1.1 overview of the chromelab...

22
1.1 Overview of the ChromeLab Components Latihan ChromeLab Mudah Alih Modul Latihan 2.0 Apakah itu Chromebook?

Upload: buithien

Post on 08-Mar-2018

234 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.0-apakah-itu...dahulunya disimpan pada pemacu keras komputer, ... Samsung Exynos 5 Dual

1.1 Overview of the ChromeLab Components

Latihan ChromeLab Mudah Alih

Modul Latihan

2.0 Apakah itu Chromebook?

Page 2: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.0-apakah-itu...dahulunya disimpan pada pemacu keras komputer, ... Samsung Exynos 5 Dual

Modul 2.0: Objektif Latihan Objektif modul ini adalah untuk memberi latihan produk yang terperinci kepada para peserta kursus. Setelah para peserta menamatkan kursus, mereka akan memahami tentang semua perbezaan ciri dan fungsi Mobile ChromeLab ini dan kaedah penyelesaian masalahnya. Mereka juga akan berupaya untuk menasihat para pengguna di sekolah tentang cara menggunakan fungsi-fungsi yang berbeza, demi mencapai dengan cemerlang matlamat tugas mereka. 2.0 Apakah itu Chromebook?

2.0.1 Apakah itu Chromebook? Chromebook ialah peranti pengkomputeran jenis baharu yang membuatkan pembelajaran dengan teknologi menjadi lebih mudah, lebih pantas serta ringkas! Ia dioperasikan oleh Chrome Operating System (Chrome OS), iaitu sistem berasaskan pelayar Chrome yang mempunyai lapisan keselamatan berbilang dan ruang simpanan awan yang sedia terbina. Chrome OS hanya membenarkan Chrome Browser untuk memasang sesuatu aplikasi ke dalamnya. Oleh itu, dalam erti kata lain, ia selamat kerana virus atau malware lain sukar menjangkiti OS kerana ia direka untuk tidak membenarkan aplikasi lain terpasang padanya kecuali Chrome Browser. Peranti ini memberikan guru dan pelajar akses yang pantas kepada sumber-sumber pendidikan dan kolaborasi global yang luas.

Page 3: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.0-apakah-itu...dahulunya disimpan pada pemacu keras komputer, ... Samsung Exynos 5 Dual

2.0.2 Apakah itu Pengkomputeran Awan? Anda mungkin pernah mendengar ungkapan “pengkomputeran awan’ sebelum ini tetapi mahu mengetahui maksudnya. Bekerja “di dalam awan” bermaksud fail dan folder anda yang dahulunya disimpan pada pemacu keras komputer, kini disimpan dan diproses pada pelayan komputer yang disambungkan dengan internet. Tidak seperti awan yang sebenar, penyimpanan awan (seperti Google Drive – yang didatangkan bersama Chromebook anda), adalah selamat dan terjamin. Ia mempunyai banyak persamaan seperti menyimpan wang dalam bank – hanya pengguna yang ditugaskan sahaja yang boleh mengakses data mereka (dengan kata laluan yang betul), dan jika mereka mahu, mereka boleh mengakses data tersebut dari mana-mana sahaja di dunia ini, atau dengan menggunakan peranti-peranti seperti komputer riba dan telefon mereka. Semua fail anda adalah selamat, walaupun jika Chromebook anda hilang atau rosak. Dengan Google Drive, data anda disimpan di pusat data Google yang sangat selamat. Syarat Perkhidmatan menjelaskan bahawa segala yang anda miliki adalah kekal milik anda. Anda memiliki fail anda dan anda mengawal dengan siapa anda berkongsi fail-fail anda, ia jelas dan mudah. Google Drive juga menawarkan penyimpanan awan pengguna, perkongsian fail dan pengeditan secara berkolaborasi.

Page 4: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.0-apakah-itu...dahulunya disimpan pada pemacu keras komputer, ... Samsung Exynos 5 Dual

2.0.3 Mengapakah Chromebook berbeza? Chromebook adalah komputer jenis baharu yang direka untuk membantu anda melakukan tugas dengan pantas dan mudah.

