182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
BAB DUA:
SEJARAH LISAN DI MALAYSIA
1. SUMBER LISAN SEBAGAI BAHAN SEJARAH TEMPATAN
Penggunaan sumber lisan sebagai sumber sejarah di Malaysia masih dianggap baru
dan masih belum diterima sepenuhnya sebagai satu kaedah penyelidikan sejarah.
(Rahilah Omar, 2012)
Menurut Mohd Amin Hassan (1974), ketika beliau menulis jurnalnya pada ketika itu,
sejarah lisan dilihat masih setahun jagung dan baru bertapak di Malaysia pada ketika
itu.
Malah di peringkat dunia sekali pun, penggunaan sumber lisan hanya dimulakan oleh
Allan Navins di Amerika Syarikat pada tahun 1948.
Hanya pada tahun 1960-an dan 1970-an bidang sejarah lisan berkembang pesat di
United Kingdom akibat gerakan aliran oralist yang diketuai oleh Thomson dan rakan-
rakannya.
Di Malaysia, universiti-universiti tempatan telah mula menunjukkan kecenderungan
terhadap sejarah lisan. Paling konsisten dan terkehadapan adalah Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah menubuhkan Pusat Kajian Sejarah Lisan di
bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
Sejarah lisan sebagai satu kursus yang ditawarkan di Universiti Kebangsaan
Malaysia pula telah ditawarkan pada tahun 1981.
Bab ini berfokus kepada:
1. Sumber lisan sebagai bahan sejarah tempatan;
2. Kesukaran memperoleh bahan-bahan bertulis;
3. Cerita yang benar-benar dilalui oleh individu dan kumpulan;
4. Kekuatan sejarah lisan sebagai pengukuh kepada pelbagai bahan bertulis;
5. Memperbanyakkan penulisan sejarah tempatan dalam pelbagai tema;
6. Memperkaya tradisi sejarah
2
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
Selain itu, Persatuan Sejarah Lisan Malaysia turut ditubuhkan bagi menggerakkan
perkembangan sejarah lisan di Malaysia.
Penggunaan sumber lisan sebagai bahan sejarah tempatan di Malaysia juga
semakin mendapat tempat. Antara projek sejarah lisan yang telah berjaya
dilaksanakan di Malaysia termasuklah:
1. Projek golongan nasionalis kiri Melayu dan sejarah pergerakan Rejimen
Kesepuluh Parti Komunis Malaya di Lubuk Kawah;
2. Projek peristiwa Memali;
3. Projek peristiwa di zaman Jepun dan pentadbiran BMA;
4. Projek 69 Komando;
5. Projek UMNO Negeri Sembilan;
6. Projek biografi tokoh
Penggunaan sumber lisan sebagai sumber sejarah di negara ini dipelopori oleh
Abdullah Munsyi melalui bukunya “Kisah Pelayaran Abdullah”. Melalui wawancara
beliau dengan masyarakat tempatan di negeri-negeri Pantai Timur, beliau
kemudiannya menulis semula gambaran berkenaan masyarakat di Pantai Timur
berdasarkan apa yang telah diberitahu kepadanya.
Selain itu, jurnal-jurnal berkaitan sejarah yang ditulis oleh para pegawai British di
Tanah Melayu juga cenderung untuk menggunakan keterangan lisan sebagai
sumber sejarah mereka.
Sebagai contoh, W.E. Maxwell ketika menulis mengenai sejarah negeri Perak turut
mendapatkan maklumat daripada masyarakat Orang Asli di Perak.
Selepas era pasca merdeka, usaha ke arah pendokumentasian sejarah lisan
sebagai satu sumber sejarah hanya dimulakan secara serius apabila Arkib Negara
Malaysia mengambil inisiatif menjalankan beberapa projek bagi mengisi bahagian
Arkib Perdana Menteri.
