi D. rumah-rumah
13. Nenek suka makan daun pegaga ini _________.
A. mentah-mentah C. segar-segar
B. hijau-hijau D. lembut-lembut
14. Ibu mengisi sarung bantal itu dengan _____________.
A. Kekacang C. kekabu
B. Kekapas D. bebenang
15. Cikgu Salmi sentiasa mendorong anak muridnya supaya __________ mencari ilmu
pengetahuan.
A. berasak-asak C. bermain-main
B. berlumba-lumba D. bersama-sama
16. Pemimpin yang berwibawa menerima segala ____________ rakyat dengan penuh
kesyukuran.
A. kata-mengata C. pendapat-pendapat
B. umpat-umpatan D. puji-pujian
17. Mulut Pak Awang _________ membaca mantera untuk mengubati penyakit Mak Siti.
A. tersipu-sipu C. tersenyum-senyum
64
Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian
B. terkumat-kamit D. berbuih-buih
18. Mereka berjalan ____________ menyusuri pantai
A. berpasang-pasang C. berdua-duaan
B. beratus-ratus D. bertolak-tolak
19. Masyarakat berbilang kaum di negara ini sentiasa ________________ antara satu
sama lain.
A. sayang- menyayangi C. bergotong-royong
B. hormat-menghormati D. bersama-sama
20. ____________ penduduk kampung itu telah dimusnahkan oleh sekawan gajah.
A. Sayur-sayuran C. Pokok-pokok
B. Tumbuh-tumbuhan D. Tanam-tanaman
21. Puan Nora mengundang para _________nya ke majlis perkahwinan anaknya.
A. bebudak C. tetamu
B. tetangga D. lelaki
22. Suara ibu memanggil abang ____________ kedengaran dari sini.
A. samar-samar C. hampir-hampir
B. jarang-jarang D. sayup-sayup
23. ______________ pada papan hitam iu sudah patah.
A. Kekuda C. Kekunci
B. Jejari D. Sesiku
24. Daun-daun ___________ itu akan menguncup apabila disentuh.
A. dedalu C. bebawang
B. kekabu D. jejarum
25. Swee Lin menyandarkan segulung tikar di __________ biliknya.
A. pepenjuru C. lelangit
B. kekuda D. kekisi
65
Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian
26. Nenek memberikan ______________ makanan semalam kepada itik-itik
peliharaannya.
A. saki-baki C. suku-sakat
B. serbah-serbih D. lauk-pauk
27. Stadium hoki itu ________________ disinari lampu yang dipasang.
A. riuh-rendah C. sorak-surai
B. segar-bugar D. terang-benderang
28. Sikap Suria masih _______________ walaupun sudah dewasa.
A. kebudak-budakan C. kemalu-maluan
B. kecil-kecilan D. kegila-gilaan
29. Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah akan diumumkan __________ bulan
Disember.
A. selambat-lambatnya C. selebih-lebihnya
B. selewat-lewatnya D. sehabis-habisnya
30. Nenek ______________ kaki abang yang terseliuh itu.
A. menggaru-garu C. mengurut-ngurut
B. menyucuk-nyucuk D. meramas-ramas
Soalan 31 - 40
Pilih ayat yang betul penggunaan kata ganda.
31. A Lima orang budak-budak sedang berbasikal di taman.
B Lelangitnya sakit selepas dia makan buah yang keras itu.
C Sampah-sarap yang berbau itu dihurungi oleh lalat.
D Puan Latifah mengisi sarung bantal ini dengan lelabu.
32. A Banyak batu-batu yang berserakan di tepi jalan yang belum dibersihkan.
66
Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian
B Buah kelapa itu sudah ditebuk oleh tetupai.
C Empat orang mata-mata telah ditugaskan untuk menyiasat kes ini.
D Anak-anak kucing itu comel-comel belaka.
33. A Tetupai pada tiang itu sudah diganti dengan yang baru.
B Semua pokok-pokok bunga di halaman rumahnya sedang berbunga.
C Qabil amat cekap menunggang kekuda.
D Puan Marina memasak buah lelabu itu untuk hidangan malam nanti.
34. I Bebuli kaca itu berisi dakwat yang berwarna biru.
II Lima ekor burung layang-layang hinggap di dahan pokok itu.
III Murid-murid itu sedang bermain bebola di padang.
IV Belalang itu ada sepasang sesungut di kepalanya.
