20807909 pengguna dan kepenggunaan
TRANSCRIPT
-
8/2/2019 20807909 Pengguna Dan Kepenggunaan
1/29
PENGGUNA DAN KEPENGGUNAAN
LNS 1043KUMPULAN D
TAJUK:
SEJAUHMANAKAH SERIUSNYA ISU PEMANASAN GLOBAL
MEMBERI KESAN KEPADA PENGGUNA.
_____________________________________________________________
NAMA PELAJAR:
EDDIE LARRY LAIMIN
MOHD TARMIZI BIN SHAARI
MOHD SHAHREN BIN MAD YASIN
MOHD SUHAIMI BIN MAT DIK
MOHD SALAIHUDIN BIN MAT JUSOH
-
8/2/2019 20807909 Pengguna Dan Kepenggunaan
2/29
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN 1
2.0 PENGENALAN KEPADA ANCAMAN PERUBAHAN 1-2
IKLIM GLOBAL
3.0 FAKTOR-FAKTOR MENYEBABKAN BERLAKUNYA 2-7
PEMANASAN GLOBAL
4.O KESAN-KESAN AKIBAT BERLAKUNYA PEMANASAN 7-13
GLOBAL KEPADA PENGGUNA.
5.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI PEMANASAN 13-15
GLOBAL
6.0 ISU-ISU MENGENAI PEMANASAN GLOBAL YANG 16-22
MENGANCAM MANUSIA DAN DUNIA.
7.0 PENUTUP 23
RUJUKAN
-
8/2/2019 20807909 Pengguna Dan Kepenggunaan
3/29
1.0 PENGENALAN
Pada era globalisasi ini, kita didedahkan dengan isu dunia iaitu pemanasan global1 yang
berlaku. Aktiviti-aktiviti manusia menghasilkan sebuah selimut yang besar untuk
menutupi bumi kita. Selimut ini diperbuat daripada gas-gas yang dikenali sebagai gas
rumah hijau yang bertindak untuk meningkatkan suhu di permukaan bumi. Dalam erti
kata lain, gas-gas tersebut akan memanaskan permukaan bumi. Mengikut pendapat Hare.
T (1992, 4), pemanasan global merupakan kenaikan suhu bumi yang disebabkan oleh
peningkatan paras gas-gas seperti karbon dioksida, metana dan lain-lain gas yang
dibebaskan di atmosfera2. Menurut Laporan Perubahan Cuaca antara Kerajaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) merekodkan sejak tahun 1950-an suhu
dunia mula meningkat satu darjah celcius sedekad dan tahun 1998 dianggap tahun paling
panas di dunia. Hal ini disebabkan oleh kesan pengeluaran karbon dioksida yang
meningkat di atmosfera dan dianggarkan 35 peratus lebih tinggi dalam tahun 2006
berbanding tahun 1990. Angka anggaran tersebut merupakan satu kadar pertumbuhan
yang lebih cepat lagi daripada yang dijangka.
Fenomena-fenomena yang berlaku kesan daripada pemanasan global
menyumbangkan kepada perubahan iklim dunia. Aktiviti-aktiviti manusia merupakan
faktor-faktor utama yang mengubah cuaca dan iklim dunia. Bukti-bukti perubahan iklim
dunia seperti perubahan kandungan gas pencemar yang boleh menyebabkan berlakunya
kesan rumah hijau, perubahan suhu atmosfera dan suhu air lautan pada masa kini dan
masa akan datang. Pemanasan global berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor-
faktor tersebut mendatangkan kesan-kesan negatif kepada pengguna atau manusia di
muka bumu ini.. Oleh itu beberapa langkah perlu diambil segera bagi mengurangkan
kesan pemanasan global.
1Pemanasan global merupakan satu indikasi atau tanda-tanda meningkatnya suhu permukaan baikdi atas daratan, lautan, ataupun kombinasi keduanya secara menyeluruh.
2 Hare. T (1992, 4), berpendapat bahawa pemanasan global merupakan kenaikan suhu bumi yang
disebabkan oleh peningkatan paras gas-gas seperti karbon dioksida, metana dan lain-lain gas yang
dibebaskan di atmosfera
-
8/2/2019 20807909 Pengguna Dan Kepenggunaan
4/29
2.0 PENGENALAN KEPADA ANCAMAN PERUBAHAN IKLIM GLOBAL
Perubahan iklim global merupakan ancaman yang mungkin tidak disedari dan kurang
diberi perhatian oleh masyarakat kini. Di Malaysia, masih terdapat segelintir masyarakat
yang memandang enteng permasalahan ini. Perubahan iklim global biasanya dikaitkan
dengan peningkatan suhu dunia yang merupakan satu proses kompleks serta memakan
masa yang panjang.
Namun begitu, fenomena kesan perubahan iklim global semakin jelas dan dapat
dirasai oleh masyarakat dunia rentetan berlakunya peningkatan suhu dunia. Peningkatan
suhu dunia atau lebih dikenali sebagai pemanasan global merupakan satu ancaman barukepada keselamatan rakyat dan negara malahan dikatakan boleh menjadi lebih dahsyat
daripada senjata pemusnah masa. Ini adalah kerana fenomena pemanasan global tidak
mengenal warna kulit dan sempadan negara.
Di Malaysia, tanda-tanda perubahan iklim akibat pemanasan global dapat dilihat
menerusi beberapa kejadian bencana dan juga simptom-simptom yang melanda beberapa
kawasan di seluruh negara seperti kenaikan paras air laut, jerebu, banjir dan kekurangan
sumber air. Perubahan iklim yang berlaku tidak hanya melibatkan Malaysia sahaja,
malah ia merupakan permasalahan global yang harus ditangani secara bersama oleh
semua negara di dunia.
3.0 FAKTOR-FAKTOR MENYEBABKAN BERLAKUNYA PEMANASAN
GLOBAL
Sememangnya punca dan faktor sebenar yang menyumbang kepada perubahan iklim dan
pemanasan global masih menjadi pertikaian sesetengah pihak. Namun hakikatnya, apa
yang jelas bukti menunjukkan bahawa perubahan iklim dan pemanasan global berpunca
daripada aktiviti dan cara hidup manusia sendiri. Kerakusan manusia menjadi punca
utama kepada perubahan iklim global. Pembangunan, pemusnahan hutan, perindustrian,
-
8/2/2019 20807909 Pengguna Dan Kepenggunaan
5/29
perkilangan dan pengangkutan merupakan antara aktiviti yang menyumbang kepada
perubahan iklim sejagat.
Perubahan iklim global yang berlaku adalah kesan peningkatan mendadak gas rumah
hijau di atmosfera yang disebabkan oleh kepesatan dalam industri perkilangan,
pembalakan, pertanian, pengangkutan dan industri lain di dunia tanpa adanya
keseimbangan dengan alam sekitar. Ini seterusnya telah menyumbang kepada
pertambahan gas-gas tersebut dan secara langsung meningkatkan suhu bumi.
Peningkatan gas karbon dioksida di atmosfera berlaku kesan daripada pembakaran bahan
api fosil seperti penggunaan petrol, arang batu dan gas. Menerusi Laporan Penilaian Ke-
4 (Perubahan Iklim 2007) Panel Antara Kerajaan Perubahan Iklim (IPCC), menunjukkan
98 peratus daripada kenaikan suhu bumi kini disebabkan oleh pembebasan gas karbon
dioksida.
Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera meningkat daripada 280 bahagian sejuta
(ppm) yang dicatat pada kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379
ppm pada 2005. Pada 2099, sekiranya manusia masih mengekalkan momentum
penggunaan bahan api fosil sepertimana sekarang, kepekatan gas ini di atmosfera
dijangka meningkat sebanyak 700 ppm. Keadaan ini akan mengakibatkan persekitaran
bumi tidak lagi sesuai untuk didiami oleh manusia.
Secara relatifnya, pembebasan gas rumah hijau oleh Malaysia masih kecil
berbanding beberapa negara lain di dunia. Negara maju seperti Jepun dan Amerika
Syarikat merupakan antara penyumbang utama kepada pembebasan gas rumah hijau.
Namun begitu, satu sistem kawalan diperlukan bagi mengurangkan pelepasan gas rumah
hijau ke atmosfera.