3
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
2. KESUKARAN MEMPEROLEHI BAHAN BERTULIS
Menurut Nadzan Haron (2012), penyelidik sejarah di Malaysia kini menghadapi
kesukaran untuk mendapatkan sumber sejarah yang lengkap bagi kajian peristiwa
sejarah yang berlaku terutamanya pada zaman sebelum kemerdekaan negara
terutamanya disebabkan oleh beberapa faktor.
Antaranya, masyarakat di Malaysia bukanlah masyarakat yang minat menulis.
Kebanyakan rekod-rekod bertulis yang wujud di negara ini hanyalah rekod-rekod
rasmi kerajaan dan rekod-rekod istana.
Hal ini adalah berbeza dengan tradisi Bugis di Istana Johor-Riau yang menjadikan
penulisan catatan harian sebagai satu tradisi para pembesar Bugis.
Faktor kurangnya penulisan yang berbentuk catatan, diari harian atau surat-
menyurat dalam kalangan masyarakat di Malaysia baik sebelum merdeka dan
selepas merdeka dipengaruhi oleh banyak faktor. Antaranya:
1. Tidak menjadi suatu kebiasaan atau budaya masyarakat;
2. Kekangan waktu dan kesibukan harian;
3. Kurangnya kesedaran tentang kepentingan catatan sebagai rekod
sejarah;
4. Perkembangan teknologi perhubungan
Sedar atau tidak, perkembangan teknologi perhubungan terutamanya telefon telah
membawa kesan negatif kepada sumber bertulis sebagai sumber sejarah di negara
kita.
Proses surat-menyurat telah dianggap ketinggalan zaman, lambat dan hanya
digunakan untuk tujuan-tujuan rasmi sahaja.
Hubungan dan komunikasi antara individu telah dipermudahkan menggunakan
medium seperti telefon atau internet yang lebih pantas untuk perkara yang lebih
mustahak.
Akhirnya, banyak peristiwa atau perkara sejarah yang penting hanya kekal dalam
memori ingatan pelaku (actor) tanpa didokumentasikan secara bertulis.
4
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
Perkara ini sering kali terjadi kepada para pemimpin dan pegawai atasan yang
sepatutnya mampu memberikan sumber bertulis yang sangat banyak kepada
sumber sejarah di negara ini.
Disebabkan kemajuan teknologi perhubungan, para pemimpin dan pegawai lebih
cenderung untuk berhubung menggunakan alat komunikasi moden yang akhirnya
tidak direkodkan kembali secara bertulis.
Oleh itu, sejarah lisan menjadi semakin penting terutamanya dalam mendekati para
pemimpin atau pegawai kerajaan dalam pelbagai isu. Melalui wawancara oleh para
pengkaji sejarah dengan tokoh-tokoh, peristiwa dan fakta sejarah yang penting yang
selama ini hanya berlegar dan tersimpan dalam memori tokoh dapat dirakam dan
dijadikan sebagai sumber bertulis (transkrip).
Selain itu, apabila sesuatu peristiwa sejarah itu melibatkan masyarakat kebanyakan,
tiada rekod bertulis yang diperoleh berkaitan dengannya.
Misalnya, seseorang pengkaji sejarah yang cuba untuk mengkaji sejarah
perkembangan permainan wau atau dikir barat dalam kalangan masyarakat di Pantai
Timur akan menghadapi kekangan kerana amat jarang perkara-perkara yang bernilai
sejarah yang berkaitan dengan perkembangan permainan ini didokumentasikan,
malah hampir tiada.
Oleh itu, para pengkaji yang berminat untuk mengkaji sejarah seperti ini perlu turun
ke dalam masyarakat dan mendapatkan keterangan lisan daripada penggiat dan
peminat permainan ini.
Kesukaran mendapatkan rekod bertulis juga berlaku dalam konteks Malaysia
terutamanya rekod-rekod pentadbiran Zaman Jepun dan rekod-rekod tentera British
sebelum Perang Dunia Kedua.
