1.0 what is a chromelab? -...

8
1.0 What is a ChromeLab? Latihan ChromeLab Mudah Alih Modul Latihan 1.0 Apakah itu ChromeLab Mudah Alih?

Upload: hoangkhue

Post on 05-Mar-2018

230 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1.0 What is a ChromeLab? - smjkayertawar.weebly.comsmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/1.0-apakah-itu... · 2.4GHz dan rangkaian tanpa wayar 5GHz. Perantiini ... Terdapat

1.0 What is a ChromeLab?

Latihan ChromeLab Mudah Alih

Modul Latihan

1.0 Apakah itu ChromeLab Mudah Alih?

Page 2: 1.0 What is a ChromeLab? - smjkayertawar.weebly.comsmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/1.0-apakah-itu... · 2.4GHz dan rangkaian tanpa wayar 5GHz. Perantiini ... Terdapat

Modul 1.0: Objektif Latihan

Objektif modul ini adalah untuk memberi latihan produk yang terperinci kepada para peserta kursus. Setelah para peserta menamatkan kursus, mereka akan memahami tentang semua perbezaan ciri dan fungsi ChromeLab Mudah Alih ini dan kaedah penyelesaian masalahnya. Mereka juga akan berupaya untuk menasihat para pengguna di sekolah tentang cara menggunakan fungsi-fungsi yang berbeza, demi mencapai matlamat tugas mereka dengan cemerlang.

Pengenalan: Apakah itu ChromeLab Mudah Alih?

ChromeLab ialah sebuah makmal komputer bergerak yang menawarkan pengalaman mengajar dan belajar secara online kepada guru dan pelajar di sekolah. Dengan ChromeLab, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik, melalui penggunaan teknologi terkini yang terdiri daripada Yes Chromebook dan internet 4G. ChromeLab dibangunkan dengan tujuan untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat, seiring dengan penggunaan teknologi di dalam bilik darjah, memandangkan ianya ringan, mudah alih serta satu penyelesaian berkos efektif yang menyediakan kelajuan dan fleksibiliti yang diperlukan, untuk memudahkan pembelajaran dilakukan melalui internet. Dengan ChromeLab, guru boleh mengajar secara kreatif manakala pelajar dapat memanfaatkan teknologi dalam pembelajaran mereka. Mereka juga boleh mengakses sumber-sumber pendidikan global online yang luas dengan 1BestariNet Yes ID mereka, seperti Frog VLE, Google Apps for Education dan sebagainya. Sejajar dengan visi Kementerian Pendidikan dan YTL iaitu untuk mentransformasi dunia pendidikan di Malaysia, semua sekolah di Malaysia akan dibekalkan dengan ChromeLab.

Page 3: 1.0 What is a ChromeLab? - smjkayertawar.weebly.comsmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/1.0-apakah-itu... · 2.4GHz dan rangkaian tanpa wayar 5GHz. Perantiini ... Terdapat

1.0: Apakah yang terdapat dalam ChromeLab?

Setiap ChromeLab terdiri daripada sebuah Chromebook Cart, 41 buah Chromebook, Yes Super Zoom, Access Point, Content Delivery Appliance dan sebuah Cloud Printer (Pencetak Awan). Makmal ini juga dilengkapi dengan sebuah kotak mudah alih (portable box). Butiran peralatan-peralatan ChromeLab adalah seperti berikut: 1.0.1 Chromebook Cart Chromebook Cart yang berukuran kira-kira 2 kaki (lebar) dan 4 kaki (panjang) ialah troli berkeluli yang boleh menyimpan dan mengecas Chromebook, Super Zoom, Access Point dan Content Delivery Appliance secara selamat. Chromebook Cart ini boleh disambungkan dengan soket berkuasa standard 13 Amp yang akan memberi kuasa kepada semua peranti dalam makmal termasuklah untuk pengecasan Chromebook. Chromebook Cart ini direka khas bagi memudahkan ia dialihkan dari bilik ke bilik. Bagaimanapun, disebabkan oleh saiz dan beratnya, rekaannya bukanlah untuk pemindahan dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Kotak mudah alih dibekalkan bagi memudahkan anda untuk mengangkut Content Delivery Appliance, Access Point dan Super Zoom, apabila anda ingin berbuat demikian.

Page 4: 1.0 What is a ChromeLab? - smjkayertawar.weebly.comsmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/1.0-apakah-itu... · 2.4GHz dan rangkaian tanpa wayar 5GHz. Perantiini ... Terdapat

1.0.2 Chromebook

Setiap ChromeLab dilengkapi dengan 41 buah Chromebook. Chromebook ialah peranti pengkomputeran jenis baru yang membuatkan pembelajaran dengan teknologi menjadi lebih mudah, lebih pantas serta ringkas! Ia dioperasikan oleh Chrome Operating System (Chrome OS), iaitu sistem berasaskan pelayar Chrome yang mempunyai lapisan keselamatan berbilang dan ruang simpanan awan yang sedia terbina. Peranti ini akan memudahkan guru dan pelajar untuk mengakses sumber-sumber pendidikan global yang luas dan berkolaborasi, selain memiliki kelebihan-kelebihan berikut:

Page 5: 1.0 What is a ChromeLab? - smjkayertawar.weebly.comsmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/1.0-apakah-itu... · 2.4GHz dan rangkaian tanpa wayar 5GHz. Perantiini ... Terdapat