A I,II, dan III sahaja
B I,II, dan IV sahaja
C II, III, dan IV sahaja
D I,II,III, dan IV
35. I Tiga batang pohon-pohon mangga itu sudah mati.
II Ayah memasang tupai-tupai pada tiang penyidai kain itu.
III Sarang angkut-angkut di tepi pintu itu sudah pecah.
IV Bebenang skru itu sudah putus.
A I, II dan III sahaja
B I, III dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, II, III, dan IV
36. A Aliman makan buah-buahan itu sambil menonton televisyen.
B Carina akan menjalani kursus jahit-menjahit itu di pusat belia.
C Orang-orang yang datang ke majlis itu disambut dengan mesra oleh tuan rumah.
D Dia berlari jongkang-jongket dikejar anjing liar.
37. A Di halaman rumahnya ditanami dengan bermacam-macam bunga-bungaan.
B Rempah-ratus ini kami temui di dasar laut.
C Encik Johari menanam pokok buah-buahan untuk mempelbagaikan
67
Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian
pendapatannya.
D Sifatnya seperti kelelakian amat terserlah setelah dia berhijrah ke bandar.
38. A Suasana di stadium itu riuh oleh sedu-sedan para penonton.
B Sudah berpuluh-puluh tahun Pak Man melibatkan diri dalam kerja ukir-mengukir
ini.
C “Kita hendaklah saling kasih-mengasihi antara adik-beradik,” kata ibu.
D Shazwani menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali semasa ditanya oleh
ibunya tentang hal itu.
39. A Jason berlari lemah-gemalai kerana dikejar ibu ayam.
B Keadaan di kelas itu menjadi riuh-rendah apabila Cikgu Norma keluar.
C Pembedahan itu meninggalkan karut-marut di mukanya.
D Norin dan kakaknya saling berpeluk-pelukan semasa bertemu.
40. I Kulit udang itu kemerah-merahan setelah direbus.
II Encik Lai sekeluarga berura-ura hendak berhijrah ke luar negara.
III Pelajar dalam setiap kelas ini berhambat-hambat dalam setiap ujian yang
diadakan.
IV Jalan raya ke tapak perumahan itu lekak-lekuk.
A I, II, dan III sahaja
B I, II, dan IV sahaja
C II, III, dan IV sahaja
D I, II, III,dan IV
Soalan 41-90
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
41. Adik ___________ di tepi pantai sambil mengejar ombak.
A berlari-lari
B berbual-bual
C berjalan-jalan
D bersusun-susun
68
Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian
42. Shahir _________kerana buku Bahasa Melayunya hilang.
A. malu-malu
B. gelak-gelak
C. marah-marah
D. jerit-jerit
43. Malaysia mempunyai __________ peranginan yang kaya dengan keindahan alam
semulajadi.
A. jeti-jeti
B. kapal-kapal
C. laut-laut
D. pulau-pulau
44. Ravi _________ apabila Cikgu Maria menyuruhnya menyiapkan latihan Sains dengan
segera.
A. hiruk-piruk
B. lintang-pukang
C. kelam-kabut
D. lalu-lalang
45. Dinding rumah usang itu dipenuhi dengan pokok __________.
A. kekabu
B. kekapas
C. dedaun
D. deduit
46. Adik menangis __________kerana perutnya sakit.
A. terpinga-pinga
B. terketar-ketar
C. teresak-esak
D. terjerit-jerit
47. _________ mudah membiak dalam bekas yang menakung air.
A. Jejentik
69
Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian
B. Pepijat
C. Kekura
D. Lelabah
48. Adik suka makan ________ ketam yang dimasak oleh ibu.
A. tetupai
B. kekisi
C. bebola
D. jejari
49. Malik ________ ketika dipuji oleh kawannya.
A. teresak-esak
B. tersipu-sipu
C. tersekat-sekat
D. terbahak-bahak
50. Pak Dolah ketawa __________ menonton televisyen rancangan Jangan Ketawa.
A. terkial-kial
B. tersekat-sekat
C. terbahak-bahak
D. teresak-esak
51. Sofia _______ kepala tanda tidak bersetuju dengan pinangan itu.
A. mengangguk-angguk
B. menggeleng-geleng
C. berpusing-pusing
D. menggaru-garu
52. Rambut Yatim _______ ketika bangun daripada tidur.
A. kusut-masai
B. comot-momot
C. koyak-rabak
D. compang-camping
53. Almari lama itu telah reput kerana dimakan oleh ________ .
70
Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian
A. kura-kura
B. anai-anai
C. semut-semut
D. labah-labah
54. Siput babi mempunyai sepasang __________.
A. sesiku
B. sesungut
C. kekuda
D. kekisi
55. ___________ kayu itu patah kerana sudah reput.