Hal ini kerana, kebanyakan rekod-rekod ini telah dimusnahkan untuk tujuan
keselamatan akibat perang.
Selain itu, akses rekod bertulis pada masa kini juga bukanlah sesuatu yang mudah.
Kebanyakan rekod-rekod kerajaan diklasifikasikan sebagai sulit, rahsia besar dan
tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
5
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
3. CERITA YANG BENAR-BENAR DILALUI OLEH SESUATU KUMPULAN
Antara pandangan golongan sejarawan Aliran Lisan (oralist) adalah untuk
mengangkat “sejarah dari bawah” seperti yang diperjuangkan oleh sejarawan Aliran
Annales.
Untuk tujuan itu, tema-tema sejarah yang berkaitan dengan pergerakan sekerja,
wanita, golongan minoriti dan rakyat kebanyakan diangkat sebagai satu ruang
lingkup sejarah yang baharu dan tidak hanya berlegar dalam ruang lingkup sejarah
negara semata-mata.
Kebiasaannya, sejarah berkaitan golongan kebanyakan ini tidak direkodkan secara
bertulis dan kajian para pengkaji kebanyakannya cenderung kepada menemuramah
golongan-golongan sasar dalam sesebuah kajian sejarah.
Golongan yang ditemuramah kebiasaannya adalah sumber proto dan saksi mata
iaitu mereka yang benar-benar melalui atau mengalami sesuatu peristiwa sejarah.
Dalam hal ini, para pengkaji sejarah akan cuba untuk mendapatkan gambaran
berkenaan peristiwa daripada sumber proto, sebab-sebab yang mencetus kepada
tindakan mereka dan kesan daripada tindakan mereka.
Di Malaysia misalnya, golongan yang benar-benar mengalami sesuatu peristiwa
sejarah telah didekati dan diwawancara bagi mendapatkan keterangan lisan
daripada mereka.
Antaranya, pengkaji-pengkaji sejarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
telah menemui bekas anggota komunis Melayu daripada Rejimen Kesepuluh Parti
Komunis Malaya di Kampung Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang bagi mendapatkan
maklumat daripada mereka berkenaan sejarah perjuangan mereka dalam rejimen
tersebut.
Selain itu, penduduk-penduduk kampung di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling
yang mengalami Peristiwa Berdarah di Memali sekitar tahun 1986 turut diwawancara
bagi mendapatkan keterangan lisan daripada mereka berkenaan peristiwa tersebut.
6
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
4. KEKUATAN SEJARAH LISAN SEBAGAI PENGUKUH KEPADA PELBAGAI
PERISTIWA BERTULIS
Menurut Nadzan Haron (2012), dua masalah yang biasa dihadapi oleh seseorang
pengkaji sejarah termasuklah:
1. Terlalu kurang sumber bertulis;
2. Sumber bertulis yang kurang lengkap dan menimbulkan banyak
persoalan tentang kandungannya.
Selain itu, terdapat juga sumber bertulis yang ditulis tidak menyeluruh dan dicatatkan
apa yang difikirkan perlu sahaja oleh pencatatnya sedangkan peristiwa sebenar
sesuatu peristiwa adalah lebih daripada apa yang dicatatkan.
Sebagai contoh, laporan bertulis pada zaman British mengenai beberapa peristiwa
seperti penentangan terhadap Malayan Union dan peristiwa rusuhan kaum di Batu
Kikir, Batu Pahat dan Sungai Manik tidak dilaporkan secara menyeluruh dan tepat
dan sebahagiannya bagi menyembunyikan fakta.
Malah, terdapat rekod bertulis yang dimusnahkan oleh tentera setelah kalah perang
termasuklah rekod-rekod tentera British dan Jepun ketika mereka terpaksa
menyerah kalah dalam peperangan.
Selain itu, terdapat rekod-rekod bertulis yang dianggap sebagai propaganda dan
dikawal oleh pemerintah pada sesuatu masa. Dalam hal ini, laporan terhadap para
penentang dan golongan kiri dibuat secara berat sebelah.