Chrome OS Google Chrome OS ialah satu sistem operasi yang ringan, dibina dan dioptimumkan untuk web tanpa keperluan yang sukar, justeru ia boleh beroperasi pada peralatan kurang mahal, membantu mengurangkan harga komputer. Ia dilengkapi dengan Google Apps terbina dalam, mudah dikongsi serta dikemaskini secara automatik. 2.0.4 Ciri-ciri Chrome OS yang membuatkannya berbeza Pantas Dilancarkan Chrome dilancarkan hanya dalam beberapa saat daripada dekstop anda apabila anda mengklik ikon Chrome sebanyak dua kali. Menjalankan Aplikasi Web Dengan Pantas Chrome dilengkapi dengan V8, enjin JavaScript yang lebih berkuasa yang dibangunkan untuk menjalankan aplikasi web yang kompleks dengan kelajuan kilat. Dengan pelancaran baharu, Chrome menjadi lebih pantas.

Page 5: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.0-apakah-itu...dahulunya disimpan pada pemacu keras komputer, ... Samsung Exynos 5 Dual

Carian Dan Navigasi Pantas Anda boleh memasukkan carian dan alamat web dalam bar gabungan carian dan alamat Chrome, yang dikenali sebagai Omnibox. Bar alamat tempat anda memasukkan alamat web/URL semasa melayari internet dikenali sebagai Omnibox.

Omnibox memaparkan cadangan bagi carian dan alamat yang anda taipkan, dan menyediakan fungsi auto-siap untuk membantu anda menemui carian anda hanya dalam beberapa ketukan kekunci. Pantas Memuatkan Halaman Web Chrome adalah dikuasakan oleh enjin sumber terbuka WebKit dan halaman web dimuatkan dalam sekelip mata. Ia ringkas Chrome direka untuk menjadikannya seringkas yang boleh. Ia pelayar yang berbeza daripada web yang biasa, supaya anda boleh lebih fokus kepada apa yang anda utamakan seperti untuk menggunakan emel atau memanfaatkannya sebagai alatan untuk mengajar. Carian & Navigasi Mudah Anda hanya perlu menaip dan anda akan temui apa yang dicari. Hanya terdapat satu kotak pada Chrome – the Omnibox – iaitu unuk anda membuat carian web atau menavigasi laman. Ia melengkapkan secara automatik taipan anda, memaparkan cadangan dan juga boleh memuatkan keputusan serta-merta jika anda mengaktifkan Chrome Instant. Pengurusan Tab Yang Cekap Tab-tab adalah mudah untuk diseret, dilepaskan dan disusun. Anda juga boleh pin tab kegemaran anda (seperti emel) ke jalur tab agar ia muncul di tempat yang sama, di setiap kali anda melancarkan Chrome.

Page 6: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.0-apakah-itu...dahulunya disimpan pada pemacu keras komputer, ... Samsung Exynos 5 Dual

Tab Untuk Carian Kenapa perlu pergi ke YouTube.com terlebih dahulu dan kemudian mencari video? Taipkan sahaja youtube.com ke dalam Omnibox dan tekan tab untuk terus melakukan cari YouTube. Anda juga boleh menetapkan kata kunci peribadi untuk laman-laman kegemaran anda.

Pemapar PDF Terbina Dalam Anda boleh memuatkan PDF dalam sekelip mata tanpa perlu memasang perisian atau plug-in. Ia mudah untuk mengubah saiz, menyimpan dan mencetak PDF dengan hanya satu klik. Mulakan Di Tempat Anda Berhenti Apabila anda menutup Chrome , ia akan mengingati tab yang anda buka supaya anda boleh terus menyambung kerja anda, bermula dari tempat anda berhenti. melakukan kerja anda meneruskan kerja anda Melayari Dengan Selamat Chrome akan memaparkan mesej amaran sebelum anda memasuki laman web yang disyaki mengandungi malware atau phishing. Serangan phishing berlaku apabila seseorang bertindak sebagai orang yang lain untuk memperdaya anda agar anda berkongsi maklumat peribadi atau maklumat sensitif dengan mereka, biasanya dengan menggunakan laman web palsu. Malware, dalam erti kata lain, merupakan perisian yang dipasang pada komputer anda, biasanya tanpa pengetahuan anda dan direka untuk membahayakan komputer anda atau mempunyai potensi untuk mencuri maklumat daripada komputer anda. Sandboxing Sandboxing ialah mekanisme keselamatan untuk mengasingkan program yang berjalan. Hal ini menghalang malware dari terpasang ke dalam komputer anda atau menggunakan apa yang berlaku dalam satu tab pelayar untuk mempengaruhi di tab yang lain. Sandbox menyediakan lapisan perlindungan tambahan terhadap laman web yang berniat jahat, yang cuba memasang program pada komputer anda, memantau komputer anda atau mencuri maklumat peribadi dari pemacu keras anda.