-
8/2/2019 20807909 Pengguna Dan Kepenggunaan
6/29
Negara Tahun
Pembebasan
gas-rumah
hijau (juta tan)
Malaysia 1990
1994
138.0
144.0
Thailand 1990 225.0Australia 1990 572.0
Jepun 1990
1994
1,215.9
1,276.1
Amerika
Syarikat
1990
1994
5,895.9
6130.8
Pembebasan gas rumah hijau oleh negara-negara terpilih
Sumber:Malaysia Initial National Communication (INC), 2000
Mengikut pendapat John Mike Wallace ahli pengkaji Sains Atmosfera, Berita
Harian (2006, 2) berpendapat pemanasan global berlaku disebabkan oleh aktiviti-aktiviti
manusia. Salah satu punca tersebut ialah kepadatan bandar. Aktiviti pembandaran telah
mengubah sifat-sifat fizikal permukaan bumi yang ditutupi oleh tumbuhan hijau.
Contohnya, dengan pembinaan bangunan, jalan raya, padang golf, tempat letak kereta
dan kemudahan lain akan menyebabkan keupayaan permukaan bandar menyerap dan
menyimpan haba bertambah. Dengan perubahan pola tersebut menyebabkan suhu di
kawasan bandar menjadi panas. Kekurangan litupan tumbuh-tumbuhan di bandar juga
menyebabkan udara menjadi panas akibat proses sejatan berkurangan. Hal ini
mengganggu proses sejatan yang berperanan untuk memindahkan haba dari udara, di
mana proses sejatan bertindak sebagai penyejuk di permukaan bumi. Haba yang
sepatutnya digunakan untuk sejatan sekarang digunakan untuk memanaskan bumi.
Pembinaan bangunan berkaca seperti seni bina bangunan pencakar langit dan berkaca
menjadi pilihan di bandar-bandar (Sham Sani, 1982: 3-5). Fenomena tersebut
menyebabkan berlakunya pancaran gelombang panjang yang menyebabkan bangunan di
bandar menyerap haba yang meningkatkan suhu di kawasan tersebut. Ketiadaan pokok-
pokok di bandar menyebabkan proses pantulan tidak berlaku bagi mengurangkan
pancaran gelombang panjang yang diserap oleh permukaan bumi. Hal ini disebabkan
-
8/2/2019 20807909 Pengguna Dan Kepenggunaan
7/29
oleh aktiviti-aktiviti manusia yang mengancam keseimbangan alam sekitar. Kemusnahan
ekosistem adalah disebabkan oleh kurangnya pokok-pokok. Aktiviti-aktiviti manusia
berkenaaan merupakan pemangkin kepada perubahan iklim dunia. Hal ini telah
menyebabkan pemanasan global dan kesan rumah hijau ke atas muka bumi di dunia ini.
Selain itu, pembebasan gas-gas seperti Kloroflorokarbon (CFC) juga merupakan
punca-punca berlakunya pemanasan global. Ozon tertumpu di bawah lapisan stratosfera
di antara 15 kilometer dan 30 kilometer di atas atmosfera permukaan bumi yang dikenali
sebagai lapisan ozon. Ozon terhasil dengan pelbagai tindakbalas kimia, tetapi
mekanisme utama penghasilan dan perpindahan dalam atmosfera merupakan agen utama
penyerapan tenaga sinaran ultra-lembayung (UV) daripada matahari (di ambil daripada
http:// planet.time.net.my).
Ancaman yang diketahui terhadap keseimbangan ozon adalah
penggunaan gas seperti Kloroflorokarbon (CFC) buatan manusia yang meningkatkan
kadar penyingkiran ozon menyebabkan kemerosotan beransur-ansur dalam paras ozon
global. Kerosakan lapisan ozon dipercayai disebabkan oleh penggunaan gas buatan
manusia, iaitu hidrokarbon di Halogenate yang sangat stabil dan boleh sampai pada
lapisan ozon. Hidrokarbon bertindak sebagai agen yang menghuraikan molekul ozon dan
menghasilkan klorin. Ancaman yang diketahui terhadap keseimbangan ozon adalah
pengenalan Kloroflorokarbon (CFC) buatan manusia yang meningkatkan kadar penipisan
lapisan ozon menyebabkan kemerosotan beransur-ansur dalam paras ozon global. Gas
CFC digunakan dengan pelbagai cara sama ada dalam peti sejuk, bahan dorong dalam
penyembur, pembuatan busa atau bahan pelarut terutamanya bagi kilang-kilang
elektronik di kawasan beriklim panas (Banda Ak Notem, 2002: 9). Molekul CFC terurai
setelah bertindak balas dengan sinaran UV dan membebaskan atom klorin. Atom klorin
ini juga berupaya untuk menipiskan ozon dan menghasilkan lubang ozon.Hayat bagi gas
CFC bermaksud bahawa satu molekul yang dibebaskan hari ini boleh wujud 50 hingga
100 tahun dalam atmosfera sebelum boleh dihapuskan.
Aktiviti manusia berkenaaan
merupakan pemangkin kepada perubahan iklim dunia yang telah menyebabkan
pemanasan global dan kesan rumah hijau ke atas muka bumi di dunia ini.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kloroflorokarbonhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kloroflorokarbon -
8/2/2019 20807909 Pengguna Dan Kepenggunaan
8/29
Aktiviti pembakaran bahan api fosil seperti arang batu, minyak petroleum dan
gas asli turut menyumbang berlaku pemanasan global terutamanya dalam sektor
pengangkutan, kilang-kilang perindustrian dan stesen janakuasa untuk menghasilkan
haba dan tenaga. Bahan ini disebut bahan api fosil kerana telah dibentuk daripada sisa-
sisa tumbuhan dan haiwan yang tertimbus di dalam tanah untuk jangka masa berjuta-juta
tahun dahulu. Bahan api fosil ini mengandungi jumlah karbon yang banyak. Sektor
perindusrian dan pengangkutan banyak mengeluarkan gas seperti sulfur dioksida, oksida
nitrogen, asap, habuk, debu dan karbon monoksida. Pengeluaran bahan pencemar ini
menyebabkan pencemaran udara, perubahan terhadap unsur cuaca dan iklim dan
menggalakkan wujudnya pulau haba Bandar (Mohd Zuhdi Marsuki Dan Amer Saifude
Ghazali, 2002: 209). Hal ini akan menyebabkan iklim di Bandar jauh lebih berbeza iaitu
lebih panas berbanding iklim di desa. Dengan itu, gas-gas yang terbebas di atmosfera ini
mula mengalami beberapa perubahan kimia dan boleh menyebabkan berlakunya kesan ke
atas rumah hijau. Peningkatan kawasan industri dalam negara juga menjadi penyumbang
kepada perubahan iklim. Gas-gas yang dibebaskan ke udara akan menyebabkan berlaku
gangguan terhadap sistem atmosfera dan seterusnya berlaku perubahan iklim. Lantas
keupayaan gas rumah hijau menyerap haba ini akhirnya menyebabkan haba yang
sepatutnya dibebaskan keluar ke atmosfera terperangkap di atmosfera. Aktiviti manusia
berkenaaan merupakan pemangkin kepada perubahan iklim dunia yang telah
menyebabkan pemanasan global dan kesan rumah hijau ke atas muka bumi di dunia ini.
Selain itu, pemanasan global juga disebabkan oleh aktiviti penebangan dan
pembakaran hutan oleh manusia. Aktiviti manusia sangat menpengaruhi perubahan iklim
yang negatif. Aktiviti penyahutanan yang dijalankan untuk pelbagai tujuan seperti
petempatan, pertanian, pembandaran dan sebagainya. Aktiviti penyahutanan dalam sektor
pertanian khususnya, melibatkan pembakaran hutan secara besar - besaran telah
menyumbang kepada masalah jerebu yang sekali gus mengganggu sistem atmosfera
(Abibullah Haji Samsudin, 1994: 97). Jerebu ini mengganggu sistem atmosfera apabila
peratusan kelembapan dalam udara berkurang akibat tumbuhan yang tidak mampu lagi
menjalankan proses transpirasi seterusnya mengurangkan jumlah hujan tahunan bagi
menyeimbangkan keadaan suhu di bumi. Apabila berlakunya penebangan hutan, kadar
-
8/2/2019 20807909 Pengguna Dan Kepenggunaan
9/29
pertambahan gas karbon dioksida di atmosfera mulai berkurangan. Hal ini kerana,
tumbuhan tidak dapat menjalankan proses fotosintesis yang bertindak sebagai agen untuk
menukar karbon dioksida bagi mengimbangi gas karbon dioksida di udara. Karbon
dioksida ini bertindak sebagai penyerap haba di atmosfera. Apabila berlakunya
penyerapan haba ini menyebabkan kelembapan udara menjadi rendah dan seterusnya
berlaku peningkatan suhu bumi. Selain itu, pembakaran terbuka secara besar-besaran
akan membebaskan gas hidrokarbon dan metana yang boleh menyerap haba dan
meningkatan suhu bumi. Ini akan menyebabkan berlakunya pertambahan gas-gas karbon
dioksida di udara. Gas-gas ini berfungsi sebagai pemerangkap haba di ruang udara
menyebabkan suhu di bumi meningkat. Aktiviti manusia berkenaaan merupakan
pemangkin kepada perubahan iklim dunia telah menyebabkan pemanasan global dan
kesan rumah hijau ke atas muka bumi di dunia ini.
Selain faktor-faktor di atas, faktor lain yang menyebabkan berlakunya pemanasan
global ialah aktiviti penternakan. Penternakan juga menyumbang kepada peningkatan
suhu global sehingga menyebabkan kejadian pemanasan global (Banda Ak Notem, 2002:
10). Aktiviti penternakan ini telah membebaskan dua gas utama yang terdiri daripada gas
rumah hijau iaitu karbon dioksida dan metana. Setiap tahun aktiviti penternakan akan
membebaskan 155 juta tan gas metana yang berbahaya ke atmosfera. Hal ini
menyebabkan suhu dunia akan bertambah panas kerana satu molekul gas metana boleh
memberi kesan pemanasan global sebanyak 25 kali ganda. Kajian yang telah dilakukan
oleh pakar-pakar dari seluruh dunia mengenai aktiviti ini dan hasilnya mendapati bahawa
1.3 juta lembu yang terdapat diseluruh dunia merupakan penyumbang kepada 1 per 5 gas
metana dalam udara di dunia. Apabila gas metana ini dibebaskan ke atmosfera suhu bumi
akan turut meningkat. Hal ini kerana gas metana berperanan memerangkap haba di
atmosfera dan proses tindakbalas ini memberi kesan kepada suhu di permukaan bumi.
Malahan kandungan gas ini bakal meningkat dalam tempoh beberapa tahun lagi
disebabkan oleh pertambahan bilangan ternakan lembu di dunia. Gas metana terhasil
melalui najis lembu dan dibebaskan ke udara. Oleh itu, pertambahan bilangan ternakan
lembu akan meningkatan lagi kandungan gas metana dalam udara. Maka keadaan bumi
akan mengalami peningkatan suhu yang ketara dan memberi kesan kepada hidupan di
-
8/2/2019 20807909 Pengguna Dan Kepenggunaan
10/29
dunia. Aktiviti manusia berkenaaan merupakan pemangkin kepada perubahan iklim dunia
yang telah menyebabkan pemanasan global dan kesan rumah hijau ke atas muka bumi di
dunia ini (diambil daripada http://www.ivy.ory/documents/savs_plunst thm).
4.O KESAN-KESAN BERLAKUNYA PEMANASAN GLOBAL KEPADA
PENGGUNA.
Isu pemanasan global bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita pada
hari ini. Pemanasan global sudah lama diperkatakan bukan sahaja di negara kita malah
menjadi isu di seluruh dunia. Hal ini kerana kesan peningkatan suhu yang tidak bersifat
tempatan sahaja tetapi dirasakan oleh komuniti global ataupun bersifat sejagat. Peningkatsuhu dunia yang dikaitakan dengan aktiviti seharian manusia telah menyebabkan manusia
sendiri merasakan bahangan atau kesan aktiviti manusia seperti penebangan hutan,
kegiatan perkilangan dan industri, permotoran, penerokaan hutan, pembangunan hutan
batu dan pengautan khazanah-khazanah alam sama ada di atas atau di dalam perut bumi.
Manusia merupakan pengguna yang secara lansung telah menerima kesan
pemanasan global yang semakin membimbangkan. Perubahan iklim dunia dilihat
mengancam keselamatan manusia dan negara iaitu dari aspek fizikal dan psikologi.
Gabungan keduanya sudah tentu menimbulkan krisis kepada kesejahteraan rakyat,
keselamatan dan ketenteraman awam, kestabilan politik serta keutuhan ekonomi
sekiranya tidak diuruskan dengan baik.
4.1 Kesihatan
Kesan perubahan iklim dan pemanasan global turut mengancam keselamatan dan
kesihatan manusia. Menurut WHO, perubahan iklim global secara langsung atau tidak
langsung menyebabkan kira-kira 77,000 kematian setiap tahun di rantau Asia Pasifik. Di
Eropah pula, diberitakan bahawa banyak kematian berlaku yang berpunca daripada
kepanasan melampau pada bulan Julai lalu dan di Paris sahaja, seramai 29 orang telah
maut. Walaupun kejadian ini tidak tidak seburuk kepanasan yang berlaku pada tahun
2003 yang menyebabkan kira-kira 15,000 maut di Perancis dan 20,000 telah maut di Itali.
http://www.ivy.ory/documents/savs_plunsthttp://www.ivy.ory/documents/savs_plunst -
8/2/2019 20807909 Pengguna Dan Kepenggunaan
11/29
Walaupun negara tidak mengalaminya secara jelas, namun rakyat negara ini terdedah
kepada ancaman lain yang turut mengancam nyawa manusia.
Tekanan cuaca panas mengakibatkan rakyat negara ini terdedah kepada penyakit
katarak dan kanser kulit. Malah, perubahan cuaca yang ekstrem kesan daripada
perubahan iklim menyebabkan pertambahan kes wabak penyakit yang berpunca daripada
haiwan pembawa ataupun vektor seperti malaria dan denggi. Perubahan suhu turut
menyebabkan heatwave di beberapa tempat dan ini mengakibatkan penduduk
terutamanya warga tua mudah mengalami heatstroke yang boleh mengakibatkan
kematian.
4.2 Ekonomi
Kesan perubahan iklim sudah pasti memberi kesan kepada ekonomi negara.
Kerugian yang dialami oleh negara akibat daripada fenomena banjir misalnya
dianggarkan berjumlah RM 100 juta setiap tahun. Ini sudah tentu mengakibatkan
kegawatan serta menjejaskan kegiatan ekonomi masyarakat. Selain itu juga, keadaan
kegawatan ekonomi yang berlaku akan menyebabkan pendapatan setiap isi rumah yang
bertindak sebagai pengguna akan turut terjejas. Keadaan ekonomi yang lembab
menyebabkan pengguna lebih hemat berbelanja untuk menghindari diri mereka terbeban
dengan hutang.
Aktiviti ekonomi dalam negara akan turut terjejas dan mencalarkan imej negara.
Kegagalan menguruskan bencana alam dan persekitaran yang tidak kondusif untuk
kegiatan ekonomi akan menyebabkan negara berhadapan dengan kesukaran menarik
minat para pelabur asing untuk melabur di negara ini. Di Malaysia, bagaimanakah padi
sebagai makanan ruji negara dapat dihasilkan sekiranya kemarau yang begitu lama
kemudian diikuti hujan lebat yang tidak mengenal belas kasihan. Sumber makanan yang
berkurangan akan menyumbang kepada inflasi yang tinggi seterusnya menggugat sektor
ekonomi negara yang baru hendak mengukuhkan akarnya dan mencambahkan pucuknya.
4.3 Pendidikan
-
8/2/2019 20807909 Pengguna Dan Kepenggunaan
12/29
Peningkatan suhu dunia juga memberi kesan kepada pendidikan di mana
masyarakat atau pengguna menjalankan aktiviti menuntut ilmu dalam kehidupan
seharian. Kesan pemanasan global yang mengakibatkan kejadian banjir di sesuatu tempat
mengakibatkan pusat pendidikan terpaksa ditutup buat sementara menunggu air surut.
Kejadian banjir yang biasanya berlaku di kawasan-kawasan rendah apabila hujan lebat
turun menyebabkan sekolah-sekolah yang di tenggelami air terpaksa membatalkan kelas
harian dan ini akan menggangu sistem pembelajaran terutama anak-anak sekolah yang
masih di bangku sekolah lagi.
keadaan semakin getir lagi apabila kesan banjir yang disebabkan iklim yang tidak
menentu melanda pada waktu peperiksaan. Pelajar terpaksa menumpang di sekolah lain
dan hal ini akan menyukarkan para pelajar untuk berulang balik sekiranya jarak sekolah
dengan kediaman mengambil jarak yang jauh. Selain itu, kejadian banjir juga seringkali
mengakibatkan kerosakan kepada bangunan dan kemudahan di sesebuah sekolah.
Kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi bagi membaiki segala kerosakan yang
diakibatkan oleh kejadian banjir bagi menyediakan kemudahan yang lengkap bagi
pelajar.
