13 lampiran h peranan tugas tjawab juk ju kp ppd jpn 100315

6
Lampiran H PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM & PENTAKSIRAN (DSKP) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN 6 2015 KEPADA JURULATIH UTAMA KEBANGSAAN (JUK) PERINGKAT KEBANGSAAN 22 HINGGA 24 MAC 2015 – ZON 1 SEMENANJUNG 25 HINGGA 27 MAC 2015 – ZON 2 SABAH, WP LABUAN DAN SARAWAK Peranan, Tugas dan Tanggungjawab A. Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK) Sebelum 1. Merancang sesi penyampaian agar latihan berjalan lancar. 2. Merancang segala aspek pembentangan/persembahan power point serta memastikan segala peralatan untuk pembentangan/persembahan berfungsi baik. 3. Merujuk jadual taklimat/latihan untuk memastikan tarikh, masa dan tempat taklimat/latihan. 4. Menyedia dan membawa keperluan taklimat/latihan seperti nota dalam bentuk soft copy serta hard copy (jika perlu) dan BBM. 5. Berhubung dengan pihak yang berkenaan (JPN/PPD) untuk mendapatkan bahan keperluan yang diperlukan untuk taklimat/latihan. 6. Berhubung dan berkomunikasi dengan pihak yang berkenaan (JPN/PPD) bagi mendapatkan maklumat berkaitan tempat/premis taklimat, tarikh, masa, bilangan peserta, keperluan taklimat seperti komputer riba, LCD, BBM dan lain-lain keperluan yang difikirkan sesuai dan perlu. 7. Berada di tempat taklimat/latihan lebih awal untuk membuat persediaan mutakhir sebelum sesi taklimat/latihan bermula. Semasa 8. Membacakan Etika Semasa Taklimat dan Peranan dan Tanggungjawab JU/KP kepada peserta. 9. Menyampaikan sesi taklimat/slot sebagaimana yang ditentukan. 10. Memastikan waktu bermula dan tamat setiap sesi/slot taklimat dipatuhi. Selepas 1

Upload: linda-montoya

Post on 27-Sep-2015

236 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

rbt 2015

TRANSCRIPT

Lampiran H

PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM & PENTAKSIRAN (DSKP) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN 6 2015 KEPADA JURULATIH UTAMA KEBANGSAAN (JUK) PERINGKAT KEBANGSAAN

22 HINGGA 24 MAC 2015 ZON 1 SEMENANJUNG25 HINGGA 27 MAC 2015 ZON 2 SABAH, WP LABUAN DAN SARAWAK

Peranan, Tugas dan Tanggungjawab

A. Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK)

Sebelum

1. Merancang sesi penyampaian agar latihan berjalan lancar.

2. Merancang segala aspek pembentangan/persembahan power point serta memastikan segala peralatan untuk pembentangan/persembahan berfungsi baik.

3. Merujuk jadual taklimat/latihan untuk memastikan tarikh, masa dan tempat taklimat/latihan.

4. Menyedia dan membawa keperluan taklimat/latihan seperti nota dalam bentuk soft copy serta hard copy (jika perlu) dan BBM.

5. Berhubung dengan pihak yang berkenaan (JPN/PPD) untuk mendapatkan bahan keperluan yang diperlukan untuk taklimat/latihan.

6. Berhubung dan berkomunikasi dengan pihak yang berkenaan (JPN/PPD) bagi mendapatkan maklumat berkaitan tempat/premis taklimat, tarikh, masa, bilangan peserta, keperluan taklimat seperti komputer riba, LCD, BBM dan lain-lain keperluan yang difikirkan sesuai dan perlu.

7. Berada di tempat taklimat/latihan lebih awal untuk membuat persediaan mutakhir sebelum sesi taklimat/latihan bermula. Semasa

8. Membacakan Etika Semasa Taklimat dan Peranan dan Tanggungjawab JU/KP kepada peserta.

9. Menyampaikan sesi taklimat/slot sebagaimana yang ditentukan.

10. Memastikan waktu bermula dan tamat setiap sesi/slot taklimat dipatuhi.

Selepas

11. Menyerahkan kepada pihak yang berkenaan (Pegawai/Urus setia) borang tuntutan perjalanan peserta

B. Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Jurulatih Utama (JU) / Ketua Panitia (KP)1. Membuat persediaan rapi bagi menghadiri taklimat/latihan dengan membawa keperluan berikut:

i. DSKP Tahun 6, Panduan/Modul Pengajaran dan Pelaporan Pentaksiran mengikut mata pelajaran masing-masing serta lain-lain keperluan yang sesuai dan perlu ii. Komputer riba dan pen drive/external hard disc/DVD untuk menyalin maklumat/dataiii. Buku nota dan alat tulisiv. Borang tuntutan perjalanan dan lain-lain dokumen yang berkaitanv. Lain-lain perkara yang difikirkan sesuai dan perlu yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui surat/e-mel/dll

2. Menghadiri 100% Taklimat/LatihanDSKP KSSR Tahun 6 2015 mengikut mata pelajaran, tempat, tarikh dan masa yang telah ditetapkan .

3. Memaklumkan kepada pihak pentadbiran masing-masing tentang keperluan mengadakan taklimat/kursus dalaman kepada semua guru mata pelajaran di sekolah masing-masing

4. Merancang taklimat/kursus/latihan dalaman yang akan diadakan di sekolah masing-masing tarikh, masa, tempat, bilangan taklimat, jadual waktu, power point untuk pembentangan dan nota taklimat dalam bentuk soft copy (hard copy jika perlu) dan sebagainya.

