17272886 kemahiran-kaunseling-kelompok
TRANSCRIPT
1
Definisi
Kaunseling kelompok membukajalan kepada individu mengubah sikap
dan tingkahlakunya, mengikut nilai dan tanggapan asal sesebuah kelompok.
Semua fungsi ini digunakan dalam sesebuah kelompok kecil dengan
berkongsi masalah peribadi bersama rakan sebaya.
Matlamat
Membantu pertumbuhan pelajar dalam bidang akademik serta
mewujudkan interaksi individu yang lebih sihat.
Mewujudkan program pencegahan yang dapat mengurangkan krisis
dalam diri dan krisis di antara individu.
Mengurangkan masalah disiplin serta mewujudkan suasana yang lebih
seronok di sekolah.
Menanamkan rasa penerimaan diri sendiri dan belajar untuk
megurangkan jual mahal atau tarik diri.
Menyedari dan menerima beberapa persamaan dalam diri seseorang.
Membolehkan seseorang itu sabar terhadap sebarang kesusahan.
Ciri-ciri
Memberi focus kepada pemikiran sedar dan tingkah laku.
Penyertaan haruslah secara sukarela. Peserta harus bersedia berkongsi
pengalaman dan bersedia mengubah diri.
2
Sebelum menjadi peserta, penerangan yang jelas tentang objektif
kelompok harus diberi kepada peserta dan pentadbir.
Bentuk kelompok yang beraneka jenis ideal jika mempunyai 8 hingga 10
ahli yang berjumpa sekali atau dua kali seminggu selama 1 hingga 1½ jam
dalam 3 hingga 5 sesi. Jumlah sesi bergantung kepada keperluan peserta
serta kemampuan kaunselor.
Peranan seorang peserta kelompok amat penting dalam keberkesanan
kelompok. Seseorang peserta mempunyai sumber teraputik untuk menolong
peserta-peserta lain.
Kerasihaan menjadi etika yang penting dalam kaunseling kelompok.
Aktiviti kaunseling hendaklah dirancanng dengan baik.
Setiap ahli kelompok boleh mencadangkan sesuatu yang boleh memberi
kebaikan bersama.
Seelok-eloknya ahli kelompok terdiri daripada mereka yang sama
peringkat kematangan umur.
Seorang kaunselor mungkin sebagai pemehati sahaja.
3
4
1) Kemahiran Melayan
Hubungan baik hendaklah dijalin pada peringkat permulaan sesi
kaunseling supaya temubual kaunseling diteruskan dengan mesra, serta
mengikut langkah yang diaturkan. Dengan hubungan ini kaunselor dapat
menjalin hubungan baik dengan membuka jalan temubual seperti meyambut
kedatangan klien dengan mengucapkan :
Kaunselor : Saya berasa sangat gembira. Saya berharap saudara boleh
memberitahu apa yang sebenar berlaku. Kita bersama-sama mencari ikhtiar
untuk kebaikan. Silakan.
Kedudukan Klien. Sebelum klien berada di dalam kaunseling kelompok
kaunselor perlu mengruskankan tempat duduk klien supaya klien dapat
memerhati, berhadapan dan bercakap dengan kaunselor dengan lebih selesa.
Bertenang. Kaunselor dan klien hendaklah duduk dalam keadaan yang
baik supaya komunikasi di antara berdua dapat difahami dengan mudah.
Kedudukan tubuh Kaunselor. Kaunselor hendaklah membetulkan
kedudukan tubuhnya, iaitu condong ke hadapan seolah-olah dia bersedia untuk
mendengar masalah yang disampaikan oleh klien.
Perawakan muka. Aair muka kaunselor hendaklah senyum, suka dan
bersedia untuk memahami dan mengingat kembali apa yang disampaikan oleh
klien. Keadaan muka kaunselor yang masam menyebabkan klien berasa tawar
hati untuk menerangkan sesuatu.
Tentangan mata. Kaunselor hendaklah merenung atau menentang mata
klienya dengan penuh perhatian semasa bercakap bagi menunjukkan kesediaan
5
melibatkan diri dalam pertemuan yang diadakan. Sekiranya klien berasa malu,
bolehlah kaunselor mengubahkan psaudarangan ke arah lain bagi membolehkan
dia mencurahkan perasaan dengan lancar.
Mengikuti percakapan klien. Kaunselor harus mengikuti perkembangan
percakapan klien dan memberi dorongan minimum bagi menggalakan dia
meneruskan perkara- perkara yang penting. Sebagai contoh kaunselor boleh
menggunakan kata-kata seperti ‘teruskan’, lantas, ‘baik’, ‘ya’, ‘jadi’, dan
sebagainya. Kaunselor juga menggunakan pergerakan fizikal seperti mengagguk
kepala.
2) Kemahiran Komunikasi Asas
Salah satu cara meminta penjelasan semula daripada klien ialah
membuat refleksi. Dengan membuat refleksi maka kaunselor menggambarkan
bahawa dia benar-benar menghayati perasaan dan tanggapan yang diluahkan
oleh kliennya mengikut seperti yang yang dialami oleh kaunselor sendiri.