Page 7: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.0-apakah-itu...dahulunya disimpan pada pemacu keras komputer, ... Samsung Exynos 5 Dual

Kemaskini Automatik Untuk memastikan anda memiliki kemaskini keselamatan yang terkini, Chrome secara kerap melakukan pemeriksaan bagi memastikan ia sentiasa dikemaskini. Ini bermaksud, guru tidak perlu untuk mengemaskini kesemua Chromebook secara manual. Kemaskini Chromebook adalah tertakluk kepada polisi KPM, iaitu kemaskini yang dianggap kritikal dan selepas ujian lanjut sahaja yang akan dihantar kepada Chromebook untuk dilakukan kemaskini automatik. Mod Incognito Jika anda tidak mahu kunjungan anda ke laman web atau muat turun anda direkodkan dalam sejarah pelayaran atau muat turun, anda boleh melayarinya dengan mod Incognito. Di samping itu, sebarang kuki yang dihasilkan semasa dalam mod incognito akan dipadamkan selepas anda menutup kesemua tetingkap incognito yang terbuka.

Semasa anda melayari dalam mod incognito, anda akan dapat melihat ikon incognito di bahagian sudut. Mod Incognito amat berguna kerana ia adalah kaedah mudah untuk melayari web secara peribadi tanpa anda perlu mengubah tetapan privasi berulang kali semasa melayari internet. Misalnya, anda boleh mempunyai satu sesi biasa dan satu sesi incognito, dalam tetingkap yang berasingan, pada waktu yang sama. Pilihan Privasi Anda boleh mengawal semua pilihan privasi untuk Chrome dari dialog Options, di bawah bahagian Privacy, yang terletak di atas tab Under the Hood.

Page 8: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.0-apakah-itu...dahulunya disimpan pada pemacu keras komputer, ... Samsung Exynos 5 Dual

Membersihkan Data Pelayaran Dengan Chrome, anda boleh membersihkan data pelayaran anda pada bila-bila masa supaya maklumat pelayaran tidak tersimpan dalam pelayar anda, termasuk sejarah pelayaran dan muat turun, kuki, kata laluan tersimpan dan data borang tersimpan. Nota: Pintasan Papan Kekunci untuk tindakan ini ialah: CTRL + H Menetapkan Pilihan Privasi Mengikut Laman Web Di bawah tetapan kandungan Chrome; anda boleh mengawal pilihan privasi untuk kuki, imej, JavaScript dan plug-in secara laman demi laman. Menambah Pengguna Baharu Kemudahan menambah pengguna baharu membolehkan anda merasai pengalaman peribadi Chrome dan anda boleh mendaftar masuk ke dalam Chrome untuk menyegerakkan barangan anda. Mendaftar masuk ke dalam Chrome menyebabkan penanda buku, aplikasi, sejarah dan tetapan lain anda dihantar ke semua peranti anda. Apa sahaja yang anda kemaskini dalam satu peranti, serta-merta dikemaskini di mana-mana sahaja, dan barangan Chrome anda selamat jika berlaku sesuatu terhadap komputer anda. Perlu diingat bahawa tindakan menambah pengguna baharu ke dalam Chromebook tidak akan menambah pengguna tersebut ke dalam Frog VLE. Menambah pengguna baharu ke dalam Frog VLE hendaklah dilakukan oleh Pentadbir Frog (Frog Admin). Nota: Guru dan pelajar hanya boleh melog masuk dengan menggunakan 1BestariNet Yes ID mereka sahaja. Tema Adalah mudah untuk menambah sedikit warna pada Chrome. Anda boleh memasukkan tema dari Chrome Web Store atau anda boleh membuat tema anda sendiri di mychrometheme.com serta berkongsikannya dengan rakan-rakan guru. Menambah Aplikasi Tambahkan aplikasi ke dalam sebuah komputer. Akses aplikasi tersebut di semua komputer anda. Terdapat banyak aplikasi pendidikan tersedia di Chrome Web Store. Menambah aplikasi adalah proses 3 langkah:

Page 9: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.0-apakah-itu...dahulunya disimpan pada pemacu keras komputer, ... Samsung Exynos 5 Dual

1. Untuk memasukkan aplikasi, layari mudah kedai di http://chrome.google.com/webstore.

Atau klik ikon dalam senarai Apps . 2. Layari atau cari aplikasi yang anda ingin pasangkan. 3. Untuk aplikasi percuma, terdapat butang + Free di halaman butirannya. Klik butang tersebut untuk memasang aplikasi berkenaan. Aplikasi tersebut akan dipasang secara automatik dan ikonnya akan muncul dalam bahagian “Apps” pada halaman New Tab. Aplikasi dari Chrome Web Store ini menggunakan teknologi web baru yang berkuasa untuk memberikan pengalaman produktiviti, pendidikan dan permainan yang terbaik, sentiasa hanya dengan satu klik dari halaman New Tab. Chrome Web Store menawarkan beribu-ribu aplikasi, kelengkapan pendidikan yang percuma dan berbayar, dan peluasan untuk membantu guru dan pelajar memanfaatkan Chromebook mereka dengan sepenuhnya. 2.0.5 Ciri-ciri fizikal Chromebook

● Paparan 11.6 inci (1366x768) ● 0.7 inci nipis – 2.42 lbs / 1.08 kg ● Hayat bateri lebih daripada 6.5 jam* ● Samsung Exynos 5 Dual Processor ● 16 GB Solid State Drive ● Dual Band Wi-Fi 802.11 a/b/g/n

Terbina Dalam ● Sambungan Yes 4G Terbina Dalam ● Kamera VGA ● 1 x USB 3.0, 1 x USB 2.0 ● HDMI Port ● Bluetooth 3.0™ Compatible

Page 10: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.0-apakah-itu...dahulunya disimpan pada pemacu keras komputer, ... Samsung Exynos 5 Dual

2.0.6 Port Chromebook

Penting: Chromebook tidak menyokong sambungan mana-mana peranti USB yang perlukan pemacu. 2.0.7 Bateri

Sila rujuk kepada arahan berikut apabila menggunakan komputer dengan kuasa bateri, tanpa menyambung kepada kuasa AC. Chromebook dilengkapi dengan bateri dalaman.

1 Slot Sim Kad 2 USB 3.0 3 USB 2.0 4 HDMI Output 5 Lampu Penunjuk

Bateri 6 Port Pengecasan

Page 11: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.0-apakah-itu...dahulunya disimpan pada pemacu keras komputer, ... Samsung Exynos 5 Dual

Sambungkan penyesuai AC dengan jek input kuasa di sebelah kiri Chromebook. Bateri akan mula dicas. Apabila pengecasan selesai, LED Cas akan bertukar ke warna hijau.

Untuk melihat jumlah kuasa bateri yang tinggal, klik ikon bateri di sudut bawah kanan skrin.

STATUS LAMPU CAS

Sedang dicas

Merah

Telah dicas sepenuhnya

Hijau

Penyesuai AC tidak bersambung

Tidak Menyala

Page 12: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.0-apakah-itu...dahulunya disimpan pada pemacu keras komputer, ... Samsung Exynos 5 Dual

2.0.8 Menghidupkan Chromebook Jika anda membuka panel LCD, komputer akan dihidupkan secara automatik. Jika panel LCD sudah sedia terbuka, sila tekan butang kuasa.

LED butang kuasa akan dinyalakan apabila komputer dihidupkan.

2.0.9 Mematikan Chromebook

• Tekan dan tahan butang kuasa selama lebih kurang 4 saat untuk mematikan Chromebook. Tekan dan tahan butang kuasa selama lebih kurang 2 saat untuk mengunci Chromebook.

• Apabila sistem dibekukan, tekan dan tahan butang kuasa selama lebih kurang 8 saat untuk mematikan komputer.

Page 13: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.0-apakah-itu...dahulunya disimpan pada pemacu keras komputer, ... Samsung Exynos 5 Dual

Mengawal kuasa Chromebook

JIKA PENUTUPNYA DITUTUP

JIKA TIADA INPUT PADA MASA YANG DITETAPKAN

JIKA BUTANG KUASA DITEKAN

Daftar masuk

Mod tidur Mod tidur Situasi bertukar kepada daftar keluar.