Justeru, penggunaan sumber lisan dalam kajian sejarah adalah penting bagi
mendapatkan sudut pandang yang lebih adil bagi kedua-dua belah pihak dan
mengatasi kekurangan yang terdapat dalam sumber bertulis.
Kebanyakan sumber bertulis negara yang bersifat rahsia, sulit dan tertakluk kepada
Akta Rahsia Rasmi (OSA) menyebabkan penggunaan sumber bertulis sebagai
sumber sejarah menjadi terhad dan memerlukan penggunaan sumber lisan sebagai
alternatifnya.
Dalam hal ini, sumber lisan tidak akan menggantikan sumber bertulis akan tetapi
sebaliknya bertindak sebagai pelengkap kepada kekurangan sesebuah sumber
bertulis. (Mohd Amin Hassan, 1974: 38)
7
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
Dalam hal ini, peranan sumber lisan ke atas sumber bertulis termasuklah:
Tidak semua peristiwa penting dan bersejarah itu direkodkan secara bertulis,
justeru sumber lisan digunakan dalam merakamkan peristiwa tersebut.
Terdapat keraguan tertentu dalam sumber bertulis terutamanya yang dilihat
berat sebelah, propagandik, dan dilihat menyembunyikan fakta.
Tidak semua rekod bertulis mengandungi maklumat yang diperlukan sebagai
bahan rujukan kajian disebabkan oleh tindakan pencatat rekod yang
melakukan pencatatan terpilih (selective recording)
8
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
5. MEMPERBANYAKKAN PENULISAN SEJARAH TEMPATAN DALAM PELBAGAI
TEMA
Perdebatan di antara para sejarawan berkenaan ruang lingkup sejarah telah
membawa kepada kemunculan pelbagai aliran termasuklah aliran yang
berpandangan bahawa ruang lingkup sejarah adalah meliputi pelbagai ruang lingkup
kehidupan dan tidak hanya terhad kepada sejarah berkenaan negara semata-mata.
Di Malaysia sendiri, para pengkaji sejarah masih dilihat cenderung untuk melakukan
kajian sejarah yang berkait dengan politik dan negara dan tema-tema berkait dengan
sejarah rakyat, sejarah sosial, sejarah budaya, sukan dan sebagainya masihh
terbuka luas dan kurang diterokai.
Dalam hal ini, sumber lisan telah memainkan peranan penting kepada para pengkaji
sejarah dalam melakukan kajian sejarah ke atas pelbagai tema sejarah terutamanya
sejarah yang berkait dengan masyarakat, budaya dan sosial.
9
Nota SJH3104
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian
hazmanazhar_ipda© 2013
6. MEMPERKAYA TRADISI LISAN
Penulisan sejarah tidak semestinya hanya berlegar kepada tokoh ternama dan
peristiwa sezaman yang menggunakan sumber bertulis dan sumber lisan semata-
mata.
Dalam hal ini, tradisi lisan (yang terkawal) perlu digunakan untuk dijadikan sumber
penting dalam mengkaji sejarah politik, sosial, ekonomi dan perundangan tradisional
dahulu kala seperti yang terkandung dalam perbilangan adat.
Antaranya termasuklah perbilangan adat yang dipegang secara tradisi oleh ketua-
ketua adat dalam Masyarakat Minangkabau dan ketua-ketua suku dan adat dalam
pelbagai suku di Sabah dan Sarawak.
Disebabkan peredaran zaman dan arus kemodenan, kebanyakan tradisi lisan ini
semakin hilang disebabkan tidak ramai ahli masyarakat yang berminat untuk
mendalami dan meneruskan tradisi lisan yang diperturunkan sejak zaman berzaman
ini.
Oleh itu, pendokumentasian tradisi lisan ini adalah penting dalam memastikan
sejarah lisan ini dapat dikekalkan untuk generasi akan datang.