4.4 Mobiliti penduduk
Keadaan cuaca yang baik sudah tentu memudahkan pengguna untuk bergerak ke
sesuatu tempat ke tempat yang lain. Pengguna juga bebas untuk melalukan aktiviti luar
seperti riadah bersama-sama keluarga dan juga masyarakat lain. Namun kesan pemanasan
global telah menyekat kebebasan pengguna untuk bebas bergerak ke mana-mana sahaja.
Keadaan panas yang melampau menyebabkan pengguna tidak ingin keluar untuk
beriadah ataupun bersiar-siar di tempat lain. Hal ini menyebabkan pengguna mejadi
malas dan pasif untuk bersosial dan mengamalkan gaya hidup sihat seperti berjoging,
bersukan dan bersenam. Masyarakat juga begitu tawar melakukan aktiviti-aktiviti luar
disebabkan keadaan panas yang boleh menyebabkan kulit menjadi gelap sekiranya
terdedah dengan matahari.
Disamping itu, keadaan panas juga menghalang aktiviti-aktiviti kemasyarakatan
yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu seperti sukan komuniti dan khidmat
-
8/2/2019 20807909 Pengguna Dan Kepenggunaan
13/29
masyarakat. Program-program yang dianjurkan merupakan salah satu strategi
mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat yang berbilang kaum dan
disamping itu ada juga program-program yang dianjurkan bagi menyampaikan maklumat
berguna kepada masyarakat seperti motivasi, bengkel dan ceramah berkaitan dengan
penggunaan terutamanya pendidikan pengguna yang dilakukakan oleh Kementerian Hal
Ehwal Pengguna. Kebanyakan aktiviti yang dianjurkan kurang mendapat sambutan
daripada pengguna sendiri kerana mereka malas untuk berjalan disebabkan cuaca yang
panas.
4.5 Kenaikan harga barangan
Kesan pemanasan global secara tidak lansung mengakibatkan kenaikan harga bagi
barang-barang keperluan harian pengguna. Kesan pemanasan global yang menyebabkan
ketidakseimbangan iklim mengakibatkan kejadian banjir dan kemarau berlaku di
kawasan-kawasan tertentu. Bencana alam yang menimpa telah menyebabkan harga
barangan keperluan seperti beras, gula dan tepung naik secara mendadak di pasaran. Hal
ini terjadi kerana banyak pengusaha-pengusaha dan pengeluar sumber utama produk
tersebut turut dilanda dengan bencana alam yang menyebabkan sumber pengeluaran
mereka terjejas. Kesukaran memperolehi sumber dan permintaan yang tinggi
menyebabkan pengeluar menaikan harga sewenang-wenangnya demi untuk meraih
keuntungan.
Selain itu, kejadian banjir yang melanda sesuatu tempat menyebabkan pemborong
tidak dapat menghatar barangan kepada peniaga yang dilanda banjir. Barang-barang
harian yang dijual akan habis dijual kerana penduduk tidak mempunyai pilihan selain
membeli dikedai yang berdekatan sahaja. Disamping itu, wujud juga amalan peniaga
yang menapuk barangan dan mengenakan harga yang tinggi apabila stok barangan di
kedai lain telah habis. Ketidak prihatinan peniaga yang menaikan harga barangan semasa
pengguna dilanda dengan kesusahan sudah tentu menyukarkan lagi kehidupan para
pengguna dengan kenaikan harga oleh para peniaga yang tidak bertanggungjawab.
-
8/2/2019 20807909 Pengguna Dan Kepenggunaan
14/29
4.6 Penyelewengan Kualiti dan harga barangan
Kesan daripada pemanasan global juga memberikan peluang kepada para
pengeluar dan peniaga menyeleweng sesuatu kualiti barangan untuk kegunaan para
pengguna. Keadaan cuaca yang panas telah menimbulkan idea atau inspirasi seseorang
usahawan untuk mengeluarkan barangan berkaitan dengan kosmetik bagi melindungi dan
mencantikkan muka seseorang. Pelbagai janji dan kata-kata manis ditulis pada kotak
setiap barangan yang dijual kepada para pengguna namun janji-janji tersebut hanya
sebagai penarik atau iklan kepada para pengguna untuk membeli barangan keluaran
mereka.
Kita sering mendengar keluhan pengguna berkenaan dengan barangan kosmetik
yang tidak memberikan sebarang kesan malah ada beberapa kes kerosakan pada muka
selepas menggunakan barangan kosmetik. Pengguna hanya tahu untuk menggunakan
sesuatu alat kosmetik tanpa adanya panduan daripada pihak-pihak yang pakar dalam
bidang kosmetik dan ini menyebabkan pengguna tidak sedar akan kesan yang akan terjadi
sekiranya bahan kosmetik tersebut tidak bersesuaian dengan kulit mereka.
4.7 Kesan terhadap kualiti alam sekitar
Pemansan global mendatangkan banyak implikasi terhadap kehidupan manusia.
Implikasi ini dapat dilihat melalui kualiti alam sekitar yang semakin menggugat
kehidupan manusia sejagat. Pelepasan gas-gas karbon dioksida menyebabkan haba
terperangkap di atmosfera bumi dan memberikan kesan terhadap alam sekitar terutama
peningkatan suhu di permukaan bumi. Peningkatan suhu dipermukaan bumi
menyebabkan suhu di kawasan-kawasan tertentu seperti kawasan Bandar dan kawasan
perindustrian lebih tinggi berbanding di kawasan seperti kampung dan tepi hutan dimana
suhunya jauh berbeza dari kawasan Bandar.
Peningkatan suhu di kawasan-kawasan bandar dan perindustrian sudah tentu
menggangu kehidupan pengguna yang tinggal di kawasan yang panas. Pengguna tidak
akan merasa selesa apabila diselubungi dengan keadaan panas setiap masa. Selain itu,
pengguna juga terpaksa membeli alat kelengkapan rumah yang dapat mengurangkan
-
8/2/2019 20807909 Pengguna Dan Kepenggunaan
15/29
kesan suhu yang meningkat seperti kipas dan penghawa dingin. Hal ini sudah tentu
membebankan para pengguna dalam menguruskan kos sara hidup yang tinggi di kawasan
Bandar dan ditambah lagi dengan bayaran bil dan alat penghawa dingin yang tinggi.
4.8 Kesan Terhadap Kemudahan Awam
Pemanasan global juga memberi kesan terhadap kemudahan awam yang telah
disediakan. Kemudahan awam merupakan salah satu keperluan yang penting dalam
kehidupan pengguna. Kemudahan awam seperti perkhidmatan bas, jalan raya, elektrik,
air merupakan kemudahan asas dalam kehidupan masyarakat. Tanpa segala kemudahan
ini, hidupan pengguna akan semakin sulit terutamanya penduduk di kawasan Bandar.
Kesan pemanasan global yang mengakibatkan kemarau dan banjir menyebabkan
kemudahan yang telah disediakan rosak dan ada yang musnah. Sebagai contoh banjir
kilat yang berlaku di Johor pada penghujung 2006 ramai penduduk mengalami kerugian
harta benda dan juga banyak infrastruktur seperti jalan raya dan jambatan telah rosak.
Kerosakan yang berlaku mengakibatkan kerugian kepada penduduk dan keadaan
ini juga mengakibatkan aktiiviti harian penduduk juga turut terjejas. Selain itu, kerosakan
ini akan memakan perbelanjaan yang banyak dan memakan masa yang lama untuk
memulihkan segala kemudahan awam yang telah rosak. Kelewatan memperbaiki
infrastruktur tersebut menyebabkan kehidupan penduduk yang berfungsi sebagai unit
ekonomi dan sebagai pengguna akan terjejas.
Pada masa yang sama,nMelati Mohd Ariff berpendapat pemanasan global berlaku
telah mendatangkan kesan-kesan negatif terhadap permukaan bumi. Salah satu kesan
negatif pemanasan global terhadap permukaan bumi ialah berlakunya pencairan ais di
kutub. Hal ini kerana, sejak revolusi perindustrian bermula pada awal kurun ke-16,
perubahan iklim mula berlaku. Fenomena pencairan glasier berlaku di kutub disebabkan
oleh kenaikan suhu dunia. Pemanasan global menyebabkan berlakunya pencairan glasier
dan tahap air laut meningkat sebanyak beberapa puluh sentimeter. Malahan ketebalan ais
di kutub juga menjadi kurang. Sejak kurun ke-21, fenomena ini semakin cepat dirasa
apabila berlaku peningkatan air laut. Laporan Perubahan Cuaca antara Kerajaan
-
8/2/2019 20807909 Pengguna Dan Kepenggunaan
16/29
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) menyatakan bahawa paras laut akan
meningkat 60 sentimeter (2 kaki) dalam tempoh 100 tahun. Dengan kehilangan
sebahagian tudung Antartik, kita akan lihat peningkatan sebanyak 5 meter atau (16 kaki).
Fenomena ini akan menenggelamkan pulau-pulau yang lebih rendah, dan beberapa
tempat, seperti kenaikan 100 cm (40 inci) akan menenggelamkan 6 peratus daerah
Belanda, 17,5 peratus daerah Bangladesh dan daerah lembah negara-negara lain.
Fenomena tersebut akan menyebabkan sesetengah kawasan di muka bumi ini tidak dapat
didiami oleh manusia. Mereka yang tinggal di kawasan tersebut terpaksa berpindah ke
tempat-tempat lain. Kesemua kawasan daratan bumi yang rendah akan ditenggelami air.
Sistem-sistem sungai akan diundurkan dan ombak laut menghampiri ke daratan. Kesan
ini berlaku perlahan-lahan pada mulanya tetapi kemudian akan bertambah cepat
sementara tudung-tudung ais ini mencair. Fenomena ini akan menyebabkan
ketidakstabilan pada berat sistem daratan dan seterusnya meningkatkan tekanan ke atas
sistem plat bumi yang menyokong daratan. Malahan tempat-tempat kediaman manusia
akan di musnahkan akibat penenggelaman benua yang rendah berhampiran di kawasan
pantai.
Pemanasan global juga telah memberi kesan kepada perubahan iklim dunia iaitu
arah angin menyebabkan berlaku bencana alam seperti ribut dan taufan. Kejadian iklim
ekstrim seperti kejadian kemarau dan banjir berlaku tanpa diduga. El-Nino merujuk
kepada kemarau manakala la-Nina adalah merujuk kepada banjir. El-Nino adalah
fenomena semulajadi yang biasanya berlaku sekali dalam tiga hingga lima tahun.
Misalnya El-Nino pernah berlaku di kawasan Asia Tenggara pada tahun 1997 hingga
1998 merupakan fenomena terburuk dalam tempoh 100 tahun. Keadaan ini
menyebabkan keadaan imbangan air negatif iaitu kadar sejatan melebihi daripada
kerpasan (hujan) yang turun. El-Nino dikaitkan dengan kenaikan suhu lautan Pasifik yang
berupaya mengubah, melemah dan menghentikan tiupan angin timuran yang selama ini
membawa hujan yang lebat khususnya di Asia Tenggara. Hal ini disebabkan hujan telah
turun di lautan dan bukan di kawasan yang sepatutnya iaitu di daratan. Contohnya
fenomena El-Nino menyebabkan sejumlah 265000 hektar hutan di Indonesia terbakar
pada tahun 1997. Manakala La-Nina merupakan satu fenomena semulajadi yang
http://id.wikipedia.org/wiki/Belandahttp://id.wikipedia.org/wiki/Bangladeshhttp://id.wikipedia.org/wiki/Belandahttp://id.wikipedia.org/wiki/Bangladesh -
8/2/2019 20807909 Pengguna Dan Kepenggunaan
17/29
berlawanan dengan El-Nino. La-Nina pula merupakan fenomena yang membawa hujan
lebat dan berkemungkinan boleh mengakibatkan banjir besar. Hal ini disebabkan
kejatuhan suhu lautan Pasifik akan menyebabkan tekanan udara menjadi relatif dengan
bahagian daratan. Fenomena ini membolahkan angin bertiup dari laut ke darat dengan
membawa wap-wap air yang banyak untuk dilepaskan sebagai hujan. Contohnya banjir
besar yang berlaku di Ecuador menyebabkan 97 orang mati dan kerugian lebih daripada
RM 2.28 bilion. Ini merupakan banjir terburuk dalam sejarah Ecuador. Secara
ringkasnya, kedua-dua fenomena ini berlaku mendatangkan kesan-kesan buruk kepada
manusia dan alam sekitar akibat kesan daripada pemanasan global yang berlaku. Malahan
fenomena ini juga telah mengakibatkan kehilangan nyawa manusia dan harta benda
(diambil daripada http://ms. wikipedia. org/wiki/Pemanasan_global).
5.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI PEMANASAN GLOBAL
Mengikut pendapat Mohd Subhi Marssan merupakan guru dan penulis isu-isu geogafi,
Berita Harian (2005: 10) berpendapat pemanasan global yang berlaku di dunia hari ini
perlu diambil langkah segera bagi mengurangkan kesan negatif terhadap permukaan
bumi. Salah satu langkah efektif tersebut ialah langkah Protokol Kyoto. Protol Kyoto
ialah persetujuan dalam Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
tentang Perubahan Cuaca (UNFCCC), yang diterima sejagat perihal pemanasan global.
Negara-negara yang bersetuju untuk melaksanakan protokol ini di negara masing-masing
berkomitmen untuk mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan lima gas rumah
hijau yang lain, atau bekerjasama dalam perdagangan kontrak jumlah atau menambah
pembebasan gas tersebut yang menjadi punca gejala pemanasan global. Jika berjaya
dilaksanakan, Protokol Kyoto berupaya menurunkan kenaikan suhu global antara 0.02
darjah celcius hingga 0.28 darjah celcius setahun sehingga tahun 2050. Nama rasmi
protokol ini ialah Protokol Kyoto dalam rangka kerja PBB tentang perubahan iklim
yang telah dibentangkan di Jepun pada Disember 1997. Menurut kenyataan media
Program Alam Sekitar Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Protol Kyoto
merupakan persetujuan sah oleh negara-negara perindustrian bahawa mereka akan
mengurangkan pembebasan gas rumah kaca mereka secara kolektif sebesar 5.2%
-
8/2/2019 20807909 Pengguna Dan Kepenggunaan
18/29
berbanding tahun 1990 (tetapi jika dibandingkan dengan jumlah pengurangan
pembebasan gas rumah hijau jika tidak wujud protokol ini pada tahun 2010 ialah kira-
kira 29%). Enam gas rumah kaca itu ialah karbon dioksida, metana, nitrus oksida, sulfur
heksafluorida, kloroflurokarbon(CFC), dan perfluorokarbon (PFC). Manakala tahap
pengurangan pembebasan gas rumah hijau mengikut zon pula diperkirakan 8% untuk
Eropah, 7% untuk Amerika Syarikat, 6% untuk Jepun, 0% untuk Russia dan penambahan
yang diizinkan sehingga 8% untuk Australia dan 10% untuk Britain. Persidangan rangka
Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Perubahan Iklim (UNFCCC), ini
ditubuhkan semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992. Peranan
Protokol Kyoto ini berperanan bagi mengurangkan pembebasan gas-gas pencermar di
atmosfera bagi mengatasi masalah pemanasan global yang berlaku pada hari ini (diambil
daripada htpp://ms.wikipedia. org/wiki/protokol kyoto).
Langkah yang seterusnya bagi mengatasi masalah pemanasan global ialah usaha-
usaha pemeliharaan dan penanaman semula hutan. Mengikut Mohd subhi Marssan lagi
usaha pemeliharaan dan penanaman semula hutan merupakan satu langkah efektif bagi
mengurangkan kesan daripada pemanasan global, Berita Harian (2005, 6). Hutan
sememangnya berperanan sebagai agen penyejuk suhu di atmosfera bumi. Fungsi utama
hutan ialah mengurangkan kadar haba yang terdapat di atmosfera melalui proses sejatan.
Kemusnahan hutan akibat aktiviti-aktiviti kerakusan manusia menyebabkan bumi
menjadi semakin panas dan haba tersebut digunakan untuk memanaskan suhu di
permukaan bumi. Peranan utama hutan adalah menyeimbangkan gas karbon dioksida
yang dibebaskan di atmosfera. Hal ini kerana hutan menjalankan proses fotosintesis bagi
membebaskan gas oksigen dan menggunakan gas karbon dioksida dalam menjalankan
proses fotosintesis. Keseimbangan gas pencermar di atmosfera penting bagi mengatasi
pertambahan gas-gas rumah hijau yang berperanan memanaskan permukaan bumi.
Contohnya, di kawasan Asia Tenggara peratusan kawasan hutan disekitarnya adalah
tinggi. Konsep Pembangunan Lestari merupakan langkah-langkah pembangunan yang
berkonsepkan penjagaan alam sekitar iaitu penanaman tumbuh-tumbuhan hijau.