Daftar keluar

Komputer dimatikan Chromebook dimatikan Komputer dimatikan.

2.0.10 Menyambung ke rangkaian tanpa wayar Nota: Chrome OS ketika ini menyokong semua piawaian keselamatan tanpa wayar utama (WEP, WPA, WPA2, dan WPA-Enterprise). Untuk menyambung komputer anda dengan rangkaian tanpa wayar:

Klik ikon rangkaian di sudut kanan bawah skrin. Jika anda tidak melihat ikon rangkaian tersebut, tutup atau kecilkan semua tetingkap yang terbuka. Satu senarai rangkaian tanpa wayar akan dipaparkan. Pilih rangkaian anda.

Page 14: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.0-apakah-itu...dahulunya disimpan pada pemacu keras komputer, ... Samsung Exynos 5 Dual

2.0.11 Log masuk dengan 1BestariNet ID

Masukkan kata laluan rangkaian, jika berkenaan dan klik Connect.

Maklumat rangkaian anda kini disimpan. Anda boleh log masuk ke dalam Chromebook dengan akaun 1Bestarinet ID anda. Jika anda log masuk dengan akaun Yes ID anda, anda dengan mudah boleh menggunakan perkhidmatan Google seperti Google Calendar, Google Docs dan sebagainya. Di samping itu, memandangkan penanda buku dan tetapan pelayar anda disimpan dalam akaun Yes ID, anda boleh menggunakan tetapan yang sama walaupun dengan Chromebook yang lain. Klik pada “Add User”

Page 15: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.0-apakah-itu...dahulunya disimpan pada pemacu keras komputer, ... Samsung Exynos 5 Dual

Masukkan 1Bestarinet Yes ID dan kata laluan anda.

Pilih satu gambar.

Setelah anda melengkapkan bahagian log masuk, Desktop akan dipaparkan. Anda boleh menggunakan Chrome dan pelbagai jenis aplikasi dengan mengklik ikon di sebelah kiri bawah skrin.

Page 16: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.0-apakah-itu...dahulunya disimpan pada pemacu keras komputer, ... Samsung Exynos 5 Dual

2.0.12 Memilih aplikasi untuk App list aplikasi

Klik butang App list ( ) di bawah skrin untuk memaparkan semua Apps yang sedang terpasang. Anda boleh mengawal aplikasi yang muncul dalam senarai dan membukanya dengan mudah.

Page 17: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.0-apakah-itu...dahulunya disimpan pada pemacu keras komputer, ... Samsung Exynos 5 Dual

2.0.13 Antara muka Pelayar

Sebaik sahaja anda mendaftar masuk, anda serta-merta berada dalam web. Di sini terdapat pengenalan pantas tentang antara muka yang anda akan dapat lihat:

NO MENU FUNGSI

1 Butang kawalan tetingkap.

Tarik ke bawah untuk mengecilkannya/ Seret ke kiri atau kanan untuk melabukannya. Anda boleh mengubah saiz atau melabuhkan tetingkap anda.

2 Butang New tab Klik untuk melihat aplikasi dan laman yang paling kerap dikunjungi.

3 Butang Navigasi Kembali, ke hadapan, atau muat semula halaman anda.

4 Bar Alamat Cari atau masukkan alamat web.

5 Bookmark Bookmark halaman.

6 Tetapan Klik untuk melaras tetapan pelayar anda.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penggunaan pelayar, layari Google Help Center di http://www.google.com/support/chromeos. 2.0.14 Saiz skrin Chromebook mempunyai paparan 11.6 inci (1366 x 768).

11.6 inches

Page 18: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.0-apakah-itu...dahulunya disimpan pada pemacu keras komputer, ... Samsung Exynos 5 Dual

Penting!

• Skrin Chromebook bukanlah skrin sesentuh. • Ia boleh tercalar dan perlu berhati-hati semasa menutup menutup Chromebook dengan

memastikan tiada apa-apa objek melekat pada skrin atau papan kekunci yang boleh mencalar atau meretakkan skrin, semasa Chromebook ditutup.