A. Bebola
B. Pepejal
C. Tetupai
D. Tetikus
56. Penagih dadah itu berjalan _________ di lorong gelap.
A. mundar-mandir
B. lintang-pukang
C. huru-hara
D. gopoh-gapah
57. Abu berlari ________ kerana dikejar oleh seekor anjing liar.
A. simpang-siur
B. compang-camping
C. geli-geleman
D. lintang-pukang
58. __________ di dalam peti sejuk itu masih segar.
A. Anak-anak
B. Kuih-muih
C. Sayur-mayur
D. Tanah-tanih
71
Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian
59. Mereka sedang ________ dengan para tetamu.
A. beramah-tamah
B. bertungkus-lumus
C. bermain-main
D. bergilir-gilir
60. Hujan sangat lebat, kilat pula ________.
A. tembak-menembak
B. sabung-menyabung
C. menunjuk-nunjuk
D. melompat-lompat
61 . Kami __________ selepas menjalani latihan bola sepak di padang itu .
A. berbual – bual
B. bersama – sama
C. berbaring – baring
D. bergaduh – gaduh
62 . Belakang Ramizul merah – merah kerana digigit __________ semasa berbaring
di atas tilam itu .
A. lelangit
B. rerambut
C. pepijat
D. jejentik
63 . Jazura _________ buku cerita yang baru dihadiahkan oleh Amir itu .
A. mengais – ngais
B. mengoyak – ngoyak
C. membelek – belek
D. mengipas – ngipas
64 . ___________ santan yang dimasak oleh ibu sangat enak rasanya .
A. Epok – epok
B. Gado – gado
72
Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian
C. Agar – agar
D. Umang – umang
65 . Fendi ___________ dahi apabila menyedari kesilapannya semasa menjawab
soalan itu .
A. menepuk – nepuk
B. menghentak – hentak
C. menarik - narik
D. mengepit – ngepit
66 . Pak Cik Ishak dan Shazwan sedang membersihkan __________ di dalam garaj
itu .
A. bebawang
B. sesawang
C. bebenang
D. peparu
67 . Bas Ekspres Bayu Pagi itu __________ dari Rembau ke Kuala Lumpur .
A. mundar – mandir
B. lalu – lalang
C. berulang – alik
D. kacau – bilau
68 . Orang ramai ________ pergi ke padang Majlis Perbandaran Sepang untuk
menyaksikan pertunjukan silap mata itu .
A. bersepah – sepah
B. berlegar – legar
C. berlari – lari
D. berduyun – duyun
69 . Peristiwa yang berlaku semalam _________ telah menginsafkan Hazri .
A. usah – usah
73
Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian
B. benar – benar
C. kira – kira
D. makin – makin
70 . ________ yang dijual di gerai nasi lemak Mak Itam itu dibuat oleh anaknya.
A. Kayu –kayan
B. Kuih – muih
C. Sayur – mayor
D. Paku – pakis
71 . Mereka ketawa _________ apabila melihat telatah pelawaak yang lucu itu .
A. berdekah – dekah
B. berpandang – pandangan
C. tergigil –gigil
D. tergolek – golek
72 . Sup ________ daging yang dihidang di atas meja itu masih panas .
A. bebola
B. beburung
C. bebuli
D. bebunga
73 . Nenek memasukkan __________ kari ke dalam kari kambing yang sedang
dimasaknya .
A. kuda – kuda
B. cebis – cebis
C. daun – daun
D. biji – biji
74 . Harga barang di kedai bebas cukai itu memang _________ belaka .
A. murah – murah
B. wangi – wangi
C. cantik – cantik
D. kemas – kemas
75 . Hafizi dan kawan – kawannya sedang bermain ___________ di padang itu .
A. labu – labu
B. layang – layang
74
Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian
C. bayang – bayang
D. dulang – dulang
76 . Kita hendaklah mengamalkan sikap _________ sesama jiran tetangga .
A. keji – mengeji
B. hormat – menghormati
C. ejek – mengejek
D. elak – mengelak
77 . _________ di kawasan itu sangat tinggi dan ditumbuhi pelbagai jenis pokok.