Pembangunan berasaskan penjagaan alam sekitar penting bagi mengurangkan kesan-
kesan kemusnahan alam sekitar yang boleh memberi kesan kepada hidupan di permukaan
-
8/2/2019 20807909 Pengguna Dan Kepenggunaan
19/29
bumi. Usaha kerajaan mengadakan kempen pendidikan Penghijauan di Kawasan
Bandar merupakan langkah awal bagi membendung masalah pulau haba yang berlaku di
bandar. Hal ini kerana faktor ketiadaan tumbuhan-tumbuhan di bandar menyebabkan
suhu bandar lebih tinggi di kawasan luar bandar di antara 2 hingga 10 darjah celcius.
Oleh itu, peranan tumbuh-tumbuhan amat penting bagi mengurangkan kadar peningkatan
suhu di permukaan bumi.
Pada masa yang sama, tahap kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia
mengenai aspek penjagaan alam sekitar didapati masih rendah. Aktiviti dan cara hidup
masyarakat Malaysia memerlukan perubahan terutamanya dari aspek menjaga dan
memulihara alam sekitar. Langkah-langkah dan strategi yang diambil tidak bermakna
sekiranya tidak mendapat sokongan dan kerjasama daripada masyarakat sendiri. Peranan
yang boleh dimainkan oleh masyarakat antaranya ialah:-
mengurangkan pembaziran sumber tenaga elektrik
mengajar kanak-kanak tentang kepentingan menjaga alam sekitar serta impak
dan kesan pemanasan global.
menanam lebih banyak pokok sebagai sumber oksigen
mengitar semula bahan terbuang.
membantu Kerajaan dalam mengenalpasti pihak yang terlibat
mencemarkan alam sekitar.
Perubahan iklim dunia dan pemanasan global yang mengundang pelbagai
permasalahan sewajarnya menyentap kesedaran semua manusia di seluruh dunia agar
lebih menghargai alam sekitar. Walaupun negara berada dalam suasana yang aman,
namun hakikatnya tanpa disedari, sebenarnya negara berhadapan dengan peperangan
yang mengancam keselamatan rakyat yang bernaung di bawahnya. Perubahan iklim
global yang melanda dilihat merungkai kerakusan yang berpunca daripada manusia
sendiri. Ini memerlukan usaha dan kerjasama dari semua lapisan masyarakat dan juga
-
8/2/2019 20807909 Pengguna Dan Kepenggunaan
20/29
komuniti antarabangsa dalam memelihara alam sekitar agar dapat diwarisi oleh generasi
akan datang.
6.0 ISU-ISU PEMANASAN GLOBAL
6.1 Tangani fenomena pemanasan global, (ARKIB : 20/11/2007,Oleh Mohd. Subhi
Marsan)
Baru-baru ini, Parlimen telah berbahas mengenai isu pemanasan global yang memberi
kesan kepada keadaan iklim dan cuaca negara ini. Timbalan Menteri Sumber Asli dan
Alam Sekitar, Datuk S. Sothinathan dalam sesi perbahasan berkata tiada jaminan
kejadian seperti banjir di Johor awal tahun lalu tidak berulang dan menerima taburan
hujan yang tinggi daripada paras normal.
Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu
yang tinggi berbanding suhu normal3. Pemanasan berlaku di seluruh dunia yang
diakibatkan oleh aktiviti manusia seperti penebangan hutan, kegiatan perkilangan dan
industri, permotoran, penerokaan hutan, pembangunan hutan batu dan pengautan
khazanah-khazanah alam sama ada di atas atau di dalam perut bumi. Kesan saintifik
pemanasan global ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air laut
meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Kesan material ialah kejadian
bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala kesan kemanusiaan
termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan.
Sebelum ini, kita pernah menyalahkan negara jiran kononnya menjadi punca
keadaan jerebu dan pemanasan kawasan hampir seluruh negara yang diakibatkan aktiviti
pembakaran hutan di negara tersebut. Namun demikian, jika kita kaji dan teliti
3,Mohd. Subhi Marsan, ARKIB, Tangani fenomena pemanasan global, (2007)
-
8/2/2019 20807909 Pengguna Dan Kepenggunaan
21/29
sebenarnya tidak banyak berlaku perubahan pemanasan alam sekitar sama ada semasa
jerebu ataupun tidak. Mengapa keadaan ini berlaku? Faktor kebakaran hutan hanyalah
sebagai sebahagian penyumbang kepada pemanasan global. Banyak faktor lain yang
mempengaruhi pemanasan alam sekitar ini.
Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan
global ialah nipisnya lapisan ozon yang diakibatkan oleh pelepasan gas khususnya
klorofluorokarbon (CFC). Jika kita prihatin dan sedar, tahun 2005 adalah musim
berlakunya ribut taufan yang sangat aktif. Difahamkan sebanyak 26 kejadian ribut dan 14
kejadian puting beliung telah berlaku. Buat pertama kali, taufan ganas iaitu Katrina, Rita
dan Wilma terjadi dalam satu musim. Kejadian ribut taufan ini bukan sahaja melanda
Benua Amerika, malahan menyerang juga negara China, Korea, dan pantai sekitar LautChina Utara.
Pada tahun lepas pula dikhabarkan penduduk di beberapa negara di Afrika yang
lazimnya terkenal sebagai negara panas kerana mempunyai kawasan gurun yang sangat
luas telah menyaksikan salji dalam tempoh 25 tahun. Di Eropah pula, diberitakan bahawa
banyak kematian berlaku yang berpunca daripada kepanasan melampau pada bulan Julai
lalu dan di Paris sahaja, seramai 29 orang telah maut. Walaupun kejadian ini tidak tidak
seburuk kepanasan yang berlaku pada tahun 2003 yang menyebabkan kira-kira 15,000
maut di Perancis dan 20,000 telah maut di Itali.
Sebuah jurnal terkenal melaporkan bahawa keadaan kemarau panjang serta panas
dan kering telah menyebabkan kebakaran hutan yang memusnahkan lebih daripada 8.5
juta ekar kawasan dunia dan menghapuskan lebih 1 juta spesies hidupan di darat dalam
jangka masa 50 tahun. Kejadian ini ada kaitannya dengan pemanasan global. Sebenarnya,
isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada
penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba dan kesan rumah hijau
juga memberi galakan kepada isu pemanasan global. Kesan rumah hijau terjadi kerana
berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen monoksida dan
metana ke atmosfera seumpama pembebasan CFC. Pulau haba pula berlaku apabila
pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan
-
8/2/2019 20807909 Pengguna Dan Kepenggunaan
22/29
tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat
dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar.
Kesan dan bahang pemanasan global juga telah mengganggu sistem cuaca dan
iklim di negara kita secara tidak langsung. Iklim Khatulistiwa dengan panas dan lembap
sepanjang tahun telah tidak berada pada paras yang normal. Kejadian banjir besar di
Johor pada awal tahun lalu itu adalah antara kejadian yang membuka mata banyak pihak
di negara kita. Amaran- Peristiwa banjir besar yang menenggelamkan sebahagian
petempatan di Lembah Klang seperti di Batu Tiga dan Taman Tun Dr. Ismail juga
memberi kesan mendalam dan seolah-olah mahu memberikan amaran kepada negara kita
bahawa peristiwa besar itu tidak akan berhenti malah akan terjadi pada bila-bila masa.
Umpama peribahasa, sediakan payung sebelum hujan dan mencegah lebih baik
daripada mengubati, langkah-langkah awal pencegahan atau meminimumkan kesannya
adalah perlu supaya kejadian seperti itu tidak memburukkan imej pengurusan alam
sekitar dan pembangunan negara. Negara tidak boleh berkompromi dengan
tanggungjawab sosial menjaga dan memelihara alam sekitar. Pendidikan alam sekitar
kepada generasi muda perlu dimulakan sejak di rumah atau di bangku sekolah lagi.
Pendidikan kepada generasi tua juga penting dilakukan kerana ada golongan yang kaya,
mewah dan berpelajaran tetapi tidak mengambil berat soal alam sekitar.
Pusat pengajian tinggi atau jabatan-jabatan tertentu mesti melakukan kajian agar
kejadian yang disebabkan oleh fenomena alam termasuk pemanasan dunia dapat boleh
diminimumkan kesannya. Langkah-langkah lain boleh juga dilakukan seperti penanaman
hutan semula, kitar semula, kempen kesedaran dan penggunaan sumber tenaga yang
mesra alam. Kejayaan melaksanakan tugasan ini akan memberi keselesaan dan
keselamatan kepada penduduk. Langkah-langkah negara lain seperti sistem Green Dot di
Jerman, cukai bahan buangan di Denmark dan mengharamkan pengedaran beg plastik
dan alas meja pakai buang di Taiwan patut menjadi teladan dan dorongan ke arah mesra
alam sekitar di negara ini.
