10 Persiapan Menghadapi Ramadhan Al

Download 10 Persiapan Menghadapi Ramadhan Al

Post on 12-Jan-2016

9 views

Category:

Documents

0 download

DESCRIPTION

persiapan ramadhan

TRANSCRIPT

10 Persiapan Menghadapi Ramadhan al-Mubarak

1. Berdoalah agar Allah SWT. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima dalam bulan ini, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir.2. 2. Bersyukurlah dan memuji Allahatas kurnia Ramadhan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitabAdzkar-nya berkata,Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagunganNya.Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadhan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.3. Bergembiralahdengan kedatangan bulan Ramadhan.Rasulullah SAW selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabat setiap kali datang bulan Ramadhan.Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkat. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka. (HR. Ahmad).Salafussoleh sangat memperhatikan bulan Ramadhan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadhan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan rahmat.4.Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkindaripada bulan Ramadhan.Ramadhan sangat singkat. Justeru isilah setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri dan mendekatkan diri kepada Allah seperti tadarus Al-Quran, zikir, solat sunat, bersedeqah, menjamu orang berbuka puasa, solat terawih dan solat malam.5. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan.Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka. [Q.S. Muhamad (47): 21]6.Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah dalam bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah.Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui, [Q.S. Al-Anbiyaa(21): 7]7.Sambut Ramadhan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar daripada segala dosa dan kesalahan. Ramadhan adalah bulan taubat.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.[Q.S. An-Nur (24): 31]8.Siapkan jiwa dan ruh kita dengan bacaan yang mendukung proses tazkiyatun-nafs.Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa sehingga secara mental kita bersedia untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadhan.9.Hiasilah rumah dan diri.Marilah kita menghiasi rumah kita agar nampak kegembiraan kita menyambut Ramadhan seperti menggantung bannerSelamat Datang Ramadhan Al-Mubarakdan lampu warna- warni. Hiasilah diri dengan pakaian yang baik dan wangian yang segar ketika beribadah kepada Allah contohnya seperti ketika menunaikan solat terawih. Berbelanjalah sedikit untuk kegembiraan kita menjelang Ramadhan.10.Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubat nashuha Kepada Rasulullah SAW, dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, isteri-isteri, anak-anak, dan sahabat-sahabat serta kaum kerabat, dengan mengeratkan hubungan silaturrahim Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah paling bermanfaat bagi orang lain.

1. Persiapan Rohani penting kepada kita semua, untuk melaksanakan segala ibadah yang ada dalam Bulan Ramadhan ini perlu mempunyai keikhlasan hati dan tidak mengeluh kesah kerana tidak dapat menikmati makanan pada siang hari dan tidak merunggut kelaparan ketika berpuasa.

2. Ilmu tentang ibadah-ibadah yang terdapat dalam Bulan Ramadhan kena dipelajari oleh kita semua, kefahaman tentang ibadah Bulan Ramadhan ini akan menyebabkan kita mudah melaksanakannya tanpa menghadapi masalah.

3. Fizikal penting dalam melaksanakan ibadah puasa, sebab orang sakit dalam bulan puasa tidak dapat melaksanakan ibadah puasa dan ia terlepas dari segala hikmah yang terdapat dalam bulan puasa. Badan sihat juga mudah untuk melaksanakan ibadah Solat Tarawih, mudah untuk membaca Al-Quran dan sebagainya.

4. Ekonomi juga penting dalam bulan puasa. Orang yang berkemampuan perbanyakkanlah sedekah kepada orang yang tidak berkemampuan. Kerana ganjaran pahalanya sangat besar. Memiliki ekonomi juga dapat membuatkan seseorang itu mudah ke masjid untuk melaksanakan ibadah Bulan Ramadhan.

Pengertian puasamenahan diri dari makan, minum, hawa nafsu, dan hal-hal lain yang dapat membatalkan puasa sejak terbit matahari / fajar / subuh hingga matahari terbenam / maghrib dengan berniat terlebih dahulu sebelumnya.

Lafaz niat sehari:Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap: Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:Lafaznya:

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Taala.

Waktu BerniatWaktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

SYARAT WAJIB PUASA1. Islam2 Aqil(Berakal)3. Baliqh4. Mampu5. Menetap

SYARAT SAH PUASAIslamBerakalSuci dari haid dan nifas sepanjang hariDilaksanakan pada waktunya.(Sedangkan "niat", menurut Syafi'iyah, dimasukkan ke rukun puasa).

HAL-HAL YANG MEMBATALKAN PUASA 1 .Makan atau Minum dengan Sengaja 2. Melakukan Jima(hubungan suami istri pada siang hari di bulan ramadhan)3. Mengeluarkan air mani dengan cara onani atau masturbasi, mencium, memeluk, merangkul, menghayal dan lain-lainnya, serta memandang segala sesuatu yang dapat menggugah nafsu syahwat.

4. Keluar darah haidh dan nifas

5.Muntah disengaja, tetapi jika muntah tanpa disengaja

Doa Berbuka Puasa Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

Hukum Puasa Di Bulan RamadhanFirman Allah S.W.T: Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. (Surah Al-Baqarah: 183)}}Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasai dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan