270147373-kdk-topik-7

Download 270147373-KDK-Topik-7

If you can't read please download the document

Upload: darius-mudin

Post on 03-Feb-2016

216 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kdk

TRANSCRIPT

Topik 7 >Tingkah Laku SosialHASIL PEMBELAJARANDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1.Menerangkan imej kendiri;2.Menghuraikan kepentingan Konsep Kendiri, Harga Diri yang positif;3.Mengenal pasti perubahan emosi dan sosial yang berkaitan dengan delekuen juvanil; dan4.Menerangkan kepentingan penjagaan kesihatan seksualiti.PENGENALANTingkah laku sosial remaja menjadi perbualan setiap masa. Pembangunan yang pesat, perubahan sosio-ekonomi, demografi serta budaya menyebabkan remaja masa kini berhadapan dengan kehidupan yang amat berbeza daripada alam remaja kita pada suatu masa dahulu. Perubahan ini bukan sahaja memberi kesan kepada keluarga dalam mendidik remaja malahan golongan remaja sendiri terpaksa belajar menyesuaikan diri. Pendidikan kemahiran sosial yang baik di rumah mahupun di sekolah tidak selalunya dapat membentuk semua remaja kita menjadi warga yang sempurna.Sebagai orang dewasa kita tidak sepatutnya menilai masalah sosial remaja pada konteks pengalaman zaman lampau kita sendiri. Kita hanya akan bersikap tidak adil kepada mereka dan mungkin menyebabkan mereka lebih memberontak. Memahami perkembangan zaman dan kaitannya dengan perubahan sosial remaja akan membantu kita memikirkan cara penyelesaian yang lebih baik.) AKTIVITI 7.1Apakah perubahan emosi yang dialami oleh remaja? Mengapakah perubahan emosi ini berlaku? Apakah kesannya jika perubahan emosi tidak ditangani dengan baik?TOPIK 7 TINGKAH LAKU SOSIAL477IME] KENDIRI7.1.1Penghargaan KendiriSetiap individu dilahirkan sebagai insan yang istimewa. N amun, di dalam proses sosialisasi sama ada dalam lingkungan keluarga sendiri atau masyarakat, pertumbuhan kendiri adalah berbeza. Ada di antara kita akan membesar dengan imej kendiri yang posititif dan ada yang negatif.Penghargaan diri membawa pengertian yang luas. Penghargaan diri memainkan peranan dalam menentukan keterampilan diri. Penghargaan diri boleh dianggap sebagai tunjang kepada kesihatan mental dan emosi. Kita boleh merujuk kepada definisi kesihatan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu bukan sekadar tiada penyakit tetapi kesihatan yang menyeluruh termasuk fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani.Ahli psikologi dan falsafah Amerika, William James (1890) menerangkan penghargaan diri sebagai persepsi mental seseorang tentang kualiti dirinya dan bukan ciri-ciri fizikalnya. Nathaniel Branden (1969) pula melihat harga diri sebagai pengalaman kemahiran yang membantu gaya tindakbalas seseorang terhadap cabaran-cabaran asas dalam kehidupan.Mari kita melihat pandangan Maslow tentang harga diri. Maslow menjelaskan harga diri sebagai keinginan untuk dihormati oleh orang lain dan rasa menghormati diri sendiri. Harga diri menurut pendapat Maslow memerlukan kemahiran, keyakinan diri, penguasaan, pencapaian,berdikari dan kebebasan.Sementara rasa dihormati orang lain ialah pengiktirafan, penerimaan, status dan penghargaan. Tanpa perasaan ini Maslow menganggap seseorang tidak bersemangat , lemah dan rasa rendah diri.Dalam konteks Tingkah laku sosial, harga diri menjadi faktor penentu sama ada seseorang akan memilih untuk melibatkan diri dalam perlakuan sosial yang baik atau sebaliknya. Mereka yang memiliki harga diri yang positif dilihat sebagai lebih berjaya sama ada dalam kehidupan berkeluarga, bersosial mahupun kerjaya. Mereka yang mempunyai harga diri yang rendah lebih cenderung berasa tidak mampu untuk berjaya, tidak disukai dan antisosial. Mereka dikaitkan dengan pelbagai masalah sosial yang negatif seperti penagihan dadah.Only one page has been converted.Please go to https://docs.zone and Sign Up to convert all pages.