5. Melaksanakan taklimat/kursus/latihan dalaman bagi memberi pendedahan kepada guru di sekolah masing-masing tentang kandungan DSKP KSSR Tahun 6 mengikut mata pelajaran.

6. Menyediakan laporan taklimat/kursus/latihan dalaman dan menyerahkan satu salinan kepada pentadbir dan PPD masing-masing.

C. Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Pegawai JPN/PPD

Sebelum

1Bertindak sebagai Penyelaras/Pemantau/Urus setia bagi membantu mengurus dan memastikan taklimat/latihan berjalan seperti yang rancangkan.

2Mengenal pasti premis/pusat taklimat/latihan yang sesuai/kondusif mengikut mata pelajaran, masa dan tarikh yang ditentukan.

3Membuat tempahan makan minum (dua atau tiga kali makan sehari iaitu minum pagi, tengah hari dan/atau petang) untuk semua peserta (KP, JUK dan urus setia) serta memastikan makan minum peserta disediakan mengikut tarikh, masa dan pusat taklimat/latihan.

4Menyediakan senarai nama, nombor telefon bimbit/pejabat dan e-mail Urus setia di PPD/JPN untuk memudahkan komunikasi JUK Urus setia PPD/JPN.

5Menyedia dan menguruskan kemudahan komputer riba, LCD, PA system, kabel audio (untuk Pendidikan Jasmani) dan wayar extension untuk setiap pusat mengikut mata pelajaran dan tarikh serta BBM yang diperlukan oleh JUK (jika perlu) untuk tujuan taklimat.

6Mengedarkan surat arahan kepada KP untuk menghadiri taklimat yang diadakan di peringkat negeri/daerah.

7Memastikan KP menghadiri taklimat mengikut mata pelajaran dan tarikh yang telah ditentukan dan mendapatkan pengganti jika KP tidak dapat menghadiri taklimat.

8Memaklumkan kepada KP tentang bahan dan peralatan yang perlu dibawa semasa taklimat DSKP mata pelajaran, alat tulis, buku nota, komputer riba, dokumen untuk tuntutan perjalanan.

9Menerangkan kepada KP tentang peranan dan tanggungjawab mereka semasa dan selepas taklimat/latihan.

Semasa

10Memastikan KP berdisiplin dan mematuhi etika semasa taklimat/latihan kewajipan hadir taklimat, menepati masa, berpakaian sesuai, beradab serta menjaga imej.

11Memasang dan memastikan peralatan LCD dan komputer riba dipasang dan berfungsi dengan baik di bilik/tempat taklimat

12Mengedarkan borang kehadiran taklimat dan memastikan semua peserta menanda kedatangan masing-masing.

13Mengedarkan borang penilaian JUK kepada KP untuk dilengkapkan serta mengumpul semula selepas sesi akhir.

Selepas

14Mengumpul seterusnya mengemukakan dokumen yang berkaitan/diperlukan kepada Urus setia BPK apabila diminta.

15Menyediakan laporan taklimat/latihan dan menyerahkan kepada pihak yang berkaitan untuk rujukan/tindakan.

Etika Semasa Taklimat/Latihan

Semua yang terlibat dengan penyebaran DSKP KSSR Tahun 6 2015 hendaklah mematuhi etika semasa taklimat seperti berikut:1. Bagi memastikan semua JUK/JU/KP mendapat input yang disasarkan, mereka dinasihatkan menghadiri setiap sesi taklimat sebagaimana yang ditetapkan dalam jadual. Kumpulan sasaran yang tidak dapat hadir 100% atau kurang, perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada Pengarah JPN melalui Guru Besar masing-masing.

(Minit mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Staf (JIPS) KPM Bil 4/2013 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri KPPM; Perkara 4.7.3 Tindakan perlu diambil terhadap peserta yang telah dipilih tetapi tidak menghadiri taklimat/kursus.

Perkara 4.7.4 Pengarah JPN dan Bahagian KPM dimohon meminta peserta memberikan surat tunjuk sebab ketidakhadiran taklimat/kursus..)

2. Semua kumpulan sasaran perlu memaklumkan kepada urus setia (BPK/JPN/PPD, sekiranya terdapat sebarang kecemasan/keuzuran/perkara yang menyebabkan mereka tidak dapat/gagal hadir taklimat 100%.

3. Mematuhi masa sebagaimana yang ditetapkan dalam jadual waktu taklimat.

Bagi memastikan taklimat berjalan lancar, KP dan JUK dinasihatkan selalu merujuk jadual waktu taklimat dan diharap berada di bilik taklimat lima minit sebelum sesi taklimat bermula. 4. Semua yang terlibat dengan penyebaran DSKP KSSR Tahun 6 2015 hendaklah menjaga tingkah laku seperti berikut:i. sentiasa sopan dalam pertuturan ii. mengemukakan soalan/kemusykilan secara berhemahiii. mengekalkan hubungan baik.

5. Semua yang terlibat dengan penyebaran DSKP KSSR Tahun 6 2015 hendaklah memakai pakaian rasmi bertugas sepanjang taklimat/latihan. Seluar kain denim berselipar semasa taklimat/latihan tidak dibenarkan. Peserta dipohon memakai pakaian jasmani mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Muzik semasa melakukan aktiviti

6. Semua KP, JUK dan urus setia tidak digalakkan membawa anggota keluarga atau rakan lain semasa menghadiri taklimat.

7. Makan minum disediakan untuk semua peserta yang terlibat dengan penyebaran DSKP KSSR Tahun 6 2015 mengikut peruntukan yang telah ditentukan.

6