1.2.3 isnin
DESCRIPTION
rph bm thn2TRANSCRIPT
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA
TEMA KELUARGA
TAHUN 1
TAJUK Sayang Ayah
MASA 0900 – 1000 pagi Tarikh : Hari : Isnin
STANDARD PEMBELAJARAN
1.2.3. Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku kata tertutup dengan betul dan tepat.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. Mendengar dan menyebut 5 bunyi vokal dengan betul.
ii. Membatangkan dan menyebut sekurang-kurangnya 5 suku kata tertutup dengan betul dan tepat.
AKTIVITI
1. Murid mendengar lagu vokal. Murid menyanyi lagu vokal berserta pergerakan.
2. Murid dipamerkan gambar dan kad suku kata.
3. Sumbang saran berkaitan dengan aktiviti yang terdapat dan boleh diamalkan dalam gambar.
4. Murid diperkenalkan tajuk pelajaran hari ini.
5. Murid diberi contoh suku kata tertutup.
6. Murid menyebut suku kata tertutup yang diberikan dalam petikan secara kelas dan individu.
7. Aktiviti kumpulan : Mencantumkan kad suku kata tertutup berpandukan kad gambar membentuk peta buih.
8. Pembentangan kumpulan. Guru memantau dan membimbing.
9. Murid diedarkan lembaran kerja.
Lisan : Menyebut perkataan yang mempunyai dua suku kata.
Pengayaan : Murid membina suku kata tertutup sendiri tanpa bimbingan guru.
PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu : Pendidikan Moral
Nilai : Kasih sayang.
EMK : kreativiti dan inovasi.
KB : Menghubungkaitkan
Konstruktivisme : Meneroka
BAHAN BANTU BELAJAR
Kad suku kata , kad imbasan, gambar, laptop dan lembaran kerja.
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN / PENTAKSIRAN
Murid dapat menyebut suku kata tertutup dengan betul dan tepat.
REFLEKSI