2.0.15 Melaras kecerahan LCD

Laraskan kecerahan LCD dengan menekan :

1. Kunci untuk mengurangkan kecerahan.

2. Kunci untuk menambah kecerahan.

Nota : Apabila anda menekan kekunci , kecerahan LCD akan bertambah sebanyak satu peringkat.

2.0.16 Arahan pembersihan skrin LCD

• Bersihkan panel LCD dengan kain lembut yang dibasahkan sedikit dengan pembersih komputer dengan bergerak dalam satu arah.

• Pembersihan panel LCD secara kasar boleh merosakkan LCD. 2.0.17 Pad Sentuh

Fungsi Pad Sentuh Asas

• Gerakkan kursor pada skrin

Letakkan jari anda sedikit pada pad sentuh dan gerakkan jari anda. Kursor tetikus akan bergerak sewajarnya. Gerakkan jari anda pada arah anda mahu kursor itu bergerak.

Page 19: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.0-apakah-itu...dahulunya disimpan pada pemacu keras komputer, ... Samsung Exynos 5 Dual

Untuk melaras tetapan pad sentuh, ikuti langkah-langkah di bawah:

Klik pada sepana di sudut atas kanan tetingkap, atau ikon User ID di sudut kanan bawah skrin. Ini di sebelah atas kanan skrin. Ini berada di sebelah bawah kanan skrin.

Klik pada Settings. Menu Settings kemudiannya dipaparkan.

Di bawah Device, anda boleh menggunakan peluncur untuk melaras kelajuan penunjuk.

Klik pada Pointer settings. Tetingkap Pointer settings akan terpapar.

Dalam Pointer settings, anda boleh memilih Enable tap-to-click atau Enable simple scrolling direction. Untuk mengaktifkan salah satu daripada pilihan ini, klik kotak yang terdapat sebelumnya.

Page 20: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.0-apakah-itu...dahulunya disimpan pada pemacu keras komputer, ... Samsung Exynos 5 Dual

Semasa menggunakan Chromebook, gunakan pad sentuh untuk menggerakkan penunjuk dan memilih item pada skrin. Berikut adalah beberapa syarat dan tindakan yang disokong oleh pad sentuh:

Gerakkan penunjuk: Hanya gerakkan jari anda di seluruh pad sentuh tersebut.

Klik: Hanya tekan ke bawah pada separuh bawah pad sentuh tersebut. Memandangkan tap-to-click diaktifkan secara lalai, anda boleh mengetuk pas sentuh dengan pantas untuk mengkliknya.

Klik-kanan: Klik pad sentuh dengan dua jari.

Skrol: Letakkan dua jari pada pad sentuh dan gerakkan ke atas dan ke bawah untuk tatalan menegak, kiri dan kanan untuk menatal melintang. Jika dua jari anda diaktifkan untuk tatalan, gerakkan kedua-dua jari ke atas untuk menatal ke bawah. (Ia berfungsi sama seperti anda menggunakan telefon pintar atau tablet anda.) Jika anda membuka beberapa pelayar, anda boleh leret ke kiri dan ke kanan dengan tiga jari untuk bergerak dengan pantas di antara tab-tab. Leret: Gerakkan dengan cepat dua jari ke kiri atau ke kanan atau ke depan atau ke belakang pada halaman web atau semasa menggunakan aplikasi.

Seret dan lepas: Klik item yang anda mahu gerakkan dengan satu jari. Dengan jari kedua, gerakkan item tersebut. Lepaskan kedua-dua jari untuk melepaskan item di tempat ia ingin diletakkan.

Page 21: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.0-apakah-itu...dahulunya disimpan pada pemacu keras komputer, ... Samsung Exynos 5 Dual

2.0.18 Jek audio

• Pasankan jek audio alat dengar anda pada jek Audio Input di sebelah kiri Chromebook.

Audio Jack Input 2.0.19 Jek kuasa

Gunakan jek kuasa untuk mengecas Chromebook anda. Periksa lampu penunjuk bateri untuk mengetahui sama ada Chromebook jika pengecasan Chromebook berfungsi. Ia boleh ditemui di bahagian “Battery” di dalam modul ini.

Page 22: 1.1 Overview of the ChromeLab Componentssmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/2.0-apakah-itu...dahulunya disimpan pada pemacu keras komputer, ... Samsung Exynos 5 Dual