-
8/2/2019 20807909 Pengguna Dan Kepenggunaan
23/29
Green Dot di Jerman ialah sistem kitar semula bahan-bahan pembungkus. Bahan-
bahan pembungkus yang mempunyai green dot ini akan dikutip, diasingkan dan dikitar
semula. Cukai bahan buangan di Denmark yang dihantar ke pusat pelupusan dan
insinerator akan dikenakan tetapi tidak kepada bahan buangan yang akan dikitar semula.
Pembuangan, dan pembakaran beg plastik pula memberi kesan buruk kepada persekitaran
kerana menjadi punca sampah dan kekotoran. Isu pemanasan global adalah isu dunia dan
bukan sahaja negara kita yang terlibat. Sumbangan negara kita ke atas pemanasan global
mungkin tidak seberapa namun, sebagai satu sumbangan global, negara kita juga perlu
melaksanakan ikhtiar agar tidak menyumbang untuk memanaskan alam sekitar.
6.2 Ahli sains ramal gelombang panas bakal landa dunia, (ARKIB : 03/02/2007)
PARIS 2 Feb. Anak cucu kita akan datang terpaksa hidup dalam suasana iklim tidak
menentu dan menakutkan - gelombang panas, puting beliung, ribut kuat - akibat
perubahan suhu dunia yang puncanya daripada perbuatan nenek moyang mereka
sekarang. Laporan mengenai perubahan iklim yang dikeluarkan di sini hari ini
meramalkan ribut tropika mirip malapetaka yang melanda New Orleans di Amerika
Syarikat pada 2005 akan menjadi lebih kerap lagi. Perkara itu terkandung dalam Laporan
Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) yang dikeluarkan buat kali
keempat. Kali terakhir laporan itu dikeluarkan pada 2001.Laporan itu yang dibuatberdasarkan kajian 2,500 ahli sains daripada lebih 100 buah negara, menekankan, suhu di
permukaan bumi dijangka meningkat antara 1.8 darjah Celsius kepada 4 darjah Celsius
manakala paras laut pula dijangka naik antara 18 hingga 29 sentimeter menjelang 2100.
Di Malaysia misalnya yang suhu maksimumnya dicatatkan 38 darjah Celsius, jika
berlaku kenaikan kepada 4 darjah Celsius, ia akan berlaku gelombang panas. Fenomena
itu akan menyebabkan banyak hidupan akan mati akibat kepanasan melampau. Meskipun
tempoh jangkaan bencana yang disebutkan oleh laporan itu masih jauh, aktivis alam
sekitar mengingatkan ia memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi
kesannya pada bila-bila masa. Ahli-ahli sains juga meramalkan, ribut kencang,
gelombang panas dan hujan lebat akan melanda dengan lebih dahsyat dalam tempoh
beberapa dekad akan datang.
-
8/2/2019 20807909 Pengguna Dan Kepenggunaan
24/29
Laporan tersebut turut merumuskan pemanasan global 90 peratus berpunca
daripada manusia dan tidak boleh dihalang selama beberapa abad akan datang.
Sehubungan itu, dalam laporan itu, IPCC menyebut, pemanasan sepanjang seabad lalu
hampir 90 peratus pasti disebabkan oleh aktiviti manusia. Laporan itu turut memberi
amaran tentang kesan gas rumah hijau yang dikeluarkan ke atmosfera. Beberapa
kumpulan pendesak alam sekitar, dalam reaksinya terhadap laporan yang mencemaskan
itu menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan segera bagi menangani krisis
itu. Kumpulan Greenpeace memberi amaran bahawa pintu untuk bertindak semakin
cepat tertutup. WWF International dan Friends of the Earth pula merancang menggesa
Kesatuan Eropah (EU) dalam satu sidang kemuncak bulan depan supaya memainkan
peranan utama dalam usaha antarabangsa mengawal pengeluaran gas rumah hijau.
6.3 Fenomena ribut, kemarau, (Oleh ZULKIFLI YUSUP)
SEJAK akhir-akhir ini kebimbangan kesan pemanasan dunia semakin menjadi kenyataan.
Pada 26 Disember 1996, ribut tropika Greg yang lazimnya menjadi lemah apabila
menghampiri garisan khatulistiwa telah melanda timur laut Sabah dan mengorbankan 170
nyawa. Pada 27 Disember 2001, negara sekali lagi dikejutkan apabila ribut tropika Vamei
melanda selatan Johor, mengakibatkan tragedi tanah runtuh dan banjir lumpur di Gunung
Pulai. Ini merupakan kali pertama ribut tropika Vamei tersasar jauh merentasi garisankhatulistiwa. Hujan lebat yang menyebabkan banjir 2006/07 juga dikaitkan dengan
fenomena pemanasan dunia apabila berlakunya sistem tekanan udara rendah di ruang
angkasa Johor. Ini menyebabkan monsun timur laut yang lazimnya membawa hujan di
Pantai Timur menderu dengan lebih laju ke selatan Semenanjung dan membawa
bersamanya hujan yang lebat4.
Di rantau tropika, pemanasan global diramal menyebabkan berlakunya ribut yang
lebih kerap dengan diselangi oleh tempoh kemarau lebih lama. Saiz ribut yang lebih besar
dan semakin kerap berlaku dikhuatiri akan menjejas keupayaan struktur tebatan banjir
seperti empangan dan benteng. Ini kerana struktur tebatan banjir, terutama yang telah
lama dibina tidak mengambil kira fenomena perubahan cuaca. Oleh itu asas reka bentuk
4 Zulkifli Yusup,Fenomena ribut, kemarau, 1996.
-
8/2/2019 20807909 Pengguna Dan Kepenggunaan
25/29
banjir yang sedia ada perlu dikemas kini dengan mengambil kira ramalan ke atas ciri-ciri
ribut pada masa akan datang. Namun dengan keadaan iklim yang semakin tidak menentu,
kerja-kerja ramalan seperti ini akan lebih mencabar. Di kawasan rendah, seperti tadahan
Batu Pahat pengaliran air larian permukaan ke hilir terganggu oleh kesan pasang surut air
laut. Kesan banjir pada masa akan datang mungkin menjadi lebih buruk jika ramalan
kenaikan aras air laut menjadi kenyataan. Meskipun kenaikan sebenar aras laut sukar
diramal dengan tepat, pihak IPPC (Intergovernmental Panel on Climate Change)
menjangkakan kenaikan 0.5m dalam tempoh satu dekad.
Berbanding sebelumnya, banjir 2006/07 telah menyaksikan kenaikan paras air
yang begitu cepat dengan kandungan lumpur atau enapan yang tinggi. Hal demikian
boleh dikaitkan dengan aktiviti pembangunan dan penerokaan tanah. Kesan banjir bolehmenjadi lebih serius dengan bertambahnya kawasan tidak telap apabila tumbuhan asal
dibersihkan dan tanah dibangunkan untuk tujuan perbandaran, perumahan atau pertanian.
Namun kesan ini boleh dikurangkan jika pembangunan tanah dilakukan secara terkawal
dan mesra alam. Umpamanya kajian oleh Institut Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber
Air, Universiti Teknologi Malaysia mendapati kesan banjir akan menjadi lebih mendadak
apabila kawasan tidak telap dalam tadahan melebihi 20 peratus.
Kesan aktiviti pertanian dan pembalakan juga akan dapat dikurangkan jika
kawasan tidak telap dalam bentuk jalan ladang dan jalan hutan dapat dihadkan tidak
melebihi 8 peratus. Masalah hakisan di tapak-tapak pembinaan dan kawasan pertanian
masih agak berleluasa. Tanah yang gondol lebih terdedah kepada impak titisan hujan dan
hakisan air larian permukaan. Ini menyebabkan permukaan tanah menjadi semakin
mampat dan seterusnya menjana lebih banyak air larian permukaan. Akibatnya, lebih
banyak keladak dan enapan memasuki sistem saliran. Untuk jangka masa yang lama,
kesan kumulatif enapan, terutama di bahagian hilir menjadi lebih ketara. Antaranya, ia
akan mengurangkan kapasiti sungai untuk mengalirkan air ke muara.
Pada masa yang sama , kerja pemantauan bagi projek pembangunan, Jabatan
Pengairan dan Saliran (JPS) telah menyediakan strategi dan garis panduan yang
menekankan keperluan mengawal banjir di punca. Antara lain, pemaju dikehendaki
-
8/2/2019 20807909 Pengguna Dan Kepenggunaan
26/29
membina kolam takungan atau kolam tahanan untuk menyimpan lebihan air larian
semasa kejadian ribut. Garis panduan yang dikenali sebagai Manual Saliran Mesra Alam
(MaSMA) ini telah dilancarkan pada tahun 2000. Meskipun MaSMA mengandungi garis
panduan yang komprehensif, perlaksanaannya memerlukan komitmen dan sokongan dari
semua pihak terutama pihak berkuasa tempatan dan pemaju hartanah. Dalam hal ini
pemaju boleh melaksanakan konsep pembangunan lestari. Dengan kuasa membeli yang
semakin bertambah, pembeli kini sanggup membayar harga yang lebih untuk mendapat
hartanah yang mesra alam. Trend ini harus digarap oleh pemaju hartanah umpamanya
dengan menampilkan imej air seperti tasik dan sungai dalam konsep pembangunan
hartanahnya. Jika diadun dengan bijak, imej air ini bukan sahaja dapat membantu
mengurangkan kesan banjir malah dapat meningkatkan nilai hartanah. Di Batu Pahat,
banjir mengambil masa yang cukup lama untuk surut. Pada umumnya tadahan Batu Pahat
mempunyai topografi yang landai. Adalah menarik untuk membincangkan kesan banjir di
Batu Pahat dari sudut pembangunan tanah. Sebahagian besar tadahan Batu Pahat asalnya
diliputi oleh hutan paya gambut. Tanah gambut mengandungi lebih 90 peratus bahan
organik dan mempunyai keupayaan menyerap air yang sangat tinggi. Hutan paya gambut
juga berfungsi mengurangkan kesan banjir dengan melambatkan pergerakan air ke hilir.
Dalam tahun 70-an, hampir kesemua hutan paya gambut di Batu Pahat telah
diterokai dan dimajukan melalui Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Johor Barat.
Terusan dan parit telah dibina dengan banyaknya untuk mengalirkan air dan
merendahkan aras air bumi agar sesuai untuk tanaman. Akibatnya tanah gambut yang
sebelum ini sentiasa ditenggelami air terdedah kepada udara. Ini menyebabkan tanah
gambut mengalami proses pereputan, pengoksidaan dan larut resap. Kesan jangka
panjang proses ini ialah berlakunya pemendapan tanah. Bergantung kepada lokasi,
pemendapan, antara satu hingga tiga meter telah dilaporkan berlaku. Akibatnya topografi
tadahan Batu Pahat hari ini menjadi lebih rendah dari topografi asal sebelum tahun 70-an.
Oleh itu adalah penting untuk mengambil kira faktor pemendapan tanah dan kenaikan
aras air laut dalam menyediakan strategi kawalan banjir di tadahan Batu Pahat.
Pengurusan saliran dan sungai juga memerlukan paradigma baru dalam
menangani masalah banjir. Anak sungai dan parit terutamanya di bahagian hulu harus
-
8/2/2019 20807909 Pengguna Dan Kepenggunaan
27/29
diurus secara tabii. Amalan melurus dan membersih sungai semasa musim banjir tidak
semestinya membantu mengurangkan kesan banjir. Pendekatan pengenyahan pantas
(rapid disposal) air sungai mungkin boleh menyelesaikan masalah banjir di bahagian hulu
tadahan tetapi akan mempercepatkan lagi aliran ke bahagian hilir. Akibatnya air banjir
akan cepat meluru ke kawasan rendah di hilir. Sebaliknya saliran yang diurus secara tabii,
dengan membiarkan pokok-pokok akuatik tumbuh dan membesar di dalamnya boleh
membantu melambatkan pergerakan air ke hilir. Strategi ini akan lebih berkesan jika
digabungkan dengan tanah bencah (wetlands).
Di beberapa negara maju seperti Jepun, Korea dan Denmark amalan ini bukan
suatu yang janggal, malah telah terbukti berkesan dalam mengawal banjir dan
mengembalikan semula habitat akuatik. Di hilir tadahan pula, kerja-kerja membersih danmendalamkan saliran sebelum musim banjir tiba boleh diteruskan. Secara umumnya
kaedah kejuruteraan dan pemuliharaan ekosistem perlu digabungkan. Kita juga harus
merumus pelan tindakan kecemasan banjir untuk setiap tadahan yang mempunyai risiko
banjir. Strategi pengurusan dan pencegahan banjir juga harus mengambil kira persediaan
menghadapi musim kemarau dengan mengoptimumkan sumber air. Objektifnya ialah
untuk mengurangkan kerosakan semasa air berlebihan dan memastikan bekalan yang
mencukupi semasa musim kemarau.
-
8/2/2019 20807909 Pengguna Dan Kepenggunaan
28/29
7.0 KESIMPULAN
Peningkatan suhu dunia sejak akhir-akhir ini telah banyak menimbulkan masalah
kepada kehidupan di muka bumi ini samada manusia, haiwan mahupun tumbuhan.
Keadaan ini mengikut kajian para saintis adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia
yang merupakan ejen utama yang menyumbang kepada berlakunya pemanasan global
pada masa kini. Oleh itu, fenomena pemanasan global ini adalah merupakan satu bentuk
fenomena alam yang tidak harus dipandang remeh oleh semua masyarakat. Hal ini kerana
kita mesti memikirkan kesan yang mungkin akan dihadapi akibat daripada fenomena ini.
Timbul persoalan adakah kita mahu generasi kita akan datang hidup dalam keadaan yang
tidak selesa akibat peningkatan suhu bumi yang disebabkan oleh kejadian fenomena
pemanasan global. Sudah tentu, kita tidak mahu perkara seperti ini terjadi. Manusia tentu
akan menanggung pelbagai kesan pemanasan iklim global ini seperti kesan yang telah
dialami sekarang, ditambah dengan fenomena cuaca dan keadaan iklim melampau yang
semakin kerap berlaku. Jelas bahawa jika karbon dioksida terus bertambah di dalam
atmosfera, maka seluruh dunia akan menjadi lebih panas dan keadaan ini akan lebih kuat
dirasai di garisan lintang tinggi. Ada kemungkinan kumpulan ais artik dan beberapa
lapisan ais kebendaan akan menjadi cair. Oleh itu langkah yang wajar dan sesuai harus
diambil segera yang mungkin bagi mengurangkan fenomena ini daripada terus berlaku.
Langkah tersebut hendaklah dapat memberi kesedaran kepada semua masyarakat dunia
yang bertanggungjawab terhadap kejadian ini kerana faktor-faktor manusia merupakan
faktor utama yang menyumbangkan kepada berlakunya pemanasan global. Oleh itu,
bersama-samalah kita menjaga alam sekitar daripada terus terancam bagi menjaga
kesejahteraan hidup generasi akan datang.
-
8/2/2019 20807909 Pengguna Dan Kepenggunaan
29/29
RUJUKAN
Abidullah Haji Samsudin. 1994.Isu-Isu Semasa Dalam Geografi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.
Banda Ak Notem. 2002. Seminar Pemanasan Global, Punca Dan Kesannya Terhadap
Ekosistem dan Kehidupan. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh.
Hare T. 1992. Selamatkan Bumi Kita, Kesan Rumah Hijau: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
John Mike Wallace. (2006, Jun 23). Suhu Terpanas Sejak 2,000 Tahun: Kegiatan
Melampau Manusia punca Cuaca tak Menentu. Berita Harian. Halaman 2.
Mohd Zuhdi Marsuki Dan Amer Saifude Ghazali. 2002. Etika Alam Sekitar Daripada
Perspektif Islam timur Barat: PTS Publications Dan distributors Sdn. Bhd.
Protokol Kyoto (2008). Di perolehi pada Febuari 21, 2008 daripada
Http://id.wikipedia.org/wiki/Protokol_Kyoto.
Penipisan Lapisan Ozon (2008). Di perolehi pada Febuari 21, 2008 daripada
Http://planet.time.net.my.
Pemanasan Global (2008 ). Diperolehi pada Februari 21, 2008 daripada
Http://www.ivy.ory/documents/savs_plunst thm .
Sham Sani. 1982.Pembandaran Iklim bandar Dan Pencemaran Udara. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia.
http://id.wikipedia.org/wiki/Protokol_Kyotohttp://www.ivy.ory/documents/savs_plunsthttp://id.wikipedia.org/wiki/Protokol_Kyotohttp://www.ivy.ory/documents/savs_plunst