Klien: Saya benci dengan sikap ibu bapa. Mereka tidak mementingkan diri
saya.
Kaunselor: Saudara berasa kecewa kerana ibu bapa saudara tidak
mementingkan saudara?
Pemparafaran. Kaunselor perlu merumuskan isi-isi penting yang
dinyatakan oleh klien dari masa ke semasa. Ini bertujuan untuk meningkatkan
6
kefahaman diri klien tentang masalah-masalah yang dihadapinya. Ia juga
membawa kepada kesedaran kendiri yang mungkin menimbulkan celik akal bagi
klien menyelesaikan masalahnya.
Klien : Saya sentiasa khayal dalam kelas. Ini menyebabkan saya dihalau
keluar dari bilik darjah. Saya benci dengan tindakan ibu bapa. Saya selalu
tidak diberi kasih sayang daripada ibu bapa. Saya dalam kesunyian.
Kaunselor : Nampaknya saudara marah kerana selalu di halau keluar dari
kelas walaupun saudara ada sebab-sebab yang sah.
3) Kemahiran Pemudahcara
Menyoal. Soalan-soalan yang digunakan untuk membantu ahli-ahli
kelompok menimbangkan aspek-aspek diri. Soalan ini dapat menukarkan
kesenyapan kepada perbincangan yang produktif. Jenis soalan yang
dikemukakan hendak merupakan soalan terbuka supaya dapat memperolehi
banyak maklumat dari ahli-ahli. Soalan tertutup yang memerlukan ‘ya’ atau ‘tidak’
hendaklah dikurangkan.
Klien : Saya rasa tidak mempercayai ibu bapa saya. Ibu bapa saya selalu
sibuk dengan kerja mereka yang menyebabkan saya menagih dadah.
Kaunselor : Nampaknya saudara tidak mempercayai ibu bapa saudara yang
selalu sibuk dengan kerja ibu bapa. Cuba ceritakan lagi tentang kepercayaan
yang diharapkan oleh saudara.
7
Mencungkil. Apabila kaunselor mengemukakan soalan, klian hanya
hanya akan membincangkan secara ringkas sahaja. Oleh itu, kaunselor
hendaklah sensetif kepada perasaan dan pemikiran klien. Ia mendorong klien
mengkaji masalah-masalah klien dengan lebih mendalam.
Klien : Saya tahu saya ada perasaan marah di dalam diri saya. Tapi saya
tidak tahu puncanya.
Kaunselor.: Jadi, saudara tahu saudara ada perasaan marah tetapi tidak
tahu mengapa. Cuba saudara berikan situasi di mana saudara berasa lebih
marah daparipada yang lain.
Menyediakan suasana kelompok. Suasana yang sesuai adalah penting
bagi menjamin keberkesanan kelompok. Kaunselor boleh menyediakan suasana
yang kondusif dengan pelbagai cara termasuk susunan fizikal (kedudukan kerusi
dan meja) rasa hati yang ditunjukkan oleh kaunselor, jenis kepimpinan dan
aktiviti yang dicadangkan bagi klien. Dengan ini, klien memikirkan tentang
tingkahlaku , perasaan dan cara hendak bertindak balas.
Kaunselor : Setakat ini kita hanya menumpukan yang ingin mengubah
masalah diri kita. Bagaimana kita berkongsi maklumat tentang aspek-aspek
diri kita hendak kekalkan. Ali, cuba mulakan
8
9
Masalah-masalah
Perhubungan di antara klien dengan kaunselor. Dengan ketiadaan
perhubungan yang baik antara kaunselor dengan klien, setiap klien tidak
mengambil bahagian secara sukarela. Klien mendiamkan diri dan tidak
membuka mulut. Kaunselor yang tidak menjemput dengan layanan yang
sempurna menyebabkan klien tidak berpuas hati dan tidak meyuarakan
perasaannya. Oleh itu, klien tidak dapat percaya-mempercayai di antara satu
sama lain. Sebagai contohnya, jika sekumpulan klien yang mempunyai
masalah dadah yang ingin menghadiri kaunseling kelompok tetapi kaunselor
tidak melayan dan tidak memandang mata klien menyebabkan klien tidak
rapat dengan kaunselor.
Perhubungan rakan sebaya. Kaunselor yang tidak mengagihkan jenis
masalah klien iaitu perhubungan antara rakan sebaya boleh terjejas oleh
banyak perkara. Antaranya ialah umur, jantina, perkenalan awal dan sama
pengalaman. Dengan tidak adanya persamaan umur dan jantina maka
setengah kelompok tidak dapat membina perhubungan yang rapat. Jika dua
orang klien yang mempunyai masalah dadah dan selebihnya mempunyai
masalah akademik maka kaunseling pada hari itu tidak berjaya sebab
pengalaman yang berlainan menyebabkan tiada perhubungan di antara klien.
Keadaan ini berlaku jika kaunselor tidak memandang serius tentang perkara
10
tersebut. Hal ini menyebabkan klien tidak dapat bekerjasama dalam aktiviti
kaunseling dan berasa takut kepada klien yang lebih tua atau klien yang
berlaian jantina.