A. Gunung – ganang
B. Semak – samun
C. Batu – batan
D. Paku – pakis
78 . “ Lebih baik encik kurangkan tabiat merokok kerana ________ encik sudah
rosak , “ kata Doktor Jazni kepada Ghazali .
A. gegendang
B. lelangit
C. peparu
D. jejari
79 . Puan Hasnah membeli dua biji ________ semasa berkunjung ke Pameran
Kraf Tangan itu .
A. lelabu
B. geginjal
C. bebenang
D. kekabu
80 . Maznah dan Hamidah percaya akan cerita yang direka oleh kamal itu _______ .
A. main – main
B. jauh – jauh
C. kais – kais
D. bulat – bulat
81. Yusri __________________________apabila diminta untuk menjawab soalan
peribahasa itu kerana dia sedang mengelamun.
A. terkial-kial
75
Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian
B. terpinga-pinga
C. tersentak-sentak
D. terlihat-lihat
82. Orang ramai______________________untuk membeli tiket perlawanan akhir bola
sepak.
A. kejar-mengejar
B. tolak-menolak
C. tarik-menarik
D. tegur-menegur
83. Puan Jamiah berdoa________________ agar suaminya selamat di
perbatasan.
A. mudah-mudahan
B. habis-habisan
C. mati-matian
D. terus-terusan
84. Amar berjalan____________________kerana kakinya sakit setelah terjatuh dari
tangga.
A. terketar-ketar
B. terhoyong-hayang
C. terincut-incut
D. terbuai-buai
85. Kehidupan keluarga yang berjiran itu aman-damai kerana mereka
selalu_______________________.
A. tegur-menegur
B. pandang-memandang
C. soal-menyoal
D. tanya-menanyai
86. Sebuah bot nelayan menghampiri seorang budak lelaki yang
__________________ di tengah laut.
76
Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian
A. terkapai-kapai
B. terpanggil-panggil
C. terlambai-lambai
D. terlayang-layang
87. Sementara menunggu pintu muzium dibuka, pengunjung__________
di luar muzium.
A. lalu-lalang
B. bolak-balik
C. simpang-siur
D. mundar-mandir
88. __________________banyak digunakan dalam masakan tradisional masyarakat India.
A. Rempah-ratus
B. Beras-petas
C. Lauk-pauk
D. Kuih-muih
89. Badan budak itu_____________________kerana sering dipukul oleh ibunya.
A. kusut-masai
B. compang-camping
C. comot-momot
D. calar-balar
90. Nek Liah memasukkan air ke dalam _______________.
A. bebuli
B. lelangit
C. gegendang
D. lelabu
Soalan 91 berdasarkan gambar
77
Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian
91. Keadaan jalan raya yang __________________boleh mengakibatkan kemalangan.
A. ulang-alik
B. simpang-siur
C. bengkang-bengkok
D. tunggang-langgang
Soalan 92 berdasarkan gambar
92. Ravi sedang membaiki __________________basikalnya yang telah
rosak.
A. jejari
B. kekisi
C. sesiku
D. jemari
93. Kakak menolong ibu menghiris__________________ di dapur.
A. pepatung
B. dedaun
C. pepijat
D. bebawang
94. _____________________di tepi jalan itu sudah condong.
A. Pepohon
B. Dedaun
78
Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian
C. Bebunga
D. Dedahan
95. ____________________bayi itu kemerahan kerana digigit oleh semut.
A. Lelangit
B. Jejari
C. Sesiku
D. Pepatung
96. Pisang goreng sedap dimakan ______________________.
A. lemau-lemau
B. keras-keras
C. panas-panas
D. lembik-lembik
97. Cebisan_______________________bertaburan di bawah meja makan.
A. pinggan-pinggan
B. pakaian-pakaian
C. kertas-kertas
D. kotak-kotak
98. Motosikal itu ___________________ berlanggar dengan kereta di
tengah jalan.
A. sipi-sipi
B. nyaris-nyaris
C. betul-betul
D. jarang-jarang
99. Murid-murid itu banyak ______________________ daripada membaca buku.
A. main-main
B. jarang-jarang
C. senyum-senyum
D. harap-harap
100. _______________________ akan ditutup pada hari cuti umum.
A. Kedai-kedai
B. Pejabat-pejabat
79
Panel Perunding Bahasa Melayu Daeah Pontian
C. Rumah-rumah
D. Hotel-hotel
80