1.0.3 Yes Super Zoom Super Zoom adalah peranti Yes 4G. Mematuhi IEEE 802.16e WiMAX standard dan 802.11b/g/n Wi-Fi yang mengintegrasikan WiMAX, Wi-Fi dan perkhidmatan VoIP. Yes 4G Super Zoom menyediakan makmal dengan sambungan Internet 4G berkelajuan tinggi. Tidak seperti Zoom yang lain, Super Zoom tidak menghantar isyarat Wi-Fi secara terus kepada Chromebook. Sebaliknya, ia bertindak sebagai get laluan internet yang menyediakan sambungan internet apabila diperlukan oleh AP/CDA. Di dalam ChromeLab, ia adalah Access Point yang menghantar isyarat Wi-Fi kepada Chromebook, bukan kepada Super Zoom. 1.0.4 EAP 600 Wireless Access Point (AP)

EAP600 adalah wireless-11n 600Mbps (300Mbps + 300Mbps) Dual Band berkuasa tinggi yang selaras dengan Access Point. Ia membolehkan operasi serentak 2.4GHz dan rangkaian tanpa wayar 5GHz. Peranti ini digunakan untuk menyediakan akses internet tanpa wayar kepada peranti di dalam ChromeLab. Ia juga menyokong sambungan serentak sehingga 42 sambungan bagi setiap ChromeLab.

Page 6: 1.0 What is a ChromeLab? - smjkayertawar.weebly.comsmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/1.0-apakah-itu... · 2.4GHz dan rangkaian tanpa wayar 5GHz. Perantiini ... Terdapat

1.0.5 Peplink 300 Content Delivery Appliance (CDA) Peplink media fast (MFA-300) ialah video semua dalam satu /Content Delivery Appliance (CDA) yang berfungsi untuk membantu mengurangkan jumlah penggunaan jalur lebar internet yang besar ketika melayari video, aplikasi pembelajaran atau mana-mana sumber yang berasaskan web bagi penggunaan internet di dalam makmal mudah alih. Sebagai contoh, jika semua pelajar dalam kelas mahu mengakses video dalam talian, Content Delivery Appliance akan menyimpan sumber tersebut bagi mengurangkan penggunaan jalur lebar dan mempercepatkan masa pemuatan. Content Delivery Appliance menjimatkan penggunaan jumlah jalur lebar internet yang diperlukan apabila melayari video, pembelajaran aplikasi ataupun sebarang sumber berasaskan web. Ia berfungsi dengan menyimpan satu salinan daripada kandungan web yang telah dimuat turun sebelumnya. Sebagai contoh, jika semua pelajar di dalam kelas mahu mengakses video dalam talian, guru perlu memainkan video sebanyak satu kali dan CDA akan menyimpan salinan video tersebut. Apabila pelajar-pelajar menonton video mereka akan dapat melihat dari CDA dan bukan daripada internet. Ini mengurangkan jumlah jalur lebar yang diperlukan dan mempercepatkan masa pemuatan. 1.0.6 Pencetak Awan HP Laserjet 401W Pencetak Awan HP Laserjet400W didatangkan bersama setiap ChromeLab dan ia disambungkan melalui Access Point. Ia membolehkan guru melakukan cetakan daripada Chromebook melalui teknologi Google Cloud Print. Port USB mudah akses digunakan untuk mencetak secara terus daripada pemacu USB. Penggunaan cetakan automatik kedua-dua belah bahagian dapat meningkatkan produktiviti dan menjimatkan kertas. Dua katrij toner HP yang asli juga turut disediakan bersama pencetak.

Page 7: 1.0 What is a ChromeLab? - smjkayertawar.weebly.comsmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/1.0-apakah-itu... · 2.4GHz dan rangkaian tanpa wayar 5GHz. Perantiini ... Terdapat

1.0.7 Kotak Mudah Alih Aluminium Kotak mudah alih aluminium digunakan untuk memindahkan Super Zoom, Access Point , Content Delivery Appliance dan sehingga 6 unit Chromebook ke lokasi lain. Pengikat disediakan untuk mengunci setiap komponen ketika proses pemindahan. Pelajar boleh membantu guru-guru mereka untuk membawa Chromebook ke lokasi yang diinginkan. 1.0.8 Pelindung Pusuan

Pelindung pusuan juga disediakan bersama ChromeLab untuk melindungi troli dari pertambahan kuasa elektrik, atau voltan tidak tetap yang mungkin mengalir dari bekalan kuasa sekolah. Untuk melindungi troli sepenuhnya, pelindung pusuan perlu digunakan sepanjang masa.

1.0.9 Alat dengar dengan mikrofon terbina dalam Setiap ChromeLab dilengkapi dengan 41 unit alat dengar .Alat dengar dipasangkan pada soket gabungan alat dengar/mikrofon 3.5mm pada Chromebook. Terdapat span dan pelekap telinga untuk keselesaan, serta mikrofon terbina dalam 1.0.10 Kabel HDMI dan VGA

Kabel HDMI dan VGA ialah penukar isyarat yang digunakan untuk menyambungkan Chromebook ke projektor. Ia direka untuk menukarkan isyarat pengeluaran (output) digital dariChromebook ke isyarat penerimaan (input) analog untuk projector.

Page 8: 1.0 What is a ChromeLab? - smjkayertawar.weebly.comsmjkayertawar.weebly.com/uploads/2/5/2/8/25287025/1.0-apakah-itu... · 2.4GHz dan rangkaian tanpa wayar 5GHz. Perantiini ... Terdapat