Pengurusan masa. Kaunselor yang tidak dapat menguruskan masa
dengan baik menyebabkan kaunseling kelompok tidak berjaya. Biasanya
kaunseling kelompok tidak mencukupi masa bagi sesetengah klien yang
memerlukan perhatian dan bantuan yang khas, walaupun setiap ahli
mendapat giliran bercakap. Contohnya, Ali mempunyai masalah dadah yang
lebih serius berbanding dengan klien-klien yang lain. Maka Ali memerlukan
masa yang lebih untuk mencurahkan isi hatinya kepada kaunselor. Jika
kaunselor tidak menguruskan masa dengan baik bagi menjalankan aktiviti
kelompok maka Ali berasa bosan dan ingin melarikan diri daripada
kaunseling kelompok.
Suasana kelompok. Kaunselor yang tidak meyediakan suasana
kaunseling yang kondusif menyebabkan masalah dalam kaunseling akan
timbul. Jika suasana fizikal seperti kedudukan kerusi dan meja tidak diurus
maka klien yang mempunyai masalah dadah tidak berasa selesa dalam
suasana ini bagi mencurahkan isi hatinya kepada kaunselor. Hal ini
menyebabkan ahli kelompok tidak minat dan sukar untuk mereka memberi
perhatian dalam sesi kaunseling. Klien boleh hilang minat dan mendapati
kaunseling kelompok ini membosankan.
11
Lain-lain Masalah
Sesetengah ahli kelompok menjadi terlalu bergantung kepada ahli-ahli
kelompok yang lain. Setiap masalah yang dihadapi, walaupun kecil,
seharusnya dikemukakan dengan harapan yang diselesaikan oleh kelompok.
Bukan semua individu didapati sesuai bagi kaunseling kelompok. Ada
yang terlalu agresif, yang mirip untuk mengesyaki orang lain atau terlalu
mudah tersinggung perasaan. Individu seperti ini mungkin tidak dapat
berfaedah dari sesi-sesi kelompok.
Ada klien yang menggunakan situasi kelompok untuk meluahkan
perasaan dan masalahnya untuk mendapatkan empati tetapi tidak serius
untuk bertindak ke arah penyelesaian masalahnya.
Takut dilihat oleh klien-klien lain sebagai bodoh.
Takut menjelajahi diri tentang kebimbingan yang dialami oleh diri sendiri.
Takut melihat diri dengan jujur kerana mungkin tidak terdapat apa-apa
kekuatan pada dirinya sendiri.
Takut bahawa pendedahan diri boleh menyebabkan dirinya disingkir atau
tidak diterima oleh ahli-ahli lain. Misalnya, kalau Ali memberitahu dia khayal
selalu sehingga tidak menumpukan perhatian dalam pelajaran, mungkin
lebih ramai lagi ahli-ahli kelompok tidak berani mendekatinya.
12
13
Kesimpulan
Pada keseluruhanya, kaunseling kelompok merupakan salah satu cara
bagi membantu pelajar-pelajar yang bermasalah terutamanya masalah ketagihan
dadah. Ahli-ahli kelompok memperolehi kemahiran sosial semasa berinteraksi
dengan ahli-ahli yang lain dan klien juga menjadi sistem pembantu kepada
ahlinya
Sebagai seorang kaunselor ,mempunyai respon yang tinggi iaitu mengajar
klien kemahiran komunikasi yang boleh diterapkan dalam kelompok. Usaha
kerjasama dari klien akan membuat kelompok menjadi lebih produktif dan
membuatkan tugas kaunselor lebih mudah.
Oleh sebab pelajar gemar bekerja dalam kumpulan dan perhubungan
rakan sebaya memainkan peranan penting dalam perkembangan anak muda,
kaunseling kelompok menjadi intervensi kaunseling yang berharga.
14
15
16
Bibliografi
http://www.chonghwa13tripod.com/berita4.html
http://www.tuanmat.tripod.com/ragamkaunseling.html
http://www.usm.my/education/kaunseling/etika.htm
http://www.pemadam.org.my/main.php
Muhd Mansur Abdullah, Siti Nordinor Mhod Tamin, Penghantar
Kaunseling, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993
Aminah Hashim, Bimbingan dan Kaunseling, Federal Publications, 1996
Tang Chee Yee, Bimbingan dan Kaunseling di Sek Rendah & Menengah,
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, 1997.
Ee Ah Meng, Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling, Penerbitan Fajar Bakti
Sdn. Bhd. 1998.
Mohd Salleh Lebar, Bimbingan dan Kaunseling, Siri Pendidikan Longman,
1993
Ee Ah Meng, Bimbingan dan Kaunseling II, Penerbitan Fajar Bakti Sdn.
Bhd. 1998.
Robert D.Myrick, Perkembangan Bimbingan dan Kaunseling Pendekatan
yang peraktis, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997.
Mun Mansur, Kaunseling Kelompok Teori & Praktis, UTM 1989.
Mok Soon Sang, Bimbingan dan Kaunseling, Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd. 2002.
17
18